27
1.0 FALSAFAH & PENGGUNAAN PENDEKATAN MUZIK KODALY, ORFF DAN DALCROZE 1.1 PENDEKATAN KODALY Latar belakang Zoltan Kodaly Zoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember 1882 di Kecskemét dan meninggal dunia pada 6 Mac 1967. Beliau merupakan seorang komposer dari Hungary dan juga merupakan seorang pencipta dan penggubah muzik yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat Hungary dan warisan Eropah. Kodaly juga merupakan seorang pengajar, ahli linguistik, pengkaji muzik etnik (ethnomusicology) dan ahli falsafah serta perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Beliau dipengaruhi minat muziknya oleh ayahnya seorang pemuzik amatur. Beliau telah memulakan minatnya dengan mempelajari violin dan menyertai koir gereja. Pada 1900, beliau memasuki Universiti Budapest dan mula mempelajari muzik di Akademi Frantz Lizst di Budapest, dan guru yang mengajarnya gubahan muzik ialah Hans Koessler. Beliau merupakan antara orang pertama yang berminat mempelajari dan mengkaji kisah-kisah rakyat (folk tales). Ini membawanya ke kawasan kampung pedalaman untuk mengumpul muzik-muzik daripada kawasan tersebut sepanjang perang dunia pertama. Pada tahun 1905, sebuah sekolah rendah muzik ditubuhkan di Kesckemet, bersama rakannya, Bela Bartok. Di sekolah tersebut, murid-murid mendapat pendidikan muzik dan kejayaan sekolah tersebut menggalakkan penubuhan pelbagai institusi pengajian yang berasaskan kaedah Kodaly. Kini terdapat lima buah jilid Corpus Musicae yang telah lengkap. Setiap lagu mengandungi beberapa lagu yang diklasifikasikan mengikut jenis seperti lagu kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu, memikat, perkahwinan dan rintihan.

Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

1.0 FALSAFAH & PENGGUNAAN PENDEKATAN MUZIK KODALY, ORFF DAN DALCROZE1.1 PENDEKATAN KODALY

Latar belakang Zoltan KodalyZoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember 1882 di Kecskemét dan meninggal dunia

pada 6 Mac 1967. Beliau merupakan seorang komposer dari Hungary dan juga merupakan

seorang pencipta dan penggubah muzik yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat

Hungary dan warisan Eropah. Kodaly juga merupakan seorang pengajar, ahli linguistik,

pengkaji muzik etnik (ethnomusicology) dan ahli falsafah serta perintis dalam menyelidik dan

mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik.

Beliau dipengaruhi minat muziknya oleh ayahnya seorang pemuzik amatur. Beliau telah

memulakan minatnya dengan mempelajari violin dan menyertai koir gereja. Pada 1900, beliau

memasuki Universiti Budapest dan mula mempelajari muzik di Akademi Frantz Lizst di

Budapest, dan guru yang mengajarnya gubahan muzik ialah Hans Koessler. Beliau merupakan

antara orang pertama yang berminat mempelajari dan mengkaji kisah-kisah rakyat (folk tales).

Ini membawanya ke kawasan kampung pedalaman untuk mengumpul muzik-muzik daripada

kawasan tersebut sepanjang perang dunia pertama. Pada tahun 1905, sebuah sekolah rendah

muzik ditubuhkan di Kesckemet, bersama rakannya, Bela Bartok. Di sekolah tersebut, murid-

murid mendapat pendidikan muzik dan kejayaan sekolah tersebut menggalakkan penubuhan

pelbagai institusi pengajian yang berasaskan kaedah Kodaly. Kini terdapat lima buah jilid

Corpus Musicae yang telah lengkap. Setiap lagu mengandungi beberapa lagu yang

diklasifikasikan mengikut jenis seperti lagu kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu,

memikat, perkahwinan dan rintihan.

Falsafah dan Konsep KodalyKodaly memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik Hungary. Beliau

takut warisan muzik Hungary lupus ditelan zaman. Oleh hal demikian, untuk memastikan muzik

menjadi kehidupan harian dalam kalangan rakyat Hungary serta tidak lupus, beliau

menghasilkan falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang

merupakan aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kodaly.

1. Muzik kepunyaan manusia;

Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan

rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Berliterasi muzik mewujudkan budaya muzik; lebih

Page 2: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

ramai lagi orang yang melibatkan diri dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau

penonton. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak

berkembang. Selain itu, aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal, dan kebudayaan turut

berkembang.

2. Nyanyian adalah asas kemahiran muzik

Suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Muzik adalah untuk semua dan bukan

segolongan kecil yang mempunyai hak istimewa seelok-eloknya. Oleh itu, manusia yang

dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula dengan nyanyian.

Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah

rendah kerana ia dapat memperkembangkan kebolehan pendengaran muzik yang

bertekstur polifoni.

3. Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk

digunakan dalam P&P ialah muzik atau lagu rakyat. Misalnya lagu Dondang Sayang. Ciri-

ciri lagu rakyat dan tradisional ada lima iaitu bahan asas kepunyaan rakyat, identiti

kepunyaan sesebuah negara, diperturunkan secara lisan, bahan di dalam bahasa ibunda

dikenali oleh kanak-kanak serta pendek dan mudah dinyanyikan dan diingati oleh kanak-

kanak. Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri, barulah bahan dari luar negara

diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa

asalnya supaya mereka dapat mempelajari bahasa asing.

4. Nyanyian koir

Nyanyian koir penting untuk menambah keseronokan dan mewujudkan manusia yang

berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Hanya muzik ‘masterpieces’ dari negara sendiri dan

luar dijadikan bahan nyanyian koir. Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam mebaca skor

tanpa tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod. Kebolehan membaca skor menunjukkan

kefahaman yang baik tentang petikan muzik tersebut. Dengan pendengaran dalaman yang

tajam, permainan alat yang dihasilkan jelas bermutu. Mengikut Kodaly, seseorang pemain

muzik yang baik perlu mempunyai keempat-empat ciri seperti well-trained ear, well-trained

intelligence, well-trained heart dan well-trained hand. Kodaly berpendapat bahawa ciri-ciri

tersebut perlulah seimbang kerana solfa, bentuk dan harmoni boleh membentuk seseorang

pemuzik kea rah dua ciri pertama di atas. Tanpa penglibatan dalam permainan muzik kamar

Page 3: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

dan menyanyi dalam kumpulan koir seseorang itu akan gagal untuk menjadi pemuzik yang

cemerlang.

5. Alat muzik tidak perlu digunakan

Alat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan

mengiringi nyanyian koir. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikan dahulu. Bagi

kanak-kanak, mereka perlu belajar dari satu peringkat ke satu peringkat. Mereka hanya

perlu menyanyi dengan iringan muzik sahaja.

6. Pengajaran dan pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah

Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan

belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu.

Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran

memandangkan renj dan lirik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. Menyanyi dan

menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak .

Kanak-kanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara serta-merta, menulis

muzik dan melatih pendengaran dan irama melalui nyanyian.

7. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah

Muzik dapat memperkembangkan jeris, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District

Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran

utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata

pelajaran muzik. Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi

adalah bukan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya

muzik dijadikan mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang

lebih bermakna.

Teknik kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran

(a) Teknik Solfa

Kodaly menggunakan sistem “do” bergerak yang berasal dari Guido Arezzo pada abad

ke-11. Dalam sistem ini, tonik solfa dalam sesebuah lagu ialah “do” dalam nada major

dan “la” dalam nada minor. Umpamanya,

Page 4: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Nada major: d r m f s l t d’

Nada minor: l t d r m f s l’

Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian,

membaca dan menulis skor bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad. Kodaly

berpendapat bahawa skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu

merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang bercirikan mod minor.

(b) Isyarat Tangan

Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan

tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Penggunaan isyarat tangan dapat

membuat pembelajaran solfa mudah. Isyarat tangan boleh mempertingkatkan

kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama perlu menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru manakala

kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru. Oleh itu, guru perlulah cekap

dalam penggunaan isyarat tangan.

Do

Re Mi Fa

Page 5: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

So

La Ti Do’

(c) Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama

Muzik bergerak dalam dua ataau tiga atau kedua-duanya boleh digabungkan.

Suku kata irama yang digunakan dalam kaedah ini di Hungary ialah:

Ta ti ti ti ri ti ti tri – o – la syn co pa (szun)

Komponen kaedah Kodaly

(a) Kaedah Kodaly secara berurutan

Irama

Merangkumi detik,meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama

terbentuk daripada susunan bunyi.

Melodi

Merupakan turutan pic yang disusun sama ada secara menaik,

menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau

pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila

pic dan not berubah. Pic terdapat dua jenis iaitu pic rendah dan pic tinggi.

Contohnya dalam encore.

2

4

e e l e e l

3

4e e e l e e e l

Page 6: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

(b) Nyanyian

Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira,

sedih dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba

pengalaman muzikal adalah melalui kegiatan nyanyian. Ia merangkumi kedua-dua

elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan

penting dan setara.

(c) Pendegaran dalaman

Pendengaran dalaman atau “inner hearing” merupakan kemahiran yang agak kompleks

dan sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai

“memikirkan” sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang

tanpa membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar

kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan seperti

permainan “mesej rahsia” dan meneka lagu.

(d) Penghafazan

Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan

cara menghafaz. Namun ad acara yang lebih emnarik dalam memperkembangkan

aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan.

(e) Improvisasi

Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan sama ada murid dapat

memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.

Misalnya, murid boleh diberi peluang dalam memprovisasikan sesuatu corak irama.

Aplikasi kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran

Pada pendapat saya, kaedah Kodaly sesuai digunakan di sekolah rendah kerana ia

tidak akan memberi penekanan kepada murid-murid dalam mempelajari Pendidikan Muzik.

Dalam pendekatan Kodaly, murid-murid tidak perlu mengetahui dan memahami notasi muzik

dalam mempelajari Muzik. Sebaliknya, pelbagai kaedah telah diperkenalkan Zoltan Kodaly yang

boleh menambah minat murid dalam mempelajari dan memperkembangkan kebolehan dalam

Pendidikan Muzik.

Page 7: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Dalam mengaplikasikan kaedah ini, murid-murid perlulah berlatih secara latih tubi

nyanyian tonik solfa, isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dahulu.

(a) Mengaplikasikan pada permulaan pengajaran

(i) Membuat imitasi solfa do, mi, so dan la. Nyanyikan dahulu nama pelajar.

Contohnya, Guru memanggil Ali dalam so-mi, Ali jawab guru dalam pic so-mi.

(ii) Guru bertepuk pada corak ti – ti ta ta ta dan murid menepuk balik corak irama

tersebut.

(iii) Guru menggunakan isyarat tangan pada do, mi, so dan guru mengikut sambal

menyanyi.

(iv) Mengaplikasikan pada langkah 1- nyanyian solfa dan sebutan irama. Guru

menyanyi lagu “Tepuk Amai-Amai” dalam tonik solfa dan murid disuruh dengar

untuk meneka lagu tersebut dan seterusnya menepuk dan menyebut corak

irama.

(b) Mengaplikasikan pada langkah 2- Penghafazan

(i) Guru menunjukkan 2 bara lagu tersebut dan murid menyanyi dalam solfa.

(ii) Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut dituutp. Ini dapat melatih mereka

menghafaz sehinggalah akhir lagu tersebut.

(c) Mengaplikasikan pada penutup

(i) Guru menggunakan isyarat tangan (3 pic- do-mi-so) tanpa menyanyi sepanjang

2 bar.

(ii) Murid diminta melihat isyarat tangan yang dilakukan oleh guru dan

menyanyikannya dalam hati.

(iii) Murid menyanyikan semula dalam solfa.

1.2 Pendekatan Carl Orff

Latar belakang Carl Orff

Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Jerman dan meninggal dunia pada

1982. Beliau merupakan seorang ahli pedagogi dan komposer Jerman. Minat Orff yang

mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk

dijadikan sebagai asas kepada Pendidikan Muzik. Beliau juga menjadi Penyelia Muzik di

Günther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Penerbitan beliau yang terkenal ialah

‘Musik fur Kinder’ yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak.

Page 8: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Falsafah dan Konsep Carl Orff Orff pernah berkata "experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak

harus dibenarkan untuk membuat pergerakan dan irama muzik sebelum diajar tentang

elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.

Falsafah asas Orff: kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang

aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk

mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai

literasi muzik.

Irama diajar dahulu kerana irama adalah elemen muzik yang paling penting.

Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian

kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.

Matlamat tersebunyi pendekatan Carl Orff

1. Mewujudkan perasaan komuniti atau masyarakatBentuk semula jadi murid-murid ialah bermain. Main melibatkan semua pemain dan ia

dapat mewujudkan rasa komuniti dan bermasyarakat di mana setiap ahli yang main atau

pemain sesebuah kumpulan dapat merasai dirinya kepunyaan kumpulan tersebut dan

perlu menyumbang kepada kumpulan itu. Maka, pemilihan bahan pengajaran dan

pembelajaran perlulah berasaskan muzik dalam masyarakat atau lagu rakyat.

2. Perkembangan rasa organisasi muzikalPenggunaan perbendaharaan kata yang konsisten, jelas dan bersistematik dalam

memberikan arahan atau memimpin persembahan merupakan satu kemahiran yang

amat diperlukan oleh seseorang guru. Pertuturan guru perlulah jelas.

3. Kefahaman tentang muzik sebagai suatu seniSemua elemen muzik perlu didedahkan kepada murid-murid agar mereka dapat

membuat assimilasi. Semua konsep dalam konteks muzik boleh dimainkan, dinikmati

dan dikenalpasti oleh murid-murid.

4. Bebas bermuzikal

Sesi pembelajaran muzik

Percakapan Pergerakan Bermain alat muzik

Page 9: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Murid-murid diberi peluang untuk memimpin dan memberi sumbangan seperti

memimpin ensembel di bilik darjah, menyumbang satu irama atau melodi yang dapat

dikembangkan dalam kumpulan untuk menjadi satu gubahan.

5. Pertumbuhan dan perkembangan diri individuTeknik yang berkembang secara bersistematik adalah perlu untuk bertutur, menyanyi,

bermain, alat muzik dan menari dengan betul. Dengan itu, setiap individu bebas untuk

berkembang dan berfikiran kreatif.

6. Kebolehan mempersembahkan apa yang telah dipelajariPersembahan adalah major fokus dalam amalan Orff bukan sekadar persembahan

audien tetapi persembahan untuk kepuasan diri. Perasaan bahawa dirinya adalah

sebahagian daripada keseluruhan kumpulan ensembel adalah penting dalam

pembelajaran dan membuat muzik.

7. Pertumbuhan dan perkembangan positif imej kendiriApabila murid-murid berasa seronok akan apa yang telah disumbangkan dalam

persembahan muzik kumpulan mereka, hasil penglibatan yang amat ketara dapat dilihat

adalah harga diri.

Pendekatan Orff dalam pengajaran dan pembelajaran

Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu

1. Explorasi (Mencari Sendiri)Explorasi dapat dibahagikan kepada explorasi ruang, explorasi bunyi dan explorasi

bentuk. Dalam explorasi ruang, murid diberi kebebasan untuk bergerak dan guru

berfungsi sebagai pemerhati. Manakala untuk explorasi bunyi, murid boleh membuat

penerokaan bunyi sekeliling serta dapat mengenali dan membezakan bunyi kuat, keras,

lembut dan sebagainya. Untuk explorasi bentuk, pergerakan akan diatur menjadi tarian

manakala bunyi diatur menjadi frasa.

2. Imitasi (Mengajuk Balik)Imitasi Imitasi adalah proses di mana murid-murid belajar untuk mengimitasi apa yang

didengar atau dilihat. Murid-murid pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru

melalui imitasi. Guru harus memastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya

haruslah betul kerana ia akan diikuti oleh murid-muridnya.

3. Improvisasi

Page 10: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat

memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi

juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang murid-murid. Mereka harus

diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan

daya imaginasi mereka.

4. Literasi

Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Proses

membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara

sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan

bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah

kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun.

Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk,

irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.

Aplikasi kaedah Carl Orff dalam pengajaran dan pembelajaran

Pada pandangan saya, kaedah Carl Orff sesuai digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana ia dapat menarik minat dan perhatian murid-murid dalam mempelajari

Pendidikan Muzik. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh Carl Orff seperti sebutan berirama

dan alat perkusi badan yang dpaat meningkatkan kebolehan murid-murid dalam bidang Muzik.

Antara kaedah yang telah diperkenalkan adalah seperti berikut:

Sebutan berirama Menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense

syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.

Alat perkusi badanKeseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-

bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar

untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi,

menghentak kaki dan sebagainya. Guru boleh memberikan gambar haiwan kepada

murid-murid untuk membantu pertuturan berirama.

Alat perkusi OrffAlat-alat perkusi seperti xylophone dan drum merupakan alat muzik yang kedua paling

utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat

muzik perkusi dan pergerakan atau tarian.

Page 11: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi NyanyianOstinato merupakan motif, frasa melodi, frasa irama. Ostinato melodi ialah untuk

dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak

ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakan lagu mudah yang mempunyai

meter 4/4.

Memainkan alat perkusi secara improvisasiMurid-murid diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi.

Murid-murid diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang

berlainan. Guru boleh mengajar cara-cara yang betul untuk improvisasi yang dicipta.

1.3 Pendekatan Dalcroze

Latar belakang Dalcroze

Nama penuh Dalcroze ialah Emile Jaques-Dalcroze. Beliau dilahirkan pada 1895 dan

meninggal dunia pada 1950. Beliau merupakan seorang pendidik muzik dan professor muzik

berbangsa Swiss. Beliau telah memperkenalkan banyak perbaharuan kepada pengajaran dan

pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali dan bukan

semata-mata secara teori. Beliau berpandangan bahawa latih tubi pendengaran adalah perkara

penting kepada seseorang murid muzik. Beliau juga berpendapat hasil nyanyian adalah lebih

berkesan dengan melakukan pergerakan. Beliau juga memberi pendapat bahawa cara terbaik

bagi murid-murid belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing).

Falsafah dan Konsep Dalcroze Cara menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang

bersesuaian dengan muzik.

Bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan atau

meluahkan emosi kanak-kanak.

Emosi dapat dirasai atau diluahkan melalui berbagai-bagai peringkat pergerakan

anggota badan (tindak balas otot) atau hanya dengan berdiam diri sahaja.

Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau

spontan menggambarkan perasaan mereka ketika saat itu.

Page 12: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Pergerakan anggota badan akibat daripada cetusan emosi boleh dikaitkan dengan

muzik.

Murid atau kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan

bergerak mengikut muzik sebelum belajar bermain alat-alat muzik.

Dalam mengimplementasikan aktiviti-aktiviti muzik dalam pendidikan, Dalcroze berpendapat

asas-asas pendidikan muzik adalah seperti berikut:

(a) Sebarang pergerakan adalah peringkat kreativiti yang pertama.

(b) Semua aspek dan elemen muzik adalah dipelajari melalui pergerakan.

(c) Telingga dan anggota badan mesti dimahirkan dengan muzik sebelum belajar bermain

sebarang alat muzik.

(d) Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa

Berirama.

(e) Bahan muzik dari pelbagai negara, genre, zaman dan bentuk boleh digunakan untuk

mempelajari muzik.

Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran

(a) Improvisasi atau PengubahsuaianImprovisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian

keperluan murid dan objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi

atau pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:

(i) Bahan-bahan muzik

Muzik mempunyai pelbagai gaya mengikut zaman dan jenis. Maka, pendidik

perlu menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang bersesuaian untuk

pengajaran dan pembelajarannya

(ii) Alat-alat muzik

Pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil supaya

mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik.

(iii) Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid

mengenali not-not tersebut.

(iv) Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan

pembelajaran semasa. Pendidik boleh juga menggunakan suatu tempat atau

ruang di luar bilik darjah.

Page 13: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

(v) Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak sesuai akan

menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid-murid

kepada keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.

(vi) Pengalaman-pengalaman sedia ada murid mestilah digunakan secara

maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang

dijalankan bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep

muzik yang hendak diajar. Sebagai contoh, berjalan adalah pengalaman biasa

murid. Berjalan dengan kelajuan yang tetap disertai dengan kiraan 1, 2, 1, 2, 1,

2, boleh dijadikan pengalaman bermuzikal dalam konsep meter.

(b) Pembelajaran harus dimulai dari sesuatu yang konkrit ke sesuatu yang abstrakMenggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu

mengajar yang sesuai untuk menerangkan elemen atau ciri muzik.

(c) Penggunaan suara atau anggota badanDalcroze memperkenalkan konsep “pendengaran dalaman” (internal hearing) di mana

murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca

notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan

melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.

Kegiatan-kegiatan dalam pendekatan Dalcroze

Kegiatan-kegiatan dalampende Dalcroze terdiri daripada tiga komponen:

Eurhythmics (pergerakan berirama)

Eurhythmics ialah pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota tubuh

badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi alat muzik utama.

Punca atau perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia. Sebenarnya,

eurhythmics bukan memadai untuk semata-mata melatih minda, telinga, atau suara

tetapi seluruh tubuh badan perlu dilatih kerana ia merupakan bahagian penting yang

boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan

menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Sesuatu idea muzik boleh diinterpretasikan

melalui pergerakan badan dan sesuatu pergerakan badan pula boleh ditukar kepada

sumber muzik. Eurhythmics dapat menghidupkan serta mempertingkatkan penggunaan

pancaindera dan sentuhan perasaan yang berirama badan manusia. ia dapat

Page 14: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

memantapkan pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada pergerakan

yang bersesuaian dan kreatif, seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik

di kalangan pelajar muzik. Dalcroze berdasarkan kepada teori yang melibatkan

pendengaran dan pergerakan seluruh anggota tubuh badan.

Solfege (latihan dalaman)

Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan

digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula

adalah alat tonal yang natural. Justeru, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam

Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai “ton”, hubung kait antara ton dan

ton kualiti (timbre). Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan

pendengaran. Pendengaran

boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton (pic), dan perbezaan

kualiti ton. Pendengaran Dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya

ingatan. Pendengaran Dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian

yang dinyanyikan di dalam hati. Pendengaran Dalaman dapat ditingkatkan melalui

nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. Ia juga dapat

mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh

membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan.

Improvisasi (kreativiti)

Improvisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktiviti eurhythmics

(pergerakan berirama). Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu

kreativiti. Improvisasi berbeza bentuknya dengan komposisi kerana ia terjadi secara

spontan. Masa menjadi sangat penting kerana seseorang individu tidak boleh berhenti

memainkan karya muziknya di pertengahan jalan untuk membuat sebarang perubahan.

Ia perlu terus berkarya sehingga tamat persembahan. Dalcroze mengatakan bahawa

semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan sesuatu karya muzik secara

spontan. Setiap murid di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri. Individu

tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya.

Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran

Pada pendapat saya, kaedah Dalcroze amatlah sesuai digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pendekatan Dalcroze menekankan tentang prinsip

Page 15: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

jika seseorang guru itu berkebolehan melaksanakan tugas pengajaran dengan verkesam, maka

beliau dianggap mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan serta dapat membantu

murid-muridnya untuk berkembang. Oleh hal demikian, seseorang guru itu seharusnya

mempunyai kepakaran, kemahiran dan menggunakann beberapa teknik, kaedah dan

pendekatan tertentu yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan muridnya dalam

menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan

pembelajaran bolehlah dilihat pada maklumat berikut.

Eurhythmics memerlukan penglibatan diri individu secara total atau menyeluruh. Ia

melibatkan penyatuan minda, anggota badan dan emosi diri secara total di mana individu atau

murid itu perlu:

• Mendengar;

• Merasa;

• Berimaginasi;

• Menginterpretasi bunyi;

• Bertindak/respon/bergerak

• Membayangkan sesuatu maksud secara luaran.

Tubuh badan dijadikan sebagai alat bunyian yang mampu mempamerkan interpretasi

murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak

berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan

seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.

Pergerakan badan adalah pengalamian yang dominan. Dengan mendengar, murid

dapat memberi respon dan dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga yang betul,

pergerakan menjadi betul dan menarik. Kanak-kanak secara semula jadi memang suka

bergerak dan mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian mereka meneroka

banyak perkara menggunakan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai

untuk bergerak. Misalnya, bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan

secara berjingkit-jingkit dan sebagainya. Mereka akan meneroka dan mencari pengalaman

baharu menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak dan mencapai hasrat

Page 16: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

mereka. Kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi dan bermain bersama-sama. Hal ini

akan menghasilkan improvisasi dalam kumpulan seterusnya dalam bilik darjah.

Kreativiti dalam bentuk yang pelbagai selalu diwar-warkan, digalakkan, dan sangat

didambakan terutama dalam program Eurhythmics. Keupayaan dan kebolehan melakukan

sesuatu adalah berbeza di kalangan murid-murid. Semua murid belajar untuk mengimprovisasi

dalam pergerakan. Oleh yang demikian, ekspresi kreatif boleh disalurkan melalui media yang

berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali.

Sebagai seorang pendidik muzik, sebelum memulakan suatu pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Muzik; haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang

bersesuaian dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental,

bilangan semua murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan

bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik,

mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan.

Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji,

mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar.

Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk,

genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan

pergerakan yang lebih dinamik.

Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji,

mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar.

Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk,

genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan

pergerakan yang lebih dinamik. Beberapa irama mempunyai kompleksiti tersendiri untuk

dilakukan bergantung kepada usia dan tahap pengetahuan murid. Sebagai contoh, termasuklah

tempo muzik, dinamik, nilai not, meter dan frasa.

Membanding beza pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah

PERSAMAAN (Pendekatan muzik Kodaly, Orff & Dalcroze)

Notasi muzik tidak diajar dahulu.

Dapat meningkatkan minat murid-murid dalam mempelajari

Page 17: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Pendidikan Muzik.

Memudahkan murid-murid dalam mempelajari Muzik.

KODALY (ZOLTAN KODALY) CARL OFF DALCROZE (JAQUESE EMILY DALCROZE)

Pengalaman Muzikal melalui

Pendekatan Kodaly

Teknik dalam Pendekatan Kodaly

(Solfa, isyarat tangan, notasi lidi

dan sebutan irama)

Komponen Kodaly

(nyanyian, aktiviti berurutan,

pengahazan, pendegaran

dalaman dan improvisasi

Bahan muzikal,

terutamanya muzik rakyat yang

diadaptasi dan bersesuaian

dengan budaya dan konteks

tempatan

Aktiviti muzikal-

pembelajaran konsep muzik

melalui pendekatan Kodaly

Pengalaman Muzikal melalui

Pendekatan Orff

Proses Orff (Imitasi,

Eksplorasi, Improvisasi dan Literasi)

Peralatan Muzik Orff (suara,

badan dan peralatan muzik

Bahan muzikal yang

diadaptasi dan bersesuaian dengan

budaya dan konteks tempatan

Pembelajaran konsep muzik

melalui Pendekatan Orff

     Pengalaman Muzikal

melalui Pendekatan

Dalcroze

Eurhytmics, solfage

dan improvisasi

Bahan Muzikal

untuk aktiviti Eurhythmics,

Solfage dan Improvisasi

yang diadaptasi dan

bersesuaian dengan

budaya dan konteks

tempatan

Pembelajaran

konsep muzik melalui

Pendekatan Dalcroze

Page 18: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Aplikasi Pendekatan Kodaly

akan membantu dalam bidang

nyanyian di mana murid-murid

akan mempelajari pelbagai

cara meningkatkan kemahiran

          menyanyi agar berasa

seronok.

Pengalaman kanak-kanak –

nyanyian.

          - Skel pentatonik

      - Elemen asas: pertuturan,

pergerakan, nyanyian.

          - Alat perkusi muzik dan tubuh.

Learning by doing.

Gunakan gerak tubuh

untuk meningkatkan

pemahaman,

Pentingkan alat deria.

(dgr muzik-> main alat

muzik)

Improvisasi (kreatif

irama dan melodi)

Pembelajaran konkrit-

abstrak.

menekankan perkembangan

kemahiran pengalaman

muzikal secara menyeluruh

dan berurutan.

Tujuan nyanyian dijadikan

fokus adalah kerana

     kemahiran nyanyian

merupakan asas kemahiran

bagi semua kemahiran muzik

yang lain.

Kanak-kanak harus diajar

lagu-lagu rakyat bahasa

ibunda mereka sebelum

mempelajari lagu-lagu dari

bahasa asing.

guru-guru muzik dapat

meningkatkan kemahiran murid-

murid semasa melakukan aktiviti

“hands-on” dengan alat-alat

         

perkusi berpic dan tanpa pic.

         3 peringkat: i)dgr dan

lihat, ii)beri pngalamn,

iii)tulis

         cara bagaimana guru

         muzik dapat

meningkatkan kefahaman

murid-murid melalui aktiviti

         pergerakan badan.

menggunakan ritma

( rhythm ) sebagai

          elemen muzik yang asas,

menari dan pengucapan

(speech).

memberi penekanan

terhadap ostinato,  pulsation 

dan penggunaan suara

secara terus untuk

menghasilkan sesuatu

emosi.

kaedah pengajaran muzik

yang diintegrasikan di antara

pengucapan, pergerakan

dan tarian yang 

Eurythmics memerlukan

penglibatan diri individu

secara total menyeluruh

yang melibatkan penyatuan

minda, anggota badan serta

emosi diri secara

total.

-Mendengar

-Merasai

-Berimaginasi

-Menginterpretasi bunyi

-Bertindak/respon/bergerak

Page 19: Falsafah kodaly, orff & dalcroze

dinamakan'schulwerk' atau 's

choolwork'.

elemen- elemen penting

yang selalu digunakan

dalam pengajaran

adalah melodi danritma yang

selalunya disertakan dengan

perkataan.

Kaedah mudah

memperlihatkan

perhubungan semula jadi

pelajar–pelajar terhadap

ritma dan melodi, dan ianya

berlangsung secara semula

jadi.

Bermula dengan corak

pengucapan, gerakan

berirama dan ton dua notasi

          serta pergerakan yang logik

dalam melodi pentatonik.

pendekatan Orff

menekankan kepada empat

komponen yang utama iaitu

penerokaan, imitasi,

improvisasi dan penciptaan.

      

-Untuk membayangkan

maksudnya secara luaran.

Solfege: Dalam pendekatan

Dalcroze ia adalah satu

latihan

pendengaran(aural).

Pendengaran boleh

meningkatkan kesedaran

pic,

perbezaaaan ton dan

perbezaan kualiti ton.

Improvisasi: Cantuman

eurythmic atau prinsip

irama dengan solfege

menjadikan Improvisasi.

Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan perbezaan pendekatan Muzik Kodaly, Carl Orff & Dalcroze.

Page 20: Falsafah kodaly, orff & dalcroze