15
NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIR A149736 Soalan: Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan cadangan ringkas beserta gambar dan rajah2. Banting merupakan salah sebuah bandar yang membangun. Bandar Banting terletak di Daerah Kuala Langat yang berlokasi di sebelah Sungai Langat. Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya terletak di bahagian Barat Daya Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 44 km dari Shah Alam iaitu ibu Negeri Selangor. Daerah Kuala Langat ini bersempadan dengan Daerah Sepang dan Klang. Di sebelah utara terletak Daerah Klang, Di sebelah Timur dan Selatan adalah Daerah Sepang dan Selat Melaka pula adalah di Bahagian Barat Daerah Kuala Langat. Pada asalnya, Banting merupakan sebuah daerah yang kecil dan kurang dikenali. Namun, bandar ini mula dikenali ramai bukan sahaja dari masyarakat dalam negara, malah Banting juga mulai dikenali oleh pelancong dari luar negara melalui tempat-tempat pelancongan, sejarah, dan kawasan perindustriannya. Rajah 1 di bawah merupakan peta kawasan Daerah Kuala Langat yang menempatkan Bandar Banting

Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIR

A149736

Soalan:

Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai

perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan

cadangan ringkas beserta gambar dan rajah2.

Banting merupakan salah sebuah bandar yang membangun. Bandar Banting terletak di

Daerah Kuala Langat yang berlokasi di sebelah Sungai Langat. Kuala Langat merupakan salah

satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya terletak

di bahagian Barat Daya Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 44 km dari Shah Alam iaitu ibu

Negeri Selangor. Daerah Kuala Langat ini bersempadan dengan Daerah Sepang dan Klang. Di

sebelah utara terletak Daerah Klang, Di sebelah Timur dan Selatan adalah Daerah Sepang dan

Selat Melaka pula adalah di Bahagian Barat Daerah Kuala Langat. Pada asalnya, Banting

merupakan sebuah daerah yang kecil dan kurang dikenali. Namun, bandar ini mula dikenali

ramai bukan sahaja dari masyarakat dalam negara, malah Banting juga mulai dikenali oleh

pelancong dari luar negara melalui tempat-tempat pelancongan, sejarah, dan kawasan

perindustriannya. Rajah 1 di bawah merupakan peta kawasan Daerah Kuala Langat yang

menempatkan Bandar Banting manakala Rajah 2 merupakan kedudukan Bandar Banting

menerusi Google Map.

Page 2: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

Rajah 1: Peta kedudukan kawasan Daerah Kuala Langat.

(Sumber: www.selangor.gov.my/ kualalangat .php/pages/view/186 )

Rajah 2: Kedudukan Bandar Banting menerusi Google Map.

(Sumber: http://ahmadfaizal.com/wp-content/uploads/2012/11/banting.png)

Page 3: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

AGENDA TEMPATAN 21 BANDAR BANTING

Sosial

1. Tempat-tempat pelancongan

Bandar Banting terkenal sebagai pusat pelancongan dan kebudayaan. Banyak

tempat-tempat menarik yang sering menjadi perhatian pelancong. Antaranya ialah Pantai Morib,

Pantai Kelanang, Homestay, Bukit Jugra dan Tadom Hill Resort. Pantai Morib terkenal dengan

makanan laut yang segar dan murah. Hotel-hotel penginapan juga banyak disediakan kepada

pelancong seperti Gold Coast Morib International Resort dan Hotel Seri Malaysia. Selain

daripada itu, aktiviti kebudayaan juga turut terkenal di Bandar Banting. Aktiviti kebudayaan ini

dianjurkan oleh jawatankuasa kampung serta penduduk-penduduk kampung sekitar Bandar

Banting. Homestay yang terdapat di Bandar Banting antaranya ialah Homestay Kanchong Darat,

Izztanabonda Homestay, Homestay Kampung Lang Tengah dan Kampung Endah Homestay.

Kesemua Homestay di Bandar Banting menyediakan pelbagai aktiviti menarik tentang

kebudayaan dan kesenian kepada pelancong yang mengikuti aktiviti tersebut. Antaranya,

menginap di rumah-rumah penduduk kampung, melakukan aktiviti kampung seperti menorah

getah, mengayam tikar dan memetik buah kelapa sawit.

Page 4: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

(Sumber: http://mybanting.blogspot.my/2010/07/kenali-sejarah-banting-selangor.html )

2. Kaunter Perkhidmatan, Utiliti dan Kewangan

Perkhidmatan seperti bank dan pejabat pos ada diwujudkan di Bandar Banting.

Bank-bank yang terdapat di Banting adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB

Bank, Public Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Hong Leong Bank, Tabung Haji, Am Bank dan

RHB Bank. Kemudahan bank dan kewangan ini memudahkan penduduk di Bandar Banting

untuk melakukan aktiviti menyimpan wang dan mengeluarkan wang. Selain daripada itu,

terdapat juga beberapa buah stesyen minyak yang ditubuhkan di Bandar Banting. Antaranya

seperti Shell, Petronas dan Petron. Perkhidmatan utiliti lain yang terdapat di Banting adalah

seperti Telekom Malaysia Berhad ™, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air

Selangor (SYABAS), Perpustakaan Awam dan banyak lagi.

Page 5: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

3. Kesihatan

Pusat-pusat kesihatan seperti klinik kerajaan, klinik 1 Malaysia dan klinik-klinik swasta

banyak ditubuhkan di Banting. Antara klinik kesihatan yang terdapat di Bandar Banting ialah

Klinik Kesihatan Teluk Datok, Klinik Kesihatan Kanchong Darat, dan Klinik Kesihatan Olak

Lempit. Perkhidmatan kesihatan ini diwujudkan adalah untuk memudahkan penduduk bandar

mendapatkan rawatan yang secukupnya. Banting juga mempunyai sebuah hospital kerajaan yang

lengkap dengan peralatan perubatan, doktor-doktor pakar serta wad-wad yang selesa. Kesemua

ini diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk banting

untuk mendapatkan rawatan secara berkala.

Page 6: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

Ekonomi

1. Perindustrian

Banting adalah sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Bebas. Bandar Banting

mempunyai pelbagai jenis perindustrian yang diwujudkan untuk membuka peluang pekerjaan

kepada penduduk sekitarnya. Pelbagai jenis perindustrian wujud di Bandar Banting termasuklah

daripada jenis makanan, minuman dan peralatan. Antara perindustrian yang terdapat di Bandar

Banting ialah Megasteel Sdn. Bhd, Hexagon Green Sdn. Bhd., Titron rubber industries (m)

sdn.bhd., Jaez Industries (M) Sdn. Bhd., Kerepek House, Fazz Enterprise dan Ros Kerepek

Enterprise. Bandar Banting kini adalah sebagai tempat tumpuan kepada pelancong untuk

mendapatkan segala jenis kerepek yang diusahakan oleh penduduknya dengan harga yang

berpatutan.

Page 7: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

2. Perniagaan

Bandar Banting terkenal dengan gedung membeli belah. Segala jenis pakaian, peralatan

sukan, pengangkutan dan sebagainya boleh didapati di Bandar Banting. Antara aktiviti

perniagaan yang terdapat di Bandar Banting ialah Tekstil Bunga Raya, Giant, Tesco, Pasaraya

Econsave, The Store, K S Chui Motor Sdn Bhd, B & N Motor, Kapar Motors Enterprise Sdn.

Bhd. dan banyak lagi.

Page 8: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

Lain-lain

1. Kaum dan agama

Majoriti penduduk di Bandar Banting merupakan kaum Melayu, diikuti dengan kaum

Cina dan kaum India. Bandar Banting merupakan sebuah bandar yang harmoni dengan penduduk

yang berbilang kaum. Setiap tahun jumlah penduduk di Bandar Banting akan bertambah,.

Pertambahan bilangan penduduk di Bandar Banting adalah disebabkan oleh beberapa faktor

antaranya ialah kemajuan yang begitu cepat di Bandar Banting, penghijrahan penduduk dari

bandar dan negeri lain ke Bandar Banting, perkahwinan, kelahiran dan juga faktor-faktor lain

yang mempengaruhi kadar ekonomi di Banting.

2. Infrastruktur jalan raya dan pengangkutan awam

Disebabkan oleh banting merupakan sebuah bandar pelancongan, jadi infrastruktur jalan

raya dan pengangkutan awam giat dinaiktaraf. Banting tidak mempunyai stesyen keretapi dan

lapangan terbang. Namun, penduduk boleh menggunakan pengangkutan awam keretapi dan

kapal terbang di Sepang dan Bandar Baru Nilai yang terletak bersempadan dengan Bandar

Banting. Bandar Banting mempunyai Terminal bas yang menempatkan pengangkutan awam bas

dan teksi. Infrastruktur jalan raya yang terbaru akan dibina dan dijangka siap pada 2019 adalah

Projek infrastruktur mega, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat sepanjang 233 kilometer (km) dari

Banting ke Taiping. Pembinaan jalan raya ini adalah untuk memudahkan penduduk Banting dan

bandar-bandar lain untuk bergerak dengan lancar ke destinasi yang ingin dituju.

Page 9: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

3. Pendidikan

Bandar Banting menepatkan banyak ruang-rung pendidikan selain daripada sekolah

rendah, sekolah menengah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama. Selain

daripada sekolah, Banting juga mempunyai Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej MARA

Banting Selangor, Kolej Matrikulasi Selangor dan Politeknik Banting.

Page 10: Pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Bandar Banting merupakan sebuah kawasan perbandaran yang maju

dengan pelbagai kemudahan yang tersedia untuk penduduk bandarnya. Bandar Banting telah

mencapai sebuah bandar yang mapan dengan belandaskan Agenda Tempatan 21.