52
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION SEMESTER 2 SESSION 2011/2012 LECTURER’S NAME : PROFESOR DR. MARZITA PUTEH KUMPULAN 11: BUDAYA SEKOLAH PREPARED BY: SUZANA BINTI AYOB (M20111000355) NOR ASHIKIN BINTI SUED (M20111000451)

Penulisan isu budaya sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penulisan isu budaya sekolah

SME 6044

CONTEMPORARY ISSUES IN

MATHEMATICS EDUCATION

SEMESTER 2

SESSION 2011/2012

LECTURER’S NAME :

PROFESOR DR. MARZITA PUTEH

KUMPULAN 11: BUDAYA SEKOLAH

PREPARED BY:

SUZANA BINTI AYOB (M20111000355)

NOR ASHIKIN BINTI SUED (M20111000451)

SITI RAUDHAH BINTI ISMAIL (M20111000737)

SITI KHALIJAH BT AB.RAHIM (M20111000735)

Page 2: Penulisan isu budaya sekolah

ISI KANDUNGAN

PERKARA Halaman

1.0 Pengenalan2.0 Siapakah Yang Membentuk Budaya Sekolah

22

3.0 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar

3.1 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum MencapaiTahap Professional 3.1.1 Pelantikan Jawatan Pengetua 3.1.2 Usaha -Usaha Untuk Memartabatkan Professionalisme Pengetua / Guru

Besar

3.2 Tugas Dan Peranan Pengetua

3.2.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah .

3.3 Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan Pengajaran

3.4 Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah)

3.5 Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / Guru Besar

4

456

88

11

13

14

4.0 Hubungan Guru Dengan Budaya Sekolah

4.1 Komitmen Guru Dengan Kepemimpinan Pengetua

4.2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru

161718

5.0 Pencapaian Pelajar dan Budaya Sekolah

5.1 SK VS SRJKC

5.2 Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana dan Lemah

192223

6.0 Persekitaran Yang Kondusif dan Hubungan Dengan Budaya Sekolah 24

7.0 Kesimpulan 30

1

Page 3: Penulisan isu budaya sekolah

1.0 PENGENALAN

Budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu

dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru dan

pelajar. Rusni (2005) menakrifkan budaya sekolah sebagai cara hidup sekolah yang meliputi

segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai,

kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Budaya sekolah ini ada yang

di warisi dan ada yang dibentuk oleh warganya sendiri. Budaya sekolah juga boleh

ditakrifkan sebagai pengumpulan nilai dan norma daripada warga sekolah yang menjadi

amalan guru (Yaakob, 2007). Dapat dirumuskan di sini bahawa budaya sekolah merupakan

cara warga sekolah itu melakukan sesuatu yang telah dipersetujui, berdasarkan norma, nilai

dan kepercayaan mereka.

Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai

hasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan berkualiti di rantau Asia Tenggara.

Dalam merealisasikan matlamat ini, kepemimpinan pengetua dianggap sebagai teras utama

kepada pembangunan pendidikan berkualiti, iaitu merujuk kepada kecemerlangan pengurusan

dan kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah

dilihat sebagai kunci utama kepada penghasilan pendidikan yang berkualiti. Tidak keterlaluan

jika dikatakan bahawa kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung

kepada pengurusan berkualiti yang perlu di sertakan dengan kepemimpinan pengetua yang

dapat menjana modal insan. Pengetua perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkualiti

kerana proses kepemimpinan adalah penentu kepada kecemerlangan sekolah (Lokman et.al.,

2008).

2.0 SIAPAKAH YANG MEMBENTUK BUDAYA SEKOLAH

Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan budaya sekolah,

dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Yaakob, 2007).

Ini bermakna budaya sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan pengetua. Pengetua

mempunyai kuasa dalam membentuk budaya sekolahnya sendiri dan untuk melakukan

perubahan ini, ia mungkin memakan masa yang lama. Ini adalah kerana warga sekolah yang

berada di situ telah biasa dengan budaya yang sedia ada. Apa yang harus dilakukan oleh

pemimpin adalah dengan melakukan perubahan itu secara perlahan dan meningkatkan masa

2

Page 4: Penulisan isu budaya sekolah

berinteraksi dengan para guru. Pengetua yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilah

memupuk semangat kekitaan dan kepunyaan di kalangan warga sekolah dan melibatkan

guru-guru dalam proses perancangan dan membuat keputusan.

Sebagai ketua pentadbir sekolah, pengetua adalah orang yang penting dan

bertanggungjawab dalam membentuk budaya yang positif. Budaya sekolah yang positif dapat

mewujudkan pola-pola perhubungan manusia yang baik, suasana yang tenteram, keadaan

persekitaran sekolah yang bersih serta di penuhi dengan aktiviti-aktiviti keilmuan. Keadaan

ini akan dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilai

murni. Dengan cara demikian, usaha untuk pembentukkan akhlak dan sahsiah pelajar dapat

berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Oleh itu, Fiore

(2000) berpendapat pengetahuan tentang budaya sekolah adalah penting bagi pemimpin

sekolah.

Bagi pengetua yang baru bertugas di sesebuah sekolah pula, beliau harus peka

terhadap budaya sekolah yang sedia ada. Pengetua baru ini akan mengalami kesulitan untuk

menjalankan tugas, jika beliau tidak memahami budaya sekolah itu. Pembaharuan dan

perubahan akan sukar dilaksanakan jika beliau tidak memahami apakah nilai-nilai yang

dianggap penting oleh guru, ibu bapa dan pelajar sekolah tersebut. Pengetahuan tentang

budaya sekolah juga penting bagi guru-guru kerana mereka adalah orang yang hampir dengan

pengetua dalam membantu sekolah mencapai matlamat yang telah dirancang. Justeru, sebagai

orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang telah

dipersetujui bersama maka mereka juga perlu memahami budaya sekolah. Kefahaman

tersebut juga dapat membantu mereka mengenal pasti amalan-amalan yang tidak produktif

dan kemudiannya membentuk satu budaya yang lebih kuat.

Selain itu, pengetahuan tentang budaya akan dapat membantu guru memikirkan

unsur-unsur yang mempengaruhi budaya sekolah dan menentukan proses pengajaran &

pembelajaran yang mempengaruhi amalan di sekolah agar dapat menghasilkan pelajar-pelajar

bersikap positif, cerdas dan berpandangan jauh. Guru-guru akan memperoleh kepuasan

bekerja dan produktiviti yang tinggi jika persekitarannya mempunyai ideologi organisasi

yang kuat, penglibatan bersama, kepimpinan yang berkarisma dan hubungan yang rapat

antara warga sekolah. Budaya mempunyai kaitan dengan motivasi guru dan pelajar,

produktiviti, kepuasan kerja, sikap guru dan pencapaian pelajar (Rusni, 2005). Oleh itu, pihak

3

Page 5: Penulisan isu budaya sekolah

pentadbir harus membina budaya sekolah yang kuat agar warga sekolah akan berusaha ke

arah pencapaian matlamat yang ditentukan dan akhirnya berjaya dicapai.

3.0 KEPEMIMPINAN PENGETUA / GURU BESAR

Banyak pendapat yang mengatakan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah ada

hubungan dengan kepemimpinan pengetuanya. Namun begitu, isu kelemahan kepemimpinan

pengetua dalam memimpin sekolah bukanlah isu baru dalam kajian kepengetuaan. Abdul

Shukor (2004) mendedahkan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam kepemimpinan

pengetua yang berupaya mengendalakan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan

berkesan. Antaranya stail kepimpinan pengetua yang sentiasa merujuk kepada model

birokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin yang perlu

menjana komitmen guru terhadap sekolah.

3.1 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum Mencapai Tahap

Professional

Professional bererti pengetua adalah orang yang pakar dalam bidangnya dan yakin akan

keunggulan pekerjaan yang di jalankan kerana ciri-ciri professional itu ialah kecekapan,

komitmen, dedikasi, pengorbanan dan kepakaran (Abdul Shukor, 2004). Ciri-ciri yang ada ini

pula tidak dibiarkan statik. Beliau akan terus meningkatkan kecemerlangan dengan

menambah kemahiran-kemahiran baru dan membawa sikap baru yang lebih positif. Beliau

juga tidak membiarkan kepentingan peribadi berkonflik dengan kepentingan rasmi.

Menurut Abdul Shukor (2004), taraf pendidikan dan pengurusan pendidikan di negara

ini belum mencapai tahap professional, maka dengan itu pengurusan berkualiti yang biasanya

dapat merealisasikan program-program peningkatan pendidikan sukar dicapai. Untuk

mencapai taraf pendidikan yang tinggi, terlebih dahulu taraf pengurusan perlu dibaiki

sehingga mencapai tahap professional. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Noh (di petik dari

Rusni, 2005), yang mendapati pengetua-pengetua sekolah menengah belum mencapai tahap

sebagai pengurus sekolah yang berkesan. Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum

diberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961

masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan jawatan itu tidak di masukkan ke

dalam senarai pegawai pentadbiran.

4

Page 6: Penulisan isu budaya sekolah

3.1.1 Pelantikan Jawatan Pengetua

Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu, mana-mana

pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah

oleh Kementerian Pelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolah lah

yang dipilih untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya

dalam pengajaran atau pentadbiran. Dalam konteks lantikan jawatan pengetua di Malaysia,

jawatan pengetua lazim diberikan kepada guru penolong kanan tanpa mengambil kira sama

ada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau tidak.

Hussein Ahmad (2001) & Brown et. al. (di petik dari Lokman et.al. 2008)

berpendapat lantikan pengetua berdasarkan kekananan sebagai guru tidak akan menjamin

kecekapan dalam pengurusan malah menimbulkan persoalan adakah pengetua dapat

memimpin sekolah dengan berkesan? Apabila keadaan ini berlaku, pelbagai aspek dalam

pengurusan sekolah akan terjejas dan tidak dapat diurus dengan lancar. Di luar negara

misalnya Amerika Syarikat, jawatan pengetua dimohon oleh individu yang berkelayakan

malah menurut Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah (Ketua Pengarah Pendidikan, 2001),

beliau membandingkan piawaian profesionalisme itu dengan negara maju lain seperti di

Amerika Syarikat di mana pentadbiran sesebuah sekolah tidak diganggu oleh kerajaan.

Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, beliau

akan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan

tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan. Ishak Sin (2007) telah

mendedahkan bahawa terdapat pentadbir pendidikan yang tidak diberikan latihan formal

sebelum dilantik ke jawatan pentadbir sedangkan ia amat perlu dalam menentukan

keberkesanan kepemimpinan. Hari ini, oleh sebab kebanyakkan guru yang dilantik menjadi

pengetua atau guru besar sekolah hanya mendapat latihan asas dalam bidang pendidikan

perguruan sahaja, maka untuk menjalankan tugas sebagai pengetua, mereka bergantung

kepada pengalaman kerja, panduan dan nasihat rakan sejawat ataupun mengikut kaedah trial

and error atau surat-surat pekeliling pentadbiran dan ikhtisas yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran. Justeru itu, timbullah pelbagai kepincangan kepemimpinan

pengetua/guru besar semasa mengurus sekolah.

5

Page 7: Penulisan isu budaya sekolah

Menurut Laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) dan Audit Sekolah (2001) turut

mendapati bahawa 40% sekolah di Malaysia menghadapi masalah pengurusan kewangan

yang berakar umbi daripada kurangnya pengetahuan pengetua terhadap ilmu pengurusan

sekolah khususnya pengurusan kewangan.

3.1.2 Usaha-Usaha Untuk Memartabatkan Professianalisme Pengetua / Guru

Besar

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedar kepincangan yang berlaku ini berpunca

daripada kurangnya kemahiran seseorang pengetua dalam memimpin institusi seperti sekolah.

Seseorang pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan latihan mencukupi dalam melaksana

peranan mereka khususnya untuk mempengaruhi, memimpin dan menggerakkan seluruh

organisasi sekolah ke arah mencapai matlamat. Ini memerlukan pengetua yang

berketrampilan dan mempunyai sikap serta sahsiah yang terpuji. Pelbagai usaha telah

dilaksanakan KPM untuk meningkatkan professionalisme pengurusan pendidikan di negara

ini khususnya dalam bidang pengurusan di sekolah.

Institut Aminuddin Baki (IAB) telah ditubuh bagi memastikan dimensi penting

pengurusan pendidikan diberi keutamaan dalam menjamin kejayaan pemantapan kualiti

pendidikan negara selaras dengan hasrat KPM. Latihan merupakan fungsi utama IAB dalam

usaha melahirkan para pengurus dan pemimpin pendidikan yang professional, progresif dan

dinamik. Pelabagai kursus jangka panjang dan jangka pendek yang dijalankan. Kursus-kursus

jangka panjang adalah seperti Kursus Kepimpinan Pengurusan Pendidikan (KKPP), Program

Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL) dan Program Khas

Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Selain itu, terdapat juga kursus – kursus jangka pendek

yang dianjurkan IAB, PPD, JPN bagi memberi latihan dan bimbingan kepada pengetua/ guru

besar untuk mengurus sekolah masing-masing. Universiti-universiti tempatan juga

menawarkan program sarjana pengurusan pendidikan seperti Sarjana Kepengetuaan di

Universiti Malaya yang bertujuan memberi latihan dan penganugerahan ijazah peringkat

sarjana dan kedoktoran dalam bidang kepengetuaan kepada bakal pengetua sekolah dan

institut-institut pendidikan seumpamanya.

Di England, sesiapa yang ingin menjadi seorang pentadbir sekolah diwajibkan

menyertai dan menyempurnakan program Latihan National Professional Qualification for

6

Page 8: Penulisan isu budaya sekolah

Leadership (NPQH) (Bush, di petik dari Yaakob 2008). Mulai 1 April 2004, semua guru

besar atau pengetua yang dilantik buat pertama kalinya ke jawatan tersebut mestilah

mempunyai atau sedang berusaha mendapatkan kelayakan dalam latihan NPQH. Menjelang 1

April 2009, NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar dan pengetua baru

seperti yang termaktub dalam Seksyen 135, Akta Pendidikan 2002 (DfES, di petik dari

Yaakob, 2008). Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan dan pengurusan telah diiktiraf

sebagai faktor penting dalam mempertingkatkan standard pendidikan.

Sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan bahawa terdapat dua gred jawatan

pengetua iaitu pengetua DG48 dan pengetua Kanan DG54. Matlamat utama perlantikan

jawatan pengetua kanan adalah sebagai pakar rujuk yang arif dan cekap dalam pengurusan

sekolah. Pengetua kanan dituntut memberi khidmat nasihat kepada pengetua baru supaya

mereka dapat mengurus sekolah berdasarkan sistem yang betul. Jawatan pengetua kanan

dianugerahkan kepada pengetua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang iaitu

markah prestasi melebihi 90% selama 3 tahun berturut-turut.

(Lokman et. al. 2008). Kementerian Pelajaran juga telah menambah bilangan jawatan

pengetua dan guru besar gred Jusa C dan DG54 dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama

(KPI) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meluaskan akses pendidikan

berkualiti dan berkemampuan.

Mulai tahun 2010, KPM memperkenalkan program Tawaran Baru melalui NKRA

bertujuan menilai prestasi pengetua berdasarkan pencapaian bagi meningkatkan kualiti

keberhasilan murid. Program ini sesuai dilaksanakan kerana prestasi pengetua dinilai atas

pencapaian sekolah berdasarkan kualiti keberhasilan murid. Matlamat program ini

diwujudkan supaya pemimpin sekolah lebih akauntabel dan lebih memainkan peranan utama

sebagai pemutus dasar dalam memacu sekolah. Ini kerana kejayaan sesebuah sekolah diukur

berdasarkan pencapaian murid.

Kekerapan pengetua yang baru dilantik mengikuti kursus juga menimbulkan isu di

sekolah di mana pengetua / guru besar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk

mengurus hal ehwal sekolah. Selain itu, terdapat juga kes-kes di mana sekolah menjadi

tempat latihan pengetua yang baru dilantik untuk mendapat pengalaman sebagai pemimpin

sekolah. Hal ini memberi implikasi yang besar kepada sekolah terbabit apabila setiap tahun

7

Page 9: Penulisan isu budaya sekolah

akan bertukar pengetua yang baru. Kesannya, budaya di sekolah tersebut tidak pernah

berubah.

3.2 Tugas Dan Peranan Pengetua

Di sekolah, pengetua menjalankan pelbagai tugas. Tugasnya berkaitan dengan aspek

pentadbiran, pengurusan penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan yang berkaitan dengan

perjalanan organisasi sekolah sebagai institusi pendidikan formal. Pengetua memainkan

pelbagai peranan seperti pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik, guru dan pelbagai lagi.

Mc Nulty et. al. (2005) pula menegaskan bahawa tugas pengetua tidak terhad hanya kepada

tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan

modal insan di bawah tadbirannya terutama guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat

dengan komited dan efektif. Pendapat ini disokong oleh Shields (2005) dan Day et. al. (2000)

yang menyatakan bahawa tugas utama pengetua tidak terhad kepada melaksanakan

fungsional seperti pengelolaan, penyelarasan, dan penilaian tetapi perlu menjadi suri teladan

atau sumber inspirasi kepada guru-guru.

3.2.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan

Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah Iaitu :

Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta

mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada juga yang cukup berpengalaman dalam

menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah, menjadikannya kekuatan untuk mencapai

kejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan

kualiti pengurusan dan kepimpinan yang baik. KPM perlulah menetapkan kriteria-kriteria

untuk memilih dan menilai pengetua-pengetua sekolah supaya mendapat kecekapan dan

keberkesanan dalam pentadbiran sekolah. Hasil kajian yang telah dibuat oleh KPM, terdapat

10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan kepimpinan yang perlu ada pada

seseorang pengetua sekolah iaitu :

1. Stail Kepimpinan

Setiap pengetua mempunyai stail kepimpinan yang tersendiri. Namun demikian

seseorang pengetua dapat memimpin dan mengurus dengan cekap jika mempunyai

kebolehan mengubah stail kepimpinan dan pengurusan mengikut keadaan dan masa

8

Page 10: Penulisan isu budaya sekolah

seterusnya melahirkan keutuhan sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi

itu ke arah keberkesanan dan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi.

2. Personaliti / ketokohan

Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan

personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang

mempunyai personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui pertuturannya,

akal budinya dan tingkah lakunya. Imej beliau yang baik dan disaluti dengan ciri-ciri

kepimpinan yang berkualiti membuatkan beliau disegani dan dihormati. Ini sedikit

sebanyak membantu menyumbang keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya.

3. Kepemimpinan

Kepemimpinan pengetua amat penting kerana beliau merupakan pemimpin

sekolahnya dan beliau juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepemimpinannya juga

mencorakkan keputusan yang diambil bagi mencapai matlamat organisasi.

4. Keilmuan

Semua pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat terutama sekali

kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian

pengetua sekolah haruslah mengemaskini pengetahuan dan ilmu tentang

professionnya. Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan

bidang tugas dan tanggungjawab membolehkan seseorang pengetua itu memimpin

dan mengurus dengan baik organisasinya. Sekiranya berpeluang melanjutkan

pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya dilepaskan

kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua.

5. Komunikasi

Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan memang tidak dapat

dinafikan. Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang

luas, menegak dan mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan

gaya ini membolehkan beliau mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan

9

Page 11: Penulisan isu budaya sekolah

itu misi dan visi seseorang pengetua akan sampai pada semua peringkat di dalam

organisasinya. Satu contoh yang baik ialah berhubung dengan permasalahan guru dan

kakitangan sekolah yang mana pengetua boleh bertindak sebagai kaunselor. Situasi ini

sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling

bantu-membantu dan memahami sesama rakan sekerja.

6. Pengiktirafan

Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat

martabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan di jadikan

matlamat utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan

pelbagai pihak, belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang tinggi.

Pengiktirafan ini lebih dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan dan

kepimpinan seorang pengetua dan ini secara tidak langsung merupakan langkah

positif ke arah mengangkat martabat para pengetua. KPM juga telah mewujudkan

jawatan ‘Pengetua / Guru Besar Cemerlang’, di mana jawatan ini merupakan

pengiktirafan terhadap keberkesanan dan kecemerlangan kepemimpinan di peringkat

sekolah. Pengetua Cemerlang adalah seorang yang di anggap pakar dalam bidang

kepemimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan di peringkat

organisasi sekolah.

7. Komitmen

Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti

mereka. Pendapat seorang pengetua di sebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas

mengajar saya. Itu yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu

saya habis kelas." Pengetua sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa

isu atau keputusan secara tidak langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua.

8. Keberkesanan / Kecemerlangan

Seorang pengetua itu merupakan ‘the central figure’ dalam pengurusan dan

pentadbiran di sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat

bicara, tempat mendapat keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan

10

Page 12: Penulisan isu budaya sekolah

sebagainya. Sekiranya pengetua kekurangan maklumat dan kurang pengetahuan di

dalam pengurusan maka sudah tentulah banyak perkara tidak dapat berjalan dengan

cekap. Sebagai contoh tindakan yang dibuat hanyalah dari maklumat yang sedikit dan

lebih kepada tekaan dan agakan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan, maka cara-

cara pengurusan moden perlu diterap dalam pengurusan agar mencapai

kecemerlangan.

9. Kemahiran

Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang

pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Kemahiran yang

tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau

metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea bagi membantu guru-guru

meningkatkan profesional kerja. Tidak semua orang mempunyai kemahiran untuk

menjadi pemimpin namun kemahiran boleh diperoleh oleh seseorang melalui

pembelajaran, latihan dan pengalaman.

10. Kesihatan

Kesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum

melayakkannya menjalankan tugas. Kepelbagaian tugas seorang pengetua

menuntutnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik.

Faktor seperti tekanan kerja, tidak sempurna makan-minum dan waktu rehat

memburukkan lagi kesihatan seseorang pengetua. Oleh itu seorang pengetua itu perlu

fitness agar ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

3.3 Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan Pentadbiran

Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan Pengajaran

Laporan Jemaah Nazir (2001), menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan

kurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja

dan tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan

melaksanakan kurikulum. Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati peranan pengetua

sekolah kini hanya sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan professional seperti

11

Page 13: Penulisan isu budaya sekolah

yang di inginkan oleh pihak KPM iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik, pembimbing

guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih komited dan produktif.

Menurut Shahril (2002) peranan pengetua yang hanya menjalankan urusan pentadbiran

sekolah kini tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi Wawasan

2020.

Dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran ini pengetua

seharusnya tahu serta mampu menggunakan orientasi yang sesuai. Pengetua juga perlu

melibatkan guru dalam aktiviti, memberi maklumat yang cukup kepada guru, menerima

pandangan guru secara terbuka dan menghargai sumbangan guru. Pengetua berperanan

mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanapun pengetua selalu menghadapi kesempitan waktu untuk mencerap guru-guru

dalam kelas. Kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan pentadbiran di

sekolah atau di luar sekolah.

Hussein Mahmood (2008), berpendapat peranan pengetua yang hanya melaksanakan

tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah di dapati tidak lagi berkesan. Pengetua telah

dikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pembolehubah yang

penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah

termasuklah juga prestasi pelajar. Menurut beliau lagi, banyak inovasi pendidikan telah gagal

kerana pengetua kurang melibatkan diri secara berkesan dalam pelaksanaan inovasi tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia (Bernama, 2010) menggariskan

dua dimensi utama tugas pengetua iaitu dimensi pentadbiran & pengurusan, dan dimensi

kepimpinan pengajaran. Menurut beliau, dimensi terpenting yang perlu dimainkan oleh

pengetua adalah dimensi kepimpinan pengajaran terutama dalam mencorakkan iklim dan

budaya pengajaran dan pembelajaran. Dalam dimensi ini pengetua berperanan memberi

kepimpinan dan sokongan kepada guru dan murid di samping mewujudkan keadaan

persekitaran yang kondusif, sihat serta memberangsangkan proses pengajaran dan

pembelajaran

12

Page 14: Penulisan isu budaya sekolah

3.4 Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah)

Memandangkan negara kita mengamalkan sistem pendidikan berpusat, misi sekolah tidak

boleh dipisahkan daripada misi KPM iaitu ‘membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti

bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi

negara malaysia’. Berpandukan misi KPM ini, pemimpin sekolah perlu menterjemahkan ke

dalam bentuk yang sesuai yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

Purkey dan Smith (di petik dari Hussein Mahmood, 2008) berpendapat kebolehan

pengetua menjelaskan matlamat dengan baik merupakan satu ciri pengetua yang berkesan.

Sesebuah sekolah yang tidak menentukan hala tuju proses pendidikannya pasti tidak

mempunyai kriteria untuk mengukur sama ada sekolah berjaya melaksanakan proses itu atau

tidak. Berikut adalah beberapa isu yang berkaitan dengan perkongsian misi, visi dan

matlamat sekolah.

1. Warga sekolah tidak berkongsi visi / misi

Salah satu faktor yang di kenal pasti membawa kepada kegagalan perkongsian misi

sekolah dengan seluruh warga sekolah, khususnya dalam kalangan guru adalah

kegagalan komunikasi. Untuk mendefinisikan misi sekolah perlu dibuat dengan

kerjasama staf, ibubapa, dan pihak-pihak berkepentingan dengan mengenal pasti

bidang-bidang yang perlu dipertingkatkan di samping menetapkan matlamat setiap

bidang. Misi itu kemudiannya perlu dikongsi bersama dengan semua pihak melalui

pelbagai saluran komunikasi sama ada secara formal mahupun informal. Ini kerana

misi sekolah tidak boleh dicapai secara berseorangan oleh pemimpin tetapi

memerlukan kerjasama dan usaha daripada semua pihak.

2. Murid adalah golongan yang diabaikan dalam usaha merealisasikan misi sekolah.

Murid adalah matlamat utama suatu misi sekolah. Golongan ini boleh menjadi

kuasa penghalang atau pendorong pencapaian misi sekolah. Menurut Dave Burton

(di petik dari Mc Ewan, 2003), murid perlu diberikan matlamat yang wajar bersama

dengan ganjaran, keseronokan dan sokongan yang sesuai untuk meniupkan

semangat mereka.

13

Page 15: Penulisan isu budaya sekolah

3. Ibubapa dan waris murid juga harus dilibatkan dalam usaha merealisasikan misi

sekolah.

Golongan ini merupakan kumpulan yang setia dan bersedia memberi sumbangan

kewangan dan masa sekiranya diberikan peluang dan diyakinkan hasilnya. Oleh itu

golongan ini harus didampingi dan di alu-alukan kehadiran mereka untuk berkongsi

pemikiran dan hala tuju.

4. Visi dan misi yang tidak realistik

Visi dan misi yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam dunia nyata hanyalah mimpi

kosong. Pemimpin boleh memperkemaskan serta memperhalusi visi sekolah dari

semasa ke semasa sekaligus menolak tanggapan visi sekolah tidak boleh diubah

selepas ditetapkan. Mc Ewan (2003) mencadangkan visi sekolah harus

diperjelaskan dan dipertahankan melalui pelbagai kegiatan di sekolah.

3.5 Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua /

Guru Besar

Guru yang tidak memahami tujuan dan objektif penyeliaan sering berada dalam keadaan

tertekan apabila diselia oleh pemimpin atau wakil-wakilnya. Ada juga guru yang berfikiran

kurang terbuka yang sentiasa berprasangka buruk dan beranggapan pemimpin menyelia dan

menilai pengajaran mereka untuk mencari kesalahan. Sikap guru pada idea penyeliaan itu

sendiri adalah salah satu cabaran utama pemimpin di sekolah. Penyeliaan bertujuan

memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara

berterusan bagi memantapkan tahap pembelajaran murid dan membangunkan modal insan.

Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya adalah suatu proses jaminan

kualiti yang bersifat pembangunan kerana penambahbaikan perlu sentiasa dibuat mengikut

keperluan (James Ang & Balasandran, 2009).

Isu-isu lain yang turut dihadapi adalah seperti berikut:

1. Pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana

kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah.

14

Page 16: Penulisan isu budaya sekolah

2. Terdapat pemimpin sekolah yang beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan

bilik darjah bagi memastikan guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian

daripada penyeliaan.

3. Sesetengah pemimpin sekolah berpendapat adalah memadai berada di kelas selama 10

minit atau kurang bagi mendapatkan gambaran status pengajaran dan pembelajaran.

4. Pemimpin sekolah yang tidak berpeluang menjalankan penyeliaan menurunkan kuasa

kepada barisan guru penolong kanan bagi menyempurnakan tugas itu, tetapi tidak

mendapatkan maklum balas dan laporan kemajuan pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran.

5. Pemimpin sekolah menjalankan penyeliaan tanpa garis panduan atau tidak memberi

maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan.

6. Pemimpin sekolah menggunakan instrumen penyeliaan sebagai senarai semak tanpa

membuat penilaian secara kualitatif dan beranggapan pengajaran dan pembelajaran

yang memenuhi ciri-ciri yang di senaraikan dalam senarai semak itu sebagai

pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

7. Terdapat pemimpin sekolah yang berpendapat guru yang berpengalaman tidak perlu

diselia.

8. Pemimpin sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan pengajaran dan

pembelajaran kerana kurang memiliki kemahiran bimbingan dan mentoring.

9. Penyeliaan yang dijalankan hanya berfokus pada pengajaran guru tanpa

menghiraukan aspek pembelajaran murid kerana menganggap terdapat pertalian sebab

akibat antara pengajaran dengan pembelajaran. Jika pengajaran berjalan dengan baik,

dengan sendirinya pembelajaran di anggap berlaku.

10. Isu Pengurus Pertengahan

Pemimpin sekolah boleh mendapatkan bantuan daripada guru-guru Penolong Kanan

Penyelia Petang atau guru-guru kanan bagi menjalankan penyeliaan di bilik darjah

Sungguhpun demikian, penglibatan kumpulan ini masih kurang memuaskan kerana

mereka kurang jelas akan kepentingan dan skop tugas penyeliaan pengajaran &

15

Page 17: Penulisan isu budaya sekolah

pembelajaran. Mereka juga tidak mendapat latihan dan bimbingan daripada pemimpin

sekolah tentang cara melaksanakan penyeliaan yang betul.

Sekiranya isu-isu seperti ini tidak difahami dan ditangani oleh pemimpin sekolah bukan

sahaja guru tidak berpeluang meningkatkan kualiti pengajaran mereka malah pemimpin

sekolah itu sendiri tidak mampu merangka strategi penyeliaan yang lebih baik dan mantap

bagi meningkatkan tahap pembelajaran murid.

Kesimpulannya, kepemimpinan sekolah secara umumnya bertanggungjawab

membina budaya sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan bukan saja bidang akademik

yang mudah diukur melalui peperiksaan, tetapi juga kecemerlangan akal budi, mewujudkan

semangat persaudaraan sesama manusia dan berpotensi menggerakkan peradaban tinggi

bangsa kita. Justeru, pengetua atau guru besar perlu cuba melaksanakan beberapa strategi

praktikal untuk membolehkan ciri-ciri sekolah berjaya dapat dibudayakan di kalangan guru

dan pelajar. Secara ringkasnya, kepemimpinan pengetua menentukan kejayaan sesebuah

sekolah. Sekolah yang berjaya dan maju mempunyai kepemimpinan yang berkesan. Fred

M.Hechinger merupakan Presiden, New York Times pernah berkata:

“Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang

baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua

yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-

sekolah berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap

kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti

pengetua.”

4.0 HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yang

mempunyai budaya tersendiri. Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin (2005) menjelaskan

budaya sebagai satu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh

individu dalam satu-satu kumpulan. Budaya menentukan identiti sesuatu kumpulan manusia

kerana nilai dan norma yang dikongsi bersama dipelajari dan diamalkan oleh ahli-ahli dalam

kumpulan. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri

16

Page 18: Penulisan isu budaya sekolah

organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada

perubahan (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Malahan sebarang aktiviti kerja

berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan

pegagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran

guru (Gable, 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003).

Kajian yang dijalankan oleh Hashimah (2000) mendapati terdapat hubungan yang

signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang

signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkan

motivasi guru (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Keberkesanan dan halatuju

organisasi pendidikan bergantung sepenuhnya kepada kesempurnaan koordinasi halatuju

pengharapan masyarakat (Patimah Ibrahim, 2002). Menghasilkan perubahan sikap yang

sesuai dengan matlamat organisasi pendidikan, mewujudkan keadaan yang memuaskan bagi

menarik perhatian pelajar untuk mengubah sikap secara sukarela dan mewujudkan

permintaan dari pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran adalah tugas yang

paling penting (Celep, 2000).

Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Selain

profesionalisme ini menuntut kesabaran dan ketabahan, seseorang guru juga perlu menguasai

pelbagai ilmu pengetahuan terrnasuk ilmu psikologi. Di sekolah, guru menjadi "ibu" dan

"bapa" kepada para pelajar mereka. Lantaran itu, mereka bertanggungjawab terhadap

keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar (Aishah Bee, 2004). Oleh itu,

golongan tenaga pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang

dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk menjadi

sebuah negara maju menjelang 2020 (Woo Yoke Ling, 2007).

4.1 Komitmen Guru Dengan Kepimpinan Pengetua

Ishak Md Shah dan Mastura Mahfar (2007) mengatakan bahawa kepimpinan merupakan satu

aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antara

pemimpin dengan pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam bentuk fungsi

kepimpinan yang berupa mempengaruhi dan dipengaruhi. Yaakob (2007) menyatakan

17

Page 19: Penulisan isu budaya sekolah

kepimpinan sekolah dapat menggambarkan penglibatan, komitmen, pemantauan kemajuan

pelajar, persekitaran yang positif yang disokong kuat oleh pentadbiran sekolah dan ibu bapa

serta pengajaran yang berstruktur. Macneil dan Maclin (2005) dalam Yaakob (2007)

menjelaskan ciri-ciri sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti perkongsian idea-idea,

kolaboratif dan kerja berpasukan, kesaksamaan dan kepimpinan menjurus kepada

pengwujudan dan perkongsian visi serta melahirkan budaya sekolah yang positif. Kajian

Pashiardis (2000) menunjukkan pemimpin sekolah boleh mempengaruhi budaya kerja guru,

komunikasi dan pencapaian akademik pelajar.

Azizi et.al (2004) menyatakan bahawa pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat

membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah,

pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan

kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai

masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di alam

sekitar sekolah atau pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah. Pengetua

dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah di mana sekiranya corak kepimpinannya dapat

memberi kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri daripada guru-guru dan bukan

guru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung

prestasi guru dan kakitangan lain akan meningkat. Oleh yang demikian, pengetua adalah

orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru-gurunya ke

tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang

akademik.

4.2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti Dan Motivasi Kerja Guru

Azura (2004) mengatakan kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang

bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan

yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada

kepentingan organisasi. Arus perubahan yang berlaku di negara kita kini telah menjadikan

proses mendidik pelajar-pelajar sekarang bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama

pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran

perubahan pembangunan. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru pada hari ini peka

18

Page 20: Penulisan isu budaya sekolah

terhadap perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian

diri dari pelbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan

yang harus dipertingkatkan serta peranan yang harus dimainkan supaya kepuasan kerja dapat

dilahirkan dalam profesion mereka (Woo Yoke Ling, 2007). Ini kerana, guru bukan sahaja

menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi

pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat (Fatimah, 2002).

Azizi et. al (2004) menyatakan bahawa sekolah adalah institusi di mana berlakunya

peringkat perlaksanaan segala dasar, polisi dan inovasi pendidikan. Oleh itu, institusi sekolah

memainkan peranan penting. Sebarang dasar atau inovasi pendidikan yang dilaksanakan

diperingkat sekolah memberikan kesan terhadap tingkah laku guru. Keadaan seperti ini

mewujudkan tekanan dan kekangan terhadap kerja guru yang menjadi penentu terhadap

keberkesanan perlaksanaannya. Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang

penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah yang berkesan tercapai.

Betapa baik sekalipun sistem sekolah itu dibangunkan, matlamat untuk menjadikan sebuah

sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen.

Menurut Kim (1994) dalam kajiannya, guru-guru yang merasakan tidak puas terhadap

kerjayanya lebih cenderung melakukan perlakuan negative seperti ponteng kelas, kurang beri

tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar. Manakala apabila

kepuasan kerja guru-guru adalah tinggi, mereka akan berasa seronok melaksanakan

tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian

matlamat sekolah juga tinggi (Anderment, Belzer dan Smith, 1991).

5.0 PENCAPAIAN PELAJAR DAN BUDAYA SEKOLAH

Pencapaian sekolah secara tidak langsung dipengaruhi oleh budaya sekolah itu sendiri.

Budaya yang dibawa oleh setiap warga dalam konteks pendidikan itu sendiri mmberikan

kesan kepada pencapaian pelajar. Memandangkan pendidikan di Malaysia adalah

berorientasikan pepeperiksaan, maka budaya yang ada di sekolah melambangkan tahap

pencapaian sesebuah organisasi itu iaitu sekolah itu sendiri.

19

Page 21: Penulisan isu budaya sekolah

Menurut Lambert(2003) pencapaian murid dalam konteks kapasiti kepimpinan adalah

lebih luas daripada skor ujian. Pengukuran pencapaian murid enggunakan pelbagai ukuran

pembangunan dan dan prestasi sebagai tambahan kepada skor ujian termasuk portfolio, bahan

pameran, pengetahuan kendiri dan kematangan sosial. Ia juga merangkumi pemahaman yang

luas dan komprehensif tentang pencapaian murid dalam pembangunan diri dan sivik seperti

melibatkan diri dalam kerja yang memerlukan semangat yang tidak mudah luntur. Ini

termasuk faktor sosial, peluang melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada matlamat

serta mempunyai perasaan tanggungjawab pada masa hadapannya. Ini secara tidak langsung

merupakan budaya yang dibawa oleh diri individu tersebut.

Keputusan ujian dan peperiksaan bukan sekadar berperanan sebagai sumber

membezakan murid yang mampu menguasai ilmu dengan yang lemah, malah menentukan

tahap pencapaian sesebuah sekolah. Keputusan ujian dan peperiksaan adalah sumber

maklumat yang amat berguna pada pihak sekolah, terutama bagi mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan murid supaya program intervensi yang sesuai boleh digunakan dalam

pengajarannnya. Untuk tujuan ini, data pencapaian murid perlu dianalisis dan maklumat

terperinci perlu disalurkan kepada pemimpin instruksional dan barisan pentadbir sekolah

yang lain supaya mereka mengenalpasti punca kelemahan murid dan mengambil tindakan –

tindakan yang tepat bagi menangani masalah akademik murid itu.

Walaubagaimanapun, apabila keputusan diumumkan hanya sebilangan kecil sekolah

sahaja yang dianggap cemerlang berbanding sebahagian besarnya sederhana atau lemah.

Begitu juga dengan bilangan pelajar cemerlang jauh lebih kecil daripada bilangan yang

kurang atau tidak cemerlang. Kegagalan pelajar mendapat keputusan yang baik sedikit

sebanyak akan menjejaskan masa depan mereka. Misalnya jika mereka gagal mendapat 5A

dalam UPSR mereka tidak akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang dianggap ‘elit’ seperti

Maktab Rendah SainsMara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Primer Negeri, dan Sekolah Primer

Daerah. Pada umumnya sekolah-sekolah ‘elit’ ini pada setiap tahun menujukkan keputusan

yang lebih baik daripada sekolah-sekolah lain. Keputusan yang baik dalam PMR dan SPM

pula meningkatkan peluang pelajar ke universiti dalam bidang yang mempunyai nilai

ekonomi yang tinggi misalnya bidang kejuruteraan dan perubatan.

20

Page 22: Penulisan isu budaya sekolah

Keputusan peperiksaan juga dikatakan memberi gambaran tentang pencapaian

sekolah yang tidak sama, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana,

latihan, dan guru terlatih yang hampir sama. Ketaksamaan peluang mungkin salah satu sebab

mengapa ada pelajar yang berjaya dengan cemerlang atau kurang cemerlang. Ibu bapa

mengharapkan anak-anak mereka memasuki sekolah yang dianggap cemerlang, namun hanya

sebilangan kecil saja sekolah yang dapat menyediakan peluang tersebut kerana kekurangan

tempat. Sepatutnya semua sekolah dianggap cemerlang atau mempunyai piawai yang

dikatakan cemerlang. Dalam laporan Sekolah Lima Bintang sekolah-sekolah di Kedah,

hanya 238 buah sekolah atau 45.2 peratus dianggap cemerlang berbanding dengan 54.8

peratus yang kurang cemerlang (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, 2004). Jelasnya terdapat

ruang yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan pelajar.

Pada peringkat nasional Kementerian Pelajaran Malaysia belum berpuas hati terhadap

pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains di kalangan pelajar Bumiputera,

terutama di sekolah kebangsaan. Jika dibandingkan pencapaian mata pelajaran Matematik

dan Sains SK dengan SJKC, SK masih jauh lebih rendah, justeru semua pegawai KPM dan

guru harus membabitkan diri dengan bersungguh-sungguh untuk memperkasa SK dengan

mengurangkan jurang perbezaan antara SK dengan SJKC (Ahmad Sipon, BH 30 Jun, 2005).

Ketidakpuasan tentang pencapaian orang-orang Melayu disuarakan lagi oleh Perdana Menteri

Malaysia dalam amanat Presiden UMNO pada 6 Febuari, 2005 dan mahukan supaya usaha-

usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan pelajar SK menjadi kewajipan setiap pemimpin

dan ahli UMNO mulai sekarang (Abdullah Ahmad Badawi, 2005). Kerajaan sedar dengan

pemerkasaan SK akan membawa banyak kebaikan kepada pembinaan anak bangsa. Kerajaan

berhasrat memperhebat agenda memperkasa SK kerana yakin SK merupakan wadah terbaik

untuk memupuk perpaduan, kerjasama, dan semangat cintakan negara di kalangan generasi

muda.

Kerajaan akan meningkatkan prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian

akademik, pencapaian kokurikulum, penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat, kualiti

guru dan pengurusan sekolah. Keperihatinan kerajaan juga jelas apabila Rancangan Malaysia

ke-9 (RMK9) berusaha menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam

semua aspek (Hishammudin Hussein, 2005). Mahathir Mohamad dalam “Face the Facts”

(2001) menyarankan supaya para pendidik dan penyelidik mencari sebab-sebab kemerosotan

21

Page 23: Penulisan isu budaya sekolah

pencapaian SK, dan sanggup menerima kebenaran apa jua daripada dapatan kajian bagi

pembaikan sekolah dan mengatasi kelemahan. Pada sidang kemuncak pendidikan 2004 sekali

lagi Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyarankan Kementerian Pelajaran

melakukan perubahan penting bagi menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai ‘sekolah

pilihan’ dengan memelihara kedudukan, meningkatkan kualiti supaya ibu bapa senanguntuk

menghantar anak-anak mereka ke sekolah SK.

Walaupun SK ditubuhkan sebagai aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat

Malaysia, tetapi beberapa kelemahan perlu diatasi supaya SK menjadi pilihan utama

masyarakat. Antara kelemahan SK ialah tanggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik

di SK lebih rendah berbanding sekolah aliran Cina (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2006-2010).

5.1 SK VS SRJKC

Justeru, kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Lim Chap Sam telah dapat mengenal

pasti amalan budaya di dua aliran sekolah yang dominan di Malaysia iaitu SK dan SJKC. Ini

secara tidak langsung dapat dijadikan panduan kepada keberkesanan sesebuah sekolah yang

mungkin dapat meningkatkan lagi keputusan pelajar. Berikut amalan ataupun budaya yang

diamalkan di sekolah SK dan SRJKC:

SRJKC SK

- 64% daripada 30 minit

pengajaran Matematik

digunakan untuk menerangkan

konsep dan kemahiran.

- 43% daripada 30 minit pengajaran

Matematik untuk menerangkan

konsep dan kemahiran

- Soalan latihan yang banyak

(10-40 soalan sehari)

- Soalan latihan yang sedikit

- Menghafal sifir dari tahun 2

lagi

- Menghafal sifir semasa berada di

tahun 5

- Kelas tambahan untuk pelajar - Kelas tambahan untuk pelajar yang

22

Page 24: Penulisan isu budaya sekolah

yang bermasalah dan sejak

tahun 4

pencapaian baik sahaja dan untuk

pelajar tahun 6 shj.

- aktiviti pengayaan yang

digunakan di SRJKC iaitu:

i. Pertandingan antara

kumpulan

ii. Penyelesaian masalah

berkumpulan

iii. Menyelesaikan

soalan di hadapan

kelas

- pelajar hanya diberi latihan secara

individu dan guru akan berjalan

dalam kelas membantu pelajar yang

memerlukan bantuan.

5.2 Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana, Lemah

Dalam kajian yang dilakukan oleh Nor, Pihie, dan Ali (2008) pula mengkaji tiga buah

sekolah luar bandar yang mempunyai prestasi cemerlang, sederhana dan lemah. Di dapati

amalan pemantauan pencapaian murid adalah berbeza walaupun secara umumnya ketiga-tiga

sekolah itu menyediakan maklumat analisis potensi murid (headcount), memantau buku

latihan murid dan menganalisa keputusan murid. Hasil kajian mereka ialah:

Sekolah Cemerlang Sekolah Sederhana Sekolah Lemah

Membuat analisis dan

seterusnya merencanakan

aktiviti intervensi seperti

bengkel teknik menjawab

soalan, latih tubi topikal dan

melaksanakan sukatan

pelajaran minimum.

Hanya membekalkan

maklumat analisis tanpa

merancang pelan tindakan

demi meningkatkan kualiti

pengajaran dan

pembelajaran.

Guru kurang memahami

proses menyediakan

maklumat analisis dan

mereka gagal merancang

program pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai.

Pelajar yang lemah diberikan

motivasi dari semasa ke

semasa.

Pelajar yang lemah juga

diberikan motovasi.

Tidak diamalkan.

23

Page 25: Penulisan isu budaya sekolah

Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Jurang Perbezaan Pencapaian Dalam Pelbagai

Budaya Sekolah

Menurut Fullan, sekolah perlu memiliki kompetensi dalam empat aspek apabila memantau

pencapaian murid. Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan ialah:

i. kemampuan menganalisa pencapaian dan keputusan murid secara terperinci.

ii. Melaksanakan perubahan kritikal.

iii. Keupayaan memahami perkembangan di bilik darjah dan merancang pelan

pembangunan sekolah bagi meningkatkan prestasi.

iv. Mengambil langkah terbuka dan proaktif apabila berdepan dengan isu prestsi sekolah.

Selain itu, budaya kerja sekolah cemerlang perlu dicontohi sebagai contoh, Kolej

Tunku Kursiah, (TKC), Seremban telah memperoleh keputusan yang cemerlang

dalam PMR dan SPM. Kajian yang dijalankan oleh Nor, Pihie dan Ali(2008)

menunjukkan pendekatan headcount berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik

sekolah itu.

Menurut Connelly (2008) pula, murid yang lemah memerlukan masa yang lebih untuk

pembelajaran. Dengan mengkaji data penilaian murid, guru dapat merancang atau

menggunakan strategi pengajaran yang sesuai untuk golongan murid ini. Levy(2008) pula

berpendapat, pendekatan pengajaran yang berbeza (differentiated instruction) dapat

membantu murid mencapai atau melepasi standard akademik yang dikehendaki. Pencapaian

murid dapat dipantau melalui kandungan pengajaran, proses dan hasil yang diperoleh.

6.0 ISU: HUBUNGAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN SELAMAT

DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Persekitaran sekolah yang positif adalah sekolah yang menyediakan persekitaran yang

kondusif dan selamat bagi pelajar dan juga staf di dalamnya. Hal ini membolehkan pelajar

belajar dalam keadaan yangs selesa dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap

pembelajaran manakala bagi guru pula, mereka akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-

baiknya sebagai seorang pendidik di sekolah. Persekitaran ditakrifkan oleh persekitaran

24

Page 26: Penulisan isu budaya sekolah

merujuk kepada keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau individu).

Manakala, kondusif membawa bermaksud sesuai (Noriati A. Rashid et. al 2009).

Persekitaran yang kondusif boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu fizikal, sosial,

perkembangan intelek dan bahasa. Jika dilihat dari aspek fizikal, perkara pertama yang perlu

dititikberatkan adalah organisasi bilik darjah. Organisasi bilik darjah yang kondusif

hendaklah mempunyai susunan meja dan kerusi yang teratur supaya guru dan pelajar dapat

berkomunikasi dengan mudah dan berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Seterusnya keadaan di dalam bilik darjah itu sndiri hendakla ceria contohnya di

sudut-sudut di dalam bilik darjah ditampalkan nota-nota yang berwarna-warni bagi

memudahkan pelajar lebih mudah mengingati ape yang dipelajari di dalam kelas. Bilangan

pelajar di dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Mengikut saranan dari Kelas Rancangan khas bilangan pelajar

hendaklah seramai 35 orang sahaja per kelas. Hal ini bagi memudahkan guru supaya dapat

mengawal kelas dengan baik.

Kemudian kita boleh lihat dari segi lanskap sekolah. Lanskap sekolah yang menarik

dapat melahirkan suasana yang aman dan tenang di dalam sekolah tersebut. Suasana yang

tenang dapat dilahirkan dengan adanya pohon-pohon yang rendang, pokok-pokok bunga,

lukisan mural di dinding-dinding sekolah, kolam ikan dan banyak lagi. Selain itu, kebersihan

sekolah hendaklah dijaga dengan baik terutamanya kebersihan tandas dan kantin sekolah.

Perkara ini penting bagi memastikan tumpuan pelajar tidak terganggu dan juga bagi

mengelakkan masalah keracunan makanan dari berlaku. Bagi mengelakkan masalah

keracunan makanan ini berlaku, pihak sekolah dan pihak kantin harus bertanggungjawab

dalam membekalkan makanan dan minuman yang bersih kepada pelajar. Pihak sekolah harus

sentiasa menjalankan pemeriksaan kebersihan ke atas kantin sekolah supaya dapat

memastikan kebersihan katin berada pada tahap yang optimum.

Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan juga amat penting dalam membantu

pembelajaran pelajar. Pelajar dapat menambahkan pengetahuan dengan adanya perpustakaan

dan pusat sumber yang lengkap. Pelajar boleh menambahkan pemahaman dalam pelajaran

dengan membaca banyak buku-buku ilmiah. Secara tidak langsung dapat memupuk minat

pelajar untuk membaca. Padang sekolah juga hendaklah diselenggara dengan baik supaya

supaya pelajar dapat melakukan aktiviti senaman dengan selamat. Rumput-rumput di padang

25

Page 27: Penulisan isu budaya sekolah

hendaklah dipastikan sentiasa pendek dan alatan sukan dipastikan berada dalam keadaan

yang baik. Makmal sains dan matematik juga memainkan peranan penting dalam

pembelajaran. Makmal sains sering digunakan oleh pelajar untuk melakukan eksperimen.

Bagi mencapai objektif eksperimen yang dijalankan, peralatan dan bahan kimia hendaklah

sentiasa mencukupi dan guru hendaklah sentiasa peka terhadap bahan kimia tersebut dan guru

perlu tahu sejauh mana bahan kimia itu selamat digunakan.

Seterusnya, dengan adanya makmal matematik guru-guru boleh mencuba kaedah baru

dalam pembelajaran dan pengajaran. Contohnya dengan penggunaan Geometer’s Sketchpad

dan kalkulator grafik dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari matematik. Bagi pelajar

yang tinggal di asrama kemudahan yang lengkap adalah sangat penting bagi keselesaan

pelajar. Tinggal di asrama yang dilengkapi kemudahan dapat menyumbang kepada

pencapaian pelajar.

6.1 Sumbangan Kerajaan Untuk Memperbaiki Prasarana Sekolah

Kerajaan telah banyak memberi sumbangan untuk memperbaiki prasana sekolah terutama

sekali di kawasan luar bandar. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM

2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh

negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan

(Utusan Malaysia,29 Ogos 2006).

Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM310.5 juta bagi mewujudkan kemudahan

dan prasarana di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman seluruh negara sepanjang tahun

ini. Keutamaan diberi kepada sekolah luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sabah

yang sebahagian besar masih lagi ketinggalan khususnya dalam menikmati bekalan elektrik

dan air. Bagi mengatasi masalah sekolah-sekolah pedalaman Sabah yang tidak mempunyai

bekalan elektrik, kementerian akan membekalkan generator. Dengan adanya bekalan elektrik,

kita berharap sekolah-sekolah di pedalaman sabah dapat menikmati kemudahan IT sama

seperti sekolah di kawasan bandar. (Utusan Malaysia).

Manakala, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Haji Ahmad

Sharom Yasin berkata “Projek baru di bawah penyeliaan JPP terbahagi kepada tiga kategori

iaitu membaiki padang sekolah yang memperuntukkan (kira-kira) RM300,000, membaiki

makmal dan juga tandas masing-masing memerlukan kos antara RM100,000 hingga

26

Page 28: Penulisan isu budaya sekolah

RM200,000”. Penyediaan sebanyak 1,262 makmal komputer khusus di

sekolah-sekolah luar bandar menjadi matlamat utama Kementerian

Pelajaran Malaysia sejak tahun 2001 untuk mempastikan jurang digital

antara bandar dan luar bandar dirapatkan (Azizi et. al, 2011).

Kerajaan telah banyak menyalurkan dana bagi menyediakan prasarana yang lengkap

kepada sekolah-sekolah terutama di kawasan luar bandar. Dengan demikian, diharapkan

jurang diantara pencapaian pelajar bandar dan luar bandar akan dikurangkan. Namun, adakah

dana yang disalurkan ini berbaloi kerana seperti yang kita lihat tidak ramai guru yang

menggunakan kemudahan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat banyak faktor

yang ,menghalang penggunaan ICT dalam pnp. Faktor yang pertama adalah kekangan masa.

Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan mengajar atau pun nota

dari power point, flash dan sebagainya. Selain itu, guru juga mempunyai pengalaman lepas

yang negatif semasa menggunakan LCD atau projector di mana mungkin pada masa tersebut

alatan tersebut tidak berfungsi dengan baik malah telah melambatkan proses pembelajaran.

Hal ini menyebabkan guru lebih gemar menggunakan buku teks sepenuhnya.

Guru-guru juga kurang berkeyakinan dalam mengendalikan kemudahan ini kerana

mereka kurang mahir menggunakannya dan guru-guru juga kurang pengetahuan dalam aspek

teknikal kerana tidak diberi peluang mengikuti kursus. Tambahan pula, di sekolah

penggunaan makmal dan bilik media adalah terhad. Di mana guru-guru perlu tempah bilik

tersebut dari awal supaya tidak berlaku masalah dengan kelas yang lain. Bagi mengatasi

masalah ini, pihak sekolah perlu menyediakan kursus di mana guru-guru diajar

mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan

sebagainya yang berkaitan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Guru-guru juga

hendaklah dibekalkan modul-modul yang ringkas dan mudah bagi memudahkan pnp. Selain

itu, guru juga perlu mempunyai semangat dalam memajukan diri dalam mempelajari sesuatu

yang baru.

6.2 Persekitaran Sekolah Selamat

Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharusnya

terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap

gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan

27

Page 29: Penulisan isu budaya sekolah

kemudahan sekolah. Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkan

untuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana

pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di

bahagian bumbung dan siling serta masalah anai-anai (Shamsiah et. al, 2005)

Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yang

semakin menjadi-jadi isu yang hangat diperkatakan. Setiap hari terdapat sahaja laporan

akhbar menceritakan tentang keselamatan pelajar. Di Ipoh, pada 1 Julai 2004, seramai 19

orang pelajar Sekolah Menengah Gunung Rapat dekat sini, cedera selepas satu paip gas di

makmal sains sekolah itu meletup. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai

seorang pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan

lebam di badan selepas di pikul oleh lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorang

pelajar sekolah agama di Kuantan (Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasah

pelajar senior di asrama dan mengalami kecederaan serius iaitu hampir lumpur akibat

kecederaan di tulang belakang.

Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina telah

meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telah

dimakan anai-anai. Di Rembau, seorang pengawal keselamatan telah merogol seorang pelajar

perempuan tingkatan 5 di sebuah kelas kosong, 16 April 2012. Tahun lalu, sebanyak 434 kes

keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu 146 kes dilaporkan

berlaku di 135 buah sekolah. Ekoran dari kes-kes yang telah berlaku adakah sekolah dapat

menyediakan persekitaran yang selamat kepada penghuni yang ada di dalamnya kerana

kebanyakan masa pelajar dihabiskan di sekolah.

Rajah 1.0 : Model Sekolah Selamat

28

Masyarakat

yang

selamat

Keluarga

yang

selamat

Sekolah yang

selamat

Page 30: Penulisan isu budaya sekolah

Sumber: National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States.

Hlm.3

Rajah 1.0, menunjukkan bahawa sekolah yang selamat dipengaruhi oleh keluarga dan

masyarakat yang selamat. Selalunya, kita lihat pelajar yang lemah melakukan kesalahan

disiplin di sekolah. Hal ini mungkin disebabkan pelajar tersebut lahir dari keluarga yang

bermasalah atau pun dari latar belakang masyarakat yang bermasalah. Apa yang penting di

sini adalah didikan keluarga amat penting untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin kerana

bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

6.3 Cara Untuk Memastikan Persekitaran Sekolah Selamat

Persekitaran sekolah yang selamat boleh dihasilkan dengan kepemimpinan yang berkesan

terutamanya dari pentadbir sekolah iaitu pengetua. Pengetua berperanan penting dalam

memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan yang terkawal. Beliau hendaklah tegas

dalam melaksanakan tugas, adil dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan

baik tanpa ada pihak-pihak yang tersinggung. Sekolah juga bertanggungjawab dalam

menyediakan prasarana dan kawasan sekolah yang selamat. Contohnya, sekolah perlu

menyediakan tempat berkumpul yang selamat bagi para pelajar yang sampai pada awal pagi

sebelum permulaan kelas dan tempat menunggu kenderaan untuk sebelah petang selepas sesi

persekolahan.

Sekolah juga perlu membersihkan semak samun di kawasan laluan pelajar supaya

pelajar berasa lebih selamat dan terbuka. Selain itu, bagi mempertingkatkan mutu disiplin

dikalangan pelajar guru-guru hendaklah menekankan disiplin dalam bilik darjah. Guru-guru

hendaklah bersikap tegas apabila berhadapan dengan pelajar terutama kepada pelajar yang

mempunyai masalah disiplin supaya pelajar berasa hormat terhadap guru serta secara tidak

langsung dapat mengurangkan salah laku pelajar. Selain itu, penting bagi sekolah

mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat. Contohnya, dengan adanya

mesyuarat PIBG dapat mendekatkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa pelajar dan

masyarakat.

Dengan demikian, pihak sekolah dapat berkongsi masalah yang dihadapi bersama ibu

bapa dan masyarakat serta dapat berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi sekolah bersama. Cara lain bagi memastikan persekitaran sekolah selamat adalah

29

Page 31: Penulisan isu budaya sekolah

dengan menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan guru. Hubungan yang mesra

antara pelajar dan guru dapat menghasilkan suasana yang menyeronokkan dalam pnp. Hal ini

secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran dan juga dapat

menghalang konflik antara guru dan pelajar yang boleh membawa kepada masalah disiplin.

Disiplin yang baik dapat diwujudkan dengan zero defect dalam semua aktiviti pelajar

iaitu tiada masalah dalam pnp, tiada konflik, tiada perlanggaran disiplin, tiada masalah

keceriaan sekolah dan sebagainya(Mok Soon Sang, 2009). Kesimpulannya, iklim

persekolahan yang kondusif dan selamat adalah sebuah sekolah yang dikelolakan dengan

baik, elok dipandang dan teratur susunannya.

7.0 KESIMPULAN

Sehingga tahun 2010, terdapat sebanyak 60 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 120 buah

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di

seluruh Malaysia. Konsep SBT diperkenalkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak,

unik dan menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Tradisi budaya kerja tinggi dan

cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan

akan meningkatkan daya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan

masyarakat ialah aset utama SBT. Pada tahun 2012, Malaysia dijangka mempunyai 100 buah

SBT (Laporan Tahunan KPM, 2010). Berdasarkan data tersebut, jumlah ini hanyalah 1%

daripada jumlah sekolah-sekolah di Malaysia di mana jumlah sekolah di Malaysia pada bulan

Mei 2012 ialah sebanyak 10,019 buah. Ini menunjukkan taraf kepemimpinan pengetua-

pengetua / guru besar di Malaysia masih tidak memuaskan dan belum mampu membawa

sekolah masing-masing ke arah kecemerlangan seperti yang di harapkan oleh KPM.

Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlah merupakan suatu isu

yang lapuk walaupun telah lama dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan. Ini adalah

kerana, sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang guru

besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka

seharusnya di dasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan

dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang.

30

Page 32: Penulisan isu budaya sekolah

Rujukan

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman . 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum . Tanjong Malim: Quatum

Books.

Abd Ghani dan Tang Keow Ngang. 2006. Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus

Pendidikan Wanita: Jurnal Pendidikan. (31), 97 – 105.

Abdul Shukor Abdullah. 2004. Ucap utama Seminar Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12. Kertas Kerja Seminar Nasional Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12. Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Genting Highlands, 14-17 Julai.

Azura Mohd Nor . 2004. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru Dalam Bidang Teknik dan

Vokasional Berdasarkan Teori Maslow di Sekolah Akademik di Daerah Pasir Puteh, Kelantan .

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Azizi Hj Yahya, Nordin Hj Yahya dan Sharifudin Ismail. 2004. Tingkah laku Kepimpinan Pengetua dan

Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi di Beberapa Buah Sekolah

Terpilih Di Negeri Sembilan.

http://eprints.utm.my/2353/1/AziziYahaya_Tingkah_laku_Kepimpinan_Pengetua_dan_T ekanan Kerja.pdf

Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. 2011. Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya

Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal of

Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 78-112/ISSN: 2231-735X. Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Chan Kah Yein, Judith Mousley. 2005. Using Word Problems in Malaysian Mathematics Education: Looking Beneath The Surface ,Inti College Subang Jaya, Malaysia & Deakin University, Australia

Day, C., Harris, A., Hadfield, M., Tolley, H. & Beresford, J. 2000. Leading Schools In Times of Change. Milton Keyres: Open Universiti Press.

Fiore, D. 2000. Positive School Culture : The Importance Of Visible Leaders. Contemporary Education 71(2): 11-13

Gable, R.A. 2004. Assessing Professional Collaboration in Schools: Knowing What Works. Preventing School

Failure. 48(3): 4 – 8.

Hussein Ahmad. 2001. Kesepaduan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Keperluan dan Tuntutan. Ucap Utama Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Nasional ke 9.Anjuran Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands, 1-3 Ogos.

Hussein Mahmood. 2008. Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

31

Page 33: Penulisan isu budaya sekolah

Ishak Sin. 2007. Mengurus dan Memimpin Sekolah. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan. Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga:Dasar da Pelaksanaan .Anjuran Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 13-14 Februari

Ishak Md Shah dan Mastura Mahfar. 2007. Impak Tingkah Laku Kepimpinan Transaksi dan Tranformasi

Pengetua keatas Tingkah Laku Kerja Guru-Guru.

http://repo.uum.edu.my/1736/1/IMPAK_TINGKAH_LAKU_KEPIMPINAN_TRANSA KSI.pdf

Institut Aminuddin Baki. 2004. Amalan Pengurusan dan Kepemimpinan Terbaik Di Sekolah Cemerlang. Institut Aminuddin Baki: Kementerian Pelajaran Malaysia

Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin. 2005. Budaya Organisasi Maktab di Malaysia: Yang Sedia Ada dan

Yang Diingini. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Vol 5, No 1.

Johnson, B.L . 2003. Teacher Collaboration: Good for some, not so good for others: Journal of Educational

Studies. 29 (4): 337 – 349.

Jemaah Nazir Sekolah 2001. Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SKTP). Kuala Lumpur: Jemaah Nazir Sekolah

James, A.J. & Balasandran, R. 2009. Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing : Kuala Lumpur.

Laporan Audit Sekolah Tahun 2001. Dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil.2

Laporan Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lim Chap Sam, Cultural Differences and Mathematics Learning in Malaysia, School of Educational Studies, University of Science Malaysia,Penang, Malaysia

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Saad, Rosni Zanuddin, Sanitah Mohd Yusof. 2008. Analisis Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Di Johor. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Mc Ewan, E.K. 2003a. Seven Steps To Effective Instructional Leadership. Corwin Press Inc.Thousand Oaks, California.

McNulty,B., Walters,T. & Marzato, R. 2005. School Leadership That Works:From Research to Result. Virginia: Association For Supervision and Curriculum Development.

Muhyiddin Yassin. 2010. Ucapan Perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Ketiga. Anjuran Institut Aminuddin Baki. Bernama . 02 November.

Noor Hashimah Hj Hassan. 2000 . Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi

Guru: Tinjauan di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Segamat. Universiti Kebangsaan

Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.

Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur.Utusan Publication& Distributor.

Othman B. Md. Johan & Lukman Bin Dinyati. 2007. Persepsi Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap

Penggunaan ICT Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Di Daerah

Kluang. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

32

Page 34: Penulisan isu budaya sekolah

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal Pendidikan 35(75):30-40

Rusni Mohd. Nor. 2005. Perkaitan Antara Budaya Sekolah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Negeri Sembilan. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Shamsiah, Shahrulbanun & Azaiah. 2005. Konsep dan Perlaksanaan Sekolah Selamat. Seminar Pendidikan,

Fakulti Pendidikan UKM.

Shahril@Charil Marzuki. 2002. Ciri-ciri Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar yang berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21. Jurnal Pengurusan & Pendidikan Institut Aminuddin Baki. 10(02):1-17

Shields, C. 2005. School Leadership in the 21st Century: Broading The Base. Connecticut: Information ASC Publishing

Woo Yoke Ling . 2007. Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional di

Sekolah-Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia:

Ijazah Sarjana Pendidikan.

Yaakob Daud. 2007. Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

33