12
PEMBAHARUAN BANDAR PERANCANGAN BANDAR MAPAN LMCP1532

Slide memperbaharui bandar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slide memperbaharui bandar

PEMBAHARUAN BANDAR

PERANCANGAN BANDAR MAPANLMCP1532

Page 2: Slide memperbaharui bandar

SOALAN Assalamualaikum Kajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke  Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran. Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.

Page 3: Slide memperbaharui bandar

PENDAHULUAN Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India.  

Page 4: Slide memperbaharui bandar

Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang-orang melayu. Orang-orang cina tinggal secara berselerak di sekitar Bandar Kajang. Manakala kawasan-kawasan ladang getah didiami oleh orang-orang berketurunan India. Jika dilihat dari sudut topografinya pula, Mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di Mukim Kajang. Masyarakat Melayu Tradisional gemar meneroka tempat kediaman di lembah-lembah sungai iaitu di lembangan-lembangan. Terutamanya di lembah-lembah Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Lukut. Sebenarnya pengertian Selangor bermakna Tanah Lembangan Lima Bintang Sungai-sungai tersebut. Pada waktu itu sungai menjadi jalan perhubungan untuk keluar masuk bagi satu-satu kawasan penempatan. Lembah-lembah sungai ini sangat subur untuk bercucuk tanam dan ia sesuai dengan petani-petani yang bergantung hidup kepada tanah.  

Page 5: Slide memperbaharui bandar

Sungguhpun banyak perubahan terutamanya yang melibatkan proses pembandaran telah berlaku di Kajang, bandar lama atau bandar asal Kajang sebenarnya tidak banyak berubah bahkan semakin sesak dan padat. Oleh itu, beberapa perkara perlu dilaksanakan bagi membolehkan bandar Kajang berdiri dengan sendirinya tanpa bergantung kepada bandar-bandar di sekitarnya.

Page 6: Slide memperbaharui bandar

IDENTITI BANDARBandar sememangnya merupakan satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Bandar berfungsi sebagai tempat manusia hidup, mencari rezeki dan memperoleh segala keperluan dan kehendak dalam hidup. Sebagai sebuah bandar yang mampu berdiri sendiri, bandar-bandar yang hebat dan tersohor di dunia sememangnya mempunyai identitinya yang tersendiri. Hagia Sophia dan Masjid Biru menjadi identity bagi Istanbul, begitu juga Jambatan Golden Gate melambangkan San Francisco. Maka dalam konteks ini, bandar Kajang perlu mempunyai identitinya yang tersendiri iaitu sebagai bandar Sate. Sate Kajang sememangnya terkenal dan mempunyai banyak cawangan namun ianya kurang diberi perhatian dan hanya pihak Sate Kajang sahaja yang sibuk mempromosikan bandar Kajang dengan sinonimnya sate ini. Oleh itu, sebuah muzium boleh dibina bagi menceritakan perihal sejarah bandar Kajang dan peranan Sate Kajang dalam memberikan nilai estetika kepada bandar Kajang. Tidak seperti sekarang ini di mana hanya galeri Sate sahaja yang wujud.

Page 7: Slide memperbaharui bandar

Galeri Sate Kajang kini. Muzium Kemaman boleh dijadikan contoh

Page 8: Slide memperbaharui bandar

PEMULIHARAAN BANGUNAN-BANGUNAN LAMA Negeri Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terangkum di dalam negeri-negeri Melayu Bersekutu. Hal ini membuktikan bahawa terdapat banyak bangunan yang dibina ketika zaman penjajahan British yang jelas menggunakan seni bina British. Namun begitu, keadaan bangunan-bangunan tersebut amat daif dan memerlukan perhatian segera. Oleh itu, MPKj perlu menggubal suatu perundangan bagi mewajibkan pemilik premis-premis ini agar memulihara bangunan-bangunan mereka agar keindahan bangunan-bangunan tersebut dapat dikembalikan di samping mengindahkan pandangan bandar Kajang itu sendiri.

Page 9: Slide memperbaharui bandar

Keadaan bangunan-bangunan lama di bandar Kajang yang memerlukan perhatian segera.

Page 10: Slide memperbaharui bandar

MENGHADKAN LALUAN KENDERAAN Jumlah kenderaan dalam tempoh beberapa tahun ini

meningkat dengan mendadak di bandar Kajang dek kepesatan pembangunannya. Namun begitu, sistem jalan raya di bandar ini tidak jua berubah dan tidak bersedia menerima jumlah kenderaan seperti keadaan kini. Oleh itu satu sistem jalan bertingkat untuk mereka yang tidak mempunyai urusan di bandar Kajang. Maksudnya , laluan bertingkat hanya melalui sekitar 500 meter daripada pusat bandar Kajang untuk ke kawasan luar Kajang. Hal ini sekaligus akan mengurangkan kesesakan di bandar Kajang dan memeberi keselesaan kepada mereka yang mempunyai urusan di bandar Kajang. Di samping itu, kempen menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mereka yang bekerja di bandar Kajang juga wajar diadakan.

Page 11: Slide memperbaharui bandar

KESIMPULAN Bandar Kajang sememangnya terus berkembang maju dengan terbinanya perbandaran-perbandaran baru di sekelilingnya. Nmaun begitu, peranan bandar Kajang yang telah lama wujud dan menjadi tempat untuk ribuan manusia menetap dan mencari rezeki juga tidak wajar diulpakan. Semoga dengan cadangan-cadangan tersebut dapat menjadikan bandar Kajang berdiri sendiri sebagai sebuah bandar yang bersejarah dan berdaulat. Untuk rancangan lain, boleh didapati dalam rangkuman tugasan terakhir saya bersama kumpulan.

Page 12: Slide memperbaharui bandar

SEKIAN TERIMA KASIH