1
PROSIDING KOLOKIUM
2
KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN
© Hak Cipta Terpelihara
INSTITUT AMINUDDIN BAKI : PROSIDING KOLOKIUM
PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2
Penaung: Datuk Dr. Amin bin Senin
Penasihat: Dato’ Sulaiman bin Wak
Pengerusi: Mistirine bt. Radin
Timbalan Pengerusi: Mazlan bin Samsuddin
Setiausaha: Abdul Mu’;ti bin Ahmad
Dr Abang Hut bin Abang Engkeh
Timbalan Setiausaha: Hamsiah bt. Mohd Dahalan
Penolong Setiausaha: Dr Redzuan bin Jantan
Dayang Rahanah bt. Awang Mashor
Noor Zamimi bt. Mohd Zahari
Bendahari: Zalina bt. Zainal
Urus Setia: Edmund Shah bin Tambi
Nor Amimah bt. Omar
AJK Pelaporan :
Ketua Editor: Dr Ahmad Rafaai bin Ayudin
Penyunting : Minhad bin Mohtah
Afidah bt. Ahmat Sahari
Ong Siu Gek
Dr Aswandi bin Laman
Segala isi kandungan prosiding ini meliputi seluruh aktiviti dan
pengisian slot sepanjang Kolokium Pemimpin Pertengahan
Kali Ke-2 pada 23hb Oktober hingga 25hb Oktober di
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Sarawak
3
YBHG DATO’ SULAIMAN BIN WAK
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (TKPPM)
Menanda tangani Buku Pelawat
Untuk Majlis Perasmian Kolokium dan Tapak Pameran
___________________________
4
TEKS BACAAN DOA
USTAZ DR. ASWANDI BIN LAMAN
___________________________
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan
menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-
Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada
perintah-Mu.
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi,
kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami
berkampung selama 3 hari di Kolokium Pemimpin Pertengahan
Kali Ke-2. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami
menghadirkan diri dan emosi, mudahan dapat menyelesaikan
kolokium ini dengan jayanya.
Ya Allah, Qaadhial Hajat,
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini untuk
menimba ilmu bagi mengembangkan lagi potensi kami sebagai
hamba yang Engkau redhai. Berkatilah dan rahmatilah kolokium ini.
Kurniakanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat, sinarilah hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu.
Semoga dengannya kami mudah menerima ilmu dan mengamalkannya.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-
anak kami, guru-guru kami, anak-anak didik kami di sekolah, sahabat-sahabat seperjuangan dalam
bidang pendidikan.
بـعنا شقيا وال اللهم اجعل جعنا هذا جعا مرحوما ، وتـفرقـنا من بـعده تـفرقا معصوما ، وال تع نا وال معنا وال من يـتـ ل اللهم فيـ
. مطرودا وال مروما
نـيا حسنة وف األخرة حسنة وقنا عذاب النارربـن ا ءاتنا ف الد وصلى هللا على ممد وعلى ءاله وصحبه وسلم ، والمدلل رب العالمي
بسم هللا الرحن الرحيم
رسولنا الـحمد هلل الذي بنعمته تتم الصالـحات ، والصالة والسالم على األمي وعلى ءأله وأصحابه
5
UC APAN ALU-ALUAN
PENGARAH, INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PN. MISTIRINE RADIN
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan
Menjalankan Tugas Pengarah IAB
SLOT 1
5
6
YBhg. Dato Sulaiman bin Wak,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
YBrs. En. Abdul Mu’ti bin Ahmad
Ketua Pusat,
Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Ustaz Hossein bin Malik
Ketua Sektor Pendidikan Islam (SPI),
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Para pensyarah, Para pembentang dan
Sidang hadirin yang dihormati.
Pihak IAB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (TKPPM), YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak kerana dapat hadir untuk merasmikan Kolokium
Pemimpin Pertengahan Kali Ke-2 sekaligus menyampaikan ucaptama kepada para peserta kolokium.
Kehadiran Dato’ Sulaiman memberi kami inspirasi dan semangat untuk meneruskan sumbangan kepada
kemajuan pendidikan negara. Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang
bersungguh-sungguh merealisasikan pengurusan kolokium ini.
Selaras dengan anjakan kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), yang
berhasrat memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah maka timbul
pertanyaan: Siapakah pemimpin berprestasi tinggi ini?. IAB telah memberi definisi jelas tentang
pemimpin berprestasi tinggi ini, iaitu : Pemimpin berwawasan dan mampu membawa perubahan yang
berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi melalui keterampilan personal dan profesional.
Kursus Leadership Courses for Middle Leaders (LCML), digubal khusus bagi membangunkan
kompetensi Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang) dan Ketua Panitia, malahan telah diperluaskan
kepada Setiausaha Sekolah Rendah, Setiausaha Sekolah Menengah dan Ketua Unit di Pejabat Pendidikan
Daerah. Pemimpin pertengahan merupakan perantara dan penghubung di antara pemimpin sekolah
(Pengetua / Guru Besar) dengan guru-guru.
Terdapat dua faktor penting yang menjadi penyebab pemimpin pertengahan dapat menjadi
pemangkin terhadap budaya pembelajaran bermakna di sekolah kerana GKMP dan KP sangat rapat
dengan guru-guru dan mempunyai akses yang baik kepada pengurusan tertinggi sekolah sehingga
membolehkan pemimpin pertengahan memainkan peranan sebagai perantara dalam pengoperasian
sekolah.
Tema yang dipilih pada kali ini amat tepat kerana menerusi perkongsian amalan terbaik bagi setiap
sub tema yang telah ditetapkan dapat menyuburkan proses pembelajaran bermakna dan menjadi sesi
percambahan minda. Pengisian sepanjang tiga hari kolokium ini, akan melibatkan ucaptama 1 dan 2,
pembentangan kajian tentang keberkesanan kursus LCML 2017, pembentangan amalan terbaik oleh 12
orang pembentang yang telah dipilih, serta forum ilmiah yang mengupas tema kolokium ini.
Akhir kata, semoga kolokium ini menjadi platform terbaik pencerahan ilmu yang dapat diaplikasi
di sekolah nanti, bagi menambahbaik dan memperkenalkan pembaharuan di peringkat sekolah. Sekali
lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Sulaiman bin Wak yang dapat hadir merasmikan
kolokium ini serta pihak urus setia yang bekerja keras menjayakan kolokium ini
SEKIAN, TERIMA KASIH.
7
UCAPTAMA 1 &
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2
YBhg. DATO’ SULAIMAN BIN WAK
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia *TKPPM)
Sektor Pembangunan Profesional Keguruan.
YBrs. Pn Mistirine Radin,
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan
Menjalankan tugas Pengarah IAB.
YBrs. Ustaz Hossein bin Malik
Ketua Sektor Pendidikan Islam (SPI),
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
YBrs. En. Abdul Mu’ti bin Ahmad
Ketua Pusat,
Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh
Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Para pensyarah, para pembentang dan sidang hadirin yang dihormati.
SLOT 2
8
OBJEKTIF PERKONGSIAN
Objektif perkongsian pada hari ini ialah:
1. Mengemukakan agenda penting pendidikan negara ke arah menjadi negara maju pada tahun 2020
2. Mengemukakan keperluan perubahan di bilik darjah bagi memenuhi 6 aspirasi murid
3. Menerangkan inisiatif membangunkan Pendidikan berkualiti
4. Menyatakan perbandingan kualiti pendidikan dengan negara Singapura dan Finland
5. Mengemukakan langkah reformasi pendidikan di Malaysia
AGENDA PENTING
Peranan warga pendidik amat penting bagi memastikan kejayaan program transformasi pendidikan
yang berupaya menggerakkan anjakan paradigm seperti proses transformasi minda bagi membolehkan
generasi baharu mendapat manfaat, berdaya saing dan dapat berdikari dalam usaha membangunkan
negara menuju negara maju menjelang 2020.
PERUBAHAN DI BILIK DARJAH MELALUI PENERAPAN 6 ASPIRASI MURID
ENAM ASPIRASI MURID
Key factor success for our system ialah The Teachers. Outcomes sekolah diserlahkan melalui pencapaian
murid-murid. Hal ini demikian, kerana gurulah personel yang terdekat dengan murid-murid manakala
yang memimpin guru-guru ialah Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia. Justeru ilmu yang
diterima dalam kolokium ini, perlu dikongsikan agar dapat dimanfaatkan. Segala isu yang diketengahkan,
misalnya isu beg berat tidak boleh diselesaikan oleh menteri, sebaliknya pihak sekolah sendirilah yang
mempunyai kapasiti berdasarkan konteks yang dihadapi untuk menyelesaikannya. Semuanya ini
berpangkal kepada inisiatif guru-guru.
Langkah penurunan kuasa (empowerment) perlu dilaksanakan oleh pemimpin sekolah agar semua
guru merasa tanggungjawab bersama untuk mengatasi apa juga isu yang berlaku di sekolah. Untuk
Kemahiran Memimpin Kemahiran Dwibahasa
Etika dan
Kerohanian
Identiti Nasional
Kemahiran
Berfikir
Pengetahuan
9
membolehkan anak murid survive maka generasi hari ini perlu dikembangkan dengan segala kemahiran
dan potensi mereka. Inilah cabaran kepada guru-guru.
Melalui 6 aspirasi ini semuanya tersurat dengan lengkap melibatkan domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Kerajaan tidak mahu ada yang tidak mencapai tahap minimum. Kalau masih ada murid yang
tidak boleh membaca, maka itu ialah kesalahan kita. Sekolah Menengah jangan salahkan Sekolah Rendah
demikian sebaliknya sekolah rendah jangan meletaakkan tanggungjawab kepada sekolah menengah.
Setiap daripada kita mesti atasi isu ini.
Kenalpasti masalah dan selesaikan.
We don’t have a much time.
Apa langkah kita mewujudkan keseimbangan ilmu dan akhlak?
Kalau bercerita tentang bahasa, timbul pertanyaan adakah murid kita tidak menguasai Bahasa Inggeris?.
Sebenarnya ada beberapa aspek penting dalam bidang bahasa, iaitu tata bahasanya, pemahaman,
karangan dan komunikasi. Yang jarang diaplikasikan ialah communicate in English. Sebab itu jugalah,
Menteri mahu wujudkan Speaker Corner serta menggerakkan inisiatif membudayakan amalan
membaca..
Prestasi diukur melalui produk. Kalau murid mencapai keputusan cemerlang, itu menjadi petanda
kecemerlangan gurunya. Sekolah boleh merancang pelbagai aktiviti dengan matlamat melahirkan Insan
yang seimbang dan harmonis. Jika TOV murid-murid pada asalnya cemerllang tiba-tiba menurun dan
merosot., tentu sekali ada yang tak kena - something wrong. Produk sekolah amat penting sebagai
ukuran kejayaan.. Kita boleh mengelola dengan baik tetapi kita tidak semestinya dapat produce hasil
dengan baik. Kita boleh meniru Singapura yang telah membawa perubahan besar dalam konteks
Pendidikan mereka Persoalan-persoalan berikut perlu kita tekankan:
1. Siapakah calon guru?
Mereka mestilah cemerlang akademik. Sebab itulah di Malaysia kita putuskan calon guru dalam
kalangan pelajar cemerlang 5-7A
2. Adakah kita ambil kira waktu untuk guru bergerak dari satu point ke satu point.
Ada guru yang terlajak mengajar hingga guru mata pelajaran berikutnya, terpaksa menunggu.. Hal
ini menyebabkan guru yang lambat itu terganggu.
3. Kita mahu guru boleh bergerak pantas. Physically Fit.
Sebab itu kita wujudkan Ujian Kecergasan Calon Guru di IPG.. Ketika saya menerajui SPP ada
calon guru yang datang temu duga melebihi berat badan. Guru sebegini tentulah tidak fit.
4. Apakah sasaran latihan guru?
Kita hendak memastikan guru yang dilatih adalah guru yang berprestasii cemerlang,
5. Apakah prospek untuk kerjaya guru?
Kita ada ramai guru yang tidak berpeluang naik pangkat, maka inisiatif diambil bagi laluan kenaikan
pangkat berasaskan time base dengan konsep 8 : 8 : 5 : 3. Selain daripada itu, akses Pendidikan
diperluaskan agar guru-guru dapat menyambung pelajaran ke peringkat tertiary education : every
teacher can learn
MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN
Bangunkan kebitaraan namun jangan lupa aspek-aspek yang lain, kerana Pendidikan sifatnya menyeluruh
dan holistik. Inisiatif memperkasakan SK dengan menawarkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan
10
Tamil adalah baik, namun apa yang yang berlaku? SJKC dan SJKT meningkatkan amalan terbaik di
sekolah-sekolah mereka. Hasrat SK untuk menarik lebih ramai ibu bapa Cina dan India menghantar anak-
anak mereka ke Sekolah Kebangsaan belum mencapai kejayaan.
Adalah lebih bagus jika kita tawarkan kedua-dua bahasa itu untuk anak-anak kita. China dan India
merupakan negara yang mempunyai ramai penduduk, maka jika mendapat pasaran di kedua-dua negara
tersebut tentulah dapat menjana keuntungan. Maka untuk tujuan tersebut, kita perlu memastikan anak-
anak kita menguasai bahasa asing. Kena terapkan every teacher could be a good teacher dan every
school become a good school. Kalau sekolah menghasilkan produk berkualiti, ramai ibu bapa yang akan
mendaftar anak-anak mereka tetapi jika tidak, tentu sekali ramai yang akan keluar dan berpindah ke
sekolah lain.
Banyak sekolah boleh dijadikan contoh kerana menarik ramai ibu bapa menghantar anak-anak
mereka kerana yakin dengan kualiti pendidikan yang diberikan seperti SMK Jalan Empat, SMK Aminuddin
Baki, SMK Sri Aman, Kolej Abdillah dan Kolej Tuanku Hj Bujang yang banyak menghasilkan produk
berkualiti. Keadaan yang serupa perlu dikembangkan kepada semua sekolah untuk menjadi cemerllang
dan menjadi tumpuan ibu bapa. Kita gerakkan headcount supaya setiap guru dapat track pencapaian
murid-muridnya. Tidak boleh banding dan beza-bezakan murid-murid.
PERHIMPUNAN PAGI SMK JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI
RAKAN KONGSI SEKOLAH
Semua rakan kongsi sekolah perlu digembelingkan bagi memastikan sekolah mencapai kejayaan. Inilah
yang dilakukan di Finland. Penglibatan secara kolaboratif sebegini telah menjana banyak idea-idea
pembaharuan dan mengangkat martabat Pendidikan Finland hingga menjadi sistem pendidikan terbaik
dunia.
Untuk muncul menjadi sekolah yang berjaya, maka sekolah memerlukan partners. Siapakah rakan
kongsi sekolah?
11
SENARIO PENDIDIKAN DI SINGAPURA
Bagaimana isu pendidikan diatasi di Singapura agar keseluruhan landskap berubah?
KEMAJUAN PENDIDIKAN DI FINLAND
Key Factors Success School: Teachers
Every teacher “Good Teacher”
Every school “Good School”
Every parent “Good Contributor”
Every child “Getting holistic education given all the Opportunities”
Sejak 1990 Finland telah mencapai kecemerlangan Pendidikan namun apabila tinjauan dibuat terhadap
murid-murid, dapatan yang diperolehi ialah: “Murid memberi tahu jika diberi pilihan mereka tidak mahu
ke sekolah kerana tidak menyeronokkan”. Rentetan daripada dapatan ini, reformasi sistem Pendidikan
di Finland telah dilaksanakan dengan sasaran utama untuk mengaplikasi konsep Fun Learning and Fun Schooling. Kerangka Sekolah Masa Depan di Finland mestilah :
1. Menggunakan aktiviti untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan
2. Pembelajaran digital menggunakan perkhidmatan cloud
3. Pelaksanaan menyeluruh konsep pembelajaran abad ke 21
4. Sekolah sebahagian daripada dunia digital maka perubahan perlu berlaku dalam kalangan guru
dan latihan keguruan untuk mengaplikasi aplikasi digital
5. Melibatkan penglibatan penuh komuniti dalam konteks pembelajaran
Dunia digital masa kini telah mengubah alam pendidikan dengan konsep amalan yang berpaksikan
teknologi dan komunikasi rentas sempadan menerusi aplikasi multi media dan penerapan amalan
Perubahan dalam pendidikan keguruan
Program persediaan untuk melahirkan guru novis juga perlu berubah.
Guru mesti mengubah kepercayaan mereka iaitu “Every child can learn”.
Agensi Persekutuan
Agensi Negeri
Kesatuan Guru
Rakan Sosial
Ibu Bapa
Murid-murid
Institusi Kajian
Pemegang Taruh
12
pedagogi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid namun dalam masa yang sama dapat
meningkatkan minat dan keseronokan mereka ketika belajar.
REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem yang baik jika tidak dibuat environmental scanning maka tidak akan berjaya. Apakah yang kita
laksanakan sekarang betul? Apa yang kita laksanakan, hendaklah berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Semak balik, ada atau tidak teks Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah?.
FPK sebenarnya bukan sekadar pernyataan tetapi cara kerja kita dan apa yang hendak dicapai. Kita
hendak lahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
supaya insan itu pertama-tamanya berupaya membela nasib dirinya. Apabila nasib diri dapat dipelihara
maka nasib bangsa juga dapat dibela. Sehubungan dengan itu, nilai kemanusiaan (humanity) dan
kewarganegaraan (citizenship) adalah penting dalam kerangka pendidikan.
Sustainable Development Goals (SDP) – Selaras dengan usaha negara untuk mencapai Wawasan
2020 dan IR 4.0, Falsafah Pendidikan Negara akan menjadi rujukan utama. Kita mestilah yakin agar tidak
timbul masalah. Guru tidak boleh lagi kekal selesa tanpa membuat perubahan kerana zaman bergerak
pantas, guru berubah mengikut perubahan teknologi. Banyak perkara yang perlu diubah mengikut
perubahan yang berlaku. Belajar untuk belajar (Learning to learn). Kita melatih murid untuk belajar dan
mencari ilmu. Murid perlu dilatih dan dibimbing agar mereka tahu bagaimana meneroka dan mencari
maklumat.
Mengimbas kembali ketika zaman 1980-an (sebelum penggunaan computer), jika ada guru yang
mempunyai portable typewriter mereka adalah guru yang hebat. Itulah rakan karib guru untuk taip soalan
atas stensil dan jika ada sebarang pembetulan, pemadan stensil (warnanya pink) digunakan, kemudian
soalan akan dicetak dan di staple . Semuanya dibuat sendiri, namun tiada sebarang complaint. Sebab
Nilai
Kemanusiaan &
Kewarganegaraan
Berfikir dan Belajar
Untuk Belajar
Pembudayaan
Kompetensi,
Interaksi dan
Menjaga kebajikan
diri dan orang lain,
menguruskan aktiviti
harian dan
mementingkan
keselamatan
Literasi Pelbagai
Kompetensi TMK
Kompetensi Tentang
Bidang Kerjaya dan
Keusahawanan
Penglibatan,
Pengaruh dan
Pembinaan Masa
Depan Lestari
13
itulah guru sekarang amat bertuah dah jauh sekali bebannya. Justeru itu, saya tidak gemar dengan istilah
beban tugas guru.
JANGKAAN PERTUMBUHAN GURU
• Menguasai opsyen dan kaedah murid belajar
Guru mesti mempunyai multi skill bagi mengembangkan potensi murid.
• Peka dengan perbezaan setiap individu dengan repertoire pedagogi melangkaui sempadan
dengan mempelba-gaikan kaedah dan seni mengajar dan memberikan bimbiingan
• Penilaian berterusan sepanjang masa instruksional – Penilaian formatif
• Menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi setiap murid – Bagaimana membudayakannya?
Bagaimana murid menunjukkan keadaan dia berfikir? Apa yang murid buat ketika berfikir?
• Kembangkan nilai dan tindakan kolaboratif dalam kalangan murid
Kelemahan murid-murid kita ialah mereka takut untuk bertanya. Guru-guru mesti risau andainya
murid-murid kita tidak bertanya. Kiita mesti risau kerana mereka tidak berfikir. Kita mesti pastikan murid
kita selalu bertanya, bertanya dan bertanya. Guru-guru kena latih murid-murid dan raikan semua murid-
murid agar menunjukkan peningkatan.
KONSEP KESAKSAMAAN, KESAMARATAAN DAN KEADILAN
Mana yang kurang kena dibantu.. Sekolah yang kurang upaya dipertingkatkan keupayaannya. Untuk
menjadikan adil dalam semua perkara maka selesaikan masalah yang menjadi barrier iaitu yang
menghalang kemajuan dan pertumbuhan kemenjadian murid-murid.
RUMUSAN
Perbandingan kemajuan Pendidikan di Singapura dan Finland memberi kita inspirasi dan pandu arah
bahawa alam pendidikan perlu diteroka dengan lebih luas. Masa instruksional di Finland sebenarnya lebih
pendek dari di Malaysia tetapi prosesnya efektif berbanding negara kita. Rumusannya ialah:
“Teachers do not necessarily mind teaching in schools with more demanding student
populations as long as the environment is conducive to learning, the school climate is
positive, and adequate resources are available”.
Wujudkan persekitaran yang kondusif untuk belajar. Ingat kata-kata Michael Fullan:
• “It’s always about doing; always about specific doing. Human capital is not the main driver,
social capital is”
• “All children can learn”
• “All teachers can learn”
• “Reduce bad variations through increased collaborative processes and shared visions”
Kesaksamaan Kesamarataan Keadilan
14
Jangan hanya bercakap, akhirnya tidak berbuat apa-apa. Jadi, ambil tindakan. Semua kanak-kanak
boleh belajar. Berkongsi visi dan sama-sama difahami. Jadikan satu misi untuk bersama
menggembelingkan tenaga menjayakan sekolah. Apa-apa sahaja boleh digerakkan jika kita bergerak
bersama-sama. Ambillah semua yang dianggap baik dari negara luar untuk kebaikan pendidikan di negara
kita.
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya merasmikan pembukaan Kolokium Pemimpin
Pertengahan Kali Ke-2 pada tahun 2018.
MEMUKUL GONG SEBAGAI SIMBOLIK PERASMIAN PEMBUKAAN KOLOKIUM
15
UCAPTAMA 2
YBhg. USTAZ HOSSEIN BIN MARIP
Ketua Sektor,
Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Terima kasih kepada moderator En Rusli bin Wahab
MODERATOR UCAPTAMA 2 : EN. RUSLI BIN WAHAB
SLOT 3
16
YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
YBrs Pn Mistirine Radin,
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad,
Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
PENGENALAN
Sekolah adalah tempat membentuk karakter anak-anak kita. Apa yang ingin kita hasratkan ialah
kemenjadian murid yang berkualiti. Kepimpinan bertanggungjawab, organisasi yang kondusif, program
yang berfokus dan hal ehwal murid yang terpelihara.
PENGALAMAN LEPAS
Saya tidak mempunyai pengalaman pentadbiran ketika dilantik sebagai pengetua. Hal ini menjadi satu
cabaran. Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia banyak membantu, merekalah
yang menjadi tulang belakang dan mesti dipegang terlebih dahulu terutama sekali pemimpin pertengahan
yang sangat memberi impak kepada sekolah kerana mereka amat rapat dengan barisan guru-guru yang
melaksanakan kepimpinan instruksional di bilik darjah. Ketika saya memimpin SMKA Pesantren misalnya,
banyak cabaran yang perlu saya tempuhi untuk membangunkan sekolah namun Berjaya digembelingkan
menggunakan kekuatan dalaman yang ada hingga muncul sebagai sekolah agama cemerlang.
KUPASAN TEMA KOLOKIUM
Tema yang dipilih pada kolokium kali ini, iaitu Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembela-
jaran Bermakna adalah amat tepat. Hal ini mengungkapkan perlu wujudnya kerjasama semua peringkat
dalam hiraki pendidikan bagi mencapai hasrat PPPM yang telah digariskan. Pemimpin sekolah perlu
berusaha untuk melahirkan sekolah berkualiti serta berupaya mengambil inisiatif berkesan untuk
melahirkan kualiti kemenjadian murid. Pemimpin sekolah dapat memainkan peranan secara berkesan
seandainya dibantu oleh pemimpin pertengahan dan guru-guru secara berterusan dan konsisten.
Peranan pemimpin pertengahan adalah paling mencabar kerana mereka dituntut memimpin,
mengurus dan mengajar. Hal ini tentu sekali memerlukan kemahiran guru yang bersifat multitask dan
all rounders. Pemimpin pertengahan perlu terus konsisten dan komited dengan tugas-tugas utama
mereka kerana menjadi menjadi rujukan kepada semua ahli panitia. Pemimpin pertengahan juga
seharusnya menjadi pembimbing yang efektif kepada guru-guru novis. Selain itu, mereka juga memikul
tugas yang mencabar untuk membawa perubahan dan pembaharuan dalam amalan pedagogi dan
pengurusan kepanitiaan, agar segala program yang dirangka dan dirancang benar-benar memberi impak
kepada kecemerlangan pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pemimpin pertengahan juga perlu
mengetahui punca kuasa sebagai guru kanan mata pelajaran dan ketua panitia mata pelajaran. Pemimpin
pertengahan yang baik, kurang bergantung kepada kuasa formal tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh
kuasa non formal. Ketua Panitia yang berwibawa menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam mata
pelajaran (competency of subject matter based).
FOKUS PEMBELAJARAN KOLOKIUM
Kolokium ini memberi peluang kepada pemimpin pertengahan membuat refleksi kendiri bagi melihat
semula amalan profesional dan melazimkan amalan double look learning bagi mewujudkan budaya
pembelajaran bermakna di sekolah dengan membandingkan situasi semasa dengan norma kerja yang
17
biasa serta sentiasa mencari justifikasi bagi memastikan tindakan dan amalan terbaik dilaksanakan.
Menilai kembali impak yang diperolehi daripada usaha yang dilaksanakan.
Kolokium ini bertujuan membentuk profil kepimpinan pemimpin bagi tujuan mengenal pasti
potensi pemimpin sekolah yang berfokus kepada kemahiran dan kapasiti memimpin yang menuntut
usaha profesional melibatkan refleksi individu sekaligus memberi impak kepada refleksi organisasi.
Kolokium ini adalah medan Leaders Development kepada semua individu peserta sebagai pelaburan
memperkembangkan modal peserta yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Hal ini penting bagi
memastikan sekolah mempunyai barisan pemimpin berkualiti, memperkembangkan jalinan inter
personal dan perancangan penggantian kepimpinan sebagai proses melahirkan sekolah berkualiti. Hal
ini menjadi satu titik permulaan untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran di sekolah masing-masing.
Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang berkesan menjadi titik tolak penting kepada
kecemerlangan proses implementasi yang hendak diterapkan. Justeru itu, perkongsian amalan terbaik
yang diketengahkan menerusi kolokium ini boleh mencetuskan banyak idea-idea dan pencerahan baharu
dalam kalangan peserta bagi memikirkan kecemerlangan sekolah. Pemimpin pertengahan perlu
mewujudkan program yang berterusan dengan memanfaatkan konsep jalinan dan jaringan. Melalui PLC,
perkembangan ilmu dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktis. Khusus untuk
memperkembangkan kapasiti organisasi secara kolektif agar memberi impak kepada kemenjadian murid.
PP menjadi pemangkin budaya pembelajaran bermakna melalui pelbagai usaha dan kegiatan yang
melibatkan kegiatan menyebarluaskan ilmu dan menjadikan sekolah Learning Center Leadership.
Penilaian di bilik darjah dan pemantauan berterusan perlu berfokus kepada perkembangan yang berlaku
di bilik darjah. Perlu dilaksanakan pengesanan pembelajaran iaitu assessment for learning dan
assessment as learning. Diagnostik pembangunan kapasiti guru perlu dilakukan untuk memantapkan
keberkesanannya.
RUMUSAN
Sekolah hendaklah mempunyai ciri-ciri kepercayaan, dialog prestasi, komunikasi dan perbincangan yang
berterusan . Semua peserta mesti menggunakan perkongsian yang diperolehi bagi merangka tindakan
kecemerlangan sekolah masing-masing. Semoga kehadiran tuan-tuan memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah.
PEMBENTANGAN KAJIAN
YBrs. DR ZOOLAIHA BT. ABDUL RAHMAN
Tejuk Kajian : Keberkesanan dan Impak Kursus LCML 2017,
YBrs Pn Mistirine Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan dari dimensi penilaian pembelajaran
2. Mengenalpasti tahap kemahiran kepimpinan ketika menjalankan inovasi di sekolah
3. Mengukur tahap efikasi kendiri dalam kalangan peserta LCML selepas FuFT
4. Menyatakan bentuk pemantauan yang dilaksanakan
5. Mengenalpasti tahap efikasi kendiri dalam menjalankan tugas
SLOT 4
18
6. Mengenalpasti impak pelaksanaan tugasan LCML terhadap Pembangunan Kendiri
peserta kursus
PEMBENTANGAN KAJIAN OLEH DR ZOOLAIHA BT. ABDUL RAHMAN
KERANGKA KAJIAN
Model Input – Proses – Output (IPO) berdasarkan model Kickpatrick. Input merujuk kepada kandungan
kursus LCML, manakala proses ialah Ujian Pra, Pasca dan FUFT manakala output (outcomes) merujuk
kepada perubahan tingkahlaku selepas mengikuti kursus. Kerangka kajian juga merujuk kepada Model
Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan IAB
METODOLOGI
Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif melalui pengumpulan data Ujian Pra dan Ujian Pasca dan turut
disokong oleh data-data kualitatif.
PERSAMPELAN
Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata (Stratified Random Sampling) yang melibatkan 100 orang
Guru Penolong Kanan (LCML1), 103 Peserta LCML (LCML2) dan 500 orang Ketua Panitia (LCML3)
INTRUMEN KAJIAN
Intrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini merangkumi tiga instrument iaitu LCML1, LCML2
dan LCML3.
SENARIO KAJIAN
Kajian ini merupakan siri kedua. Kajian pertama telah dilaksanakan pada tahun 2016 dan telah
dibentangkan manakala kajian yang dibentangkan pada hari ini ialah kajian kedua yang menilai
keberkesanan kursus LCML 2017.
DAPATAN KAJIAN
1. Majoriti peserta menunjukkan peningkatan apabila merujuk perbandingan markah Ujian Pra dan
Ujian Pasca iaitu:
i. Peserta Sekolah Rendah : 90%
ii. Peserta Sekolah Menengah : 88%
19
2. Penurunan markah setelah Ujian Pasca berbanding Ujian Pra perlu dilaksanakan penambahbaikan
terhadap item ujian
3. Terdapat tiga dimensi yang diukur dalam kajian ini iaitu : Pengetahuan, Kemahiran & Efikasi Kendiri
4. Dapatan kajian rintis dengan kajian sebenar menunjukkan pengetahuan peserta dalam
melaksanakan langkah-langkah menggunakan Kanvas Strategi Analisis Data didapati meningkat.
5. Guru Penolong Kanan memberikan nilai yang tinggi terhadap peserta sepanjang membuat
penilaian dan pemantauan.
6. Berdasarkan penilaian terhadap hasil kerja peserta, pelaksanaan pengumpulan data, analisis data
dan pelaksanaan tugasan menggunakan Kanvas Strategi Analisis Data, Model ARRAS & Model
DEFFRAAC
7. Peserta perlu dibimbing secara berterusan untuk memantapkan lagi penyediaan Pelan
Pembangunan Kendiri agar perubahan yang hendak digerakkan menjadi lebih jelas. Semasa
penyeliaan FuFT, penekanan terhadap Pelan Pembangunan Kendiri menggunakan BMY perlu
ditekankan
8. Peserta juga didapati semakin mahir dalam mengumpul data dan mendapatkan maklumat dan
mempunyai pengetahuan bagaimana mencari maklumat.
9. Dalam lapan langkah Kanvas Strategi Analisis Data, peserta bersikap selektif mengikut pilihan
mereka. Dalam erti kata lain, tidak semua langkah yang dikemukakan dalam kanvas tersebut
diaplikasikan. Alasannya ialah:
i. Penggunaan langkah-langkah yang tidak dipilih itu dianggap kurang penting
ii. Peserta mempunyai strategi sendiri yang telah mereka laksanakan
iii. Peserta kurang faham cara melaksanakannya
iv. Menganggap semua langkah yang dipaparkan dalam kanvas hanya untuk kegunaan sendiri
dan bukan untuk dikongsi
v. Mempunyai dan memiliki efikasi kendiri yang tinggi
vi. Peserta menunjukkan kesediaan untuk memperbaiki amalan dan meningkatkan pengetahuan
mereka dalam menggunakan langkah-langkah dalam kanvas
vii. Peserta menganggap mereka tidak mempunyai bakat dalam memimpin
viii. Peserta tidak berminat dalam bidang pengurusan dan kepimpinan
ix. Peluang seharusnya diberikan kepada guru-guru yang lebih muda
x. Tugas yang diberikan hendaklah sesuai dengan kepakaran
xi. Pemimpin sekolah telah memberikan respon yang positif terhadap peserta LCML ketika
menjalankan aktiviti dan menjayakan langkah intervensi
xii. Taklimat dan sesi perkongsian telah dijayakan oleh peserta menerusi pelbagai aktiviti.
xiii. Peserta dapat mengaplikasi kursus LCML yang telah diikuti mengikut tugasan berdasarkan
kanvas dan menjadi role model sebagai pemimpin pertengahan.
xiv. Peserta juga telah mendapat pendedahan membentangkan kertas kerja dalam pelbagai
seminar dan bengkel
xv. Membudayakan penggunaan Bussiness Model You dan Kanvas Strategi Analisis Data.
20
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 1
Cikgu Norliah binti Gapar, SK Rancha Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Penggerak Ke Arah Kualiti PdPC
MODERATOR PEMBENTANGAN 1-3 : EN HAIROLHAMZI BAHRODDIN BERSAMA PEMBENTANG
BIODATA
Berpengalaman mengajar selama 23 tahun dan memiliki opsyen Bahasa Melayu
dan aktif dengan guru-guru Bahasa Melayu peringkat daerah dan negeri
sehingga memberi kelebihan kepada beliau apabila dilantik menjadi Jurulatih
Utama Negeri Sabah. Beliau juga terkenal sebagai penceramah bagi bengkel
Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Pemahaman peringkat negeri Sabah.
Berasaskan kepakaran yang ada, Cikgu Norliah juga telah diamanahkan menjadi
Pengerusi Teknik Pertandingan Bercerita peringkat negeri Sabah. Atas segala
sumbangan dan jasa bakti yang diberikan, pada tahun 2018 Cikgu Norliah
dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Inspirasiku peringkat negeri Sabah.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah ini merupakan sekolah gred B yang hanya mempunyai seramai 36 orang. Rata-rata guru di
sekolah ini memiliki ijazah, mempunyai pengalaman mengajar 10 hingga 31 tahun serta terdapat juga
guru yang merupakan pemeriksa kertas. Hal ini tentunya memberi kelebihan kepada SK Rancha-Rancha
dan menjadi elemen kekuatan dalaman yang dapat dimanfaatkan. Enrolment murid di sekolah ini ialah
SLOT 5
YBrs Pn Mistirine Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
21
396 orang manakala guru-guru seramai 37 orang. Guru Bahasa Melayu pula seramai 8 orang. Kebitaraan
SK Rancha Rancha ialah Bahasa Melayu dan Tarian.
LATAR BELAKANG PANITIA
Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, mempunyai 7 orang guru yang sangat
komited, pro aktif dan berfikiran terbuka dalam usaha meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran
Bahasa Melayu yang mencatatkan keputusan 100& bagi aspek pemahaman dan penulisan ketika
keputusan UPSR 2017 diumumkan. Kejayaan ini, tidak lain dan tidak bukan kerana sumbangan padu
tanpa jemu oleh adiwira Panitia Bahasa Melayu iaitu:
MENGENAL PASTI ISU
Merujuk kepada persoalan dalam Kanvas Strategi : Mengapa?, maka keputusan UPSR 2016 yang
dikeluarkan telah menimbulkan persoalan iaitu mengapa tidak mencapai 100% iaitu hanya 93.4%. Saya
dan ahli-ahli panitia membuat perbincangan untuk memikirkan apakah langkah yang boleh diambil agar
perkara tersebut tidak lagi berulang kepada calon-calon UPSR 2017. Berdasarkan kekuatan Panitia
Bahasa Melayu yang mempunyai barisan guru-guru hebat, tentu sekali hasrat untuk mencapai 100%
dapat dicapai dan bukan sesuatu yang mustahil.
KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA
Langkah pertama yang diambil ialah membuat perkongsian dengan Guru Besar tentang perancangan
yang dibuat untuk mengatasi isu terlibat disamping menerangkan tentang struktur kursus LCML.
Perkongsian juga turut dilaksanakan dengan Guru Penolong Kanan Akademik bagi menerangkan
program-program yang telah dirancang.
PERKONGSIAN KANVAS STRATEGI DI SK RANCHA-RANCHA
En. Nurul Amin
Pn. Sarimah
Pn. Fauziah
Pn. Midah Pn. Rositah
Pn Norfadzilawaty
Pn.Setia
22
OBJEKTIF
1. Memastikan PdPC berkualiti menerusi amalan pedagogi guru yang menarik
2. Mewujudkan iklim pembelajaran yang menyeronokkan
3. Murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
HASIL ANALISIS DATA
Nama Guru 4.1.1 4.2.1 4.2.2 4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1
A 3 3 3 3 3 4 3 3
B 4 4 3 3 4 4 4 4
C 3 3 3 3 4 4 4 3
D 3 3 3 2 3 4 4 3
E 4 3 4 3 4 4 3 4
F 4 4 3 4 3 4 3 4
G 3 3 3 3 4 4 4 3
H 4 4 4 3 4 4 4 3
MIN 3.5 3.75 3.25 3.0 3.7 4.0 3.6 3.75
Berdasarkan hasil analisis data di atas, elemen 4.3.1 berada pada tahap yang paling rendah dan
mewujudkan jurang yang lebar. Lihat rajah berikut.
GRAF ANALISIS JURANG
4.3.1 Guru membimbing murid secara professional dan terancang.
4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara professional dan terancang
4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran
4.4.1 Guru merancang pelaksanaan PdPC
4.4.2 Guru mendorong minda murid
Berdasarkan kelima-lima elemen di atas, saya telah berbincang dengan anggota Panitia ketika
menyemak semula program dalam borang SpeCT dengan mewujudkan program yang dinamakan Boleh
Ba Kalau Biskita serta mengekalkan program lain yang telah dirancang iaitu bengkel teknik menjawab
soalan, bengkel pembinaan jadual spesifikasi item (JSI), sifar LINUS dan Minggu Bahasa. Boleh ba kalua
biskita membawa maksud Boleh! Kalau kita mahu.
Borang One Page Project Manager (OPPM) telah digunakan untuk memantau pelaksanaan
program guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. Apakah tujuan program dilaksanakan? Tujuannya
ialah melonjakkan kemahuan murid untuk Berjaya (seandainya mereka ada kemahuan). Persoalannya
23
bagaimana?. Jawapannya ialah dengan cara mengubah cara belajar murid ketika PdPC iaitu proses
instruksional berlangsung. Sepanjang langkah intervensi ini dijalankan, segala kekuatan dan kelemahan
dinilai dan dibuat penambahbaikan. Kaedah yang digunakan ialah pencerapan, pemerhatian dan latihan.
Langkah intervensi yang digunakan dalam program Boleh Bah Kalau Biskita untuk murid-murid
Tahun 6 ialah Kunci dan Penbaris Ajaib. Berikut ialah keterangan ringkas intervensi tersebut yang
bertujuan memandu arah murid-murid mencari jawapan berdasarkan soalan yang diberikan guru.
• Apa? Mendapatkan kata kunci (keywords) jawapan
• Mengapa? Menemukan jawapan yang tepat dan betul
• Siapa? Guru akan memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
• Bila? Dilaksanakan ketika proses instruksional dalam bilik darjah
Borang impak program ke atas murid-murid disediakan disamping sistem ganjaran turut
diperkenalkan bagi memotivasi murid-murid dan memberi penghargaan kepada mereka. Impak utama
program ini telah meningkatnya kualiti PdPC guru dan menjelmakan kejayaan UPSR 100 %. Semasa semester 1, 5 orang murid tidak menguasai kemahiran penulisan, namun pada semester 2 semuanya sudah menguasai Bahasa Melayu. Demikian juga elemen pemahaman dalam kalangan murid-murid. Kemenjadian murid juga berlaku dalam beberapa aspek iaitu: 1. Kehadiran murid meningkat mendadak kerana minat mereka dengan aktiviti Bahasa Melayu 2. 90% murid-murid menyertai aktiviti Ko-Akademik 3. Murid-murid berani dan yakin memberikan pendapat serta membantu rakan-rakan 4. Meningkatkan motivasi guru-guru 5. Mendapat anugerah Panitia terbaik 2017 6. Mendapat jemputan sebagai penceramah 7. Anugerah Tokoh Guru Inspirasiku 2018 8. Mencapai objektif PdPC Berkualiti 9. Menangani isu yang telah dikenalpasti
RUMUSAN
Jika mahu mencapai sasaran, kita mesti membimbing ahli-ahli panitia dalam menterjemahkan idea kepada
peringkat implementasi, menjadi penggerak kepada ahli-ahli Panitia. Harus pandai mengurus kerja berpasukan
dengan mengaplikasi 14 kompetensi Pemimpin Pertengahan. Setiap ahli Panitia perlu dihargai. Mesti pandai tunjuk
cara kepada ahli-ahli Panitia.
Sebagai Ketua biar bijak berbicara,
Persis seorang wira,
Pandai tunjuk cara,
Agar gagah bak perwira,
Maka lahirlah adiwira.
24
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 2
Cikgu Sia Chai Ting @ Nursiah, SJKC Pei Yin, Membakut, Sabah
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Pemangkin PdPC Bahasa Inggeris Berkualiti
BIODATA
Cikgu Sia Chai Ting @ Nursiah merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di
SJKC Pei Yin, Membakut, Sabah (Gred DG42). Sepanjang perkhidmatan
sebagai guru, telah berkhidmat di empat buah sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan Golong (2006-2007), Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran
(2008-2010), Sekolah Kebangsaan Batandok, Beaufort (2011 – Julai 2013)
dan kini di SJKC Pei Yin (bermula Julai 2013). Merupakan pemegang
Diploma Perguruan Malaysia (2005) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Dengan Kepujian dalam bidang TESL. Pernah menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan menjadi pembentang dalam Mini Simposium :
Perkongsian Amalan Terbaik pada tahun 2015. Turut terlibat sebagai panel penggubal Modul Penulisan
Bahasa Inggeris SJKC peringkat daerah Beaufort, Panel penggubal soalan berpusat Bahasa Inggeris
UPSR (SK & SJKC) peringkat daerah Beaufort (2016 – 2017). Turut berperanan sebagai Jurulatih Utama
(JU) KSSR Bahasa Inggeris (Tahun 4 dan 5), Jurulatih Utama Kebangsaan KSSR Bahasa Inggeris Tahun
6, Setiausaha Pasukan Gerak Saga Bahasa Inggeris Zon Membakut dan penceramah teknik menjawab
Bahasa Inggeris UPSR bagi daerah Beaufort dan di Kawasan sekitar. Boleh dihubungi melalui no tel:
016-810 9679, e-mel: [email protected].
CIKGU SIA CHAI TING @ NURSIAH
YBrs Pn Mistirine Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
25
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SJKC Pei Yin hanyalah sebuah sekolah yang kecil, terletak di Pekan Membakut, Sabah. Sekolah ini mempunyai 20
orang guru manakala jumlah enrolment murid ialah seramai 185 orang sahaja. Bahasa Inggeris boleh dikatakan
bahasa yang ketiga selepas bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran
Bahasa Inggeris mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, namun tidak
memadai sedangkan jangkaan yang diberikan tinggi. Bahasa Inggeris boleh dikatakan mata pelajaran yang
bermasalah di sekolah ini. Ahli Panitia Bahasa Inggeris hanya 2 orang iaitu Cikgu Yong Ti Tian (Bukan opsyen / 4
tahun pengalaman) dan Cikgu Bernard Lee ( Opsyen / 1 tahun pengalaman). Kedua-duanya merupakan guru novis
dan mempunyai pengalaman mengajar belum mencecah 5 tahun. Ada ketikanya masih gugup ketika berhadapan
dengan murid-murid. Selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris, saya amat bertuah mendapat pendedahan Kanvas
Strategi Analisis Data di Institut Aminuddin Baki Sabah melalui kursus LCML. Ketika kursus, data analisis panitia
telah dibawa bersama. Apabila dibuat analisis, 16 % orang murid tidak menguasai bahagian pemahaman manakala
38 % tidak menguasai penulisan.
TINJAUAN DATA AWAL
Berdasarkan keputusan ujian Bahasa Inggeris pada bulan Mei, dapatan yang diperolehi ialah seperti berikut:
I. Pemahaman Bahasa Inggeris
Peratus Kelulusan : 22.7%
II Penulisan Bahasa Inggeris
Peratus Kelulusan : 32.97%
FOKUS IMPLEMENTASI
Tujuan:
Menangani isu pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
0
20
40
60
80
100
1 Z 1 X 2 Z 3 Z 3 X 4 Z 4 X 5 Z 6 Z 6 X
% LULUS
0
20
40
60
80
100
1 Z 1 X 2 Z 3 Z 3 X 4 Z 4 X 5 Z 6 Z 6 X
% LULUS
26
Objektif:
Meningkatkan kompetensi guru Bahasa Inggeris dalam aspek pedagogi abad ke 21 dan aplikasi TMK
(ICT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).
ANALISIS JURANG – MENGENALPASTI ISU
Berdasarkan analisis jurang di atas, terdapat empat (4) elemen yang menunjukkan jurang paling besar
iaitu
1. 4.2.1: Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang
2. 4.2.2: Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang
3. 4.4.1: Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional
dan terancang
MERANCANG PROGRAM – MENGGUNAKAN BORANG SPeCT
Menggunakan borang SPeCT, saya bersama rakan-rakan guru dalam Panitia mengenalpasti dan menilai
kembali program-program yang telah dirancang sama ada dihapuskan, ditambah, dikurangkan atau
diwujudkan. Berdasarkan perbincangan yang dibuat, ada satu program yang telah dihapuskan iaitu
lesson demonstration, tiada program yang ditambah dari segi kualiti atau kuantiti, ada satu program
yang dikurangkan dari segi bilangan pelaksanaan iaitu bengkel pembinaan item soalan, Jadual Spesifikasi
Ujian dan Teknik Pemarkahan manakala empat program dikekalkan iaitu Kursus Dalaman Bersiri (ICT in
Class), Pencerapan SKPMg2.0, English Week dan Kelas Tambahan Murid Tahap 2.
Dua program diwujudkan sebagai intervensi yang akan dilaksanakan bagi mengatasi isu daripada
analisis jurang yang telah dibuat. Dua program yang diwujudkan itu ialah:
1. Peer Learning Coaching On The Go & Instructional Rounds (IR)
2. Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 kepada guru-guru
PLC biasanya dilakukan secara formal dan berbincang di tempat yang khusus namun hal ini banyak
membataskan Ketua Panitia untuk mendapatkan maklumat secara jujur daripada guru-guru. Melalui On
The Go, perbincangan di buat secara santai dan tidak formal di mana juga berlakunya pertemuan antara
guru-guru panitia dengan saya. Perbincangan seperti ini lebih santai dan dapat mencungkil banyak
perkara sekaligus merapatkan lagi hubungan dengan guru-guru. Untuk program 1,2,3 dan dua program
yang dikemukakan, boring pemantauan OPPM telah digunakan sebagai progress tracking dan memantau
status pelaksanaan program berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan
4 4 4 4 4 4 4 44
2 2
3
2
4
2
3
0
1
2
3
4
4 .1 .1 4 .2 .1 4 .2 .2 4 .3 .1 4 .4 .1 4 .4 .2 4 .5 .1 4 .6 .1
GB GURU
27
BORANG SPeCT
PLC ON THE GO
Guru-guru ahli panitia sukar ditanya tentang masalah di dalam kelas. Mereka jarang hendak berkongsi
masalah yang dihadapi ketika mengawal situasi pembelajaran murid kerana akan mendedahkan
kelemahan mereka. Sesi PLC ialah sesi perkongsian masalah. PLC tidak formal yang berlangsung secara
On The Go tidak mempunyai tempat spesifik, dapat berlangsung anywhere dan anytime (waktu dan
tempat yang tidak spesifik). Perbincangan dibuat secara ringkas (5 hingga 15 minit). Perbincangan boleh
berlaku ketika berjalan di koridor, makan minum di kantin dan berada di bilik guru. Ketika berjalan
perbualan boleh berlaku tentang sesuatu yang memberi impak dan manfaat. Catatan ringkas dibuat
malahan dengan input daripada perbincangan ini, boleh memberi idea kepada guru untuk mengambil
tindakan segera apabila mengawal proses instruksional.
Saya bertemu dengan Cikgu Bernard dan mencadangkan kepada beliau bagaimana kawalan kelas
dapat dilaksanakan. Saya minta dia tulis kaedah kawalan yang dilaksanakan dalam ruangan refleksi.
Apabila guru-guru melihat perbincangan santai yang dibuat menunjukkan perubahan kepada kawalan
kelas guru-guru Bahasa Inggeris, maka PLC On The Go ini juga telah berjangkit kepada Panitia lain.
Guru-guru makin menerima pembudayaan amalan perkongsian secara PLC On The Go ini. PLC secara
tidak langsung berkembang di sekolah ini. Kebaikannya, perbincangan seperti ini dapat meredakan
tekanan guru novis namun penyelesaian masalah menjadi lebih pantas. Guru boleh menerapkan terus
kaedah yang diusulkan dan dibincangkan. Tiada stress dan tiada tekanan. Selain ruangan refleksi dalam
RPH, catatan juga boleh dibuat menggunakan Borang PMD ketika Instruksional Rounds dilakukan.
Isu / Cabaran Dalam
Penambahbaikan Sekolah
(Susun Ikut Jurang Terbesar)
Alat Semakan Program Sekolah Program Kecemerlangan
Sekolah Yang Dilaksanakan
(Berdasarkan Standard
yang dikenal pasti)
Eliminate
(Hapuskan)
Raise
(Tambah)
4.2.1
Guru mengawal
proses pembelajaran
secara profesional
dan terancang
5 1 Kursus Dalaman Bersiri
(ICT Iin Class)
Reduce
(Kurangkan)
Create
(Wujudkan) 2 Pencerapan SKPMg2
4.2.2
Guru mengawal
suasana
pembelajaran secara
profesional dan
terancang
6
(1 kali shj)
PLC On The Go
& Instructional
Round (IR)
3 English Week
Bengkel
Pembelajaran
Abad Ke-21
(Guru-guru)
4 Kelas Tambahan Murid
Tahap 2
4.4.1
Guru mendorong
minda murid dalam
melaksanakan aktiviti
pembelajaran secara
profesional dan
terancang
Sustain (Kekalkan) 5 Lesson Demonstration
1, 2 , 3 , 4 6
Bengkel pembinaan
Item soalan, JSU dan
pemarkahan.
(Guru BI Daerah
Beaufort)
28
PLC ON THE GO
PASCA PELAKSANAAN PLC ON THE GO
Pelaksanaan PLC On The Go telah berjaya dilaksanakan dan memberi impak kepada peningkatan motivasi
kendiri guru malahan pihak PPD juga menunjukkan kepercayaan yang lebih tinggi serta menaikkan
reputasi sekolah dan guru-guru SJKC Pei Yin. Guru-guru Bahasa Inggeris juga kian terampil dan memiliki
keyakinan yang tinggi. Menerusi perbincangan yang dilaksanakan juga, kompetensi guru-guru makin
meningkat terutama dalam kawalan kelas. Hubungan antara Ketua Panitia dengan guru-guru Bahasa
Inggeris juga menjadi semakin baik.
IMPAK KEPADA MURID
Pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid juga kian meningkat dalam aspek pemahaman dan penulisan.
Kemahiran penulisan menjadi lebih ketara kerana perubahan cara guru mengajar malahan murid-murid
di ajar belajar cara belajar (Learn how to learn). Murid-murid juga terlibat aktif dalam kegiatan Ko
Akademik. Ini membuktikan jika murid diberi kepercayaan, mereka pasti akan berjaya. Dalam
melaksanakan peranan saya sebagai pemimpin pertengahan, kata-kata Tom Peters jadi pegangan, iaitu:
Leaders don’t create followers, they create more leaders.
29
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 3
Cikgu Jackson Lodius, SK Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah.
Tajuk Kajian : Pemimpin Pertengahan Membudayakan Kemenjadian Murid
BIODATA
Cikgu Javkson Lodius telah berkhidmat selama 15 tahun di Sekolah
Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu Sabah. Merupakan pemegang
Diploma Perguruan Malaysia dan berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan
Sekolah Rendah Dengan Kepujian dalam Bahasa Inggeris serta memiliki
Sarjana Pendidikan bagi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).
Sepanjang perkhidmatan sebagai guru, telah menetrima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (2008), Anugerah Khas Wira Pendidikan (2013),
Anugerah Khas PPD (2013) dan Anugerah Khas PPD (2018). Selain daripada
itu, turut menyumbang pemikiran dalam pembinaan instrument Bahasa
Inggeris untuk daerah Lahad Datu dan membina modul pembelajaran Bahasa Inggeris bersama guru-
guru cemerlang di daerah Lahad Datu.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SK Tanjung Labian yang terletak di Pekan Lahad Datu, Sabah biarpun berada dalam Zon Panas di bawah
kawalan ESSCOM, namun keadaan keselamatan di Kawasan sekitar sekolah terjamin. Sekolah ini
mempunyai 239 orang murid dan 116 orang Sekolah ini merupakan sekolah Gred A Pedalaman dan
mempunyai fb iaitu fb SekolahKebangsaanTanjungLabian.
Panitia Bahasa Inggeris SK Tanjung Labian, Lahad Datu hanya dianggotai oleh 3 orang sahaja iaitu
Cikgu Jackson Lodius selaku Ketua Panitia yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan guru opsyen
serta dua orang ahli Panitia iaitu Cikgu Nurbayah Dullah, guru opsyen (19 tahun pengalaman) serta Cikgu
Mohd Farhanezam bin Nerjoh juga guru opsyen namun baharu 1 tahun pengalaman (guru novis). Sesuai
dengan motto sekolah iaitu Ketekunan Punca Kejayaan, maka falsafah yang sama turut diterapkan dalam
etos kerja Panitia Bahasa Inggeris.
PROGRAM INTELLIGENT LINUS BAHASA INGGERIS (i-LBI)
Dengan merujuk lapan langkah Kanvas Strategi Analisis Data (KSAD), isu kritikal telah dikenalpasti
menerusi rujukan sumber dan analisis jurang berdasarkan borang Standard 4, SKPMg2.0. Isu kritikal
yang dikenal pasti ialah meningkatkan dan memantapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru
dalam meningkatkan pencapaian LINUS Bahasa Inggeris (LBI) bagi mencapai 4 objektif, iaitu:
1. Meningkatkan kemahiran & penggunaan ICT guru dalam PdPc guru LBI
2. Meningkatkan kreativiti & inovasi guru PdPc LBI
3. Meningkatkan motivasi guru LBI
4. Meningkatkan tahap kompetensi guru dalam PdPc LBI
ANALISIS JURANG SKPMg2.0
4.6.1
Penglibatan Diri Murid Murid
Dalam PdPC o Pembelajaran Kolaboratif
o Kaitkan isi pelajaran dengan
kehidupan
o Membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah
4.4.1
Mendorong Minda Murid o Peluang mendapatkan
kemahiran memimpin
o Menggalakkan kegiatan
penyoalan
o Menyuburkan soalan-soalan
berbentuk kreatif & kritis
4.2.2
Kawalan Suasana
Pembelajaran o Mengawal komunikasi murid-
murid
o Mengawal tingkahlaku murid-
murid
30
ANALISIS JURANG
Langkah penting yang hendak digarap ialah bagaimana melibatkan murid-murid secara aktif dalam kegiatan
pembelajaran dan bagaimana mendorong minda murid-murid menerusi kegiatan penyoalan yang menggunakan
elemen kreatif dan kritis.
ANALISIS DATA SARINGAN 1 – LINUS
Berdasarkan analisis data saringan 1 – LINUS, murid-murid Tahun 1 yang yang berjaya melepasi
LINUS ialah 51.3%, murid-murid Tahun 2 berjaya mencapai 73.7% manakala murid-murid Tahun 3 ialah
67.7%.
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
SCHOOL PROGRAMME CHECK TOOLS (SPeCT)
Apabila murid-murid tidak menguasai kemahiran 3M sudah pasti akan berlaku antara guru. Tuding
menuding akan berlaku. Semakan kembali program panitia perlu dilaksanakan menggunakan borang
SPeCt dengan mewujudkan Bengkel PAK21, TST dan Instructional Rounds. IR digunakan untuk program
20 28 21
31
ILBS manakala OPPM digunakan untuk memantau dan mengurus program. Kelebihan OPPM ini mudah
diteliti dan senang untuk disemak adakah program telah dilaksanakan atau sejauhmana perkembangan
program.
SCHOOL PROGRAMME CHECK TOOLS (SPeCT)
ONE PAGE PROJECT MANAGER (OPPM)
INSTRUCTIONAL ROUNDS (IR)
Salah satu tugasan utama yang disenaraikan dalam OPPM untuk mengatasi isu kritikal ialah Instructional
Rounds (IR) yang dilaksanakan melalui cerapan PdPC dalam tempoh yang singkat bagi menilai kekuatan
dan kelebihan amalan pedagogi yang digunakan. Melalui IR ini, boring PMD digunakan sebagai dokumen
rujukan untuk membuat penambahbaikan. IR bagi iLBI ini dilaksanakan dalam dan luar kelas, melibatkan
semua guru-guru Bahasa Inggeris dengan tujuan untuk pemantapan PdPC, meningkatkan motivasi guru,
meninjau penggunaan TMK (ICT) dan mewujudkan suasana pembelajaran yang mengaplikasikan ciri-ciri
belajar kreatif dan inovatif. Selepas IR dilaksanakan, sesi sumbangsaran dilaksanakan untuk memberikan
maklum balas dan dapatan.
IMPLIKASI PROGRAM i-LBI TERHADAP GURU
1. Mewujudkan PdPC guru yang berkualiti
2. Meningkatkan motivasi guru-guru dalam memimpin proses pembelajaran
3. Merangsang guru agar lebih kreatif dan inovatif ketika mengendalikan kegiatan belajar murid-
murid
32
4. Meningkatkan kemahiran dan penggunaan TMK dalam PdPC
5. Keputusan Ujian Saringan 2 LINUS menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.
UJIAN SARINGAN 2 LINUS
ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN 2 LINUS
IMPLIKASI PROGRAM i-LBI
Program i-LBI telah memberi impak yang cukup positif terhadap peningkatan penguasaan literasi dan
numerasi dalam kalangan murid-murid dan telah menyumbang kepada usaha meningkatkan kemahiran
3M dalam kalangan murid-murid.
Tahun1 Tahun 2 Tahun 3 Pencapaian Akhir
IMPLIKASI i-LBI
HARAPAN YANG DISANDARKAN
Kepada murid-murid Tahun 1-3 (Tahap 1) diharapkan mereka dapat menguasai kemahiran 3M +
Menaakul, Kemahiran Asas TMK, Sosioemosi, Kerohanian, Fizikal, Kognitif, Sikap & Nilai manakala
kepada murid-murid tahun 4 – 6 (Tahap 2), mereka dapat menguasai kemahiran 3M + Menaakul,
Kemahiran Asas TMK, Sosioemosi, Kerohanian, Fizikal, Kognitif, Sikap & Nilai. Selari dengan
perkembangan terkini dalam pendidikan negara berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri
Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee bin Malik, maka kemahiran yang disasarkan kepada murid-murid
ditambah 1 M lagi menjadi 5 M:
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
33
“Namun, tanpa mengetepikan kepentingan 3M ini, saya melihat perlunya menambah lagi
satu M, iaitu manusiawi. Manusiawi bererti pendidikan memanusiakan manusia”.
(Dr. Maszlee Malik, Sinar Harian 1 Oktober, 2018)
SESI SOAL JAWAB
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 1 – 3
SOALAN 1
Bagaimana hendak melahirkan lebih ramai pemimpin pertengahan yang berwibawa
Jackson : Saya sendiri generasi pertama LCML, manakala Pn Nursiah
generasi kedua. Peserta-peserta LCML boleh memainkan
peranan untuk sebar luaskan Kanvas Strategi di sekolah.
Secara tidak langsung memberi pencerahan kepada panitia
yang lain, seterusnya ke peringkat daerah. Hal ini tentunya
akan membuka mata semua pihak tentang kelebihan kursus
ini.
Norliah : Bermula dari pihak sekolah hendaklah memberi peluang menjadi Ketua Panitia agar
dapat menonjolkan bakat mereka dan dibimbing oleh rakan – rakan yang telah mengikuti
kursus LCML.
Nursiah : Semua ex peserta LCML ada pengetahuan dan pengalaman yang boleh disebar luaskan.
Di peringkat sekolah boleh disebarkan kerana di bawah kawalan. Untuk peringkat
daerah, bersedia dipanggil memberi perkongsian supaya sama-sama naik dan bukan
untuk menyaingi dan mencantas.
SOALAN 2
Hasil perkongsian yang dibuat, jelas sekali menunjukkan impak positif LCML Cabaran besar KP di
sekolah rendah dan menengah tentunya berlaku untuk mengaplikasikan Kanvas Strategi Analisis Data
yang dikemukakan. Bagaimana anda menghadapinya.
Jackson : Ahli panitia saya hanya 3 orang. Dengan berat hati apabila hendak melakukan sesuatu
yang baru, orang lain sukar hendak mengikut kita. Bagaimana nak ajak follow? Pertama
sekali, berkawan dengan mereka. Jangan cari perbezaan, cari persamaan. Saya tertarik
dengan soalan cikgu. Kenapa KP menjadi SU. Sepatutnya KP bukan SU. Orang yang
dibawahnya akan membentuk JK. As a teamwork. Cari persamaan bukan perbezaan
Norliah : Saya juga guru tahun 6 dan memegang jawatan KP. Kita berbalik kepada Model ARRAS
dan DEFFRAAC dengan mengutamakan komunikasi yang berhemah, bertolak ansur dan
agihan yang sama rata.
Nursiah : Little Bit Confiuse. Apa yang saya faham bagaimana jika KP juga SU. Betulkan? KP tidak
semestinya SU. Dalam sekolah yang kecil hal ini tidak dapat dielakkan. KP juga perlu
memainkan peranan sebagai SU. Saya perlu kerja lebih keras, Just do it. Kita laksanakan
dengan sehabis baik.
34
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 4
Cikgu Norlyziah bt. Ali Hussein, SMK SANZAC, Kota Kinabalu, Sabah
Tajuk : Peningkatan Kompetensi Guru Geografi Menengah Rendah
BIODATA
Cikgu Norlyziah bt. Ali Hussein merupakan guru opsyen
Geografi dan berpengalaman mengajar selama 16 tahun.
Sepanjang perkhidmatan sebagai seorang guru telah mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2008,
2012 dan 2016. Selain daripada itu, kejayaan lain yang diraih
ialah:
1. Anugerah Guru Inovatif Kumpulan
• Johan peringkat negeri Sabah (2017 & 2018)
• Naib Johan peringkat kebangsaan (2017 & 2018)
2. Anugerah Inovasi Usahawan Muda
Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan (2016)
3. Anugerah Kajian Tindakan Penyelidikan Pendidikan
Peringkat Kebangsaan (2016)
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan
Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB
Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
PENGENALAN
Langkah pertama dalam Kanvas Strategi Analisis Data ialah mengenalpasti isu. Isu diperoleh daripada
hasil pencerapan dan pengumpulan data menggunakan borang SKPMg2.0 Standard 4. Data yang
dikumpul telah dianalisis untuk mengenalpasti jurang yang paling besar. Hasilnya, 3 isu yang
menunjukkan jurang paling besar telah dikenalpasti iaitu:
1. Guru kurang melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21
2. Aktiviti PdPC tidak melibatkan semua murid
3. Murid-murid tidak aktif dalam PdPC
MENGAPA? – MATLAMAT / OBJEKTIF
Berdasarkan isu-isu yang telah dikenal pasti, matllamat utama ialah “Meningkatkan Kompetensi Guru
Mata Pelajaran Geografi Menengah Rendah” agar dapat menjayakan pembelajaran Abad ke 21 dengan
melibatkan semua murid secara aktif dan menerapkan 4K iaitu komunikatif, kolaboratif, pemikiran kritis
dan kreatif. Justeru itu, objektif yang hendak dicapai ialah:
1. Meningkatkan pengetahuan kemahiran guru dan membudayakan PAK 21
2. Menggalakkan budaya perkongsian amalan terbaik antara guru
3. Mempertingkatkan kaedah pengajaran guru
SLOT 6
35
ANALISIS DATA SKPMg2.0 GURU GEOGRAFI MENENGAH RENDAH
Berdasarkan dapatan yang diperolehi, jurang terbesar yang dikenalpasti ialah 4.6.1. Rujuk graf berikut :
JURANG TERBESAR: 4.6.1 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF
LANGKAH INTERVENSI
Setellah isu utama dikenalpasti, maka semakan kembali program Panitia dilakukan untuk melihat tindakan
dan inisiatif yang sesuai bagi meningkatkan penglibatan aktif murid dalam kegiatan pembelajaran.
Justeru itu, dua inisiatif telah diwujudkan , lima program telah dihapuskan dan empat program sedia ada
dikekalkan. Program yang diwujudkan ialah:
1. Peer Learning Coaching (PLC) untuk tujuan inovasi PdPC dan menerapkan elemen PAK21
2. Melaksanakan Instructional Rounds (IR) bagi mendapatkan gambaran lebih jelas PdPC berkualiti
Manakala lima program yang dihapuskan ialah ceramah teknik menjawab Geografi SPM, Kelas tambahan
Geografi SPM, Bengkel skema pemarkahan Geografi SPM, Modul berfokus Geografi SPM dan nota hebat
Geografi SPM yang dianggap tidak relevan kerana fokus intervensi untuk mata pelajaran Geografi
Menengah Rendah. Program yang terus dikekalkan ialah Mari Belajar Geografi, Lesson Study dan Tatap
Geo Bah.
36
SCHOOL PROGRAMME CHECK TOOLS (SPeCT)
BORANG “ONE PAGE PROJECT MANAGER”
Untuk memantau perjalanan program dan guru-guru yang dipertanggungjawabkan dalam menggerakkan
program agar mencapai objektif yang telah digariskan, borang OPPM digunakan. Penggunaan borang
OPPM memudahkan langkah pemantauan di buat secara lebih berkesan.
ONE PAGE PROJECT MANAGER
LANGKAH INTERVENSI UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKTIF MURID
Perkongsian PLC bersama ahli-ahli Panitia Geografi telah dilaksanakan untuk membincangkan langkah
inovasi dalam PdPC dengan mempelbagaikan kaedah bagi mewujudkan PdPC Geografi Menengah
Rendah yang berkualiti agar menyeronokkan murid-murid dan dapat merangsang penglibatan aktif
mereka seoanjang proses pembelajaran. Pameran perkongsian amalan PAK 21 Geografi turut
dikongsikan bagi menonjolkan impak kegiatan belajar berteraskan 4K kepada murid-murid yang
melibatkan aspek komunikasi berkesan, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid. Berikut ialah gambar-gambar berkaitan.
37
PERKONGSIAN PLC INOVASI AHLI-AHLI PANITIA GEOGRAFI
PERKONGSIAN AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21)
INSTRUCTIONAL ROUNDS DAN PENGISIAN BORANG PLUS-MINUS-DELTA
Untuk meningkatkan lagi amalan PdPC Geografi yang berkesan, langkah Instructional Rounds turut
dilaksanakan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta langkah penambahbaikan yang boleh di
38
laksanakan setelah selesai mengamati amalan PdPC guru yang disasarkan. Perbincangan dilakukan
untuk mengisi dan melengkapkan borang PMD. Sumbangsaran yang dilaksanakan memberi input dan
idea untuk tujuan memperbaiki mutu PdPC guru-guru yang lain.
KELIHATAN MURID-MURID AKTIF KETIKA INSTRUCTIONAL ROUNDS DILAKSANAKAN
Pasca aktiviti intervensi yang dilaksanakan, mendapati jurang yang pada awalnya melebar kini
menjadi kian mengecil dan mendekati standard yang telah ditetapkan sebagaimana dibuktikan
berdasarkan dapatan skor pencerapan yang telah dilaksanakan setelah intervensi dilakukan.
ANALISIS PASCA JURANG SKPMg2.0 GURU-GURU GEOGRAFI
3
3.8 3.8 3.8 4
3.43
4
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
4.1
.1
4.2
.1
4.2
.2
4.3
.1
4.4
.1
4.4
.2
4.5
.1
4.6
.1
Sko
r
Analisis Pasca Jurang SKPMg2 Guru-guru Geografi Menengah Rendah SMK SANZAC
Skor Unjuran Skor Sebenar
39
IMPAK PROGRAM
Kesimpulannya, inisiatif yang diambil bagi mengatasi isu yang telah dikenalpasti menunjukkan impak
yang positif kepada guru-guru dan murid-murid.
Impak Kepada Guru
1. Kaedah pengajaran menjadi lebih baik
2. Peranan guru menjadi pembimbing
3. Pembelajaran berpusatkan murid
4. Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran
5. Guru-guru mengamalkan amalan pedagogi PAK21
6. Pembelajaran berkonsepkan Project Based Learning (PBL) diketengahkan
Impak Kepada Murid
1. Murid-murid dapat menjawab dengan lebih cepat
2. Jawapan Ujian Pasca semua betul berbanding Ujian Pra
3. Pencapaian murid 100%
4. Murid-murid aktif terlibat dalam aktiviti hands on
5. Keadaan kelas lebih terkawal
6. Murid-murid memberikan kerjasama
7. Murid-murid lebih yakin menjawab soalan
8. Minat dan motivasi murid juga kian meningkat
9. Murid-murid dapat menyelesaikan masalah
10. Murid-murid berani mengemukakan pertanyaan
RUMUSAN
Melalui inisiatif meningkatkan kualiti PdPC guru-guru menerusi amalan pedagogi yang berkesan dengan
membudayakan amalan PAK21 telah memberi impak positif kepada proses pembelajaran murid menjadi
lebih berkesan dan menyeronokkan sekaligus meningkatkan motivasi dan meningkatkan kecemerlangan
mereka dalam mata pelajaran Geografi peringkat Menengah Rendah.
40
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 5
Cikgu Farhan bin Ahmad, SK Bebuloh, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Membudayakan Kemenjadian Murid
BIODATA
Cikgu Farhan memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru pada tahun
2014 di Sekolah Kebangsaan Batu Keling, Belaga kemudian pada tahun 2017
hingga sekarang berkhidmat di SK Bebuloh, Wilayah Persekutuan Labuan.
Berkelulusan Sarjana muda Sains dengan kepujian dalam bidang Pendidikan
Jasmani dan Bahasa Inggeris. Menjadi peserta cemerlang LCML 2017 dari
Wilayah Persekutuan Labuan.
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan
Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN BEBULOH
Sekolah Kebangsaan Bebuloh merupakan sekolah Gred B yang mempunyai 564 orang
murid dan 35 orang guru. Hanya terdapat 3 orang guru yang menjadi Panitia Sains iaitu
saya sendiri selaku Ketua Panitia dan dua orang guru lagi, iaitu Pn. Azian Munirah Ismail
dan En. Mohd Adil bin Maarof. Kedua-duanya merupakan guru novis.
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK : EN FARHAN AHMAD
PENGENALAN
Saya berpendapat jika kita takut dan tidak berani untuk memperkenalkan sesuatu perkara baharu yang
telah diketahui baik dan positif, maka tentu sekali hal ini akan merugikan. Apapun juga pandangan orang
lain tolak ke tepi dahulu, yang penting program yang baik itu perlu diperkenalkan, namun cara
41
memperkenalkannya biar mengujakan dan bukan rutin yang biasa dibuat seperti LADAP, kerana untuk
mengumpulkan guru-guru dan memberikan penerangan tentang perkara baharu, perkara biasa yang
lazim didengar ialah guru-guru akan menolak dan menganggap perkara baharu tersebut membebankan.
Justeru itu, saya telah memiikirkan bagaimana mempengaruhi guru-guru untuk mengaplikasi langkah-
langkah yang terdapat dalam Kanvas Strategi namun dengan cara yang tidak disedari dan menarik minat
mereka tanpa sebarang tekanan. Untuk menjayakan hasrat ini, maka satu program saya ketengahkan di
SK Bebuloh, Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Propaganda.
Setelah mengikuti kursus LCML, saya didedahkan dengan cara pengumpulan data. Saya
mengumpul data dengan merujuk buku-buku murid, Rancangan Pengajaran Harian guru, headcount.
Data awal HC menunjukkan 74% murid lulus, 26% tidakk menguasai tahap minima. Semakan buku murid
menunjukkan 70% murid gagal menjawab soalan berformat UPSR, 100 % guru menulis RPH mengikut
ketetapan yang telah dibuat dan 95% murid hadir ke sekolah. Saya perlu memaklumkan kepada semua
guru dengan pendekatan soft landing iaitu menggunakan pendekatan propaganda. Ada guru yang akan
setuju dan tidak setuju. Hal ini penting kerana dapat meningkatkan kecemerlangann murid-murid.
MENGURUS PERUBAHAN
Pendekatan iklan digunakan untuk mempromosikan kepada guru-guru tentang elemen-elemen yang
terdapat dalam Kanvas Strategi Analisis Data (KSAD) seperti SPeCT, OPPM dan sebagainya. Perolehan
data awal yang dibuat menggunakan beberapa dokumen sedia ada, iaitu:
TINJAUAN DATA AWAL
Mengapa ada murid yang belum menguasai tahap minimum?.
Antara sebab-sebab yang telah dikenal pasti, ialah: guru novis tidak mempunyai keyakinan ketika
mengajar, murid-murid masih lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M) termasuk lemah dalam
menaakul, lemah juga dalam menjawab soalan mengikut format UPSR dan murid-murid tidak
menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Sains.
Dalam mengurus pasukan, pendekatan ARRAS serta 7 daripada 14 kompetensi kepimpinan
diaplikasikan untuk mengendalikan Panitia. OPPM sangat bagus dan ringkas serta memudahkan urusan
Panitia. Ketika saya balik dari Kursus, UPSR tinggal lagi sebulan. Guru-guru sedang sibuk. Tiba-tiba saya
umumkan nak buat benda baharu. Pada saya, OPPM ialah ringkasan kerja yang dibuat di sekolah.
Bermula dari waktu iru, saya menjalankan gerak kerja untuk menyebarkan apa yang telah saya perolehi
daripada kursus LCML.
Headcount Buku Murid RPH Buku Ked.
Peratus
kedatangan
murid
memuaskan
Dihasilkan
mengikut
standard
4.1.1
70% gagal
menjawab
soalan format
UPSR
74% lulus
dan 26%
tidak
menguasai
42
KOMPETENSI YANG DITERAPKAN
PROPAGANDA MENGURUS PERUBAHAN
Mengiklankan SPeCT dan OPPM yang memudahkan kerja guru. Tunjukkan benda dan perkara yang
positif idea berkenaan. Pengiklanan yang baik akan mempengaruhi orang lain dan menjadikan mereka
percaya. Saya komersialkan kedua-duanya dengan menggunakan poster menggunakan kata-kata yang
menarik minat untuk membaca dan mengetahui.
Perkataan Propaganda dipilih kerana sesuai dengan tujuan pelaksanaan program ini, iaitu:
mempamerkan maklumat yang bertujuan MEMUJUK penonton untuk MENERIMA IDEA atau SEBAB
TERTENTU, selalunya dengan menggunakan bahan yang BERAT SEBELAH atau dengan meyentuh
EMOSI
43
44
BENGKEL OPPM BERSAMA GURU-GURU – IMPAK DARIPADA IKLAN MENARIK MINAT GURU
Benda yang bagus jika tidak pandai dalam penmasaran, guru-guru tidak akan berminat. Kena prove
perkara tersebut efektif. Pemberitahuan juga diberitahu dalam group whattsapp. Pemberitahuan
disampaikan dalam keadaan yang tidak serius. Guru-guru mula memerhati dan ingin mengetahui.
Bengkel OPPM dan PiNTaS dilaksanakan untuk memberi kefahaman kepada guru-guru bagaimana
pemantauan berkesan dan perancangan strategik dapat dilaksanakan secara berkesan. Setelah itu, kaji
selidik diedarkan kepada guru-guru untuk mendapatkan maklumbalas menggunakan google docs. Rata-
rata memberikan maklum balas positif. Menerusi propaganda sebegini, guru tertarik terhadap produk
sekaligus mengingatkan guru untuk selalu menggunakannya sehingga mendapat kesan yang positif.
ANALISIS JURANG
Soal selidik yang menggunakan item SKPMg2.0 Standard 4 diedarkan kepada guru-guru Panitia Sains.
Dapatan menunjukkan jurang yang paling tinggi ialah 4.2.2 iaitu Guru mengawal suasana pembelajaran
secara profesional dan terancang.
ANALISIS JURANG BERDASARKAN DAPATAN SOAL SELIDIK GURU
4.1.1 4.2.1
4.2.2
4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1
45
LANGKAH INTERVENSI
Dapatan menunjukkan jurang terbesar ialah 4.2.2 iaitu guru mengawal suasana pembelajaran secara
profesional dan terancang. Justeru itu, langkah-langkah diambil untuk meningkatkan kemahiran guru
dalam mengawal suasana pembelajaran dengan menawarkan konsep pembelajaran yang lebih
berpusatkan murid dan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif, iaitu:
1. Intructional Rounds : Perkongsian dan pembelajaran amalan terbaik bagi mengatasi kelemahan
dalam mengawal suasana pembelajaran dalam bilik darjah
2. Kongsi IT : Perkongsian dapatan positif sesi PdPC terus kepada kumpulan social Telegram
3. RPH PAK21 : Penulisan Rancangan Pengajaran Harian mengikut format terkini dengan
memasukkan elemen 4K (Komunikatif, Kolaboratif, Kritis dan Kreatif)
4. Penilaian : Menilai semula setiap program yang telah dilaksanakan (Post Mortem)
PENULISAN RPH PAK 21
SESI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
46
PENGISIAN BORANG SPeCT : MENYEMAK SEMULA PROGRAM PANITIA
BORANG SPeCT
Enam program yang telah diputuskan dalam borang SPeCT telah dipindahkan dalam borang
pemantauan program OPPM dengan menentukan objektif yang hendak dicapai, tempoh masa program
yang hendak dilaksanakan dalam bentuk Carta Gantt, guru-guru yang bertanggungjawab mengurus dan
mengelola program serta jumlah peruntukan untuk melaksanakan program. Menerusi borang OPPM ini
langkah pemantauan menjadi lebih jelas, kerana semua maklumat tertera dalam sekeping borang dan
cara menjejaki status serta perkembangan pelaksanaan program juga menjadi lebih mudah. Hal ini amat
membantu tugas pemimpin pertengahan melalui penggunaan borang ini.
OPPM : MENINGKATKAN % LULUS MP SAINS MURID-MURID TAHUN 2
47
PELAKSANAAN SESI INSTRUCTIONAL ROUNDS
Konsep Instructional Rounds ialah pemerhatian PdPC dalam bilik darjah dengan mengenalpasti guru
yang akan diperhatikan untuk memerhati bagaimana kawalan kelas dilaksanakan dan elemen pedagogi
diterapkan. Proses instructional rounds ini bolehlah dikatakan satu proses belajar yang boleh memberi
input dan ilmu bagaimana meningkatkan kualiti PdPC. Pelaksanaannya boleh dibahagikan kepada tiga
fasa iaitu :
Fasa Bil Aktiviti
Pra Pelaksanaan
1. Penentuan guru yang akan diperhatikan ketika Instructional Rounds
2. Mengenalpasti dan berbincang aspek-aspek yang akan diperhatikan
3. Penentuan tarikh (jadual) pemerhatian di buat
Semasa Pelaksanaan 1. Pemerhatian terhadap suasana pembelajaran dan amalan pedagogi guru
2. Pengisian borang PMD di bahagian Plus dan Minus
Pasca Pelaksanaan 1. Perbincangan dapatan pemerhatian
2. Pengisian ruangan DELTA tentang langkah penambahbaikan guru dan murid
PELAKSANAAN INSTRUCTIONAL ROUNDS
PLUS MINUS
• Guru yang berpengalaman
• Dapat membuat kawalan kelas
• Bahan Bantu Belajar tidak menarik
• Berpusatkan guru
• Gagal menarik minat murid
DELTA
GURU MURID
Set Induksi yang menarik
Arahan yang jelas
Guru memberi ganjaran kepada murid
Murid bermotivasi kerana diberi ganjaran
Mengelola aktiviti bersifat hands on
Melibatkan pergerakan murid : Gallery Walk
PENGISIAN BORANG PLUS-MINUS-DELTA
RUMUSAN
Penggunaan set induksi yang menarik telah meningkatkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran
yang hendak disampaiikan di tambah pula dengan arahan jelas yang diberikan oleh guru. Disamping itu,
penggunaan sistem ganjaran telah meningkatkan motivasi murid-murid dalam menjalankan aktiviti.
Murid-murid juga lebih aktif dan menunjukkan minat yang tinggi apabila kegiatan gallery walk
dilaksanakan. Murid-murid juga dapat menyiapkan tugasan apabila diberi tempoh masa yang tertentu.
Tindakan seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah:
❑ Melihat perubahan murid melalui pemerhatian daripada hasil kerja, tingkah laku dan keputusan
peperiksaan.
❑ Mengaplikasikan amalan terbaik guru Idola.
❑ Sekiranya jurang berjaya ditutup, isu seterusnya akan diselesaikan.
❑ Menyelesaikan isu seterusnya mengikut Kanvas Strategi iaitu 4.4.1 .
48
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 6
Cikgu Syahrul Azinar bin Abdul Rahman, SM Sains Kuching Utara, Kuching
Tajuk : Pemerkasaan PdPC Sains Kesinambungan Menengah Rendah dan Menengah Atas
BIODATA
Cikgu Syahirul Azinar bt. Abdul Rahman merupakan Guru Kanan Mata
pelajaran Sains Matematik di SBP Sekolah Menengah Sains Kuching Utara
atau ringkasnya SAKURA. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Kimia
selama 16 tahun. Sepanjang perkhidmatan, telah mendapat tiga kali Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 2006, 2012 dan 2017. Juga
menyumbang khidmat bakti sebagai penceramah teknik menjawab soalan
Kimia SPM.
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara merupakan salah sebuah Sekolah
Berasrama Penuh yang terdapat di Kuching, Sarawak. SMS Sakura telah dibuka
pada 1 Januari, 2013 merupakan sekolah berprestasi tinggi (SBT) Gred A yang
mempunyai 609 orang murid dan 57 orang guru dengan jumlah anggota
khidmat pengurusan (AKP) seramai 14 orang. Pada tahun 2015, Sekolah telah
menduduki ranking 8 dari 67 buah SBP dengan GPS : 1.67. Jabatan Sains dan
Matematik telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan sekolah yang
menaungi 4 panitia mata pelajaran dengan jumlah guru ialah seramai 9 orang.
Sekolah ini juga mempunyai 12 buah Makmal Sains dan 5 orang pembantu
makmal. Guru-guru di bawah Jabatan Sains dan Matematik ialah: Pn. Nurmarziana (Fizik/Sains), Cik
Aminah (Sains), Cik Azinawati (Sains), Datin Hjh Rosni (KP Biologi), Pn. Adilah (Sains/Biologi), Cik Aliaa
(KP Kimia), Dr. Suraiya (KP Sains) dan Pn. Saripah (KP Fizik).
GURU-GURU JABATAN SAINS & MATEMATIK
49
KURSUS LCML DAN NEXT STEP
Saya telah terpilih sebagai peserta Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) di Institut
Aminuddin Baki Cawangan Sarawak untuk ambilan 3, pada 24 – 29 September, 2017. Pencerahan ilmu
dan kemahiran yang diterima sepanjang kursus ini tentang pembangunan kendiri, pengurusan tugas-
tugas utama dan pasukan telah banyak membuka minda saya untuk memainkan peranan secara lebih
berkesan sebagai GKMP. Tindakan seterusnya setelah selesai mengikuti latihan ini ialah mengadakan
sesi perkongsian berkaitan kepimpinan pemimpin pertengahan, iaitu:
Tarikh Pihak yang menerima perkongsian Perkara
02 Okt, 2017 Pengetua Penerangan tentang LCML
03 Okt, 2017 Pengurusan Tertinggi Sekolah Penerangan kepada GPK & GKMP
10 Okt, 2017 Panitia Sains, Kimia, Fizik & Biologi Penerangan tentang peranan ML
PEMERKASAAN PDPC SAINS : KESINAMBUNGAN MENENGAH RENDAH & MENENGAH ATAS
Untuk menjayakan program pemerkasaan PdPC Sains ini, murid-murid Tingkatan 1 (2017) dijadikan
kumpulan rawatan yang dilanjutkan hingga Tingkatan 2 (2018). Program ini melibatkan 3 orang guru
Sains yang mengajar Menengah Rendah dan Menengah Atas. Persoalan yang timbul - kenapa mata
pelajaran Sains?. Hal ini demikian, kerana tiga sebab utama, iaitu:
1. Sekolah SAKURA ialah Sekolah Menengah Sains
2. Motto Sekolah : Prestasi mata pelajaran Sains mesti cemerlang
3. Gred purata sekolah (GPS) bergantung kepada mata pelajaran elektif
Kesinambungan Menengah Rendah kepada Menengah Atas ada asasnya, kerana seringkali guru-
guru menengah rendah melepaskan tanggungjawab untuk mencemerlangkan murid-murid kepada guru-
guru Menengah Atas (pass baton). Hal ini tidak terhenti begitu sahaja, apabila berlaku kemerosotan
akademik atau masalah pembelajaran, guru-guru Menengah Atas seringkali menyalahkan guru-guru
Menengah Rendah kerana masih ada murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran (dosa silam).
Terdapat juga mata pelajaran elektif di peringkat Menengah Rendah yang kemudiannya menjadi beban
kepada pencapaian murid di peringkat SPM (elektif beban teras). Justeru itu, guru-guru Menengah Atas
terpaksa bekerja keras untuk menggilap semula murid-murid yang berhadapan dengan masalah
pembelajaran mereka agar berada di landasan yang betul (over haul).
KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA
50
MENGAPA?
Objektif Umum
• Merancang dan melaksanakan program penambahbaikan berdasarkan keperluan guru
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta membuat penambahbaikan kualiti guru dalam PdPc
Sains.
• Memastikan keberkesanan program diselia dan dipantau
Objektif Khusus
• Prestasi subjek Sains Menengah Rendah
• Prestasi subjek Sains Tulen Menengah Atas
• Prestasi guru dalam PdPc
ANALISIS JURANG SKPMg2.0
Hasil dapatan analisis SKPMg2.0 kepada lima orang Guru Sains iaitu Che’ Nur Adilah bt. Che’ Arif, Pn
Nurmarziana bt. Madhi, Cik Syarifah Aminah bt. Wan Idrus, Dr Suraiya bt. Mohamad dan Cik Azrinawati
Jinep Jiheng, maka analisis jurang telah dikenal pasti isu kritikal yang perlu ditangani, iaitu:
1. Guru mendorong minda murid-murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
2. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
3. Guru melaksanakan penilaian
Isu yang dikenalpasti ialah kurangnya factor dorongan guru dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran, keterlibatan murid-murid dalam proses pembelajaran belum sepenuhnya aktif dan
standard penilaian guru-guru masih perlu dibuat penambahbaikan dengan menyediakan JSU dan analisis
item. Rentetan daripada itu, saya bersama-sama dengan Panitia Mata Pelajaran dan guru-guru
merancang program bagi mengatasi isu yang dikenalpasti.
MERANCANG PROGRAM
Program-program yang sedia ada disemak semula bagi memastikan sesuai dengan kumpulan sasaran.
Dua program telah diwujudkan iaitu Kursus Motivasi Untuk Kaunselor sekolah dan Program Mentor
Mentee bagi membing guru-guru untuk menjayakan tugas dan menjalankan peranan dengan lebih
berkesan.
Analisis Keputusan
Ujian
Kekuatan, Kelemahan, Peluang
dan Cabaran
Instrumen Standard 4 SKPMg2.0
51
BORANG SPeCT
Terdapat empat komponen penting yang dilaksanakan untuk menjayakan program Mentor Mentee, iaitu:
penanda arasan PdPC, mengadakan mesyuarat kurikulum, melaksanakan Peer Learning Coaching (PLC)
dan melakukan pencerapan PdPC.
LANGKAH PEMANTAUAN PROGRAM MELALUI BORANG OPPM
Semua program yang tertera dalam borang SPeCT telah dipindahkan dalam Borang One Page Project
Manager (OPPM) untuk tujuan melaksanakan pemantauan dan memastikan perkembangan pelaksanaan
program.
BORANG OPPM
52
PELAKSANAAN MESYUARAT BERSAMA KETUA-KETUA PANITIA
PROGRAM MENTOR MENTEE
53
VICE VERSA (SENIOR-JUNIOR / JUNIOR – SENIOR)
KETERLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN
54
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 7
Cikgu Madhtrine @ Aldrin Anak Gayok, SK Sbangki, Lubok Antu, Sarawak
Tajuk : Penggunaan Tripod Stand dan White Board 2 x 2.5 Dalam PdPC Abad Ke 21
BIODATA
Cikgu Madthrine @ Aldrin Anak Gayok atau lebih mesra disapa dengan
panggilan Cikgu Aldrin merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum (GPK1) di Sekolah Kebangsaan Sbangki, Lubok Antu, Sarawak
berpengalaman mengajar selama 24 tahun. Berkelulusan Sarjana Muda
Pendidikan. Antara pencapaian yang telah diraih ialah menjadi Jurulatih
Utama Kebangsaan bagi mata pelajaran Sains, Penceramah motivasi di
peringkat daerah Lubok Antu dan penggubal soalan mata pelajaran Sains
UPSR peringkat daerah Lubok Antu. Beliau boleh dihubungi melalui nombor
telefon: 019-8599756 dan alamat e-mel: [email protected]. .
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
PENGENALAN
Untuk menjalankan peranan sebagai pemimpin pertengahan secara lebih berkesan, Pelan Pembangunan
Kendiri menggunakan borang Bussiness Model You telah dilengkapkan bagi mengenalpasti apakah tugas
yang dilakukan, siapa yang membantu, siapa yang anda bantu, bagaimana cara komunikasi dilakukan,
apakah kesannya dan bagaimana perancangan dibuat. Dengan cara ini, anda telah membuat pencerahan
tentang diri anda dan menilai di manakah kedudukan anda?.
SLOT 7
55
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memperkasakan aktiviti-aktiviti PAK 21 yang memberi impak kepada pengajaran guru dan
pembelajaran murid
2. Sebagai alat Intervensi untuk berkomunikasi antara pelajar menguasai “KPS dan KMS” untuk
membudayakan kemenjadian murid
3. Sebagai pergerak kepada inspirasi sekolah, guru dan murid untuk mendepani revolusi industri 4.0
SKPMg2.0 STANDARD 4
4.1.1 Guru merancang pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)
4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran
4.2.2 Guru mengelola suasana pembelajaran
4.3.1 Guru membimbing murid
4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
4.4.2 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
4.5.1 Guru melaksanakan pentaksiran
4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran
Standard 4 dalam SKPMg2.0 mempunyai korelasi dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 :
KORELASI KONSEP PAK21 DENGAN STANDARD 4 SKPMg2.0
Hasil penilaian kendiri dan cerapan oleh pemimpin sekolah telah menunjukkan dapatan skor SKPMg2.0
iaitu penilaian ken diri : 82.99% manakala penilaian pemimpin sekolah : 79.13%. Berdasarkan data yang
diperolehi, analisis telah dibuat untuk menilai Tahap Tindakan (TT) guru berdasarkan Rubrik Tahap Kualiti
(TK) daripada Penilaian Kendiri dengan Penilaian Fasa Pertama. Perbandingan antara penilaian kendiri
dengan penilaian fasa pertama yang dibuat menunjukkan adanya jurang yang besar pada elemen :
4.4.1 Guru sebagai pendorong minda : PAK21, KBAT dan 6 aspirasi murid
4.4.2 Guru sebagai pendorong emosi : Penghargaan, Keperihatinan
4.6 Murid sebagai pembelajar aktif
▪ Murid kurang berkolaboratif semasa mejalankan tugasan kumpulan.
▪ Murid kurang berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti PAK2.
▪ Guru kurang mendorong murid untuk memimpin.
▪ Guru kurang mengalakkan murid mengemukakan soalan.
▪ Guru kurang perihatian terhadap keperluan murid
56
Perancangan telah dibuat untuk merangka program bagi mencapai standard yang telah ditetapkan
iaitu: Program – program berbentuk PLC, LDP dan Dialog Prestasi kepada semua guru, OPPM (Program
Kecemerlangan UPSR), SPeCT dan memperkenalkan projek baharu.
BORANG SPeCT
TRIPOD STAND DAN WHITE BOARD
57
ISU YANG DIKENALPASTI
PdPc guru Sains tidak di tahap Cemerlang. Murid kurang kolaboratif dan berkomunikasi dalam melaksa-
nakan aktiviti-aktiviti PAK21
MATLAMAT
Mempertingkatkan Peratusan standard 4.4, 4.5 dan 4.6 dalam SKPMg2
KPI
Keputusan UPSR meningkat dan Tahap Penguasaan MP Sains pada purata 4.0
PENGHASILAN PROJEK
1. Sekeping Whiteboard 4x8 dibahagikan kepada 6 bahagian yang sama saiz.
2. Setiap bahagian berbentuk segiempat tepat berukuran 2x2½.
3. Bahagian sisi dibuatkan bingkai (frame) dan disapu cat
KELEBIHAN PROJEK
1. Ringan, senang diangkat dan mudah dipindahkan.
2. Kesalahan boleh diperbetulkan dengan mudah.
3. Mempunyai penyangkut(hooke) sedia untuk diletakkan pada Tripod stand atau dinding
4. Diguna semula untuk aktiviti yang berbeza pada masa datang
PENYELIAAN
1. Pemantauan Program Kecemerlangan Sekolah menggunakan OPPM
2. Semakan borang SPeCt, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), PLC dan Dialog Prestasi
3. Penyeliaan Penggunaan Projek Tripod Stand dan 2x2½ whiteboard
4. Laporan-laporan selepas program dan projek
PENGGUNAAN WHITE BOARD DALAM BILIK DARJAH
58
Tripod Stand dan Whiteboard ini boleh dimanfaatkan murid-murid untuk :
1. Menulis laporan eksperimen
2. Melakar spesimen, radas atau rajah
3. Membuat jadual, carta dan graf
4. Tempat pameran
5. Peta I-THINK
MURID-MURID MELAKAR JADUAL DI ATAS WHITE BOARD
PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN TRIPOD STAND
59
PELAKSANAAN GALLERY WALK KETIKA PEMBELAJARAN
Penggunaan white board ini memudahkan murid-murid membentangkan hasil perbincangan
dalam bentuk Gallery Walk kerana mudah dialih dan tidak memerlukan penggunaan kertas mah-jong.
Murid-murid juga dapat menggunakannya untuk semua mata pelajaran, boleh dipadam dan dihapuskan
untuk pelbagai untuk keperluan nota, lakaran dan bahan grafik. Melalui cara ini, murid-murid akan
mendapat kelainan dan seronok melakukan aktiviti.
KELEBIHAN PROJEK
1. Berpusat kepada murid
2. Merangsang murid berkomunikasi, dan berkolaboratif,
3. Mendorong pemikiran KBKK dan Penyelesaian masalah murid
4. Mewujudkan peluang murid untuk memimpin
5. Murid aktif, yakin dan berhemah
6. Penilaian Guru lebih terancang dan tersusun
7. Guru sebagai Fasilitator
KEKUATAN PROJEK
1. Aktiviti PAK21 dapat diterapkan
2. PdPc Lebih menyeronokkan
3. Objektif Pelajaran lebih cepat dicapai
PENAMBAHBAIKAN
1. Menggunakan Whiteboard logam
2. Tripod Beroda
60
PENGUMPULAN DATA BERKAITAN PROJEK
1. Perbandingan skor Pencerapan PdPc oleh PK/GB fasa 1 dengan fasa ke 2
2. Analisa Suara Murid tentang penggunaan Tripod Stand dan White Board.
3. Punggutan Suara rakan-rakan guru
4. Analisa TP dalam PBD murid
PENILAIAN FASA 1
PENILAIAN FASA 2
61
PERBANDINGAN SKOR SKPMg2.0 FASA 1 DAN FASA 2 OLEH GURU BESAR / PENOLONG KANAN
Jurang yang ketara di antara pencerapan Fasa 1 dan Fasa 2. Penggunaan Tripod Stand dan
whiteboard berjaya mempertingkatkan Skor SKPMg2.
Guru berjaya mendorong, murid dari segi minda dan emosi, dalam PdPc.
PBD lebih mudah dikendalikan oleh guru.
Murid lebih aktif dan PdPc lebih berpusat kepada mereka.
ANALISA PUNGUTAN SUARA MURID-MURID TENTANG PENGGUNAAN
TRIPOD STAND & WHITE BOARD 2X2.5
1. 100 % murid bersetuju bahawa Penggunaan Tripod Stand dan Whiteboard 2x2½ lebih mudah
berbanding dengan penggunaan kad manila atau kertas majong
2. 100% murid merasakan mereka lebih berani untuk mencuba sesuatu untuk belajar.
3. 90% murid bersetuju bahawa semangat berkerjasama/kerja berpasukan antara mereka lebih
akrab.
4. 80% murid bersetuju bahawa penggunaan Tripod Stand merupakan satu kaedah pembelajaran
yang mencabar minda
DAPATAN PUNGUTAN SUARA GURU-GURU (TEACHER VOICE)
1. Semua guru rakan bersetuju bahawa penggunaan Tripod Stand dan Whiteboard mampu
mendorong membangkitkan semangat untuk belajar secara kolaboratif dikalangan murid.
2. Semua rakan guru bersetuju objektif pelajaran lebih cepat dicapai dengan menggunakan Tripod
Stand dan whiteboard
3. Semua rakan guru bersetuju Tripod Stand dan whiteboard dapat mempelbagaikan kaedah PdPc
guru
4. Semua rakan guru bersetuju dapat menyediakan peluang kepada murid untuk memimpin pasukan
ANALISA TAHAP PENGUASAAN MURID-MURID DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
1. Tahap Penguasaan setiap murid meningkat.
2. Murid aktif semasa menjalankan aktiviti
3. Murid yang selama ini, selalu membisu sudah menampakkan perubahan kepada mula pandai
bergaul dengan rakan-rakan.
70.00%
75.00%
80.00%
85.00%
90.00%
95.00%
100.00%
4.1.1 4.2.1 4.2.2 4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1
Skor SKPMg2 Fasa 1 dan Fasa 2
FASA 1
FASA 2
62
4. Peluang setiap orang murid untuk menonjolkan diri dengan sikap kepimpinan, berfikir secara
kreatif dan kritis, kemahiran dwibahasa dan penyelesaian masalah dapat diwujudkan
TINDAKAN SUSULAN
1. Pengurusan PLC, LDP, Dialog Prestasi dan Program Kecemerlangan Akademik dilaksanakan
secara berterusan
2. Menubuhkan “task force LCML” yang terdiri daripada ketua – ketua panitia yang lain bagi
mengamalkan Tripod Stand dan 2x2½ Whiteboard bagi MP lain.
3. Melaksanakan program yg sifar bajet.
KEPUTUSAN UPSR 2017
GRED BILANGAN MURID
A 3
B 7
C 8
D 1
E 0
PERATUS 100%
Murid Cemerlang UPSR 2017 : 6A
RUMUSAN
Mempelbagaikan cara dan kaedah pembelajaran memberi impak yang positif terhadap kualiti
pembelajaran murid-murid dan meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran. Hal ini sekaligus
memberi kesan terhadap pencapaian akademik dan mencapai KPI sekolah bagi mencapai 100 #
kelulusan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
63
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 8
Cikgu Yong Kwai Ying, SMK Tun Mutahir, Melaka
Tajuk : Peranan Pemimpin Pertengahan Sebelum dan Selepas LCML
BIODATA
Cikgu Yong Kwai Ying merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
Kemanusiaan di SMK Tun Mutahir, Melaka yang juga diberi kepercayaan untuk
menjawat pelbagai tugas seperti Penyelaras Pentadbiran, Penyelaras LADAP,
Penyelaras SKPMg2.0, Penyelaras Jadual Waktu, Penyelaras Program
Kecemerlangan Akademik, Pembentang Amalan Terbaik Dalam Kolokium
Pemimpin Pertengahan Pertama 2017. Perkongsian Amalan Terbaik dalam
Bengkel Pemimpin Profesionalisme Ketua Panitia Sekolah Rendah, Daerah
Melaka Tengah, Perkongsian Amalan Terbaik Dalam Kursus Kepimpinan
Pemimpin Pertengahan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Sekolah Menengah
Daerah Melaka Tengah. Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dan juga memiliki Diploma
Perguruan. Di bawah pengurusan bidang Kemanusiaan, banyak Panitia yang terlibat iaitu Panitia Sejarah,
Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Pengetahuan Sains Sukan, Geografi,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan.
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
PENGENALAN
Pembentangan ini akan menerangkan perubahan ketara yang berlaku setelah saya mengikuti Kursus
Kepimpinan Pemimpin Pertengahan berbanding sebelum menyertainya dalam menjalankan peranan
sebagai pemimpin pertengahan di sekolah. Jika sebelum ini, saya kurang pasti ketika menjalankan tugas
sebagai pemimpin pertengahan, tidak tahu apakah kompetensi yang boleh diaplikasikan, malahan saya
juga kurang pasti tentang bidang tugas dan tidak memanfaatkan data yang ada untuk dianalisis secara
bermakna bagi mengetahui isu dan masalah yang perlu ditangani.
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
Setelah mengikuti Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) banyak pendedahan dan
pencerahan telah diterima tentang bagaimana mengurus pasukan dan menjalankan tugas untuk
menggerakkan perubahan di sekolah. Menerusi Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin
Pertengahan yang telah dikemukakan, peranan sebagai pemimpin pertengahan menjadi semakin jelas
yang melibatkan pembangunan kendiri, pengurusan tugas-tugas utama dan pengurusan pasukan. 14
kompetensi yang diketengahkan juga telah membangkitkan kesedaran saya bahawa untuk berinteraksi
dengan orang bawahan, kompetensi yang paling penting ialah komunikasi berkesan.
LCML juga telah menunjukkan langkah awal yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti peranan
kita dengan mengenalpasti siapakah rakan kongsi yang selalu membantu, kepada siapa yang dibantu,
apakah kesan terhadap tugas dan peranan dan bagaimana mengoptimumkan tugas dan peranan dengan
melengkapkan maklumat tersebut dalam borang Bussiness Model You (BMY). Untuk membentuk dan
mengurus pasukan, teori kepimpinan 360 darjah serta model ARRAS & DEFFRAAC. Yang paling penting,
saya dilatih bagaimana bertindak berasaskan data dan bagaimana analisis data dilaksanakan untuk
memikirkan program yang sesuai melalui Kanvas Strategi Analisis Data.
64
ANALISIS JURANG
ANALISIS JURANG BERDASARKAN REFLEKSI KENDIRI
Saya telah mengarahkan guru-guru di bawah bidang Kemanusiaan untuk mengenalpasti tahap prestasi
mereka berdasarkan elemen dalam SKPMg2.0 yang melibatkan peranan guru sebagai perancang (4.1.1),
guru sebagai pengawal (4.2.1-4.2.2), guru sebagai pembimbing (4.3.1), guru sebagai pendorong (4.4.1-
4.4.2)), guru sebagai penilai (4.5.1) dan murid sebagai pembelajar aktif (4.6.1).
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK 2017
Setelah balik daripada berkursus di IAB, banyak perkongsian amalan terbaik telah dilaksanakan dengan
matlamat untuk memantapkan kemajuan kurikulum di bawah Bidang Kemanusiaan, bukan hanya di
peringkat sekolah tetapi juga hingga ke peringkat daerah dengan mencurahkan bakti sebagai
penceramah.
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH
Untuk mendapatkan hasil kerja yang sistematik, guru-guru perlu diberi pendedahan dan
kemahiran tentang penggunaan tools untuk menyemak dan menyesuaikan kembali program Panitia,
menyemak dan memantau program, mengumpul dan menganalisis data serta mengambil tindakan yang
bertepatan. Justeru itu, Program Sekolah Berasaskan Data untuk semua Panitia telah dilancarkan.
65
PROGRAM WALKS (Walking around Improvement keyS)
Program ini diketengahkan sebagai langkah memperkenalkan kepada guru-guru langkah-langkah
membawa perubahan dan tindakan berasaskan data dengan merujuk Kanvas Strategi Analisis Data
mengikut aliran proses berikut:
PROGRAM WALKS (KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA)
Skor yang diperolehi daripada refleksi kendiri bagi setiap aspek dalam SKPMg2.0 telah
dibentangkan dan dibiuncangkan bersama guru-guru bagi mengenalpasti isu-isu yang timbul dan aspek
jurang yang besar untuk dibuat penambahbaikan.
SKOR PENILAIAN GURU MENGIKUT ELEMEN SKPMg2.0 – STANDARD 4
66
Jurang terbesar yang telah diperolehi ialah:
4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara professional dan
terancang
MENYEMAK PROGRAM BIDANG MENGGUNAKAN BORANG SPeCT
Borang SPeCT telah digunakan untuk menyenaraikan program yang telah dirancang dan melihat semula
jurang yang telah dikenalpasti agar program yang disenaraikan sesuai dan relevan sebagai langkah
intervensi untuk mengatasi isu yang dikenalpasti.
BORANG SPeCT
BORANG OPPM
P P 1 A B C D
P P 2 A D C B
P P 3 A B C
P 4 A B C D
Objektif Status/Pencapain Projek
Professional Learning Community (PLC)
Ketua: SMK TUN MUTAHIR
Objektif Program: Untuk meningkatkan pelaksanaan PdPc yang berkesan
Walk ing around Improvement keyS
Tanggungjawab
Tarikh: 2 JANUARI 2018
Tugasan Utama
Pencerapan PdPc
Bengkel Pengukuhan PdPc
1. M
en
ing
katk
an
ke
ma
hir
an
pe
da
go
gi g
uru
2. M
en
ing
katk
an
ke
ma
hir
an
4K
da
lam
Pd
Pc
Jan
ua
ri
Se
pte
mb
er
Okt
ob
er
No
vem
be
r
Dis
em
be
r
Pen
getu
a
GK
MP
Bah
asa
Ma
c
Ap
ril
Me
i
Jun
Jula
i
Og
os
Fe
bru
ari
GK
MP
TE
K V
OK
SU
LD
P
PK
P
PK
HE
M
GK
MP
Kem
an
usia
an
GK
MP
S &
M
SU
SK
PM
g2
Simbol Selesai
Belum Selesai
Tidak Dilaksana
1. M
en
ing
katk
an
ke
ma
hir
an
pe
da
go
gi g
uru
2. M
en
ing
katk
an
ke
ma
hir
an
4K
da
lam
Pd
Pc
Aspek 4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
Aspek 4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang
Dapat mengecilkan Analisis Jurang :
Tugas Utama
Ringkasan & Ramalan
Objektif
TarikhSasaran
Kos0
0
0
0
0
0
SUWA
KWKK
PIBG
Ringgit Belanjaan Ringgit Anggaran
67
Melalui penggunaan borang OPPM di atas, penanggungjjawab terhadap 4 program yang telah
disenaraikan dapat dikesan dan dilihat kemajuan pelaksanaan serta sejauhmana objektif dapat dicapai.
ANALISIS JURANG WALKS BULAN JANUARI
ANALISIS JURANG WALKS BULAN FEBRIUARI
68
ANALISIS JURANG WALKS BULAN MAC
ANALISIS JURANG WALKS BULAN APRIL
69
ANALISIS JURANG WALKS BULAN MEI
ANALISIS JURANG WALKS BULAN JUN
70
ANALISIS JURANG WALKS BULAN JULAI
ANALISIS JURANG WALKS BULAN OGOS
71
ANALISIS JURANG WALKS BULAN SEPTEMBER
ANALISIS JURANG WALKS JANUARI HINGGA SEPTEMBER
72
RUMUSAN
Pelaksanaan Walks dilihat memberikan impak positif terhadap tingkahlaku belajar murid-murid di SMK
Tun Mutahir, Melaka. Google Docs digunakan bagi mengumpul data daripada guru-guru tentang
pelaksanaan walks berkaitan Pembelajaran Abad ke-21, penulisan di papan putih, kawalan kelas,
keceriaan kelas, disiplin murid, Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan Pentadbiran sekolah.
BERSAMA PEMBIMBING DR REDZUAN JANTAN
73
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 9
Cikgu Syabeli bin Johri, Sekolah Kebangsaan Pusa, Betong, Sarawak
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Penggerak Hala Tuju Sekolah
BIODATA
Cikgu Syabeli bin Johri merupakan Ketua Panitia Matematik di Sekolah
Kebangsaan Pusa, Betong, Sarawak. Telah berkhidmat selama 9 tahun di sekolah
tersebut sejak lantikan pada 24 Ogos, 2010. Berkelulusan ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor kemudian
mengambil kelayakan ikhtisas dalam bidang pengajian Matematik, Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang,
Bintangor, Sarawak.
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pusa, Betong dipimpin oleh Guru Besar, Cikgu Sulaiman bin Haji Meni. Jumlah
enrolmen murid sekolah ini ialah 478 orang dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Jumlah guru
yang berkhidmat di sekolah ini ialah 36 orang iaitu 31 orang siswazah dan 5 orang bukan siswazah.
Manakala jika ditinjau dari segi jantina, 8 orang guru lelaki dan 28 orang guru perempuan.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Melaksanakan program penambahbaikan berdasarkan keperluan guru untuk merealisasikan
konsep pembelajaran abad 21
2. Mengenal pasti kekuatan dan membuat penambahbaikan kualiti guru dalam PdPc abad 21
3. Merancang program yang berasaskan aktiviti pembelajaran abad 21 yang memberi impak kepada
guru dan murid secara berterusan
4. Memastikan keberkesanan program diselia dan dipantau menggunakan berberapa instrumen
sebagai pemangkin pembangunan kualiti PdPc guru
KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA
Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, maka langkah-langkah dalam Kanvas Strategi Analisis
Data telah diikuti untuk memastikan tindakan intervensi yang sistematik dan dapat menangani isu-isu
yang telah dikenalpasti. Langkah pertama ialah pengedaran borang soal selidik kepada guru-guru yang
menggunakan SKPMg2.0 Standard 4, membuat analisis jurang untuk mengenalpasti isu setelah itu
merancang dan menyemak kembali program Panitia menggunakan borang SPeCT, pembentukan
pasukan, penyeliaan dan pemantauan menggunakan borang OPPM, pengumpulan data, analisis data dan
tindakan susulan.
74
KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA
1. Melaksanakan soal selidik Penilaian Kendiri berdasarkan Instrumen Standard 4 SKPMg2
2. Pencerapan Berjadual PdPc menggunakan Standard 4 SKPMg2
ASPEK TAHAP TINDAKAN
4.1.1 Guru merancang pelaksanaan PdPc
4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran
4.2.2 Guru mengelola suasana pembelajaran
4.3.1 Guru membimbing murid
4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
4.4.2 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
4.5.1 Guru melaksanakan pentaksiran
4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran
ASPEK TAHAP TINDAKAN DALAM SKPMg2.0
ANALISIS JURANG
Menganalisa data-data yang diperolehi untuk melihat kekuatan / kelemahan dan membuat
penambahbaikan professionalisme guru dalam aspek- aspek standard 4 PdPc SKPMg2. Program –
program berbentuk latihan personel diwujudkan untuk guru – guru berdasarkan analisis jurang data
paling ketara dalam SKPMg2 semasa.
SKPMg2 Std4/ SoalSelidik
( STEP 1)
Analisis Data (Pernyataan
masalah)
( STEP 2 )
MerancangProgram
(STEP 3)
sPeCt
Melaksanakan program/ aktiviti (DEFFRAAC &
ARRAS)
( STEP 4 )
Penyeliaan
OPPM
Mengumpul Data
( STEP 5)
Analisis Data
(STEP 6)
TindakanSeterusnya?
( STEP 7 )
75
PERANCANGAN PROGRAM MENGGUNAKAN BORANG SPeCT
Hasil semakan yang dibuat terhadap program Panitia, satu program di tambah dari segi bilangan
kekerapan, manakala lima program baharu diwujudkan dan dua program dikekalkan setelah
perbincangan dibuat bersama-sama dengan ahli Panitia. Lima program yang diwujudkan itu ialah:
1. Mengadakan mesyuarat peringkat panitia teliti sPeCt setiap individu dan keseluruhan panitia
2. Pelaksanaan program berbentuk Coaching and mentoring
3. Pelaksanaan PLC Berterusan peringkat sekolah dan Zon (Program UMI)-teknik menambat hati
anak
4. Learning Walks Lawatan bagi melihat bagaimana guru mengajar dan bagaimana murid belajar.
5. Mengadakan Kursus PdPc PAK21 dalam bentuk LADAP peringkat panitia , peringkat ZON untuk
perkongsian amalan terbaik sekolah masing-masing
LAPORAN PENYELIAAN
Instrumen Pemantauan Program
OPPM Mengadakan mesyuarat peringkat panitia teliti sPeCt setiap individu dan
keseluruhan panitia
PMD Pelaksanaan program berbentuk Coaching and mentoring
OPPM Pelaksanaan PLC Berterusan peringkat sekolah dan Zon *(Program UMI)-
teknik menambat hati anak
OPPM Learning walks Lawatan pihak pentadbir melihat bagaimana guru mengajar dan
bagaimana murid belajar
OPPM Mengadakan Kursus PdPc PA21 dalam bentuk LADAP peringkat panitia ,
peringkat ZON untuk perkongsian amalan terbaik sekolah masing-masing
Untuk meningkatkan kualiti PdPC dan memperbaiki amalan pedagogi guru, langkah Instructional Rounds
(IR) dilaksanakan kemudian diadakan perbincangan berbentuk coaching dan mentoring dengan
mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan langkah penambahbaikan dengan menggunakan Borang Plus –
Minus – Delta (PMD).
76
LEARNING WALK PENTADBIRAN SEKOLAH
Pengumpulan data telah dibuat menggunakan :
1. Pencerapan PdPc guru oleh pihak pentadbir (penilaian sebenar) menggunakan SKPMg2 Std 4
bagi melihat perubahan pada setiap guru.
2. Soal selidik murid“Perubahan Sahsiah Murid”
3. Pencapaian murid dalam ujian saringan sekolah AR3
TINDAKAN SUSULAN
“PPLCML” (pasukan perlaksana) ditubuhkan terdiri daripada ketua – ketua panitia yang lain merancang
program bagi mengatasi setiap jurang yang paling besar pada setiap tahun dalam panitia masing-masing.
2017 Panitia Matematik 2018 Panitai Teras 2019 Semua Panitia
Pengurusan dan perlaksanaan Peer Learning Coaching (PLC) dibuat secara berterusan.
RUMUSAN
Berdasarkan instrumen yang telah dipelajari melalui Kursus LCML, banyak kelebihan telah diperoleh iaitu
dapat memudahkan urusan pengurusan oleh Ketua Panitia, menjimatkan masa dalam proses mengurus
dan memantau program Panitia serta bentuk aplikasi adalah mesra pengguna. Sehubungan denguan itu,
sebagai Ketua Panitia saya perlu menggunakan kemahiran komunikasi secara berkesan dan membangun
kapasiti dengan pendekatan dan tindakan yang berhemah.
77
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 10
Cikgu Noorlinda bt. Kamaruddin, SMK Tasek, Pulau Pinang
Tajuk : Kita Berhak Untuk Berjaya
BIODATA
Cikgu Noorlinda bt. Kamaruddin memegang jawatan sebagai Guru Kanan Mata
Pelajaran (GKMP) sejak 2008 hingga Feb, 2018 setelah itu, bermula 1 Mac, 2018
dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, SMK Tasek (DG48). Pernah
berkhidmat sebagai Pegawai Sumber Manusia di May Plastic Industries, Prai,
Pulau Pinang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
dan Organisasi, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Diploma Pendidikan
dalam bidang Pendidikan Sains dan Matematik, Maktab Perguruan Persekutuan,
Pulau Pinang (MPPPP). Dalam penglibatan sosial, menganggotai Pasukan
Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) berpangkat Leftenan
Muda. Sepanjang perkhidmatan telah meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 2 kali
iaitu pada tahun 2003 dan 2010. Turut terlibat sebagai Pembentang Amalan Terbaik Pemimpin
Pertengahan, Pulau Pinang (2018), Jurulatih Utama Matematik SPM dan penggubal Modul Matematik
SPM, PERDA, Pulau Pinang.
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. 70% murid-muridnya
terdiri daripada kaum India dan kedudukannya terletak di Kawasan black area (Geng 304 dan 308).
Majoriti poenduduknya bekerja sendiri. Banyak kes penagihan hidu gam dan dadah berlaku. Sekolah ini
dikelilingi kampung-kampung Melayu. Dalam radius 2 km terdapat sekolah yang hebat-hebat di
sekitarnya, seperti Sekolah Sukan Negara, sekolah-sekolah yang ada asrama desa dan tingkatan 6 dan
sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang berpencapaian cemerlang. SMK Tasek juga menjadi tempat murid-
murid yang dibuang sekolah ditempatkan. Terdapat 2 aliran iaitu aliran Perdana dan Pendidikan Khas.
Ada pmurid lembam yang lambat belajar. Enrolment murid ialah 436 Melayu, 214 India, 5 Cina dan 5
lain-lain dengan bilangan guru 52 orang manakala jumlah murid ialah 660 orang.
SLOT 8
78
ISU KRITIKAL
Pencapaian Matematik Tingkatan Lima yang rendah. Tingkatan 1 hingga 4 juga kritikal. Data headcount
telah digunakan di mana GPMP 8.85 (TOV) kemudian menurun menjadi 8.45 jauh dari target 7.05. Punca
masalah yang dikenalpasti ialah :
1. Kadar ponteng sekolah yang tinggi (tidak mencapai 75%)
2. Asas matematik yang sangat lemah. Ramai yang tidak mempunyai Kalkulator. Sekolah Terpak
meminjamkan. (Merujuk keputusan PT3 – 2015 – Hanya 7 (D) dan 14 €.
3. Amalan PdPC yang sederhana
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PERUBAHAN
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 10
Di Pulau Pinang, Ketua Sektor (Arwah Dr Nazari – Mantan Pengetua) telah memperkenalkan
program SIPI 5 iaitu langkah intervensi serta traffic light bagi mengenalpasti pelajar yang berada di
landasan atau tersasar. Ketua Bidang bersama Guru Mata pelajaran pergi ke setiap kelas menerangkan
di manakah kedudukan mereka dan harapan sekolah kepada mereka, kemudian pihak sekolah memanggil
waris dan menunjukkan kedudukan anak-anak bagi membantu waris membuat sesuatu. Disamping itu,
kita juga merujuk Rancangan Pengajaran guru, buku latihan murid-murid (adakah soalan KBAT
diberikan).
79
Fail keberadaan murid-murid juga disediakan untuk mengambil semula kehadiran bagi
mengenalpasti siapakah yang ada dalam kelas dan tidak ada dalam kelas. Taklimat kepada waris turut
dilaksanakan. Namun demikian, kehadiran waris kurang membe-rangsangkan.
Learning Walk telah dibudayakan di SMK Tasek. Geng Maths Cikgu Linda telah diwujudkan
disamping sesi perkongsian Guru-guru secara berkala. Oleh kerana SMK Tasek banyak geng, maka
program geng Maths diperkenalkan. Modus operandi Geng Maths ialah merekrut murid-murid yang
berpotensi iaitu yang lulus Matematik, namun murid-murid yang tidak lulus pun turut dibenarkan menjadi
ahli jika ada semangat belajar dan dilihat mempunyai potensi serta mahu berubah. Anggota geng ini akan
diberi lencana geng Maths dan akan dipakaikan pada baju disamping membawa uncang. Program Geng
Maths ini akhirnya menjadi sangat popular. Mereka akan diberikan bimbingan khas. Mereka juga dilantik
sebagai fasi dalam kelas dan dipanggil dalam perhimpuan dan diberi token.
Semangat Maths is Fun juga dikembangkan hasil analisis keputusan UPSR yang dihantar ke
sekolah untuk menilai kebolehan dan murid-murid Tingkatan 1 yang berpotensu. Hampitr 60% daripada
mereka mendapat D dan gagal Matematik. Iaitu A = 10%, B = 17%, C = 15%, D = 38 % dan E = 20 %.
Ada juga timbul dalam benak guru-guru dan rasa malu dengan pandangan dan persepsi masyarakat
terhadap SMK Tasek, namun hal ini menjadi satu cabaran yang perlu ditempuhi. Saya menaikkan
semangat guru-guru dan menyatakan peranan besar mereka untuk menangkis tanggapan ini. Untuk
menjadikan pembelajaran matematik menyeronokkan, penerapan belajar melalui permainan digunakan
(Fun Learning).
IMPAK
Dalam pencapaian SPM 2017, GPS SMK Tasek ialah 7.12 walaupun ETR 7.05. Walau tidak mencapai
sasaran tetapi usaha telah dilaksanakan. Saya berpesan kepada murid-murid agar berpegang kepada
tagline: “Hari ini lebih baik daripada semalam, Hari esok lebih baik daripada hari ini”. Usaha itu penting,
hasil yang kedua. Guru-guru juga diberikan motivasi. Saya tidak perlukan guru yang hebat dan guru
pakar tetapi saya perlukan guru yang bersemangat.
CABARAN KETIKA MENJALANKAN PROGRAM
1. Guru tak cukup
2. Pelajar selalu ponteng
3. Sumber kewangan terhad
FAKTOR KEJAYAAN
1. Kepimpinan Sekolah
2. Kesungguhan guru
3. Kemahiran Pelajar
4. Perancangan Siustematik
PENAMBAHBAIKAN
1. Amalan Pedagogi Guru
2. Masalah ponteng sekolah
Saya bertekad untuk mengatasi masalah ponteng dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Disiplin. Setiap
tindakan dilakukan berdasarkan data. SMK Tasek berhak untuk Berjaya, from Zero to Hero, ubah musibah
menjadi anugerah. Guru kena berubah. Sedikit perubahan yang berlaku sudah menjadi satu pencapaian
yang besar.
80
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 11
Cikgu Nor Julianawati bt. Mohd Samsuddin, SK Permatang Pasir, Pulau
Tajuk : AIS (Art In Science) Dalam Memperkasakan STEM
BIODATA
Cikgu Nor Julianawati bt. Mohd Samsuddin merupakan Ketua Panitia Sains, Sekolah
Kebangsaan Permatang Pasir, Pulau Pinang dan boleh dihubungi menerusi alamat
e-mel : [email protected]. Berpengalaman sebagai guru selama 19 tahun
bermula di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan (2000 – 2005).
Pernah menjadi Setiausaha Panitia Matematik dan Bahasa Melayu, Setiausaha
Pengakap Kelana, Negeri Sembilan dan Penolong Pesuruh Jaya Pengakap Negeri
Sembilan. Setelah itu, berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan
(2006 – 2007) dan dilantik sebagai guru ICT dan Penyelaras Makmal Komputer.
Dalam tempoh 2008 – 2010, berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Membedai, Wilayah Persekutuan
Labuan, pada tahun 2011 – 2012 berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Pulau Pinang sebelum
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir sejak tahun 2013 hingga kini. Berkelulusan Diploma
Perguruan Malaysia dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dalam opsyen Sains dan Bahasa
Melayu serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian. Pencapaian yang telah diperolehi
ialah dianugerahkan sebagai Guru Inovatif peringkat Negeri Sembilan (2004), Finalis Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan (2005), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2011), Guru Cemerlang
KoKurikulum Peringkat Sekolah (2015), Pembentang Perkongsian Amalan Terbaik LCML peringkat
Negeri Pulau Pinang (2018) dan muncul pembentang terbaik dalam Kolokium Transformasi Sekolah
(TS25) peringkat kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir merupakan Sekolah Transformasi yang memberi tumpuan kepada
kemenjadian murid. Guru Besar saya Pn Hamidah Sulaiman banyak menyokong setiap aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah demikian juga Guru-guru Penolong Kanan. Bilangan guru ialah 54 orang,
bilangan murid Tahap 1 dan Tahap 2 ialah 658 orang manakala murid-murid pra sekolah melibatkan 79
orang. Sekolah ini dilingkungi oleh Kawasan sawah padi.
A.I.S (Art in Science)
Tujuannya untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan menggunakan seni pedagogi yang
memberi impak kepada murid. Analisis data dibuat mengikut langkah-langkah dalam Kanvas Strategi
Analisis Data. Kepada ahli-ahli Panitia Sains, perkongsian tentang Kanvas telah dilaksanakan. Seterusnya
pembentukan pasukan dan analisis data menerusi SKPMg2 Standard 4 serta menggunakan instrument
OPPM dan SPeCT. Perkongsian kepada panitia lain, daerah dan negeri juga dibuat.
ISU YANG KRITIKJAL
1. Murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains
2. Meningkatkan penccapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains iaitu meningkatkan
pencapaian lulus UPSR
81
LATAR BELAKANG MURID
Murid-murid di sekolah ini adalah anak-anak kampung yang hanya menunjukkan pencapaian yang
sederhana.
MAKLUMAT AHLI-AHLI PANITIA
Terdapat 3 orang ahli Panitia Sains yang berkelulusan Ijazah Sarjana muda dan masing-masing memililiki
opsyen dan pengalaman melebihi 10 tahun mengajar dan 2 orang mempunyai pengalaman memeriksa
kertas UPSR Sains.
PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS UPSR
Tahun Jumlah Murid Bilangan Gagal
2013 87 10
2014 105 13
2015 118 9
2016 88 7
ETR 2017 92 3
Selepas pelaksanaan AIS ini, telah meningkat kepada 96.3 % dan bilangan gagal hanya tinggal 3 orang
sahaja
OBJEKTIF INOVASI
Bertujuan menerapkan elemen Fun Learning dengan menggunakan kemahiran seni jahitan, dan seni
lukis dengan objektif untuk :
1. Menyediakan PdPC Fun Learning
2. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis
3. Melahirkan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
BAGAIMANA MELAKSANAKAN?
1. Melaksanakan analisis jurang bagi mengenalpasti JSU kritikal iaitu 4.1.1, 4.4.1 dan 4.6.1
5.4.1 Guru merancang PdPC
5.4.2 Guru mendiiring minda murid bagi melaksanakan PdPC terancang
5.4.3 Melibatkan penglibatan aktif murid dalam kegiatan belajar
2. Parking Lot selepas PdPC
Melalui dapatan refleksi murid, hasil edaran kaji selidik kepada murid-murid maka item Ya dan
Tidak digunakan.
INTRUMEN KAJI SELIDIK
Soal selidik dengan item soalan yang mudah dikemukakan kepada murid-murid untuk dijawab. Antara
contoh item soalan ialah:
1. Adakah anda suka belajar mata pelajaran sains?
2. Jika guru mengajar secara lisan dan menulis di papan hitam . Adakah seronok
3. Anda setuju belajar kumpulan
4. Aktiviti hands on
5. Sukakah and ajika guru selalu meminta maklumbalas
82
Setelah itu, murid-murid memberikan komen terhadap PdPC guru. Antara komen murid ialah guru
mengajar chalk & talk, memberi nota, tidak suka cikgu mengajar sepanjang masa. Kebanyakan murid-
murid suka dielang seli dengan dengan aktiviti.
PERBINCANGAN DALAM PANITIA MENILAI PROGRAM PANITIA
Borang SPeCT digunakan untuk mengenalpastyi program yang perlu dikekal atau diwujudkan. Kemudian
dipindahkan dalam boring OPPM. Kaedah memujuk digunakan, kerana ahli-ahli panitia lebih senior.
Berlaku perubahan yang agak lambat sedikit. Jangan memaksa dan memberi arahan sebaliknya
menggunakan pendekatan rundiungcara dan memberi panduan dengan komunikasi yang berkesan.
LAPORAN PELAKSANAAN PLC
1. Learning Walks – Kenalpasti amalan berkesan yang diimplementasi (10 kali)
2. Lesson Study – Melalui medium telegram (10 kali)
3. Teacher Sharing Session – Secara formal dan informal (28 kali)
Cara membuat silangkata menggunakan apps. Diojalankan di makmal computer, di kantin dan dibuat
secara tidak formal. Murid juga menggunakan seni jahitan untuk membuat model buruj. Situasi
pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Seni kulibari, Wayang Kulit moden dan interaksif note.
IMPAK KESELURUHAN
1. Memenuhi kehendak sekolah Transformasi. Komen Guru Besar amat positif : “Mengaplikasi seni
dalam mata pelajaran Sains. Murid melukis kitaran semulajadi air melalui gambaran lukisan. Saya
menyokong penuh kerana menggabungkan seni dan sains.”
2. Selepas PdPC Sains, murid di minta membentangkan. Mula-mula dalam tempoh yang singkat,
tetapi lama kelamaan murid-murid menjadi berani membuat pembentangan.
3. Pencapaian UPSR juga meningkat daripada 92.6% kepada 98.6 %
4. Murid-murid boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka dan Berjaya mendapat award
dalam Promising Project Award di Innovation Robotix Challenge.
5. Memenangi pembentangan terbaik di Kolokium Sekolah Transformasi Peringkat Kebangsaan
PENAMBAHBAIKAN
Menjalankan PLC Teacher Sjaring bersama Panitia lain mengenai kanvas strategi dan perkongsian
tindakan yang kreatif dan inovatif. Program ini Berjaya menjadikan program dan aktiviti PdPC lebih
sistematik dan murid-murid juga berminat dalam PdPC.
83
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 12
Cikgu Dzolkapli bin Hj. Haron, Ketua Sektor Jaminan Kualiti,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Tajuk : School Leaders – A Revisit : Building Effective Middle Leaders Thru Strategic
Enggagement for Sustaining Performance
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.
PROFIL NEGERI PULAU PINANG
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang melibatkan Kawasan Pulau dan Seberang perai. Kawasan Pulau
meliputi 5 daerah iaitu: Daerah Timur Laut, Daerah Tengah, Daerah Selatan, Daerah Barat Daya, dan
Daerah Utara.
Daerah Sekolah
Rendah
Sekolah
Menengah
Jumlah
Sekolah
Timur Laut 74 37 111
Tengah 56 31 87
Selatan 39 17 56
Barat Daya 39 13 52
Utara 63 30 53
Jumlah 271 128 399
OBJEKTIF JPN PULAU PINANG
OBJEKTIF JPN PULAU PINANG
84
MATLAMAT JPN PULAU PINANG DALAM MEMPERKASAKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
1. Membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan untuk mewujudkan pasukan pemimpin
berprestasi tinggi di sekolah
2. Membangunkan keupayaan sebagai personel penting dalam membantu PGB meningkatkan
prestasi sekolah
3. Membangunkan keupayaan untuk mengenal pasti isu atau masalah yang menghalang ke arah
peningkatan sekolah
4. Membangunkan keupayaan membangun satu tindakan intervensi untuk menghadapi isu yang
dikenal pasti.
INISIATIF JPN PULAU PINANG
Saya telah menghadiri road show yang dilaksanakan oleh IAB Utara. Saya selalu berhadapan dengan
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran yang rata-rata banyak melaksanakan kerja-kerja perkeranian. Hasil
daripada itu, saya fikir ini bukan tugas yang betul Saya mendapat input daripada road show ini. Saya
merasakan sesuatu perlu dilakukan. Saya telah membuat Literature Review tentang Middle Leaders. Satu
yang saya ingat ialah kata-kata Tom Rogers (2017) : A Middle Leader has to teach, lead, manage, and
learn – Full time.its one of the most challenging roles in any school”. Sebagai pemimpin, Pemimpin
Pertengahan mestilah seorang yuang visionary thinking iaitu moving forward. Sir Michael Wilshaw
(2011) juga pernah mengungkapkan : “People nioot structure are the most significant drivers of
improvement and change in our schools.” IAB telah mencetuskan sesuatu yang bermakna yang boleh
kita belajar.
Matlamat utama JPN PP ialah Sekolah Berkualiti yang merujuk kepada pemimpin sekolah dan
pemimpin pertengahan dan kemenjadian murid iaitu hasil akhir setiap murid. Terdapat 5 daerah iaitu
Timur Laut, Tengah, Selatan, Utara dan Barat Daya. SK 271 , SM 128 Jumlah 3399 buah sekolah. 20800
orang guru (4800 orang guru lelaki).
KETERLIBATAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang amat perihatin dengan peranan pemimpin pertengahan dalam
membantu pihak kepimpinan dan pengurusan sekolah, justeru itu, JPN Pulau Pinang telah memberi
85
perhatian khusus untuk membawa pemimpin pertengahan sebagai hirarki kepimpinan yang penting di
peringkat sekolah. Pihak JPN Pulau Pinang telah menyambut baik Kursus Kepimpinan Pemimpin
Pertengahan yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Jentera utama untuk
menggerakkan kepimpinan pemimpin pertengahan yang berkesan ialah Competency, Skills dan
Knowledge. Pelbagai siri perkongsian juga telah dibuat melalui pelbagai pendekatan seperti
perbincangan profesional, sumbang saran, bengkel, rakan kongsi dan pemudah caraan yang turut
melibatkan PGB, PPD dan IAB.
Di bawah inisiatif PPD Daerah Timur Laut, pemimpin pertengahan yang telah berkursus di IAB
dijemput melaksanakan perkongsian peringkat daerah yang melibatkan lima buah sekolah, iaitu SMK
Hamid Khan (20 April, 2017), SMK Air Itam (16 Mei, 2017), SK Jelutong (10 April, 2017), SJKT
Subramaniya Barathee (10-11 April, 2017) dan SK Sungai Gelugor (3,10 dan 17 Julai, 2017).
Perjumpaan peserta LCML dengan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut juga dibuat manakala
persediaan bahan kursus dibuat oleh JU LCML dengan pegawai meja.
Kursus ML peringkat daerah dikendalikan oleh 4 orang JU LCML mengikut butiran berikut:
Bulan Jumlah Sekolah Terlibat
September, 2017 14 buah sekolah
Oktober, 2017 36 buah sekolah
Oktober, 2017 20 buah sekolah
November, 2017 35 buah sekolah
Bahan Kursus LCML seperti modul yang dipelajari oleh peserta LCML di IAB Cawangan Utara.
Peserta kursus dipohon sediakan bahan dokumentasi untuk persediaan pembentangan program LCML
yang dilaksanakan di sekolah pada tahun 2018. Peserta kursus perlu melaksanakan LDP di peringkat
sekolah. Satu laporan pelaksanaan LDP dihantar ke PPD.
EMPAT ORANG JURULATIH UTAMA LCML DAERAH TIMUR LAUT
86
PELAKSANAAN KURSUS LCML DAERAH TIMUR LAUT
Sepanjang kursus, pemimpin pertengahan setiap sekolah akan membuat pembentangan yang
merangkumi aspek-aspek berikut iaitu berfokus kepada bidang kurikulum, cadangan program intervensi
dan data-data yang berkenaan. Pemimpin pertengahan yang telah mengikuti LCML di IAB Utara
melibatkan 13 orang GKMP dan 19 orang Ketua Panitia yang diharapkan dapat menjadi pemangkin
kepada pemimpin pertengahan yang lain.
PEMBENTANGAN DALAM KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN DI IAB SARAWAK
87
FORUM ILMIAH
Ahli Panel:
YBrs. Tn. Hj. Mahli bin Rosli, Ketua Jemaah Nazir Sarawak
YBrs. En. Jaul Anak Bunyau, Guru Besar SK Ulu Lubai
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna
Modetator : Hj Edmund Shah bin Tambi
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah-pensyarah kanan
Peserta-peserta kolokium.
PELAKSANAAN FORUM
Berdasarkan tema yang akan dikupas, kita berharap ahli-ahli panel dapat membincangkan bagaimana
pemimpin pertengahan melestarikan peranan mereka di sekolah dengan menerapkan konsep
pembelajaran berterusan (learn-unlearn-relearn), apakah usaha dan inisiatif ke arah mencetuskan
perubahan dalam menguruskan pasukan secara kolaboratif di sekolah. Forum ini akan dilaksanakan
secara 3 pusingan. Jawapan yang akan diberikan nanti dapatlah membantu PGB dan PP untuk menerajui
perubahan ke arah kecemerlangan organisasi.
MEMPERKENALKAN AHLI PANEL
Cikgu Jaul anak Bunyau adalah pemimpin sekolah cemerlang dari SK Ulu Lubai. Apa khabar Cikgu?
Selamat datang dari Limbang. Semoga pandangan yang diberikan nanti memberi manfaat kepada
peserta-peserta hari ini. Cikgu Jaul telah berkhidmat lebih 20 tahun di SK Ulu Lubai. Memiliki
Sarjanamuda Pengurusan Kepimpinan dan telah tiga kali menerima Anugerah Cemerlang dan tiga kali
menerima new deal. Cikgu Jaul juga telah dikurniakan Pingat Bintang Kenyalang dan Perkhidmatan
Cemerlang. Dengan kepimpinan Cikgu Jaul, SK Ulu Lubai yang asalnya sebuah sekolah sederhana kini
menjadi sekolah berprestasi tinggi sejak 2011. Sekolah ini telah memenangi 177 anugerah. 24 daripada
anugerah ini adalah di peringkat antarabangsa iaitu John Commenwealth Good Practises Award 2009.
Tn. Hj. Mahli bin Rosli dikenali oleh semua pendidik di Sarawak, iaitu Ketua Jemaah Nazir Sarawak.
Pemegang Ijazah Sarjana Kepengetuaan dari Universiti Malaya. Memulakan khidmat di SMK Serian,
menjawat jawatan Pengetua, PPD Betong, Samarahan dan Kuching. Beliau juga merupakan graduan
NPQH. Pernah juga menjawat jawatan sebagai Ketua Sektor di JPN Sarawak sebelum dilantik sebagai
Ketua Jemaah Nazir Sarawak.
Moderator :
Usai sudah pengenalan dengan dua orang ahli panel kita. Fokus perbincangan kita nanti ialah tentang
peranan dan inisiatif pemimpin pertengahan di sekolah. PP merupakan role model untuk meningkatkan
kualiti PdPC. Saya mula dengan Cikgu Jaul. Guru-guru sebenarnya pelbagai ragam ada yang pro aktif,
asertif dan burn out. Bagaimanakah hal ini dapat diatasi menerusi peranan PP agar guru-guru terus
cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka.
SLOT 9
88
SESI PERBINCANGAN
Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai :
Dalam sesi ini, ketika mengupas isu saya tidak akan bercakap tentang pelbagai teori. Semua peserta dah
belajar. Apa yang saya akan kongsi lebih kepada amalan tentang apa yang telah kami buat, sedang
dibnuat dan akan dibuat di SK Ulu Lubai, Sellalunya saya hanya sebut SKUL.
Pertama di sekolah saya, bilangan murid 29 orang (7 Pra Sekolah , 22 orang SK), dan hanya
mempunyai 13 orang guru (Termasuk GB). Dalam kalangan guru di sekolah saya juga ada yang pro
aktif, asertif dan ada yang mula burn out. Cikgu yang mula burn out ini saya lihat kurang bersemangat.
Ada juga tiga kategori yang lain : Percintaan jarak jauh (PJJ), Suami Jarak Jauh (SJJ), Isteri Jarak Jauh
(IJJ). Jadi bagaimana nak mengendalikan masalah ini. Walaupun telah 13 tahun dalam keadaan begitu,
namun-namun guru-guru tidak minta pindah. Inilah kualiti guru yang kita mahu, guru yang memiliki roh
seorang guru.
Sebagai seorang pemimpin, kita kena gandingkan mereka. Dio sekolah saya hanya 13 orang
bukannya banyak sangat. Kita kena tackle mereka. Terutama guru-guru baru dengan guru-guru
berpengalaman. Kita gandingkan mereka ketika memberi satu-satu tugas. Ada penyebab lain keadaan
ini berlaku. Kita kjena memberi mereka perangsang dan dorongan agar meningkatkan semangat mereka.
Kita menjadikan diri kita sebagai contoh. Jangan biarkan kita tenggelan dengan mereka Sentiasa memiliki
idea-idea baharu dan menerapkan idea-idea ini di sekolah. Hal ini akan memberi mereka semangat untuk
bekerja. Kita hendaklah sentiasa ke hadapan dalam perkara-perkara baharu.
Kita perlu sentiasa menghargai mereka. Setiap kejayaan yang dibuat, kita hargai mereka. Memberi
tahniah dalam mesyuarat, dalam dialiog prestasi. Hargai usaha yang mereka lakukan. Manusia
mempunyai jiwa dan mahukan penghargaan. Ada sesetengah pemimpin langsung tidak menghargai anak
buah mereka. Saya juga memberikan sijil penghargaan terhadap usaha-usaha mereka. Kita juga calonkan
mereka untuk menerima anugerah. Sekolah saya pada tahun ini menerima Anugerah Khas Ketua Menteri
Sarawak pada kali ke 4. Minggu depan murid-murid akan menyertai pertandingan peringkat
antarabangsa.
Saya juga sentiasa mencabar kemampuan guru saya. Apabla sesuatu pertandingan mendapat
johan di peringkat daerah. Saya selalu mencabar mereka. Apakah next step. Selepas daerah kemana lagi
nak pergi. Lepas menang peringkat bahagian apa lagi next step. Lepas menang peringkat negeri, kemana
lagi. Lepas peringkat negeri peringkat kebangsaan. Lepas peringkat kebangsaan ke peringkat
antarabangsa.
Jika murid-murid menang peringkat kebangsaan, ibu bapa dah tidak lagi membuat sambutan,
hanya peringkat antarabangsa baharu di sambut pada peringkat permulaan, tetapi sekarang dah jadi
macam biasa sahaja. Murid-murid saya menguasai Public Speaking dan Tarian. Ketika menyertai
pertandingan di Brunei, ada 12 kategori, semua 12 kategori disapu oleh SK Ulu Lubai. Kita kena turun
task force. Seotrang guru seni akan melatih koreografi. Guru muzik akan mengajar muzik. Props,
Lighting, Costum semuanya dikendalikan oleh seorang guru. 13 orang guru dfi sekolah terlibat Saya
berhenti di situ.
Moderator :
Banyak perkongsian yang telah diberikan. Hebat Cikgu. Izinkan saya berpindah kepada En. Mahli. Tadi
Cikgu Jaul ada menyebut Role Model. Bagaimana Pemimpin Pertengahan boleh menjadi role model?.
89
Tn. Hj. Mahli, Ketua Nazir Negeri Sarawak :
Saya berminat dengan tajuk ini. Perkataan pemangkin menarik minat saya. Pemangkin kalau ikut bahasa
asalnya dalam istilah Sains. Apabila saya mendengar jawapan Cikgu Jaul ini, soalan tentang role model
ini tak perlu saya jawab lagi. Setiap pemimpin ialah role model. Keyword kepada role model ialah
pengaruh. Dengan pengaruh kita akan menjadi role model. Bila bergaya sebagai pemimpin, kita akan
menjadi role model. Pemangkin tidak begitu sinonim dengan watak pemimpin. Pemangkin perlu dikaitkan
dengan agen perubahan. Ada makna tersirat dalam istilah ini, iaitu tindakbalas. Kenapa perlu pemangkin
supaya ada reaksi. Pemangkin akan meningkatkan kadar tindak balas.
Karakter pemangkin dalam ertikata sebenar secara fizikal tidak terlibat dalam tindak balas. Dalam
konteks kita sebagai pemimpin, apa maknanya. Maknanya seorang pemimpin yang baik, keberadaannya
sudah memberi makna. Dalam tajuk ini juga ada pemimpin pertengahan. Pemimpin bukan satu cop
mohor. Kerja pemimpin ialah secara holistik, profesional dan kontekstual. Tiada sempadan dalam istilah
pemimpin up and down.
Seterusnya, pembelajaran memerlukan pemikiran. Cikgu Jaul telah menterjemahkan apa yang
telah diperkatakan. Laksanakan seperti apa yang Cikgu Jaul praktikkan. Kita kena ambil karakter sebagai
seorang pemimpin. Saya tidak mempunyai pengalaman yang panjang sebagai pemimpin sekolah seperti
Cikgu Jaul. Satu lagi perkataan yang menarik dan perlu kita fikirkan ialah pembelajaran bermakna.
Sangat mendalam makna perkataan pemangkin tu. Keberadaan pemimpin memberi impak. Dalam
konteks organisasi, setiap tindak balas, ada tenaga yang cukup. Tenaga juga menjadi satu halangan.
Aras optimum tenaga itu dikurangkan agar tindak balas menjadi lebih tinggi. Maknanya disini, sebagai
pemimpin, merendahkan halangan, mengatasi barrier, kurangkan kesukaran guru. Permudahkan kerja
guru.
Pembelajaran bermakna itu secara mikronya dalam PdPC secara makronya apa yang berlaku
selepas sekolah. Meaningful Learning adalah merujuk kepada pembelajaran sesuatu dapat mencetuskan
pengetahuan baharu yang lain. Ertinya, dapat mengaitkan pengetahuan yang diperolehi dengan
pengetahuan yang lain. Di Sarawak ini, ada sekolah besar dan ada sekolah kecil seperti Sekolah Cikgu
Jaul, cukup sukar saya nak letakkan kategori pemimpin atasan, pertengahan dan bawahan. Tidak ada
sempadan.
Moderator:
Saya tertarik penggunaan perkataan catalyst. Sebagai agen perubahan atau pemangkin tadi. Nak tak nak
kita perlu bincangkan Pembelajaran Abad Ke 21. Adakah program-program panitia di sekolah cikgu ada
memberi impak kepada PAK21.
Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai :
Sebagai pemimpin di sekolah, sepatutnya dalam diri kita sebagai pemimpin, tetapkan halatuju atau
matlamat yang hendak di capai. Kalau Ketua Panitia, apakah halatuju panitia yang hendak dicapai.
Halatuju sangat penting. Apa yang kita hendak bawa. Semua pemegang taruh kena faham hala tuju ini.
Jangan nanti, tidur sebantal mimpi lain-lain. Kalau berjaya, satu sekolah berjaya. Kejayaan semua, hasil
usaha kita. Adakah kita mahu sekolah sederhana, berada dalam status quo atau berprestasi. Contohnya
SK Ulu Lubai, halatuju yang ditetapkan ialah: 100% Sifar Linus, GPS UPSR di bawah 2.0, minima C dan
D bagi sekolah, murid-murid itu dah dianggap gagal. Keutamaan di SK Ulu Lubai hanya A dan B. Pada
saya guru mesti rasa bersalah jika murid-murid dapat C. Jika semua guru faham halatuju, semua akan
berusaha sebagai satu pasukan. Murid-murid adalah pelanggan, maka keutamaan adalah memberi
khidmat terbaik kepada pelanggan.
90
Saya juga membuat penjenamaan sekolah. Bina identitI sekolah. Untuk program gotong-royong,
saya jenamakan menggunakan bahasa Iban. Seterusnya perlu ada budaya kerja. Saya nyatakan di awal
mesyuarat bersama staf. Elakkan budaya 4 M iaitu malas (bila beri satu tugas berikan alasan), malu
(malu memberi idea dan pendapat – perlu elakkan), manja (bila diberi tugas, selalu komen apa yang
tidak ada – Jangan cari yang tidak ada, cari apa yang ada), dan monyok (bila semua kehendaak tak dapat
jadi monyok). Apabila 4 M dielakkan ganti dengan 5M iaitu : Merancang (Jumpa PGB mesti ada
perancangan – mesti ada kertas kerja), Melaksana (Perancangan diterjemahkan dalam bentuk
pelaksanaan), Memantau (Gunakan masa untuk memantau ahli-ahli panitia, guru-guru di bawah bidang
agar program yang dilaksana berjalan lancar – Buat laporan kepada pemimpin biarpun tidak ada di
sekolah). Saya ada saya tidak ada, roh dan jiwa saya tetap ada di sekolah, Menilai dan Menambahbaik.
Seterusnya bina watak dan etos sekolah. Sekolah Berwatak mesti dibentuk dan dipupuk. Watak sekolah
yang dikembangkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, ialah Komunikasi Bahasa Inggeris. Latih murid-
murid berbicara dan berpidato dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris digunakan dalam perbualan.
RPH amat penting dan tidak boleh diabaikan. Mesti tulis refleksi dalam RPH. PAK 21 dijalankan
melalui Projek Kelas Angkat (PROKAT). Hiaskan kelas dengan khidmat guru-guru dan komuniti agar
suasana kelas menjadi kondusif dan mempunyai banyak maklumat. Saya telah pergi melawat sekolah-
sekolah di luar negara, saya rasa malu. Di luar negara, sekolah ada guru pembantu. Di England ada 3
orang guru pembantu. Seorang yang diberi lantikan bergaji, 2 orang adalah dari dana PIBG. Saya
terapkan amalan ini, ibu bapa masuk dalam kelas ketika PdPC. Daripada ibu bapa duduk di luar, mereka
dijemput duduk bersama dalam kelas tetapi ibu bapa diberitahu apa yang perlu dilakukan: Jangan main
H/P, jangan bercakap, Jangan berkata kesat dan mencubit anak. Ketika aktiviti dilakukan, ibu bapa akan
membantu. Ibu bapa lebih tidak sabar daripada guru. Dalam Mesyuarat PIBG saya beritahu ibu bapa,
betapa besarnya pengorbanan guru. Ibu bapa menjadi faham peranan guru.
Di sekolah saya , apabila guru beritahu bawa barang-barang ini untuk aktiviti anak, ibu bapa akan
menyediakannya. Ibu bapa sangat membantu dan anak-anak sangat bersemangat.
Moderator:
Bagaiimana konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan dalam kalangan guru-guru. Apakah
syor-syor yang boleh Tn. Hj. Mahli kemukakan untuk membudayakan amalan ini.
Tn. Hj. Mahli, Ketua Nazir Negeri Sarawak :
Terima kasih sekali lagi. Setiap sekolah menggunakan pernyataan yang sama dari segi visi, iaitu
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera yang mana tidak sama. Yang tak sama setiap
sekolah ialah Kualiti dan Insan. Strategi yang akan dilaksanakan juga lain, mengikut konteks setiap
sekolah. Penterjemahannya perllu mengikut konteks sekolah. Pemimpin mempunyai visi dan misi yang
jelas barulah perancangan menjadi jelas dan tepat. Pemikiran strategik perlu di luar kotak. Jangan cedok
program sekolah lain.
Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai :
Apa yang ada dalam visi. Melestarikan, kemudian Berkualiti. Berapa orang murid yang tidak pandai baca.
Kalau ada jangan bermimpi untuk mencapai 100%. Murid pra dah pandai baca. Waktu masuk ke Sekolah
ini, pencapaian UPSR hanya 33%. Tindakan perlu dilakukan. Saya cipta satu program iaitu Kelas Dewasa.
Saya nama kan program Bacaan Bistari Secara Hoistik (BIOTIK).
Moderator : Terima kasih satu perkongsian yang hebat. Terima kasih kepada kedua-dua ahli panel. Sarat dengan
ilmu, sarat dengan nasihat, namun masa mencemburui kita.
91
RUMUSAN KOLOKIUM OLEH PENYELARAS LCML
Dr. Redzuan bin Hj. Jantan
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah-pensyarah kanan
PENYELARAS KOLOKIUM : DR REDZUAN BIN JANTAN
AlhamdulilLah kita telah sampai ke hari terakhir Kolokium yang dimulakan dengan perasmian oleh
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, kemudian diikuti Ucaptama 2 oleh wakil Pengarah JPN
Sarawak, pembentangan kajian oleh Dr Zoolaiha Abdul Rahman dan perkongsian amalan terbaik. Tema
Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna telah dikupas dengan sebegitu
sistematik melalui ucaptama dan forum yang telah klita semua ikuti tadi.
SLOT 10
92
3 sub tema telah dikemukakan dan dibentangkan oleh para pembentang. Pemimpin Pertengahan
Sebagai Penggerak PdPC menjadi tajuk yang menjadi pilihan para pembentang. Para pembentang
mempunyai latar belakang yang hebat dan kebanyakannya telah menerima APC, Pingat Emas
Pertandingan Inovasi dan Pembentang terbaik.
Dalam forum hari ini, kita juga telah mendengar kupasan tentang tema oleh dua orang ahli panel
yang dijemput. Sebagai pemimpin di sekolah, sepatutnya dalam diri kita sebagai pemimpin, tetapkan
halatuju atau matlamat yang hendak di capai. Kalau Ketua Panitia, apakah halatuju panitia yang hendak
dicapai. Halatuju sangat penting. Apa yang kita hendak bawa. Semua pemegang taruh kena faham hala
tuju ini. Jangan nanti, tidur sebantal mimpi lain-lain. Kalau berjaya, satu sekolah berjaya. Kejayaan semua,
hasil usaha kita.
Sepanjang kolokium berlangsung, perhatian dan tumpuan diberikan seratus peratus oleh peserta.
Jumlah kehadiran melalui e-sidang juga meningkat berbanding hari pertama namun masih ada yang
belum tick kehadiran dalam e-sidang. Penilaian juga boleh dibuat untuk semua slot sepanjang kolokium
ini. Peserta telah mendengar semua pembentangan. Dari aspek kolaboratif dan jaringan, tuan puan dari
seluruh pelosok negara dapat saling kenal mengenal dan berinteraksi antara satu sama lain.
SEKIAN TERIMA KASIH
PENGARAH CAWANGAN, DR ABANG HUT BIN ABANG ENGKEH
SEDANG MENYAMPAIKAN KATA ALU-ALUAN
93
KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN, EN. ABDUL MU’TI BIN AHMAD : TANDA TANGAN BUKU PELAWAT
94
UCAPAN PENUTUPAN KOLOKIUM
OLEH KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
YBhg. En. Abdul Mu’ti bin Ahmad
(Mewakili Pengarah IAB)
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah-pensyarah kanan
dan siding hadirin yang dihormati.
Pertama sekali, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya
dapatlah kita bersama-sama dalam majlis pada hari ini bersempena dengan Kolokium Pemimpin
Pertengahan 2018 anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) kali ke-2 kali yang diadakan pada tahun ini.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada IAB umumnya dan IAB Cawangan Sarawak
khasnya atas penganjuran kolokium yang pertama kali diadakan di Bumi Kenyalang dan melibatkan
seramai 180 orang peserta. Ucapan penghargaan juga kepada semua warga IAB yang telah memberikan
komitmen mereka melalui modul yang dibangunkan dan latihan yang dilaksanakan serta seterusnya
menganjurkan kolokium ini. Mandat yang diberikan untuk melaksanakan kolokium seumpama ini
menunjukkan kebolehpercayaan yang diletakkan di bahu IAB sebagai pusat latihan dalam kepimpinan
dan pengurusan.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pembentang dan peserta
kolokium kerana sanggup meluangkan masa dalam majlis perkongsian ilmu ini. Semoga ianya
bermanfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai pemimpin pertengahan di sekolah dan seterusnya
menjadi ruang kepada perkongsian amalan terbaik dalam organisasi masing-masing.
Sesungguhnya, penganjuran kolokium ini juga mencerminkan komitmen IAB sebagai institusi
latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung di negara kita dalam memainkan peranan
SLOT 12
95
penting dalam menjayakan anjakan kelima PPPM 2013 – 2025, iaitu memastikan setiap pemimpin
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Semoga kolokium ini dapat memberi makna dan impak
positif kepada semua pihak, khususnya kepada para pemimpin pertengahan dan pentadbir pengurusan
pendidikan yang sudah pasti mengharapkan sesuatu sentuhan minda dalam menangani perubahan
sistem pendidikan yang semakin mencabar.
Sidang hadirin yang dihormati
Sesungguhnya, kehadiran dan penglibatan tuan/puan dalam kolokium ini membuktikan sokongan,
dokongan dan semangat untuk melestarikan bidang pendidikan secara holistik demi memartabatkan
sistem pendidikan negara. Saya berharap semoga usaha murni seperti ini merupakan salah satu wadah
ke arah menjadi pemimpin pendidikan berprestasi tinggi yang sentiasa peka dengan perkembangan dan
perubahan dalam dunia pendidikan.
Pemilihan tema kolokium pada kali ini iaitu “Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya
Pembelajaran Bermakna” sememangnya sangat bertepatan dengan hasrat, kesediaan dan pencapaian
yang diutamakan oleh Kementerian Pendidikan. Perkara ini sangat berkait rapat dengan tanggungjawab
pemimpin pertengahan yang memainkan peranan penting sebagai pelaksana dan pendokong dalam
menentukan kejayaan dasar-dasar baharu pendidikan yang diilhamkan oleh kepimpinan negara dan
Kementerian Pendidikan. Perkongsian ilmu dan kerjasama sebeginilah yang akan menjadi daya
penggerak bagi menjamin kualiti pendidikan negara terus mencapai tahap yang cemerlang.
Kecemerlangan ini boleh diterjemahkan melalui kemenjadian murid yang holistik, berkebolehan,
berkualiti, berwibawa tinggi, berintegriti dan berpegang kepada nilai-nilai moral yang kukuh serta dapat
melahirkan pemimpin di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Hal ini jelas menunjukkan komitmen
berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan memartabatkan profesion keguruan. Saya yakin berkat kerjasama dan
kesungguhan kita semua pastinya akan berjaya meningkatkan lagi kualiti pendidikan.
Sidang hadirin yang dihormati
Pemimpin pertengahan yang terdiri daripada Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran berfungsi
untuk memantau dan mengawal gerak kerja kumpulan kakitangan yang mengurus sesuatu rutin kerja.
Mereka juga bertanggungjawab memastikan guru–guru menggunakan pengetahuan, kefahaman,
kemahiran dan kebolehan mereka dalam melaksanakan tugas di sekolah.
Pemimpin yang cemerlang berupaya menukarkan 'knowledge' kepada 'applied knowledge'
dalam tugasannya. Sehubungan dengan itu peranan pemimpin pertengahan perlu terus diperkukuhkan
lagi kerana mereka berperanan sebagai perancang strategik, menjadi jambatan antara pengurusan utama
dengan pegawai pelaksana, penterjemah dan pelaksana strategi sekaligus berperanan sebagai pelaksana
perubahan.
Oleh yang demikian, IAB telah mengambil inisiatif menambahbaik latihan pengurusan dan
kepimpinan pendidikan dengan mengadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership
Course for Middle Leaders, LCML) bagi membangunkan kompetensi Pemimpin Pertengahan di sekolah.
Ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dalam anjakan
kelima iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Melalui Kursus LCML yang diadakan secara bersemuka selama 5 hari dan tugasan yang
dilaksanakan di sekolah dengan bimbingan Pensyarah Pembimbing, Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata
Pelajaran diberikan pendedahan untuk menjadi pemimpin pembelajaran yang dapat mengiktiraf dan
menjadi suri teladan dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Selain itu,
96
pemimpin pertengahan juga dibimbing dalam membuat penilaian kualiti pengajaran dan pembelajaran
dengan tepat. Pemimpin pertengahan juga diberikan pendedahan untuk meningkatkan kemahiran yang
diperlukan bagi melaksanakan tugas secara efektif sebagai mentor kepada rakan guru yang lain dengan
menggunakan data secara efektif untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran serta
meningkatkan standard sekolah secara keseluruhan.
Mereka juga dilatih untuk merancang dan memantau penambahbaikan sekolah berterusan
secara berkesan mengikut bahagian yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin pertengahan
tersebut. Diharapkan mereka dapat memberikan sumbangan yang efektif terhadap sistem pengurusan
prestasi sekolah melalui pencerapan pengajaran serta pemantauan terhadap pelaksanaan Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah.
Sidang hadirin yang dihormati
Pemimpin pertengahan merupakan kumpulan pengurus peringkat kedua dalam hirarki sesebuah
organisasi. Peranan dan kedudukan mereka penting kerana mereka ialah kumpulan pemimpin yang
menjadi penghubung di antara pemimpin atasan dengan kumpulan pelaksana iaitu guru-guru dan staf
sekolah. Mereka membantu pihak pemimpin atasan membuat perancangan strategik dan melaksanakan
perancangan tersebut bagi mencapai misi dan visi organisasi.
Dalam masa yang sama kumpulan pemimpin pertengahan berperanan menyelaraskan aktiviti-
aktiviti kumpulan pelaksana yang membawa kemajuan pembelajaran dalam kalangan murid.
Keberkesanan mereka melaksanakan tugas penting ini akan memberi impak secara langsung kepada
kemajuan prestasi murid. Selain melaksanakan tugas sebagai guru mata pelajaran, pemimpin
pertengahan juga menjalankan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang akan menentukan
kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah.
Penyediaan pendidikan berkualiti bukan sahaja melibatkan aspek pembangunan prasarana
pendidikan yang serba lengkap dan moden, tetapi juga aspek kualiti kurikulum dan guru. Bagi
memastikan rakyat mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, Kementerian Pendidikan
sentiasa memastikan ketiga-tiga aspek ini diberikan keutamaan.
Pemimpin pertengahan yang sememangnya memikul tugas besar, bukan sekadar
memimpin orang bawahan atau mengurus sumber yang ada, malah dipertanggungjawabkan
untuk bersama-sama merealisasikan apa jua perancangan dan perubahan sistem pendidikan
seperti yang dicita-citakan oleh negara.
Selain daripada itu, pemimpin pertengahan juga mempunyai peranan yang penting dalam
memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti kepada murid. Ini kerana kualiti pendidikan
di sekolah amat bergantung kepada keterampilan dan profesionalisme yang dimiliki oleh para
guru. Pemimpin pertengahan juga perlu berupaya menunjukkan kepimpinan dan pengurusan
yang berkualiti dalam mengurus pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah masing-
masing. Kualiti murid kita hanya akan terjana menerusi amalan pengurusan yang berkualiti dan
beretika serta mementingkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Jika kita tidak berubah seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi,
kita akan ketinggalan. Kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah
kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi
sebarang bentuk cabaran sekalipun.
Kita sedar bahawa kualiti bukanlah satu destinasi, tetapi suatu perjalanan yang berterusan.
Sesuatu yang dianggap berkualiti pada hari ini mungkin tidak lagi berkualiti pada esok hari atau pada
masa akan datang. Oleh itu, pencapaian kualiti memerlukan perubahan.
97
Kita juga perlu mengurus perubahan dengan cekap. Untuk berjaya mengurus perubahan kita perlu
melakukan perubahan minda serta membuat penyesuaian nilai dan norma yang menjadi pegangan.
Peranan pemimpin pertengahan juga turut penting dalam memperkasakan sekolah. Mereka mempunyai
segala sumber dan kekuatan untuk bersama-sama menjayakan agenda ini. Di sinilah terletaknya peranan
sebenar seorang pemimpin pertengahan yang profesional.
Sidang hadirin yang dihormati
Dasar Baharu Pendidikan Negara hanya akan dapat dicapai seandainya kita semua meningkatkan
kefahaman tentang hala tuju negara dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan
pendidikan di sekolah-sekolah sebagai pemangkin kepada visi dan misi Kementerian Pendidikan.
Pemimpin pendidikan di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang proaktif dalam menjayakan
perubahan ini. Pengurusan sekolah masa kini sememangnya mencabar dengan pelbagai isu dan
perkembangan baharu dalam sistem pendidikan. Justeru, pemimpin pendidikan perlu sentiasa bersedia
dengan pelbagai langkah dan pendekatan untuk mengatasi cabaran dan halangan yang dilalui sepanjang
melaksanakan tugas di sekolah.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, harapan saya agar kolokium yang diadakan ini dapat membakar
semangat tuan/puan untuk mengintegrasi hasil positif dan mengadaptasi amalan terbaik serta penemuan
terbaharu bagi memantapkan lagi kualiti pendidikan yang sedia ada. Di samping itu, manfaat yang
diperoleh melalui penganjuran kolokium ini ialah dapat membina jaringan sokongan dan hubungan
profesional dan intelektual dua hala dengan warga pendidik di peringkat akar umbi hinggalah kepada
pihak pengurusan tertinggi.
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Kolokium Pemimpin
Pertengahan bagi tahun 2018. Mudah-mudahan kolokium ini berjaya mencapai matlamatnya demi
memartabatkan sistem pendidikan negara. Dengan lafaz yang mulia Bismillahir Rahmannir Rahim,
sukacita saya merasmikan penutupan Kolokium Pemimpin Pertengahan bagi tahun 2018 yang
bertemakan “Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna”.
Sekian, Wabillahi Taufik Wal-hidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
98
A. KEHADIRAN
PEMIMPIN PERTENGAHAN / PPD / PGB / JPN
1. Syahirul Azinar bin Abdul Rahman
2. Madhtrine @ Aldrin anak Gayok
3. Syabeli bin Johri
4. Rengan anak Beiji
5. Corem anak Jumen
6. Norafiza bt. Amin
7. Fam Choo Chen
8. Alva Amin Anak Chu
9. Choo Lui Yiu
10. Lim Siaw Chin
11. Rokiah bt. Mantali
12. Sidek bin Hj. Othman
13. Zarah bt. Zaini
14. Norlela bt. Narawi
15. Ernie bt. Md. Salleh
16. Bong Miow Lan
17. Uming Ngerong
18. Aileen Alfa Wong
19. Asrina Kartina bt. Sulaiman
20. Choo Joo Min
21. Ibrahim bin Mohamad
22. Faridah bt. Salim
23. Teo She Hong
24. Dayang Suhaila bt. Awang Suhaili
25. John Aqmal bin Abdullah
26. Marjina bt. Marsidi
27. Lim Siaw Chin
28. Yati anak Upon
29. Hazira bt. Mohd Ismail
30. Abdul Hamid bin Adon
31. Ros Aliza bt. Abdullah
32. Rozema anak Majang
33. Simon Hon Lit Min
34. Norleila bt. Chip
35. Suratman bin Surami
36. Norlyziah bt. Ali Hussein
37. Sia Chai Ting @ Norsiah
38. Jackson Ladius
39. Farhan bin Ahmad
40. Norliah bt. Gapar
41. Shirley Tay Siew Hong
42. Wong Yue Lee @ Ellyna Shammin bt. Abdullah
43. Norinnie bt. Kassim
44. Nor Irdawati bt. Khamis
LAPORAN KEBERKESANAN KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN
KALI KE-2
99
45. Norliah bt. Mustapin
46. Herlina Hendrikus
47. Dayana bt. Norizan
48. Hjh Rosnih bt. Nasir
49. Dayang Yasmaneh bt. Jumat
50. Alizah bt. Abdul Majid
51. Siti Sobrinah bt. Tassim
52. Ronie bin Mohamad
53. Jafri bin Pareh
54. Kamisah bt. Amiril
55. Rosianee bt. Guhan
56. Ajeme bin Barin
57. Yusof bin Saari
58. Siti Khainorliza bt. Mohd Nordin
59. Halleyza bt. Ibrahim
60. Yong Kwai Ying
61. Abd. Aziz bin Che Yusof
62. Salmah bt. Abdul Jalil
63. Zainab bt. Said
64. Nor Julianawati bt. Mohd Samsudin
65. Rohani bt. Mohamed
66. Noorlinda bt. Kamarudin
67. Nooraziah bt. Hashim
68. Nan Ayu Norhafidzah bt. Megat Laksana
69. Revichandran anak Gopalan
70. Norazita bt. Abdullah
71. Maziah bt. Yusof
72. Mohd Hilmi bin Mohd Roseli
73. Siti Amiza bt. Abdul Aziz
74. Md Yusof bin Dawam
75. Nor Haslin bt. Mohd Adnan
76. Dennes @ Shirley Jonioh
77. Wong Siew Kee
78. Ibrahim bin Bengang
79. Annie Chong Kim Nyuk
80. Kiew Kiu Hee
81. Joseph Ting Yew Hui
82. Balinda bt. Husain
83. Azman bin Hamzah
84. Abdul Rani bin Ghazali
85. Kartini bt. Mahli
86. Voon Khin Siong
87. Peter Daniel
88. Christina anak Meles
89. Ting Sii Ung
90. Dzolkapli bin Hj Haron
91. Mahli bin Rosli
92. Jaul anak Bunyau
93. Dollah bin Hj Mahaji
94. Rassidah bt. Hj Ahmat Sahari
95. Sulaiman bin Meni
96. Harold Wilson anak Api
100
97. Nurazila bt. Abdullah Midine
98. Nasri bin Baharom
99. Li Han Boon
100. Zainon bt. Hj Deli
101. Mustapha bin Hj Imbun
102. Abang Abd. Yazid bin Abang Yakup
103. Che Raziyusnita Erni bt. Che Wan
104. Mohd Hazreek bin Zainal
105. Hasbollah @ Asbola bin Amit
106. Siti Rahimah bt. Yusuppu
107. Aznan bin Hj Abiddin
STAFF IAB SARAWAK DAN SABAH
108. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh
109. Abdul Mu”ti bin Ahmad
110. Dr. Redzuan bin Hj. Jantan
111. Adline Sinyap
112. Dayang Rahanah bt, Awang Mashor
113. Hj Edmund Shah bin Tambi
114. Samen Sanggod
115. Suffian bin Hj. Jalet
116. Hairolhamzi bin Bahroddin
117. Dayang Hironi bt. Awang Kipli
118. Dr Ahmad Rafaai bin Ayudin
119. Rosli bin Sarip
120. Minhad bin Mohtah
121. Philip Chayong
122. Afidah bt. Ahmat Sahari
123. Jacqueline Martin
124. Beatrice Paul Diring
125. Caroline Michael Umbak
126. Hasanah bt. Sapawi
127. Kasmahsari bt. Kassim
128. Jamaluddin bin Sabi
129. Suhaili bin Jaya
130. Aswandi bin Laman
131. Kidcarson James Gubar
132. Vimala Davy G. Ramiah
133. Ong Siu Gek
134. Bahliya bin Sapee
135. Rosnah bt. Juni
136. Hamzani bin Zainuddin
137. Surani bt. Jamali
138. Noni bt. Mohamed Keria
139. Joyce Paya Apoi
140. Elsie Pua Mei Ping
141. Peter Petrie Ahim
142. Rudiana bt. Buang
143. Mohd Asrul bin Othman
144. Annilin Apat
145. Masniah bt. Masrie
101
STAFF IAB SEMENANJUNG
146. Dr. Redzuan bin Jantan
147. Indiran a/l Subrumanian
148. Rusli bin Wahab
149. Noor Zamimi bt. Mohd Zahari
150. Hamizi bin Osman
151. Dr. Zoolaiha bt. Abdul Rahman
152. Paridon bin Hj. Sahid
153. Mohd Mujab bin Sukaimi
154. Faridah bt. Mohamad
155. Nor Rajiah bt. Ahmad Dawa
156. Hasmiah bt. Mohd Ramli
+ PGB dan PPD sekitar (+ 10 orang)
Jumlah kehadiran Kolokium Pemimpin Pertengahan Kali Ke-2 = 166 orang
B. MAKLUMBALAS PESERTA
HAZIRA BT. MOHAMAD ISMAIL (820930136080)
1. INPUT / DAPATAN • Banyak perkongsian tentang cara pengurusan yang
sistematik diperolehi
• Banyak cara boleh dilakukan untuk meningkatkan
prestasi sekolah
• Memantapkan pasukan kepanitiaan dengan kaedah
yang pelbagai
• Cara-cara meningkatkan motivasi guru dan murid
• Kaedah PdPC disesuaikan mengikut aras murid-
murid
KEPUASAN • Sangat berpuas hati
• Seronok mengikuti Kolokium ini kerana banyak ilmu
dan perkongsian yang boleh diguna pakai
• Memberikan motivasi dan semangat mahu berubah
• Mendapat idea untuk menjadi lebih kreatif
REFLEKSI KENDIRI • Akan berkongsi maklumat yang diterima dalam
Kolokium ini dengan pengurusan sekolah
• Memanfaatkan perkongsian yang diterima untuk
memantapkan panitia dan meningkatkan prestasi
murid-murid dan berkongsi dengan Panitia lain
HERLINA BT. HENDRIKUS (790226125172)
2. INPUT / DAPATAN • Mempelbagaikan aktiviti guru untuk memantapkan
profesionalisme keguruan
• Mendalami dan memahami kejayaan kanvas strategi
dalam kepimpinan ketua panitia
• Ketua panitia merupakan penggerak kepada
perubahan di sekolah kerana KP rapat dengan guru-
guru
KEPUASAN • Mendapat suntikan semangat daripada rakan2 guru
yang telah menggunakan kanvas strategi dengan
berkesan
• Perkongsian ilmu daripada guru besar cemerlang
yang sangat bermakna dan membuka luas mata
102
untuk maju kehadapan tanpa mengeluh atau
berpikiran negative
REFLEKSI KENDIRI Keberkesanan kanvas strategi sangat memberang-
sangkan melalui perkongsian ilmu daripada pemben-
tang. Beberapa aktiviti mungkin dapar dilaksanakan di
sekolah kerana keadaan persekitaran yang sama.
Cabaran sebelum ini akan cuba diselesaikan dan segala
kelemahan akan diperbaiki
DAYANG YASMANEH JUMAT (751130125520)
3. INPUT / DAPATAN Jadi seorang pemimpin yang 'turun padang' bekerja
bersama-sama guru panitia demi mendidik anak2 murid
KEPUASAN Sangat berbaloi hadir untuk menjadi sebahagian
daripada acara kolokium ini diadakan. Terutama dapat
mendengar amalan yang terbaik daripada GB SK Ulu
Lubai. Memang terbaik!!!
REFLEKSI KENDIRI Dengan amalan terbaik yang dikongsikan seorang
pemimpin pertengahan perlu menguasai sebaik
mungkin 14 kompetensi yang ada
KAMISAH BT. AMIRIL (690913125694
4. INPUT / DAPATAN Dapat membuka mata dan minda melalui amalan terbaik
yang dI kongsikan. Kadang kala benda yg kita rasa
mudah dan biasa boleh mberi impak yg besar
KEPUASAN Perkongsian ilmu yang banyak memberi manfaat dan
menjadi pendorong untuk terus memajukan sekolah
REFLEKSI KENDIRI Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah
dibuat dan dcapai. Terus maju dan pamdamg ke
hadapan
DENNES @ SHIRLEY JONIOH (701219125145)
5. INPUT / DAPATAN Memperolehi ilmu kepimpinan terutama sebagai PP dan
mengetahui peranan PP yang lebih jelas. Melalui
perkongsian pembentang, beberapa intervensi yang
dikongsi membantu dapat melihat dengan lebih jelas
bagaimana meningkatkan prestasi pengurusan dan
prestasi PdPc
KEPUASAN Penyertaan ke kolokium yang julung kali sangat
memuaskan dan diharap dapat menyertai kolokium atau
kursus anjuran IAB di masa akan datang. Pengisian
masa yang efisien dan bermakna
REFLEKSI KENDIRI • Melalui perkongsian oleh para pembentang dan
cabaran yang diketengahkan membuka minda
bahawa segala isu berkaitan PdPC mampu untuk
diatasi sekiranya terdapat perancangan rapi.
• Kerjasama dalam pasukan perlu dibina agar PLC
dapat dijalankan dengan jaya.
• Penggunaan borang OPPM akan diperkasa untuk
memantau projek yg dirancang
SITI KHAINORLIZA BT. MOHD NORDIN (760629105224)
6. INPUT / DAPATAN Input sangat berguna dan relevan kepada saya untuk
melaksanakan tugas sebagai gkmp dengan lebih
berkesan dan berprestasi tinggi. Dapatan idea yang
diperoleh juga dapat membantu saya merancang,
melaksana dan menambah baik program di sekolah
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan
103
kemenjadian murid. Perkongsian amalan terbaik sangat
memberi motivasi dalam apa jua keadaan
KEPUASAN Sangat berpuas hati
REFLEKSI KENDIRI Saya dapat menambah pengetahuan secara praktikal
ilmu LCML yang saya peroleh pada tahun 2017.
Perkongsian amalan terbaik dapat membuka minda dan
memberi idea untuk merealisasikan kecemerlangan dan
kemenjadian murid. Saya bersyukur dan berterima
kasih kerana peluang menyertai kolokium menjadi
platform saya berkola-borasi antara satu sama lain
dapat memberikan idea kepada saya untuk menjalankan
tugas secara berkesan. Terima kasih iab, kolokium ini
sangat bermanfaat
UMING NGERONG (780218135451)
7. INPUT / DAPATAN Perkongsian amalan terbaik oleh para pembentang
memberi banyak input kepada saya sebagai seorang
pemimpin pertengahan. Banyak perkara yang dpelajari
terutamanya bagaimana memproses data/maklumat
yang terdapat d sekolah bagi menyelesaikan isu2 yang
boleh membantu ke arah peningkatan prestasi sekolah.
Persoalan-persoalan yang dhadapi oleh saya sebagai
seorang pemimpin pertengahan dapat terjawab dalam
kolokium ini. Kupasan ahli panel melalui forum
pemimpin pertengahan memberi saya pendedahan
tentang peranan dan tanggung jawab sebagai pemimpin
pertengahan dengan lebih jelas lagi
KEPUASAN Sangat-sangat bermakna kepada saya sebagai seorang
pemimpin pertengahan
REFLEKSI KENDIRI Penyertaan dalam kolokium ini sangat memberi
inspirasi dan motivasi kepada saya sebagai seorang
pemimpin pertengahan. Saya semakin jelas dengan
peranan saya. Melalui ilmu pengetahuan yang dipelajari
dalam LCML ini, memberi saya lebih keyakinan lagi
untnk memikul tanggung jawab dan menjalankan tugas
sebagai pemimpin pertengahan
JAFRI BIN PAREH (811229125995)
8. INPUT / DAPATAN • Perkongsian yang terbaik dan bermakna
• Mesti saling sokong menyokong semua peringkat
hirarki kepimpinan sekolah
• Everyone Can Learn: Pembelajaran Sepanjang
Hayat
• Komunikasi Berhemah dan berkesan
KEPUASAN Amat baik dengan perkongsian daripada para
pembentang terutamanya gerak kerja kanvas di
sekolah. Satu platform terbaik dan perlu disebar-
laksanakan di semua peringkat. Perlu penambahbaikan
di beberapa sudut yang minor. Tahniah kepada pihak
IAB dan semua pihak terlibat
• Memudahkan pelaksanaan di peringkat Negeri/
Daerah/ Sekolah.
• Memberi ruang dan peluang kepada saya
memperbaiki kualiti kerja dan Gerak kerja yang
berkesan dengan mengaplikasi dan membudayakan
Kanvas Strategi Analisis Data (KSAD)
104
FARIDAH BT. SALIM (790212135660)
9. INPUT / DAPATAN Menjana idea tentang keberkesanan sebagai pemimpin
pertengahan dalam mempelopori transformasi di
sekolah
KEPUASAN Sangat berpuas hati dengan pengisian. Cuma agak
terkilan kerana perkongsian daripada En Jaul anak
Bunyau terasa singkat kerana kekangan masa. Saya
cadangkan agar perkongsian amalan terbaik juga turut
melibatkan beliau pada kesempatan yang lain
REFLEKSI KENDIRI Saya menjadi lebih bersemangat utk menterjemahkan
ilmu-ilmu yang diperolehi sebelum ini setelah melihat
dan mendengar sendiri tentang bgaimana amalan
tersebut dipraktikkan di sekolah. Malah berniat pula
untuk menjana inovasi sendiri dalam PdPC. Terima
kasih kepada IAB atas kesempatan yang telah diberikan
ROHANI BINTI MOHAMED (730629016072)
10. INPUT / DAPATAN Sangat berguna dan relevan kepada saya kerana amalan
terbaik yang di kongsi oleh para pembentang memberi
idea kepada saya untnk menjalankan tugas saya
sebagai pemimpin pertengahan yang lebih berkesan
dan berfungsi di sekolah saya amnya dan dalam panitia
saya khususnya disamping berjaya memotivasikan diri
saya dalam apa jua keadaan
KEPUASAN Sangat puas hati
REFLEKSI KENDIRI • Pada akhir kolokium ini, saya dapat menambah
pengetahuan secara praktikal bagaimana ilmu yang
dibekalkan dalam kursus LCML di IAB yang saya ikuti
pada tahun 2016 dijalankan di sekolah berdasarkan
kan kanvas strategi dan tools spt SPeCT, OPPM dsb.
• Sangat bermanfaat kepada saya.. Terima kasih IAB
kerana mengadakan kolokium ini sebagai platform
peserta kursus LCML berkongsi idea, ilmu dan
amalan terbaik yang dijalankan mengikut kreativiti
guru masing-masing bersesuaian dengan iklim
sekolah masing-masing: “just do it dan gayakan apa
yang ada”
DIAYANA BT NORIZAN (790831055408)
11. INPUT / DAPATAN • Dapatan dari program ini sangat berguna untuk kami
sebagai guru amnya, kususnya sebagai pemimpin
pertengahan.
• Maklumat yang disalurkan dari ucaptama, pemben-
tang-pembentang dan forum yang diadakan dapat
membimbing pemimpin pertengahan agar lebih
kreatif dan terbuka dalam menyelesaikan masalah
ketika melaksanakan tugas
KEPUASAN Saya sangat berpuashati, teruja, terkesima dan merasa
bertuah kerana diberi peluang mengikuti program yang
hebat dan julung² kali diadakan untuk pemimpin
pertengahan
REFLEKSI KENDIRI • Menambah pengetahuan dalam perkongsian sebagai
pemimpin pertengahan dan boleh diaplikasikan atau
disebarluarkan untuk manfaat bersama.
105
• Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan
tugas.
• Program ini menjadi platform untuk menjadi pemim-
pin dimasa hadapan.
• Dapat bertukar² fikiran dengan rakan² baru, walau-
pun dengan hanya secara santai
RONE BIN MOHAMMAD (790826125897)
12. INPUT / DAPATAN Dapat mengetahui lebih mendalam bagaimana kursus
LCML sebelum ini dapat digunakan untuk menangani
isu-isu lokaliti yang dihadapi oleh sekolah masing-
masing melalui pembentangan
KEPUASAN Sangat berpuashati dengan pengisian program yang
diatur oleh pihak IAB melalui perkongsian pemben-
tangan yang lebih praktikal untuk diaplikasikan di
sekolah dan panel forum yang dijemput banyak
memberi inspirasi kepada saya untuk membuat
perubahan dan penambahbaikan di sekolah kelak
REFLEKSI KENDIRI Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada pihak IAB
kerana mempelawa saya hadir dalam kolokium ini.
Pengalaman pertama dan sangat berharga sepanjang
saya berkhidmat selama 15 tahun. Banyak ilmu yang
dapat diperolehi bermula dari ucap tama TKPPM
sehingga forum hari terakhir. Syabas tahniah!!! kepada
seluruh pihak di IAB yang terlibat menyusun program
kolokium untuk perkongsian kepada semua peserta
yang terlibat. Dapat menyuntik semangat kepada saya
untuk membuat penambahbaikan pengurusan di
sekolah dan membuka minda tentang peranan sebagai
pemimpin pertengahan. Diharapkan pada masa akan
datang slot forum bersama panel jemputan dapat
diberikan masa yang agak panjang untuk ruang
perbincangan yang berimpak
ERNIE BT. MD. SALEH (750710105230)
13. INPUT / DAPATAN • Refresh semula ilmu yang dipelajari di LCML
• Perkongsian daripada peserta-peserta yang berjaya
mengaplikasikan semua tools yang dipelajari
KEPUASAN Banyak dapatan membina yang boleh digunakan di
sekolah
REFLEKSI KENDIRI Saya boleh perbaiki pengurusan bidang mata pelajaran
saya dengan melakukan penambahbaikan mengguna-
kan ilmu yang diperolehi sepanjang kolokium Pemimpin
Pertengahan Kali Ke-2
DAYANG SUHAILA BINTI AWANG SUHAILI (820617135372)
14. INPUT / DAPATAN Banyak amalan terbaik dapat digunakan untuk
nemambahbaik PdPc dan pengurusan sekolah
KEPUASAN Sangat berpuas hati, sangat beruntung terpilih untuk
mengikuti kolokium
REFLEKSI KENDIRI Setelah mengikuti kolokium, saya rasa bersemangat
untuk memperbaiki segala kelemahan saya dalam
pengurusan di sekolah. Perkongsian yg amat bermakna
dan memberi idea baru kepada saya
PETER DANIEL (720819135671)
15. INPUT / DAPATAN Semua kaedah semasa kursus LCML sangat berguna
untuk dijadikan tools untuk membuat perubahan
106
KEPUASAN Saya dapat memahami lebih terperinci langkah-langkah
membuat kajian selepas kesemua 12 pembentang
membuat pembentangan
REFLEKSI KENDIRI • Saya merasa kecewa dengan diri saya sebab tidak
dapat yang hebat macam para pembentang.
• Cadangan saya kalau dapat perlu diberi pendedahan
kepada Ketua Panitia dan Guru Kanan di sekolah di
seluruh Negara
IBRAHIM BIN MOHAMAD (791018135047)
16. INPUT / DAPATAN Boleh menggunakan dan mengaplikasi dapatan perole-
han serta permasalahan dyang diterjemahkan ke dalam
kanvas data, SPeCT, OPPM. Tahu mengendalikan
permasalahan terutamanya bila berurusan dengan
organisasi
KEPUASAN Perkongsian yg sangat bermakna dan memberi inspirasi
untuk diapresiasi dlm pekerjaan
REFLEKSI KENDIRI Diharap ada jemputan sekali lagi dalam berkongsi dan
ilmu yang diberikan sungguh bermakna
NORAZITA BT. ABDULLAH (690102065288)
17. INPUT / DAPATAN Mencetus idea untuk inovasi mengikut persekitaran
sekolah dan kualiti murid bagi meningkatkan
kemenjadian murid
KEPUASAN Persiapan kolokium dan susunan pembentangan sesuai
dengan keperluan peserta yang hadir. Satu Usaha IAB
yang berkesan untuk membangunkan peminpin yang
berkualiti
REFLEKSI KENDIRI Setiap pembentangan memotivasi dan membuka minda
untuk membangunkan potensi diri secara seimbang.
Saya mengikuti pembentangan tanpa jemu. Pastnya
saya ada sesuatu yang bernakna untuk sekolah dan
saya telah mulakannya.. Tahniah AIB dan terima kasih
memberi peluang kepada saya sebagai peserta dalam
kolokium 1 dan 2
SALMAH BINTI ABD JALIL (690824055030)
18. INPUT / DAPATAN • Motivasi diri
• Objektif lebih fokus
• Membina keyakinan untuk PdPc yang lebih
cemerlang
• Lebih jelas peranan untuk meningkatkan organisasi.
• Kembali semula kelandasan yang betul
KEPUASAN • Ilmu yang tiada di tempat lain.
• Mendapat input baru untuk diaplikasikan dalam
PdPC & sekolah
• Lebih brsemangat untuk menghasilkan inovasi bagi
menyelesaikan masalah PdPC di sekolah
REFLEKSI KENDIRI Sangat berpuas hati terutama dalam pembentangan &
forum. Berharap dberi peluang untuk menghadiri
kolokium yang akan datang
ZAINAB BT. SAID (660817106568)
19. INPUT / DAPATAN • Pemimpin Pertengahan perlu punya matlamat yang
jelas
107
• Kemahiran diri yang wajar dibina dan ditambah
• Kehebatan seorang pemimpin adalah hasil
kerjasama semua pihak
• Dalam memajukan organisasi usah terlalu banyak
beralasan. Gunakan kemudahan yang ada untuk jadi
lebih kreatif dalam memajukan diri juga organisasi
KEPUASAN Saya amat berpuas hati dapat mengikuti kolokium ini
kerana banyak perkongsian yang sangat mengujakan
yang saya peroleh
REFLEKSI KENDIRI • Membina lebih keyakinan diri
• Akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik
dalam organisasi
• Perlu menambah ilmu dan kemahiran kepemimpinan
ROSIANEE BT. GUHAN (751225125646)
20. INPUT / DAPATAN • Dapat refresh semula kanvas strategi, SPeCT,
OPPM
• Mendapat idea meningkatkan pengurusan melalui
perkongsian amalan terbaik
KEPUASAN Sangat berpuas hati terutama melalui perkongsian
amalan terbaik dan forum
REFLEKSI KENDIRI Dapat memperbaiki diri sendiri dalam pengurusan dan
memimpin guru- guru panitia dalam menghasilkan
murid yang berkualiti
108
GAMBAR-GAMBAR KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2
109
Gambar 1: Mesyuarat Pelaksanaan Kolokium
Gambar 2 : Mesyuarat Pelaksanaan Kolokium
Gambar 1 : Pemandangan Kampus IAB Cawangan Sarawak
Gambar 3 : Persiapan Dewan Utama (19 hb Oktober, 2018)
110
Gambar 4 : Persiapan Sejinjang Lounge
111
Gambar 5 : Pemasangan Banner
Gambar 6 : Pemasangan Bunting
Gambar 7 : Bahan untuk peserta
112
Gambar 8 : Dewn Utama telah disiapkan pada 19 hb Oktober, 2018
Gambar 9 : Peserta Kolokium
Gambar 10 : Urusetia Kolokium di Dewan Makan
113
Gambar 11 : Kenangan Staf IAB Bersama TKPPM Dato’ Sulaiman Wak
114
Gambar 12 : Kenangan Staf IAB Bersama KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan, En. Abdul Mu’ti bin Ahmad
115
Gambar 13 : Para Pembentang Amalan Terbaik dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
116
Gambar 14 : Barisan Pensyarah Bersama Ahli Panel Forum
117
Gambar 15 : Tetamu VVIP Mengunjungi Tapak Pameran
118
Gambar 16 : Forum Ilmiah Mengupas Tema Kolokium
119
Gambar 17 : Barisan Urusetia Kolokium Yang Sentiasa Ceria dan Bersemangat
120
Gambar 18 : Pn. Dayang Rahanah, Pn Caroline, Pn. Hasmiah, Cik Adline, Pn. Beatrice dan Pn. Jacqueline
121
Gambar 20 : Pengarah Cawangan ditemani Penyelaras LCML Di Konti Sarawak.fm
Gambar 19 : Berita Tentang Kolokium Dalam Siaran TV1
122
Gambar 21 : Sesi Fotografi Bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM)
123
SEJUTA PENGHARGAAN KEPADA SEMUA
AHLI JAWATAN KUASA YANG TELAH MENJAYAKAN
KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2
Jawatankuasa Jemputan VVIP / VIP
En. Suffian bin Hj Jalet
Pn. Hasmiah binti Mohd Ramli
En. Mohd Ishak bin Ismail
Jawatankuasa Protokol, Pengurusan Majlis
dan Sambutan
En. Suffian bin Hj Jalet
Pn. Beatrice Paul Diring
Pn. Hasmiah binti Mohd Ramli
En. Mohd Ishak bin Ismail
Dr. Abang Adam bin Abang Deli
Dr. Aswandi bin Laman
En. Suhaili bin Jaya
Jawatankuasa Pelaporan dan Prosiding
Dr. Ahmad Rafaai bin Ayudin
En. Minhad bin Mohtah
Pn. Ong Siu Gek
Cik Afidah binti Hj Ahmat Sahari
Dr. Aswandi bin Laman
Jawatankuasa Pameran
Pn. Vimala Davy G. Ramiah
En. Samen anak Sanggod
En. Zulkifli bin Manaf
En. Termizi bin Mohd Yusof
Jawatankuasa Jamuan
Pn. Hasanah binti Sapawi
Pn. Hjh. Halijah binti Ariffin
Pn. Surani binti Jamali
Pn. Joyce Paya Apoi
Pn. Caroline Michael Umbak
Cik Rosnah binti Juni
Pn. Beatrice Paul Diring
Jawatankuasa Pembentang
Cik Nor Rajiah binti Ahmad Dawa
Cik Masniah bt. Masri @ Masrie
En. Philip anak Chayong
Pn. Faridah binti Mohamad
Pn. Hjh. Hilmun binti Baharuddin
Pn. Annilin Apat
Pn. Jacqueline Martin
Dr. Teoh Hong Kean
Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Dewan
En. Jamaluddin bin Sabi
Pn. Ong Siu Gek
En. Rosli bin Sarip
En. Hamzani bin Zainuddin
En. Bahliya bin Sapiee
En. Peter Petrie Ahim
Pn. Elsie Pua Mei Ping
Jawatankuasa Buku Program, Banner, Beg dan
Tag Nama
Pn. Dayang Hironi binti Awang Kipli
En. Azwan bin Wamin
Pn. Normah binti Ramli
Dr. Ahmad Rafaai bin Ayudin
Pn. Elsie Pua Mei Ping
Pn. Joyce Paya Apoi
En. Mohd Asrul bin Othman
Jawatankuasa Penilaian Kolokium
Dr. Nor Foniza binti Maidin
Dr. Tarzimah binti Tambychik
Dr. A’azmi bin Shahri
Hjh Siti Fadzlun binti Abdul Thani
En. Noor Azam bin Mahmad
Dr. Hjh Noraini binti Abdullah
Cik Chang Fui Chin
Hj. Paridon bin binti Sahid
Hjh Khalina binti Khalid
Dr. Jeffri bin Idris
En. Jamaluddin bin Sabi
En. Kidcarson James Gubar
Jawatankuasa Cenderamata
Cik Adline Sinyap
Pn. Vimala Davy G Ramiah
124
Pn. Joyce Paya Apoi
Pn. Noni binti Mohamed Keria
Jawatankuasa Pensijilan
Cik Afidah binti Ahmat Sahari
En. Mazli Hazril bin Hasanuddin
Jawatankuasa Portal, Teknikal, Peralatan, QR
Code dan Multimedia
En. Rosli bin Sarip
En. Mohd Nazri bin Ibrahim
En. Kidcarson James Gubar
En. Hisham bin Jamen
Hj. Paridon bin Hj Sahid
En. Muhammad Arqam bin Muhamad
En, Ekhwan Besah @ Sitam
Pn. Dayang Hironi binti Awang Kipli
En. Jamri bin Mohd Nawawi
En. Bahliya bin Sapiee
Jawatankuasa Teks Ucapan dan Kata Alu-aluan
En. Hairolhamzi bin Bahroddin
Pn. Salmah binti Ismail
Jawatankuasa Pengangkutan, Keselamatan
dan Kebajikan
En. Hamzani bin Zainuddin
En. Peter Petrie Ahim
En. Mohd Asrul bin Othman
En. Samen anak Sanggod
Jawatankuasa Pendaftaran dan Penginapan
Pn. Caroline Michael Umbak
Cik Lim Siew Ngen
Hj. Shahrin bin Alias
Dr. Norlaila binti Kuslan
En. Kidcarson James Gubar
Pn. Maimunah binti Karim
En. Mohd Rozali bin Mohd Subandi
Cik Faizatoen binti Zulkarnain
En. Liew Fook Sin
En. Mohd Asrul bin Othman
Pn. Joyce Paya Apoi
Pn. Elsie Pua Mei Ping
Pn. Noni binti Mohamed Keria
Jawatankuasa Seranta dan Media
En. Suffian bin Hj Jalet
Pn. Hasmiah bt. Mohd Ramli
En. Mohd Ishak bin Ismail
Jawatankuasa Pengacaraan Majlis
En. Hairolhamzi bin Bahroddin
Pn. Kasmahsari bt. Hj Kassim
En. Philip Chayong
Jawatankuasa Kewangan
Cik Rudiana binti Buang
Pn. Hjh Norihan bt. Mohamed Naim
Pn. Zalina binti Zainal
MODERATOR
En. Rusli bin Wahab
Tn Hj Mujab bin Sukaimi
En. Hairolhamzi bin Bahroddin
Pn. Hjh. Hilmun binti Baharuddin
En. Hamizi bin Osman
Dr. Abang Adam bin Abang Deli
Hj. Edmund Shah bin Tambi