UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KPR 5063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN:
PENGGUNAAN ‘KONSEP AB.LEH’ DALAM
MENGENALPASTI KEDUDUKAN ITEM-ITEM PADA
BAHAGIAN DEBIT DAN KREDIT DALAM MATA
PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, KUANTAN
PAHANG.
KUMPULAN: E
DEVAKI A/P KANAGA RETNAM L20101005982
CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN L20101006001
DISEDIAKAN UNTUK: DR.HJ
ABD LATIF HJ GAPOR
ISI KANDUNGAN
Perkara Mukasurat 1.0 Tajuk Kajian 1
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji 1
3.0 Latar Belakang Kajian 1 4.0 Pernyataan Masalah 2
5.0 Objektif Kajian 3
6.0 Metodologi Kajian 4
6.1 Ulasan Karya 4-5
6.2 Reka Bentuk Kajian 6-7
6.3 Sasaran Kajian 7
6.4 Instrumen Kajian 7-8
6.5 Metod Analisis 8
7.0 Kesignifikanan Kajian 9-11
8.0 Kesimpulan 12
9.0 Anggaran Perbelanjaan 13
10.0 Jadual Kerja 13
Lampiran
Rujukan
1.0 Tajuk Kajian
Penggunaan „Konsep AB.LEH‟ Dalam Mengenalpasti Kedudukan Item-Item Pada Bahagian
Debit dan Kredit Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat Adil, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang.
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji
Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama-nama
guru dalam Jawatankuasa adalah:
1. Cik. Devaki A/P Kanaga Retnam
2. Cik. Chitra Devi A/P Raja Krishnan
3.0 Latar Belakang Kajian
Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan
individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan
reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat,
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti
yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah
berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu
peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
nilai-nilai murni, adab dan etika perakaunan disepadukan secara langsung dan tidak langsung.
Pendekatan yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai
kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara
kritis dan reflektif.
Dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan didedahkan tentang konsep dan prinsip
asas perakaunan, proses lengkap penyediaan penyata kewangan, perancangan kewangan dan
pengurusan pengrekodan. Pendekatan kontekstual yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan
penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan
kontekstual. Gabungan kedua-dua pendekatan ini akan mendorong naluri ingin tahu murid dan
menjadikan pembelajaran suatu aktiviti yang bermakna kepada mereka. Aspek teori yang
memerlukan kemahiran berfikir (minds-on) dan kemahiran melakukan (hands-on) disepadukan
untuk mencapai objektif kurikulum dan memenuhi keperluan murid dalam pendidikan
perakaunan.
Konsep yang amat penting dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah debit dan kredit.
Pelajar perlu mahir dalam menentukan item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam
bahagian debit dan kredit dalam lejar. Dalam peperiksaan, format menjawab soalan adalah dalam
bentuk perekodan dan huraian penting amat diperlukan untuk memantapkan jawapan pelajar.
Dalam proses membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran mata pelajaran Prinsip
Perakaunan, pelajar perlu menguasai kemahiran penyelesaian masalah akaun melalui perekodan
dan pelajar perlu mengingati item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam bahagian debit
dan kredit. Oleh itu, melalui konsep AB.LEH pelajar dapat mencari penyelesaian dan seterusnya
mempraktikkan konsep tersebut dengan berkesan.
4.0 Pernyataan Masalah
Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima merupakan kesinambungan daripada pembelajaran
Tingkatan Empat. Hal ini bermakna segala konsep dan kaedah perakaunan yang dipelajari di
Tingkatan Empat merupakan asas yang digunakan dalam sesi pembelajaran Tingkatan Lima. Jika
pelajar gagal memahami konsep dalam sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat, hal ini akan
membawa kesan buruk terhadap pembelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan Lima kerana mata
pelajaran ini merupakan lanjutan di Tingkatan Lima. Kemahiran yang pelajar belajar di
Tingkatan Empat akan digunakan dalam pembelajaran Tingkatan Lima dengan lebih mendalam.
Hal ini menjadi sukar apabila pelajar gagal memahami konsep urusniaga dan gagal mengingati
kedudukan urusniaga tersebut sama ada dalam lejar debit dan kredit. Pelajar juga gagal
mengembangkan konsep urusniaga tersebut ke peringkat yang lebih mendalam dan kesukaran
pelajar dalam mengaitkan satu urusniaga dengan urusniaga yang lain. Oleh itu, melalui konsep
AB.LEH pelajar dapat mengingati konsep urusniaga dan kedudukan urusniaga tersebut dalam
lejar debit dan kredit. Keadaan ini akan memudahkan pelajar berfikir dan membuat keputusan
dengan cepat kerana pelajar akan berpegang pada satu konsep iaitu AB.LEH. Konsep ini akan
menerangkan lima konsep dan membantu pelajar menyusun setiap urusniaga dengan tepat jika
pelajar tersebut dapat memahami konsep AB.LEH dan latih diri dengan pelbagai soalan latihan.
Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada
kesukaran pelajar memahami konsep urusniaga perakaunan dan mengingati kedudukan
urusniaga di bahagian debit dan kredit. Pertama, tiadanya satu cara yang baik untuk pelajar
mengingati kedudukan urusniaga di bahagian debit dan kredit dan memahami setiap urusniaga
perakaunan serta mengembangkan konsep tersebut. Kedua, disebabkan oleh kegagalan
penggunaan Alatan Bantuan Mengajar (ABM) dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
5.0 Objektif Kajian
Objektif Am
Menggunakan konsep „AB.LEH‟ dalam pengajaran Prinsip Perakaunan supaya pelajar
dapat mengelaskan item-item mengikut debit dan kredit.
Objektif Khusus
Mengenalpasti proses asas dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Memudahkan pelajar untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira yang
menjadi asas dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik asas dalam mata pelajaran
Prinsip Perakaunan.
Menggunakan konsep „AB.LEH‟ dalam penyelesaian pengrekodan dokumen perniagaan.
Memperbaiki amalan pengajaran guru agar proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.
6.0 Metodologi Kajian
6.1 Ulasan Karya
Kesukaran untuk memahami bahasa perakaunan dan mengingati konsep-konsep urusniaga
perakaunan menjadi masalah bagi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan
di Tingkatan Empat. Abdul Rahman Bin Zainal (2007) menjalankan kajian berkaitan
meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata
pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah „magik huruf‟. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar Tingkatan 5 di
dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan
dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa
ditanya dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja
sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan
sebenar. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan
12 orang pelajar perempuan serta melibatkan seorang guru.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang
diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80
minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah
menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen
Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh
diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata
pelajaran yang lain.
Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat
rekod daripada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal
mengenalpasti buku catatan pertama yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku
tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan.
Pengkaji yakin beliau dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, sikap negatif dan pencapaian pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan
dapat diperbaiki. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap
sesuatu subjek.
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Pengkaji telah memperuntukan
2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar telah menjalankan
ujian pos 1, Lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2, sebulan selepas
itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhi borang kaji selidik untuk mendapatkan
pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya
pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar
meningkatkan pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba
menjawab soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik
semasa menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.
Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual-ruang dan
secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai
kecerdasan dominant di dalam Visual-Ruang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan
kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan
diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.
6.2 Reka Bentuk Kajian Model Kajian Tindakan Kemmis (1983)
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:-
Langkah 1 – Diagnosis
Kenalpasti masalah.
- Pelajar mengalami kesukaran dalam mengkategorikan item-item perakaunan dalam
bahagian debit dan kredit.
- Kegagalan guru dalam penggunaan ABM.
Langkah 2 – Perancangan tindakan
Pencarian penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan masalah.
- Menggunakan ujian pra dan ujian pos serta kaedah pemerhatian.
Langkah 3 – Mengambil tindakan
Memilih tindakan yang sesuai.
- Penggunaan konsep “AB.LEH” dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos serta
membuat kaedah pemerhatian.
Langkah 4 – Menilai
Mengkaji dengan menilai kajian tindakan yang sesuai.
- Mengenalpasti tahap kefahaman murid-murid dalam mengkategorikan item-item
perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit.
Langkah 5 – Tindakan spesifik
Kenalpasti tindakan penyelesaian.
- Penggunaan konsep “AB.LEH” dalam menyelesaikan masalah mengkategorikan
item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit.
6.3 Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian kami ialah daripada kumpulan guru dan juga
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang. Seramai dua orang guru
yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk Tingkatan Empat dan 21 orang pelajar
Tingkatan Empat Adil terlibat dalam kajian kami.
6.4 Instrumen Kajian
Kami akan menggunakan dua kaedah penggumpulan data yang mana ia terdiri daripada:
1) Soalan-soalan ujian.
Kami akan menyediakan dua set soalan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos yang terdiri daripada
soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu penggunaan konsep “AB.LEH”
dalam mengenalpasti item-item dalam bahagian debit dan kredit bagi mata pelajaran Prinsip
Perakaunan Tingkatan Empat. Tujuan ujian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecekapan
penguasaan topik Prinsip Perakaunan sebelum dan selepas penggunaan konsep yang ingin kami
kaji. Berdasarkan keputusan yang diterima, ia akan membantu kami dalam membuat analisis
sama ada konsep yang kami akan gunakan memberi manfaat atau sebaliknya dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat.
2) Pemerhatian
Kedua-dua guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat akan
memerhati kelas Empat Adil semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan
utama ialah untuk mengenalpasti tindak balas, reaksi dan tindakan pelajar terhadap pengajaran
guru. Hal ini dapat diperhatikan melalui latihan perbincangan, mengemukakan soalan dan juga
melalui cara menjawab soalan-soalan objektif dan esei untuk mata pelajaran berkenaan dengan
menggunakan konsep „AB.LEH‟. Guru-guru juga dapat memerhati bahawa sejauh mana
penggunaan konsep ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam mengkategorikan
item-item mengikut bahagian debit dan kredit yang betul.
6.5 Metod Analisis
(a) Ujian pra dan ujian pos: Analisis pencapaian markah pelajar.
(b) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar-pelajar semasa
penjaran dan pembelajaran.
Jenis Akaun Debit Kredit
Aset Bertambah Berkurang
Belanja Bertambah Berkurang
Liabiliti Berkurang Bertambah
Ekuiti
Pemilik
Berkurang
Bertambah
Hasil Berkurang Bertambah
7.0 Kesignifikanan Kajian
Langkah 1: Mengenalpasti Masalah
Kami mengenalpasti masalah melalui perbualan dalam telefon dengan guru yang mengajar mata
pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat di sekolah berkenaan iaitu Encik Moses Paul
Muthusamy. Daripada perbualan tersebut, kami mendapati bahawa pelajar Tingkatan Empat Adil
memang lemah dalam mengkategorikan item-item perakaunan di bahagian debit dan kredit.
Untuk mengetahui masalah tersebut dengan lebih lanjut, kami telah memberi borang soal selidik
kepada Encik Moses.
Langkah 2: Perancangan Tindakan
Setelah mengetahui masalah yang dihadapi, kami mencari jalan penyelesaian alternatif bagi
menyelesaikan masalah tersebut iaitu merancang untuk membuat ujian pra dan ujian pos serta
pemerhatian. Perancangan-perancangan yang dinyatakan akan menjadi alternatif antara satu
sama lain dalam melaksanakan kajian tindakan kami yang akan menggunakan konsep
„AB.LEH‟
.
Langkah 3: Mengambil Tindakan
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Empat Adil sekolah tersebut,
kami mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai iaitu menjalankan ujian pra dan ujian pos
serta membuat pemerhatian berkaitan penggunaan konsep „AB.LEH‟. Penjelasan konsep
„AB.LEH‟ adalah seperti berikut:
Bahagian Debit Bahagian Kredit
A = Aset L = Liabiliti
B = Belanja E = Ekuiti
H = Hasil
Pelajar perlu mengandaikan bahawa semua urusniaga yang terlibat dalam sesuatu soalan itu
adalah berkaitan dengan Ab Leh. Pelajar perlu menggunakan jadual dan T-lejar di atas untuk
mengaplikasikan konsep „AB.LEH‟ dalam menyelesaikan sesuatu soalan perakaunan. Misalnya:
Soalan: Ab Leh memulakan perniagaan dengan Modal sebanyak RM 20,000
Penerangan: Soalan ini melibatkan 2 urusniaga untuk direkod iaitu akaun Modal dan
akaun Tunai sebanyak RM 20,000.
Persoalan pelajar: Pelajar memahami kewujudan 2 urusniaga untuk direkod tetapi pelajar
tidak dapat mengkategorikan urusniaga tersebut di bahagian debit atau
kredit.
Jawapan: Sila rujuk jadual di atas. Ab Leh mempunyai tunai di tangan sebanyak
RM 20,000 iaitu ASET BERTAMBAH (DEBIT). Manakala, modal
untuk memulakan perniagaan iaitu EKUITI MILIK Ab Leh
BERTAMBAH (KREDIT).
Langkah 4 : Menilai
Dalam langkah ini, guru perlu mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengkategorikan
item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit yang betul. Kami membuat penilaian
berdasarkan markah ujian pra yang dilakukan oleh Encik Moses terhadap pelajar kelas Tingkatan
Empat Adil. Ujian pra tersebut terdiri daripada satu soalan yang merangkumi 20 markah. Pada
masa yang sama, semasa ujian itu diberi kepada pelajar kami memohon agar Encik Moses
mengisi borang pemerhatian yang disediakan oleh kami. Borang itu adalah bertujuan agar kita
mendapat gambaran tentang reaksi dan pemahaman pelajar terhadap soalan yang derikan kepada
mereka. Hasil ujian pra dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:
Keputusan Ujian Pra
Nama Pelajar Keputusan Markah Ujian Pra ( per 20 % )
Nurul Amanina bt Ali Budin 10
Nur Rahsyma bt Yunan 9
Massitah bt Ahmad 6
Suzila bt Desa 11
Mohamad Nazrul Hafiz b Ismail 4
Muhammad Hazizi b Abdul Halim 6
Nur liyana bt Zainal 7
Zafirah bt Elias 5
Muhamad Azrin b. Sajahan 5
Sakinah bt Abdul Kadir 2
Muhammad Sufi b. Saharudin 8
Nurul Aishah bt Ahmad 13
Junainah Nur bt Abd Halim 4
Mohamad Amir Ahmad Khairi 12.5
Mohamad Zuhairi b. Mohd Yu 11
Mumtaju Begam b Ibunu Suhood 6
Mohamad Saiful Azri b Mohd 6
Norlela bt Saari 4
Saufi b. Sukardi 8
Iffah Izzana bt Wahyah 7
Mohamad Hanis b.Mohd Rahim 6
Langkah 5 – Tindakan Spesifik
Kami mengenalpasti tindakan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pelajar Tingkatan Empat yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan di sekolah
berkenaan. Penggunaan konsep „AB.LEH‟ memberi manfaat yang cukup berangsangkan kepada
pihak guru ataupun kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat Adil Sekolah Menengah
Kebangsaan Paya Besar. Melalui penggunaan konsep „AB.LEH‟ akan memberi impak yang
berkesan kepada pelajar berkenaan dalam mengatasi masalah mengkategorikan item-item
perakaunan di dalam bahagian debit dan kredit.
8.0 Kesimpulan
Melalui pengaplikasian konsep „AB.LEH‟ dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan mencapai objektif pembelajaran dan dapat
mencapai keputusan yang baik dalam ujian. Konsep ini memudahkan pembelajaran pelajar dan
menjimatkan masa pengajaran oleh guru. Guru juga perlu mempelbagaikan ABM dengan lebih
kreatif dan menarik minat pelajar serta meringankan beban pelajar. ABM boleh diinovasikan
dengan lebih canggih walaupun mengajar mata pelajaran berkaitan nombor dan kiraan. Antara
ABM yang boleh digunakan adalah „Courseware‟, ‘Flash’, ‘Powerpoint’, menggunakan web
seperti Wikispace, Gmail dan lain-lain. Faktor penyediaan ABM bergantung kepada seseorang
guru iaitu kesanggupan guru tersebut dalam menyediakan ABM dengan mengorbankan masa,
tenaga dan wang.
9.0 Anggaran Perbelanjaan
Perkara Jumlah (RM)
Bahan dan alatan bantuan mengajar 30
Percetakan laporan kajian (3 Jilid) 20
Perbelanjaan Mesyuarat 10
Cenderahati (21 pelajar dan 2 guru) 40
Jumlah 100
10.0 Jadual Kerja
Perkara Tarikh
Mesyuarat Jawatankuasa 08 September 2010
Penulisan kertas cadangan 09 September 2010
Mesyuarat perancangan 09 September 2010
Mesyuarat Pembinaan ujian pra/pos 18 September 2010
Pelaksanaan ujian pra 24 September 2010
Memproses data ujian pra 24 September 2010
Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 24 September 2010
Analisis data ujian pra, dan pemerhatian 15 Oktober 2010
Pelaksanaan ujian pos 24 Oktober 2010
Refleksi dan Penilaian 30 Oktober 2010
Penulisan laporan kajian 01 November 2010
Rujukan
Othman bin Lebar. 2009 . Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung
Malim: Quantum Books.
Abdul Rahman Bin Zainal. . Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkenaan Topik
Dokumen Perniagaan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Melalui Kaedah „Magik
Huruf‟. http://www.scribd.com/doc/12778633/Meningkatkan-Kemahiran-ian-Masalah-
Berkenaan-Topik-Dokumen-Perniagaan-Mata-Pelajaran-Prinsip-Perakaunan-Melalui-
Kaedah-magik-Huruf. (akses 10 Sept 2010).
LAMPIRAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK
DOKUMEN PERNIAGAAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI
KAEDAH „MAGIK HURUF‟.
Oleh
ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL
ABSTRAK
SMK Benut
82200 Benut, Pontian
Johor
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapai oleh pelajar tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang
mengambil elektif Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan
merupakan topik penting dan sentiasa keluar dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar
yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan
yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Seramai 20 orang pelajar melayu tingkatan 5 Ibnu
Khaldun, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian dan seorang guru terlibat dalam kajian
ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang
diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80
minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah
menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen
Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh
diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata
pelajaran yang lain.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU. Analisa keputusan Peperiksaan pertama Tahun 2007 bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan
tingkatan 5 Ibnu Khaldun saya tetap dengan perasaan ada yang berbaur rasa kecewa, marah,
sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Tiada seorang
pun pelajar melayu yang lulus berbanding pelajar cina, rata-rata lulus dengan baik. Walaupun
saya hanya mengambil alih kelas ini untuk tingkatan 5 sahaja, tetapi saya telah banyak berusaha
untuk meningkatkan prestasi mereka. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya kepada rakan-
rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu.
Antaranya : -“Mereka memang lemah, tidak layak untuk kelas itu”.
-“Aku ajar si X masa form 3, memang lemah, pelik macam mana boleh masuk kelas itu”.
-“Jangan „tension‟kan diri, nanti darah tinggi kau naik”.
Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah marah,
mendenda dan meminta pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun menulis sebab-sebab kegagalan
mereka. Saya juga meminta pandangan semua guru yang mengajar kelas ini. Kesemua guru
menyatakan bahawa pelajar kelas ini tiada masalah disiplin, cuma kurang bermotivasi kan diri,
tidak serius terhadap pelajaran, banyak bercakap daripada membuat kerja dan sebagainya. Antara
sebab-sebab yang dinyatakan pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun ialah:
-Tidak membaca buku / tidak membuat ulangkaji -Tidak ingat format
-Tidak faham soalan
Maklum balas yang diberitahu oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan
100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.
2.0 ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati
bahawa item mengenai Dokumen Perniagaan merupakan item wajib bagi kertas 1 dan 2 yang
menyumbang antara 28 ke 30 markah. Jika pelajar dapat menguasai topik Dokumen Perniagaan
ini dengan baik, peluang untuk mereke lulus adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapi
oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat rekod daripada dokumen
perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal mengenalpasti buku catatan pertama
yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal
belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan.
Saya yakin saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
sikap negatif dan pencapaian pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan dapat
diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap
sesuatu subjek.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am
Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap Dokumen Perniagaan
Prinsip Perakaunan menggunakan kaedah „Magik
Huruf‟. 3.2 Objektif Khusus
1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menempatkan dokumen perniagaan ke dalam buku
catatan pertama yang tepat.
2. Menggunakan kaedah Magik Huruf dalam penyelesaian dokumen perniagaan.
3. Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM kerana
topik dokumen membawa markah yang banyak.
4. Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah
menyeronokkan,
4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah
Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang
pelajar perempuan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian dibuat ke atas tingkah laku
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum kaedah Magik Huruf diperkenalkan
dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dengan kaedah Magik Huruf sedang diperkenalkan.
5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
ingatan mereka mengenai topik Dokumen Perniagaan, item ujian pra merupakan item kertas 2
Prinsip perakaunan soalan SPM tahun 1995. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak
memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya
telah memperkenalkan kaedah Magik Huruf dan seminggu kemudian saya memberikan ujian pos
1 menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Lebih kurang empat minggu kemudian
saya lakukan ujian pos 2 dengan soalan SPM tahun 1997.
5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum
balas pelajar berkenaan dokumen perniagaan sebelum dan selepas kaedah Magik Huruf
diperkenalkan.
5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati :
1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan.
2. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menunduk muka apabila guru
menyoal.
3. Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat guru untuk
menguji kefahaman dan ingatan pelajar.
4. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.
5.2.2 Analisa ujian pra dan pos. Jadual 1 : Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan pos seperti berikut:
Bilangan Pelajar
Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
22 – 24 0 0 6
19 – 21 0 3 9
16 – 18 0 11 4
13 – 15 1 4 1
10 – 12 0 2 0
7 – 9 3 0 0
4 – 6 9 0 0
0 – 3 7 0 0
Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.
Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tidak ada seorang pun yang mendapat markah
sifar.
5.2.3 Analisa soal selidik
Pelajar telah memberikan respon positif. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab
oleh pelajar.
Skala Likert:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju
SKALA 1 2 3 4 5
ITEM BILANGAN PELAJAR
1 Prinsip Perakunan subjek yang mudah 1 3 9 5 2
2 Saya lebih suka teknik sendiri 9 5 4 2 0
3 Dokumen adalah tajuk yang mudah 1 3 9 5 2
4
Dokumen menjadi lebih mudah dengan
kaedah Magik Huruf
0
1
4
7
8
5
Saya dapat mengklafikasikan dokumen
dengan mudah menggunakan kaedah Magik Huruf
0
1
4
7
8
6
Saya berasa sangat seronok belajar tajuk
dokumen dengan mudah menggunakan
kaedah Magik Huruf
0
0
3
9
8
7
Saya akan menggunakan kaedah Magik Huruf untuk tajuk lain
0
1
2
8
9
8
Kaedah Magik Huruf membantu
meningkatkan daya kreativiti saya
0
1
3
8
8
5.3 Tindakan yang dijalankan
Selepas pelajar menjalankan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan
serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.
1. Saya kemudian memperkenalkan kaedah Magik Huruf berdasarkan pengetahuan sedia ada
dan pengalaman harian mereka.
2. Saya menekankan kepada pelajar tentang konsep penting dalam perakaunan iaitu debit,
kredit, jual dan beli.
3. Pelajar membina perkataan yang mudah diingati berdasarkan huruf yang diberi.
4. Pelajar juga diminta mengasingkan dokumen, potong nama sendiri dan labelkan huruf
berkenaan, kemudian rekod ke dalam buku yang sesuai.
5. Pelajar menjalani Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2, selepas ujian pos 1 dan pos 2, saya dan
pelajar akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.
6. Setiap kali kelas Prinsip Perakaunan, saya mengingatkan pelajar dengan kaedah Magik
Huruf.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian.
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa saya menjalankan kajian
ini saya telah menyempurnakan sukatan matapelajaran prinsip perakaunan. Saya telah
memperuntukan 2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar
telah menjalankan ujian pos 1, lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2,
sebulan selepas itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhkan borang kaji selidik untuk
mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soalselidik
ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara
temubual.
Berdasarkan pemerhatian saya kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar meningkatkan
pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba menjawab
soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik semasa
menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.
Pelaksanaan „Magik Huruf‟ adalah seperti berikut:
1. Pelajar diberi lembaran kerja mengandungi soalan dokumen perniagaan.
2. Pelajar diminta terus membuka bahagian lampiran yang mengandungi senarai dokumen
perniagaan.
3. Pelajar hendaklah menandakan dengan huruf J bagi dokumen Nota Debit dan Invois, huruf JP
bagi Nota Kredit sementara yang lain ditandakan dengan huruf BT. Pengecualian kepada memo,
tuliskan „X‟.
4. J bermaksud jurnal, JP bermaksud jurnal pulangan dan BT bermaksud Buku Tunai.
5. Pelajar seterusnya diminta mengenalpasti dokumen yang mempunyai dua nama peniaga.
6. Pelajar hendaklah menandakan di hujung nama peniaga yang di atas dengan huruf J manakala
nama peniaga yang di bawah dengan huruf B, pengecualian untuk baucer pembayaran.
7. Dokumen selebihnya ditandakan dengan huruf B
7. Kemudian, barulah pelajar diminta membaca soalan yang berkaitan dengan menentukan
nama perniagaan yang tertera dalam soalan tersebut.
9. Pelajar perlu menganggap bahawa nama perniagaan tersebut sebagai diri mereka, seterusnya
pelajar perlulah kembali kepada dokumen perniagaan tadi
10. Potongkan semua „nama kita‟ dalam setiap dokumen dan bulatkan huruf di hujung nama yang telah
ditandakan tadi.
11. Akhirnya, pelajar merekodkannya kedalam buku catatan pertama yang berkaitan. Jika
dihujung dokumen berhuruf J dan huruf dibulat B bermakna dokumen perlu dicatatkan di dalam
Jurnal Belian. Buku tunai pula telah diletakkan di sebelah kiri (debit) dengan huruf J dan di
sebelah kanan (kredit) dengan huruf B. Sekiranya hujung dokumen berhuruf BT dan huruf
dibulat J, maka perlu dicatatkan di dalam buku tunai di sebelah kiri.
5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual – ruang dan
secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai kecerdasan
dominant di dalam Visual- Ruang.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan
pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap
apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan
menyeronokkan. Masih terdapat pelajar yang gagal dalam ujian pos 1 dan pos 2, kerana sewaktu
saya memperkenalkan kaedah Magik Huruf terdapat seramai 3 pelajar tidak hadir ke sekolah
kerana sakit, selain daripada itu ada 1 orang pelajar 5 Ibnu Khaldun yang kerap tidak hadir
kesekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam ujian pos. saya sepatutnya
menerang dan memastikan mereka faham dan membuat kaedah Magik Huruf bukan hanya
sekadar mengarah untuk mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya sepatut harus bersikap lebih
tegas terhadap segelintir pelajar yang malas dan yang bersikap sambil lewa.
Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang pelajar 5 Ibnu Rusyd menghantar SMS
meminta saya mengajar mereka kaedah Magik Huruf dan ada yang menyalin dari murid 5 Ibnu
Khaldun sebelum di suruh. Saya yakin bahawa kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian
mereka dalam subjek prinsip perakaunan.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
1. Mengguna pakai kaedah Magik Huruf sebaik sahaja mengajar topik Dokumen Perniagaan
2. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan kaedah Magik Huruf dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih terancang dan teratur.
3. Para pelajar sentiasa dibekalkan dengan soalan-soalan yang berkaitan selepas
memperkenalkan kaedah Magik Huruf.
Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
RUJUKAN
Ang Boon Hing (2000). Koleksi Kertas Peperiksaan SPM Prisip Akaun . Pulau Pinang : Mahir
Publications Sdn. Bhd.
Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn. Bhd.
Brown, T (1987). Language Interaction Pattens in Lesson Featuring Mathematical Investigations
. PhD thesis, University of Southampton
Borang Pemerhatian
Bil. Aspek Faham Kurang Faham Tidak Faham
1 Pelajar berbincang
2 Pelajar cuba memahami soalan
3 Pelajar menyenaraikan item
4 Pelajar cuba menyelesaikan soalan
Ujian Pra
Ab Leh menjalankan perniagaan perabot. Sila rekodkan urusniaga berikut:
1) Ab Leh memulakan perniagaan dengan modal di tangan sebanyak RM 20,000.
2) Ab Leh membeli alatan pejabat berharga RM 500 secara tunai untuk kegunaan pejabat.
3) Ab Leh membayar pemiutang secara tunai sebanyak RM 10,000.
4) Menerima tunai daripada penghutang sebanyak RM 5,000.
5) Syarikat ABC membuat belian perabot secara kredit sebanyak RM 55,000.