7
KEJADIAN BINTANG MENURUT PERSPEKTIF Al - QURAN “Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani”. “Twinkle.. twinkle.. little stars, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky…. Semenjak dari kecil kita mungkin biasa didendangkan dengan lagu ini, ramai di antara kita yang tahu menyanyikannya sejak berumur 4 atau 5 tahun lagi biarpun kita tidak tahu siapa pencipta lirik lagu tersebut. Lagu ini mungkin menjadi pengenalan bagi kanak kanak untuk mula mengenali bintang dan alam semesta. Bintang sering kali juga digunakan untuk memberi kiasan kepada sesuatu dan ianya sering diguna pakai di dalam penulisan bait bait lagu atau puisi untuk menggambarkan sesuatu yang indah atau cantik. Misalnya, lirik lagu ini, Dirimu persis bintang terbit dari langit, bukanlah mimpi mimpiku, di sini telah datang sayang paling dalam, bawa ku pulang berteman pelangi , lagu nyanyian Amy Search (Kejoraku bersatu). Bintang bukan sahaja di gunakan di dalam penulisan lirik lirik lagu tetapi juga sering kali di gunakan di dalam penulisan kata kata perangsang untuk memberi motivasi dan dorongan instrinsit kepada seseorang bagi mencapai kejayaan. Allah berfirman dalam Surah Al Hijr ayat 16, yang bermaksud, “Dan sesungguhnya, kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya”. Kejadian bintang di alam semesta merupakan satu proses yang melangkau batas pemikiran manusia biasa. Hal ini jelas membuktikan keagungan Pencipta yang Maha luar biasa. Mengenai permulaan penciptaan alam, Allah berfirman di dalam Surah Fusshilat ayat 11, yang bermaksud, “Kemudian Dia menuju ke langit dan

Bintang menurut perspektif al quran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pandangan tentang bintang menurut Al Quran

Citation preview

Page 1: Bintang menurut perspektif al   quran

KEJADIAN BINTANG MENURUT PERSPEKTIF Al - QURAN

“Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani”.

“Twinkle.. twinkle.. little stars, how I wonder what you are, up above the world

so high, like a diamond in the sky…. ” Semenjak dari kecil kita mungkin biasa

didendangkan dengan lagu ini, ramai di antara kita yang tahu menyanyikannya sejak

berumur 4 atau 5 tahun lagi biarpun kita tidak tahu siapa pencipta lirik lagu tersebut.

Lagu ini mungkin menjadi pengenalan bagi kanak – kanak untuk mula mengenali

bintang dan alam semesta. Bintang sering kali juga digunakan untuk memberi kiasan

kepada sesuatu dan ianya sering diguna pakai di dalam penulisan bait – bait lagu

atau puisi untuk menggambarkan sesuatu yang indah atau cantik. Misalnya, lirik lagu

ini, “Dirimu persis bintang terbit dari langit, bukanlah mimpi – mimpiku, di sini telah

datang sayang paling dalam, bawa ku pulang berteman pelangi”, lagu nyanyian Amy

Search (Kejoraku bersatu). Bintang bukan sahaja di gunakan di dalam penulisan lirik

– lirik lagu tetapi juga sering kali di gunakan di dalam penulisan kata – kata

perangsang untuk memberi motivasi dan dorongan instrinsit kepada seseorang bagi

mencapai kejayaan. Allah berfirman dalam Surah Al – Hijr ayat 16, yang

bermaksud, “Dan sesungguhnya, kami telah menciptakan gugusan bintang di langit

dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya”.

Kejadian bintang di alam semesta merupakan satu proses yang melangkau

batas pemikiran manusia biasa. Hal ini jelas membuktikan keagungan Pencipta yang

Maha luar biasa. Mengenai permulaan penciptaan alam, Allah berfirman di dalam

Surah Fusshilat ayat 11, yang bermaksud, “Kemudian Dia menuju ke langit dan

Page 2: Bintang menurut perspektif al   quran

(langit) itu masih berupa asap, dan dia berfirman kepadanya dan kepada bumi,

‘Datanglah kamu berdua menurut perintahKu dengan patuh atau terpaksa.

Keduanya menjawab, ‘Kami datang dengan patuh”. Maka selepas itu proses

pembentukan alam pun berlaku. Manakala para saintis berpendapat berhubung

permulaan alam semesta dan bintang – bintang, mereka berpegang kepada teori

yang dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut teori ini alam semesta bermula

dengan satu letupan kuat dan selepas itu dalam jangkamasa yang tertentu berlaku

pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang, planet, galaksi

dan yang seumpama dengannya. Walaupun segelintir golongan menyangkal

dakwaan tersebut, namun jika dikaji secara mendalam, hampir terdapat persamaan

di antara ayat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan teori

kewujudan alam tersebut. Barangkali mungkin letupan besar yang dimaksudkan itu

tidak sama dengan letupan yang sepertimana kita bayangkan di dunia ini.

Mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin di dalam bukunya yang bertajuk

Quran Saintifik ada menyebut kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner,

dekan di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany.

Berhubung dengan ayat tersebut beliau berkata, “Melihat asal usul Muhammad,

saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal

usul yang sama. Hal ini di sebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui

beberapa tahun baru – baru ini, itu pun dengan menggunakan alat – alat yang

canggih. Seseorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuklear 1400 tahun

dahulu, saya rasa, tidak akan mampu mengetahui mengenainya.” (A Brief Illustrated

Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990). Kenyataan tersebut mungkin

bersandarkan kepada masyarakat arab yang pada ketika itu masih lagi di sebut

Jahilliyah. Allah berfirman di dalam Surah Al- Araaf ayat 54, yang bermaksud, “Dan

Page 3: Bintang menurut perspektif al   quran

(Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang – bintang (masing – masing) tunduk

kepada perintahnya”. Walaupun ada sesetengah pihak membuat tomahan bahawa

Al – Quran itu di reka – reka oleh orang arab atau Muhammad S.A.W namun

perkara tersebut telah di nafikan oleh Allah di dalam Surah Yunus ayat 38 yang

bermaksud, “Katakanlah(Allah): (Kalau benar apa yang kamu katakan), maka

cubalah datangkan sebuah surat(surah) yang menyerupainya". Orang-orang Arab

telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berjaya untuk menghasilkan

ayat yang sama seperti bahasa Al - Quran. Nabi Muhammad juga merupakan orang

Arab, bagaimanapun cerdiknya baginda, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang

menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya, manakan ia mampu

menghasilkan 114 surah sepertimana yang terdapat di dalam Al – Quran.

Matahari adalah bintang yang paling hampir dengan bumi. Matahari juga

merupakan nadi utama di dalam sistem suria. Matahari mengandungi 74 peratus

hidrogen dan 25 hilium. Proses nuklear yang berlaku di dalam matahari

menghasilkan cahaya dan haba. Dianggarkan jarak matahari dari bumi kira – kira

93,026,724 batu bersamaan 149,680,000 kilometer. Semua hidupan di bumi amat

bergantung hidup terhadap matahari. Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 5,

yang bermaksud, “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya,

dan Dialah yang menetapkan tempat – tempat orbitnya, agar kamu mengetahui

bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu

melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda – tanda (kebesaranNya) bagi

orang – orang yang bertakwa”.

Terdapat berbilion atau mungkin lebih bintang – bintang di alam semesta.

Sesetengah bintang mempunyai saiz yang berlipat kali ganda daripada saiz

matahari. Sejak zaman dahulu kala manusia telah lama bergantung kepada bintang

Page 4: Bintang menurut perspektif al   quran

di dalam urusan seharian. Bintang kadangkala mempengaruhi tingkah laku

seseorang individu atau sosio budaya masyarakat tertentu, sebagai contoh

dikatakan Maharaja China sewaktu dinasti Shang menggunakan tilikan bintang

untuk memastikan kemenangan sebelum pergi berperang dan setiap anak yang lahir

juga masa depannya ditilik berdasarkan bintang. Kadangkala sesetengah

masyarakat mengadakan upacara atau sambutan kerana menganggap apabila

muncul bintang tertentu ianya akan membawa musibah atau memberi petanda baik

bagi melakukan sesuatu tujuan. Islam melarang umatnya mempercayai perkara

yang khurafat dan tahyul yang tidak bersandarkan kepada Al – Quran dan As –

Sunnah. Allah berfirman di dalam Surah Al – Baqarah ayat 22 yang bermaksud,

“Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap,

dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan)

itu buah – buahan sebagi rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan

tandingan – tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui”. Maka melalui Al –

Quran dan sains kita mengetahui peredaran bumi mengelilingi matahari di orbit

menyebabkan terjadinya musim yang kadang kala biasa dan kadang kala luar biasa.

Kalendar hari ini juga berasaskan kepada 12 zodiak, zodiak – zodiak ini di ambil

berdasarkan kedudukan bintang yang dilihat sewaktu bumi mengelilingi matahari.

Bintang juga boleh di gunakan bagi menentukan musim tertentu. Ini adalah

disebabkan bintang – bintang tertentu hanya dapat dilihat pada waktu - waktu

tertentu. Bintang juga pada zaman dahulu turut digunakan sebagai penunjuk arah

bagi pedagang atau pengembara terutama yang belayar di lautan. Hal ini

sebagaimana firman Allah didalam Surah An – Nahl ayat 16 yang bermaksud “Dan

dia ciptakan tanda – tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang itulah mereka

mendapat petunjuk”.

Page 5: Bintang menurut perspektif al   quran

Allah berfirman lagi di dalam Surah Ash – Shaffat ayat 6 hingga 8 yang

bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menghias langit dunia(yang terdekat),

dengan hiasan bintang – bintang. Dan (Kami) telah menjaganya dari setiap syaitan

yang derhaka. Mereka (syaitan) tidak dapat mendengar (perbicaraan) para malaikat,

dan mereka di lempari dari segala penjuru”. Manakala Surah Al – Mulk ayat 5 juga

membawa maksud yang hampir sama dengan ayat tersebut. Umat Islam meyakini

meteor sebagai alat rejaman bagi syaitan yang cuba mencari peluang untuk

mengetahui rahsia Allah di ‘Arasy’. Menurut Wikipedia, the free encyclopedia,

“A meteorite is a natural object originating in outer space that survives impact with the

Earth's surface. Meteorites can be big or small. Most meteorites derive from small

astronomical objects called meteoroids, but they are also sometimes produced by impacts

of asteroids. When it enters the atmosphere, impact pressure causes the body to heat up

and emit light, thus forming a fireball, also known as a meteor or shooting/falling star”.

Sesungguhnya Maha mengetahui Allah atas tiap sesuatu penciptaanNya dan ianya

tidak dilakukan sia – sia.

Kewafatan Rasulullah S.A.W pada umur 63 tahun kira – kira 1400 tahun

dahulu bermakna sempurnalah wahyu Allah terhadap makhluknya. Melalui

pengkajian bintang yang telah dilakukan oleh ahli – ahli astronomi sejak dahulu

sehingga ke hari ini, ianya kian membongkar kebenaran yang terkandung di dalam

Al – Quran. Penggunaan alatan canggih pada hari ini bukan sahaja memudahkan

para astronomi untuk mengkaji dan menyelidik bintang dengan lebih mendalam dan

saintifik malah sebagai umat islam ianya membantu membuktikan kandungan Al –

Quran sebagai bukti wahyu yang di turunkan oleh Allah pencipta yang Agung. Di

dalam Surah Al – Jatsiah ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud, “ Segala puji

hanya bagi Allah, Tuhan (pemilik) langit dan bumi, Tuhan seluruh Alam”, dan firman

Page 6: Bintang menurut perspektif al   quran

Allah lagi dalam Surah Yasin ayat 82, bermaksud, “Sesungguhnya urusanNya

apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, “jadilah!” maka

jadilah sesuatu itu”.

Sekali lagi mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin yang memetik

kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner, beliau berkata, “Apabila kita

menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan

kejadiannya, dan kita kaitkan dengan sains, kita akan mengatakan

kenyataan(Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan

menggunakan pendekatan sainstifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat

dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan

kebenarannya”. (A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990).

Sekian, terima kasih.

Page 7: Bintang menurut perspektif al   quran

Sumber Rujukan :

(i) Dr. Ahmad Hatta, ( 2009 )Tafsir Quran Per Kata, MA Maghfirah Pustaka, Jakarta,

Indonesia.

(ii) Dr. Danial Zainal Abidin, ( 2010 ) Quran Saintifik, PTS MILLENNIA Sdn. Bhd,

Batu Caves, Selangor, Malaysia.

(iii) Mahadi Bin Dahlan Al – Hafiz, Abu Bakar Bin Selamat, (2006 ), Al – Quran

Tajwid dan Terjemahan UMMAH NETWORK (M) Sdn. Bhd. Johor Bahru, Johor,

Malaysia.

(iv) ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran

(v) www.PanduanIslam.com