16
UNIT 4 : IMAM AHMAD BIN HANBAL RAHAMALLAH DISEDIAKAN OLEH : NUR HASYIMAH BINTI HASHIM NOR FAZLINA BINTI BAHARIM 4 KAA 1 SMK TUN AMINAH

IMAM AHMAD BIN HANBAL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah

Citation preview

Page 1: IMAM AHMAD BIN HANBAL

UNIT 4 : IMAM AHMAD BIN HANBAL

RAHAMALLAH

DISEDIAKAN OLEH :NUR HASYIMAH BINTI HASHIMNOR FAZLINA BINTI BAHARIM4 KAA 1 SMK TUN AMINAH

Page 2: IMAM AHMAD BIN HANBAL

NAMA : Ahmad bin Mohammad bin HanbalLAHIR : Baghdad, Iraq pada bulan Rabiul Awal

Tahun 164 H bersamaan 780 M pada zaman Khalifah Muhammad Al-Mahdi yang merupakan khalifah Kerajaan Abasiah

Ibu bapanya berasal dari KharasanMempunyai hubungan dengan keturunan Nabi

Muhammad SAW pada madar, datuk baginda yang ke-18

Hanbal ialah nama datuknya yang menjadi panggilan masyhur kepada Imam Ahmad untuk menghormati keturunannya.

MENINGGAL DUNIA : Hari Jumaat, bulan Rabiul Awal tahun 241 H bersamaan 855 M di Baghdad ketika berusia 77 tahun.

LATAR BELAKANG

Page 3: IMAM AHMAD BIN HANBAL

SIFAT PERIBADISuka berpakaian putih bersih dan kemasBerperibadi mulia, merendah diri, pendiam

dan sangat kuat memelihara maruah dan agamanya

Suka bergaul dengan orang fakir miskinBerani dan tegas pendirian dalam

membela kebenaranBertaqwa dan kuat beribadat, khatam Al-

Quran setiap tujuh malam sekali dan solat sunat 300 rakaat sehari semalam

Bersifat zuhud, warak, pemurah dan berhemah tinggi

Page 4: IMAM AHMAD BIN HANBAL

PENDIDIKANSejak kecil, beliau menunjukkan minat kepada

ilmu pengetahuanBeliau membawa dakwat dan kertas ke mana

sahaja beliau pergi untuk mencatat sesuatuBeliau telah menghafaz Al-Quran dan sebilangan

besar hadis sejak kecilBeliau mendapat pendidikan awal di Baghdad

yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuanBeliau dibesarkan di Baghdad dan mempelajari

ilmu pengetahuan hingga menjadi seorang ulama’ terkemuka

Usia 16 tahun, beliau keluar dari Baghdad untuk mendalami ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup

Beliau mengembara ke Kufah, Basrah, Syam dan Yaman untuk mempelajari ilmu hadis

Page 5: IMAM AHMAD BIN HANBAL

KETOKOHAN DALAM BIDANG HADISBeliau dikurniakan Allah kecerdasan akal dan kuat ingatan

Beliau gigih menyelidiki sumber-sumber dan kebenaran hadis dengan mengembara ke Kufah, Yaman, Basrah, Mekah dan Madinah

Beliau mengembara selama beberapa bulan semata-mata untuk menyelidiki satu atau dua hadis, jarang dilakukan oleh orang lain

Beliau pergi ke Yaman kali pertama untuk mendengar dua hadis sahaja daripada Ibrahim bin Akil dan sekali lagi untuk mendengar daripada perawi hadis yang lain

Beliau memberi tumpuan utamanya kepada pengajian hadis

Page 6: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Dengan mencatat hadis-hadis daripada Abu Yusuf, beliau menuntut selama 4 tahun ulama’ hadis terkenal Husyaim bin Basyir

Beliau terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan pengajian disebabkan kesempitan hidup

Beliau berbangga kerana mampu belajar melalui wang yang diusahakan sendiri dan tidak menerima bantuan kewangan daripada orang lain

Beliau meneruskan pengajian di Mekah dan Madinah untuk mengetahui kebenaran sesuatu hadis yang dipelajari

Beliau dapat menguasai ilmu hadis dengan baik berkat ketekunan dan doa serta sikap hormat kepada guru

Beliau mempunyai ramai guru dalam pelbagai bidang ilmu fiqah, hadis, usul tafsir, sejarah dan bahasa

Page 7: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Antara gurunya yang terkenal ialah Husyaim bin Basyir, Abd Rahman bin Mahdi, Waki’ bin Jarah, Sufian bin Uyainah dan Imam Syafi’i

Beliau menjelajah ke Hajar, Damsyik dan Al-Jazirah untuk mengikuti kuliah yang disampaikan oleh ahli-ahli hadis terkenal

Beliau menemui Imam Syafi’i pada tahun 189 H semasa lawatan ke Hajar dan bertemu sekali lagi di Baghdad

Beliau memperolehi kepakaran dalam bidang ilmu hadis sehingga Imam Syafi’i sendiri merujuk kepada beliau mengenai kesahihan hadis tertentu

Beliau terkenal dengan ketokohan dalam ilmu hadis

Page 8: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Beliau tetap menghormati kebijaksanaan Imam Syafi’i dalam aspek fahaman dan cara Imam Syafi’i menggunakan qias

Beliau belajar kaedah fiqah daripada Imam Syafi’i kemudian menghuraikan sendiri berdasarkan hadis

Beliau menjadi ahli fiqah dan usuluddin yang terkenal

Imam Syafi’i mengakui ketokohan beliauBeliau memulakan kuliah hadis ketika

berumur 40 tahunDalam 1 sisi hadis, kira-kira 5000 orang

mengikuti syarahan beliau, 500 daripadanya mencatat huraiannya

Page 9: IMAM AHMAD BIN HANBAL

SUMBANGAN

Bidang hadis

Belajar hadis sejak umur 16 tahun Menyusun hadis dengan rapi, tersusun

dan sempurna menurut nama sahabat yang meriwayatkan satu-persatu

Susunan dibuat dalam berpuluh-puluh jilid kitab yang dinamakan “al-musnad”

Mengandungi 40 000 hadis, antaranya 10 000 hadis yang diriwayatkan berulang-ulang

Menurutnya hadis yang sahih dan hasan boleh dijadikan hujah pengambilan hukum

Page 10: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Beliau sangat teliti menyelidiki hadis nabi yang dikumpul untuk membersihkannya daripada pemalsuan

Usahanya menyukarkan musuh Islam mempertikaikan kebenaran hadis Rasulallah SAW

Dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunah Rasulallah SAW, beliau diangkat sebagai pemimpin ahli sunnah yang menentang penyelewengan golongan al-muktazilah

Page 11: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Pengasas mazhab Mengasaskan mazhab Hambali,sempena nama

datuknya Mazhab ini lebih mengutamakan Al-Quran dan

sunah Rasulallah dan dikenali gelaran ahli sunah Sangat berpegang teguh kepada hukum Menjadikannya mashur dalam bidang

perundangan Islam Menolak pendapat yang tidak sesuai dengan Al-

Quran dan As-Sunah Melarang orang orang bertaqlid dalam urusan

agama dan menggalakkan menggunakan ilmu pengetahuan dan kefahaman menurut Al-Quran dan As-Sunah

Mazhab ini lahir di Baghdad, berkembang ke negara lain seperti Mekah, Madinah dan Damsyik.

Page 12: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Dasar hukum mazhab Hambali ialah:

Al-Quran As-Sunah Fatwa sahabat Hadis doif yang boleh

dinaikkan darjat kepada hadis hasan

Qias

Page 13: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Penulisan

Tafsir Al-QuranAl-musnadKitab an-nasih wal mansuhKitab taatir rasulKitab al-ilalrAl-manasik al-soghirAl-manasik al-kabir

Page 14: IMAM AHMAD BIN HANBAL

Murid-murid Imam Ahmad

Beliau telah meninggalkan muridΠ yang meneruskan usaha menyebarkan mazhab Hambali antaranya:

Imam Bukhari Imam Muslim Imam Abu Daud Imam Abu Zur’ah Ar-Razi Imam Abu Bakar Al-Asram Imam Ibn Abi Ad-Dunya

Page 15: IMAM AHMAD BIN HANBAL

SOALAN…..

Page 16: IMAM AHMAD BIN HANBAL

SEKIAN, TERIMA KASIH !