Transcript
Page 1: Selayang Pandang Sejarah Perkamusan · PDF fileSelayang Pandang Sejarah Perkamusan Melayu S ... Rumi Bahasa Malaysia (1972) yang dipersetujui bersama antara negara anggota Mabbim pada

RENCANA EDITOR

SIDANG EDITOR

E-MEL PEMBACADEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.Tel.: 03-21482875;Faks: 03-21422029

PE N AU N GY. Bhg. Dato' Dr. Firdaus HajiAb d u l l a hKetua Pengarah DBP

PE N A S I H ATHajah Noresah BaharomKetua BahagianPerkamusan DBP

Izzah Abdul AzizKetua BahagianPengembangan BahasaSektor Swasta DBP

KETUA EDITORMashitah Taharin(mashitah@dbp. g ov. m y )

TIMBALAN KETUA EDITORNormala Mohamad Yusof(normala@dbp. g ov. m y )

EDITOR DBPHajah Raja MasittahRaja Ariffin(masittah@dbp. g ov. m y )

Azmi Ibrahim([email protected]. m y )

Shahrun Nizal Mohd. Nor(shahrun@dbp. g ov. m y )

Wan KhairoslindaWan Mohd. Khairi([email protected]. m y )

Hassan Alias(hassan@dbp. g ov. m y )

Wan Mohd Saophy AmizulWan Mansor([email protected]. m y )

Ismail Karmun(karmun@dbp. g ov. m y )

PENYELARAS LAMAN WEBRohana Yahya(ro h a n a @ d b p. g ov. m y )

EDITOR DAWAMASDN. BHD.Norida Jalaluddin([email protected])

EDITOR SASTERA BHSBSalbiah Ani(bhsastera @ n s t p. c o m . m y )

REKA LETAKZalina Haron

PENGIKL ANANA.R. Sivarajan(arsiva @ n s t p. c o m . m y )

Salam daripada Sidang Editor Baharu Klik DBP

SIDANG Editor Klik DBP mengucapkanterima kasih kepada pembaca yang sentiasamemberi sokongan terhadap penerbitanKlik DBP. Keluaran kali ini memaparkangambar Sidang Editor Baharu Klik DBPbersempena Majlis Perjanjian PenerbitanKlik DBP antara DBP dengan BHSB, danantara DBP dengan Dawama Sdn. Bhd.pada 13 Jun ini, serentak dengan tarikhterbit Klik DBP Bil. 13 2005.

Antara ruangan baharu yang dipaparkandalam Klik DBP kali ini, ialah ruangan KuizSastera dan ruangan Buku Bakal Terbit.Ruangan Kuiz Sastera adalah bertujuanuntuk mendapatkan pelibatan pembaca,khususnya pelajar terhadap penghayatansastera kebangsaan. Semoga langkah kera-jaan untuk menggalakkan masyarakat Ma-laysia menguasai bahasa Inggeris tidakmelunturkan semangat cinta kita kepadabahasa dan budaya kita. Semoga pepatah‘Tinggi Bangsa kerana Bahasa’ akan men-jadi azimat untuk kita terus memartabat-kan bahasa kebangsaan kita.

NUKLEUS

Oleh HajahNoresahBaharom

Selayang Pandang SejarahPerkamusan Melayu

SEJARAH perkamusan Melayu bermula se-awal abad ketujuh seiring dengan muncul-nya Kamus Sanskrit-Jawa Kuno. Kamus Me-

layu pertama yang dapat dikesan kewujudannyamerupakan senarai kata Melayu-Cina yang ber-jumlah 482 perkataan, yang dikumpulkan sekitartahun 1493-1511. Kamus ini tersimpan di Perpus-takaan School of Oriental and African Studies,University of London. Seterusnya, terhasil pulaGlosari Itali-Melayu yang dihasilkan oleh AntonioPigafetta, seorang warga Itali yang menemaniMagellan mengelilingi dunia sekitar 1519-1522;glosari ini mengandungi 426 perkataan.

Orang Belanda, Perancis, dan Inggeris mulaterlibat dengan leksikografi Melayu pada abadke-17 di Indonesia dan juga di Tanah Melayu.Pada 1603, Frederick Houtman mengumpulkansenarai kata Melayu-Belanda, dan pada 1623pula muncul satu lagi Kamus Melayu-B elandayang disusun oleh Wilten Danckaerts. Kamus inikemudiannya menjadi asas bagi penghasilankamus Latin-Melayu dan Melayu-Latin, TheDictionarium Malaico-Latinum, Latino-Malai-cum. Seterusnya, pada 1703 Thomas Bowry

menyusun A Dictionary of Malay and English,and English and Malay.

Usaha penghasilan kamus kemudian diterus-kan oleh James Howison, William Marsdan(1813),L’Abbe Favre (1893), Swettenhem (1896), dan padaabad ke-20 oleh Shellabear, Wilkinson, Winstedt,dan juga tokoh tempatan yang bernama SyedMahmud dan Hj. Shamsuddin.

Kamus ekabahasa Melayu paling tua ialahKitab Pengetahuan Bahasa yang kemudiannyadiikuti dengan Kamus Mahmudiyah (1894)yang disusun oleh Syed Mahmud Syed AbdulKadir. Pada abad ke-20, muncul pula Ka m u s

Me l a y u oleh Hj. Shamsuddin Mohd. Yunus(1920), dan Kamus Bahasa Sanskrit (1953) olehAbdul Hamid.

Kamus ekabahasa Melayu paling autentikialah Kamus Dewan yang penyusunannya ber-mula pada 1960-an dan diterbitkan sebagaiedisi pertama pada 1970. Kamus ini mengalamipembaharuan dari masa ke masa denganpenyesuaian ejaan mengikut Pedoman EjaanRumi Bahasa Malaysia (1972) yang dipersetujuibersama antara negara anggota Mabbim pada1984; dengan pertambahan kira-kira 2,000 kataentri baharu pada 1989 dalam edisi baharu atauedisi keduanya; dan dengan pertambahan 6,000kata entri dalam edisi ketiganya (1994). Bagimemenuhi perkembangan kosa kata bahasaMelayu dalam tempoh satu dekad belakanganini, Kamus Dewan Edisi Keempat kini berada dipasaran. Kamus ini memuatkan 5,843 kata baharuyang terdiri daripada kata umum, istilah umumpelbagai bidang ilmu, dialek, slanga, dan sebagai-nya. Secara keseluruhan, edisi terkini Ka m u sDewan ini memuatkan 82,900 kata yang berupakata tunggal, kata terbitan, dan kata majmuk.

BERITA HARIAN Isnin, 13 Jun 2005Halaman Dua

SAUDARA Ketua Editor,

Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’dan kata bantu ‘bagi’ dan ‘untuk’ masih menge-lirukan. Bagaimanakah contoh penggunaannyayang jelas?

KIRIMANAdenan Ayob [[email protected]]

Sa u d a ra ,Kami mengucapkan terima kasih atas perta-

nyaan saudara. Kata pemeri ‘ialah’ digunakansecara persamaan dan hadir di hadapan frasanama seperti dalam ayat berikut:

“Itu ialah suara Edah”.‘Ialah’ dalam ayat ini merupakan persamaan

antara subjek ayat ‘itu’ dan predikat ayat ‘suaraEdah’ yang merupakan frasa nama. ‘Adalah’pula, digunakan secara huraian dan hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama,seperti dalam ayat berikut:

“Vitamin C adalah baik untuk kesihatanbadan”.

‘Adalah’ dalam ayat ini menghuraikan ‘vi-tamin C’ yang hadir sebelum frasa adjektif ‘baikuntuk kesihatan badan’.

Kata sendi nama ‘untuk’ dan ‘bagi’ diguna-kan di hadapan kata nama atau frasa namadengan fungsi tertentu. Dalam konteks peng-gunaan yang menunjukkan kegunaan untuksesuatu, kata sendi nama ‘untuk’ boleh bertu-kar ganti dengan kata sendi ‘bagi’. Contoh:

“Asrama untuk/bagi pelajar wanita sedangdibina.”

Dalam penggunaan yang menyatakan mak-sud bahagian yang diperuntukkan, ‘untuk’ tidakboleh bertukar ganti dengan 'bagi'. Contoh:“Hadiah itu untuk ibu” dan bukannya “Hadiahitu bagi ibu.”

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk bukuTatabahasa Dewan Edisi Baharu.l Pengirim surat ini akan menerima cendera-mata istimewa daripada Klik DBP. Hantarkanpendapat atau pertanyaan anda kepada KetuaEditor, Klik DBP, Bahagian PengembanganBahasa Sektor Swasta, DBP, Jalan Dewan Ba-hasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel: mashi-tah@dbp. g ov. m y.

Antara ‘ialah’ dengan ‘adalah’

TENGAH (duduk): Izzah diapit oleh Mashitah (kiri) dan Salbiah (kanan). Berdiri dari kiri: Azmi,Rohana, Raja Masittah, Ismail, Hassan, Wan Amizul, Normala dan Shahrun.

Recommended