28
PENULISAN PROPOSAL TESIS DR MOHD YUSRI IBRAHIM University Malaysia Terengganu [email protected]

Penulisan proposal tesis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tesis

Citation preview

Page 1: Penulisan proposal tesis

PENULISAN PROPOSAL TESIS

DR MOHD YUSRI IBRAHIMUniversity Malaysia Terengganu

[email protected]

Page 2: Penulisan proposal tesis

2nd International Seminar Teaching Excellence &

Innovation, University of Malaya, 25 February 2014

Page 3: Penulisan proposal tesis

2nd International Seminar Teaching Excellence &

Innovation, University of Malaya, 25 February 2014

Page 4: Penulisan proposal tesis

2nd International Seminar Teaching Excellence &

Innovation, University of Malaya, 25 February 2014

Page 5: Penulisan proposal tesis

KANDUNGAN PROPOSAL

• Tajuk• Bab 1: Pendahuluan• Bab 2: Sorotan Literatur• Bab 3: Metodologi

Page 6: Penulisan proposal tesis

TAJUK• Disifatkan sebagai ‘working title’• Mengandungi/menggambarkan;

i) Bidang kajian

ii) Rekabentuk kajian

iii) Pembolehubah2

iv) Populasi/subjek kajian

v) Lokasi kajian • Sebaiknya tidak melebihi 12 perkataan, masih

diterima jika tidak melebihi 14 perkataan

Page 7: Penulisan proposal tesis

BAB 1: PENDAHULUAN1.1 Latar belakang

1.2 Pernyataan masalah

1.3 Tujuan kajian

1.3.1 Persoalan

1.3.2 Objektif

1.3.3 Hipotesis (kuantitatif)

1.4 Kepentingan kajian

1.5 Batasan & anggapan

1.6 Definisi istilah & operasional

Page 8: Penulisan proposal tesis

BAB 2: SOROTAN LITERATUR2.1 Pendekatan teori

2.2 Definisi, konsep, teori atau model pembolehubah2 dimanipulasi (IV)

2.3 Definisi, konsep, teori atau model pembolehubah2 bergerak balas (DV)

2.4 Definisi, konsep, teori atau model pembolehubah2 moderator/mediator (jika ada)

2.5 Dapatan2 kajian lepas tentang hubungan/kesan antara pembolehubah2 kajian, atau apa2 dapatan yang selaras dengan persoalan kajian

2.6 Kerangka konseptual kajian

Page 9: Penulisan proposal tesis

BAB 3: METODOLOGI

3.1 Rekabentuk kajian

3.2 Populasi & sampel

3.3 Instrumen

3.4 Pengumpulan data

3.5 Analisis data

Page 10: Penulisan proposal tesis

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN• Gambaran menyeluruh tentang kajian yang akan

dilaksanakan• Maklumat awal yang menunjukkan bahawa

kajian ini perlu, penting dan sangat signifikan untuk dijalankan

• Ditulis secara deduktif, piramid terbalik• Sangat penting untuk menarik minat dan

penetapan standard kepada penilai & pembaca

Page 11: Penulisan proposal tesis

1.2 PERNYATAAN MASALAH• Merupakan heart of research• Isu/permasalahan semasa/terkini yang perlu

diselesaikan• Ditulis dalam bentuk gap antara

teori/dasar/perancangan/gagasan/harapan yang idealistik dengan amalan/perlaksanaan/keadaan yang masih lemah/bermasalah

• Ciri2 yang perlu ada ialah permasalahan bersifat semasa, bersifat lokal atau dialami oleh populasi kajian, ada bukti atau rujukan2

• Mengandungi maklumat apa, siapa, di mana, bila tentang isu/permasalahan tersebut

Page 12: Penulisan proposal tesis

1.3 TUJUAN KAJIAN• Nyatakan secara umum tujuan kajian ini

dilaksanakan. • Contoh: Secara umumnya kajian ini dijalankan

untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan terhadap budaya kesukarelawanan ahli2 persatuan belia di Malaysia. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan dan mencapai objektif2 berikut;

Page 13: Penulisan proposal tesis

1.3.1 PERSOALAN KAJIAN• Selari dengan pernyataan masalah• Bersifat saintifik• Boleh diukur• Boleh diuji secara empirikal• Soalan kajian yang baik boleh diklasifikasi

dalam kategori penerokaan (explotary), pemerihalan (descriptive) atau penjelasan (explanatory)

Page 14: Penulisan proposal tesis

1.3.2 OBJEKTIF KAJIAN

• Selari dengan persoalan dan permasalahan kajian

• Menyatakan hasrat yang ingin dicapai dalam kajian

• Bersifat saintifik, serta boleh diukur

Page 15: Penulisan proposal tesis

1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN• Cadangan jawapan awal/sementara terhadap

persoalan kajian berasaskan teori dan dapatan kajian2 lepas

• Dinyatakan dalam bentuk nul (Ho) atau alternatif (Ha)

• Saling ekslusif/tidak bertindih antara satu sama lain

• Bersifat inferensi, untuk membuat generalisasi kepada populasi

Page 16: Penulisan proposal tesis

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN• Nyatakan kepentingan dapatan yang akan diperolehi

daripada kajian ini kepada;

(i) amalan/sistem

(ii) teori/sumbangan keilmuan• Untuk amalan/sistem, nyatakan pihak2 yang akan

mendapat faedah serta penambahbaikan yang dijangka (mesti dalam batasan kajian,bersifat kajian masa depan, boleh diambil tindakan)

• Untuk teori/sumbangan keilmuan, nyatakan jangkaan dapatan kajian ini yang akan memantapkan lagi teori, memanjangkan lagi teori, atau mengisi lompang yang masih ada dalam sesuatu bidang keilmuan

Page 17: Penulisan proposal tesis

1.5 BATASAN & ANGGAPAN• Batasan - nyatakan bahawa kajian ini hanya melibatkan

skop yang khusus untuk populasi, lokasi serta definisi2 tertentu. Generalisasi di luar skop tersebut mungkin tidak menggambarkan hasil dapatan kajian ini. Batasan kajian BUKAN masalah2 yang dihadapi oleh penyelidik!

• Anggapan – nyatakan anggapan yang dibuat oleh penyelidik terhadap beberapa perkara yang tidak boleh dikawal dalam penyelidikan, khususnya semasa pengumpulan data. Contohnya kejujuran responden menjawab soal selidik atau temubual

Page 18: Penulisan proposal tesis

1.6 DEFINISI ISTILAH & OPERASIONAL

• Nyatakan/huraikan definisi terhadap terma2 penting (orang, pembolehubah, agensi dll) yang digunakan dalam kajian, untuk membolehkan pembaca khususnya orang di luar bidang memahami

• Definisi istilah – yang didefinisi oleh sarjana2 lain sebelum ini

• Definisi operasional – yang akan digunakan untuk kajian ini, sama ada mengaplikasikan daripada sarjana lain atau membuat definisi sendiri

Page 19: Penulisan proposal tesis

2.1 PENDEKATAN TEORI• Dalam tesis, calon perlu memilih satu teori yang paling

sesuai untuk menyelesaikan permasalahan, huraikan teori tersebut serta nyatakan justifikasi kenapa teori tersebut dipilih

• Teori yang dipilih seharusnya selari dengan permasalahan/isu, serta pembolehubah2 yang terlibat dalam kajian

• Teori yang dipilih akan digunakan untuk membangunkan kerangka konseptual (dengan sokongan/tambahan dapatan kajian2 lepas)

• Contoh teori seperti teori pembelajaran, teori tingkahlaku, teori pertukaran sosial, teori sistem dll

Page 20: Penulisan proposal tesis

2.2/2.3/2.4 DEFINISI, KONSEP, TEORI & MODEL SEMUA PEMBOLEHUBAH2 KAJIAN

• Bincang dan huraikan secara terperinci semua pembolehubah2 yang terlibat dalam kajian samada pembolehubah bebas (IV), mediator/moderator dan pembolehubah

• Fokuskan huraian kepada definisi, konsep, teori, model atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan pembolehubah tersebut

• Bincangkan bagaimana pembolehubah tersebut berevolusi

Page 21: Penulisan proposal tesis

2.5 DAPATAN KAJIAN2 LEPAS• Bincangkan dapatan kajian2 lepas berdasarkan persoalan

kajian, hubungan/kesan pembolehubah2 yang terlibat• Dapatkan dapatan kajian2 yang terkini• Dicadangkan untuk dapatkan sorotan yang boleh

menjawab persoalan dan permasalahan kajian ini sekitar 80%

• Bincangkan lompang dapatan2 tersebut dengan situasi/permasalahan yang ingin dikaji dalam kajian ini

• Tunjukkan bahawa lompang/gap sekitar 20% tersebut perlu diselesaikan dengan kajian ini

Page 22: Penulisan proposal tesis

2.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN• Daripada pendekatan teori yang dipilih, serta sokongan

dapatan2 kajian lepas, bina gambarajah kerangka konseptual kajian

• Mengandungi semua pembolehubah2 yang terlibat, serta menunjukkan corak interaksi antara pembolehubah2 tersebut

• Juga dikenali sebagai model hipotesis• Data kajian dikumpul untuk mengesahkan samada

model yang dicadangkan ini sepadan atau tidak dengan data daripada lapangan/populasi

Page 23: Penulisan proposal tesis

3.1 REKABENTUK KAJIAN• Nyatakan rekabentuk yang digunakan untuk kajian ini,

nyatakan justifikasi kenapa rekabentuk tersebut dipilih• Pilihan rekabentuk: tinjauan secara rentasan, korelasi,

kesan-pengaruh, eksperimental, kuasi-eksperimental, sejarah, antropologi, etnografi, kes, tindakan, secondary analisis dll

• Nyatakan kaedah yang dipilih sama ada kuantitatif, kualitatif atau campuran, nyatakan justifikasi kenapa kaedah tersebut dipilih untuk kajian ini

Page 24: Penulisan proposal tesis

3.2 POPULASI & SAMPEL• Nyatakan kumpulan orang yang dipilih sebagai populasi (unit

analisis) kajian ini, nyatakan bilangan/jumlah keseluruhan populasi,huraikan kenapa populasi ini harus dikaji.

• Nyatakan kaedah persampelan yang digunakan untuk memilih sampel daripada populasi sama ada persampelan berkebarangkalian (rawak mudah, rawak sistematik, rawak berlapis, rawak berkelompok) atau bukan berkebarangkali (bertujuan, eksiden, snowball, kouta, haphazard, sequential dll). Nyatakan justifikasi kenapa kaedah tersebut dipilih

• Nyatakan cara menentukan saiz sampel (mesti ada sandaran/rujukan), justifikasi kenapa cara tersebut dipilih, serta bilangan sampel yang ditetapkan

• Tunjukkan jadual atau gambarajah persampelan, sebaiknya gunakan nisbah perwakilan

Page 25: Penulisan proposal tesis

3.3 INSTRUMEN KAJIAN• Nyatakan alat yang digunakan untuk mengumpul data sama ada soal

selidik, ujian, protokol temubual, borang pemerhatian, rakaman dsbnya. Huraikan justifikasi kenapa instrumen2 tersebut dipilih untuk kajian ini

• Nyatakan sama ada instrumen tersebut dibina sendiri, ambil daripada orang lain atau modifikasi daripada instrumen sedia ada

• Huraikan cara mengawal kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian• Huraikan struktur instrumen kajian, contohnya bilangan item, dimensi2

item, skala yang digunakan dsbnya• Tunjukkan taburan item dalam bentuk jadual atau gambarajah

Page 26: Penulisan proposal tesis

3.4 PENGUMPULAN DATA• Nyatakan langkah demi langkah bagaimana

data kajian dikumpul daripada responden• Contoh: dapat kebenaran daripada agensi

berkenaan – telefon responden yang terlibat – pos soal selidik beserta sampul surat bersetem untuk dihantar semula – telefon lagi jika melebihi masa dll

• Huraian pengumpulan data perlu selari dengan kaedah persampelan/pemilihan responden dalam perkara 3.2

Page 27: Penulisan proposal tesis

3.5 ANALISIS DATA• Nyatakan semua alat/teknologi yang akan digunakan untuk analisis data bagi

menjawab persoalan kajian, contoh EXCELL, SPSS, NVIVO, AMOS, PLS dll, nyatakan huraikan justifikasi kenapa perisian tersebut dipilih

• Huraikan item2 analisis yang akan digunakan untuk pengurusan data, contohnya ujian kebolehpercayaan (alpha cronbarch), ujian normaliti (skewness, kurtosis, histogram, P-P plot, Kolmogrov dll), faktor analisis (EFA, CFA)

• Huraikan item2 analisis yang akan digunakan untuk jawab persoalan, contoh statistik deskriptif (peratus, min, median, mod), sukatan kecenderungan memusat (julat, sisihan piawai, varians), ujian korelasi (pearson, spearman), perbandingan min (ujian-t, anova), peramalan (regresi linear, regresi pelbagai), permodelan (SEM) dll, nyatakan justifikasi kenapa item2 tersebut dipilih.

• Sebaiknya tunjuk dalam jadual persoalan kajian serta cara analisis serta cara membuat rumusan daripada dapatan analisis.

Page 28: Penulisan proposal tesis

SEKIANterima Kasih