53
3.0 SUMBER MANUSIA DAN ISU AGIHAN 1

Ekonomi - Kemiskinan

  • Upload
    nur-az

  • View
    2.534

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

Citation preview

Page 1: Ekonomi - Kemiskinan

3.0

SUMBER MANUSIA DAN ISU AGIHAN

1

Page 2: Ekonomi - Kemiskinan

KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN

Kemiskinan merupakan satu masalah sosioekonomi. Orang miskin diakui tidak mempunyai jaminan hidup disebabkan kurang perlindungan undang-undang, hutang yang banyak, kurang pendidikan, perlindungan kesihatan terhad, tanggungan yang ramai dan kurang keupayaan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti politik

2

Page 3: Ekonomi - Kemiskinan

Dalam bahagian, ini kita diberi penerangan tentang kemiskinan di Malaysia.

Perbincangan meliputi konsep kemiskinan, kedudukan kemiskinan mengikut kaum, kawasan dan negeri, faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan, kesan daripada kemiskinan terhadap kehidupan, dan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan.

3

Page 4: Ekonomi - Kemiskinan

Setelah membaca bahagian ini dan memahami konsep-konsep yang dinyatakan, kita diharapkan :

Memahami maksud konsep kemiskinan. Mengenal pasti punca kemiskinan

mengikut kaum, kawasan dan negeri di Malaysia.

4

Page 5: Ekonomi - Kemiskinan

Memahami langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kemiskinan.

Mengkaji strategi ekonomi Islam untuk mengatasi masalah kemiskinan.

5

Page 6: Ekonomi - Kemiskinan

DEFINISI KEMISKINAN

Untuk mendefinisikan kemiskinan, kita perlu melihat tingkat pendapatan seseorang sama ada mencukupi atau tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

6

Page 7: Ekonomi - Kemiskinan

Pada tahun 1999 garis kemiskinan yang ditetapkan ialah :

RM510 bagi saiz isi rumah 4.6 orang di Semenanjung Malaysia,

RM584 bagi saiz isi rumah 4.8 orang di Sarawak, dan

RM685 bagi saiz isi rumah 4.9 orang di Sabah.

7

Page 8: Ekonomi - Kemiskinan

Beberapa ahli ekonomi dan pengkaji masalah sosial telah memberikan beberapa pandangan berkaitan dengan kemiskinan.

Ada antaranya mengatakan kemiskinan disebabkan oleh faktor kebudayaan, personaliti, demografi dan kekurangan teknologi moden.

Mereka juga mendapati hukum warisan dalam pemilikan tanah merupakan penyebab utama pemilikan tanah masyarakat petani menjadi tidak menjimatkan.

8

Page 9: Ekonomi - Kemiskinan

Pendapat ahli ekonomi yang lain pula mengatakan, kemiskinan wujud akibat satu golongan yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, kurang kuasa sosial, pendidikan yang rendah dan tidak upaya memiliki faktor-faktor pengeluaran.

Sebaliknya, beberapa ahli ekonomi dan pengkaji masalab sosial mengaitkan pengaruh monopoli bermakna penguasaan terrhadap pemasaran barangan dan perkhidmatan, manakala pengaruh monopsoni bermakna penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran sebagai punca kemiskinan.

9

Page 10: Ekonomi - Kemiskinan

Biasanya, kadar kemiskinan diukur secara mutlak dan relatif.

Dengan demikian, wujudlah konsep kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.

10

Page 11: Ekonomi - Kemiskinan

KEMISKINAN MUTLAK

Satu ukuran pendapatan minimum ditetapkan bagi seseorang atau sesuatu keluarga untuk memenuhi keperluan asas kehidupan, iaitu keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal (keperluan dharuriyah).

Contohnya pada tahun 1999, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Malaysia ialah RM510 sebulan bagi isi rumah yang terdiri daripada 4.6 orang. Peratusan keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah daripada garis kemiskinan merupakan saiz kumpulan miskin.

11

Page 12: Ekonomi - Kemiskinan

KEMISKINAN RELATIF

Satu konsep kemiskinan yang mengambil kira kedudukan relatif sesuatu kumpulan penduduk mengikut etnik atau kawasan.

Pengiraannya lebih subjektif disebabkan ia menggambil kira keadaan kebajikan seseorang itu berbanding dengan orang lain mengikut etnik yang berbeza atau di kawasan yang berlainan.

12

Page 13: Ekonomi - Kemiskinan

Contohnya, pendapatan garis kemiskinan bagi isi rumah di kawasan bandar ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan isi rumah di kawasan luar bandar.

Perbezaan ukuran PGK tersebut dibuat kerana kos sara hidup di kawasan luar bandar lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar.

13

Page 14: Ekonomi - Kemiskinan

KEMISKINAN DARI PERSPEKTTIF ISLAM

Dalam Islam, hubungan yang berbentuk menegak antara manusia dengan Penciptanya akan menentukan pula hubungan mendatar antara manusia dengan manusia di muka bumi ini.

Dengan cara inilah juga kejayaan (falah), iaitu kesejahteraan dan kemewahan di muka bumi dan di akhirat akan kita nikmati.

14

Page 15: Ekonomi - Kemiskinan

Sistem Ekonomi Islam membahagikan golongan miskin kepada dua golongan, iaitu fakir dan miskin. Golongan tersebut merupakan dua daripada lapan asnaf yang layak menerima hasil zakat

15

Page 16: Ekonomi - Kemiskinan

Menurut Imam Shafie, fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap;

atau ia mempunyai sedikit harta dan juga mempunyai pekerjaan tetapi pendapatannya tidak cukup untuk memenuhi separuh daripada keperluan asasnya.

16

Page 17: Ekonomi - Kemiskinan

Jelaslah bahawa istilah golongan termiskin yang digunakan oleh kerajaan sekarang, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan tidak lebih daripada 50% daripada Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sejajar dengan istilah fakir yang digunakan oleh Imam Shafie. (Lihat Shafi’, 1997).

17

Page 18: Ekonomi - Kemiskinan

Golongan miskin pula ialah mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan.

Kedua-dua kumpulan asnaf yang berhak menerima hasil zakat, iaitu fakir dan miskin mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

18

Page 19: Ekonomi - Kemiskinan

1. Mereka yang tidak mempunyai sebarang harta atau sebarang sumber pendapatan.

2. Mereka yang mempunyai harta atau sumber pendapatan tetapi tidak mencapai tahap memerlukan mereka membayar zakat.

3. Mereka mempunyai pendapatan yang hanya cukup untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan asas kehidupan.

19

Page 20: Ekonomi - Kemiskinan

4. Mereka yang menghadapi kesusahan secara sementara atau secara berterusan dan tidak mempunyai sebarang keupayaan untuk menyara hidup yang secukupnya.

5. Mereka yang tidak dapat bekerja disebabkan oleh kecacatan anggota atau akal atau sebab-sebab lain yang menyebabbkan mereka tidak boleh bekerja.

20

Page 21: Ekonomi - Kemiskinan

KESAN KEMISKINAN

Manusia dalam keadaan kemiskinan tidak akan mampu melaksanakan tuntutan amar ma'ruf dan mengelakkan nahi munkar sama ada untuk dirinya atau bagi kepentingan masyarakat.

Islam dalam hal ini memberi perhatian yang berat terhadap kemiskinan yang menimpa umatnya. Antara bahaya kemiskinan yang dapat dinyatakan termasuklah:

21

Page 22: Ekonomi - Kemiskinan

1. Akidah. Kemiskinan mungkin menimbulkan bahaya besar terhadap akidah terutama dalam situasi yang orang-orang miskin berada dalam keadaan tidak menentu sumber penndapatannya sedangkan orang-orang kaya pula tidak bersedia menghulurkan bantuan.

22

Page 23: Ekonomi - Kemiskinan

2. Etika dan Moral. Dalam situasi seseorang yang miskin berada di tengah-tengah orang kaya boleh mewujudkan peraasaan kecewa dan putus asa. Keadaan ini boleh mendorong mereka berhutang, berbohong, mencuri dan sebagainya.

3. Pemikiran. Seseorang yang berada dalam kemiskinan mudah terganggu pemikirannya dan tidak tenteram emosinya.

23

Page 24: Ekonomi - Kemiskinan

4. Rumah tangga. Dalam membina rumah tangga yang aman damai, tanggungjawab dari segi nafkah zahir (ekonomi) dan kerohanian amat diperlukan. Oleh itu, kemiskinan boleh menggugat kerukunan rumah tangga, akan berlaku perselisihan faham dan sebagainya.

24

Page 25: Ekonomi - Kemiskinan

5. Masyarakat. Situasi kemiskinan juga mampu menggugat ketenteraman masyarakat serta kemajuan umat. Kecenderungan untuk berlakunya jenayah dan kekejaman akan meningkat sekiranya masalah kemiskinan tidak diatasi. Masyarakat yang ramai di kalangan mereka terdiri daripada golongan miskin tidak akan dihormati.

25

Page 26: Ekonomi - Kemiskinan

26

Page 27: Ekonomi - Kemiskinan

Keadaan ini dikaitkan dengan penyertaan dalam aktiviti ekonomi sesuatu kaum.

Masyarakat Melayu lebih tertumpu kepada sektor pertanian tradisional yang tidak produktif. Sebaliknya, masyarakat Cina terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti perniagaan dan perindustrian. Kita lihat pula keadaan kemiskinan di kawasan bandar.

27

Page 28: Ekonomi - Kemiskinan

Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar pada tahun 1995 ialah 16.1 % berbanding dengan kawasan bandar 7.5%.

Hal ini disebabkan kawasan bandar merupakan pusat pentadbiran dan aktiviti perniagaan pennduduknya lebih membuka peluang kepada penduduknya untuk meningkatkan taraf hidup di samping kesempatan untuk meningkatkan pendapatan dan pelajaran yang ada.

28

Page 29: Ekonomi - Kemiskinan

Dari segi negeri, berdasarkan maklumat daripada Rancangan Malaysia ke-8 (2001 - 2006) negeri-negeri di sebelah Pantai Timur dan utara Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah mempunyai kadar kemiskinan yang lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri di sebelah Pantai Barat seperti Selangor, Perak dan Johar.

29

Page 30: Ekonomi - Kemiskinan

Misalnya, pada tahun 1999, kadar kemiskinan di Kelantan ialah 18.7% diikuti Kedah 13.5% dan Perlis 13.3%.

Sebaliknya, negeri di Pantai Barat seperti Selangor mempunyai kadar kemiskinan 2.0%, Kuala Lumpur 2.3% dan Johor 2.5%.

Semakin ramai penduduk Melayu semakin tinggi kadar kemiskinan.

Dari segi sektor pula, pada tahun 1990, dianggarkan 28.5% kadar kemiskinan terdapat pada sektor pertanian berbanding dengan sektor pembuatan yang cuma 13.6%. 30

Page 31: Ekonomi - Kemiskinan

Perbincangan dalam topik kemiskinan ini lebih menitikberatkan kemiskinan mengikut kawasan, iaitu antara kawasan bandar dan luar bandar, kerana kemiskinan antara kaum banyak dibincangkan dalam topik DEB dan antara negeri dalam topik Agihan Pendapatan.

31

Page 32: Ekonomi - Kemiskinan

KEMISKINAN DI LUAR BANDAR

Dalam laporan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM ke-7), kawasan bandar didefinisikan sebagai kawasan yang diwartakan dan kawasan tepubina dengan jumlah penduduk 10,000 orang atau lebih, seperti yang dilaporkan dalam Banci Pennduduk dan Perumahan, 1991.

Dengan demikian, kawasan luar bandar merupakan kawasan yang tidak diwartakan sebagai kawasan bandar dan mempunyai bilangan penduduk kurang daripada 10 ,000 orang.

32

Page 33: Ekonomi - Kemiskinan

Faktor-faktor yang Menyebabkan Kemiskinan di Luar Bandar :

33

Page 34: Ekonomi - Kemiskinan

Faktor Sejarah Ekonomi luar bandar dibiarkan pada tahap

sara diri tertinggal dalam perkembangan ekonomi moden.

Sejak dari sebelum merdeka lagi masalah keluasan tanah, kemudahan prasarana, corak pertanian yang diamalkan dan kegiatan ekonomi yang dijalankan jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan bandar.

34

Page 35: Ekonomi - Kemiskinan

Kegiatan Ekonomi Ekonomi desa berkait rapat dengan sektor

pertanian yang rendah daya pengeluarannya dan mengalami banyak masalah seperti dari segi saiz tanah yang tidak menguntungkan, eksploitasi oleh pemonopoli, kekurangan modal dan kredit, penggaruh iklim dan musim, penyakit tanaman, serangga perosak, kaedah pertanian tradisional dan bertambahnya tanah-tanah terbiar.

35

Page 36: Ekonomi - Kemiskinan

Kegagalan Institusi Kurang berkesannya institusi yang

berhubung dengan kegiatan pengeluaran, pemasaran, pemprosesan dan pengangkutan. Kegagalan tersebut sebenarnya bukan disebabkan oleh ketidakcekapan pegawai dari institusi yang terlibat, tetapi lebih disebabkan oleh perlaksanaan tidak dapat mencapai seperti yang dirancang.

36

Page 37: Ekonomi - Kemiskinan

Sebagai contoh, galakan memasarkan sendiri hasil pertanian petani oleh FAMA , melalui konsep Pasar Tani, tetapi terdapat pula masalah memilih tempat yang sesuai dan jangka masa yang lama yang perlu diambil oleh petani untuk membuahkan hasil daripada pekerjaan bertani atau menangkap ikan.

37

Page 38: Ekonomi - Kemiskinan

Sikap Penduduk Penduduk desa biasanya mempunyai

sikap negatif terhadap pembaharuan dan terlalu bergantung pada subsidi. Perancangan dalam Dasar Pertanian Negara (1992) dan Wawasan 2020 telah menitikberatkan semangat berusaha sendiri dan kurang bergantung kepada kerajaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

38

Page 39: Ekonomi - Kemiskinan

Peluang Pendidikan Peluang-peluang pendidikan dan latihan

agak terhad. Pelajar-pelajar luar bandar biasanya sukar mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi sekiranya percubaan kali pertama gagal. Hal ini disebabkan kawasan luar bandar tidak banyak kolej swasta yang menyediakan kemudahan tersebut.

39

Page 40: Ekonomi - Kemiskinan

Langkah-Iangkah untuk Mengatasi Kemiskinan di Luar Bandar :

Projek-projek yang dapat menambah pendapatan adalah seperti yang berikut:

40

Page 41: Ekonomi - Kemiskinan

Program Ekstensifikasi Dalam program ini jumlah kawasan

pertanian ditambah melalui pembukaan kawasan-kawasan baru ., Antara rancangan pembukaan tanah baru yang terbesar termasuklah Rancangan Tanah FELDA (Federal Land Development Authority), yang sehingga tahun 1987, sebanyak 762,427 hektar kawasan telah dibuka untuk dijadikan kawasan perladangan dan penempatan peneroka.

41

Page 42: Ekonomi - Kemiskinan

Program Intensifikasi Program ini meninggikan produktiviti tanah

pertanian yang sedang diusahakan melalui penggunaan teknologi baru, bahan tanaman yang baik, baja, sistem pengairan, kawalan serangga serta penyakit dan sebagainya.

42

Page 43: Ekonomi - Kemiskinan

Pelbagaian tanaman Dalam usaha ini jenis keluaran pertanian

ditambah melalui pengenalan tanaman baru seperti kelapa sawit, koko, asparagus dan buah-buahan.

Projek Pembangunan Bersepadu (IADP), tanam semula, penyatuan dan pemulihan tanah, memperluaskan penggunaan jentera dan amalan agromik dapat menaikkan produktiviti pekerjaan pertanian.

43

Page 44: Ekonomi - Kemiskinan

Subsidi Subsidi merupakan bantuan untuk

menanam semula (RISDA), racun serangga, tanaman litup bumi dan baja. Di samping aktiviti menaikkan pendapatan daripada aktiviti luar ladang dan bukan ladang.

44

Page 45: Ekonomi - Kemiskinan

Membuat Dasar Baru Contohnya, memperkenalkan Dasar

Pertanian Nasional (DPN) pada tahun 1992, iaitu satu dasar yang menyeluruh untuk memaksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan sumber-sumber secara cekap.

45

Page 46: Ekonomi - Kemiskinan

Menyediakan Prasarana dan Kemudahan Asas yang Lebih Baik .

Kemudahan prasarana seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air paip penting untuk menjamin kehidupan penduduk luar bandar menjadi selesa.

Di samping itu, mereka juga boleh memasarkan keluaran mereka ke kawasan luar dengan mudah.

46

Page 47: Ekonomi - Kemiskinan

Dengan demikian, perbelanjaan pembangunan kerajaan persekutuan, terutamanya untuk pertanian dan pembangunan luar bandar terus bertambah daripada RM1,298 juta pada tahun 1990 kepada RM1,360 juta pada tahun 1995.

47

Page 48: Ekonomi - Kemiskinan

Menerap Nilai Positif Penduduk luar bandar juga digalakkan

terlibat secara aktif dalam program pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan menyertai aktiviti pembangunan sumber manusia.

Langkah-langkah menerap nilai positif seperti meningkatkan motivasi dan berdaya saing juga dijalankan.

48

Page 49: Ekonomi - Kemiskinan

Pencapaian 1 . Kadar kemiskinan di luar bandar telah

berkurangan daripada 58.7% (1970) kepada 24.7% (1984); 19.3% (1990) kepada 8.5% (1995).

2. Di antara 1970 - 1985, seluas 1,283.7 ribu hektar tanah telah dibangunkan untuk membaiki pengagihan tanah dan pengeluaran.

49

Page 50: Ekonomi - Kemiskinan

3. Pendapatan purata peserta FELDA telah meningkat.

4. Kapasiti penglibatan pekebun kecil dalam pengeluaran pertanian negara semakin meningkat.

5. Beberapa kemajuan dan perubahan di kalangan pekebun kecil. Beberapa program dilaksanakan termasuklah Program untuk Rakyat Termiskin (PPRT) :

50

Page 51: Ekonomi - Kemiskinan

Program PPRT

- rumah kos rendah atau rumah pangsa - AIM (RM77.1 juta kepada 36,200 isi, rumah miskin)

- ternak ayam, itik dan lembu

- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) - latihan kemahiran dan jaminan pekerjaan

51

Page 52: Ekonomi - Kemiskinan

- Bantuan pendidikan

- Skim ASB - PPRT - pinjaman tanpa faedah RM5000.

- Penyedian kemudahan asas - air, elektrik (sekolah, klinik berada dalam lingkungan 9 km daripada penduduk di luar bandar)

52

Page 53: Ekonomi - Kemiskinan

53