Transcript
Page 1: TEKS UCAPAN SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH - · PDF fileDiraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-kanak

1

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA

MAJLIS PENUTUP SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH

PADA

10 OKTOBER 2015

KINGWOOD INN, KUCHING

Page 2: TEKS UCAPAN SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH - · PDF fileDiraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-kanak

2

Terima kasih kepada Tuan/Puan Pengerusi Majlis,

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurniaNya, kita berpeluang untuk bersama-sama berkumpul di

Majlis penutupan Seminar Wanita Anti Jenayah yang dianjurkan oleh Sarawak

Women for Women pada petang ini.

Bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM), saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

yang sudi hadir ke seminar ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

KEJAYAAN WANITA

1. Kedudukan wanita di Malaysia telah mengalami peningkatan dramatik

dalam lima (5) dekad yang lalu. Di bawah undang-undang, wanita

menikmati hak yang sama dengan lelaki dalam bidang pendidikan,

kesihatan, pekerjaan dan kebajikan sosial dan penyertaan dalam politik.

Dasar- dasar negara telah dan terus dibangunkan untuk wanita dan

kanak-kanak perempuan bagi memastikan kemajuan, perkembangan

dan penyertaan dalam masyarakat. Sesungguhnya, kita gembira melihat

ramai wanita hari ini yang telah mencapai kejayaan yang besar dalam

arena yang berbeza; dalam pelbagai profesion seperti sukan, politik dan

Page 3: TEKS UCAPAN SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH - · PDF fileDiraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-kanak

3

tidak lupa juga sumbangan penting mereka sebagai penjaga dan suri

dalam keluarga.

2. Walaupun pelbagai bidang yang telah dicapai dalam pembangunan

wanita, masih terdapat banyak kawasan di mana wanita bukan sahaja

ketinggalan, tetapi mengalami diskriminasi, didera, dan paling sedih,

dianggap sebagai mangsa jenayah. Keganasan rumah tangga, rogol,

serangan, penyeludupan wanita, keldai dadah adalah antara jenayah

terhadap wanita yang serius memerlukan perhatian.

3. Oleh yang demikian, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah

kepada Sarawak Women for Women kerana menganjurkan seminar ini

dan berjaya menarik 120 peserta untuk bersama-sama membincangkan

topik mengenai wanita. Saya difahamkan objektif utama seminar ini

adalah dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan

dengan pelbagai bentuk jenayah terhadap wanita penyeludupan

terutamanya manusia, keldai dadah, penipuan internet dan keganasan

seksual. Seminar ini memang salah satu yang penting dan tepat.

4. Saya yakin bahawa pengetahuan yang anda telah perolehi daripada

seminar ini bukan sahaja akan membantu melindungi anda daripada

menjadi mangsa jenayah, tetapi yang lebih penting peranan anda

sebagai ahli pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk membangunkan

strategi dan program dalam membawa perubahan.

Page 4: TEKS UCAPAN SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH - · PDF fileDiraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-kanak

4

MENGHAPUSKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA

Hadirin yang dikasihi,

5. Izinkan saya berkongsi beberapa program dan inisiatif Kerajaan ke arah

menghapuskan keganasan terhadap wanita. Dasar Wanita Negara dan

Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang digubal adalah bagi

memastikan pemerkasaan wanita dipergiatkan dan menjadi agenda

setiap rakyat Malaysia. KPWKM telah melaksanakan inisiatif Talian Nur

15999 pada tahun 2007 dan talian khusus untuk kanak-kanak

iaitu Childline 15999 pada tahun 2010 bagi membolehkan orang awam

dan kanak-kanak membuat aduan mengenai kes-kes krisis yang berlaku

dalam masyarakat seperti penderaan, keganasan, pembuangan bayi dan

khidmat kaunseling.

6. Bagi membantu mangsa keganasan khususnya dari aspek

mengurangkan trauma, 129 buah One Stop Crisis Centre (OSCC) telah

ditubuhkan di hospital-hospital besar Kerajaan di seluruh negara bagi

membolehkan mangsa keganasan mendapatkan rawatan yang

komprehensif dan menyeluruh di satu lokasi berpusat. OSCC ini

bercirikan kerjasama bersepadu dan diselaraskan secara multi-

sectoral dan antara agensi iaitu Kementerian Kesihatan, KPWKM, Polis

Diraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes

keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-

kanak dan liwat.

Page 5: TEKS UCAPAN SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH - · PDF fileDiraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-kanak

5

7. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007

pula digubal bagi melindungi mangsa pemerdagangan orang dan

penyeludupan migran yang sebahagian besarnya merupakan golongan

wanita. KPWKM selaku pengerusi jawatankuasa perlindungan dan

pemulihan mangsa di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Anti

Penyeludupan Migran (MAPO) bertanggungjawab memastikan kebajikan

mangsa sepanjang tempoh mangsa berada di bawah arahan

perlindungan mahkamah dipelihara sebelum dihantar pulang ke tempat

asal. Semenjak tahun 2008 hingga kini, seramai 1,085 orang mangsa

wanita telah diberi penjagaan, perlindungan dan kaunseling di rumah

perlindungan KPWKM.

8. Selain itu, Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita turut

dilaksanakan bersama Wanita Caucus Parlimen di KL Sentral manakala

Kempen Walk The Talk, from Perlis to Sabah, Stop Violence Against

Women telah dijalankan dengan kerjasama dengan NGO iaitu

Soroptimist pada tahun 2012. Kempen ini telah mendapat sambutan

yang menggalakan daripada orang ramai.Program-program advokasi

juga dilaksanakan di peringkat masyarakat bersama dengan ahli-ahli

Parlimen seperti Seminar Kepekaan Gender, Literasi Undang-Undang,

Wanita Anti Jenayah (WAJA), Seminar Menangani Keganasan Terhadap

Wanita dan Gadis, Selamatkan Diri Anda (SEDiA), Program

Kesejahteraan Emosi dan Program Transformasi Minda.

Page 6: TEKS UCAPAN SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH - · PDF fileDiraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-kanak

6

9. Kerajaan amat prihatin dan memandang serius akan kes-kes keganasan

yang berlaku ke atas wanita. Memandangkan Malaysia merupakan

negara pihak kepada Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk

Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), maka adalah menjadi

komitmen negara untuk memastikan kesejahteraan wanita dipelihara

selaras dengan piawaian peringkat antarabangsa. Komitmen ini

diterjemahkan dalam bentuk dasar dan perundangan yang digubal atau

dipinda serta program-program yang diadakan untuk memastikan apa

jua usaha untuk menangani sebarang bentuk keganasan terhadap

wanita dilakukan secara holistik.

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagai penutup, saya ingin menekankan bahawa Membanteras Jenayah adalah tanggungjawab Bersama. Addressing crimes against women is a

joint responsibility! Program-program seperti saya sebutkan tadi sebenarnya

bukan hanya menyasarkan kepada kaum wanita sahaja tetapi turut terbuka

kepada golongan lelaki. Justeru, saya menyeru agar kaum lelaki yang hadir

pada hari ini mewar-warkan perkara ini dan turut berganding sama untuk

mencegah dan menangani isu ini.

Dengan lafaz

Saya, dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutup Seminar Wanita Anti

Jenayah 2015.

Page 7: TEKS UCAPAN SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH - · PDF fileDiraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-kanak

7

Sekian,

Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamu’alaikum W.B.T.


Recommended