UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PEMIKIRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB DARI ASPEK INTERTEKSUALITI
FBMK 2005 18
PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB
DARl ASPEK INTERTEKSTUALITI
RAJA RAJESWARI N P SEETHA RAMAN
MASTER SASTERA UNlVERSlTl PUTRA MALAYSIA
2005
PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB DARl ASPEK INTERTEKSTUALITI
Okh
RAJA RAJESWARI AIP SEETHA M M A N
Tesis Ini dikemukakan Kepada Sekola h Pengajian Siswaza h Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan ljazah Master Sastera
April 2005
cDia6adiik$n kenangan ini 6ersama
Suami tnzinta %?enugopaC&mugam yang sentiara tenan., tekun, telw dahm mem6im6in.k~ t&? mercu kjayaan tanpamu daku takmung@n wnginja~pncak/iegemilbngan
3 nakanak Kaml~aravanan & lanujaa y a w sentiara ta6ah menernani libn menginngi dahm suka duka yang menjengu&ejeruikh &hidupan tanpamu daku takmung&n menggapai pohon impion
1 6 ~ tersayng @hanumathi & Ilianabtchumi yang takalja mengiri h h i n dan rohuni likngan motivasi dan inspiri ' a6adii dahm menghrungi hidup yang m a h dun dun &ng& tanpamu daku takmung@n memeti& 6uah kejayaan
gyah yang tehh &m6aCi menemui I M i tapi Msiliatnya tetap terakam dahm dkn mnnon /@ram dipetikdanpada seprpztian pengahrnan dan pengamatan ha&&
Kgjayaan& d a d a &jayam t&din semoga hutan ca6aran daku wnjadii angin pedoman dahm s u k m putera puten& dahm mehyan samudera mern6ara dan wrangkuCpeh6uhn jaya!
Raja !&ajeswari Seetha Raman %Qong
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sastera
PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB DARI ASPEK INTERTEKSTUALITI
Oleh
RAJA RAJESWARI AIP SEETHA RAMAN
April 2005
Pengerusi: Samsina Abd. Rahman, PhD
Fakulti: Bahasa Moden dan Komunikasi
Uthaya Sankar SB merupakan penulis generasi baru yang gemar
menghasilkan cerpen-cerpen yang bercorak eksperimental. Cerpen-
cerpen penulis generasi baru sering dikatakan sukar difahami, abstrak
serta memerlukan daya taakulan yang kritis.Justeru, 66 buah cerpen
Uthaya Sankar SB daripada Kumpulan cerpen Orang Dimensi, Sim
Kambam, Surat dari Madras, Sasterawan Pulau Cinta serta cerpen-cerpen
eceran yang tersiar dalam media cetak perdana sehingga tahun 2000 dikaji
untuk menentukan corak pemikiran, teknik penceritaan yang dominan serta
pengaruh intertekstualiti yang ketara dalam cerpen-cerpen tersebut.
Melalui penerapan teori intertekstualiti dapat diketahui bagaimana proses
intertekstualiti mempengaruhi penciptaan sesebuah cerpen, prinsip-prinsip
yang dominan serta pengaruh unsur-unsur luaran dalam menentukan
corak pemikiran serta teknik penceritaan yang pelbagai dalam karya. Hasil
analisis juga mernbuktikan bahawa karya adalah cerrninan diri pengarang
kerana unsur-unsur luaran dalam teori intertekstualiti seperti unsur tradisi,
sosial, budaya, sejarah, falsafah, pembacaan, pengalaman dan ideologi
tetap berdialog dengan unsur-unsur dalarn diri pengarang ketika proses
penciptaan. Cerpen-cerpen Uthaya Sankar SB yang sating melengkapi
bagai jaringan web dapat difahami melalui penerapan teori intertekstualiti.
Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Master of Art
THOUGHTS AND THE INFLUENCE OF INTERTEXTUALITY THEORY IN UTHAYA SANKAR SB'S SHORT STORIES
BY
RAJA RAJESWARI A/P SEETHA RAMAN
April 2005
Chairman: Samsina Abd. Rahman, PhD
Faculty: Modem Languages and Communication
Uthaya Sankar SB is a young, talented writer of the new generation. His
stories are experimental. The short stories of the young generation are
often said of high quality and to understand their stories requires analytical
and critical thinking. Sixty six short stories of Uthaya Sankar SB compiled
into four books namely, Orang Dimensi, Siru Kambam, Surat dari Madras,
Sasterawan Pulau Cinta and short stones published in newspapers and
magazines till year 2000 were analysed to understand the thoughts,
techniques of writing and the influence of intertextuality theory in these
short stories. By knowing the intertextualrty theory, one could understand
the influence of thoughts and interpretation of the writer better. My study
concludes that the output of the short story is influenced by external and
internal factors in the theory of intertextuality such as tradition, social,
culture, history, philosophy, reading, experience and ideology. The short
stories of Uthaya Sankar SB are interlocked and to understand his short
stories one should know the theory of intertextuality.
PENGHARGAAN
Pengkaji mengarnbil kesempatan ini demi melafaz selaut syukur kepada llahi
kerana pengkaji akur tanpa rahmat, berkat serta cahaya hidayah-Nya mustahil
untuk pengkaji menyiapkan tesis ini yang lama tertangguh tanpa penyeliaan
pensyarah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada Dr.
Samsina Abd. Rahman yang sudi menjadi penyelia pengkaji sebaik sahaja
nama beliau pengkaji calonkan selepas melantik Jawatankuasa Penyeliaan
yang baru pada tahun 2002. Tanpa sokongan, bimbingan, panduan serta
bantuan beliau sukar untuk pengkaji menyiapkan tesis sa jana ini. Segala
jasa beliau akan tetap terakam dalam diari memori pengkaji. Hanya Yang
Maha Esa yang boleh membalas segala jasa dan budi beliau.
Jutaan terima kasih juga disampaikan kepada Pn. Hajah Halimah Hassan
serta Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Kasim yang sudi menjadi Ahli Jawatankuasa
Penyeliaan serta bersedia menghulurkan bantuan sepanjang tempoh
pengajian pengkaji. Segala nasihat serta panduan mereka akan pengkaji
kenang sepanjang hayat. Pengkaji juga tidak lupa untuk merakamkan ucapan
terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dari Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia yang turut berkongsi pengetahuan dan
pandangan yang berguna sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada
saudara Uthaya Sankar SB yang sudi menyerahkan segala buku serta bahan
yang berkaitan dengan diri beliau untuk tujuan penyelidikan. Ini memudahkan
pengkaji untuk menjalankan penyelidikan. Beliau juga sudi meluangkan masa
untuk diwawancara. Kerjasama dan sokongan beliau amat dihargai oleh
pengkaji.
Pengkaji turut menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada
kakitangan Perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib
Negara dan Perpustakaan Negara, yang sentiasa bersedia untuk membantu
pengkaji setiap kali pengkaji berkunjung ke tempat mereka untuk membuat
rujukan.
Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu, suami serta anak-
anak pengkaji yang memahami tanggungjawab pengkaji serta mengiringi
pengkaji dalam suka dan duka sepanjang tempoh pengajian ini.
vii
Terima kasih juga kepada Pn. Rusnah Mohd Shariff yang sudi menaip tesis ini
tanpa mengira penat lelah serta setiap individu yang membantu secara
langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh penulisan tesis ini. Terima
kasih daun keladi.
Semoga Yang Maha Esa melindungi dan melimpahkan rahmat-Nya kepada
mereka.
RAJA RAJESWARI AIP SEETHA RAMAN No 1009, Jalan E411
Taman Ehsan 521 00 Kepong Kuala Lumpur
Julai 2005
Saya mengesa h kan ba hawa Jawatankuasa Peperiksaan Tesis bagi Raja Rajeswari alp Seetha Raman telah mengadakan peperiksaan akhir pada 14 April 2005 untuk menilai tesis Master Sastera beliau yang bertajuk "Pemikiran dalam Cerpen Uthaya Sankar SB dari Aspek Intertekstualiti" mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Peperiksaan Tesis memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut:
Ahmad Mahmood Musanif, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
Arba'ie Sujud, PhD Pensyara h Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemerikss Dalam)
Mohd Zariat Abdul Rani, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam)
Mohamad Mokhtar Abu Hassan, PhD Profesor Madya Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (Pemeriksa Luar)
n A ~ U L RASHID, PhD
Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
Tarikh: 2 1 JUL 2005
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi keperluan untuk ljazah Master Sastera. Anggota Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:
Samsina Abd Rahman, PhD Pensyara h Fakulti Bahasa Moden dan Kornunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
Halimah binti Hassan, M.A Pensyara h Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli)
Mohamd bin Hj. Kasim, M.A Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli)
AlNl IDERIS, PhD ProfesorIDekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
PERAKUAN
Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tiiak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi-intitusi lain.
RAJA WESWARI A@ SEETHA RAMAN
Tarikh: 2OJULA12005
IS1 KANDUNGAN
Halaman
DEDlKASl ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH
BAB
I PENDAHULUAN Pengenalan Pandangan Tokoh Sastera Akan Karya Penulis
Generasi Baru Penyataan Masalah Kepentingan Kajian Objektif Kajian Batasan Kajian DEFlNlSl KONSEP Takrifan "Pemikiran" DEFlNlSl OPERASIONAL
II SOROTAN LITERATUR Pengenalan
Ill METODOLOCI KAJIAN Pengenalan Kaedah Kepustakaan Kaedah Wawancara Kaedah Analisis Dengan Menggunakan Pendekatan
lntertekstualiti Sejarah Perkembangan Teori lntertekstualiti
Semasa Proses Pembacaan Semasa Proses Pemahaman dan Penilaian Semasa Proses Penulisan
Intertekstualiti: Beberapa Pemahaman Awal Prinsip-Prinsip Dalam Teori lntertekstualiti Transformasi Modifikasi
ii iii v vi ix xi xiv XV
xii
Ekspansi Haplolog i Demitefikasi Oefamiliarisasi Konversi Ekserp Paralel
IV PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB BERMARKAN TEORi tNTERTEKSTUALITI Pengenalan Keadilan Sosial Adat Dan Kepercayaan Cinta, Kasih Sayang Dan Persahabatan Politik Agama Nilai-Nilai Kemanusiaan Nilai Kemanusiaan Yang Positif Nilai Negatif
V RUMUSAN DAN KESIMPULAN Pengenalan
BlBLlOGRAFl LAMPI RAN BIODATA PENULIS
xiii
SENARAI JADUAL
Jadual
Judul Cerpen, Sumber, Tahun Terbit
Pengagihan Aspek-Aspek Pemikiran, Jumlah Dalam Peratusan
Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Keadilan Sosial
Analisis Pemikiran Keadilan Sosial Dari Perspektif lntertekstualiti
Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Adat dan Keperca yaan
Analisis Pemikiran Adat dan Kepercayaan Dari Perspektif lntertekstualiti
Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran, Cinta, Kasih Sayang dan Persahabatan
Analisis Pemikiran Cinta, Kasih Sayang dan Persahabatan Dari Perspektif lntertekstualiti
Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Politik
Analisis Pemikiran Politik Dari Perspektif lntertekstualiti
Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Agama
Analisis Pemikiran Agama Dari Perspektif lntertekstualiti
Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Nilai-Nilai Kemanusiaan
Analisis Pemikiran Nilai-Nilai Kemanusiaan Positif Dari Perspektif lntertekstualiti
Analisis Pemikiran Nilai-Nilai Kemanusiaan Negatif Dari Perspektif lntertekstualiti
Corak Pemikiran, Bilangan Dan Peratusannya
Halaman
21
68
72
74
128
129
1 76
177
203
204
223
224
240
240
241
259
xiv
SENARAI RAJAH
Rajah
1 Teori Dialogisme dan Teori lntertekstualiti
2 Prinsip lntertekstualiti
Transforrnasi Modifikasi Ekspansi Haplologi Demitefikasi Defamiliarisasi Konversi Ekserp Paralel
3 Proses lntertekstualiti
Halaman
BAB l
PENDAHULUAN
Pengenalan
Dekad 1990-an membuka dimensi baru dalam dunia persuratan Melayu
khususnya dalam genre cerpen. Dalam dekad ini lahir sekelompok penulis
yang dikenali sebagai penulis generasi baru. Banyak pandangan telah
diberi mengenai istilah penulis generasi baru ini oleh tokoh-tokoh sastera
serta peneliti sastera tanah air.
Othman Puteh daiam Dewan Sastera (1996: 81-87) mengkategorikan
mereka sebagai penulis generasi baru atau penghasil karya jalur kedua
kerana mereka membebaskan diri daripada jalur konvensional, berhijrah
daripada kepompong yang sedia wujud, dan melakukan deviasi dan
inovasi dalam karya-karya mereka. Deviasi dan inovasi dalam karya-karya
mereka bukan sahaja ketara dari segi pengucapan pemikiran, muatan
subjek cerita yang cenderung kepada penerokaan, bernada agresif dan
ditunjangi dengan penyelidikan yang rapi malah juga dari segi langgam
penceritaan.
Selain Othman Puteh, Marsli N.0 (Berita Harian, 1999: 7 ) juga memberi
pandangan beliau terhadap istilah penulis generasi baru ini. Menurut
beliau, semua penulis yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan,
yang aktif berkarya dari tahun 1980-an hingga 1990-an serta yang
membawa gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat subjek cerita
dikenali sebagai pengarang generasi baru atau generasi sasterawan yang
terkemudian. Generasi sasterawan yang terkemudian ini menurut beliau
tidak lagi terkongkong di bawah panji realisme sebaliknya melakukan
transformasi kepada aliran lain seperti surealisme, absurdisme dan
neorealisme.
Selain Othman Puteh dan Marsli N.0, Hizairi Othman turut memberi
pandangan beliau terhadap istilah generasi baru ini. Menurut Hizairi
Othman (Dewan Sastera, 1999: 26-27), pengarang generasi baru ini boleh
dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama merujuk kepada
penulis yang aktif berkarya dan mula mencipta nama mereka dalam dekad
1980-an dan yang masih meneruskan konsistensi mereka sehingga
pertengahan dekad 1990-an. Mereka yang dimaksudkan ialah Zaen
Kasturi, S M Zakir, Daeng Ramliakil, Azmah Nordin, Mohd Nasruddin, dan
Zainal Rashid Ahmad. Kelompok yang kedua pula merujuk kepada penulis
yang muda dan baru seperti Mawar Shafei, Faisal Tehrani, Nisah Haron
dan Uthaya Sankar SB yang aktif dan menonjol pada akhir era 1990-an
iaitu dari tahun 1996 hingga kini.
Pandangan Nisah Haron, iaitu salah seorang penulis yang tergolong dalam
kategori penulis generasi baru juga sama seperti Hizairi Othman. Nisah
Haron (Dewan Sastera, 1998: 21-22) berpendapat istilah penulis generasi
baru merujuk kepada penulis yang aktif berkarya sejak awal dekad 1980-
an hingga kini.
Seorang lagi tokoh sastera yang sependapat dengan Hizairi Othman dan
Nisah Haron ialah Rahman Shaari. Beliau yang diwawancara oleh Zaiton
Abu Sama h (Dewan Sastera, 1999: 30-3 1) mengatakan ba hawa istila h
penulis generasi baru merujuk kepada penulis yang muncul sesudah dua
generasi selepas perang. Penulis yang tergolong dalam kategori generasi
pertama selepas perang ialah Shahnon Ahmad, A.Samad Said, lshak Haji
Muhammad, Keris Mas serta penulis-penulis yang aktif dalam dekad 1950-
an dan 1960-an, manakala generasi kedua pula diwakili oleh Anwar
Ridhwan, Razak Mamat, Ali Majod, A. Rahim Abdullah, Othman Puteh,
Fatimah Busu, Anis Sabirin, dan penulis lain yang aktif berkarya dalam
dekad I 970-an dan 1980-an. Justeru, pengarang generasi baru menurut
Rahman Shaari ialah penulis yang muncul pada akhir dekad 1980-an
hingga kini yang gigih menghasilkan karya yang bermutu seperti Rahimidin
Zahari, Talib Y.K, Marsli N.0, Daeng Ramliakil, Zaen Kasturi, Muhd
Nasruddin Dasuki, S M Zakir, Gunawan Mahmood, Jong Chian Lai, Azmah
Nordin, A.Karim Kadir, Daniel Jebon Jenaun, Jais Sahok, Hizairi Othman,
Faisal Tehrani, Mawar Shafei, Nisah Haron, Saroja Theavy Balakrishnan
dan Uthaya Sankar SB (Zaiton Abu Samah, 1999:30-31).
Jika Hizairi Othman, Nisah Haron dan Rahman Shaari mengkategorikan
mereka sebagai penulis generasi baru berdasarkan dekad pembabitan
mereka dalam jagat penulisan kreatif, maka Faisal Tehrani menggolongkan
mereka sebagai pengarang generasi baru berdasarkan gaya penceritaan
mereka. Menurut Faisal Tehrani (Berita Harian, 1999: 7), pengarang
generasi baru ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok
pertama ialah penulis yang muncul dengan gaya non-konvensional pada
awal dekad 1990-an seperti Zaen Kasturi, Marsh N.0, Daeng Ramliakil,
dan S.M Zakir, manakala kelompok kedua terdiri daripada pengarang
muda yang diketengahkan bakat mereka melalui Minggu Penulis Remaja
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Hizairi Othman, Faisal
Tehrani, Mawar Shafei, Nisah Haron dan Uthaya Sankar SB yang turut
memperlihatkan gaya yang bukan konvensional dalam karya-karya
mereka.
Daripada pandangan beberapa orang tokoh dan peneliti sastera dapat
dibuat rumusan bahawa istilah penulis generasi baru merujuk kepada
penulis muda yang muncul pada awal dekad 1980-an, yang rata-rata
membebaskan diri mereka daripada rantai konvensi dan mula melakukan
inovasi serta deviasi dalam karya-karya mereka.
Pandangan Tokoh Sastera Terhadap Karya Penulis Generasi Baru
Pembaharuan yang dibawa oleh penulis generasi baru ini telah
menimbulkan pelbagai kontroversi dalam kalangan tokoh-tokoh sastera.
Othman Puteh (Dewan Sastera, 1996: 82) berpendapat bahawa hasil karya
pengarang generasi baru ini memperlihatkan keunikan, bergaya baru
dengan muatan yang baru dan memperlihatkan keunikan dan keyakinan
diri pengarang yang mengucapkannya. Menurut beliau lagi dalam satu
wawancara oleh Zaiton Abu Samah (Dewan Sastera, 1998: 86), jika
pengarang generasi baru ini tidak berhijrah daripada kepompong yang
sedia wujud, maka tidak akan wujud bentuk atau kepompong yang lain dan
pembaca tidak akan menemui kepelbagaian dalam penulisan karya kreatif.
Justeru adalah wajar bagi pengarang generasi baru untuk melakukan
penghijrahan dari segi idea dan teknik penceritaan dalam karya-karya
mereka, sejajar dengan gaya hidup zaman ini yang lebih mencabar.
Jika Othman Puteh berpendapat bahawa corak penulisan pengarang
generasi baru sesuai dengan gaya hidup zaman ini yang lebih mencabar,
maka pandangan yang dikemukakan oleh A. Samad Said berhubung
dengan corak penulisan pengarang generasi baru pula agak bertentangan.
A.Samad Said dalam satu wawancara dengan Zaiton Abu Samah (Dewan
Sastera, 1999: 31) menjelaskan bahawa penulis generasi baru ini gemar
mengacau sejarah serta gemar mengupas ilmu atau disiplin secara
terperinci dalam karya-karya mereka. Menurut beliau lagi, ilmu tidak perlu
diperincikan sebab karya adalah cerminan hati serta pengalaman
pengarang yang disampaikan melalui bahasa yang indah. Justeru beliau
tidak bersetuju dengan corak penulisan mereka yang memberi lebih
penekanan kepada ilmu bantu dalam sesebuah karya. Beliau bimbang
tindakan penulis generasi baru yang menitikberatkan ilmu bantu akan
menyebabkan mereka cepat jatuh, sebagaimana cepatnya mereka naik.
Pandangan A.Samad Said turut disokong oleh seorang lagi tokoh sastera
iaitu Rahman Shaari ketika diwawancara oleh Zaiton Abu Samah. Menurut
Rahman Shaari (Dewm Sastera, 1999: 30), karya pengarang generasi
baru ini sukar difahami dan mengambil masa yang panjang untuk dicari
makna dalam karya mereka. Penggunaan istilah-istilah yang sukar dalam
karya mereka menunjukkan seolah-olah pengarang generasi baru ini ingin
menunjukkan kepada khalayak pembaca akan ilmu yang mereka kuasai.
Seorang lagi tokoh sastera yang sependapat dengan Rahman Shaari ialah
A. Rahim Abdullah. Menurut A. Rahim Abdullah (Dewan Sastera, 1998:
93-94), beliau tidak menyenangi konsep karya eksperimental kerana
menurut beliau sesebuah karya seharusnya difahami oleh pembaca
terbanyak dan bukan oleh kelompok tertentu sahaja. Pandangan A. Rahim
Abdullah ini turut disokong oleh Osman Ayob. Menurut Osman Ayob
(Dewan Sastera, 1998: 95) karya beberapa orang pengarang generasi
baru seperti Zaen Kasturi, Faisal Tehrani, Mawar Shafei, Marsli N.0 dan
Hizairi Othman menyimpang daripada gaya konvensional, kompleks,
cenderung kepada gaya eksperimental sehingga sukar difahami bukan
sahaja oleh pembaca biasa, malah pengkaji dan pencinta sastera.
Menurut beliau lagi, dalam karya-karya mereka sukar dicari inti persoalan
serta mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dan beliau bimbang
karya eksperimental oleh pengarang generasi baru ini akan menerima
nasib yang sama, seperti puisi kabur oleh Noor S.1, A.S Amin dan
M.Ghazaii. Hasil karya mereka tidak mendapat tempat di jiwa khalayak
pembaca kerana tidak dapat dihayati oleh semua lapisan pembaca akibat
kesu karannya.
Zaiton Abu Samah turut menyokong pandangan Osman Ayob. Menurut
Zaiton Abu Samah (Dewan Sastera, 1998: 46), karya pengarang generasi
baru ini bercorak eksperimental, mengacau sejarah, kabur, mengambil
masa yang lama untuk difahami serta bermasalah untuk dibaca kerana
mereka menggunakan istilah yang menakjubkan, plot yang berimaginasi
dan tema yang tidak logik. Menurut beliau lagi, pengarang generasi baru
ini seharusnya menulis untuk masyarakat ramai dan bukannya untuk
segelintir manusia sastera yang memahami teori dan falsafah sahaja.
Walau bagaimanapun, pandangan Zaiton Abu Samah bahawa karya
pengarang generasi baru ini tidak dapat difahami dengan mudah oleh
khalayak bukan sasterawan ini disangkal oleh Marsli N.O. Menurut Marsli
N.0 (Dewan Sastera, 1997: 91), hasil karya pengarang generasi baru ini
tidak segera dapat dicerna oleh khalayak bukan sasterawan kerana suara
yang didendangkan oleh pengarang generasi baru ini berlainan dengan
konsep "Seni Untuk Masyarakat" yang disemboyankan oleh generasi
Angkatan Sasterawan 1950-an. Menurut beliau lagi, jika generasi
sasterawan Angkatan 1950-an mengutarakan persoalan serta
permasalahan masyarakat secara langsung dalam karya-karya mereka
maka pengarang generasi baru ini mengutarakan persoalan serta
permasalahan itu melalui lambang, tanda atau alegori. Justeru tidak wajar
untuk merungut bahawa karya pengarang generasi baru ini sukar dicerna
atau difahami semata-mata kerana teknik persembahan mereka berlainan.
Pandangan Marsli N.0 turut disokong oleh Faisal Tehrani yang tergolong
dalam kategori penulis generasi baru. Menurut Faisal Tehrani (Dewan
Sastera, 1998: 17), ada segelintir pengarang generasi baru yang gemar
bereksperimen dan karya-karya mereka adalah terlalu kabur. Tetapi
adalah tidak adil jika menuduh bahawa semua pengarang generasi baru
menghasilkan karya yang pelik kerana yang berbuat demikian hanya
beberapa orang sahaja. Menurut beliau lagi (Benta Harian, 1999: 7), karya
majoriti penulis generasi baru lebih bersifat sederhana dan mudah difahami