24
SUMBANGAN KHALIFAH / TOKOH Khalifah Abu Bakar al- Siddiq

KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

SUMBANGAN KHALIFAH / TOKOH

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

Page 2: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

BIODATA KHALIFAH ABU BAKAR Nama sebenar ialah Abdullah bin Quhafah. Dilahirkan di kota Makkah 2 tahun selepas Tahun Gajah. Berketurunan Bani Tamim. Dikenali sebagai al-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan kerana

beliau meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w Terkenal dengan peribadi mulia, tidak pernah minum minuman keras dan

tidak pernah melakukan perbuatan keji. Merupakan sahabat kepada Nabi Muhammad s.a.w Merupakan orang kedua memeluk agama Islam selepas Saidatina

Khadijah binti Khuwailid ( isteri Nabi Muhammad s.a.w ). Wafat pada 22 Ogos 634M setelah demam selama 15 hari. Tempoh pemerintahan selama 2 tahun 2 bulan 10 hari.

Page 3: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, timbul masalah pemilihan

seorang khalifah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w untuk memimpin negara Islam.

Masalah ini timbul kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan wasiat calon pengganti kerana tidak ada nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w

Wujud ramai pesaing bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi pemimpin dari kalangan Muhajirin dan Ansar.

Umat Islam dari golongan Muhajirin dan Ansar telah berkumpul di Dewan Bani Saadah untuk membincangkan perlantikan khalifah pertama.

Page 4: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Saidina Abu Bakar telah mencalonkan Saidina Umar al-Khattab mewakili golongan Muhajirin manakala Abu Ubaidah mewakili golongan Ansar sebagai calon khalifah.

Sebelum pemilihan dilakukan, kedua-dua calon telah menarik diri malah Saidina Umar al-Khattab telah mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah.

Cadangan ini mendapat sokongan majoriti umat Islam dan Saidina Abu Bakar telah dibaiahkan dalam Majlis Syura sebagai khalifah pertama kerajaan Islam Madinah.

Page 5: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ(a) Menyelamatkan negara Islam Krisis antara golongan Muhajirin dengan Ansar dalam menentukan

pengganti Nabi Muhammad s.a.w untuk memerintah negara dan umat Islam.

Masalah orang murtad yang mengambil kesempatan untuk menghancurkan keamanan dan perpaduan umat Islam.

Golongan yang keluar dari Islam

Golongan yang tidak mahu

membayar zakat

- Terdiri daripada pengikut yang mendakwa mereka sebagai nabi.- Merupakan penganut Islam “pak turut” kerana takut kepada tentera Islam.

- Tidak mahu membayar zakat kerana tidak faham dengan ayat al-Quran berkenaan dengan zakat dan mengatakan zakat hanya dibayar sebagai tanda membersihkan diri

Page 6: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(b) Membentuk pasukan tentera Penubuhan pasukan tentera dipersetujui oleh Saidina Umar al-Khattab

bagi menghadapi ancaman orang murtad dan musuh Islam dari dalam dan luar negara.

Khalid al-Walid, Akramah bin Hisham, Ayubrahbil bin Hasanan, Amr al-As dan Mahajir bin Umaiyah dilantik sebagai panglima perang.

(C) Mengumpul ayat-ayat suci al-Quran Memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-

Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula.

Salinan ayat al-Quran yang dihimpunkan itu kemudiannya disimpan oleh Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah ( isteri Nabi Muhammad s.a.w ) dan Saidina Uthman bin Affan.

Melalui usaha tersebut, ayat al-Quran dapat dibukukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

Page 7: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(d) Peluasan kuasa Meluaskan pengaruh Islam di Rom, Parsi dan Syria. Rom merupakan sebuah empayar besar yang kuat dan menguasai Mesir. Penduduknya terdiri daripada pelbagagai kaun dan beragama Kristian. Akibat kezaliman pemerintah, keadaan Rom tidak aman dan rakyat sering

memberontak. Hal ini telah memudahkan pertapakan Islam. Keadaan yang sama turut berlaku di Parsi. Panglima Khalid al-Walid dan Muthana bin Harith dengan mudah

menakluk Parsi. Penaklukan di Parsi merupakan perluasan kuasa Islam pertama oleh

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Page 8: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(e) Gerakan al-Riddah Dilancarkan untuk menentang dan menghapuskan golongan yang

menyeleweng serta menghancurkan kedudukan umat Islam dan negara Islam setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

Golongan yang tidak beriman dan tidak teguh pegangan agama telah keluar daripada agama Islam dan tidak mematuhi undang-undang / perlembagaan Islam.

Golongan tersebut terbahagi kepada 2 kumpulan :-

Page 9: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Page 10: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(f) Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah Melicinkan pentadbiran kerajaan Islam dengan membahagikan Tanah

Arab kepada 10 wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran.

Beliau turut melantik seorang amir untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut.

(g) Memperkenalkan sistem bayaran gaji untuk tentera melalui ghanimah.

(h) Memperkenalkan undang-undang tanah seperti bayaran cukai kharaj dan cukai jizyah.

(i) Melindungi hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.

Page 11: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

RUMUSAN Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar al-Siddiq

telah dilantik menjadi khalifah pertama kerajaan Islam Madinah. Ahli sejarah mengatakan bahawa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq seorang

pemerintah yang mementingkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan umat Islam.

Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah digelar Penyelamat Umat Islam.

Page 12: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

SUMBANGAN KHALIFAH / TOKOH

Khalifah Umar bin al-Khattab

Page 13: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

BIODATA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Nama sebenar ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Dilahirkan pada tahun 584M di Makkah. Berasal daripada Bani Adi dan berketurunan bangsawan Quraisy. Terkenal sebagai pemuda yang berani, tegas, berterus-terang dan

mempunyai pemikiran yang tajam. Digelar al-Farouq ( orang yang membezakan hak dan batil ). Memeluk agama Islam sewaktu berusia 33 tahun. Merupakan khalifah kedua kerajaan Islam Madinah selepas Saidina Abu

Bakar al-Siddiq. Wafat pada Rabu 3 November 644M semasa berusia 63 tahun. Beliau wafat akibat dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah sewaktu sedang solat

subuh. Tempoh pemerintahan selama 10 tahun.

Page 14: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

PELANTIKAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sedang gering, keadaan negeri dan umat Islam baharu pulih daripada masalah.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq melantik Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah untuk menggantikannya memerintah negara dan umat Islam.

Pelantikan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua telah dipersetujui dan direstui oleh para sahabat dan umat Islam.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq membuat surat pelantikan Saidina Umar al-Khattab sebagai penggantinya.

Apabila Khalifah Abu Bakar al-Siddiq wafat, Saidina Umar al-Khattab dibaiahkan sebagai khalifah kedua memerintah negara dan umat Islam.

Khalifah Umar al-Khattab memerintah selama 10 tahun iaitu pada tahun 634-644M.

Page 15: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

SOSIAL

EKONOMI

POLITIK

Page 16: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

POLITIK(a) Pembentukan Majlis Syura Merupakan lembaga / majlis perundangan negara yang tertinggi. Khalifah Umar al-Khattab sebagai ketua negara dan dibantu secara rasmi

oleh ahli Majlis Syura. Dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. Majlis ini berfungsi sebagai kabinet negara. Terdiri daripada 2 bahagian iaitu Majlis Tertinggi dan Majlis Am. Segala masalah penting berkaitan negara diselesaikan oleh Majlis Syura. Khalifah tiada hak istimewa dalam menentukan / membuat keputusan

tertentu tanpa mesyuarat majlis. Majlis Syura berkewajipan meneliti semua masalah umat Islam dan negara

yang diterangkan oleh al-Quran dan Al-Sunnah.

Page 17: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(b) Mewujudkan pembahagian wilayah Wilayah-wilayah pentadbiran dibahagikan kepada 8 bahagian seperti

Madinah, Makkah, Jazirah, Mesir, Syria, Basrah, Kufah dan Palestin. Setiap wilayah dilantik seorang gabenor yang dikenali sebagai wali. Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik khas iaitu

Setiausaha Tentera (Khatib Dewan), Pegawai Perbendaharaan (Ahdul Baitulmal) dan Pegawai Cukai (Syahibul Kadi).

Pegawai-pegawai yang dipilih adalah berdasarkan kepimpinan dan kewibawaan bukan berdasarkan kedudukan dalam masyarakat.

Gabenor dan pegawai kerajaan dibayar gaji mengikut kedudukannya untuk mengelakkan rasuah.

Pegawai yang dilantik akan diperiksa harta dan keperibadian untuk mengelakkan salah guna kuasa.

Setiap tahun, pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat laporan.

Page 18: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(c) Penubuhan jabatan baru Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan

penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan Perbendaharan Negara dan Jabatan Kehakiman.

Jabatan Penyiasatan Jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan.

Setiap jabatan diketuai oleh setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan.

Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku.

Jabatan Kehakiman diletakkan di bawah pengurusan kadi bagi menguruskan pentadbiran undang-undang Islam.

Untuk mengelakkan penyelewengan dalam kalangan hakim, mereka dibayar gaji yang lumayan sekitar 500 dirham.

Page 19: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

EKONOMI(a) Pengenalan cukai Khalifah Umar al-Khattab telah memperkenalkan cukai jizyah, kharaj,

zakat dan usyur. Cukai kharaj ialah cukai yang dibayar oleh rakyat yang mengerjakan tanah

kerajaan. Cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Contohnya, tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak 1 dirham, gandum 2

dirham dan anggur 10 dirham. Cukai jizyah ialah cukai yang dikenakan kepada golongan Zimmi. Zakat ialah cukai yang dikenakan ke atas umat Islam. Usyur ialah cukai perdagangan.

Page 20: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(b) Penubuhan Baitulmal Baitulmal dikenali sebagai Institusi Perbendaharaan Negara. Ditubuhkan bagi tujuan mengumpul dan menguruskan harta dan

khazanah kerajaan. Buku kira-kira disediakan untuk mengetahui jumlah kewangan negara. Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukai seperti Kharaj (cukai

tanah), Jizyah (cukai perlindungan), Ghanimah (harta rampasan perang), Usyur (cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada waris akan dimasukkan ke dalam Baitulmal.

Page 21: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(c) Memajukan bidang pertanian Rakyat digalakkan meneroka tanah-tanah baharu dan mengusaha tanah-

tanah terbiar bagi meningkatkan hasil pertanian. Manakala tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak

terdapat aktiviti pertanian di dalamnya. Khalifah Umar al-Khattab berusaha meningkatkan hasil pertanian dengan

membina tali air dan terusan. Contohnya pembinaan 2 buah empangan besar iaitu Empangan Abu Musa

di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir.

Sistem pungutan cukai juga telah diubah. Cukai yang dikenakan adalah berdasarkan kesuburan tanah dan juga jenis

tanaman. Peraturan yang tidak adil dan membebankan petani dimansuhkan.

Page 22: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

SOSIAL(a) Mengembangkan pengajaran al-Quran Antara langkah yang diambil untuk mengembangkan pengajaran al- Quran

adalah dengan menyediakan guru-guru agama untuk mengajarkan al-Quran.

Guru-guru agama dihantar ke kawasan taklukan Islam seperti Kufah dan Basrah dengan ganjaran gaji yang lumayan.

Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajarkan al-Quran kepada orang Badwi di kawasan pedalaman.

Pada peringkat wilayah, sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajarkan pelajaran al-Quran.

Golongan yang menghafaz seluruh kandungan al-Quran akan diberi ganjaran.

Umat Islam juga diwajibkan menghafaz surah-surah yang tertentu.

Page 23: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

(b) Penggunaan kalendar Hijrah Khalifah Umar al-Khattab adalah orang bertanggungjawab menentukan

tahun Hijrah dalam Kalendar Islam. Beliau menjadikan tahun Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Yathrib

(Madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalendar bagi umat Islam. Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan

untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan tarikh.

Page 24: KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

RUMUSAN Kebolehan Khalifah Umar al-Khattab dalam bidang pentadbiran memang

diakui umum. Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, Khalifah Umar al-

Khattab telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

Khalifah Umar al-Khattab telah memberi banyak sumbangan dalam tamadun Islam sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keemasan.