26
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA: BADAN EKSEKUTIF

BADAN EKSEKUTIF

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BADAN EKSEKUTIF

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN

MALAYSIA:BADAN EKSEKUTIF

Page 2: BADAN EKSEKUTIF

STRUKTUR BADAN EKSEKUTIF

Page 3: BADAN EKSEKUTIF

-Badan eksekutif merupakan badan pembuat dasar Kerajaan Persekutuan. Ia juga bertindak melaksanakan kuasa Kerajaan Persekutuan.-Badan eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri dan 28 orang Menteri lain. Di Malaysia, kabinet merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif.

-Jemaah Menteri ini terdiri daripada mereka yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen.

-Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinet.

-Ini ditentukan melalui proses pilihanraya yang merupakan teras kepada amalan demokrasi berparlimen.

PENGENALAN

Page 4: BADAN EKSEKUTIF

Tugas-tugas Kabinet -Mentadbirkan Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan

-Membuat dasar kerajaan

-Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat

-Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif

-Mengendalikan sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

Page 5: BADAN EKSEKUTIF

DOKTRIN PENGASINGAN

KUASA DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Page 6: BADAN EKSEKUTIF

Doktrin Pengasingan Kuasa-Doktrin ini dikemukan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis.

-Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara ahli falsafah kepada tiga buah badan yang bebas, iaitu: (a) Badan perundangan (b) Badan eksekutif (c) Badan Kehakiman -Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk: (a) mengelakkan pertindahan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa (b) mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu (c) membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain

Page 7: BADAN EKSEKUTIF

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

-Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman. -Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman. -Di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggotan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen) yang menggubal undang-undang. -Di peringkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang- undang.

Page 8: BADAN EKSEKUTIF

Raja Berperlembagaan -Maksud Raja Perlembagaan Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. -Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan. -Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. -Urutan menjadi Raja daripada sembilaan raja negeri-negeri yang ada ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. -Setiap Raja akan menyandang jawatan selama lima tahun.

Page 9: BADAN EKSEKUTIF

SISTEM KABINET

Page 10: BADAN EKSEKUTIF

Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran persekutuan dan doktrin pengasingan kuasa. Doktrin tersebut dapat dilihat melalui pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan berikut:

Badan Fungsi/Ciri(a) Eksekutif

(Seperti Kabinet dan Kementerian)

-Menguatkuasa undang-undang dibahagikan kepada : i . Kerajaan Persekutuan (Kabinet) ii. Kerajaan Negeri iii. Kerajaan Tempatan-Menguatkuasa undang-undang dibahagikan kepada : i . Kerajaan Persekutuan (Kabinet) ii. Kerajaan Negeri iii. Kerajaan Tempatan

(b)

Kehakiman -Mentafsirkan dan menguatkuasakan undang-undang pentadbiran-Dibahagikan kepada mahkamah awam dan mahkamah khas

(c) Perundangan(Seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri)

-Menggubal undang-undang-Merujuk kepada Parlimen di Malaysia

Page 11: BADAN EKSEKUTIF

PERANAN DAN FUNGSI PERDANA

MENTERI,KABINET DAN KEMENTERIAN

Page 12: BADAN EKSEKUTIF

Perdana MenteriDilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

i. PM mestilah seorang ahli Dewan Rakyatii. PM mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti Dewan Rakyatiii. Kewarganegaraan PM mesti didapati melalui kuat kuasa undang-undang. Beliau mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan. Mesyuarat kabinet biasanya diadakan setiap pagi rabu di Jabatan Perdana Menteri. Perdana Menteri juga berperanan memperkenal dan menjalankan sesuatu dasar yang biasanya adalah untuk:i. Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.ii. Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam.iii. Merapatkan hubungan sektor awam dan sektor swasta. Beliau ialah ketua eksekutif negara sementara kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Tugas-tugas PM:i. Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agongii. Menamakan senarai Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agongiii. Menyelaraskan semua dasar negaraiv. Menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negarav. Bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabila sampai tempohnya

Page 13: BADAN EKSEKUTIF

Kabinet -Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia.

-Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. -Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri, namun begitu seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat. -Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parliment, Dewan Rakyat Malaysia.

-Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.

Page 14: BADAN EKSEKUTIF

Kementerian -Sesebuah kementerian di dalam sesebuah kerajaan selalu nya di ketuai oleh Seorang menteri yang di lantik oleh Presiden atau Perdana Menteri.-Menteri yang tidak memiliki sebarang kementerian untuk di ketuai tetapi mereka melakukan tugas khas yang di arahkan oleh Presiden atau Perdana Menteri.-Kerajaan, sesebuah kemeterian di ketuai oleh seorang menteri yang di lantik dari seorang ahli politik dari parti yang memerintah.

PERANAN & TUGAS KEMENTERIAN-Untuk merangka, membina & melaksanakan sesuatu polisi pada kementerian

-Berperanan untuk meng-aplikasikan segala polisi yang telah diluluskan untuk kementerian.

Page 15: BADAN EKSEKUTIF

PRINSIP TANGGUNGJAWAB

KOLEKTIF

Page 16: BADAN EKSEKUTIF

Kolektif

-Tanggungjawab Kabinet atau Jemaah Menteri secara kolektif atau ‘bersesama’ terhadap Parlimen. -Sekiranya menteri yang dipertanggungjawabkan tidak berpuas hati terhadap keputusan kabinet (kolektif) mereka hendaklah samada menerima keputusan atau meletakkan jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan kabinet.-Kabinet juga bertanggungjawab dalam soal-jawab dalam Parlimen.

-Mereka berhak menyoal menteri yang berkenaan tentang hal-ehwal dan perjalanan dan kementeriannya.

Page 17: BADAN EKSEKUTIF

Kabinet (Jemaah Menteri)-Kabinet atau Jemaah Menteri dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.-Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif KerajaanPersekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong-Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, iaitu semua anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet.Tugas-tugas kabinet adalah seperti yang berikut:

(a) Mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan

(b) Menggubal dasar kerajaan

(c) Menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

(d)membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan yang cekap dan efektif

Page 18: BADAN EKSEKUTIF

SURUHANJAYA DAN BADAN BERKANUN

Page 19: BADAN EKSEKUTIF

SURUHANJAYA

-Suruhanjaya tetap terbahagi kepada dua iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Perkhidmatan. -Suruhanjaya sementara pula, ia diwujudkan bagi mengkaji perkara-perkara dan membuat perakuan untuk penyelesaian sesuatu masalah atau perkara yang tertentu.-suruhanjaya adalah satu badan khas yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam pemerintahan negara untuk memastikan pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni.

Page 20: BADAN EKSEKUTIF

Badan berkanun

Mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240], Badan

Berkanun Persekutuan ialah mana-mana pertubuhan perbadanan tidak kira dengan nama apa ia dikenali yang diperbadankan

menurut peruntukan Undang-Undang Persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa

awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan

dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Page 21: BADAN EKSEKUTIF

KAJIAN KES: ISU GOODS AND

SERVICE TAX (GST)

Page 22: BADAN EKSEKUTIF

Pengenalan dan Latarbelakang

-Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakanGoods and Services Tax (GST) dan penghapusan Sales and Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.-Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan kerajaan adalah tenat.

-Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.

Page 23: BADAN EKSEKUTIF

Percukaian di Malaysia – SST dan GST -Sistem percukaian negara ini didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai dalam bentuk SST yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan semenjak tahun 1972 lagi. -Beza antara GST dan SST ialah GST adalah cukai nilai tambahan atau ‘value added tax’ yang dikenakan bagi setiap urusniaga yang berlaku.-Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. -Walupun GST akan dikenakan pada setiap peringkat urusniaga, namun pada akhirnya pengguna membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisma ‘Input tax credit’ dimana cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik.

Page 24: BADAN EKSEKUTIF

Perbezaan antara GST dan kaedah cukai SST

CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN(GST)

CUKAI JUALAN & CUKAI PERKHIDMATAN(SST)

PERINGKAT CUKAI Berperingkat.Pada setiap peringkat, GST dikenakan & peniaga boleh mendapat kredit GST

Satu peringkat.Cukai hanya dikenakan di peringkat kilang sekali sahaja

SKOP PELAKSANAAN

Semua dikenakan GST kecuali yang termasuk dalam senarai pengecualian

Hanya barang dan perkhidmatan tertentu yang disenaraikan kerajaan

KADAR 6% bagi standard, 0% bagi senarai barangan cukai sifar

Berbeza-beza. 6% bagi cukai perkhidmatan,10% bagi cukai jualan

Page 25: BADAN EKSEKUTIF

-Secara umumnya pakar-pakar percukaian di Malaysia bersetuju bahawa kaedah GST jika dilaksanakan akan membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukainya dalam jangka panjang. -Alasan utama kepada hujah yang menyatakan GST tidak membebankan rakyat ialah kadar yang dikenakan adalah rendah iaitu 6% sahaja.

-Pelaksanaan GST juga bermakna SST akan dihapuskan, akibatnya bagi sesetengah keluaran harga mungkin akan menurun kerana penghapusan cukai SST. -Namun terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa ada beberapa aspek pelaksanaan GST yang akan menghasilkan keadaan di mana harga barangan akan meningkat. -Di samping itu, sistem GST yang memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti oleh peniaga akan menyukarkan mereka dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka.

Page 26: BADAN EKSEKUTIF

RumusanPelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kewangan

kerajaan serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah adalah kombinasi

banyak faktor termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak

terkawal akibat amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa.Oleh kerana itu kerajaan sepatutnya

memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Disamping itu

kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba

dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang.