38
1 HUBUNGAN ETNIK MPU 3113 PERANAN MASJID AL-AZHAR DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KALANGAN MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR DISEDIAKAN OLEH : AHMAD AL-MUNZIR BIN RIDZUAN 13BI02154 MOHAMAD FARHAN BIN YUSOP 13BI02055 AKHMAL HAKIM BIN SAIDIN 13BI02051 MUHAMMAD WALIYUDDEN BIN ROSLAN 13BI02049 PENSYARAH : Pn. ROHAINI BINTI AMIN IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI (A) SEMESTER 1 2013/2014

Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian ini bertujuan untuk melihat serta menilai peranan Masjid Al-Azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Masjid merupakan salah satu strategi dalam merealisasikan program pembentukan modal insan dalam pembentukan mahasiswa khususnya dalam aspek sahsiah dan akhlak. Proses pembangunan modal insan ini seharusnya bermula dengan pengukuhan asas agama dan kemudiannya diikuti oleh proses penerokaan ilmu pengetahuan. Hakikat ini akan merealisasikan modal insan yang benar-benar berkualiti, utuh dari segi akidah dan iman seterusnya amalan. Jesteru, pengalaman mahasiswa semasa mengikuti pengajian di KUIS amat penting untuk menilai peranan Masjid Al-Azhar dalam hal ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik terhadap 10 orang mahasiswa KUIS, pengumpulan data yang diambil dari pejabat pengurusan masjid dan bahagian pengurusan akademik.

Citation preview

Page 1: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

1

HUBUNGAN ETNIK

MPU 3113

PERANAN MASJID AL-AZHAR DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM

KALANGAN MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD AL-MUNZIR BIN RIDZUAN 13BI02154

MOHAMAD FARHAN BIN YUSOP 13BI02055

AKHMAL HAKIM BIN SAIDIN 13BI02051

MUHAMMAD WALIYUDDEN BIN ROSLAN 13BI02049

PENSYARAH :

Pn. ROHAINI BINTI AMIN

IJAZAH SARJANA MUDA

AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI (A)

SEMESTER 1

2013/2014

Page 2: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

2

SINOPSIS

Kajian ini bertujuan untuk melihat serta menilai peranan Masjid Al-Azhar dalam

pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS). Masjid merupakan salah satu strategi dalam merealisasikan program

pembentukan modal insan dalam pembentukan mahasiswa khususnya dalam aspek sahsiah dan

akhlak. Proses pembangunan modal insan ini seharusnya bermula dengan pengukuhan asas

agama dan kemudiannya diikuti oleh proses penerokaan ilmu pengetahuan. Hakikat ini akan

merealisasikan modal insan yang benar-benar berkualiti, utuh dari segi akidah dan iman

seterusnya amalan. Jesteru, pengalaman mahasiswa semasa mengikuti pengajian di KUIS amat

penting untuk menilai peranan Masjid Al-Azhar dalam hal ini. Instrumen kajian yang digunakan

adalah soal selidik terhadap 10 orang mahasiswa KUIS, pengumpulan data yang diambil dari

pejabat pengurusan masjid dan bahagian pengurusan akademik.

OBJEKTIF

(1) Mengkaji peranan Masjid Al-Azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan

mahasiswa KUIS

(2) Mengenalpasti bentuk-bentuk pembangunan modal insan yang telah dilakukan di Masjid

Al-Azhar

(3) Memberi cadangan terhadap penambahbaikan pembangunan modal insan di Masjid Al-

Azhar

METODOLOGI KAJIAN

(1) Soal selidik mahasiswa

(2) Kaedah pengumpulan data

(3) Wawancara

(4) Pemerhatian

Page 3: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

3

PERMASALAHAN KAJIAN

(1) Pengetahuan dan fakta berkaitan perkara yang dikaji adalah berbeza

(2) Data yang diperoleh adalah terhad

(3) Kerjasama yang diberikan adalah mendukacitakan

SUMBER KAJIAN

(1) Seksyen Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

(2) Bahagian Pengurusan Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(3) Ustaz Salman bin Zainal Abidin, Penolong Nazir 1, Masjid Al-Azhar

(4) Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Page 4: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

4

KANDUNGAN

Muka Depan 1

Sinopsis 2

Objektif 2

Metodologi Kajian 2

Permasalahan kajian 3

Sumber Kajian 3

Kandungan 4

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 6

1.2 Definisi Masjid 7

1.3 Definisi Modal Insan 8

1.4 Latar Belakang Tempat Kajian 8

1.4.1 Sejarah Ringkas Negeri Selangor 9

1.4.2 Sejarah Ringkas Bandar Seri Putra 10

1.4.3 Sejarah Ringkas Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 12

1.4.4 Sejarah Ringkas Masjid Al-Azhar 14

BAB 2 : PERANAN MASJID AL-AZHAR DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN

2.1 Peranan Institut Pengajian Tinggi Dalam Pembangunan Modal Insan 16

2.2 Peranan Masjid Al-Azhar Dalam Pembentukan Modal Insan 17

2.3 Struktur Organisasi Masjid Al-Azhar 21

2.4 Statistik Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 25

2.5 Penyemarakan Pembangunan Modal Insan Dalam Kalangan Mahasiswa 26

2.6 Kepentingan Institusi Masjid Dalam Realiti Semasa 27

Page 5: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

5

2.7 Cabaran Pengurusan Masjid Dalam Pembentukan Modal Insan Dalam Kalangan

Mahasiswa 29

2.8 Cadangan dan Saranan Dalam Menangani Cabaran Pengurusan Masjid

Membangunkan Modal Insan Dalam Kalangan Mahasiswa 31

BAB 3 : PENUTUP

3.1 Rumusan 34

3.2 Biblografi 36

3.3 Lampiran 37

Page 6: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

6

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat bermula daripada

tahun 1957 hingga 2008. Pembangunan di Malaysia menunjukkan ciri-ciri kekuatan yang

pelbagai. Walaupun demikian, terdapat satu isu kelemahan yang utama iaitu pembangunan yang

dijalankan adalah tidak seimbang antara material dan bukan material. Konsep modal insan yang

diterima pakai menekankan pendidikan dan kemahiran perlu diperhalusi dan dilihat semula

supaya ianya lebih menyeluruh dan mantap selaras dengan matlamat pembangunan itu sendiri

yang bukan hanya menekankan aspek material atau fizikal semata-mata akan tetapi menekankan

aspek rohani. Pembangunan mampan bukan sahaja boleh diterima pakai dalam agenda

pembangunan negara, bahkan boleh diterapkan dalam mewujudkan modal insan yang berkualiti.

Melihat kepada isu dan cabaran dewasa ini sudah pasti modal insan yang berpendidikan dan

berkemahiran sahaja tidak memadai. Modal insan itu sendiri seharusnya dilengkapi dengan nilai-

nilai yang murni dan bersikap optimistik. Ini kerana matlamat pembangunan bukanlah untuk

tujuan pembangunan semata-mata. Sebaliknya, pertumbuhan adalah cara dan alat untuk

mencapai kualiti hidup yang lebih baik bagi manusia dan untuk meningkatkan tamadun manusia.

Seperti yang sedia maklum bahawa universiti merupakan tempat para mahasiswa

menuntut ilmu. Mereka merupakan aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara dalam

meneruskan legasi pentadbiran, pembangunan serta pembaharuan kepada sesebuah negara.

Pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa merupakan penentu dalam meningkatkan

daya saing dan produktiviti sesebuah negara.

Pembentukan modal insan bukan hanya dapat dibentuk melalui pendidikan secara formal

sepeti mengikuti kuliah yang disampaikan di dalam kelas sahaja akan tetapi pendidikan secara

Page 7: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

7

tidak formal seperti di masjid. Masjid merupakan lambang syiar Islam dan kedaulatannya.

Pembinaannya menunjukkan bahawa masjid mempunyai peranan yang sangat besar dan agung

bagi umat Islam.

Masjid bukan hanya menjadi pusat ibadah khusus seperti solat fardu dan iktikaf semata-

mata akan tetapi mempunyai peranan yang lebih luas. Bahkan suatu ketika dahulu masjid pernah

menjadi pusat kebudayaan, kegiatan ekonomi, pusat kebajikan, pusat pendidikan umat Islam dan

dakwah Islamiah.

1.2 Definisi Masjid

Menurut Kamus Dewan, masjid bermaksud bangunan khas tempat umat Islam melakukan

solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain1. Masjid dari segi bahasa ialah tempat sujud. Masjid berasal

daripada perkataan Arab “sajada”, “yasjudu”, “sujudan”. Justeru itu masjid bererti nama bagi

tempat sujud. Sujud adalah kemuncak kepatuhan dan penghinaan diri dalam konteks kepatuhan

dan ketaatan kepada Allah S.W.T. Kepentingan masjid amat jelas dalam Islam apabila perkataan

masjid berulang sebanyak 28 kali dalam al-Quran.

1 Kamus Dewan, 2005. 1002

Page 8: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

8

1.3 Definisi Modal Insan

Maksud modal menurut Kamus Dewan ialah bermaksud sesuatu yang digunakan untuk

mendapat atau mencapai sesuatu yang lain. Ia juga bermaksud kelebihan yang dimiliki.

pengertian lain ialah sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk mengembangkan harta.

Maksud insan dapat dijelaskan sebagai makhluk yang dicipta oleh tuhan. Pembinaan

insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat

memastikan kejayaan masa depan negara.

Modal insan bermaksud modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di

peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta agar mahasiswa dapat menjana satu bentuk

gerak kerja yang dilihat sebagai aset penting negara. Disebabkan itulah, golongan intelek

merumuskan bahawa mahasiswa di Malaysia khususnya adalah golongan sasaran utama dalam

menjayakan rencana ini memandangkan daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif

yang ada pada mereka. Dengan itu, mereka diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu

mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul

kerajaan.

1.4 Latar Belakang Tempat Kajian

Kami akan menghuraikan secara ringkas sejarah negeri Selangor, Bandar Seri Putra dan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di mana tempat kajian ini dijalankan.

Page 9: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

9

1.4.1 Sejarah Ringkas Negeri Selangor

Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Negeri

Selangor bersempadan dengan negeri Perak di sebelah utara, Negeri Sembilan di bahagian

selatan dan negeri Pahang di sebelah timur. Bahagian barat negeri ini iaitu seluruh pantainya

mengadap ke Selat Melaka.

Negeri Selangor Darul Ehsan adalah sebuah negeri yang agak istimewa kerana ia

merupakan pusat pemerintahan Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak

ditengah-tengah negeri ini.

Sebelum Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan, negeri Selangor seolah-olah

menjadi pusat pemerintahan Malaysia. Ini adalah kerana Kuala Lumpur ialah ibu negara

Malaysia dan juga ibu negeri Selangor.

Kini ibu negeri Selangor adalah Shah Alam. Kota Darul Ehsan yang dibina merentangi

lebuh raya Kuala Lumpur-Klang menjadi sempadan antara negeri ini dengan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Selangor mempunyai keluasan 8190 kilometer persegi terdiri daripada Sembilan buah

daerah iaitu Petaling, Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala

Langat, Sepang dan Hulu Langat.

Terdapat pelbagai catatan tetang nama Selangor. Nama Selangor bermula daripada

Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah

bersempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor.

Nama Selangor sudah digunakan sekurang-kurangnya pada abad ke-14 lagi. Kajian-

kajian awal memberikan nama Selangor sebagai ‘Calangor, Salngor, Selimgor, Salangor,

Page 10: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

10

Selengor, Solongor, Sorlongor, Sorlangar, Sarahangor, Selengor, Solongor, Sorlongor,

Sorlangar, Sarahangor, Chalangor dan Charanguror’.2

Rajah 1 : Peta Negeri Selangor

1.4.2 Sejarah Ringkas Bandar Seri Putra

Bandar Seri Putra yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Putra Mahkota merupakan

perbandaran baharu di daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Perbandaran yang hampir lengkap ini telah dibangunkan sejak tahun 1997 lagi oleh Bangi

Heights Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat pemaju hartanah terkemuka UM Land Berhad.

Kawasan ini terletak di atas kawasan seluas 898 ekar yang pada asalnya kawasan ladang kelapa

sawit yang sebelum ini di majukan peringkat demi peringkat dengan pelbagai projek perumahan

dan perniagaan.

Perbandaran terancang serta kedudukannya yang amat strategik di kedudukan paling

selatan negeri Selangor Darul Ehsan menggamit puluhan ribu penduduk menjadikan Bandar Seri

2 Mohamed Roselan Abdul Malik. (1998). Selangor Darul Ehsan. H 5-6

Page 11: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

11

Putra sebagai kediaman mereka yang paling ideal. Perbandaran lain yang berhampiran ialah

Bukit Mahkota di sebelah selatan, Bandar Baru Bangi di sebelah utara, Wilayah Persekutuan

Putrajaya di sebelah barat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang

serta Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di sebelah barat dayanya.3

Rajah 2 : Bandar Seri Putra

3 umland.com.my/putra/putra.htm

Page 12: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

12

1.4.3 Sejarah Ringkas Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS

merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam

Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada

15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda

pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal

penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin

masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, KUIS

juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi.

Bersandarkan misi dan visi yang jelas, KUIS terus mengorak langkah ke hadapan

mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah kesepaduan ilmu yang didukung adalah

sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang boleh memajukan negara

di masa hadapan.

Selaras dengan itu, KUIS menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya

termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, bahasa dan komunikasi, ICT

dan multimedia, kejururawatan dan pendidikan. KUIS juga sentiasa komited dalam memastikan

setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi

perakuan (MQA) Agensi Kelayakan Malaysia.

Dalam usaha menjadi sebuah universiti elit dan dinamik, KUIS terus berusaha

mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi skop pengajian dan pembelajaran (P&P). Selain

itu, pengiktirafan status Multimedia Super Corridor (MSC) telah berjaya membuktikan

keupayaan KUIS menyediakan khidmat pendidikan tinggi di bidang teknologi maklumat

Page 13: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

13

sekaligus menyumbang kepada hasrat kerajaan dalam melahirkan pekerja-pekerja bermaklumat

untuk kejayaan MSC.

Menerusi jaringan akademik di dalam dan luar negara, aspek penjanaan ilmu dan inovasi

terutama melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan terus dipertingkatkan bersesuaian

dengan moto Pemangkin Tradisi Ilmu.

Sejajar dengan itu juga, KUIS bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf

antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi swasta berteraskan Islam.4

Rajah 3 : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

4 www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=6&Itemid=42

Page 14: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

14

1.4.4 Sejarah Ringkas Masjid Al-Azhar

Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor terletak di Bandar Seri

Putra merupakan masjid yang telah dikategorikan sebagai “Masjid Institusi” kerana ianya

terletak di dalam sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam

Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Masjid ini merupakan jantung

kepada KUIS kerana kedudukannya yang amat stategik dan berada di titik tengah KUIS. Selain

itu, masjid ini juga turut menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bandar Seri Putra, Bukit

Mahkota, Taman Impian Putra dan Bangi Lama untuk menunaikan solat jumaat disebabkan

masjid yang ada disekitar ini masih dalam pembinaan. Tambahan pula, masjid yang sedia ada

berhampiran Pekan Bangi adalah kecil dan tidak dapat menampung bilangan jemaah berdekatan

yang sedia ada.

Masjid ini telah dibina pada fasa pertama pembinaan KUIS pada sekitar tahun 1998

hingga tahun 2000 dan diletakkan ditengah-tengah kawasan KUIS yang berkeluasan 104 ekar.

Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin

Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 25 Mei 2002. Dengan

binaan 2 tingkat, masjid ini mampu memuatkan lebih kurang 3000 orang jemaah pada satu-satu

masa. Ruang solat utama masjid dijadikan tempat bagi jemaah lelaki untuk solat. Disamping itu

juga, ianya turut diadakan aktiviti keagamaan contohnya, majlis maulidur rasul, pengajian kitab-

kita, ceramah agama, kuliah subuh, zohor dan maghrib. Selain itu juga, pihak KUIS

memanfaatkan penggunaan masjid dengan mengadakan penamaan calon bagi pilihan raya

kampus (PRK) bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIS, majlis angkat sumpah, usrah

mingguan mahasiswa dan lain-lain. Masjid ini juga menerima kunjungan ilmuan antarabangsa

Page 15: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

15

seperti Almarhum Dr Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouti dan Syeikh Muhammad Ali As-

Soubuni dan tidak ketinggalan para ilmuan dalam negara.

Aras 1 merupakan kawasan untuk jemaah wanita menunaikan solat dan melakukan

aktiviti yang dikhususkan untuk jemaah wanita seperti usrah, kuliah muslimat dan sebagainya.

Akan tetapi, pada waktu jumaat, kedua-dua ruang akan dipenuhi oleh jemaah lelaki untuk

menunaikan solat jumaat.

Senibina masjid ini menjadikan binaan pada zaman kegemilangan Islam pada kesultanan

Uthmaniah sebagai contoh. Pada zaman kesultanan Uthmaniah, masjid mempunyai kubah masjid

yang besar, mempunyai menara dan mempunyai ruang legar yang luas. Masjid pada kesultanan

Uthmaniah juga mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di anatara saf-saf dan

syiling yang jauh lebih tinggi dari kawasan lantai. Begitu juga senibina yang terdapat di Masjid

Al-Azhar. Selain itu juga dimasukkan sekali senibina Moorish dan Arab serta di adun

bersesuaian dengan senibina Melayu dan moden.

Rajah 4 : Masjid Al-Azhar KUIS

Page 16: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

16

BAB 2 : INSTITUSI MASJID DALAM MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN MODAL

INSAN

2.1 Peranan Institut Pengajian Tinggi Dalam Pembangunan Modal Insan

Peranan utama universiti adalah menjadi organisasi yang membekalkan modal manusia

kepada pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam keadaan ekonomi mengalami

perubahan dari ekonomi yang berasaskan pengeluaran kepada yang berasaskan pengetahuan.

Ahli-ahli ekonomi menganggap universiti sebagai satu pelaburan jangka panjang yang amat

menguntungkan terutamanya membekalkan tenaga manusia terlatih dalam pelbagai bidang.

Tenaga manusia terlatih pula merupakan aset yang amat penting dalam usaha menggerakkan

pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini adalah kerana, kemajuan dan kekayaan sesebuah

negara bukan diukur kepada kuantiti sumber alam yang dimiliki tetapi kualiti sumber manusia

yang kreatif dalam mencanai usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang

kehidupan.

Bagi Malaysia, misi memperkasa kualiti modal insan negara telah dijadikan teras kedua

Misi Nasional, 2006-2020 iaitu dengan iltizam untuk meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan

inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Hal ini seiring dengan senario

pembangunan ekonomi yang menunjukkan peralihan daripada pembangunan ekonomi

berasaskan perindustrian kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).

Pelan Induk K-ekonomi menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualiti sebagai salah

satu faktor kritikal bagi melonjakkan negara ke status negara maju. Bagi merealisasikan hasrat

ini, IPT perlu memainkan peranan yang kritikal untuk menghasilkan modal insan yang diaspirasi

dalam pelan tersebut.

Page 17: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

17

Sehubungan itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) harus memainkan peranan utama

sebagai organisasi yang akan membekalkan modal insan kepada pembangunan ekonomi negara.

Dengan kata lain, tadbir urus IPT perlu peka terhadap program-program akademik, latihan, dan

pembangunan sahsiah yang ditawarkan agar seiring dengan peranan mereka dalam menyediakan

modal insan yang memenuhi tuntutan pasaran.

2.2 Peranan Masjid Al-Azhar Dalam Pembentukan Modal Insan

Masjid merupakan institusi terpenting dalam Islam. Ia merupakan pusat membangunkan

modal insan sama ada daripada aspek rohani, sahsiah, akhlak mahupun kehidupan

bermasyarakat. Masjid diibaratkan sebagai nadi kepada sesebuah masyarakat. Ia merupakan

jambatan yang memperkukuhkan persaudaraan, kesefahaman, kesatuan, keharmonian, keadilan,

keilmuan dan menjadi kemegahan umat Islam. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan

Agama Islam Selangor pada tahun 2012, jumlah masjid yang terdapat di Selangor adalah 408

buah dan surau sebanyak 2030 buah. Hal ini sewajarnya menjadikan peranan masjid sebagai

pusat pembangunan modal insan yang ulung dan tidak hanya terhad bidang aktiviti dan

programnya sekadar untuk menunaikan solat fardhu dan aktiviti di dalam lingkungan masjid.

Memandangkan kedudukan Masjid Al-Azhar adalah sangat istimewa kerana berada di

dalam lingkungan pagar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, maka peranannya dalam

pembangunan mahasiswa KUIS sangat penting dan besar. Oleh yang demikian, amat wajar

masjid ini diurus dan ditadbir dengan baik agar ia benar-benar mampu membangunkan modal

insan yang berkualiti dalam kalangan mahasiswanya seiring dengan perkembangan zaman serta

melihat cabaran mendatang. Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, perkara

Page 18: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

18

pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mendirikan masjid untuk dijadikan pusat

pentarbiahan atau pendidikan dalam melahirkan generasi sahabat yang cemerlang. Untuk

menjadikan masjid sebagai institusi yang dinamik ke arah membangunkan modal insan, ia perlu

diurus dengan sebaik mungkin sama ada dari segi organisasi, aktiviti, prasarana, perkhidmatan

dan sebagainya. Antara fungsi dan peranan masjid yang dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa

adalah :

(1) Pusat Ibadat

Seperti yang sedia maklum, fungsi utama masjid menurut Islam adalah untuk beribadah.

Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t :

5

Terjemahannya : Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk beribadat kepada Allah

semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. (al-Jin :

18)

Dalam ayat di atas Allah menjelaskan bahawa masjid adalah untuk beribadah dan

mengiktiraf sifat uluhiyyah dan rububiyyah-Nya. Maka seorang muslim itu tidak boleh

memohon pertolongan dan berdoa melainkan hanya kepada-Nya. Galakan kepada umat Islam

supaya datang beribadat di masjid dapat dilihat melalui sabda Rasulullah s.aw. yang

diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: “Apabila kamu melihat seorang lelaki yang

melazimi masjid, maka hendaklah kamu bersaksi keimanan untuknya yakni wujudnya iman pada

5 Surah al-Jin ayat 18

Page 19: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

19

lelaki itu. Setiap langkahnya ke masjid akan dicatat sebagai amal kebajikan dan dihapuskan

kesalahan. Para malaikat juga sentiasa berdoa dan memohon keampunan untuk orang-orang yang

sentiasa ke masjid”.

Antara ibadah-ibadah yang selalu dilakukan di masjid ialah solat fardu berjemaah, solat

Jumaat, solat-solat sunat, solat jenazah, bacaan al-Quran serta amalan-amalan zikir dan wirid.

Justeru itu, peranan masjid sebagai institusi ibadah dapat membangunkan kualiti peribadi

mahasiswa secara menyeluruh terutama dalam aspek pembangunan sahsiah, akhlak dan

kerohanian. Amalan solat berjemaah sebagai contoh secara tidak langsung akan dapat melatih

seseorang mahasiswa itu berdisiplin dan menepati waktu.

(2) Pusat penyebaran Ilmu

Sememangnya masjid secara umumnya difahami sebagai tempat peribadatan. Ibadah

menurut Islam merangkumi segenap aspek kehidupan muslim seperti firman Allah :

6

Terjemahannya : Katakanlah “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,

hanyalah untuk Allah s.w.t, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, tiada

sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku di antara seluruh

6 Surah al-An’am ayat 162

Page 20: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

20

umatku adalah orang Islam yang awal pertama yang berserah diri kepada Allah s.w.t dan

mematuhi perintah-Nya”. (al-An’am :162)

Sesungguhnya ilmu merupakan perkara asas terpenting beribadah agar segala ibadah itu

dilakukan dengan betul dan sempurna. Justeru itu peranan masjid dalam menyebarkan ilmu amat

penting bagi membimbing umat khususnya mahasiswa ke arah kebenaran. Sejarah telah

membuktikan kepentingan peranan masjid khususnya pada zaman Rasulullah s.a.w. zaman

Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman pemerintahan Islam seterusnya dalam penyebaran ilmu

pengetahuan.

Masjid Al-Azhar seharusnya dimaksimakan penggunaannya bukan hanya dalam aspek

ibadat semata-mata bahkan dalam aspek penyebaran ilmu juga. Budaya ilmu ini bukan hanya

berbentuk ceramah atau kuliah semata-mata akan tetapi perlu dalam versi yang pelbagai. Selain

itu, pembudayaan ilmu dalam kalangan mahasiswa perlu diperluaskan skopnya seperti dengan

mengadakan kelas-kelas agama kontemperori iaitu masalah berkaitan realiti hari ini dan kelas-

kelas ilmiah seperti sains, sejarah, dan sebagainya. Selain itu, program diskusi atau perbincangan

dalam bentuk kumpulan kecil berkaitan isu semasa seperti isu kalimah Allah, isu kenaikan harga

barang, isu pluralisme dan seumpamanya perlu diadakan secara berkala dalam membentuk

mahasiswa yang peka pada suasana mereka. Hal ini akan memberi impak dalam melihat sejauh

mana keperihatinan, penilaian, pembacaan dan penerimaan mahasiswa terhadap sesuatu isu.

Selain itu, program ini penting sebagai persediaan diri mereka sebagai pemimpin dalam

mengawal, memahami, menilai, membaca dan menempuh cabaran yang pastinya lebih mencabar

berbanding hari ini.

Page 21: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

21

(3) Pusat Sosial

Peranan masjid dalam memainkan fungsi sosialnya ke arah penyatuan mahasiswa

memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat melalui implikasi daripada amalan solat

berjemaah di masjid contohnya secara tidak langsung akan membawa kepada sifat saling kenal-

mengenali dalam kalangan mahasiswa, tersebarnya semangat kasih-sayang, tolong-menolong,

bertanggungjawab, berziarah, menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar dalam kalangan

mahasiswa. Dengan ini suasana masyarakat Islam yang sebenar dapat diwujudkan di KUIS.

Peranan yang dimainkan masjid dalam menyatupadukan mahasiswa dapat dilihat melalui

pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan seperti majlis memperingati hari kebesaran Islam,

majlis berbuka puasa, khidmat masyarakat, aktiviti gotong-royong dan lain-lain lagi.

(4) Pusat Pengukuhan Akidah Mahasiswa

Dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan tentangan, mahasiswa amat perlu

memperkuatkan akidah supaya tidak terpengaruh dan terjerumus ke dalam unsur-unsur negatif.

Benteng akidah ini menjadi lebih penting lagi kerana sekarang ini terdapat ideologi, ajaran-

ajaran serta pemahaman akidah yang menyesatkan seperti syiah, liberalisme, sosialisme,

komunisme, tuhan Harun, ayah Pin, al-Arqom dan seumpamanya. Hal ini dapat dilihat melalui

ceramah berkaitan isu-isu tersebut serta kempen-kempen yang telah dijalankan.

2.3 Struktur Organisasi Masjid Al-Azhar

Nazir : Prof. Madya Datuk Dr. Ab. Halim bin Tamuri

Pemeriksa kira-kira : - En. Hasim bin Abdullah

- En. Mohd Azli bin Shahani

Timbalan Nazir : En. Syarbaini bin Ahmad

Page 22: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

22

Penolong Nazir 1 (Program) : Ustaz Salman bin Zainal Abidin

Nama Biro / Unit Ahli Jawatankuasa

Biro Badan Amar Ma’ruf dan Nahi

Mungkar

Tuan Haji Che Wan Shamsul Bahri bin Che

Wan Ahmad

Ustaz Saifullah bin Shamsudin

Biro Ilmu dan Pendidikan

Berterusan

Dr. Zikmal Fuad

Ustaz Abu Zaki bin Ismail

Biro Ta’dib Pelajar dan Kakitangan Ustaz Safwan bin Ahmad

Ustaz Syarul Azman bin Shaharudin

Biro Penerangan dan Maklumat Ustazah Safinah binti Ismail

En. Mohd Nufran bin Mohd Suhaini

En. Noor Azli bin Mohamed Masrop

Biro Khidmat Ummah En. Mohammad Ehsan bin Ahmad Sokri

En. Nur Muizz bin Mohammed Salleh

Ustaz Muhammad Shuhaimi bin Alang

Aziddin Al-Malbari

Biro Hal Ehwal Muslimat Hajjah Nur Hasdillah binti Mohd Hasim

Ustazah Siti Zahrah binti Abdul Hamid

Biro Pemuda dan Pemudi Saudara Akram Ikrami bin Taib Azamudden

Saudari Siti Sumayyah binti Mohamed

Page 23: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

23

Penolong nazir 2 (Operasi) : En. Muhammad Fairuz bin Haji Yusoff

Nama Biro / Unit Ahli Jawatankuasa

Unit Usrah BPM En. Mohd Shakir bin Mohd Zailani

Unit Operasi dan Pengurusan En. Muhammadon bin Ahmad Tahudin

Biro Zakat, Waqaf dan Infaq (kosong)

Biro Pembangunan dan

Penyeleggaraan

En. Mohamad Tarmizi bin Mohamad Hamid

En. Ahmad Rabili bin Mohd Hashim

Bendahari : Dr Mokmin bin Basri

Penolong Bendahari : En. Iskandar bin Sajudin

Setiausaha : En. Nasrul Ramizan bin A. Jamal

Penolong Setiausaha : En. Mohammadon bin Ahmad Tajudin

Imam Besar : Ustaz Mahmud Lutfi bin Abdul Hadi Al-Muqri’

Nama Biro / Unit Ahli Jawatankuasa

Imam Ustaz Imran bin kamal Basha Al-Muqri’

Pembantu Imam Saudara Ahmad Syauqi bin Azmi

Saudara Wan Amirul Nizam bin Wan Mohd

Kamil

Saudara Muhammad Fadhil bin Abdul

Mutalib

Bilal Ustaz Syarul Azman bin Shaharuddin

Pembantu Bilal Saudara Qomarul Arifin bin Ali

Page 24: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

24

Penolong Pegawai Hal ehwal Islam Ustaz Mohd Nor Hafiz bin Mohd Unus

Pembantu Siak Saudara Muhammad Azinuddin bin Mohd

Fauzi

Pembantu Am Haji Shukri bin Norhalim

Page 25: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

25

2.4 Statistik Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

36%

64%

JUMLAH PELAJAR KUIS YANG AKTIF TAHUN 2013/2014

LELAKI

PEREMPUAN

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

STATISTIK MENGIKUT FAKULTI 2013/2014

LELAKI

PEREMPUAN

Page 26: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

26

2.5 Penyemarakan Pembangunan Modal Insan Dalam Kalangan Mahasiswa

Pembangunan modal insan menjadi antara agenda yang diberi penekanan oleh kerajaan

dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Nilai modal insan ini walaupun tidak pernah

tertera dengan jelas dalam laporan untung rugi mana-mana organisasi, namun ia berperanan

besar dalam menentukan prestasi organisasi terbabit. Modal insan mencorakkan hala tuju

organisasi ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa modal insan yang berkualiti, sesebuah

organisasi akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada

pencapaian organisasi.

Manusia dilihat sebagai suatu jenis ‘modal’ dan dinamakan sebagai ‘modal insan’, iaitu

sebagai suatu ‘aset tenaga’ yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi,

pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu dibangunkan dan

diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum dimanfaatkan. Pembangunan modal insan adalah

suatu usaha yang paling penting, utama dan asasi. Ia boleh diibaratkan sebagai tapak asas kepada

sesuatu binaan, yang darinya pula boleh dibina kerangka yang menjalar ke setiap ruang.

Kerangka ini seterusnya boleh berfungsi dengan pelbagai kegunaan mengikut apa yang dihajati

oleh manusia atau lebih tepat lagi, memenuhi kemaslahatan umat manusia.

‘Insan yang terbangun sifatnya’ adalah mereka yang mempunyai kualiti ilmu, beriman,

bertamadun, berakhlak mulia, jujur, amanah, bertanggungjawab, memiliki kesihatan dan

kecergasan fizikal, emosi yang sejahtera dan rohani yang kuat. Membangun modal insan tidak

sewajarnya dilihat dari sudut terlatih, mahir, pakar, profesional, kelebihan pengetahuan dan

maklumat, menjadi pereka dan pencipta tetapi juga mempunyai akhlak terpuji dan berdaya saing

yang tinggi. Bagi memperkasakan pembangunan modal insan ini, institusi Masjid sewajarnya

Page 27: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

27

memainkan peranan yang sangat penting. Pelbagai program dan aktiviti boleh dilaksanakan di

masjid bagi memperkasakan pembangunan modal insan ini.

2.6 Kepentingan Institusi Masjid Dalam Realiti Semasa

Masjid adalah institusi yang penting dalam kehidupan masyarakat muslim di dunia. Ini

disebabkan wujudnya keterikatan yang erat dan mendalam antara insan yang berstatus hamba

dengan rumah Allah s.w.t. Kewujudan ikatan tersebut berasaskan pada hakikat fungsi masjid itu

sendiri sebagai medan pendidikan yang bersifat menyeluruh.

7

Terjemahan : Demikianlah masjid yang diasaskan atas dasar takwa kepada Allah sejak hari

pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang

yang ingin membersihkan diri dan Allah suka terhadap orang-orang yang bersih. (at-Taubah :

108)

Masjid sememangnya berperanan sebagai medan yang amat berpengaruh di tengah

perkembangan mahasiswa. Peranan institusi masjid bukan sekadar menjadi tempat mendengar

dan menadah ilmu dalam kerangka untuk meningkatkan keimanan semata-mata tetapi juga

7 Surah at-Taubah ayat 108

Page 28: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

28

medan pembangunan sosial dan peradaban semasa mahasiswa. Berdasarkan statistik yang

dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor memiliki lebih kurang 4625 orang pelajar. Berasaskan statistik tersebut, jelas

menunjukkan betapa luas dan besarnya peranan institusi masjid dalam konteks pembangunan

modal insan sekaligus memberi gambaran betapa perlunya perancangan dan pengurusan masjid

melalui sistem pengurusan yang sistematik dan bersifat profesional. Dalam konteks

perkembangan tersebut, dapat dirumuskan beberapa peranan utama yang harus dimainkan oleh

Masjid Al-Azhar, antaranya :

(1) Masjid berperanan sebagai pemangkin kepada kegiatan harian mahasiswa

(2) Masjid sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dengan mengadakan kelas pengajian ilmu

(3) Masjid berfungsi sebagai sebuah pertubuhan kebajikan kepada mahasiswa yang memerlukan

(4) Masjid berperanan untuk melaksanakan program kebudayaan, sosial, ekonomi dan

sebagainya di persekitaran masjid

(5) Masjid juga berperanan sebagai medan untuk mahasiswa mencari ketenangan bagi

mengembalikan kekuatan jiwa dan minda

(6) Masjid merupakan medan bagi mahasiswa menonjolkan potensi diri

Realiti apa yang berlaku hari ini adalah amat mengecewakan. Masjid dilihat sebagai

medan yang hanya bersifat umum semata-mata untuk melakukan ibadat, forum dan ceramah

semata-mata. Dalam masa yang sama, masjid juga hilang daya pesona untuk menarik

keseluruhan golongan mahasiswa untuk mengimarahkannya. Melalui pemerhatian kami, hanya

sekitar 200 hingga 300 orang bersamaan 11 hingga 18 peratus sahaja mahasiswa yang bersama

Page 29: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

29

untuk solat fardu berjemaah dalam satu-satu waktu manakala tidak lebih dari 50 orang atau 3

peratus sahaja mahasiswa yang menyertai kuliah sama ada kuliah zohor atau maghrib yang

dirancang oleh masjid. Selain itu, kegiatan yang bersifat kebudayaan, ekonomi dan sosial sangat

terhad dilaksanakan dalam persekitaran masjid. Sedangkan hakikat yang sebenarnya, program

dan aktiviti yang bersifat kebudayaan dan sosial perlu diadakan di institusi masjid dengan

difikirkan apakah caranya dan bagaimana langkah yang sewajarnya ke arah mengaplikasikan hal

tersebut dalam menarik minat mahasiswa menghadirinya. Selain dari menarik minat mahasiswa,

aktiviti ini mampu menarik atau mendekatkan mahasiswa dengan masjid dalam masa yang sama

membetulkan cara fikir mereka yang mungkin sebelum ini hanya meletakkan masjid sebagai

tempat beribdat semata-mata.

2.7 Cabaran Pengurusan Masjid Dalam Pembentukan Modal Insan Dalam Kalangan

Mahasiswa

Kepelbagaian latar belakang kepimpinan masjid memberi kesan dari aspek keberkesanan

fungsi masjid. Peranan masjid yang dibina sejak zaman Rasulullah s.a.w boleh disimpulkan

kepada dua peranan besar iaitu membina aspek rohani umat serta tempat membangunkan

masyarakat seutuhnya melalui pelbagai aktiviti.

Namun, realiti masjid pada hari ini khususnya Masjid Al-Azhar masih kurang berjaya dalam

melaksanakan fungsi membangunkan modal insan yang berpaksikan kepada pembangunan

akidah dan rohani yang seimbang dengan pelbagai cabaran mendatang. Dari sambutan terhadap

aktiviti yang kurang memberangsangkan hinggalah kepada fungsi masjid kepada mahasiswa

kurang menyerlah. Hal ini dapat dilihat pada bilangan yang hadir dalam solat fardu secara

Page 30: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

30

jemaah dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh masjid yang pada hemat kami

mendukacitakan.

Pada pandangan kami, suasana ini berlaku kerana beberapa keadaan:

(1) Aspek pengurusan yang kurang berkesan atau ketandusan idea

(2) Kesibukan pengurusan kerana mempunyai tanggungjawab yang lebih utama. Hal ini kerana,

pengurusan masjid juga merupakan pensyarah dan mempunyai banyak komitmen lain .

(3) Aspek pelaksanaan aktiviti dan program kurang mantap sekadar mengadakan aktiviti tanpa

mengambil kira sasaran kelompok dan objektif

(4) Aspek pengajian ilmu yang kurang memberangsangkan sama ada kepada penyampai, metod

penyampaian mahupun isi yang tidak bersifat semasa

(5) Pembangunan sumber manusia yang lemah

(6) Sikap mahasiswa yang cetek cara fikirnya

(7) Kewangan masjid terhad

Page 31: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

31

2.8 Cadangan Dan Saranan Dalam Menangani Cabaran Pengurusan Masjid

Membangunkan Modal Insan Dalam Kalangan Mahasiswa

Dalam merealisasikan peranan institusi masjid sebagai ‘jantung’ dan ‘nadi’ mahasiswa

dalam membangunkan modal insan, adalah dicadangkan kepada kepimpinan masjid agar dapat

melakukan penumpuan kepada “membuat perkara yang betul bukan sekadar membuat sesuatu

dengan betul” dalam menarik minat mahasiswa. Oleh itu disarankan agar :

(1) Pengurusan perlu memiliki pemikiran dan idea yang segar dalam mengurus masjid seiring

dengan peredaran zaman dan mahasiswa. Tenaga mahasiswa yang pelbagai seharusnya

digembeleng sebaik mungkin dan idea mereka juga seharusnya dipertimbangkan oleh pihak

pengurusan dalam usaha menarik minat mereka. Buat masa kini, beberapa potfolio telah

diberikan ruang kepada mahasiswa untuk diisi seperti bilal 2, pembantu siak, pembantu imam

dan biro pemuda dan pemudi. Seharusnya peluang kepada mahasiswa mencurah tenaga

dalam oraganisasi masjid ini diperluas. Dalam hal ini, para pensyarah menjadi sebagai

penasihat atau pemantau kepada sesuatu biro atau unit. Hal ini mampu mengurangkan beban

amanah yang dipikul oleh pensyarah hari ini.

(2) Mahasiswa tidak perlu dilayan seperti kanak-kanak. Mahasiswa seharusnya dibentuk cara

fikirnya dan bukan dipaksa-paksa untuk menghadiri sesuatu aktiviti atau program. Pada usia

sudah meningkat dewasa, kebanyakan mahasiswa sudah boleh berfikir sendiri. Hal ini kerana

mereka ini merupakan bakal pelapis masa depan dalam mencorak pembangunan negara,

pembuat dan pemutus sesuatu dasar negara dan sebagainya. Oleh yang demikian, mereka

perlu dibimbing dan didekati dengan menjadikan mereka sebagai rakan dalam membina

hubungan yang lebih akrab.

Page 32: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

32

(3) Pengurusan masjid harus berusaha merangka pelbagai program dan latihan sesuai dengan

gelombang perkembangan ilmu pada hari ini. Mereka seharusnya lebih kreatif dalam menarik

minat golongan mahasiswa yang realitinya mempunyai pelbagai latar belakang. Oleh yang

demikian, penglibatan mahasiswa dalam organisasi pengurusan masjid adalah sangat baik.

(4) Mengadakan ceramah dengan menjemput golongan professional dalam bidang-bidang

tertentu di mana umat Islam masih lagi ketinggalan seperti kedoktoran, kejuruteraan, sains,

sejarah dan seumpamanya. Ceramah bukan hanya difokuskan kepada ceramah berunsur

agama sahaja seperti tasawuf, fiqh dan seumpamanya.

(5) Menyediakan keperluan semasa yang diperlukan di masjid. Jadikan masjid mesra mahasiswa.

Untuk menarik mahasiswa memerlukan aktiviti yang menarik dan disukai oleh

mahasiswa seperti futsal, mendaki gunung, perkhemahan, khidmat masyarakat,

jamuan dan sebagainya.

Untuk meluaskan ruang dan media dakwah perlu diperbanyakkan penerbitan untuk

edaran mahasiswa dan laman web masjid yang sentiasa dikemaskini seperti

pengumuman aktiviti, waktu solat, berinteraksi dengan kaunselor, pendidikan Islam

secara dalam talian, dan maklumat berkaitan masjid dan organisasi.

(6) Penubuhan rakan masjid

Rakan Masjid merupakan satu wadah yang paling baik untuk menggerakkan program

pengimarahan masjid. Penubuhan “Al-Azhar Members” di KUIS adalah sesuatu yang baik

dan sangat dialu-alukan. Seharusnya, ahli-ahli dalam persatuan ini berperanan untuk

menggerakkan aktiviti-aktiviti masjid.

Selain daripada membantu aktiviti masjid, mereka juga mestilah dilatihkan dengan

pelbagai kemahiran insaniah agar mereka mempunyai keterampilan untuk diketengahkan

Page 33: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

33

sebagai pemimpin mahasiswa di peringkat universiti dan sebagai persedian sebagai

pemimpin masyarakat selepas bergraduasi kelak. Pihak pengurusan masjid mestilah

menyediakan modul-modul yang sesuai dan lengkap bagi menggilap kepimpinan mereka.

Jika pihak masjid gagal dalam membangunkan mereka iaitu golongan yang sudah berjinak

dan dekat dengan masjid maka kesinambungan dakwah tidak akan berlaku. Mereka

merupakan golongan yang akan berperanan sebagai pengembang jemaah masjid.

Page 34: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

34

BAB 3 : PENUTUP

3.1 Rumusan

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan dasar kerajaan untuk menumpukan perhatian

kepada aspek pembangunan modal insan wajar mendapat sokongan daripada semua pihak. Untuk

memastikan agar matlamat dalam mencapai status negara membangun pada tahun 2020 menjadi

kenyataan, negara perlu menyediakan insan-insan yang berdaya saing, kreatif dan berjiwa besar

untuk memikul cabaran ‘Wawasan 2020’. Usaha ini perlu dimulakan dari sekarang kerana

mahasiswa yang ada pada hari ini adalah bakal pemimpin dan penerus legasi pentadbiran negara

masa akan datang. Asas kepada pembentukan generasi ini adalah melalui pendidikan. Melalui

pendidikan, kita bukan sahaja mampu membentuk pemikiran dan tahap keintelektualan

seseorang tetapi juga kita dapat membina sahsiah dan budi pekerti seseorang. Pendidikan bukan

hanya tertumpu pada pendidkan formal semata-mata seperti di dalam kuliah sahaja bahkan

pendidikan tidak formal seperti di masjid juga memainkan peranan yang sangat penting

khusunya dalam pembentukan sahsiah, akhlak dan budi pekerti seseorang mahasiswa.

Masjid adalah syiar dan lambang keagungan umat Islam serta pusat pembagunan modal

insan. Pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa dapat dibentuk dengan

bertunjangkan kekuatan komitmen dan iltizam mahasiswa terhadap masjid itu sendiri. Dalam

pada itu, fungsi dan peranan masjid banyak bertitik tolak daripada pengurusan dan pentadbiran

yang serasi dengan kehendak syarak di samping tidak mengetepikan kemudahan-kemudahan

terkini. Aktiviti-aktiviti yang sedang, telah dan akan dijalankan oleh semua masjid, khususnya

Masjid Al-Azhar, mestilah mengambil kira keperluan mahasiswa di sekelilingnya. Sebenarnya

dalam konteks sesebuah institusi pengajian tinggi, mahasiswa seharusnya bertanggungjawab

Page 35: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

35

dalam memastikan sama ada masjid itu dapat berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Oleh yang

demikian hal-hal pentadbiran masjid hendaklah dikemas kini dari masa ke semasa supaya dapat

merentasi alaf baru khususnya dalam medan dakwah Islamiah.

Selain itu, masjid juga perlu diperluaskan peranannya, bukan hanya dijadikan tempat

ibadah solat semata-mata tetapi lebih luas daripada itu sepertimana yang berlaku pada zaman

kegemilangan Islam. Masjid Al-Azhar merupakan tempat yang paling sesuai untuk memainkan

peranan ini kerana mempunyai generasi muda yang mempelajari asas agama di dalam silibus

pengajian mereka. Selain itu, tenaga dan idea mereka ini perlu digembeling dan digunakan

sebaik dan semaksima mungkin oleh pengurusan masjid. Oleh itu, program pengimarahan masjid

di KUIS dapat diperkasakan dengan pelbagai program serta aktiviti yang mampu menarik minat

serta penyertaan mahasiswa. Akhirnya Masjid Al-Azhar perlu menanam keinginan untuk

menjadi contoh kepada masjid yang lain umumnya dan masjid institusi khususnya.

Page 36: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

36

3.2 Biblografi

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. (2012). Retreved from PORTAL PENGURUSAN

MASJID:http://e-masjid.jais.gov.my/

Jasmi, M.I. (2008). Pengimarahan Masjid Dalam Agenda Ummah. Universiti Teknologi

Malaysia

Salleh, B.M. (2009). Seminar Pembangunan Modal Insan.Pembangunan Modal Insan Sebagai

Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara

Zumrah, M.I (2008). Pendidikan Asas Pembangunan Modal Insan,

Malik, M.R. (1998). Negeri Selangor Darul Ehsan. Oscar Book Internasional.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Page 37: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

37

3.3 Lampiran

PERANAN MASJID AL-AZHAR DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN DALAM

KALANGAN MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Saudara/Saudari

Soal selidik ini bertujuan untuk melihat sejauh mana peranan Masjid Al-Azhar KUIS

dalam pembentukan modal insan dalam kalangan mahasiswanya. Seramai 10 orang responden

dijangka terlibat dalam kajian ini yang terdiri dalam kalangan mahasiswa KUIS.

Saudara/Saudari adalah responden yang telah dikenal pasti dapat membantu memberi

maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Segala jawapan yang diberikan akan dirahsiakan.

Kajian ini amat penting dalam usaha mengenalpasti peranan serta keberkesanan aktiviti yang

dijalankan oleh masjid dalam pembentukan modal insan.

ARAHAN : Sila tandakan ( ) atau nyatakan jawapan anda di dalam petak atau tempat kosong

yang disediakan.

BAHAGIAN A

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Umur : _____ tahun

3. Program pengajian : ___________________

BAHAGIAN B

1. Kekerapan anda ke Masjid dalam sehari :

0 1 2 3 4 5

2. Aktiviti/program Masjid yang diminati :

___________________________________________________

Page 38: Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa kolej universiti islam antarabangsa selangor

38

3. Pandangan anda tentang aktiviti/program yang telah dijalankan oleh Masjid :

Sangat Menarik Menarik Biasa Tidak Menarik

4. Adakah anda melihat Masjid mampu memberi impak yang positif dalam menjayakan misi

dan visi KUIS?

YA TIDAK

5. Cadangan aktiviti/program yang mampu menarik minat keseluruhan mahasiswa ke Masjid :

___________________________________________________

TERIMA KASIH KERANA MASA YANG TELAH DILUANGKAN UNTUK

MENJAWAB SOAL SELIDIK INI