NUR ELLYA AQILLA BT MAZLAN
D20091035130
Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa kesemua sekolah di bandar dan luar
bandar dibekalkan dengan kuantiti yang bersesuaian
Pihak kerajaan perlu menyediakan perisian yang berkaitan dengan pengajaran
kepada semua guru
Guru perlu diberi latihan sepenuhnya dalam mengendalikan sistem komputer
Akses dan Ekuiti Pendidikan Subjek Matematik Isu Teknologi Dalam
Apakah yang akan berlaku jika kita menyelesaikan masalah ini
dengan menggunakan cara di atas?
Ketidakadilan dalam penggunaan teknologi oleh semua pelajar
Apakah cara penyelesaian untuk masalah ini?
Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa kesemua sekolah di bandar dan luar bandar
dibekalkan dengan kuantiti yang bersesuaian
Pihak kerajaan perlu menyediakan perisian yang berkaitan dengan pengajaran kepada semua
guru
Guru perlu diberi latihan sepenuhnya dalam mengendalikan sistem komputer
Pihak sekolah perlu menyediakan pembantu makmal dan juruteknik bagi
menyelenggarakan komputer
Pihak kerajaan perlu meningkatkan bilangan guru terlatih dalam ICT
Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar
Perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperolehi
Latihan dan perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah
yang kurang berkesan
Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah
Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi
Pihak sekolah perlu menyediakan pembantu makmal dan juruteknik bagi
menyelenggarakan komputer
Apakah yang akan berlaku jika kita menyelesaikan masalah
ini dengan menggunakan cara di atas?
Akibat
Pihak kerajaan akan mengeluarkan bajet
dan kos yang lebih banyak dalam
menyediakan komputer, perisian dan
guru terlatih dalam mengendalikan ICT
Guru akan lebih banyak mengikuti program
dan kursus bagi meningkatkan tahap
kendalian dalam ICT
Nilai
Guru akan memperoleh pelbagai ilmu dan
kemahiran bagi mengedalikan ICT
Pelajar akan memperoleh peluang bagi
menggunakan komputer
Mengurangkan jurang rakyat yang berbeza
dari segi keperluan dan kebolehan
bagi mendapat pendidikan secara sama
rata
NURLIYANA BINTI MOHD JAMIL
D20091034778
Apakah Masalah?
Masalah yang akan dibincangkan ini adalah masalah tentang pencapaian matematik oleh
pelajar bangsa melayu yang lemah jika dibandingkan dengan pencapaian matematik oleh
pelajar bangsa cina.
Itu adalah kenyataan jelas tentang masalah yang ingin saya utarakan. Namun, saya
harap, para pembaca perlu jelas mengenai niat saya menyatakan masalah ini. Sebenarnya,
saya ingin menyatakan masalahnya di sini adalah bukan saya ingin membuat perbandingan
iaitu pelajar melayu lemah matematik daripada pelajar cina, tetapi masalahnya adalah
penguasaan pelajar melayu dalam matematik yang perlu dibimbangkan kerana prestasi dalam
peperiksaan menunjukkan pelajar melayu tidak dapat menguasai matematik.
Pelajar bangsa cina dan melayu menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan besar
seperti UPSR, PMR, dan SPM. Oleh itu, hal ini jelaslah menunjukkan penguasaan pelajar
bangsa melayu dalam matematik yang mempunyai masalah. Mengapa pelajar bangsa melayu
tidak dapat menguasai matematik? Bukti kejayaan pelajar bangsa cina menjawab soalan
peperiksaan telah menunjukkan set soalan yang dibuat dalam peperiksaan setaraf dengan
tahap pembelajaran dan pemikiran pelajar-pelajar yang normal.
Contoh-contoh daripada kajian telah menunjukkan prestasi pelajar bangsa melayu yang
rendah dalam peperiksaan matematik berbanding dengan pelajar bangsa bukan melayu.
Penerangan kajian ini telah dinyatakan dengan jelas dalam penulisan ilmiah saya. Saya pasti
semua orang sudah sedia maklum bahawa prestasi pelajar bangsa cina dalam matematik iaitu
mereka memang bijak dalam matapelajaran ini pada masa sekarang.
Saya tidak menyatakan keseluruhan pelajar melayu lemah matematik dan saya juga
tidak menyatakan keseluruhan pelajar bangsa cina bijak dalam matematik. Bukti kajian
dibeberapa buah tempat dan sekolah yang menunjukkan secara keseluruhannya situasi
masalah ini iaitu pelajar bangsa melayu lemah dalam matematik berbanding dengan pelajar
bangsa cina.
Apakah Punca Masalah Ini?
Punca masalah ini tidak dapat dinyatakan dengan tepat seperti kita membuat kiraan matematik
yang mana hasil jawapan adalah suatu nombor sahaja, manakala jawapan yang selain
daripada itu adalah salah. Bagi menyatakan punca kepada masalah ini, banyak faktor yang
boleh menjadi punca terjadinya masalah ini.
Salah satu faktor adalah diri pelajar melayu itu sendiri. Mereka mempelajari matematik
kerana mereka ingin berjaya dalam peperiksaan iaitu mendapat keputusan A dalam
peperiksaan untuk kertas matematik ini. Mereka tidak mempelajari matematik kerana minat.
Oleh itu, pemahaman mereka dalam matematik pada permukaan sahaja. Contohnya mereka
tidak memahami formula dan jalan pengiraan kepada topik yang dipelajari sahaja. Mereka juga
tidak mengambil tahu mengapa formula ini dibentuk dan bagaimana penggunaan topik itu
dalam kehidupan.
Selain itu, kebanyakan pelajar melayu yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang
dalam matematik biasanya akan mempelajari matematik pada waktu hampir-hampir
peperiksaan. Berbanding dengan pelajar cina yang mempelajari matematik kerana minat.
Mereka akan resah jika mereka tidak memahami sesuatu topik yang baru diajar oleh guru
mereka. Mereka juga akan mempelajari sesuatu topik dengan sendiri jika mereka ingin
mengetahui dengan lebih lanjut akan topik tersebut dan mereka akan membuat latihan
tambahan di rumah. Manakala, pelajar melayu bisanya akan menunggu latihan yang diberikan
oleh guru mereka sahaja.
Faktor kedua mungkin datang daripada ibu bapa iaitu didikan daripada kecil. Didikan
daripada kecil ini merupakan pengaruh persekitaran dan corak kepada tingkah laku kanak-
kanak tersebut. Ibu bapa biasanya hanya bertanyakan kerja sekolah anak-anak mereka sudah
siap atau belum. Tetapi, mereka tidak mengambil berat akan kemajuan anak mereka dalam
matapelajaran metematik. Mereka tidak mengambil tahu samaada anak mereka faham atau
tidak mengenai konsep matematik yang baru dipelajarinya di sekolah. Kesannya, anak-anak ini
yang telah ketinggalan dalam pelajaran matematik tahap rendah akan gagal menguasai konsep
asas matematik yang seterusnya. Mereka tidak dapat menguasai dan memahami
matapelajaran ini. Mereka akhirnya akan hilang minat dalam matematik.
Faktor berikutnya adalah datang daripada guru juga. Guru gagal menerapkan minat
terhadap matematik dalam diri pelajar-pelajarnya. Oleh itu, pelajar-pelajar ini menganggap
matapelajaran ini hanya sebagai matapelajaran untuk dijawab dalam peperiksaan dan mereka
perlu berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam matematik. Apabila
mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam matematik, mereka akan berasa
kecewa dan tertekan. Maka, mareka akan menganggap matapelajaran ini suatu matapelajaran
yang tidak menyeronokkan dan tertekan. Mereka semakin tidak meminati matematik.
Langkah untuk mengatasi masalah ini haruslah diambil dengan segera. Kita perlu
membantu anak-anak melayu yang leka dan ketinggalan dalam matapelajaran ini. Anak-anak
melayu dilahirkan serupa dengan anak-anak cina atau india. Cuma persekitaran yang
membentuk tingkah laku dan pencapaian pelajar- pelajar ini. Tiada alasan lain untuk
menyatakan perbezaan pencapaian matematik oleh pelajar melayu dan cina. Puncanya,
bermula pada sikap pelajar. Guru dan ibu bapa juga tidak terlepas daripada tanggungjawab
masalah ini kerana ibu bapa dan gurulah yang mencorakkan keperibadian pelajar-pelajar ini.
Sebagai seorang bakal guru, saya menyatakan pendapat saya mengenai langkah-
langkah untuk mengatasi masalah ini dalam tugasan ini. Langkah-langkah yang dinyatakan ini
mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Pelaksanaan langkah-langkah ini pula tidak dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya oleh guru-guru masa kini.
Apakah Langkah-Langkah Penyelesaian?
Ini adalah antara langkah penyelesaian yang dapat dilakukan oleh guru iaitu:
Bagaimana saya ingin meningkatkan pencapaiaan pelajar melayu
dalam matematik?
Penyelesaian yang dapat dilakukan:
Guru perlu memberitahu Ibu bapa semasa mesyuarat PIBG supaya
meneliti penguasaan matematik oleh anak-anak mereka di rumah
Guru mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya
menjadi lebih menarik minat pelajar
Guru mengajar matematik dengan mementingkan penguasaan nilai
matematik dalam diri pelajar-pelajar bukan hanya berorientasikan
peperiksaan
Guru tidak menekankan pelajar yang tidak dapat menguasai topik yang
diajar dengan memarahinya dan memalukannya dihadapan kelas.
Ibu bapa dapat mengetahui prestasi anak-anak
mereka.
Ibu bapa dapat memantau penguasaan
matematik anak-anak mereka
Pelajar-pelajar akan menyiapkan latihan kerja
rumah yang diberikan oleh guru di rumah
Pelajar-pelajar memahami pengajaran guru
dalam kelas dengan baiknya kerana di rumah
ibu bapa akan menerangkan pengajaran yang
tidak difahami oleh pelajar tersebut.
Beban guru untuk memantau penguasaan
matematik oleh pelajar-pelajarnya dapat
dikurangkan
Pengajaran guru untuk pelajaran berikutnya
akan lebih lancar kerana kesemua pelajarnya
dapat memahami pelajaran sebelumnya
dengan baik atas bantuan ibu bapa di rumah.
Tidak semua pelajar mendapat keseluruhan
pengajaran yang diajar oleh guru mereka.
Pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai
pelajaran sebelumnya akan diteruskan oleh ibu
bapa di rumah. Oleh itu, pada pelajaran
seterusnya, kesemua pelajar-pelajar sudah
mempunyai pengetahuan sedia ada pada tahap
yang sama
LANGKAH 1
Guru perlu memberitahu Ibu bapa semasa mesyuarat PIBG supaya meneliti
penguasaan matematik oleh anak-anak mereka di rumah
Ibu bapa akan menyatakan guru ingin
lepas tangan dalam menjalankan
tanggungjawabnya untuk mendidik
anak-anak mereka.
Pengajaran ibu bapa di rumah tidak
sama seperti pengajaran guru di
sekolah. Walaupun konsep yang akan
disampaikan sama, tetapi penerangan
guru dan ibu bapa berlainan. Kesannya,
pelajar-pelajar akan menjadi lebih keliru.
Tidak semua ibu bapa mempunyai masa
untuk memantau prestasi anak mereka
dalam setiap matapelajaran.
Tidak semua ibu bapa mahir dalam
matapelajaran ini dan ibu bapa itu
sendiri tidak tahu konsep pelajaran
tersebut.
KESAN KELEMAHAN KESAN KEBAIKAN
LANGKAH 2
Guru mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
supaya menjadi lebih menarik minat pelajar
Pelajar menjadi minat pada waktu
matapelajaran matematik kerana mereka
merasakan kelas tersebut mempunyai
kaedah P&P yang tidak bosan
Pelajar berminat dengan bahan bantu
mengajar guru yang menarik dan tidak
ada pada matapelajaran lain
Pelajar tidak mengantuk dalam kelas
matematik kerana set induksi yang
digunakan oleh guru menarik dan lebih
kepada kehidupan
Pelajar akan merasakan pelajaran
matematik bukan hanya mendengar
penerangan guru di papan hitam dan
menjawab soalan matematik, tetapi
pelajar dapat bergerak, bertutur dan
mendengar melalui kaedah P&P guru
yang menggunakan pelbagai deria.
Melalui kaedah kontruktivisme, pelajar
dapat berbincang dengan rakan mereka
untuk menjawab soalan matematik dan
mereka akan merasa tidak kesorangan
jika mereka tidak memahami sesuatu
topik kerana rakan mereka dapat
membantu mereka.
Guru tidak mengetahui minat setiap
pelajar dan minat setiap pelajar pula
berbeza-beza
Guru tidak mempunyai wang dan masa
untuk menyediakan bahan batu mengajar
yang menarik
Masa pengajaran dan pembelajaran
adalah 40 minit dan 60 minit sahaja.
Pada hakikatnya, guru tidak sempat
untuk menghabiskan sukatan pelajaran
kerana fokus kepada kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang berorientasikan
pelajar
Guru tidak dapat memastikan semua
pelajar mendapat konsep pelajaran pada
hari tersebut dengan betul.
Guru tidak dapat memastikan konsep
pelajaran yang pelajar fahami adalah
konsep pelajaran yang betul.
KESAN KEBAIKAN KELEMAHAN
LANGKAH 3
Guru mengajar matematik dengan mementingkan penguasaan nilai matematik
dalam diri pelajar-pelajar bukan hanya berorientasikan peperiksaan
Semua pelajar dapat dipastikan
menguasai pelajaran itu.
Guru tidak akan tergesa-gesa
mengajar untuk menghabiskan
sukatan pelajaran
Guru dapat mempraktikkan langkah
dalam pembelajaran masteri untuk
memberi langkah pemulihan kepada
pelajar yang masih tidak memahami
konsep yang diajar semasa
pelajaran pada hari tersebut
Ilmu matematik yang diberikan akan
lebih bermakna dan pelajar dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan
mereka.
Pelajar tidak merasakan tertekan
apabila tidak mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan
matematik, tetapi, mereka akan
merasa gelisah apabila mereka tidak
memahami sesuatu topik dalam
pelajaran ini.
Peperiksaan tetap menjadi kayu
ukur penguasaan matematik oleh
seseorang pelajar di Malaysia.
Guru tidak dapat mengelakkan
daripada memastikan setiap
pelajar-pelajar bersedia untuk
menjawab soalan peperiksaan
dengan mengajar berorientasikan
peperiksaan kerana kekangan
masa pengajaran
Sukatan pelajaran terlalu banyak
untuk memberi masa yang lama
kepada pelajar-pelajar bagi
menguasai sesuatu topik
KESAN KEBAIKAN KESAN KELEMAHAN
LANGKAH 4
Guru tidak menekankan pelajar yang tidak dapat menguasai topik yang
diajar dengan memarahinya dan memalukannya dihadapan kelas.
Pelajar tidak takut untuk
bertanyakan soalan kepada guru
mereka jika mereka tidak
memahami sesuatu konsep atau
soalan matematik
Pelajar berasa yakin untuk
menjawab soalan matematik di
hadapan kelas atau mengangkat
tangan kerana jika mereka salah
mereka tidak akan dimarahi
Pelajar dapat mengutarakan
pendapatnya semasa pengajaran
kelas dihadapan guru mereka
Pelajar tidak merasa tertekan
semasa pengajaran dan
pembelajarn metematik berlangsung
pelajar dapat berkongsi dengan
guru matematik jika mereka
mempunyai masalah dalam
matapelajaran tersebut atau
masalah lain kerana mereka
merasakan guru matematik mudah
didekati.
Pelajar tidak menumpukan
perhatian dalam mempelajari
matapelajaran ini dalam kelas
kerana guru mereka tidak
memarahi mereka.
Pelajar tidak merasa gelisah jika
tidak memahami sesuatu konsep
yang diajar guru mereka kerana
mereka tahu jika guru mereka
tanya dan mereka tidak dapat
menjawab, maka, guru mereka
tidak akan memarahi mereka.
Pelajar tidak segera membuat
latihan yang diberi oleh guru
mereka kerana mereka
mengambil kesempatan terhadap
kebaikan guru mereka.
KESANKEBAIKAN KESAN KELEMAHAN
Apakah Penyelesaian Terbaik Kepada Masalah Ini?
Penyelesaian yang terbaik kepada masalah ini adalah langkah yang ketiga iaitu guru mengajar
matematik dengan mementingkan penguasaan nilai matematik dalam diri pelajar-pelajar bukan
hanya berorientasikan peperiksaan.
Langkah ini merupakan langkah yang terbaik bagi saya kerana langkah ini dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pengetua, guru dan pelajar. Peperiksaan memberi
tekanan kepada semua pihak. Sistem di Malaysia menjadikan sebagai penilaian untuk
menentukan penguasaan matematik oleh pelajar-pelajar.
Peperiksaan merupakan penentu masa depan pelajar-pelajar di Malaysia kerana
peperiksaan adalah penentu samaada pelajar-pelajar itu layak untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat seterusnya. Walhal, tempoh peperiksaaan yang terlalu singkat iaitu sejam atau dua
jam sudah semestinya tidak dapat menentukan pencapaaian dan penguasaan matematik
pelajar-pelajar ini secara keseluruhan. Kesannya, anak-anak melayu yang tidak dapat
menjawab soalan peperiksaan matematik dengan baik akan membenci matapelajaran ini dan
mereka mengnggap matapelajaran ini memusnahkan hidup dan impian mereka.
Kerajaan hendaklah membantu anak-anak melayu ini dengan mengadakan penilaian
secara berterusan bukan hanya penilaian pada hari peperiksaan sahaja. Contoh penilaian
berterusan adalah membuat folio, projek, mengkaji masalah dan ujian pendek.
Langkah 3
Guru mengajar matematik dengan mementingkan penguasaan nilai matematik
dalam diri pelajar-pelajar bukan hanya berorientasikan peperiksaan.
CHOY MING DI
D20091034789
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
TAJUK: AKSES DAN EKUITI
ISU: PROFESIONAL GURU YANG KURANG AKSES DAN EKUITI DALAM
PENGAJARAN MATEMATIK
Akses dan ekuiti bermaksud memberi saluran yang tepat untuk seseorang individu untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai. Ekuiti pula tidak bermaksud
melayan semua individu dengan sama malah hal ini merujuk kepada memastikan semua individu
mempunyai peluang untuk mencapai potensi diri, membuat pilihan dan juga mendapat
perkhidmatan yang memuaskan.
Dalam bidang pendidikan, seseorang guru berperanan penting dalam pemberian ilmu
pengetahuan kepada anak murid. Guru tersebut seharusnya mempunyai kemampuan dan
kemahiran yang cukup mantap untuk melaksanakan tugasnya. Guru juga perlu mempunyai
kecekapan, kepakaran dan juga kemahiran khusus dalam profesionnya. Walau bagaimanapun,
kini profesional guru dipertikaikan kerana guru sendiri masih kekurangan kemahiran dan tidak
mencapai standard yang memuaskan. Guru yang kurang menguasai subjek yang dipegang akan
menjejaskan akses dan ekuiti seterusnya akan menghakis hak murid dalam pembelajaran
matematik.
APAKAH MASALAH TERSEBUT?
Terdapat banyak faktor yang menyumbnang kepada isu profesional guru matematik dalam akses
dan ekuiti. Antara wujudnya masalah dalam profesional guru adalah disebabkan oleh faktor-
faktor seperti agihan dan penempatan guru Matematik yang tidak seimbang di bandar dan di luar
bandar sehingga menyebabkan guru opsyen lain mengajar matematik, cara pengajaran guru yang
kurang realistik dan tidak dikaitkan dengan kehidupan seharian, guru yang masih menggunakan
pendekatan tradisional dan berpusatkan guru serta guru kurang memberi perhatian dan
bimbingan terhadap murid.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian
Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) pada tahun 2000, terdapat 61.8 peratus guru
terdiri daripada guru perempuan. Masalah kesihatan, keselamatan dan keluarga sering manjadi
kekangan bagi guru perempuan untuk berkhidmat di luar bandar atau di sekolah pedalaman. Hal
ini juga menyebabkan terlebihnya guru sains dan matematik di bandar dan kekurangan guru
subjek tersebut di luar bandar. Guru matematik yang terlebih di bandar akan diarah untuk
mengajar subjek lain dan guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal
seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan murid di luar bandar.
Agihan guru yang tidak mengikut opsyen dan kepakaran akan menjejaskan profesional guru dan
menyebabkan ilmu matematik sukar untuk disampaikan untuk murid. Hal ini bukan sahaja
menghakis hak murid dalam pembelajaran matematik malah menyebabkan murid sukar untuk
mengakses dalam subjek matematik dan wujudnya perbezaan dalam pencapaian matematik
antara bandar dengan luar bandar.
Selain itu, terdapat sebilangan guru yang cara pengajarannya yang kurang realistik,
kurang menarik dan kurang menyeluruh. Cara pengajaran guru yang kurang realistik kerana
kebanyakkan ilmu yang diajar tidak dikaitkan dengan kehidupan seharian. Selain itu, cara
pengajaran guru yang kurang memberangsangkan juga menjadi faktor murid kurang berminat
MENGAPA WUJUDNYA MASALAH
TERSEBUT?
dalam subjek matematik. Dalam kelas matematik, cara pengajaran yang kurang menyeluruh dan
tidak dapat memenuhi keperluan setiap murid yang terdiri daripada kebolehan dan potensi
matematik yang berbeza juga menjadi masalah bagi murid untuk memahami matematik.
Di samping itu, profesional guru juga berkaitan dengan pendekatan atau kaedah
penyampaian guru di dalam kelas. Walaupun terdapat banyak pendekatan yang boleh diaplikasi
bagi menarik minat murid, namun masih terdapat guru matematik yang menggunakan
pendekatan tradisional dan berpusatkan guru iaitu guru berperanan sebagai pemberi maklumat
dan murid sebagai penerima maklumat. Pendekatan ini kurang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana bersifat pasif, lebih kepada interaksi sehala dan menyebabkan ilmu sukar
disampaikan untuk murid dengan lebih menyeluruh. Guru yang kurang profesional dalam
mengendalikan pendekatan dengan efektif boleh menyekat akses murid dalam subjek matematik.
Menurut Sabri Ahmad et al. (2006), bilangan murid dalam kelas yang terlalu ramai akan
menyukarkan guru untuk memberi perhatian dan bimbingan kepada murid. Guru sukar untuk
mengenalpasti kelemahan dan kebolehan setiap murid dalam kelas matematik. Cara pengajaran
juga tidak dapat memenuhi keperluan setiap murid yang pencapaiannya berbeza. Kekurangan
interaksi dalam kelas akibat bilangan murid yang ramai akan menyebabkan murid sukar untuk
memahami matematik dengan lebih mendalam. Hal ini akan menyebabkan mereka yang
bermasalah dalam matematik terus terabai dan tidak dapt mengatasi masalah mereka.
Salah satu masalah yang paling ketara dalam profesional guru adalah disebabkan oleh
pedagogi konten dan pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK) yang lemah dalam
kalangan guru matematik. Loughran et al. (2006) berpendapat bahawa PPIK ialah gabungan
pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi dalam bentuk masing-masing dan
berinteraksi antara satu sama lain, yang mempastikan apa yang diajar dan bagaimana ia berguna
dalam pengajaran suatu konsep spesifik difahami murid kerana pengajaran telah dirancang,
dianalisis dan disampaikan dengan baik. PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan
antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan guru biasa. Kajian daripada Tengku
Zawawi Tengku Zainal et al. (2009) juga menjelaskan bahawa PPIK yang dimiliki oleh guru-
guru Matematik baru dan berpengalaman tidak berkembang secara seimbang. Oleh itu,
profesional seorang guru matematik pasti akan terjejas jika guru tidak dapat menguasai pedagogi
konten dan PPIK ini.
Masalah: Guru Kurang Profesional dalam Pengajaran Subjek Matematik
Penyelesaian 1: Kerajaan memainkan peranan bagi memastikan
bilangan guru matematik dan sains di bandar dan di luar bandar adalah
seimbang serta penempatan guru dengan mengikut opsyennya.
KELEBIHAN
Guru dapat mengajar subjek
kepakarannya dan ilmu
matematik dapat disampaikan
dengan lebih berkesan dan murid
senag faham konsep yang guru
ajar.
Prestasi murid dalam matematik
dapat ditingkatkan kerana guru
mempunyai kepakaran dan
pengetahuan khusus dalam
pengajaran matematik.
Guru lebih yakin dan boleh
mengaplikasikan kaedah atau
pendekatan pengajaran yang
sedia ada dalam kelas.
Pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lebih efektif.
Penyampaian pengajaran dan
pembelajaran lebih lancar dan
guru lebih bersemangat jika
dapat mengajar subjek yang
merupakan opsyennya.
KELEMAHAN
Guru menghadapi kekangan dari
segi kesihatan, keselamatan dan
keluarga terutama bagi guru
perempuan yang dihantar untuk
berkhidmat di luar bandar atau di
sekolah pedalaman.
Guru akan menghadapi cabaran
dari segi emosi, fizikal, mental
dan psikologi jika dihantar ke
pendalaman walaupun boleh
mengajar opsyennya sendiri. Hal
ini juga akan menjejaskan
profesional guru dalam
pengajaran matematik kerana
guru tidak biasa dengan
persekitaran di pendalaman.
Penyelesaian 2: Kerajaan memberi peruntukkan dana untuk
menganjurkan program atau kursus khas bagi memantapkan lagi
pedagogi konten dan PPIK guru matematik.
KELEBIHAN
Guru diberi peluang untuk
menguatkan dan mengasah lagi
ilmu pedagogi konten dan PPIK
supaya mereka lebih mantap
dalam pengajaran matematik.
Dapat meningkatkan kesedaran
guru matematik tentang
kepentingannya pedagogi konten
dan PPIK dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
Guru yang telah menghadiri
kursus boleh mempelajari
tentang pengetahuan yang
tentang subjek diperlukan oleh
guru semasa merancang
kurikulum, rancangan pelajaran,
dan strategi instruksional
berkaitan dengan menangani
keperluan belajar murid.
KELEMAHAN
Guru mempunyai kekangan
masa untuk menghadiri kursus
yang mungkin disebabkan oleh
kesibukan tentang urusan di
sekolah, kertas kerja, jawatan
yang dipegang, masalah
keluarga, masalah kesihatan,
lokasi program yang jauh dan
sebagainya.
Kerajaan perlu menampung kos
yang tinggi dan memerlukan
masa untuk merancang kursus
serta membuat modul yang
sesuai bagi mengasah PPIK guru
matematik.
Penyelesaian 3: Guru perlu mempelbagaikan pendekatan atau kaedah
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
KELEMAHAN
Membebankan kerja guru kerana
guru perlu mengambil masa
yang lama untuk menyesuaikan
pendekatan dan
mengaplikasikannya di dalam
kelas.
Guru perlu mengambil masa
untuk mencari perisian yang
berasaskan matematik dan perlu
memahaminya terlubih dahulu
sebelum mengajar di dalam
kelas.
KELEBIHAN
Penggunaan pelbagai pendekatan
boleh meningkatkan kefahaman
murid dalam subjek matematik.
Pengajaran menggunakan
aktiviti yang lebih interaktif
dapat merangsang minat murid.
Contohnya seperti game-based
learning, web-based learning
dan lain-lain lagi yang dapat
menarik perhatian murid untuk
belajar matematik.
Proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik lebih
berkesan dan menarik.
Murid dapat mengasai topik
matematik dengan lebih baik dan
dapat memupuk minat serta
sikap positif mereka dalam
pembelajaran matematik.
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH
PENYELESAIAN
TERBAIK
Setelah mempertimbangkan kelebihan dan kelemahan setiap langkah penyelesaian
yang terbaik adalah langkah 1 iaitu kerajaan perlu memainkan peranan bagi
memastikan bilangan guru matematik dan sains di bandar dan di luar bandar adalah
seimbang serta penempatan guru dengan mengikut opsyennya. Hal ini disebabkan
oleh:
Profesional seorang guru matematik hanya dapat dikekalkan jika guru
dapat mengajar subjek kepakarannya. Hal ini demikian kerana guru
yang mengajar opsyen yang kesukaanya akan lebih senang
menyampaikan ilmu kepada muridnya dengan lebih senang. Murid
juga lebih senang faham faham konsep yang guru ajar serta dapat
mengakses ke dalam bidang matematik dengan lebih berkesan.
Jika murid dapat memahami konsep yang guru ajar, maka prestasi
murid dalam matematik dapat ditingkatkan. Dengan kata lain, guru
yang profesional akan mempengaruhi pemahaman dan prestasi
terhadap matematik. Oleh itu, penempatan guru dengan mengikut
opsyen adalah penting kerana ini dapat mengekalkan profesional
seorang guru dalam bidang kepakaranya.
Guru yang dapat mengajar opsyen akan lebih yakin dalam
pengajarannya dan boleh mengaplikasikan kaedah atau pendekatan
pengajaran yang sedia ada dalam kelas. Pengajaran serta
penyampaian pengajaran dan pembelajaran juga akan dijalankan
dengan lebih efektif.
Bibliografi
Loughran, J.J, Mulhall, P., & Berry, A. (2006). Understanding and developing Science teacher’s
pedagogical content knowledge. Sense Publishers: Rotterdam.
Sabri Ahmad et al. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distribution Sdn Bhd.
Tengku Zawawi Tengku Zainal et al. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru
Matematik bagi tajuk pecahan: kajian kes di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia
34(1): 131 – 153.
NUR HAFIZAH BT ZAHARI
D20091035133
SKILLFUL PROBLEM SOLVING
1. What is the problem?
Permasalahan yang dihadapi adalah
matlamat pendidikan matematik
Malaysia tidak tercapai dengan
cemerlang kerana kurikulum mata
pelajaran tidak dapat dilaksanakan
dengan baik kerana disebabkan beberapa
faktor iaitu :
AKSES EKUITI
Kurikulum pendidikan Matematik didapat diselenggara dengan baik
kerana kurikulum pendidikan negara kerap berubah, dan tidak
mempunyai satu kurikulum yang tetap untuk jangka waktu yang
panjang. Dengan itu, pelajar sekolah cenderung untuk tidak dapat
kesamarataan dalam mempelajari ilmu pendidikan yang berdasarkan
kurikulum baru. Hal ini kerana, apabila kurikulum ditukar, semua
buku teks akan ditukar kepada yang baru, buku rujukan dan buku
latihan juga ditukar, dan penduduk di Malaysia tidak setaraf ada yang
miskin ,sederhana dan kaya. Beruntunglah pada orang yang kaya
kerana mereka dapat membeli buku baru tetapi bagaimana pula pada
orang yang miskin dan bertaraf sederhana? Sepatutnya mereka dapat
berkongsi buku dengan kakak atau abang, tetapi pada tahun mereka
kurikulum sudah ditukar dan tidak sama maka mereka terpaksa
mendapatkan alternatif lain untuk mendapatkan buku ataupun ilmu,
jika bernasib baik,mereka akan dapat jika tidak mereka bakal
ketinggalan.
Kurikulum pendidikan Matematik didapat diselenggara dengan baik
kerana kurikulum pendidikan negara kerap berubah, dan tidak
mempunyai satu kurikulum yang tetap untuk jangka waktu yang
panjang. Dengan itu, pelajar sekolah cenderung untuk tidak dapat
kesamarataan dalam mempelajari ilmu pendidikan yang berdasarkan
kurikulum baru. Hal ini kerana, apabila kurikulum ditukar, semua
buku teks akan ditukar kepada yang baru, buku rujukan dan buku
latihan juga ditukar, dan penduduk di Malaysia tidak setaraf ada yang
miskin ,sederhana dan kaya. Beruntunglah pada orang yang kaya
kerana mereka dapat membeli buku baru tetapi bagaimana pula pada
orang yang miskin dan bertaraf sederhana? Sepatutnya mereka dapat
berkongsi buku dengan kakak atau abang, tetapi pada tahun mereka
kurikulum sudah ditukar dan tidak sama maka mereka terpaksa
mendapatkan alternatif lain untuk mendapatkan buku ataupun ilmu,
jika bernasib baik,mereka akan dapat jika tidak mereka bakal
ketinggalan.
2. Why is there a problem?
Permasalahan kurikulum tidak dapat dilaksanakan dengan cemerlang, timbul
adalah disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pertukaran kurikulum
matematik, guru tidak profesional, kekangan masa dan tanggapan guru dan
pelajar terhadap matematik.
Pertukaran kurikulum
Perubahan kurikulum berlaku pada sebelum tahun 70-an, dimana pada
masa itu matematik tradisi dilaksanakan dengan memberi fokus terhadap
tingkah laku berulang apabila terdapat ransangan dan pengiraan
melibatkan empat operasi iaitu tambah,tolak, darab dan bahagi.
Pada tahun 70-an, reformasi kurikulum utama menyaksikan pengenalan
program matematik moden dan topik baru mengenai set, statistik, matrik
dan vektor. Penekanan lebih diberi terhadap konsep dan penggiraan.
Pada tahun 80-an, kurikulum matematik mengharungi perubahan lain
iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Perubahan ini dikatakan sesuai
dengan falsafah dan matlamat pendidikan matematik di peringkat rendah
dan menengah. Sukatan tersebut adalah bertujuan untuk mengimbangi
antara kemahiran dan pemahaman, ia turut menekankan dalam
penyelesaian masalah yang berkaitan kehidupan seharian.
Pada akhir ini, kurikulum matematik ditukar dari bahasa Malaysia
kepada Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa
antarabangsa dan bagi menperkukuhkan penggunaan bahasa tersebut
maka timbullah kurikulum baru.
Perubahan kurikulum ini berlaku dari semasa ke semasa mengikut
perubahan kemajuan teknologi dan persekitaran kehidupan yang makin
canggih. Hal ini memberi sedikit sebanyak kesan negatif kepada pelajar
kerana mereka perlu meyesuaikan diri dengan kurikulum baru dan
mengambil masa yang lama bagi pelajar yang mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah. Bagi guru pula,mereka perlu menghadiri
pelbagai jenis kursus bagi memantapkan lagi pengajaran mereka, tapi
ada kalanya, guru terpaksa meninggalkan kelas dan kelas akan
ketinggalan dalam pembelajaran.
Profesional guru
Kebanyakan permasalahan berlaku kerana tahap profesional guru yang
rendah, selalunya subjek matematik diajar oleh guru bukan matematik kerana
kekurangan guru di sekolah. Hal ini diambil mudah oleh pihak sekolah maka
pelajar tidak mendapat input yang sepenuhnya mengenai matematik dan
penyampaian guru bukan opsyen matematik tidak sama sekali dengan guru
matematik. Selain itu, ketaksamarataan penyampaian ilmu matematik turut
berlaku disebabkan guru pilih kasih dalam pengajaran. Minat juga
mempengaruhi pengajaran guru pada kelas, jika guru tidak minat pada subjek
matematik maka mereka bakal mempengaruhi pelajar dan pelajar secara
tidak langsung tidak menyukai matematik dan menganggap ia subjek yang
sukar. Keterbukaan hati seorang guru dalam mengendalikan tanggungjawab
seorang pendidik juga kurang, kebanyakkan diantara mereka lebih
memfokuskan pada gaji bulan bukannya ilmu yang disampaikan pada murid.
Mereka tidak mengendahkan pelajar tahap rendah yang ingin belajar, dan
mengajar hanya sekadar memenuhi syarat dan tahap pencapaian sekolah.
Tahap pencapaian sekolah bergantung pada pelajar cemerlang dan pelajar
dari golongan kaya yang mampu ke kelas tambahan luar. Guru juga tidak
dapat menjadi contoh kepada pelajar kerana guru kurang berkeyakinan dalam
mengajar subjek matematik yang dianggap sukar.
Anggapan terhadap matematik.
Ramai beranggapan matematik hanya satu permainan nombor yang susah dan
segelintir manusia sahaja yang boleh menyelesaikan masalah berkaitan
matematik iaitu manusia yang genius dan berotak geliga, tetapi diperhatikan
dengan teliti semua orang dapat menyelesaikannya apa yang membezakannya
adalah tahap kecerdasan seseorang. Dengan tanggapan sebegitu, tahap
keyakinan seseorang menjadi lemah disebabkan kebimbangan dan perasaan
takut untuk berhadapan dengan masalah matematik. Guru pula mengajar subjek
matematik secara statik dan tidak menggunakan pedagogi yang berkesan
kepada pelajar yang beranggapan ilmu matematik hanya berdasarkan buku teks
sahaja, maka minat pelajar kepada subjek mateamtik menjadi pudar dan
menurun. Dengan itu, pelbagai isu timbul disebabkan masalah-masalah diatas,
malah terdapat pelbagai lagi sebab atau faktor berlakunya isu-isu sebegini
seperti kekurangan alat bantu mengajar dan kekurangan kemudahan di sekolah.
3. What are possible solutions to problem ?
Diri sendiri/ Individu
Sebelum menunding jari kepada sesiapa, tepuk dada tanya diri
sendiri persepsi mengenai matematik. Sesuatu masalah menjadi
besar jika tiada perubahan pada diri sendiri. Setiap individu perlulah
berfikiran positif dalam semua perkara, jika berfikiran positif maka
tiada timbul kurang keyakinan diri dan kebimbangan terhadap
semua perkara bukan hanya matematik sahaja. Selain itu, setiap
individu perlulah menerima perubahan ataupun sesuatu perkara atau
ilmu baru dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Dengan penerimaan
yang ikhlas, maka sesuatu akan menjadi mudah dan perasaan ingin
tahu menjadi membuak-buak dalam diri untuk mempelajari dengan
lebih banyak dan baik lagi. Daripada itu, secara tidak langsung
seseorang itu akan menjadi lebih rajin berusaha untuk mendapatkan
ilmu matematik.
Guru
Seorang guru perlu menunjukkan sikap yang profesional dalam
menjalankan tugas sebagai seorang guru dan pendidik, dan menutup
kelemahan diri sendiri agar pelajar dapat menjadi yakin menerima ilmu
dan berkongsi masalah dengan guru mereka. Dengan itu, hubungan
guru dengan pelajar menjadi rapat dan dapat berkongsi pendapat
dengan lebih banyak. Guru juga perlu merujuk kepada yang pakar
untuk mendapatkan bahan pengajaran yang baik dan mengajar dengan
menggunakan pedogogi yang baik dan berkesan.
Pihak Pentadbir
Pihak sekolah dan kementerian perlulah prihatin terhadap masalah
pelajar dan guru kerana mereka adalah tonggak kejayaan kepada
kurikulum dan matlamat bagi falsafah pendidikan matematik.
Dengan itu, pihak sekolah perlulah memnyediakan kemudahan
yang selengkapnya kepada guru dan pelajar agar mereka dapat
melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Pihak
pengetua juga perlu membuat pantauan kerja guru agar dan
mengurangkan bebanan kerja guru agar dapat memfokuskan kepada
pengajarannya sepenuhnya dan kerja-kerja pejabat dibuat oleh
kerani sekolah. Pihak kementerian perlulah mendengar luahan
ataupun pendapat guru sekolah sebelum membuat sebarang
penggubalan atau perubahan kurikulum.
Ibu bapa dan masyarakat
Selain daripada di atas, ibubapa perlulah memberi semangat kepada
anak-anak dan memberi peluang kepada mereka mencuba perkara baru
agar dapat memupuk tahap keyakinan yang tinggi. Dengan semangat
daripada orang tersayang mereka menjadi lebih berani untuk mencuba
dan tidak gentir untuk mempelajari perkara baru samada matematik
ataupun perkara lain. Masyarakat sekeliling juga perlu memberi
dorongan kepada golongan kanak-kanak dan remaja bagi mereka tidak
takut untuk berhadapan dengan pelbagai masalah.
4. What would happen if you solved the problem in each of these ways?
Setiap permasalahan perlu dikenalpasti
masalah yang timbul dan penyebab ataupun
faktor kejadian masalah tersebut agar
masalah tersebut dapat diselesaikan dengan
lebih sistematik dan diselesaikan dengan
bersih. Cara ini lebih sistematik dan
membolehkan otak berfungsi dengan lebih
baik. Neuron-nueron menyampaikan
maklumat kepada otak secara teratur dan
seseorang itu dapat berfikir dengan baik dan
dapat menghasilkan idea yang bernas, dan
juga seseorang itu sukar menghadapi sakit
kepala walaupun berhadapan dengan
pelbagai dan banyak masalah. Jika
permasalahan ini diselesaikan secara
berperingkat bermula daripada individu,
guru, pihak pentadbir kepada ibu bapa dan
masyarakat, maka ia akan diselesaikan dari
akar umbi dan dapat diselesaikan secara
keseluruhan maka tiada lagi isu yang sama
akan timbul walaupun ada kurikulum baru
digubal atau dilaksanakan.
5. What is the best solution to the problem?
Jalan penyelesaian yang paling baik
adalah datang dari diri sendiri. Setiap
individu perlu memotivasikan diri
agar menjadi seorang yang berfikiran
positif, ikhlas dan berhati terbuka
menerima perkara baru dalam hidup.
Dengan adanya perubahan sebegini,
maka akan muncullah generasi yang
berani berdepan dengan masalah dan
kelompok berjiwa positif. Selain itu,
para pendidik menjadi lebih
berkeyakinan dalam pengajaran
kerana sikap keterbukaan masyarakat
dan akan timbul semangat saling
bekerjasama antara satu sama lain.
Setiap perkara sebaik-baiknya
diselesaikan dari akar umbinya agar
permasalahan itu tidak akan timbul
lagi pada masa akan datang.
SH. SAJARUL ADAWIYAH S.
IBRAHIM
D20091034797
Isu : Akses Dan Ekuiti Kurang Bagi Murid Kelainan Upaya (OKU) Dalam
Pendidikan Matematik
APAKAH MASALAH YANG WUJUD
Maksud akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik ialah menghapuskan jurang dan membuka
peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mendapatkan
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan yang sama rata. Oleh itu, timbullah
satu isu yang agak ketara jikalau kita lihat secara lebih dekat di mana isu ini orang ramai
mahupun warga pendidik kurang mengambil berat mengenainya. Isu ini sebenarnya merupakan
isu yang sangat serius yang perlu kita tangani dengan lebih efektif iaitu mengenai isu kelainan
upaya dalam kalangan murid. Murid kelainan upaya ini dikenali sebagai murid pendidikan khas
dan murid ini mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira. Jadi di sini saya ingin
menyatakan apakah masalah yang wujud dalam kalangan murid pendidikan dalam subjek
matematik ini.
Menurut Lenner (2003), The child with Learning Disability has difficulty with processing
skills such as memory, visual perception, auditory perception, or thinking; and as a result has
trouble achieving in at least one subject such as reading, mathematics, or writing. Jadi di sini
boleh simpulkan murid pendidikan khas ini mempunyai masalah dalam pembelajaran
terutamanya dalam subjek matematik. Mereka berkemungkinan lemah dalam subjek matematik
disebabkan beberapa faktor antara faktornya ialah mengenai akses dan ekuiti kurang bagi mereka
Akses Dan Ekuiti
dalam subjek matematik ini. Oleh itu, timbullah satu isu mengenai akses dan ekuiti dalam
kalangan murid pendidikan khas ini.
MENGAPA WUJUDNYA MASALAH TERSEBUT
Melihat kepada isu yang telah diketengahkan sebelum ini, banyak faktor yang menyumbang
mengapa wujudnya masalah tersebut. Terdapat beberapa faktor yang telah mencetus masalah ini
antaranya ialah konsep matematik yang agak susah untuk mereka fahami, layanan guru kepada
mereka, peruntukkan dana yang kurang dalam pendidikan matematik dalam sektor pendidikan
khas dan ramai pihak yang kurang memberi perhatian kepada murid pendidikan khas ini. Hal ini
demikian kerana sesetengah pihak tidak memberi peluang kepada murid pendidikan khas ini
untuk menunujukkan diri mereka sebenarnya mampu untuk melaksanakan sesuatu perkara itu
dengan baik.
Sekiranya, mereka ini diberi peluang dengan kaedah yang lebih baik dalam subjek
matematik, berkemungkinan mereka ini mampu berdiri sama tinggi dengan murid-murid normal
kerana di antara mereka juga terdapat murid yang mempunyai kelebihan di sebalik kelemahan
mereka itu sendiri seperti murid-murid austisme. Adakalanya murid austisme ini sebenarnya
sangat pandai dalam matematik mahupun subjek lain tetapi disebabkan personalitinya yang
hanya ingin menyendiri tanpa gangguan orang lain atau dalam erti kata lain mereka ini lebih
suka duduk dalam dunia mereka sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, perlulah pihak-
pihak yang berkenaan membuat pendekatan yang lebih baik bagi mengurangkan jurang dalam
mendapatkan pengetahuan dalam subjek matematik.
Apabila mereka ini kurang mendapatkan akses dan ekuiti dalam subjek matematik ia
akan memberikan kesan yang buruk kepada mereka. Antaranya ialah apabila mereka ini kurang
memahami konsep matematik yang agak sukar bagi pandangan mata mereka menyebabkan
mereka akan lemah dalam matematik. Di samping itu juga, para guru perlulah memgambil
bahagian dalam mengurangkan masalah ini.
Masalah : Akses Dan Ekuiti Kurang Bagi Murid Kelainan Upaya (OKU) Dalam Pendidikan
Matematik
KELEBIHAN
Murid pendidikan khas ini akan
mudah memahami konsep
matematik dengan cepat dan mudah
daripada sebelum ini tidak
memahami langsung konsep
matematik yang sedia ada.
Murid pendidikan juga dapat
meningkatkan prestasi mereka
dalam subjek matematik dan boleh
menunjukkan kebolehan mereka
kepada rakyat malaysia.
Dengan adanya kelebihan seperti
ini, murid boleh mengaplikasikan
konsep ini atau pengetahuan
matematik ini dalam kehidupan
seharian.
Tambahan pula, guru juga boleh
mengajar murid pendidikan khas ini
dengan lebih senang dan lancar serta
guru juga boleh mencipta konsep-
konsep matematik mengikut cara
tersendiri.
KELEMAHAN
Guru akan kurang berusaha bagi
meningkatkan kualiti pengajaran
dengan adanya pakar matematik
ini.
Dengan adanya organisasi pakar
matematik ini, kemungkinan kos
perbelanjaan akan meningkat
kerana pelbagai kursus atau aktiviti
akan dilaksanakan bagi membina
konsep atau cara yang mudah bagi
membantu murid-murid
pendidikan khas ini.
Selain itu, pakar matematik juga
perlu belajar mengenai bidang
pendidikan khas sebelum menjadi
pakar matematik dalam bidang ini
dan ia akan mengambil masa yang
lama dalam menghayati keadaan
tersebut. Ia akan menyebabkan
pakar matematik tersebut belajar
dua bidang yang berlainan.
Penyelesaian 1 : Mewujudkan satu organisasi pakar matematik bagi membina
konsep yang kursus atau cara yang mudah untuk memahami matematik bagi
murid pendidikan khas
KELEBIHAN
Apabila guru lebih agresif dalam
pengajaran mereka maka murid ini
juga secara automatiknya akan
belajar dengan semangat dan
mereka akan memahami apa yang
diajar oleh guru pendidikan khas ini
dengan kaedah yang betul.
Murid pendidikan khas yang
sekolah atau berada sekolah biasa
(aliran biasa) akan berasa seronok
dengan pengajaran guru normal
dalam subjek matematik kerana
guru normal ini memahami
bagaimana kaedahnya mengajar
murid pendidikan khas ini. Murid
pendidikan khas yang berada di
kelas murid normal ini dipanggil
program inklusif.
KELEMAHAN
Guru kelas biasa akan berasa rimas
dengan murid pendidikan khas ini
kerana kaedah pengajarannya
berbeza daripada murid normal.
Oleh itu, guru perlu memikirkan
kaedah yang sesuai bagi murid
pendidikan khas ini dan sesuai
juga bagi murid normal
terutamanya dalam subjek
matematik bagi program inklusif.
Guru memerlukan kemahiran yang
tinggi bagi mengajar murid
pendidikan khas dalam subjek
matematik kerana murid ini lemah
dalam memahami konsep
matematik dan apabila guru itu
sendiri mempunyai kemahiran
yang tinggi secara automatiknya
guru tersebut mengajar dengan
penuh yakin dan agresif. Bagi
meningkatkan kemahiran
tersebut,pelbagai kursus diberikan
dan kos akan meningkat dalam
menyediakan pelbagai kursus
tersebut.
Penyelesaian 2 : Guru pendidikan khas atau guru aliran perdana perlu lebih
agresif mendidik murid pendidikan khas sama ada di sekolah pendidikan khas
mahupun sekolah biasa (aliran perdana)
KELEBIHAN
Sekiranya pihak kerajaan atau pihak
bahagian pelajaran
memperuntukkan dana yang
sewajarnya dalam sektor
pendidikan khas, murid yang
berkeperluan ini seperti murid yang
mengalami masalah penglihatan
dapat memahami konsep matematik
dengan mudah. Banyak kemudahan
murid masalah penglihatan yang
diperlukan dalam subjek matematik
seperti buku matematik berbentuk
tulisan braille, kalkulator braille
dan sebagainya. Ini semua boleh
membantu murid masalah
penglihatan kerana mereka belajar
melalui deria sentuhan.
Peruntukan komputer amat penting
kerana ia boleh membantu murid
bermasalah pembelajaran
terutamanya dalam subjek
matematik. Penggunaan komputer
amat membantu kerana ia menarik
minat murid-murid ini untuk belajar
serta dengan alat komputer, guru
boleh mencipta pelbagai aktiviti
kepada mereka.
KELEMAHAN
Memerlukan kos yang tinggi dalam
menyediakan kemudahan-
kemudahan bagi murid masalah
penglihatan kerana bagi mencipta
kemudahan yang berbentuk tulisan
braille, ia memerlukan kemahiran
yang tinggi serta alatan yang
berbeza daripada biasa tambahan
pula alat tersebut mahal. Selain itu
juga, peruntukan dana komputer
juga menelan belanja yang besar
dan akan meingkatkan lagi
belanjawan negara Malaysia.
Ia juga boleh menimbulkan
ketidakpuasan hati daripada
pelbagai pihak apabila terlalu
banyak dana diperuntukkan ke
dalam sektor pendidikan khas.
Penyelesaian 3 : Peruntukkan dana yang sewajarnya dalam sektor pendidikan
khas kerana pelbagai kemudahan yang perlukan disediakan kepada murid
pendidikan khas bagi meningkatkan kemahiran mereka
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH PENYELESAIAN TERBAIK
Setelah melihat kesemua jalan penyelesaiannya dan melihat kepada
kelebihan serta kelemahan bagi setiap satu penyelesaian tersebut,
langkah penyelesaian yang paling terbaik ialah langkah 1 iaitu
mewujudkan satu organisasi pakar matematik bagi membina
konsep yang kursus atau cara yang mudah untuk memahami
matematik kepada murid pendidikan khas. Hal ini demikian kerana
:
Murid lebih memahami lebih mudah dengan konsep matematik
yang khusus bagi mereka dan memupuk semangat mereka
dalam belajar subjek matematik serta dapat menyingkirkan
persepsi negatif murid terhadap subjek matematik.
Guru juga lebih mudah untuk mengajar murid pendidikan khas
terutamanya guru aliran perdana dalam program inklusif dengan
adanya konsep atau cara yang mudah bagi mereka ini serta
pengajaran guru akan lebih efektif.
Sekiranya panyelesaian ini berjaya dilaksanakan maka orang
awam atau pihak daripada bahagian pendidikan akan membuka
mata dan mereka akan menyediakan dana dalam sektor
pendidikan khas dengan sewajarnya.
Dapat meningkatkan peratusan gred matematik dalam dunia
pendidikan serta dapat mengurangkan masalah literasi dan
numerasi dalam kalangan murid pendidikan khas.