TARIKAN INTERPERSONAL & HUBUNGAN
• Tarikan Interpersonal:
Penilaian atau sikap seseorang terhadap individu lain
Dizahirkan dalam kontinuum, dari sangat suka kepada
sangat tidak suka
• Ramai pakar merumuskan bahawa manusia bermotivasi untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
• Keinginan untuk bekerjasama dan bersahabat dengan orang lain – yang kita pilih berdasarkan tarikan kita terhadap mereka.
• Ciri-ciri manusia – membuat penilaian keatas semua perkara dan semua orang yang kita temui.
• Kita membentuk sikap terhadap manusia di sekeliling, benda-benda serta apa-apa sahaja yang berlaku
• Psikologis merumuskan satu konsep:
- Bila berada dalam mood/emosi positif, kita membuat penilaian yang positif.
- Bila mood/emosi negatif, kita membuat penilaian yang negatif.
• Kita tertarik kepada seseorang apabila orang itu membuat kita terasa baik/positif/dihargai atau kerana pada waktu itu mood kita positif…
• Kita tidak suka kepada seseorang apabila orang itu membuat kita terasa tidak dihargai/tidak sesuai atau kerana pada waktu itu mood kita negatif…
• Perasaan (emosi) dan Tarikan:
Perasaan (tahap emosi) mempengaruhi persepsi, pemikiran, motivasi, keputusan dan tarikan interpersonal (Barry & Hansen, 1996; Forgas, 1995b)
• a. Kesan langsung dan b. kesan berkait emosi dan tarikan.
Stimulus Respon Emosi Respon Tarikan
(Kesan langsung)
(Kesan
berkait)
(Kesan
langsung)
(Kesan berkait)
Pujian – menaikan emosi
Positif
Penilaian positif (saya suka dia – org yang memuji)
Stimulus neutral (ada orang yg tidak dikenali)
Penilaian positif (saya suka dia – org yg x dikenali)
Sindiran pedas – menaikan emosi
Negatif
Penilaian negatif – x suka dia (org yg menyindir)
Stimulus neutral (ada orang yg tidak dikenali)
Penilaian negatif – x suka dia (org yg x dikenali)
c. Humor (ketawa)
- Ketawa membantu interaksi manusia (Bachorowski & Owren, 2001)
- membangkitkan kesan positif terhadap interaksi
- merapatkan hubungan
Faktor luaran yang mempengaruhi tarikan:
a. Jarak/kerapatan fizikal
- tempat tinggal, dalam bilik kuliah, tempat kerja dsb
- pendedahan berulang (Zajonc, 1968) kepada stimulus baharu, menghasilkan penilaian positif terhadap stimulus tersebut
b. Ciri yang boleh dilihat – penilaian segera
- fizikal yang menarik
kajian selama 3 dekad – “Yang cantik itu baik/elok”
adakah kenyataan tersebut benar???????
• Apa itu menarik?
- wajah yang cantik/tampan
- pakaian
- tubuh badan
- gaya berjalan, stail dan perlakuan
- makanan yang dimakan
- nama
Faktor interaktif yang mempengaruhi tarikan:
a. persamaan
- sikap
- kepercayaan
- nilai
- minat
HUBUNGAN RAPAT
•Hubungan rapat:
- berasaskan saling memerlukan
- dua individu berkongsi kehidupan, pemikiran, emosi dan sering bersama dalam apa jua aktiviti
• Hubungan pertama adalah keluarga:
a. ibubapa dan anak
- mempelajari stail keterikatan (kombinasi di antara keupayaan kendiri dan kepercayaan interpersonal)
- bayi mempunyai dua sikap asas:
keupayaan kendiri – reaksi emosi orang yang mengasuh – bayi disayangi, penting dsb
kepercayaan interpersonal – berasaskan samada pengasuh boleh dipercayai, boleh diharap
4 Stail Keterikatan
Stail keterikatan yang kukuh:- tinggi keupayaan kendiri- tinggi kepercayaan- hubungan kekal lama,
komited, puas dgn pasangan
Stail keterikatan takut-mengelak:- rendah keupayaan kendiri
dan kepercayaan- Elak hubungan dan takut
komitmen
Dismissing style of attachment:- Tinggi keupayaan
kendiri- Rendah kepercayaan- Sukar mempercayai
orang- Sering menolak
sebelum ditolak
Preoccupied style of attachment:- rendah keupayaan
kendiri - tinggi kepercayaan- konflik- rasa tidak dihargai -
ditolak
•Hubungan adik beradik:
- didasari kasih sayang, persaingan, cemburu
- hubungan yang baik dengan adik beradik terbina oleh hubungan yang baik antara anak dan ibubapa
- sampai umur pertengahan hubungan adaik beradik kembali erat
• Persahabatan
- hubungan di mana dua individu menghabiskan masa bersama, berinteraksi dalam berbagai situasi dan memberikan sokongan emosi
- faktor budaya main peranan
- lelaki berkawan dengan wanita kerana wanita menarik dan mungkin ada dorongan seksual
- wanita – perlukan pelindung
Kesepian/keseorangan (loneliness):
- ketidakselesaan emosi dan kognitif yang dialami kesan dari keinginan terhadap hubungan rapat yang gagal dikecapi
- faktor penyebab:
genetik, stail keterikatan, gagal hubungan sosial diperingkat awal, penolakan sosial oleh individu dan pengasingan sosial oleh kumpulan
•Hubungan romantik dan cinta
- hubungan romantik – keintiman fizikal (memegang tangan hingga ke hubungan seksual)
- cinta – kombinasi emosi, pemikiran dan perlakuan yang mendasari hubungan rapat/intim
• Tarikan romantik dipengaruhi oleh:
- kerapatan fizikal
- penampilan
- persamaan
- tarikan seksual
- keinginan untuk diterima
- penerimaan fantasi positif tentang hubungan tersebut
• Pemilihan pasangan:
Lelaki – cantik dan muda = sihat dan subur
Wanita – sumber yang mencukupi – kewangan, pelajaran, kuasa, keyakinan diri, status social = pelindung dan sokongan untuk diri dan zuriat
• Revolusi seksual – 1960an membawa kesan dalam sikap dan penerimaan masyarakat:
- di Barat – seks sebelum nikah menjadi norma
- jangkitan pelbagai penyakit
- cetusan pornografi dan internet
- perlu berbalik kepada agama dan adat resam dan budaya timur
• Perkahwinan:
- 65% pasangan berkahwin bercerai dalam masa 3 tahun pertama
- konflik dalam perkahwinan tidak dapat dielakkan – bagaimana menangani konflik tersebut
- konflik mematangkan hubungan, jika ditangani dengan jaya
- jika konflik disertai interaksi luar yang boleh menghancurkan, perkahwinan akan tergugat