Click here to load reader
Upload
ardah-zyed
View
35
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN FORUM INTELEK DIBAWAH PROGRAM FIESTA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Alhamdulillah.. program ini telah berjalan dengan jayanya.
Saya, Nurul Saadah binti Mohamad Zaid (A145933) telah menyertai program Forum Intelek dibawah
Fiesta Fakulti Sains dan Teknologi(FST) . dalam program ini, saya telah memegang jawatan sebagai ahli
jawatankuasa perhubungan awam.
Tajuk forum intelek yang diadakan pada 22 april 2014 ini adalah
Tajuk: sains tempang tanpa agama
Masa :9-11 malam
Tempat : Dewan Anuwar Mahmud (DAM)
Penceramah : Prof Madya Dato’ Mat Rofa, Ustaz Che Bakri Nik Mat, Prof Arif Kasmo
Moderator : Ustaz Fauzi
Sebelum program ini berlangsung, saya telah diarahkan untuk menelefon ustaz-ustaz atau prof-prof
yang dapat hadir pada hari tersebut. Antaranya ustaz zainuddin, ustaz Ridhuan Tee, Dr. Danial Zainal,
Imam muda Asyraf tetapi kesemua mereka tidak dapat hadir kerana telah ada program lain. Dan
akhirnya kami dapat juga penceramah dan moderator untuk forum intelek iaitu seperti yang tertera di
atas. Alhamdulillah.
Ketika program tersebut, saya telah ditugaskan untuk menjadi usher dimana mengiring VIP ke bilik
berkumpul, iring masuk dan keluar dewan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pelajar juga
ramai yang menghadirkan diri. Program ini di taja oleh pihak JAIS.
Program ini juga telah memberi banyak kemahiran. Antaranya :
1) Kemahiran komunikasi
Berkomunikasi bersama ahli lain dalam menyelesaikan tugasan
Berkomunikasi dengan penceramah ketika menjemput ke forum tersebut
Berkomunikasi melalui talian SMS dan talian telefon
2) Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Saya dan semua ahli saling bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan program
berjalan dengan lancar
3) Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Segala maklumat yang diterima telah saya catit dengan teliti dan dimaklumkan kepada
ketua
Saya dapat belajar bagaimana untuk menguruskan maklumat dengan betul supaya tidak
bercampur dengan hal lain
4) Kemahiran nilai, tingkah laku dan professional
Dapat belajar bagaimana untuk bertindak professional dan menjaga tingkah laku ketika
menjadi usher
Dapat menguruskan perjalanan VIP dengan baik
5) Kemahiran kebertanggungjawaban dan social
Bertanggungjawab melaksanakan tugasan yang diarahkan
Tidak malu untuk bersosial dengan ahli lain untuk mendapatkan maklumat