40
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PRINSIP PERAKAUNAN 3756 MULAI SPM 2011 FORMAT PENTAKSIRAN

PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

  • Upload
    vungoc

  • View
    255

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

1

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRINSIP PERAKAUNAN

3756

MULAI SPM 2011

FORMAT PENTAKSIRAN

Page 2: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Prakata Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang telah disemak semula pada 18 November 2008. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut di Tingkatan 4 bermula pada tahun 2010.

Mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, (SPM). Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yang ternyata dalam dokumen rasmi sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Format pentaksiran ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2009 dan akan digunakan mulai tahun 2010 (Tingkatan 4) dan SPM 2011.

Format pentaksiran ini direkabentuk dengan mementingkan prinsip asas pentaksiran, terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti. Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiran memberi fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran, yang merangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam perakaunan.

Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat utama mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama para guru, ibu bapa dan para pelajar sendiri. Adalah diharapkan maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini dapat memberi gambaran jelas tentang apa yang ditaksir dan bagaimana pentaksiran itu dilaksanakan. Usaha ini dianggap penting bagi memberikan keadilan kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan serta menjamin integriti sistem pentaksiran negara.

DATO’ DR. SALBIAH BINTI ISMAIL Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya

2

Page 3: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MULAI SPM 2011

1.0 PENGENALAN

Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah telah dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat pada tahun 2008.

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon SPM yang lulus dengan baik akan mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu Level 2 Sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) oleh Educational Development International (EDI) dan pengecualian menduduki Certified Accounting Technician One (CAT 1) oleh The Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.

Format pentaksiran ini memenuhi matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan serta LCCI dan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk melahirkan modal insan profesional perakaunan peringkat sekolah bertaraf antarabangsa, berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara serta menyumbang kepada pembangunan negara maju 2020.

Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk instrumen pentaksiran berdasarkan Sukatan Pelajaran yang disemak semula. Pembinaan instrumen pentaksiran adalah berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawai untuk menjamin mutu kesetaraan serta kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian.

2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran ialah:

2.1 Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan 2009. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum.

3

Page 4: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

2.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun.

2.3 Kebolehlaksanaan

Format pentaksiran ini telah mengambilkira aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.

2.4 Penjaminan Kualiti

Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan dalam kurikulum mata pelajaran Prinsip Perakaunan dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan.

2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum

Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

3.0 KELULUSAN

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi Prinsip Perakaunan SPM mulai 2011. Format tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2009.

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN

Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Matlamat ini diperincikan satu demi satu dalam definisi yang ditunjukkan di bawah:

4.1 Perakaunan sebagai satu pengajian asas

Pengajian asas merangkumi kebolehan menyepadukan ilmu kitaran perakaunan dengan nilai murni, adab dan etika kerja perakaunan untuk memahami dan menilai prestasi perniagaan.

4

Page 5: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

4.2 Akauntabiliti

Bertanggungjawab kepada Pencipta, diri, masyarakat dan negara ke atas keputusan dan tindakan yang diambil.

4.3 Pemikiran kritikal dan reflektif

Berkeupayaan berfikir secara kritis serta reflektif (mengimbas kembali) dalam pelbagai situasi perniagaan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan melakukan muhasabah diri.

4.4 Budaya kerja yang beretika

Mengamalkan budaya kerja yang beretika berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa dan mematuhi peraturan serta boleh membezakan antara amalan kreatif dengan amalan penipuan (fraudulent practices).

4.5 Berpengetahuan dalam teknologi maklumat

Berupaya dan mahir menggunakan TM (internet, perisian asas dan perisian perakaunan).

4.6 Pembelajaran sepanjang hayat

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan penilaian kendiri.

4.7 Kemahiran berkomunikasi

Berkemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan yakni berupaya menyampaikan idea dengan jelas dan yakin. Berkemahiran untuk menjadi pendengar yang baik dan berkomunikasi secara interpersonal dengan beradab, sama ada dalam menjalankan tugas yang berkaitan perakaunan atau yang lain.

4.8 Pendekatan pembelajaran bermakna

Mewujudkan pembelajaran bermakna dengan menghubungkaitkan teori dan amalan perakaunan dalam pendekatan kontekstual dan autentik (berkebolehan berfikir, menaakul dan merealisasikan dalam persekitaran perniagaan sebenar).

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

5

Page 6: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) PRINSIP PERAKAUNAN

Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya tersendiri bagi membolehkan murid-murid :

5.1 Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam organisasi

perniagaan dan bukan perniagaan.

5.2 Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal secara manual dan komputer, akaun penamat untuk perkongsian, kelab dan persatuan serta menghitung nilai pendapatan, aset dan liabiliti dalam keadaan rekod tak lengkap.

5.3 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai dalam menyediakan belanjawan tunai,

penyata penyesuaian bank dan buku tunai (jurnal penerimaan dan pembayaran tunai) termasuk tunai runcit sistem panjar (imprest system).

5.4 Membuat perbandingan antara jenis perniagaan dari aspek perakaunan bagi

pemilikan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukan perniagaan.

5.5 Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan.

5.6 Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan analisis

nisbah asas.

5.7 Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dan kepimpinan serta etika profesional dalam melaksanakan aktiviti perakaunan.

5.8 Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

6

Page 7: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN

Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Prinsip Perakaunan yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam mempamerkan:

6.1 Pengetahuan dan Kefahaman berkaitan Perakaunan

Konstruk ini mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang fakta-fakta khusus, pengelasan dan tafsiran. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menyatakan, mengenal pasti, menjelaskan, menerangkan, menyenaraikan, mengelaskan, membanding dan membezakan.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

· Kebolehan mengingat semula fakta khusus dan membuat pengelasan mentafsir

fakta dan maklumat dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

6.2 Kemahiran Mengaplikasi

Konstruk ini mengukur kebolehan mengamal, mengguna, mempraktik pengetahuan dan kefahaman mengikut piawaian perakaunan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menghitung, menyediakan, merekod, dan menunjukkan maklumat perakaunan.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

· Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat

perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. · Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat

perakaunan untuk menunjukkan, menghitung, merekod dan menyediakan penyata kewangan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

6.3 Kemahiran Menganalisis

Konstruk ini mengukur kemahiran menganalisis unsur dan perkaitan tentang data dan maklumat secara perbandingan dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menganalisis, membanding dan menghubungkait.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:

· Keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman konsep dan data untuk

mencerakinkan maklumat perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

6.4 Kemahiran Membuat Keputusan

Konstruk ini menilai dan mentafsir maklumat perakaunan untuk membuat keputusan.

7

Page 8: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur keupayaan menggunakan maklumat perakaunan untuk membuat keputusan dalam organisasi perniagaan.

6.5 Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Keupayaan menggunakan perisian asas komputer/ TMK untuk merekod data dan maklumat perakaunan bagi penyediaan akaun penamat. Berkeupayaan mengemukakan idea, saranan dan pendapat dalam kumpulan, interaksi harian dan membuat pembentangan.

6.6 Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan

Kesediaan untuk mengikut peraturan dalam aktiviti merekod dan menyimpan data dan maklumat. Mengamalkan akauntabiliti dan integriti dalam hal-hal berhubung dengan etika perakaunan.

7.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011 menggunakan tiga instrumen:

7.1 Kertas 1 (3756/1) Kertas 1 ujian objektif

7.2 Kertas 2 (3756/2)

Kertas 2 ujian subjektif

7.3 Kertas 3 (3756/3) Kertas 3 projek

8.0 PERINCIAN FORMAT

Perincian format pentaksiran adalah seperti Lampiran 1

8

Page 9: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

0

0

0

0

90

0

0

0

90

0

0

0

0

90

9.0 HUBUNGAN ANTARA OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) DENGAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

OBJEKTIF

KERTAS

3756/1

3756/2 3756/3

PENTAKSIRAN

OP 1 234567890123456789023456789012345678912345678901234567890

1234567890123456789102345678901234567891234567890123456789

234567890123456789023456789012345678912345678901234567890

1234567890123456789102345678901234567891234567890123456789

23456789012345678902345678901234567891234567890123456789

23456789012345678902345678901234567890

OP 2 12345678901234567891023456789012345678912345678901234567890

23456789012345678902345678901234567891234567890123456789

12345678901234567891023456789012345678912345678901234567890

23456789012345678902345678901234567891234567890123456789

1234567890123456789123456789012345678 1234567890123456789

OP 3 234567890123456789 2345678901234567890

12345678901234567891234567890123456789

23456789012345678912345678901234567890

12345678901234567891234567890123456789

23456789012345678912345678901234567890

123456789012345678 12345678901234567890

OP 4 23456789012345678912345678901234567890

12345678901234567891234567890123456789

23456789012345678912345678901234567890

12345678901234567891234567890123456789

23456789012345678 12345678901234567890

12345678901234567890

OP 5 12345678901234567890

1234567890123456789

12345678901234567890

1234567890123456789

1234567890123456789

OP 6 12345678901234567890

1234567890123456789

12345678901234567890

1234567890123456789

12345678901234567890

12345678901234567890

10.0 ITEM CONTOH

Item contoh bagi 3756/1, 3756/2 dan3756/3 di Lampiran 2.

Penerangan akhir di setiap item adalah merujuk kepada perkara-perkara berikut :

(i) Konstruk - Perkara yang ditaksir

(ii) Konteks - Kandungan/topik di dalam sukatan pelajaran

(iii) Aras - Aras kesukaran item iaitu:

R (aras rendah) S (aras sederhana) T (aras tinggi)

Penerangan tersebut adalah bagi tujuan makluman dan tidak akan diterakan dalam kertas soalan sebenar.

9

Page 10: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

LAMPIRAN 1 – FORMAT PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

PRINSIP PERAKAUNAN (3756)

MULAI SPM 2011

10

Page 11: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756 (MULAI SPM 2011)

Bil. Perkara Kertas 1 (3756/1) Kertas 2 (3756/2) Kertas 3 (3756/3) 1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif Projek

2

Jenis Item

Aneka Pilihan Dan

Gabungan

Respons Terhad dan

Struktur

Menyelesaikan

tugasan

menggunakan

kemudahan ICT

3 Bilangan Soalan

Tugasan 40 soalan

(Jawab semua) Bahagian A

3 soalan (Wajib)

(60 markah)

Bahagian B

3 Soalan (Pilih 2)

(40 markah)

Dua tugasan:

Tingkatan 4

– satu tugasan

Tingkatan 5

– satu tugasan

4

Jumlah Markah

40

100

Gred elemen

5

Pemberatan

20%

60%

20%

6

Tempoh Ujian

1 jam 15 minit

2 jam 30 minit

Ogos - Sept (Ting. 4)

April - Mei (Ting. 5)

7

Wajaran

Konstruk

Pengetahuan dan

kefahaman - 70%

Kemahiran Aplikasi -

30%

Pengetahuan dan

kefahaman - 10%

Kemahiran - 90%

- Aplikasi

- Analisis

- Membuat keputusan

Pengetahuan dan

kefahaman- 10%

Kemahiran - 80%

- Aplikasi

- Analisis

- Membuat

keputusan

- Kemahiran TMK

Nilai - 10%

8

Cakupan Konteks

Semua bidang

pembelajaran dari

Tingkatan 4 dan 5

Semua bidang

pembelajaran dari

Tingkatan 4 dan 5

Tingkatan 4

Penyediaan satu set

akaun yang lengkap

berdasarkan catatan

urus niaga dan

dokumen sumber

Tingkatan 5

Penyediaan satu set

akaun yang lengkap

9

Aras Kesukaran

Rendah - R

Sederhana - S

Tinggi - T

R:S:T=6:3:1

R:S:T=4:3:3

Keseluruhan

R:S:T = 5:3:2

10

Alatan Tambahan

Kalkulator

Kalkulator

Buku Tunai

Jurnal

Lejar

Kertas Graf

11

Page 12: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

LAMPIRAN 2 – ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1

(3756/1)

MULAI SPM 2011

12

Page 13: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Penggajian

1 Apakah maksud penggajian?

A Salah satu daripada urus niaga perakaunan yang menguruskan kaedah pembayaran kepada pekerja di atas perkhidmatan yang diberikan.

B Jumlah pendapatan yang dibayar untuk satu tempoh masa sebelum potongan dibuat.

C Satu sistem yang diamalkan oleh sesebuah organisasi untuk pembayaran gaji.

D Jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja.

Jawapan : A

[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.1 Dokumen penggajian/

Aras: R]

2 Apakah butiran yang diambil kira dalam pengiraan gaji kasar?

I Elaun

II Gaji Pokok

III Pinjaman Perumahan

IV Yuran Koperasi

A I dan II B

I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan : A

[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: R]

13

Page 14: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Perakaunan Kewangan Perakaunan Kewangan

Proses meringkaskan data kewangan dan menyediakan penyata kewangan untuk kegunaan pengguna luar.

Proses menyediakan dan membekalkan maklumat kewangan dan statistik yang diperlukan oleh pengurus.

Proses menyediakan laporan mingguan atau bulanan seperti hasil jualan, bahan mentah, analisis varians dan lain-lain.

Proses menyediakan laporan kewangan seperti Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Proses menyediakan laporan kewangan untuk membuat keputusan jangka pendek.

Proses menyediakan maklumat pengurusan untuk membuat keputusan jangka panjang.

Proses menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.

Proses membekalkan maklumat perakaunan kepada pengguna luaran.

3 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penggajian Ahmad, seorang kerani bagi bulan Januari 2009:

RM

Gaji Pokok 1 200

Pinjaman Kenderaan 218

KWSP 48

Elaun 200

Berapakah gaji bersih yang diperoleh Ahmad bagi bulan Januari 2009?

A RM1 666

B RM1 570

C RM1 230

D RM1 134

Jawapan : D [Konstruk: Kemahiran Aplikasi/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: S]

Maklumat Pengurusan

4 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan Perakaunan Kewangan dan

Perakaunan Pengurusan sesebuah organisasi.

A

B

C

D

Jawapan : A

[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks:Maklumat Pengurusan/Aras:

S]

14

Page 15: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

LAMPIRAN 3 – ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 2

(3756/2)

MULAI SPM 2011

15

Page 16: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Bahagian A (60 markah) (Wajib) Arahan : Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Jawab semua soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada helaian tambahan.

Contoh Soalan 1

1 (a) Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Aishah pada 31 Disember 2008:

Modal pada 1 Januari 2008 RM 20 000 Ambilan RM 5 000 Modal Tambahan RM 3 000 Modal pada 31 Disember 2008 RM 32 000

Kira :

(i) Untung bersih [2 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: R)

(ii) Peratus untung bersih atas modal [2 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks: 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah / Aras: R)

(b) Pada 10 Januari 2009, Ali membeli sebuah televisyen secara kredit daripada

Perniagaan Jaya dengan harga RM8 000. Diskaun niaga adalah 10% dan syarat bayaran adalah seperti berikut:

10% 5 hari ; 5% 10 hari

(i) Sekiranya Ali menjelaskan hutang pada 18 Januari 2009, kira jumlah bayaran

yang perlu dijelaskan olehnya. (Tunjukkan pengiraan) [2 markah]

(Konstruk : Kemahiran / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen Dalam Perniagaan / Aras: R)

(ii) Apakah tujuan Perniagaan Jaya memberi diskaun niaga dan diskaun tunai?

[2 markah]

(iii) Namakan 2 jenis dokumen yang terlibat dalam urus niaga di (b).

[2 markah]

(Konstruk : Pengetahuan dan Kefahaman / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen Dalam Perniagaan / Aras: R)

16

Page 17: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

1 (a) Lengkapkan jadual berikut :

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

(i)

(ii)

(iii)

RM

20 000

10 000

RM

10 000

8 000

RM

5 000

20 000

[3 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks: 2.8 Persamaan Perakaunan /Aras: R)

(b) Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Ahmad pada 31 Disember 2008:

RM RM Jualan 40 000 Pulangan belian 1 000 Belian 20 000 Angkutan masuk 500 Pulangan jualan 5 000 Angkutan keluar 200 Stok awal 1 000 Stok akhir 2 000

Anda dikehendaki mengira;

(i) Kos barang untuk dijual (ii) Kos jualan (iii) Untung atau rugi kasar

[3 markah]

(Konstruk : Kemahiran / Konteks: 7.3 Penyata Pendapatan / Aras: S)

(c) Rekodkan perkara berikut ke dalam Jurnal Am. (keterangan tidak diperlukan)

Jan. 4 Hutang lapuk dihapuskan daripada penghutang RM 500. [2 markah]

Jan. 8 Mengambil barang niaga RM 400 untuk kegunaan keluarga. [2 markah]

17

Page 18: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Contoh Soalan 2 dan 3 2 Berikut adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran Kelab Sukan Akil bagi

tahun berakhir 30 Jun 20X9: RM

Penerimaan Jualan restoran 200 600 Yuran tahunan 115 400

Pembayaran Gaji pekerja restoran

40 890 Pemiutang restoran 110 560 Alatan sukan 30 025 Honorarium 5 500 Sewa 10 080 Elektrik dan air 30 080 Insurans 5 160 Caj bank 520 Gaji pengurus kelab 15 360 Angkutan masuk 800

Maklumat tambahan: (i) Baki-baki aset dan liabiliti adalah seperti berikut:

1 Julai 20X8 30 Jun 20X9 RM RM

Stok restoran 11 090 6 050 Sewa terakru - 840 Tunai di tangan 470 470 Tunai di bank 30 890 Alatan sukan 119 400 144 700 Pemiutang restoran 6 010 8 050 Yuran tertunggak 4 850 5 010 Yuran terdahulu 3 005 3 010 Insurans terdahulu - 160

(ii) 40% daripada elektrik dan air adalah untuk restoran.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata mengira Dana Terkumpul pada 1 Julai 20X8. [3 markah]

[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]

(b) Akaun Kawalan Pemiutang Restoran. [2 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 5.2 Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: T]

(c) Akaun Perdagangan Restoran bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9. [7 markah]

[Konstruk: Kemahiran/Konteks: 12.5 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan / Aras: T]

(d) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9.

[13 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]

18

Page 19: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

3 Abu dan Bakar adalah pekongsi dalam Perkongsian ABBA. Perjanjian perkongsian adalah seperti berikut : (i) Faedah atas pinjaman pekongsi 5% setahun. (ii) Faedah atas modal 10% setahun. (iii) Gaji tahunan Abu dan Bakar RM5 000 dan RM8 000 masing-masing. (iv) Untung atau rugi dibahagi dengan nisbah 3:2.

Maklumat perakaunan berikut diperoleh untuk tempoh perakaunan berakhir 31Disember 2008 :

RM Pada 1 Januari 2008: Modal: Abu 50 000

Bakar 40 000 Akaun Semasa: Abu 2 800

Bakar 2 200 Pada 31 Disember 2008: Pinjaman Abu 10 000 Premis (kos) 96 400 Alatan pejabat (kos) 14 600 Stok 4 550 Perabot (kos) 17 450 Ambilan: Abu 6 750

Bakar 6 250 Penghutang 12 000 Pemiutang 6 440 Bank (overdraf) 6 560 Untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 40 000

Maklumat tambahan: (i) Untung bersih perkongsian hendaklah diselaraskan dengan perkara berikut :

(a) Faedah atas pinjaman. (b) Susut nilai alatan pejabat 10 % setahun atas kos.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2008.

[9 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.3 Akaun Penamat / Aras: T]

(b) Akaun semasa setiap pekongsi dalam bentuk beruangan. [8 markah]

[Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.2 Ekuiti Pemilik Dalam Perkongsian / Aras: T]

(c) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2008. [8 markah]

[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 10.4 Kunci Kira-Kira /Aras: T]

19

Page 20: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Bahagian B (40 markah)

Arahan: Jawab mana- mana dua soalan sahaja.

4 Pada 31 Mac 2010, akaun bank perniagaan Fotostat Suliza menunjukkan baki RM15 000. Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010 adalah seperti berikut: (i) Pada bulan April, beliau bercadang untuk membeli 2 buah mesin fotostat bernilai

RM6 750 seunit. Bayaran pendahuluan sebanyak RM7 500 dan bakinya dibayar secara ansuran dalam tempoh 1 tahun bermula dari bulan Mei.

(ii) Sewa bulanan premis RM800 sebulan. (iii) Dua orang pekerja diambil pada bulan April dengan gaji bulanan RM360 seorang.

Pada bulan Jun, seorang lagi pekerja diambil dengan gaji RM300 sebulan. (iv) Hasil kutipan daripada perkhidmatan fotostat adalah seperti berikut:

RM April 2 800 Mei 3 360 Jun 4 032

(v) Kadar bayaran dianggarkan sebanyak RM570 sebulan. (vi) Anggaran belian kertas fotostat dan toner adalah seperti berikut:

RM April 3 100 Mei 1 980 Jun 2 700

Jumlah penerimaan dan pembayaran sebenar untuk tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2010 adalah seperti berikut:

RM Penerimaan Hasil perkhidmatan fotostat 12 000

Pembayaran Mesin fotostat 10 000 Belian kertas fotostat dan toner 8 200 Sewa premis 2 550 Gaji 2 160 Kadar bayaran 1 545

Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010. [14 markah] (b) Penyata Varian untuk membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar.

[6 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 8.3 Belanjawan Tunai Dan Varian / Aras: S]

20

Page 21: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

5 Berikut adalah maklumat daripada Perniagaan Maria sepanjang bulan Ogos 2009 : RM

Pada 1 Ogos 2009: Baki debit lejar jualan 9 022 Baki kredit lejar jualan 165 Baki debit lejar belian 97 Baki kredit lejar belian 5 476 Peruntukan hutang ragu 230

Pada 31 Ogos 2009: Bayaran kepada pemiutang 37 417 Jualan kredit 54 128 Diskaun diterima 1 210 Belian kredit 41 195 Pulangan masuk 2 205 Jualan tunai 15 000 Hutang lapuk dihapuskan 192 Diskaun diberi 1 744 Belian tunai 5 600 Cek tak layan 376 Hutang lapuk terpulih 300 Penerimaan daripada penghutang 49 178 Yuran peguam dikenakan atas penghutang 90 Pindahan baki dari lejar jualan ke lejar belian 345 Pulangan keluar 1 068 Baki debit lejar belian 133 Baki kredit lejar jualan 214

Anda dikehendaki: (a) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Belian [8 markah] (b) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Jualan [10 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 5.2 Akaun Kawalan Penghutang & Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: S)

(c) mengira jumlah jualan dan jumlah belian. [2 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras : S)

21

Page 22: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Tunai Bank Tunai Bank

Baki b/b Jualan Penghutang Komisen

RM 20

100

800

RM 1 000

4 980

Belian Ambilan Gaji Insurans Sewa

RM

50

RM 1 300

200 120 150

6 Puan Bibi, pemilik Kedai Runcit Bibi tidak menyimpan rekod-rekod perakaunan perniagaannya menggunakan sistem catatan bergu. Berikut adalah ringkasan Buku Tunai perniagaannya pada 31 Disember 20X8 :

BUKU TUNAI

Aset dan liabiliti Perniagaan Bibi adalah seperti berikut:

1 Januari 20X8 31 Disember 20X8 RM RM Alatan kedai 8 000 7 600 Stok 600 800 Tunai 20 870 Bank 1 000 4 210 Sewa terakru - 50 Insurans terdahulu 70 - Gaji terakru 50 - Penghutang 780 1 200

Anda dikehendaki:

(a) menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8.

[10 markah]

[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: S]

(b) menyediakan Kunci Kira-kira pada 31 Disember 20X8. [6 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.4 Penentuan Aset dan Liabiliti dan Kunci Kira-Kira / Aras: S]

(c) menghitung: (i) kadar pusing ganti stok (ii) margin untung bersih

[4 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks : 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah / Aras: S]

22

Page 23: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

LAMPIRAN 4 – ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3

(3756/3)

MULAI SPM 2011

23

Page 24: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4

Arahan Tugasan

Calon dikehendaki:

1. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan urus niaga dan

dokumen sumber bagi perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual barangan keperluan harian seperti: (a) barangan runcit (b) kek (c) buah-buahan

2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan.

i Jenis Perniagaan : Milikan tunggal ii Status perniagaan : Memulakan perniagaan

iii Tempoh urus niaga : 1 bulan tahun semasa

3. Urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkan perkara berikut:

Butiran Ringkasan Urus niaga Bilangan urus niaga

Bilangan urus niaga

Garis panduan urus niaga

40

i

Catatan permulaan

2

ii Komponen kos jualan - Belian kredit - Belian tunai - Pulangan belian - Angkutan masuk, duti import, upah belian, insurans belian

6

iii

Komponen jualan bersih

- Jualan kredit - Jualan tunai - Pulangan Jualan

4

iv

Komponen pembayaran

- kepada pemiutang - belanja

9

v

Komponen Penerimaan

- daripada penghutang - hasil

7

vi

Perolehan aset

- tunai - kredit

2

vii

Catatan kontra

2

24

Page 25: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Butiran Ringkasan Urus niaga Bilangan urus niaga

vii

ambilan

- kegunaan sendiri - kegunaan perniagaan - tujuan promosi/derma - maklumat debit/ kredit

2

ix

Pinjaman

1

x Stok akhir ditentukan berdasarkan baki daripada kad stok

1

-

4. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga: i Peniaga menggunakan duit simpanan di bank sebanyak RM20 000 untuk

menjalankan perniagaan ii Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan bayaran gaji

sebanyak RM500 sebulan iii Peniaga memberi diskaun 2% untuk belian tunai yang melebihi RM500 dan

diskaun tunai 2.5% untuk belian melebihi RM1 000 dan dibayar dalam tempoh 7 hari

5. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer yang

sesuai. 6. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi

perkara berikut: i Saiz kertas : A4 ii Saiz font : 12 iii Jenis font : Times New Roman iv Jarak antara baris : 1.5 v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan

mengikut kesesuaian 7. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September).

8. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

9. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk

pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek. 10. Format Pendokumentasian:

a. Muka Depan terdiri daripada maklumat diri.

i Nama calon ii Angka Giliran

iii No Kad Pengenalan

25

Page 26: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

b. Kandungan

i Perakuan Calon ii Penghargaan

iii Pengenalan perniagaan iv Profil perniagaan v Perancangan urusniaga vi Dokumen perniagaan

vii Buku Catatan Pertama viii Lejar

ix Imbangan Duga x Penilaian Stok Akhir xi Penyata Pendapatan

xii Kunci Kira-kira xiii Rumusan

26

Page 27: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 Arahan Tugasan

Calon dikehendaki:

1. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan dalam Buku Catatan

Pertama dalam Lampiran A. 2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan:

i Pada 1 Mac 2009, Encik Saleh telah menubuhkan Perniagaan Salihin Enterprise

yang menjual peralatan sukan di Bandar Kuantan, Pahang. Beliau telah menubuhkan perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RM60000. Beliau juga di bantu oleh seorang pembantu kedai yang di bayar gaji RM1 200 sebulan.

ii Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM24 500 dan harga pasaran RM31 850. iii Susutnilaikan sekurang-kurangnya dua aset bukan semasa dengan menggunakan

kaedah berikut: - Baki berkurangan - Garis lurus/Ansuran tetap

iv Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan ke atas baki penghutang bersih. v Dua item belanja terakru vi Satu item belanja terdahulu vii Satu item hasil terakru viii Pembetulan kesilapan:

- Ketinggalan catatan - Kesilapan prinsip

ix Nisbah yang perlu diambil kira untuk membuat keputusan: - Nisbah Keberuntungan - Nisbah Kecairan - Nisbah Kecekapan

3. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer

yang sesuai. 4. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi

perkara berikut: i Saiz kertas : A4 ii Saiz font : 12 iii Jenis font : Times New Roman iv Jarak antara baris : 1.5 v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan

mengikut kesesuaian 5. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September).

6. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

7. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk

pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

27

Page 28: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

JURNAL AM

LAMPIRAN A

Tarikh

Butiran Folio

Debit

Kredit

2011 Mac 1

18

25

Bank Tuna Stok Lengkapan Kenderaan Penghutang: Suria Tarading

Perniagaan Venice Zubaidah Enterprise

Pemiutang: Pemborong Jaya Pembekal Ramli Syarikat Meers Sdn. Bhd.

Pinjaman (10% matang Disember 2014) Pinjaman (12% matang Disember 2011) Peruntukan Hutang Ragu Susut Nilai terkumpul Lengkapan Susut Nilai terkumpul Kenderaan Modal

(Aset, Liabiliti dan modal pada tarikh ini)

Promosi Belian

(keluarkan barang niaga untuk tujuan promosi)

Ambilan Belian

(keluarkan barang niaga untuk hadiah hari jadi anak)

RM 24500 1500

18800 30000 40000

7850 6440 4560

RM

1320 2470 3460

24000 8400 500

6000 11100 76400

133650 133650

2500

1800

2500

1800

28

Page 29: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

JURNAL BELIAN

Tarikh Butir Folio No. Invois Amaun

2011 Mac 2

3 5 8 10 15 18 21 25 28

31

Pemborong Jaya Pembekal Ramli Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pemborong Jaya Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee Pemborong Jaya Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pembekal Ramli

Akaun Belian

Debit

RM 3 880 2 920 4 550 2 440 3 600 2 850 7 240 3 330 4 240 1 130

36 180

JURNAL PULANGAN BELIAN

Tarikh

Butir

Folio

No. nota kredit

Amaun

2011 Mac 3

10 21

31

Pemborong Jaya Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee

Akaun Pulangan Belian

Kredit

RM 880

1 920 1 640

4 440

29

Page 30: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

30

JURNAL JUALAN

Tarikh Butir Folio No. Invois Amaun

2011 Mac 3

4 6 8 10 11 15 18 21 23 28

31

Perniagaan Venice Suria Trading Zubaidah Enterprise Suria Trading Zubaidah Enterprise Lakshna & Co Suria Trading Perniagaan Venice Maju Enterprise Zubaidah Enterprise Suria Trading

Akaun JualanKredit

RM 4 500 3 280 8 460

10 140 3 650 7 110 3 540 8 520 6 230 1 258 4 326

61 014

JURNAL PULANGAN JUALAN

Tarikh Butir Folio No. nota kredit Amaun

2011 Mac 5

8 21 29

31

Perniagaan Venice Zubaidah Enterprise Lakshna & Co Suria Trading

Akaun Pulangan Jualan

Debit

RM 450

1258 1110 326

3144

Page 31: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

31

BUKU TUNAI

Tarikh Butir Fol Disk Tunai Bank Tarikh Butir Fol Disk Tunai Bank

2011 Mac 1

3 6 7 8 12 15 18 20 22 24 28

April 1

Baki Jualan Sewa Suria Trading Jualan Zubaidah Enterprise Tunai Jualan Perniagaan Venice Komisen Lakshna & Co Jualan

Baki

b/b

K

b/b

RM

651

300

RM

1 500

600

3 000

2 800

600

RM

24 500 5 000

7 850

12 369 3 000

6 440

5 700 2 150

2011 Mac 3

4 5 5 6 8 10 11 13 15 18 21 23 24 25 30

30

31 31

Belian Ambilan Pemborong Jaya Insurans Kadar bayaran Angkutan Masuk Syarikat Meera Sdn. Bhd. Alat tulis Iklan Bank Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee Belian Derma Belanja am Pinjaman (matang 2011) Faedah pinjaman Pinjaman (matang 2014) Faedah pinjaman Gaji Baki

K

h/b

RM

260

180

84 280

RM

300

800

250 350

3 000

1 100 400 300

2 000

RM

2 100

4 940

1 200 300

3 420

1 596 5 320

350 84

400 200

1 000 46 099

951 8 500 67 009 804 8 500 67 009 2 000 46 099

Page 32: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

32

CONTOH LAMPIRAN PROJEK

Page 33: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

33

LAMPIRAN YANG DICADANGKAN

LAMPIRAN 1

Perakuan Calon Tentang Ketulenan

Tugasan Projek Kertas 3756/3

Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan 3756/3 adalah tulen.

Tandatangan Calon :

Nama Calon :

No. Kad Pengenalan :

Angka Giliran Calon :

• Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.

Page 34: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

34

LAMPIRAN 2

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3

KEMAHIRAN

OGOS SEPT OKT

MINGGU MINGGU MINGGU

1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4

Mengorganisasi

Perancangan

Perancangan awal

Struktur folio

Proses Tugasan

Penyediaan Dokumen Sumber

Mencatat Buku Catatan Pertama

Pengeposan ke Lejar

Penyediaan Imbangan Duga

Penyediaan Penyata Kewangan

Menganalisis

Penilaian

Pengiraan Analisis Nisbah

Rumusan

Merumus Nisbah

Mentafsir dan Membuat Keputusan

Membuat keputusan

Cadangan

Rasional

Berkomunikasi

Pembentangan Tugasan

Pentadbiran

Pemantauan LPM

Pengumpulan dan Semakan Tugasan

Penilaian dan Pentaksiran

Kemasukan Markah

Page 35: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

35

LAMPIRAN 3

Kertas Cadangan Tugasan.

Maklumat Perniagaan

i

Nama perniagaan

ii

Nama Pemilik

iii

Lokasi / Alamat

iv

Jenis perniagaan

v

Tempoh perakaunan

vi

Tempoh rekod

vii

Modal perniagaan

viii

Jumlah pekerja

ix

Status perniagaan

x

Nama dan alamat bank

xi

Nombor Akaun

Page 36: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

36

LAMPIRAN 4

Senarai nama dan alamat pembekal.

Urus niaga secara kredit

Pembekal 1

Pembekal 2

Urus niaga secara kredit

Pembekal 3

Pembekal 4

Urus niaga secara tunai

Pembekal 1

Pembekal 2

Urus niaga secara tunai

Pembekal 3

Pembekal 4

Page 37: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

37

LA

MP

IRA

N 5

Tari

kh

Bilan

gan

Sa

lin

an

Asa

l

No

mb

or

Sir

i D

okum

en

Dok

um

en

Uru

s N

iag

a

Ele

men

Bil

Page 38: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

Bil

Tarikh

Dokumen

No. Dokumen

Masuk

Keluar

Baki

Kuantiti

Harga Seunit (RM)

Amaun (RM)

Kuantiti

Harga Seunit (RM)

Amaun (RM)

Kuantiti

Harga Seunit (RM)

Amaun (RM)

38

Jenis Barang:

KAD STOK

LAMPIRAN 6

Page 39: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

39

LAMPIRAN 7

Senarai Semak dan Penilaian Guru

Bil Fasa Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan

1 2 3

4

5 6 7 8

9

9

10 11

11 12

13 14 15 16

Proses Tugasan Profil Perniagaan Perancangan Urus niaga Penyediaan Dokumen Perniagaan Penyediaan Buku Catatan Pertama Pengeposan ke lejar Penyediaan Imbangan duga Penilaian Stok Akhir Penyediaan Penyata Kewangan Menghitung Nisbah Penyata Kewangan

Menganalisis Analisis Penyata Kewangan & Analisis Nisbah

Membuat keputusan Keputusan Perniagaan Pernacangan Perniagaan

Penggunaan TMK Penggunaan Komputer Komunikasi

Nilai Murni Sistematik Akauntabiliti Rasional Ketepatan

Page 40: PRINSIP PERAKAUNAN 3756 - Ezaidin Norman · PDF fileFormat pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan ... Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya

40

LAMPIRAN 8

No. Siri : SMKST A 0001

SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

21020 KUALA TERENGGNAU

SIJIL PENCAPAIAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN

3756/3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Dengan ini disahkan bahawa

Wan Muhammad Qhairul Daniel b. Wan Ali

No. K/P : 920202-11-5007 Angka Giliran : TEA3087 A0381

telah berjaya menyempurnakan Projek Prinsip Perakaunan 3756/3

dengan pencapaian berikut:

Elemen Gred

Pengetahuan dan Kefahaman D Kemahiran Mengaplikasi B Kemahiran Menganalisi A Kemahiran Membuat Keputusan A Kemahiran Menggunakan TMK A Nilai-Nilai Murni Dalam Perakaunan A

Jumlah Skor 76

GRED KESELURUHAN B

Pengetua Tarikh: 26-Jun-2010 SMK Tengku Mizan Zainal Abidin

21020 Kuala Terengganu