Kemahiran Penggunaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
1.0. OBJEKTIF.
Di akhir pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami :
1.1. Kriteria- kriteria dalam pemilhan sumber Pengajaran & Pembelajaran.
1.2. Cara- cara menggunakan sumber dengan berkesan
1.3. Prinsip-prinsip pengajaran pembelajaran berdasarkan bahan
2.0. KEMAHIRAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
2.1. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model,
gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah
bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan
bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer.
2.2. Dibawah srategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan
pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid- murid pula
boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan
secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.
2.3. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah
kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran
terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan
bahan- bahan bercetak.
2.4. Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat dengan
strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah
kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti transparensi dan projektor.
2.5. Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi
pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri- penemuan, kaedah penyelesaian
masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan- bahan pembelajaran
yang lain.
3.0 KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria-
kriteria berikut :
3.1. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak
diajarkan.
3.2. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk
yang asli dan tersendiri.
3.3. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran
atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan
lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat
bantu mengajar . Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan
lebih kekal dalam ingatan.
3.4. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk
menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan
menggunakan gambar yang berwarna.
3.5. Alat bantu mengajar harus disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa
yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu
tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.
3.6. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai
supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar
akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan murid.
3.7. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni
yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya
memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur
negatif seperti berjudi dan merokok.
4.0. CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN
Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk
mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar dan
menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu
mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang
sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya guru haruslah
membimbing murid- murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-
murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi
beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-
murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat
murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.
4.2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk
menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti
pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.
4.3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu
alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid- murid akan asyik tumpukan perhatian mereka
kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru.
4.4 Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting
yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian
terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar itu denagn
tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran.
4.5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan
baik di tempat yang sesuai.
4.6 Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan
tempat guru. penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran
yang ditentukan.
Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap,
supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka.
Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan
mengikut kriteria- kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaanya kurang cekap ataupun kurang
berkesan.
5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN
BAHAN
- Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan, guru
harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut :
5.1 Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu.
Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta sesuai digunakan mengikut kebolehan
pelajar.
5.2 Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah di baca oleh guru
terlebih dahulu supaya mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai
bahan mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan.
5.3 Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang
mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk set induksi seperti
menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaran hendaklah dirancang.
5.4 Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah
diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia bertujuan untuk
mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru mengenal pasti kebaikan
dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran.
Rajah 5 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Langkah dan Kemahiran Penggunaan
sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Tandakan √
Ya Tidak Tidak Kelihatan
Langkah i : Pemilihan bahan
Sesuai dengan objektif pelajaran
Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar
Bahan jelas, ringkas dan tepat
Sesuai untuk murid-murid
Bahan pembelajaran mencukupi
Langkah ii : Pengurusan bahan
Bahan pelajaran diuruskan secara sistematik dan
mengikut langkah penyampaian
Bahan pelajaran digunakan dengan cara berkesan
Bahan pelajaran dikaitkan dengan kaedah mengajar
yang sesuai
Langkah iii : Penilaian dan Pengukuhan
Ada aktiviti penilaian murid yang menggunakan
bahan pelajaran
Ada bahan pelajaran digunakan untuk aktiviti
pengukuhan dengan berkesan.
Posted by Hasmizi Abdul Hamid at 5:23 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
http://miji75tm.blogspot.com/2011/02/kemahiran-penggunaan-sumber-pengajaran.html