6
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAN ISLAM AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL’ : AMALAN MENGHORMATI JIRAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT NAMA PELAJAR : SITI HAWA BINTI MOHD DAUD (A156014) NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT

Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAN ISLAM

‘ AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL’ : AMALAN MENGHORMATI JIRAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

NAMA PELAJAR : SITI HAWA BINTI MOHD DAUD (A156014)NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT

Page 2: Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

MAKSUD JIRAN?

Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, depan, belakang, tingkat atas, tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap sudut.

Amalan tolong- menolong merupakan suatu kewajipan bagi setiap manusia. Sifat tolong- menolong akan dapat membantu orang lain. Jika kita memerlukan bantuan pula, tentunya orang lain akan menolong kita. Amalan membantu ini akan dapat membina hubungan baik sesama manusia serta sifat ini jika dididik kepada generasi muda akan dijadikan teladan yang baik dan juga dapat memupuk rasa kasih sayang antara jiran tetangga, antara kawan, dan masyarakat

Selain itu, melalui amalan hidup berjiran yang mana pertolongan yang kita hulurkan kepada orang lain akan mendapatkan kepuasan dan kebahagiaan. Bahkan, mereka merasakan kita ini ada apabila diperlukan oleh orang lain. Bantuan yang kita hulurkan sedikit sangat memberi makna tetapi cukup besar kepada mereka. Apabila kita memerlukan pertolongan daripada mereka pada suatu masa kelak, sudah pasti mereka akan memberikan bantuan pula dengan rela hati.

Page 3: Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

Melalui sabda Nabi Muhammad Sallahu ‘allaihi wasallam, dapat disimpulkan bahawa sesiapa iaitu manusia yang mengamalkan menghormati jiran tetangganya dengan baik serta menjaga hati jirannya akan memperolehi pahala yang setimpal sekaligus menerima ganjaran di akhirat kelak.

Oleh sebab itu, kita sebagai umat dimuka bumi ini seharusnya saling menghormati, memelihara hubungan yang baik dengan jiran sekeliling tidak kira berlainan bangsa mahupun agama.

Hal ini demikian kerana, apabila kita menunjukkan sikap yang baik, jujur, berkesefahaman di antara jiran tersebut secara tidak langsung akan terjalinnya semangat kejiranan. Maka kita sebagai manusia dianjurkan agar sentiasa membantu diantara satu sama lain serta menjaga perasaan jiran tetangga untuk jaminan kesejahteraan sosial masyaratkat sejagat.

Page 4: Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

Adab-adab berjiran

Dalam ajaran Islam, adab-adab berjiran meliputi perkara-perkara seperti : Bermanis muka. Ziarah-menziarahi & hormat-menghormati. Bertolak ansur & bertegur sapa Bersangka baik & bermaaf- maafan. Menutup keaiban jiran Sedia memberi bantuan kepada jiran Mendoakan keselamatan & kejayaan jiran. Mengucapkan tahniah atas kejayaan &

takziah semasa ditimpa musibah.

Implikasi tidak beradab kepada jiran

Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.

Kehidupan tidak tenang Terpinggir daripada masyarakat Sukar mendapatkan bantuan ketika

dalam kesusahan. Negara akan menjadi mundur dan

kucar kacir.

Page 5: Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

HIKMAT MENJAGA ADAB BERJIRAN

Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.

Hidup berjiran ini akan memperolehi kedamaian dan keharmonian.

Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.

Sentiasa memperolehi ketenangan, selesa serta mendapat pembelaan

Diberkati kehidupan dan terhindar daripada kemurkaan Allah SWT.

Page 6: Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial