i
UNSUR SINKRETISME DALAM URUF DAN ADAT MASYARAKAT
BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
SYAMSUL AZIZUL BIN MARINSAH
TESIS INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2017
iii
ABSTRAK
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai
tamadun dan agama, yang bersinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada
campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi
dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan.
Namun begitu, dalam interaksi tersebut juga lahirnya amalan yang dinamakan sebagai adat
dan ‘urf sahih yang diterima syarak, dan ‘urf fasid yang diwarnai oleh elemen bidaah
terlarang, tahyul dan khurafat. Dalam masyarakat Bajau, amalan adat tradisi telah
menerima perubahan melalui proses harmonisasi dengan ajaran Islam, namun begitu masih
terdapat kecenderungan terhadap saki baki unsur kepercayaan pra-Islam yang berbentuk
khurafat dan tahyul. Oleh itu, objektif kajian ini akan menjelaskan fenomena sinkretisme
yang berlaku dalam adat dan ‘urf masyarakat Bajau di Sabah khususnya di daerah
Semporna dan Kota Belud. Pengkaji memfokuskan adat dan ‘urf masyarakat Bajau dalam
aspek kepercayaan tradisi, adat kelahiran, adat perkahwinan dan juga adat kematian. Adat-
adat tersebut akan dianalisis menurut perspektif hukum Islam sama ada mengandungi
elemen sinkretisme yang dibenarkan syarak atau sebaliknya. Bagi mencapai objektif yang
ditetapkan, kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian
lapangan. Pengumpulan data dijalankan melalui metode dokumentasi, temu bual dan
observasi. Data yang dikumpulkan dianalisis kandungan secara induktif, deduktif dan
komparatif bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat unsur
sinkretisme dalam adat dan ‘urf masyarakat Bajau di Sabah sama ada dalam aspek
kepercayaan tradisi, adat kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Namun begitu, tidak
semuanya bersifat fasid, bidaah terlarang, tahyul dan khurafat. Malah ada amalan yang
terhasil berbentuk kearifan tempatan, misalnya seperti penggunaan santan kelapa dalam
iv
memandikan jenazah. Santan yang biasanya digunakan dalam masakan dimanfaatkan
sebagai agen pencuci dan pelembut sendi jenazah. Berdasarkan dapatan tersebut, satu
panduan sinkretisme patuh syariah yang jelas telah dibangunkan sebagai petunjuk kepada
masyarakat Islam agar adat dan ‘urf yang diamalkan tidak menyimpang daripada landasan
syarak.
v
ABSTRACT
Every society has its own culture through interactions with various civilizations and
religions, in synergy with various elements of syncretism. Through the efforts of local
scholars that assimilate the traditional culture with Islamic sharia, multiple patterns of local
wisdoms were emerged. However, through the interaction as well, two practices arise; ‘urf
sahih which is accepted by Syarak, and ‘urf fasid which is polluted by the elements of
forbidden bidaah, superstition and khurafat. In the Bajau community, the traditional
practices have gone through the process of harmonization with Islamic teachings. Despite
that, there is still a tendency towards the remnants of pre-Islamic beliefs in the form of
superstition. Hence, the objective of this study is to explain the syncretism phenomena that
exist in the custom and common practices of the Bajau community in Sabah, particularly in
Semporna and Kota Belud. The researcher focuses on the aspects of traditional beliefs,
child birth custom, marriage custom as well as the custom surrounding death. These
customs will be analyzed through an Islamic perspective to examine whether they comply
with Syarak or vice versa. This qualitative research applies literature review together with
fieldwork in achieving its objectives. Data collection is done using methods which include
documentation, interview as well as observation. To sum up the findings, all data collected
will be inductively, deductively and comparatively analyzed. The study found that there are
elements of syncretism in the ‘urf and customs of Bajau community in all the four main
aspects of research. However, not all of them are fasid, forbidden bidaah, superstitious or
khurafat. In fact, some of the practices even arise from the local wisdom; for example, the
usage of coconut milk in the process of bathing the body of the deceased. Coconut milk
which is more commonly used in cooking is used as cleaning agent to soften the joints of
the body. Based on the findings, a clear parameter of syncretism which obeys the Sharia
vi
was developed as a guideline to Islamic community to ensure customary practices are in
line with the Syarak.
vii
PENGHARGAAN
Segala pujian-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah, dengan izin dan
rahmat-Nya, pengkaji akhirnya dapat menyelesaikan kajian ini dalam tempoh yang
ditetapkan. Dalam ruangan ini, pengkaji ingin mengucapkan sekalung apresiasi dan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat penyelia, Dr. Mohd Anuar bin Ramli kerana sudi
meluangkan masa menyelia, membantu, memberi tunjuk ajar, menyumbang idea yang kritis
dan teguran yang membina kepada pengkaji sepanjang kajian ini dilakukan.
Setinggi penghargaan juga dirakamkan buat para pensyarah di Jabatan Fiqh dan
Usul, APIUM yang banyak membantu dalam memberi idea, memberikan komentar-
komentar yang membina agar kajian ini lebih efisien di dunia akedemik pada hari ini.
Begitu juga penghargaan yang infiniti pengkaji tujukan buat ayahanda Hj. Marinsah Hj.
Abdul Hamid dan bonda tercinta Hjh. Mariamah bt. Yusof yang banyak memberi sokongan
dan semangat kepada pengkaji untuk meneruskan perjuangan dalam medan ilmu ini. Begitu
juga buat isteri tercinta, Mazliana Ab. Rahman yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan kepada pengkaji untuk terus berjaya dan mengorak langkah agar sentiasa tidak
berputus asa. Seterusnya, setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli keluarga, staf
pentadbiran, teman-teman perjuangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Harapan pengkaji, semoga kajian ini dapat
memberi manfaat dan input berguna kepada semua pihak sebagai satu usaha meneruskan
kesinambungan khazanah ilmiah dalam dunia akademik masa kini.
Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayr al-jaza’.
SYAMSUL AZIZUL BIN MARINSAH (IHA140011)
KG. RANCANGAN WAWASAN,
PETI SURAT 301, 91307 SEMPORNA,
SABAH.
viii
JADUAL KANDUNGAN
Halaman Tajuk i
Borang Perakuan Keaslian Penulisan ii
Abstrak iii
Abstract v
Penghargaan/ Dedikasi vii
Jadual Isi Kandungan viii
Senarai Gambar Rajah xv
Senarai Jadual xvi
Senarai Simbol dan Singkatan xvii
Senarai Lampiran xviii
Jadual Transliterasi xix
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah kajian 3
1.3 Persoalan Kajian 14
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Skop Kajian 15
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.7 Sorotan Literatur 17
1.8 Metodologi Penyelidikan 27
1.8.1 Metode Pengumpulan Data 28
1.8.2 Metode Analisis Data 37
1.9 Sistematika Kajian 40
ix
BAB 2: KONSEP SINKRETISME DALAM URUF
2.1 Pengenalan 43
2.2 Konsep Sinkretisme 44
2.2.1 Etimologi 47
2.2.1.1 Bahasa Inggeris 49
2.2.1.2 Bahasa Melayu 51
2.2.1.3 Bahasa Arab 53
2.2.1.3.1 Tawfiqiyyah (54 )توفيقية
2.2.1.3.2 Talfiqiyyah (تلفيقية) 56
2.2.1.3.3 Takhlit (59 )تخليط
2.2.2 Terminologi 61
2.2.2.1 Sarjana Barat 62
2.2.2.2 Sarjana Islam 69
2.2.3 Istilah yang Sinonim dengan Sinkretisme 75
2.2.3.1 Akulturasi 75
2.2.3.2 Eklektisisme 77
2.2.3.3 Inkulturasi 79
2.2.3.4 Sintesis 81
2.2.3.5 Tantularisme 82
2.3 Bentuk-Bentuk Sinkretisme 85
2.3.1 Sinkretisme Agama dengan Agama 86
2.3.2 Sinkretisme Agama dengan Falsafah 89
2.3.3 Sinkretisme Agama dengan Budaya 92
2.4 Faktor-Faktor Sinkretisme 95
2.4.1 Interaksi Sosial 95
2.4.2 Difusi 97
2.4.3 Perkahwinan Campur 99
2.4.4 Kolonialisme dan Imperialisme 100
x
2.5 Sinkretisme dalam ‘Urf dan Adat 102
2.5.1 Definisi Etimologi dan Terminologi al-‘Urf 103
2.5.2 Klasifikasi al-‘Urf 105
2.5.3 Syarat-Syarat al-‘Urf Sebagai Sumber Hukum 106
2.5.4 Kerangka Sinkretisme dalam ‘Urf 107
2.5.5 Sinkretisme dan Hubungannya dengan Khurafat dan Bid’ah 115
2.6 Sinkretisme dalam Sistem Sosial Masyarakat Bajau 119
2.6.1 Kemunculan Sinkretisme dalam Masyarakat Bajau 123
2.6.2 Model Sinkretisme dalam Masyarakat Bajau di Sabah 129
2.7 Pandangan Sarjana Barat tentang Islam di Nusantara Sebagai Islam Sinkretik 133
2.8 Kesimpulan 138
BAB 3: UNSUR SINKRETISME DALAM URUF DAN ADAT MASYARAKAT
BAJAU SEMPORNA
3.1 Pengenalan 143
3.2 Latar Belakang Masyarakat Bajau Semporna 144
3.3 Sinkretisme dalam Adat yang Berkaitan dengan Kepercayaan Tradisi 147
3.3.1 Adat dan Kepercayaan Tradisi Magombbo’ 148
3.3.2 Adat dan Kepercayaan Tradisi Kebusungan 154
3.3.3 Adat Tradisi Perbomohan dan Ilmu Sihir 159
3.3.4 Adat dan Kepercayaan Tradisi Kepada Makhluk Halus 166
3.4 Sinkretisme dalam Adat Kehamilan-Kelahiran 172
3.4.1 FASA 1: Adat Sepanjang Tempoh Kehamilan 173
3.4.1.1 Adat Mematuhi Pantang Larang Tempoh Kehamilan 174
3.4.1.2 Adat Menempah Pengulin 177
3.4.1.3 Adat Tanda Kelahiran Sebagai Simbolik 179
3.4.1.4 Adat Maglenggang 181
3.4.2 FASA 2: Adat Selepas Kelahiran 184
3.4.2.1 Amalan Azan dan Iqamat 184
3.4.2.2 Adat Menanam Tembuni 184
3.4.2.3 Adat Magtimbang Bayi 186
xi
3.4.2.4 Adat Maggunting dan Pesakat Nirundangan 188
3.4.2.5 Adat Berpantang Selepas Bersalin 190
3.5 Sinkretisme dalam Adat Perkahwinan 192
3.5.1 Adat Magtilau 194
3.5.2 Adat Magpahanda 197
3.5.3 Adat Magbatal 199
3.5.4 Adat Magsanding 201
3.5.5 Adat Maulud Nikah dan Tingkuang 203
3.6 Sinkretisme dalam Adat Kematian 205
3.6.1 FASA 1: Semasa Jenazah Berada di Atas Rumah 206
3.6.1.1 Adat Angahulami, Duaa Turun Napas dan Maglugu’ 207
3.6.2 FASA 2: Semasa Hari Pangkubulan 209
3.6.2.1 Proses Amandi Mayat 210
3.6.2.2 Proses Angapan Janajah, Sambahayang dan Pangkubulan 211
3.6.3 FASA 3: Selepas Pengebumian 213
3.6.3.1 Adat Magjaga-Jaga 213
3.6.3.2 Adat Pabangkai-Bangkaian 215
3.6.3.3 Adat Magbahangi/Magkuruhallah 216
3.6.3.4 Adat Mematuhi Pantang Larang Kematian 218
3.7 Kesimpulan 219
BAB 4: UNSUR SINKRETISME DALAM URUF DAN ADAT MASYARAKAT
BAJAU KOTA BELUD
4.1 Pengenalan 226
4.2 Latar Belakang Masyarakat Bajau Kota Belud 227
4.3 Sinkretisme dalam Adat yang Berkaitan Kepercayaan Tradisi 229
4.3.1 Adat dan Kepercayaan Tradisi Berkaitan Semangat dan Roh 237
4.3.2 Adat dan Kepercayaan Tradisi Berkaitan Mangat 243
4.3.3 Adat dan KepercayaanTradisi Saksagan 247
4.3.4 Adat dan Tradisi Berkaitan Perbomohan dan Tangkal Azimat 249
xii
4.4 Sinkretisme dalam Adat Kehamilan-Kelahiran 254
4.4.1 Adat Tempah Penguling dan Adat Ngurut 255
4.4.2 Adat Menyambut Kelahiran 258
4.4.2.1 Amalan Azan dan Iqamat 258
4.4.2.2 Adat Ngubur Tembuni 259
4.4.2.3 Adat Cukur Jambul 261
4.4.2.4 Adat Berkhatan 263
4.4.3 Adat Nimbang 264
4.4.4 Adat Nitikan Anak 267
4.4.5 Adat Mematuhi Pantang Larang Kehamilan-Kelahiran 268
4.5 Sinkretisme dalam Adat Perkahwinan 271
4.5.1 Adat Tilau-Tilau Laan 272
4.5.2 Adat Pesorong Mendo dan Seruan 275
4.5.3 Adat Norong 278
4.5.4 Adat Mandi Badak 279
4.5.5 Adat Moso Kawin dan Setanding 282
4.5.6 Adat Ngendo dan Ngedede 284
4.6 Sinkretisme dalam Adat Kematian 286
4.6.1 FASA 1: (Persediaan Awal Sebelum Kematian) 290
4.6.2 FASA 2: (Adat dan Amalan Sebelum dan Semasa Pengebumian) 291
4.6.2.1 Proses Memandikan Jenazah 291
4.6.2.2 Proses Mengkafankan Jenazah 293
4.6.2.3 Proses Menyembahyangkan dan Mengkebumikan Jenazah 294
4.6.3 FASA 3: (Adat dan Amalan Selepas Pengebumian) 297
4.6.3.1 Adat Bejogo 298
4.6.3.2 Adat Bangkai-Bangkaian 300
4.6.3.3 Adat Mangan Bangi 302
4.6.3.4 Adat Ngeduang 304
4.6.3.5 Adat Mematuhi Pantang Larang Kematian 306
4.7 Kesimpulan 308
xiii
BAB 5: ANALISIS HUKUM
5.1 Pengenalan 314
5.2 ‘Urf Dan Adat Tradisi Bajau Menurut Perspektif Islam 316
5.2.1 Perspektif Pertama: Unsur Nilai Ibadat Dalam Adat 317
5.2.2 Perspektif Kedua: Unsur Nilai Adat Dalam Ibadat 319
5.2.3 Perspektif Ketiga: Unsur Nilai Adat yang Dimanifestasikan 320
5.3 Analisis Hukum Tentang Sinkretisme dalam Adat yang Berkaitan 322
Kepercayaan Tradisi
5.3.1 Analisis Hukum Adat Magombo' dan Ngalai 323
5.3.2 Analisis Hukum Adat Perbomohan dan Tangkal Azimat 334
5.3.3 Analisis Hukum Adat Berkaitan Tulah (Kebusungan/Saksagan) 343
5.3.4 Analisis Hukum Kepercayaan Berkaitan Mangat (Hantu) 347
5.3.5 Analisis Hukum Adat Berkaitan Sihir 353
5.4 Analisis Hukum Berkaitan Sinkretisme dalam Adat Kehamilan-Kelahiran 357
5.4.1 Analisis Hukum Adat Berkaitan Menyambut Kelahiran Bayi 358
5.4.1.1 Analisis Hukum Adat Ngubur Tembuni 359
5.4.1.2 Analisis Hukum Adat Maggunting (Cukur Jambul) 363
5.4.2 Analisis Hukum Adat Magtimbang/Nimbang 370
5.4.3 Analisis Hukum Adat Nitikan Anak 374
5.4.4 Analisis Hukum Adat Maglenggang/ Ngurut 377
5.4.5 Analisis Hukum Pantang Larang Kehamilan-Kelahiran 382
5.5 Analisis Hukum Berkaitan Sinkretisme dalam Adat Perkahwinan 388
5.5.1 Analisis Hukum Adat Magtilau/ Tilau-Tilau Laan (Merisik) 390
5.5.2 Analisis Hukum Adat Magpahanda/ Seruan (Meminang) dan 394
Adat Isi Kahwin/ Norong (Adat Hantaran)
5.5.3 Analisis Hukum Adat Mandi Badak dan Adat Berinai 398
5.5.4 Analisis Hukum Adat Magbatal dan Magsanding 403
5.5.5 Analisis Hukum Adat Tingkuang/ Ngendo 408
5.5.6 Analisis Hukum Adat Maulud Nikah 411
xiv
5.6 Analisis Hukum Berkaitan Sinkretisme dalam Adat Kematian 414
5.6.1 Analisis Hukum Adat Pengurusan Jenazah 416
5.6.1.1 Analisis Hukum Adat Angahulami Mayat dan 417
Adat Dua Turun Napas
5.6.1.2 Analisis Hukum Amalan Amandi Mayat 421
5.6.1.3 Analisis Hukum Adat Pesuk/Pesohok 427
5.6.2 Analisis Hukum Adat Memasang Guris 430
5.6.3 Analisis Hukum Adat Magjaga-Jaga/Bejogo dan Bangkai-Bangkaian 436
5.6.4 Analisis Hukum Adat Maglugu’ 443
5.6.5 Analisis Hukum Adat Magbahangi/Mangan Bangi 446
5.6.6 Analisis Hukum Adat Ngeduang 454
5.6.7 Analisis Hukum Adat Pantang Larang Berkaitan Adat Kematian 456
5.7 Kesimpulan 490
BAB 6: PENUTUP
6.1 Pengenalan 494
6.2 Rumusan 494
6.3 Saranan dan C adangan 514
6.3.1 Saranan Kepada Majlis Fatwa Sabah 514
6.3.2 Saranan Kepada Jabatan Agama Islam 515
6.3.3 Saranan Kepada Golongan Masyarakat 516
6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 517
6.5 Kesimpulan 518
RUJUKAN
LAMPIRAN
xv
SENARAI RAJAH
Rajah 2.1: Bentuk-Bentuk Sinkretisme
Rajah 2.2: Kerangka Sinkretisme dalam ‘Urf dan Adat
Rajah 2.3: Model Proses Sinkretisme dalam Masyarakat Bajau
Rajah 2.4: Model Bentuk Kajian Sinkretisme dalam Adat Masyarakat Bajau
Rajah 3.1: Kronologi Adat Kehamilan-Kelahiran Bajau Semporna
Rajah 3.2: Kronologi Adat perkahwinan masyarakat Bajau Semporna
Rajah 3.3: Kronologi Adat Kematian Bajau Semporna
Rajah 3.4: Penyelenggaraan adat masyarakat Bajau Semporna
Rajah 4.1: Kosmologi Bajau
Rajah 4.2: Kronologi Adat Kelahiran Bajau Kota Belud
Rajah 4.3: Kronologi Adat Perkahwinan Bajau Kota Belud
Rajah 4.4: Kronologi Kematian Bajau Kota Belud
xvi
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1: Rumusan Sinkretisme Dalam Adat Masyarakat Bajau Semporna
Jadual 4.1: Rumusan Sinkretisme Dalam Adat Masyarakat Bajau Kota Belud
Jadual 5.1: Ringkasan Kepercayaan Tradisi Bajau Menurut Perspektif Islam
Jadual 5.2: Ringkasan Adat Kelahiran Bajau Menurut Perspektif Islam
Jadual 5.3: Ringkasan Adat Perkahwinan Bajau Menurut Perspektif Islam
Jadual 5.4: Ringkasan Adat Kematian Bajau Menurut Perspektif Islam
Jadual 6.1: Rumusan ‘Urf dan Adat Masyarakat Bajau Menurut Perspektif Islam
Jadual 6.2: Rumusan Persamaan dan Perbandingan Adat Masyarakat Bajau Semporna dan
Kota Belud
xvii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
APIUM : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Bil : Bilangan
Cet. : Cetak
Dr : Doktor
Edit. : Editor
Et al., : dan rakan-rakan
Hj. : Haji
H. : Halaman
Ibid. : Ibidem yakni rujukan bagi bagi halaman
JHEAINS : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
Jil. : Jilid
Kg. : Kampung
MUIS : Majlis Ugama Islam Semporna
Pg : Page
Prof. : Profesor
PSS : Persatuan Siswazah Sabah Semporna
SAW : Sallahu ‘Alaihi Wasallam
Sdn. Bhd : Sendirian Berhad
SWT : Subhanallah Wata’ala
t.t : Karya tanpa tarikh
t.tp : Karya tanpa tempat
t.p : Karya tanpa penerbit
Terj : Terjemahan
USIA : United Sabah Islamic Association
xviii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1: Adat Kelahiran Bajau Kota Belud Dan Semporna
Lampiran 2: Adat Perkahwinan Bajau Kota Belud Dan Bajau Semporna
Lampiran 3: Adat Berkaitan Kepercayaan Tradisi Bajau Kota Belud (Amalan Nelus dan
Ngalai)
Lampiran 4: Adat Berkaitan Kepercayaan Tradisi Bajau Semporna (Amalan Magombo’)
Lampiran 5: Batu Nisan Masyarakat Bajau dari Suku Kaum Omadal
Lampiran 6: Adat Menyambut Maulidur Rasul Di Daerah Semporna Sabah
Lampiran 7: Adat Kenduri Arwah, Adat Maglugu’ dan Bangkai-Bangkaian
Lampiran 8: Contoh Soalan Temu Bual
xix
JADUAL TRANSLITERASI
i- Huruf Konsonan
Huruf Arab Nama Huruf Latin
Alif a أ
ba’ b ب
ta’ t ت
tha’ th ث
Jim j ج
ha’ h ح
kha’ kh خ
Dal d د
Dhal dh ذ
ra’ r ر
Zay z ز
Sin s س
Syin sy ش
Sad s ص
Dad d ض
ta’ t ط
za’ z ظ
´ ayn’ ع
Ghayn gh غ
xx
fa f ف
Qaf q ق
Kaf k ك
Lam l ل
Mim m م
Nun n ن
Waw w و
ha’ h ه
ya’ y ي
ta’ marbutah h ة
ii- Huruf Vokal
Vokal Huruf Arab Huruf Latin
Pendek
( fathah ) a
( dammah ) u
( kasrah ) i
Panjang
a آ
u او
يا i
وا aw