7
Didik Hibur- Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Yang Lebih Menyeronokkan Kerajaan telah mengambil inisiatif memperkenalkan kurikulum baru bagi sekolah rendah dalam sistem pendidikan negara iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di mana ia dimurnikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum tersebut telah dilaksanakan mulai tahun 2010. Antara pemurnian yang dilaksanakan ialah kemahiran didik hibur. Empat elemen yang terkandung dalam didik hibur ialah nyanyian, aktiviti bercerita, lakonan dan puisi. Menurut Kamus Dewan (2000), didik didefinisikan sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur didefinisikan sebagai menggermbirakan atau meriangkan. Oleh itu, didik hibur dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang. Strategi memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di semua peringkat sekolah. Kerajaan melalui KPM memberi fokus dan penekanan kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid menerusi pendekatan modular yang bersepadu, holistik dan seimbang. Ia merangkumi aspek kemahiran membaca,

Didik hibur dalam pengajaran bm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Didik hibur dalam pengajaran bm

Didik Hibur-

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Yang Lebih

Menyeronokkan

Kerajaan telah mengambil inisiatif memperkenalkan kurikulum baru bagi sekolah

rendah dalam sistem pendidikan negara iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di

mana ia dimurnikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum

tersebut telah dilaksanakan mulai tahun 2010. Antara pemurnian yang dilaksanakan ialah

kemahiran didik hibur. Empat elemen yang terkandung dalam didik hibur ialah nyanyian,

aktiviti bercerita, lakonan dan puisi. Menurut Kamus Dewan (2000), didik didefinisikan

sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur didefinisikan sebagai

menggermbirakan atau meriangkan. Oleh itu, didik hibur dapat dirumuskan sebagai satu

pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur

seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Strategi memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) telah diumumkan oleh Menteri

Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di semua peringkat sekolah. Kerajaan melalui KPM

memberi fokus dan penekanan kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan

murid menerusi pendekatan modular yang bersepadu, holistik dan seimbang. Ia merangkumi

aspek kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar serta menguasai tatabahasa dan

snei bahasa. Penerapan didik hibur di sekolah rendah berfokus kepada apresiasi bahasa untuk

mereliasasikan hasrat transformasi berikut. Terdapat tiga objektif utama pelaksanaan

pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah iaitu

mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur, mengguna dan memahami

bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti dan mengguna dan memahami sesuatu

kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur.

Pengajaran dan pembelajaran berunsurkan didik hibur mestilah memeiliki beberapa

ciri-ciri tertentu. Antaranya sesi pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah bersifat

menyeronokkan di mana terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan

muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan

ketakutan murid terhadap guru. Ini kerana suasana pengajaran dan pembelajaran yang santai

Page 2: Didik hibur dalam pengajaran bm

dan positif akan membuatkan murid tertunggu-tunggu untuk mengikuti sesi pembelajaran

pada hari yang akan datang. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berpusatkan murid

kerana melibatkan seramai murid dalam aktiviti berbahasa. Misalnya, aktiviti lakonan yang

dapat mendedahkan murid dalam kemahiran berdialog dengan baik. Selain itu, penggunaan

ICT dan BBM yang menarik ternyata berkesan untuk menarik minat dan fokus murid

terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Selain itu, antara ciri pengajaran dan pembelajaran didik hibur ialah cenderung

kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tidak

mempunyai unsur kalah atau menang, tiada ganjaran mahupun dendaan sebaliknya lebih

menjurus kepada aktiviti berbahasa. Didik hibur yang dipilih dalam sesuatu aktiviti

hendaklah lebih berfokus kepada aktiviti berkumpulana atau berpasangan kerana akan

mewujudkan semangat kerja berpasukan, toleransi dan kerjasama. Melalui didik hibur murid

didapati bebas bersuara, mengeluarkan pendapat serta idea yang bernas dan logik namun

masih terkawal dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa badan. Bahasa

badan merujuk kepada bahasa gerak di mana ia merupakan sebahagian daripada proses

komunikasi dan berperanan menggambarkan sebarang reaksi dalam menunjukkan sesuatu

aktiviti sama ada positif mahupun negatif. Bahasa badan melibatkan apa jua anggota badan

misalnya mata, kening, tangan, lengan dan bibir. Dalam konteks didik hibur, bahas badan

ialah ‘bahasa gerak badan’ yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya

dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Didik hibur dapat dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran dan

pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan memberi fokus kepada aktiviti mengguna dan

memahami penyerapan sesuatu situasi. Penyerapan merujuk kepada proses menyerapkan

pelbagai disiplin ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa

proses pengajaran dan pembelajaran (KPM, 2001). Didik hibur merupakan penyerapan

pelbagai ilmu dan tema. Dalam konteks didik hibur proses penyerapan merupakan pproses

menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran

sesuatu subjek di sekolah.

Page 3: Didik hibur dalam pengajaran bm

Terdapat banyak kaedah untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

bagi subjek Bahasa Melayu yang lebih menyeronokkan. Nyanyian merupakan salah satu

kaedah yang paling digemari oleh murid kerana iringan muzik memberi impak kepada

nyanyian dan dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan

struktur ayat. Aspek nyanyian ternyata dapat menceriakan sesi pengajaran dan pembelajaran,

mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa serta membantu murid mengingati apa-apa

yang dipelajari dengan mudah. Prinsip semasa melaksanakan kaedah nyanyian ialah guru

memilih lagu yang sesuai (tata bahasa, maksud bahasa), melodi yang mudah diikuti, sesuai

dengan tahap kesediaan dan pencapaian, lagu memiliki jalan cerita, pengajaran, motivasi dan

nilai serta tidak membebankan guru dan murid. Antara lagu yang menarik untuk dinyanyikan

ialah Tiga Kupang, Air Pasng Pagi, Oh Bulan dan Lompat Si Katak Lompat.

Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang amat disukai oelh murid kerana kanak-

kanak amat menyukai mendengar cerita. Guru hendaklah bersedia bercerita secara natural

kerana sesuatu cerita dapat memberi pengajaran, nilai murni dan menyuburkan imaginasi

murid. Kaedah bercerita dapat dibahagikan kepada dua iaitu bercerita tanpa alat dan dengan

alat. Antara tajuk cerita yang boleh disampaikan kepada murid ialah Pemotong Kayu dan

Kapaknya, Gagak Yang Bijak dan sebagainya.

Antara elemen lain dalam didik hibur ialah lakonan. Kelebihan aktiviti lakonan ialah

membolehkan murid bertutur dengan gaya, intonasi, suara, nada dan sebutan yang betul.

Selain itu, lakonan membiasakan murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan

teratur serta membantu murid berinteraksi dengan orang lain untuk menyatakan perasaan,

keinginan, pengalaman dan fikiran mereka. Antara cadangan aktiviti lakonan ialah membuat

lakonan ringkas seperti memberi ucap tahniah, meniru aksi pendaki, melakonkan semula

situasi seperti penjual ikan, melakonkan dialog yang disediakan, meniru aksi yang pernah

dilihat seperti jatuh, melakonkan semula adegan yang pernah dilihat seperti filem dan

melakonkan dengan menggunakan alatan seperti boneka, kain atau bunga.

Faktor kejayaan didik hibur dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi

oleh guru dan aktiviti. Menurut Pullias & Young (1982), guru merupakan segala-galanya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Manakala Syed Lutfi (1994)

menyatakan guru yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah. Ini

membuktikan bahawa kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terletak

Page 4: Didik hibur dalam pengajaran bm

kepada kebijaksanaan dan kepakaran guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, sebagai guru misalnya guru Bahasa Melayu, terdapat

beberapa perkara yang perlu dipatuhi iaitu perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak

menakutkan murid, bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian dengan tahap murid, guru

tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak, guru sebagai seorang

pengurus sesuatu aktiviti yang dilaksanakan, guru berkebolehan melakonkan pelbagai watak

dan membuat pelbagai suara. Selain itu, guru mestilah memberi arahan dengan tepat dan

menarik, prihatin, peka dan tajam daya pemerhatian, guru berkebolehan menukar

penyesuaian mendadak dan memainkan perana sebagai fasilitator yang fleksibel.

Didik hibur juga bergantung kepada kejayaan sesuatu aktiviti yang dirancang. Oleh

itu, semasa merancang sesuatu aktiviti guru hendaklah mengambil kira beberapa aspek

seperti aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar, menjalankan

aktiviti yang murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama, penyerapan didik

hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukkan masa pembelajaran yang fleksibel

dan aktiviti dapat dilaksanakan dan diselesaikan bersama murid tanpa menghadapi banyak

halangan atau masalah. Selain itu, aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan

atau konflik antara murid dalam kelas, guru hendaklah menyediakan arahan yang jelas,

mudah difahami dan aktiviti yang dirancang berjaya memberi kepuasan kepada semua murid

yang menyertainya dan dapat disertai seramai murid.