20
KELOPAK RASA USMAN AWANG

Usman Awang- Kelopak Rasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Usman Awang- Kelopak Rasa

KELOPAK RASAUSMAN AWANG

Page 2: Usman Awang- Kelopak Rasa

MAKSUD STANZA

Page 3: Usman Awang- Kelopak Rasa

STANZA 1

JIKA RASA INI SEPERTI ANGIN MALAMBERTIUP DARI LAUT DAN GUNUNGMELAMPAU TANAH-TANAH SUBUR DAN LADANG MENGHIJAUHATI INI AKAN MENGHEMBUSKAN BAHAGIAN YANG MELIMPAHBERGETAR BAGAI RIAK DI TASIK HATI BULAN CERAHKEPADA SETIAP BENDA SUPAYA SEMUA SAMA MENCECAH

Penyajak menggambarkan rasa ketenangan dan kebahagiaan melalui unsur-unsur alam. Ketenangan ini dipengaruhi oleh keadaan sekeliling

Page 4: Usman Awang- Kelopak Rasa

STANZA 2

AMBILLAH SEBAHAGIAN DARI RASA INI, TERIMALAH SEPERTI HATI YANG KINI MENGERDIP TERSERLAH KERINGKAN AIR MATAMU, SETITIS JANGAN TUMPAH BIAR KOLAM DERITA KERING DAN TAK SEORANG PUN MESKI PENGEMIS DI BAWAH JAMBATAN DAN LORONG MERASA SEPI DAN MENATAP DUNIA SERBA KOSONG.

“rasa ini” merujuk kepada rasa ketenangan yang telah lama dinanti oleh hati. Terima dan redha dengan perasaan tersebut. Seterusnya penyajak mengajak untuk jangan bersedih, menangis serta jangan mengalah. Simpankan segala derita atau rasa sedih tanpa memberitahu kepada orang lain walau betapa sukar sekalipun hidup ini. Setiap hari masih ada harapan baru untuk kita.

Page 5: Usman Awang- Kelopak Rasa

STANZA 3

DARI SEKUNTUM BIBIR DAN SEPASANG MATA HITAMBERTUNJANG ERTI RASA: PEDIH-LUKA BAHAGIA-RIA ITULAH ALAM HATI YANG MENUMBUHKAN POHON RASAKELOPAK DEMI KELOPAK MENJELMA MENITI MUSIMNYA

Perasaan sakit getir dan suka duka boleh tergambar melalui bicara dan pandangan seseorang walaupun dia cuba menyembunyikan. Setiap individu perlu untuk terus tabah dalam meneruskan cabaran dalam kehidupan.

Page 6: Usman Awang- Kelopak Rasa

STANZA 4

BAHAGIA, ANUGERAH KERAMAT, ALANGKAH MANISNYA PAGI INIDATANG MENDAKAPKU & BIARLAH IA SELAMANYA MENYANYI PADA SETIAP BIBIR DAN HATI DENGAN MEGAHNYA MENGUKIR KEHALUSAN RASA

Kebahagiaan merupakan satu anugerah. Apabila bahagia dikecapi, peliharalah ia supaya kekal selamanya. Bahagia itu bukan hanya pada kata-kata tetapi juga lahir dari hati

Page 7: Usman Awang- Kelopak Rasa

JENIS SAJAK Epigram

Page 8: Usman Awang- Kelopak Rasa

TEMA Perasaan bahagia itu adalah penawar

bagi segala penderitaan

Page 9: Usman Awang- Kelopak Rasa

PERSOALAN Rasa bahagia adalah satu anugerah Rasa bahagia yang ingin dikongsikan Kepentingan rasa kebahagiaan dalam

kehidupan Kesyukuran atas kebahagiaan yang

dikecapi Hidup bukan setakat gembira suka

tetapi derita dan kesedihan

Page 10: Usman Awang- Kelopak Rasa

AMANAT Bersyukur kerana diberi hati dan

perasaan untuk merasai nikmat serta ujian kehidupan

Carilah rasa ketenangan dengan hati yang terbuka walaupun hidup dalam keadaaan serba kekurangan

Page 11: Usman Awang- Kelopak Rasa

SIKAP DAN PERASAAN Kecekalan untuk meneruskan kehidupan

tanpa berputus asa Ketenangan sebagai jalan penyelesaian

masalah Kebahagiaan itu lahir dari pelbagai

kelopak rasa dan perasaan

Page 12: Usman Awang- Kelopak Rasa

UNSUR BUNYI Asonansi - (r1b2) –pengulangan vokal ‘U’ Bertiup dari laut dan gunung..- (r1b5) –pengulangan vokal ‘A’ Bergetar bagai riak di tasik hati bulan

cerah..- (r4b4) –pengulangan vokal ‘A’ Bahagia, anugerah keramat, alangkah

manisnya pagi ini

Page 13: Usman Awang- Kelopak Rasa

Aliterasi –pengulangan huruf konsonan dalam satu baris ayat

-(r4b4) –pengulangan huruf ‘N’ Dengan megahnya mengukir kehalusan

rasa

Page 14: Usman Awang- Kelopak Rasa

RIMA rima berpecah Pola: Rangkap 1 : abcddd Rangkap 2 : aaabcc Rangkap 3 : abbb Rangkap 4 : aaab

Page 15: Usman Awang- Kelopak Rasa

GAYA BAHASA Bahasa Perbandingan Metafora - (rangkap 1, baris 5) …tasik hati… - (rangkap 2, baris 4) ...kolam derita… - (rangkap 3, baris 3) …pohon rasa

Page 16: Usman Awang- Kelopak Rasa

Personifikasi - (rangkap 1, baris 4) Hati ini akan

menghembuskan bahagian yang melimpah- (rangkap 2, baris 2) …hati yang kini

mengerdip… - (rangkap 4, baris 1 dan 2) …pagi ini datang

mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi

Page 17: Usman Awang- Kelopak Rasa

Simile- (rangkap 1, baris 1)…seperti angin malam- (rangkap 1, baris 5) …bagai riak..- (rangkap 2, baris 2) seperti hati…

Simbolik- (rangkap 1, baris 1) …angin malam – menunjukkan suasana yang tenang dan tiada

gangguan

Hiperbola- (rangkap 4, baris 4) …mengukir kehalusan rasa

Page 18: Usman Awang- Kelopak Rasa

Bahasa penegasan Asidenton – menghilangkan kata

hubung- (rangkap 3, baris 2) …pedih luka,

bahagia-ria

Repitisi – pengulangan perkataan dalam satu baris ayat

- (rangkap 3, baris 4) kelopak demi kelopak…

Page 19: Usman Awang- Kelopak Rasa

BENTUK- 4 stanza- Setiap stanza mengandungi 4 atau 6

untai

Rangkap 1 – 6 Untai Serangkap (Sextet)Rangkap 2 – 6 Untai Serangkap (Sextet)Rangkap 3 – 4 Untai Serangkap (Quatrain)Rangkap 4 – 4 Untai Serangkap (Quatrain)

Page 20: Usman Awang- Kelopak Rasa

NADA Melankolik(sajak yang berupa nyanyian, pujian sanjungan atau permujaan terhadap manusia, alam, peristiwa, tempat dan lain-lain dengan semangat yang meluap-luap) Romantis (menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Ini antara lainnya, mengenai kasih sayang, harapan dan impian bahagia)