22
INSTITUSI KHALIFAH 1.5.2 SUMBANGAN KHALIFAH & TOKOH KHALIFAH HARUN AL-RASYID

Institusi Khalifah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Khalifah Harun Al-Rasyid

Citation preview

Page 1: Institusi Khalifah

INSTITUSI KHALIFAH1.5.2 SUMBANGAN KHALIFAH & TOKOH

KHALIFAH HARUN AL-RASYID

Page 2: Institusi Khalifah

Khalifah Harun Al-Rasyid bin Muhammad Al-Mahadi bin Abu Jaafar Al-Mansur.

Lahir pada Zulhijjah 145 H.(763 M.) di ar-Raj, Khurasan.

Warak, pemurah dan suka kepada kerja-kerja kebajikan.

Berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman yang luas dalam aspek pentadbiran, kemasyarakatan dan politik.

Terkenal sebagai pemerintah yang bijaksana, ahli falsafah dan cendekiawan Islam.

KHALIFAH HARUN AL-RASYID

Page 3: Institusi Khalifah

PELANTIKAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID

Khalifah Muhammad al-

Mahadi bin jaafar al-

Mansur wafat pada tahun 785

M.

Jawatan khalifah diganti oleh

puteranya, Musa bin

Muhammadpada tahun 785 M –

786 M.

Berlaku perselisihan dan perang saudara dengan adindanya, Khalifah Harun al-

Rasyid. Beliau berjaya meramapas

jawatan khalifah daripada Khalifah

al-Hadi.

Harun al-Rasyid dibaiatkan

sebagai khalifah kelima Bani

Abbasiyah 786 – 809 M.,

memerintah negara Islam yang

berpusat di Baghdad.

Page 4: Institusi Khalifah

DASAR PEMERINTAHAN DAN PEMBAHARUAN

POLITIK

SOSIALEKONO

MI

Page 5: Institusi Khalifah

POLITIKa) Hubungan dengan Byzantine(Rom) i. Hubungan buruk dengan Byzantine telah wujud sejak kelahiran Islam di Kota Makkah, kerajaan Islam Madinah, kerajaan Islam Damsyik dan kerajaan Islam Baghdad.

ii. Hubungan buruk semakin ketara pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid yang berpunca daripada tindakan Rom meneyerang kerajaan Islam Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mahadi disebabkan masalah Asia Timur.

Page 6: Institusi Khalifah

b) Hubungan dengan Sepanyol i. Hubungan antara Andalusia dengan kerajaan Bani Abbasiyah turut menimbulkan masalah kepada pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid.

ii. Sebahagian besar penduduk Andalusia terdiri daripada penyokong-penyokong Bani Umayyah yang menunjukkan sikap negatif terhadap pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan berusaha untuk menduduki Afrika Utara.

iii. Untuk menegakkan kekuasaan Bani Abbasiyah di Andalusia, beliau terpaksa mengambil tindakan berbentuk kententeraan terhadap penduduk Andalusia yang menyebabkan masalah tersebut dapat diatasi dan Islam berkembang dengan meluasnya di Sepanyol hingga Sepanyol mucul sebagai gedung perkembangan ilmu pengetahuan Islam.

Page 7: Institusi Khalifah

c) Hubungan dengan Perancis

- Mengikut catatan pemerintah Bani Abbasiyah hubungan Khalifah Harun al-Rashid dengan raja Perancis,Charlamagne terjalin dengan baik kerana Perancis musuh ketat kepada Andalusia (sepanyol).

- Hubungan rapat K.Bani Abbasiyah dan K.Perancis dilihat melalui pertukaran cenderahati antara Charlamagne dengan Khalifah Harun.

- Khalifah Harun mengirim anak kunci Baitulmuqaddis kepada orang Kristian yg mengunjungi Palestin.Melalui hubungan tersebut,islam berkembang dgn meluasnya di Perancis.

Page 8: Institusi Khalifah

d) Menghapuskan Masalah dalam Negeri

- Kemajuan politik,ekonomi, dan sosial hasil drp kecekapan pegawai dan kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas.

-Pegawai kerajaan drp keluarga al-Barmaki seperti Yahya bin Khalid dibantu oleh puteranya spt : Fadhil b.yahya ,Jaafar b.yahya ,Musa b.yahya ,dan Muhammad b.yahya.

-Pd tahun 788M (172H) ,saki baki keluarga al-Barmaki pimpinan Idris b.abdullah menubuhkan K.islam Idrisiyah di Morocco.

-Bagi mewujudkan hubungan baik dgn al-Barmaki ,Khalifah Harun mengahwinkan puterinya dgn Jaafar b.yahya al-Barmaki ,putera kpd Yahya b.khalid al-Barmaki.

Page 9: Institusi Khalifah

-Pada tahun 803M. (187H) kerana bimbang kedudukan keluarga al-Barmaki dlm pemerintahan Bani Abbasiyah ,Khalifah Harun membunuh individu penting dlm keluarga al-Barmaki spt Yahya,Jaafar,dan Fadhil.

-Melalui pembunuhan tersebut, maka berakhirlah kekuasaan keluarga al-Barmaki dlm pemerintahan Bani Abbasiyah.

-Satu lagi masalah dalaman yg dihadapi Khalifah Harun ialah pemberontakan kecil-kecilan yg berlaku di Mosol,Armenia, dan Afrika Utara yg mengganggu perkembangan politik,ekonomi, dan sosial kerajaan islam Baghdad.

-Bagi mengatasi masalah ini ,beliau menghantar panglima Ibrahim b.Aghiab ke Tunisia dan akhirnya masalah tersebut dapat diatasi dgn mudah.

Page 10: Institusi Khalifah

3) ASPEK EKONOMIa) Khalifah Harun menekankan kemajuan pertanian dan perdagangan kerana kedua-dua aktiviti tersebut adalah sumber utama pendapatan penduduk dan negara.b) Antara tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Harun ialah membuka tanah baharu untuk membekalkan pertanian dan membekalkan benih percuma kepada petani.c) Khalifah Harun membahagikan tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera yang bersara dan orang miskin untuk diusahakan dengan kegiatan pertanian.

Page 11: Institusi Khalifah

d) Kegiatan perdagangan diperluaskan ke Eropah, India dan China. Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur – Barat. Untuk memudahkan kegiatan perdagangan dengan negara-negara luar, jalan dibina dari Iraq ke Laut merah, Laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi.e) Antara barangan dagangan di kota Baghdad ialah sutera dan teh dari China, rempah-ratus dan kain dari India, batu permata dan permaidani dari Turki dan Parsi, madu, kulit dan lilin dari Eropah, gading dan logam dari Afrika Utara, beras dan gandum dari Mesir , dan barangan kaca dari Syria.

Page 12: Institusi Khalifah

4) DALAM ASPEK SOSIALa) Khalifah Harun menekankan perkembangan dan kemajuan pendidikan kerana pendidikan menjadi asas kepada kemajuan dan pembangunan aspek-aspek lain. b) Zaman pemerintahan Khalifah Harun 786 – 809 M. (170 – 193 H.) merupakan zaman kebangkitan intelektual Islam dan khalifah menjadi penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan.c) Sarjana-sarjana dari luar negara datang berkumpul di Baghdad, dan forum , seminar , ceramah , serta pidato berkenaan dengan ilmu pengetahuan sering diadakan di istana khalifah , masjid , dan rumah pegawai kerajaan.d) Bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, pusat-pusat pendidikan seperti sekolah, maktab dan universiti didirikan. Khalifah juga menitikberatkan ilmu pengetahuan sekular seperti astronomi, matematik, seni, falsafah, sejarah, geografi, sastera, dan sains.

Page 13: Institusi Khalifah

e) Bagi mengembangkan dan meluaskan ilmu ini, Khalifah Harun menggunakan wang sakunya sendiri di samping peruntukan khas kerajaan. Beliau telah mendirikan Perpustakaan Agung (Baitul Hikmah) dan menjadikan Bandar Madinah, Kufah , Kaherah dan Balk sebagai Bandar ilmu pengetahuan.f) Demi memudahkan aktiviti rakyat dan perkembangan agama Islam , Khalifah Harun memberi penumpuan terhadap pembinaan masjid-masjid.g) Untuk menjaga kesihatan rakyat, pusat perubatan dibina seperti hospital dan klinik. Manakala rumah kebajikan dibina untuk rakyat yang kurang bernasib baik seperti golongan cacat dan miskin.

Page 14: Institusi Khalifah

5) Zaman pemerintahan Khalifah Harun 786-809M (170-193H) ialah zaman kemuncak keagungan dan kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad.Khalifah Harun dihormati oleh negara-negara jiran dan zaman pemerintahannya dikenali dengan zaman perkembangan ilmu pengetahuan dan intelektual.

6) Berdasarkan personaliti dan dasar pemerintahannya ,ahli-ahli sejarah menyamakan pemerintahan Khalifah Harun dgn pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab 634-644M (13-23H).Khalifah Harun digelar penyebar tamadun dan budaya islam.Beliau wafat pada 809M (193H) setelah memerintah selama 23 tahun.

Page 15: Institusi Khalifah

Perkembangan Kegiatan Intelektual pada Zaman Khalifah Harun al-Rasyid

Page 16: Institusi Khalifah

Prof. Dr. Ahmad Shalaby dalam Sejarah Kebudayaan Islam menyatakan zaman pemerintahan Khalifah Harun al–Rasyid 786 -809 M.(170 -193 H) adalah

zaman kegemilangan ilmu pengetahuan dan intelektual.

Sesetengah ahli sejarah mentafsirkan zaman ini merupakan zaman perkembangan tamadun dan

budaya Islam.

Perkembangan dan kegiatan intelektualisme ini berasaskan kepada kemunculan ahli - ahli falsafah dan perkembangan ilmu sastera,sejarah,sains dan

perubatan di samping agama islam.

Page 17: Institusi Khalifah

Kegiatan Pembukuan

Peringkat awal : ilmu pengetahuan dikumpulkan dalam bentuk lisan, hafalan , dan ingatan.

Ilmu itu akan hilang sekiranya individu tersebut meninggal dunia.

Untuk mengelakkan perkara itu berlaku,penulisan dan catatan dilakukan pada kullit binatang dan kayu.

Page 18: Institusi Khalifah

Khalifah Harun al – Rasyid telah melakukan pembaharuan dengan menggalakkan ilmu pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi pada masa itu dan akan datang.

Zaman pemerintahan Khalifah Harun al – Rasyid muncul seorang ulama yang membukukan ilmu pengetahuan berkenaan dengan sejarah(tarikh),kesusasteraan, lughah,hadis,fiqah,tafsir, dan lain – lain.

Antara ulama yang terkemuka : Imam Malik (menyusun buku al – Muwatta’Ibn Ishaq (menyusun buku al – Sirah )Abu Hanifah (menyusun buku Fiqah

Page 19: Institusi Khalifah

PENYUSUNAN ILMU PENGETAHUAN ISLAMPerkembangan dan kegiatan ini berhubung

dengan hukum –hakam telah bermula sejak pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al –Mansur 754 -775 M.(1236 – 158 H).

Apabila pemerintahan Khalifah Harun al – Rasyid memerintah negara dan umat Islam 786 – 809 M.(170 -193 H),beliau menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkembangan ilmu pengetahuan Islam.

Tujuannya sangat diperlukan supaya tidak terkeluar daripada konsep hadis dan al – Quran.

Page 20: Institusi Khalifah

Penumpuan dibuat kepada ilmu : TafsirHadisFaraidUsuluddinSyariahTauhidfiqah

Page 21: Institusi Khalifah

KEGIATAN TERJEMAHANKhalifah Harun al – Rasyid menggalakkan pakar

bahasa menterjemahkan buku –buku asing seperti dari China,India,Yunani, dan Parsi.

Penumpuan diberi kepada menterjemahkan buku –buku berkenaan ilmu perubatan,falsafah,kesenian dan menterjemahkan buku – buku agama dalam bahasa Arab kepada bahasa asing untuk menyebarkan ilmu tersebut di luar tanah Arab.

Page 22: Institusi Khalifah

Khalifah Harun al – Rasyid telah melantik Yuhama bin Musaiwaih sebagai Setiausaha Institut Terjemahan bagi melicinkan kegiatan penterjemahan.

Golongan penterjemah dikenali sebagai intelektualisme Islam.

Khalifah Harun al – Rasyid mendirikan institusi pengajian seperti :

MasjidMaktabSekolah

Tujuannya adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan berkenaan agam islam.