10
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWANTANKUASA PENGURUSAN MAKMAL SAINS Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan. Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. 1 Ketua Bidang Sains dan Matematik Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik. Antara syarat kelayakan perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang berpengalaman, mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik dan gred jawatan DG 44. Setelah kesemua syarat kelayakan ini dipenuhi, terdapat beberapa latihan yang diperlukan. Antara latihan tersebut adalag pengurusan stok, pengendalian peralatan sains, prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains, pengendalian peralatan ICT, pengurusan dan keselamatan makmal sains.

Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWANTANKUASA PENGURUSAN

MAKMAL SAINS

 

Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung

dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua

dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan

bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di

sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan

pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang

bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek

profesional dan pengurusan.

Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan

Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam

keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program

kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan,

penyelarasan, penilaian dan pemantauan.

 

1       Ketua Bidang Sains dan Matematik 

Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang

diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik. Antara syarat kelayakan

perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik dilantik dalam kalangan guru sains /

matematik yang berpengalaman, mempunyai pengkhususan dalam bidang sains /

matematik dan gred jawatan DG 44.

Setelah kesemua syarat kelayakan ini dipenuhi, terdapat beberapa latihan

yang diperlukan. Antara latihan tersebut adalag pengurusan stok, pengendalian

peralatan sains, prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains, pengendalian

peralatan   ICT, pengurusan dan keselamatan makmal sains. 

Page 2: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

2  Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal

sains yang utama adalah seperti menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti 

sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-

ciri keselamatan dan memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam

keadaan bersih dan selamat digunakan.

Selain itu, tugas merancang dan penyediakan pelan tindakan keselamatan,

peraturan keselamatan, latihan kecemasan dan kebakaran, dan kelengkapan pencegahan

kebakaran dan jadual penyelenggaraan, dan kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak

luput tarikh penggunaannya juga merupakan tugas seorang Ketua Bidang Sains dan

Matematik. Tugas ini tidak boleh diberikan kepada guru sains kerana setiap perancangan

dan penyediaan ini memerlukan latihan yang khusus yang lebih menitikberatkan

pengurusan makmal sains.

Antara tugas lain seorang Ketua Bidang Sains dan Matematik adalah menyelia

dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya

peraturan makmal, merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja

kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi,

mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya

enam bulan sekali, memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains

dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan, merancang dan menyediakan anggaran

perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal

sains, mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut

Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa dan menguruskan dan

memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut

bilangan dan spesifikasinya.

3 Ketua Panitia Sains

Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua serta Ketua Bidang Sains dan Matematik

dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.

Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang

Page 3: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan,

Fizik, Kimia dan Biologi.

Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua

secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah

tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa

Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia,

Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan

berkesan.

               

3.1       Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains

Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah membantu

merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains, menyemak

dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan

sains sepanjang tahun, merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk

tujuan hapus kira dan pelupusan, memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains

dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

Di samping itu, Ketua Panitia Sains juga berperanan menyemak dan mengemas kini

rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti pesanan peralatan dan bahan sains, stok

makmal sains, pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains, kerosakan dan

kehilangan, penyelenggaraan dan pemeriksaan, kemalangan dan rekod penggunaan

makmal sains. Tugas menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan ini adalah untuk

membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam menjalankan urusan

pentadbiran yang membabitkan pengurusan makmal.

Page 4: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

4 Guru Sains

 Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam

pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :

RAJAH 1: Tugas guru sains dalam pengurusan makmal

5 Pembantu Makmal

Pembantu makmal merupakan lapisan terakhir dalam struktur organisasi jawatankuasa

pengurusan makmal sains sekolah. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,

deskripsi tugas pembantu makmal adalah menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke

atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan

stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

5.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

Untuk menjawat jawatan seorang pembantu makmal gred C17, pemohon perlu mempunyai

sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia. Selain itu, pemohon perlu lulus dalam mata

pelajaran matematik atau salah satu daripada mata pelajaran sains dan lulus Bahasa

Melayu. Gaji yang ditawarkan bagi pembantu makmakl gred C17 adalah seperti berikut:

Guru sains

Mematuhi jadual penggunaan makmal

dan bilik sains.

Melaksanakan PEKA Sains

Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia

merekod, menyemak dan mengemas kini stok.

Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa

bersih, ceria dan selamat

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh

Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan

bahan sains.

Page 5: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

GAJI MINIMUM GAJI

MAKSIMUM

KADAR

KENAIKAN

GAJI

TAHUNAN

RM932.15 RM3,094.80 RM95.00

Jadual 1: Skim gaji pembantu makmal gred C17

 

5.2  Keperluan Latihan Pembantu Makmal

Bidang tugas pembantu makmal berdepan risiko. Mereka terpaksa mengurus selia

perkakasan yang merbahaya dan bahan kimia yang boleh memudaratkan

kesihatan. Untuk itu, terdapat beberapa keperluan latihan yang wajib diikuti oleh

pembantu makmal,antaranya adalah kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan

larutan (kemolaran), kemahiran menyediakan larutan piawai, kemahiran mengendalikan

bahan kimia terutamanya bahan toksik, kemahiran mengendalikan eksperimen yang

berkaitan dengan mikroorganisma, kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat,

berkarat dan mudah teroksida, kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti

tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya.

5.3       Tugas-tugas Pembantu Makmal

Tugas Harian Tugas Semasa Cuti

sekolah

Tugas-tugas Lain

Membuka pintu makmal

dan pintu bilik persediaan

makmal sains sebelum

waktu sesi pembelajaran

bermula dan mengunci

pintu makmal apabila sesi

pembelajaran makmal

berakhir.

Memastikan kerja-kerja

Membantu Ketua Bidang

Sains dan Matematik dan

guru sains mengemas kini

rekod stok.

Menyediakan reagen

kimia, larutan penunjuk dan

sebagainya seperti yang

diperlukan untuk kerja

amali.

Menyediakan senarai

barang yang diperlukan

oleh guru sains dan

meminta sebut harga dari

syarikat-syarikat yang

tertentu pada awal tahun

(sebelum penggal

persekolahan).

Membantu menulis

Page 6: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

pembersihan makmal sains

agar sentiasa dalam

keadaan bersih.

Memastikan makmal

dalam keadaan ceria dan

selamat.

Menyediakan alat, radas

dan bahan sains seperti

yang dipesan oleh guru

sains dalam buku

penyediaan alat / radas

atau borang pesanan.

Memastikan semua

peralatan dan bahan sains

berfungsi sebelum kerja

amali dijalankan.

Memelihara dan menjaga

tumbuhan dan haiwan

yang diperlukan untuk kerja

amali.

Melaksanakan semua

langkah keselamatan

dalam mengendalikan

peralatan dan bahan sains.

Mengambil tindakan yang

sewajarnya jika berlaku

sebarang kecemasan

seperti kebakaran dan

kecederaan.

Membersih dan

menyimpan peralatan dan

bahan sains ke tempat asal

yang telah ditetapkan

Menokoktambahkan

kandungan botol reagen

dengan larutan kimia yang

berkenaan dan mengganti

label pada botol reagen jika

perlu.

Mengubah suai dan

membuat inovasi daripada

bahan terpakai supaya

boleh digunakan di makmal

sains.

Menghasilkan air suling.

Membantu membaik pulih

kerosakan kecil peralatan

sains.

Mengecas dan discas

akumulator.

Menyelenggarakan

mikroskop, kanta, neraca,

slaid, carta, model, alat

timbang dan sebagainya.

Menyusun peralatan dan

bahan sains dengan

selamat dan bersistem.

Menyemak dan

memastikan bahan

beracun dan bahan

berbahaya disimpan

mengikut peraturan yang

ditetapkan.

Memeriksa dan

memastikan kit pertolongan

cemas serta alat

pesanan dalam borang

pesanan. Semua

pesanan mestilah dibuat

melalui Pengetua / Ketua

Bidang Sains dan

Matematik / Ketua Panitia.

Memeriksa alat-alat dan

bahan-bahan pesanan

supaya semua

berkeadaan baik dan

mengikut kehendak guru

sains sebaik sahaja

diterima daripada

pembekal.

Menyimpan baucer

pesanan dalam fail khas.

Menyediakan carta-carta,

model, slaid mikroskop,

CD dan alat bantu

mengajar lain yang

diperlukan untuk

pengajaran sains.

Membantu mengurus

buku stok / inventori.

Menerima dan

menyemak radas dan

bahan kimia yang baru

dibeli serta memasukkan

ke stor dan mencatat

dalam buku stok utama

dan kad stok.

Menyenaraikan radas dan

bahan utama yang kurang

Page 7: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

setelah selesai kerja amali.

Membersih meja makmal,

sinki dan menutup paip

gas, air, kipas dan lampu

setelah selesai setiap kerja

amali.

Memeriksa dan

menyelenggara

kemudahan makmal sains

termasuk perabot, bekalan

elektrik, air dan gas.

Membantu guru sains,

mengawas dan membantu

murid mendapatkan

peralatan dan bahan sains

semasa amali.

Mengambil tindakan

sewajarnya serta melapor

dengan segera sebarang

kehilangan, kerosakan dan

kebocoran kepada guru

sains, Ketua Panitia, Ketua

Bidang Sains dan

Matematik atau Pengetua.

Membantu mengendalikan

sistem maklumat makmal

sains seperti

mengemaskini stok dan

sebagainya.

Mencuci peralatan sains

yang kotor.

Membantu membuat

pesanan untuk pembelian

mencegah kebakaran

sentiasa lengkap, berfungsi

dan tidak luput tarikh.

Mengecat permukaan

meja makmal sains dan

peralatan sains jika perlu.

Menyemak dan

melaporkan bahan-bahan

sains yang telah luput

tarikh kepada guru sains

untuk tindakan seterusnya.

Mengemaskinikan butir-

butir dalam kad stok

berdasarkan rekod invois

bagi peralatan sains, bahan

kimia dan bahan biologi

yang baru diterima.

Membantu Ketua Bidang

Sains dan Matematik

dalam kerja hapus kira dan

pelupusan.

Menyelia dan membantu

kerja membaik pulih

perabot makmal sains.

Memeriksa,

menyelenggara

kemudahan makmal

termasuk perabot, bekalan

elektrik, air dan gas. Jika

berlaku sebarang

kerosakan atau kebakaran,

laporkan perkara ini

dengan segera kepada

dalam borang pesanan.

Memasang klip buaya

pada dawai.

Menyediakan radas dan

bahan kimia untuk

pameran sains, kem sains

dan sebagainya.

Menajamkan alat-alat 

pemotong.

Merekod radas rosak atau

pecah semasa amali.

Mencuci kit sejuk,

akuarium dan tempat-

tempat pemeliharaan

binatang jika ada

Membantu melakukan

pembelian runcit bahan

untuk amali.

Membantu mengadakan

kursus dalaman kepada

kakitangan baru.

Membuat catatan dalam

buku kerosakan  atau

pecah, kemalangan,

pinjaman dan lain-lain

yang berkaitan.

Berada dalam bilik

makmal atau bilik

persediaan supaya dapat

dihubungi oleh guru sains

apabila pertolongan

diperlukan.

Page 8: Peranan dan tanggungjawab jawantankuasa pengurusan makmal sains

dan menerima bahan-

bahan serta radas

daripada pihak pembekal.

Menjalankan tugas-tugas

lain yang diarahkan oleh

Pengetua dari masa ke

semasa.

pihak sekolah.

Menyemak semula dan

memastikan bahan yang

beracun serta berbahaya

disimpan mengikut

peraturan yang ditetapkan.

Membantu Ketua Bidang

Sains dan Matematik

membuat anggaran

belanjawan.

Jadual 2: Tugas-tugas pembantu makmal