Didik Hibur Dan Apresiasi Sastera Mdk

  • View
    63

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sastera

Text of Didik Hibur Dan Apresiasi Sastera Mdk

Memperkasakan Bahasa Malaysia

Memperkasakan Bahasa Malaysia

Melalui Program

MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

Oleh :

Azizul Rahman bin Abdul Rahman P.I.S

Guru Cemerlang

Gred Khas C

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di SK Parit Sulong, Sk Parit Bilal dan SK Seri Binjai. Seterusnya menyambung pelajaran di SMK Dato` Bentara Luar dan SMK Dato` Sulaiman.

Beliau memperoleh Sijil Perguruan daripada Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru dan Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai pengetua di SMK Bekok, Segamat.

Kini beliau bertugas sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C, di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong.

Beliau merupakan pelopor Program Majalah Dalam Kelas (MDK) di Malaysia dan aktif menyampaikan ceramah kepada guru-guru di Malaysia dan Singapura.

Dalam bidang penulisan, beliau menghasilkan lebih 100 buah buku ilmiah, buku rujukan, buku kerja dan buku teks bahasa Melayu. Selain itu, beliau ialah penulis tetap majalah Dewan Siswa di samping menulis di dalam majalah Pelita Bahasa dan akhbar tempatan.

Beliau turut terlibat dengan Bahagian Buku Teks, Pusat Pembangunan Kurikulum, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian penilaian Kompetensi, kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antara anugerah yang diperoleh ialah Pingat Emas Universiti, Hadiah Buku Universiti, Anugerah Dekan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Guru Inovatif Negeri Johor, Guru Kreatif Batu Pahat, Penulis Kajian Kes Terbaik, Institut Aminuddin Baki dan terbaharu beliau menerima anugerah sebagai Excellent Author daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selain itu, pada 2006 beliau dianguerahi Pingat Ibrahim Sultan (PIS) daripada DYMM Sultan Johor.

PRAKATA

Sebagai seorang guru terlatih, tidak dapat dinafikan bahawa kita telah didedahkan dengan pelbagai teori tentang pengajaran dan pembelajaran semasa di institut perguruan atau di universiti. Persoalannya, adakah ilmu yang ditimba itu sudah cukup sebagai bekalan bagi menghadapi para pelajar daripada pelbagai latar belakang?

Pengalaman telah membuktikan bahawa segala ilmu yang diperoleh semasa menuntut dahulu perlu dicerna dan diubah suai mengikut keadaan dan situasi. Yang pasti, jika kita terlalu berpegang dan bergantung pada teori, maka kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Antara masalah yang kita hadapi termasuklah pelajar merasa bosan dan jemu dengan pengajaran kita dan yang lebih buruk lagi kita juga akan turut berasa jemu dan akhirnya tidak memungkinkan kita bertugas dengan cemerlang.

Berteraskan pengalaman inilah, saya cuba mengorak langkah untuk mengadungn segala teori yang dipelajari dengan semua masalah, situasi, dan keadaan pelajar bagi melahirkan program Majalah dalam Kelas (MDK). Ternyata dengan melaksanakan program MDK, masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dihadapi selama ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Adalah menjadi harapan saya agara buku ini berperanan sebagai wadah perkongsian idea dan pengalaman khasnya kepada guru-guru bahasaMelayu, guru-guru pelatih, dan peminat bahasa dalam melaksanakan program MDK di sekolah-sekolah.

Buku ini akan memberikan beberapa contoh pengajaran dan pembelajaran cara kreatif yang membolehkan pelajar menjadi aktif kepada mereka yang berkecimpung dalam arena pengajaran bahasa Melayu. Contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang dimuatkan dalam buku ini sebenarnya telah dicuba dan dilaksanakan oleh penulis dan guru-guru di beberapa buah sekolah di Malaysia dan Singapura.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran cara kreatif dan program MDK ini jelas terbukti apabila melihat para pelajar yang mengikuti program ini berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, berupaya menghasilkan karya kreatif, yakin dalam proses berkomunikasi, di samping keputusan-keputusan peperiksaan yang membanggakan.

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN P.I.S

Guru Cemerlang Bahasa Melayu Gred Khas CPENGHARGAAN

Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun sri Lanang, Felda Seri Jaya, Bukit Serampang, Muar (1979-1981) yang menjadi ilham kepada program Majalah dalam Kelas (MDK), para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor yang merealisasikan program MDK sehingga berjaya, Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka, DAWAMA Sdn. Bhd., dan guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura yang terus menyokong dan mendukung program ini.

PENDAHULUAN

Ada masa dan ketikanya, para guru seolah-olah kehilangan arah kerana menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk memastikan para pelajar mereka meraih sebanyak mungkin pangkat A dalam sesuatu peperiksaan sehingga mengabaikan aspek kerohanian dan keintelektualan.

Keadaan ini sudah tentu tidak selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang antara lain bermatlamat untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan..

Menurut Raja Muda Perak, Raja dr. Nazrin Shah (Utusan Malaysia, 29 Jun 2008), sistem penialaian dalam pendidikan yang terlalu taksub kepada prestasi pencapaian akademik semata-mata adalah bercanggah dengan hukum alam. Negara maju tidak sekadar berjaya melahirkan cerdik pandai dan cendekiawan yang agung, malah di negara-negara maju jugalah lahirnya majority jaguh-jaguh agung di bidang sukan, seni, sastera, lakonan, teater, pereka fesyen dan bermacam-macam bidang lagi. Oleh itu, setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranannya dalam masyarakat dan negara.

Semantara itu, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam ucapannya kepada warga pendidik di Putrajaya pada 22 Julai 2009 menyataqkan bahawa, sistem pendidikan di Negara kita tidak wajar dijadikan tempat perlumbaan untuk menguji keupayaan pelajar mengutip sebanyak mungkin pangkat A dalam sesuatu peperiksaan hingga mengabaikan perkembangan potensi mereka secara holistik.

Oleh hal demikian, pendidik tidak seharusnya memberikan perhatian terhadap pencapaian dalam peperiksaan semata-mata dan mengabaikan perkembangan potensi dan bakat pelajar. Apa yang perlu, pemelajaran aktif yang berpusatkan pelajar mestilah terlaksana dengan berkesan.

Program Majalah dalam kelas (MDK) yang bersifat dua hala iaitu daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya amat berkesan dalam mengubah tingkah laku, di samping membina dan mengembangkan aspek rohani, minda dan jasad pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat dua hala ini menjadikan guru dan pelajar sama-sama aktif ketika melaksanakannya. Melalui kaedah seumpama ini juga, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, interaktif dan efektif, di samping menyediakan suasana pembelajaran yang tidak membosankan. Proses penerokaan dan penggalian ilmu menjadi makin mudah dan menyeronokkan. Ini tentu selaras dengan kehendak Yang Amat berhormat Perdana Menteri yang menginginkan rakyat menjadi kreatif dan inovatif ke arah mencapai negara maju.

Guru-guru bahasa Melayu melalui program MDK yang merangkumi pendekatan didik hibur, apresiasi sastera dan ke arah peperiksaan sebenarnya boleh menanamkan minat kepada pelajar agar mereka terdorong untuk berfikir dan melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan inovatif. Dan sedarlah bahawa tugas dan tanggungjawab melahirkan pelajar yang inovatif bukan hanya terhad kepada guru yang mengajarkan subjek sains dan teknikal semata-mata.

TANGGUNGJAWAB GURU BAHASA MALAYSIA

Tanggungjawab guru-guru Bahasa Malaysia amat luas, berat, dan mencabar, khasnya dalam membentuk dan melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah dan peribadi yang dihasratkan. Yang berikut adalah antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Malaysia:

1. Perancangan dan bahan-bahan pengajaran guru mestilah mencerminkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan matlamat pendidikan negara. Sebagai contoh, rancangan pengajaran guru mestilah menyerapkan nilai secara bersesuaian dan pengetahuan yang dirancang hendaklah bersifat mencabar dan menggalakkan perkembangan intelek. Di samping itu, bahan-bahan pengajaran guru haruslah sesuai, mencabar, dan bermutu.

2. Guru haruslah merancang secara sedar, tersusun, bersesuaian dan berkaitan dengan kandungan pelajaran akan aspek nilai dan kepercayaan kepada Tuhan. Di samping itu, penyerapan nilai haruslah dijalankan secara bersahaja dan tidak diasingkan. Secara praktiknya pula, guru mestilah menjadi teladan kepada pelajar dari segi peerlakuan, pertuturan malahan pakaian.

3. Guru mesti dapat mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar memperoleh kemahiran belajar, iaitu mencari, mengumpul, memilih, menyusun, dan menyampaikan maklumat. Kemahiran ini akan lebih berfungsi sekiranya kedua-dua pihak, iaitu guru dan pelajar, menggunakan berbagai-bagai teknik penyoalan yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar menganalisis, mensintesis, dan mengaplikasikan perkara yang dipelajari. Ini akan lebih bermakna sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan situasi untuk pelajar mencapai pemikiran yang logis, kreatif, rasional, inovatif, dan analitis.

4. Setiap pengajaran dan pembelajaran harus menerapkan ilmu pengetahuan kea rah mewujudkan kesimbangan antara intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru juga bertanggungjawab untuk memupuk