11
BENGKEL PERUBAHAN INOVASI MINDA & SIKAP

Bengkel Perubahan Inovasi Minda

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Call us for further information

Citation preview

Page 1: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

BENGKEL PERUBAHAN INOVASI MINDA & SIKAP

Page 2: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

PENGENALAN

"Pada masa ini, dunia inovasi dan kreativiti menjadi milik semua orang dan semua

negara. Jika dulu mungkin kita beranggapan bahawa budaya itu hanya milik mutlak

saintis dan pakar teknologi saja, namun kini semua tanggapan sempit itu cuba

diperluaskan dengan membuka peluang seluas-luas kepada setiap insan. Inovasi juga

bukan milik sesiapa atau mana-mana negara atau bangsa kerana ia boleh dimiliki oleh

semua dan jika dijadikan budaya dan amalan hidup, ia boleh memperkasakan

sesebuah negara. Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa kunci kepada kejayaan

negara maju adalah inovasi dan kreativiti”

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

Inovasi menjadi teras pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’

Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ia secara jelas menunjukkan wawasan Perdana

Menteri untuk membina masyarakat Malaysia yang inovatif dalam membangunkan

negara ke tahap yang tinggi dan maju.

Inovasi telah dikenal pasti sebagai mekanisme utama untuk meningkatkan daya

saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan

Malaysia ke-10 (RMK10) sejajar dengan komitmen untuk menggerakkan agenda

inovasi negara. Budaya inovasi dan kreativiti masyarakat dimulakan dari peringkat awal

bermula dengan sistem pendidikan dan kekeluargaan. Maka dengan itu tertubuhnya

Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi setiap jabatan.

Justeru itu, pihak Inspirasi Bakat berbesar hati untuk mengendalikan Bengkel

Peruhan Inovasi Minda dan Sikap bagi menyambut seruan kepimpinan negara Malaysia

bagi membawa negara tercinta kita, Malaysia ke arah masyarakat inovatif dan kreatif

dalam setiap organisasi khususnya.

Page 3: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

OBJEKTIF LATIHAN

Program ini dianjurkan bertujuan untuk:

1 Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada

pelanggan.

2 Meningkatkan penyertaan semua peringkat anggota dan bahagian dalam jabatan

dalam aktiviti penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.

3 Mewujudkan kesedaran inovasi & pemikiran kreatif di kalangan kakitangan

terutama di peringkat kumpulan sokongan.

4 Memupuk budaya serta pemikiran kreatif & inovatif di dalam organisasi dalam

merealisasikan visi dan misi ke arah organisasi yang berinovasi.

5 Membentuk jati diri kakitangan terhadap organisasi

- Untuk memacu minda peserta kepada pemikiran yang lebih terbuka dan berfikir

di luar kotak

- Untuk mengubah sikap kerja berpasukan, budaya kreatif dan inovatif.

Page 4: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

METODOLOGI KURSUS

Pendekatan latihan menggunakan pelbagai cara. Ia mengambil kira keperluan proses

pembelajaran peserta. Ia termasuk:

o Ceramah

o Kumpulan Dinamik

o Simulasi

o Permainan Kreatif

o Projek Sebenar

o Tayangan Video

o Role-play

o Senaman

KUMPULAN SASARAN

Ditetapkan oleh pihak penganjur

LOKASI

Ditetapkan oleh pihak penganjur

TARIKH & MASA

Ditetapkan oleh pihak penganjur

Page 5: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

PAKEJ KURSUS

Ceramah dan latihan Kreativiti & Inovasi

Buku Kerja

Jamuan dan penginapan jurulatih (sekiranya perlu) disediakan oleh pihak

penganjur

Anggaran peserta dalam 30 orang peserta (Mohon maklumkan sekiranya

lebih)

Kos konsultansi untuk 3 hari 2 malam adalah RM15,000.

Page 6: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

MODUL LATIHAN

Kandungan utama program adalah bersifat kepada pengukuhan individu itu sendiri

dalam aspek-aspek berikut:

Modul TRANSFORMASI = Talent, Attitude, Future, Mindset, Innovation

(Skop akan terarah kepada Bakat, Sikap, Kreativiti & Inovasi, Penjenamaan).

Page 7: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

Setiap peserta akan lebih memahami bakat semulajadi yang mereka miliki

dan penerangan bagaimana cara untuk menggunakan bakat untuk

membentuk engin ekonomi.

Para peserta akan sentiasa berfikir cara sebenar untuk berjaya untuk masa

hadapan mereka mulai hari ini. Mereka juga akan mempunyai pemikiran

yang lebih kreatif dan inovatif dalam setiap perkara.

Dunia hari ini yang semakin maju memerlukan mereka untuk lebih ke

hadapan dan benar-benar menggunakan pemikiran yang meluas, kreatif dan

inovatif contohnya dalam menyelesaikan masalah yang timbul, membuat

perancangan serta memikirkan cara untuk menghasilkan enjin ekonomi baru

menggunakan sumber sedia ada.

Berfikir dan Berjiwa Besar;

Segalanya bermula daripada minda. ‘Anda adalah apa yang anda fikirkan’.

Setiap peserta akan ditunjukkan menggunakan kedua-dua belah otak (otak

kiri dan kanan) dan ekspresikan dalam diri mereka.

Para peserta akan lebih yakin dan menyerlah dalam setiap keputusan yang

diambil. Apa yang mereka fikirkan lebih terarah kepada perkara yang positif.

Mereka juga akan lebih memotivasikan diri mereka sendiri untuk melakukan

yang terbaik dalam segenap perkara berkaitan .

Page 8: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

KANDUNGAN BENGKEL

STARTING THE TONE

Ice Breaking

CREATIVE INSIDE US

Knowing We Are Creative

Traffic Jam

MIND TO THINK LIKE INNOVATOR!

3i of Innovation

The 10 Faces of Innovation

The Brain

Sudoku

INSPIRE INNOVATION

The Golden Circle

Creative Visualization (Imagination)

The Paper Clip

BECOMING GREAT OBSERVER

The Six Sense

The Bulb

SKETCH YOUR INNOVATION

Documentation & Design Innovation

The Six Thinking Hat

INNO-FUN

Number Games

Gamestorming

INNOVATE NOW!

Putting Into Action

Present & Project

Page 9: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

PENUTUP

Individu yang lebih cemerlang dibentuk untuk memberikan kebaikan serta

manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada agama, bangsa dan juga

negara. Ia membentuk individu untuk sentiasa mempunyai matlamat ke arah

kecemerlangan dan seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Program ini akan memberi pendedahan betapa pentingnya kreativiti dan inovasi

sehari-harian dalam membangunkan organisasi. Untuk mewujudkan kreativit inovasi

bermula dengan diri kita sendiri. Mutu organisasi akan bertambah efisien, efektif dan

juga produktif selari dengan sasaran dan matlamat yang memberi khidmat kepada

masyarakat.

Tambahan, program ini diharap dapat memberi kesedaran betapa pentingnya

melakukan pembangunan diri demi kecemerlangan diri dalam apa juga kemahiran

terutamanya berfikir. Peserta pasti akan melihat sesuatu kecemerlangan dan

mempamerkan prestasi tinggi dalam peribadi untuk hari ini dan juga masa hadapan.

Dengan berjalannya program ini, kami percaya setiap peserta akan dapat

memenuhi insipirasi visi dan misi sesuatu organisasi serta memberi nilai sebenar

kepada diri sendiri sejurusnya kepada organisasi. Objektif dan matlamat program

diharapkan akan terlaksana. Kami dari Inspirasi Bakat sekadar memberikan inspirasi

untuk aplikasi sebenar.

INSPIRASI BAKAT

Page 10: Bengkel Perubahan Inovasi Minda

PROFIL JURULATIH

Mohd Helmi bin Md Suhaimi

Mohd Helmi bin Md Suhaimi merupakan pengasas Inspirasi Bakat. Beliau percaya sesebuah organisasi adalah perlu kepada inspirasi dalam pembangunan bakat dan kreativiti & inovasi. Ia pasti akan memberikan impak yang lebih memberi nilai penuh kepada organisasi secara menyeluruh.

Antara organisasi yang telah melantik beliau untuk mengendalikan bengkel dan kursus berkaitan kreativiti dan inovasi adalah seperti Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPiem), Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya, Tourism Malaysia, Universiti Malaya.

Beliau juga merupakan penulis syarikat PTS Publication & Distribution Sdn Bhd. Buku pertama beliau, ‘Saya Remaja Inovatif’ telah diterbitkan pada Oktober 2010. Buku ini merupakan buku pertama berteraskan inovasi remaja di Malaysia.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau merupakan antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada tahun 2000.

Antara penampilan beliau di media massa adalah di TV1 (Fitrah Kasih & Generasi Y), SALAM FM, TV3 (Motivasi Pagi), TV9 (Nasi Lemak Kopi o).

BLOG: http://helmisuhaimi.blogspot.com, WEB: http://inspirasibakat.com.my, FACEBOOK: http://www.fb.com/helmisuhaimi, http://www.fb.com/inspirasibakat

Page 11: Bengkel Perubahan Inovasi Minda