SEMESTER 2 SESI 2013/2014
SME6044
CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION
TUGASAN 2 : PENSIJILAN GURU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
FAIZAH BINTI ABDUL HAMID M20131000405
MONICA NURI M20131000411
NOR FAZMIRA BINTI RAZALI M20131000388
FARAHANA BINTI SANI M20131000389
SITI MUSLIHAH BINTI HAJI HARON M20131000395
KUMPULAN : B
PENSYARAH : DR MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH
1
PEMARKAHAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Pensijilan Guru
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pensijilan bermaksud pemberian atau
penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat,
piawai yang dikehendaki atau ditetapkan. Pensijilan guru adalah proses pendidikan untuk
melahirkan guru-guru yang berkemahiran iaitu satu jangka masa untuk mempelajari teknik
mengajar.
Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah guru harus mempelajari teknik-teknik
mengajar dan menjalani latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional,
mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan
mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Latihan perguruan bertujuan untuk
membolehkan guru pelatih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman
dan mencari kaedah pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata
pelajaran yang diajar dan mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar sahaja, tetapi
juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang
betul. Jadual di bawah menunjukkan bilangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di
Malaysia :
Lelaki Perempuan
Rendah 73,359 170,259
Menengah 55,343 125,780
Jumlah 128,702 296,039
Sumber : Data Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) seperti 30 April 2014
Jika dilihat kepada statistik bilangan guru di Malaysia, jumlah guru lelaki masih jauh
berkurang berbanding guru perempuan. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu merangka
strategi bagi menarik minat pelajar lelaki untuk mengikuti kursus perguruan dan seterusnya
mengurangkan jurang bilangan guru lelaki dan perempuan.
1.2 Pendidikan Guru Di Malaysia
Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan
gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan
2
banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri daripada golongan yang kuat semangat
perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang berlaku
begitu pantas masa kini.
Bahagian Pendidikan Guru memainkan peranan penting dalam pemilihan guru untuk
mengikuti kursus perguruan untuk ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan. Menurut Wan Harun bin Wan
Yaacob (2008), institusi pendidikan guru berusaha melahirkan guru-guru yang berkualiti atau
berkebolehan agar dapat melaksanakan tugas mendidik dengan berkesan. Fokus Bahagian
Pendidikan Guru adalah mengendalikan kursus dalam perkhidmatan dan program pendidikan
perguruan pra-perkhidmatan.
1.3 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institut Pendidikan Guru telah dinaiktaraf pada 13 Julai 2005 daripada Maktab Perguruan
Guru. Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institut pengajian tinggi
yang melatih bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan
SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas
(KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program
Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek
Kelolaan Institut (KPKI). Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini
dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM
KPM) yang bertempat di Cyberjaya. IPGM KPM ini telah mula beroperasi pada 3 Januari
2010. Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk
melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru
yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28 kampus
cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre.
1.4 Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam
melalui kerajaan ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah:
a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI
b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
c) Universiti Utara Malaysia, UUM
d) Universiti Teknologi Mara, UiTM
3
e) Universiti Malaya, UM
f) Universiti Sains Malaysia, USM
g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM
h) Universiti Malaysia Sabah, UMS
i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM
2.0 KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Selaras dengan hasrat peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia, kementerian pendidikan
Malaysia berusaha menyediakan guru berkualiti dimulakan dengan pengambilan 30 peratus
daripada lepasan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia sebagai bakal guru. Tan Sri Muhyiddin
Yasin dalam ucapannya semasa majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun
2014 menyatakan peningkatan profesionalisme dan kualiti guru harus diutamakan bagi
mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Bagi mencapai tujuan itu, kementerian akan memantapkan latihan guru di institut pendidikan
guru (IPG). Kursus dalam program pendidikan guru turut memberi penekanan terhadap
penerapan unsur kreativiti dan inovasi dalam latihan perguruan merangkumi Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan
Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah. Kualiti sistem pendidikan tidak dapat mengatasi
kualiti guru. Berdasarkan sistem sekolah terbaik di dunia, menambah baik kaedah pengajaran
dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaian pelajar. Kualiti guru juga
merupakan penentu utama mengatasi faktor-faktor lain termasuk saiz kelas.
3.0 KEPENTINGAN KURSUS PERGURUAN
3.1 Matlamat Kursus Perguruan
Kursus perguruan sangat penting untuk membentuk seorang guru yang berprofession,
bersahsiah, berilmu pengetahuan, berkemahiran ikhtisas, mempunyai nilai-nilai murni,
melahirkan nilai keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Kursus perguruan juga dapat melahirkan insan yang berprofessional,
berkualiti, cekap, yakin dan berkemahiran tinggi. Guru juga didedahkan dengan
pengkhususan matapelajaran supaya cekap mengajar subjek tersebut kepada pelajar. Selain
itu, kursus perguruan akan menentukan skim perjawatan mengikut pencapaian pendidikan
dan juga penentu perkembangan staff untuk menentukan guru cemerlang.
4
Bakal guru akan didedahkan dengan aktiviti ROS dan Praktikum untuk memantapkan
lagi bidang profession sebagai seorang guru. Konsep ROS memberi peluang kepada guru
pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah.
ROS juga dijadikan sebagai pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari
perspektif seorang guru. Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid,
pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi. ROS
akan diadakan selama dua minggu supaya guru mendapat gambaran awal tentang pengurusan
sekolah. Strategi perlaksanaan ialah tempoh ros dijalankan selama dua minggu pada cuti
semester. Tempoh penempatan 2 minggu di sekolah rendah ( ros 1 ) dan 2 minggu di sekolah
menengah ( ros 2 ) tertakluk kepada keperluan mengikut program.
Praktikum adalah kesinambungan ROS yang memberi peluang kepada guru pelatih
mengamalkan pengetahuan ,kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi
sebenar bilik darjah dan sekolah. Tujuan praktikum adalah menyepadukan teori dan amali
pengajaran pembelajaran, menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran dalam bilik
darjah, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, memupuk sikap
positif, membentuk daya kefahaman, mengamalkan dan menghayati nilai profesion keguruan,
mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas bagi
memperbembangkan potensi diri, menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan
gerak kerja kokurikulum dan mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam proses
pengajaran pembelajaran. Mengikut (WorkshopReports,1970;7), kejayaan pelaksanaan
kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung sejauh mana seseorang guru dapat
membentuk muridnya menjadi seorang berguna kepada masyarakat dan negara. Hal ini
adalah kerana kemahiran professional seseorang guru terletak pada keupayaannya
menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai yang betul.
Melalui (Cabinet Committee Reports on the implimentation of National
EducationPolicy,1979) juga, “the three years training program has been introduced with the
primary objective of improving the quality of teacher education in this country”
5
3.2 Fokus Utama Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Guru
Peranan yang dimainkan oleh institusi perguruan iaitu Maktab Perguruan dan IPTA
untuk meningkatkan kualiti guru-guru. Melalui Dasar Pendidikan Wawasan 2020, pelbagai
perubahan yang telah dibuat dalam kurikulum pendidikan guru, latihan sistem penilaian,
matapelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah, kursus IPG dan IPTA, Lembaga
Peperiksaan dan Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan ,Jabatan Pendidikan Teknikal, Bahagian
perancangan Pusat Perkembangan Kurikulum dan penyelidikan dasar pentadbiran, Bahagian
Buku Teks danJemaah Nazir Sekolah. Mengikut Kajian Oleh Hapidah et al.(2002), faktor
bimbingan memberi sumbangan yang signifikan terhadap kualiti pembelajaran dan
pengajaran di maktab perguruan. Dari sudut perbincangan Grover(1989), semua pendidik
seharusnya menjadi “instructional leader” dengan membolehkan mereka menghadiri kursus
yang berkaitan dengan penguasan sesuatu mata pelajaran ke tahap ketrampilan kerja yang
lebih bermakna. Melalui Marzita Puteh (2003), menegaskan seorang guru cemerlang
selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran. Selaras dengan itu
segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan
dengan perkembangan semasa.
Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002), guru cemerlang menunjukkan ciri
seperti komitmen profesional yang tinggi, pakar dalam semua bidang, sedia berkongsi
pengalaman, kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek dan kebolehan mengurus
pelajar. Pelbagai cadangan pembentukan program pendidikan guru yang harus Bahagian
Pendidikan Guru perlu tinjau seperti negara yang diambil kira untuk menambah baik sistem
pendidikan di Malaysia contohnya sistem pendidikan Jepun. Guru di Jepun dihormati dan
dihargai dengan pemberian segala kemudahan terutama guru sekolah rendah mendapat gaji
yang lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat. Semua guru
sekolah rendah adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka
digalakkan meneruskan pelajaran mereka dan semua sekolah Jepun adalah satu sesi dan ini
memang sesuai dengan iklim di sana. Selain itu, Sistem Pendidikan Jerman pula menekankan
kepada pemahaman teori dan aplikasi praktikal secara sekaligus. Selain itu, hubungan erat di
antara pusat pengajian tinggi dan industri (sekolah) juga membolehkan graduan yang
dihasilkan adalah benar-benar mahir, berkebolehan, menguasai sepenuhnya bidang yang
mereka ceburi dan secara langsung boleh mengatasi dilema siswazah menganggur. Sistem
pendidikan yang diamalkan di negara Jerman adalah Sistem pendidikan percuma.
6
4. 0 CONTOH ISU DALAM PENSIJILAN GURU
4.1 ISU KPLI (Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah) dan (Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah) DPLI.
Terdapat empat isu yang melibatkan guru-guru KPLI dan DPLI ini. Antaranya ialah
minat, jalan mudah mencari pekerjaan, penguasaan kemahiran pelajar KPLI dan DPLI
dalam kursus ikhtisas dan menolak hak pelajar ISMP yang layak.
Bagi isu yang pertama iaitu isu minat, isu ini sentiasa dibangkitkan ialah sama ada
calon guru KPLI dan DPLI yang berjaya dipilih adalah benar-benar layak dan ingin
menjadi seorang guru. Terdapat sebilangan kecil guru yang memilih profesion perguruan
dengan motif peribadi seperti mendapat gaji yang tetap, cuti yang panjang dan pada
jangkaan mereka bidang ini mudah serta tidak mencabar. Faktor keupayaan
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti
seseorang dengan persekitaran itu merupakan satu faktor yang besar. Apabila jenis
personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada
sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya ( Holland, 1973). Kajian
yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian burn-out terhadap guru
jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah
guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan Mohd
Zahid Nordin). Maka, tidak hairanlah hasil kajian Trends In International Mathematics
and Science Study ( TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian pelajar Malaysia
berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan
Perdana Menteri, 2009).
Bagi isu yang kedua pula ialah isu mengenai jalan mudah mencari pekerjaan. Ramai
yang menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi
sebagai batu loncatan sahaja. Menurut Daisy Ee (1974) dan Obura (1974), ramai yang
memilih kerjaya perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru
menjadi pilihan mereka yang terakhir. Jadi kebanyakan daripada mereka asalnya gagal
bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar membuatkan mereka mengambil
inisiatif mudah dengan masuk ke dalam bidang pendidikan atas tiket KPLI dan DPLI. Hal
ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Mahadi Hj. Khalid dan Salehudin
7
Hj. Sabar (2005) yang menunjukkan sebanyak 53.10 peratus pelajar KPLI tiada pilihan
lain yang mendorong mereka mengambil Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah.
Selain itu, isu yang diketengahkan ialah tahap penguasaan kemahiran palajar KPLI
dan DPLI dalam kursus ikhtisas. Penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus
ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang
diberi penekanan walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi opsyen
utama. Keadaan ini akan mendorong Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melahirkan
guru-guru pelatih KPLI dan DPLI yang kurang berkemahiran mengajar pedagogi, kurang
menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam komunikasi ( Akhbar Utusan
Malaysia, 31 Oktober 2004).
Seterusnya, isu menolak hak pelajar ISMP yang layak. Kewujudan guru-guru lepasan
KPLI dan DPLI sedikit sebanyak telah mengganggu penempatan guru-guru lepasan ijazah
pendidikan. Hal ini adalah guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini merupakan pelajar
tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini
dijamin penempatannya dan ditempatkan terlebih dahulu kemudian sekiranya ada
kekosongan guru-guru lepasan ijazah pendidikan pula yang akan diserap. Ini sekaligus
akan meningkatkan pengangguran negara. Tujuan utama pelaksanaan KPLI dan DPLI
sebelum ini adalah untuk menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan
namun situasi yang berlaku kini menjadi sebaliknya.
Kesan-kesan daripada isu-isu yag disebutkan adalah dengan adanya pengangguran pelajar
ISMP maka ini akan meningkatkan kadar pengangguran negara. Di samping itu, ia tidak
dapat memartabatkan profesion perguruan maka akan lahirlah modal insan yang tidak
berkualiti.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah untuk individu itu sendiri hendaklah
menceburi bidang pendidikan adalah kerana mempunyai minat yang mendalam dalam
bidang ini dan sanggup berkorban demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Kemudian
bagi kerajaan pula, KPLI dan DPLI hendaklah dibuka hanya apabila ada keperluan bagi
menampung kekosongan yang dilakukan oleh pelajar ISMP. Seterusnya pemilihan dan
kelayakan permohonan untuk masuk ke dalam profesion perguruan perlu diperhalusi dan
diperketatkan.
8
4.2 Isu Guru Interim
Isu guru interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program
Guru Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT
yang ditawarkan pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah guru
yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan sementara di
sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh
ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pada Januari 2012, KPM telah melantik
2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi
keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini,
perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim
yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian
mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan
SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan kontrak sekiranya tamat tempoh
mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP untuk meneruskan kontrak tertakluk
pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan tidak lagi menunjukkan kesan yang begitu
membimbangkan. Tiada kajian juga dijalankan mengenai isu in.
Oleh itu, setiap pelaksanaan sesuatu dasar pasti akan memberikan kesan kepada pihak
tertentu. Kesan yang paling ketara terhadap graduan pendidikan yang baru menamatkan
pengajian di mana bekerja mengikut kontrak tanpa mendapatkan jawatan yang tetap. Ini
tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di dahulukan penempatan daripada graduan dari
program KPLI dan DPLI. Selain itu, proses penempatan kepada graduan baru mengambil
jangka masa yang lama kerana graduan ISMP tidak lagi mendapat penempatan yang
tetap.
4.3 Lambakan Guru Dan Guru Tidak Mengajar Opsyen
Seperti yang diketahui, banyak yang menganggap bidang perguruan merupakan
salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu loncatan sahaja setelah tidak berjaya
mendapatkan pekerjaan tetap. Mereka memilih untuk menceburi bidang perguruan setelah
gagal menceburi bidang-bidang lain dan akhirnya kerjaya guru lah yang menjadi pilihan.
9
Apabila fenomena ini berlaku, ianya akan menyebabkan jumlah guru tidak terkawal
jumlahnya dan tidak mengikut kekosongan dan keperluan yang sebenar. Untuk
mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT )mengalami
masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu dilihat dengan
mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu
lagi usaha yang perlu dilakukan adalah kerajaan perlu mengkaji semula umur persaraan
bagi pegawai kerajaan untuk memberikanpeluang kepada guru yang baru.
Isu guru luar bidang atau guru tidak mengajar opsyen sehingga hari ini masih
tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang semakin menular di setiap
sekolah di seluruh Negara. Guru luar bidang bermaksud guru yang tidak mempunyai
kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki
mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka
mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan
bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara ini tetapi sebaliknya beliau
melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau
dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan
guru yang tidak seimbang (mismatch) di mana kawasan bandar mempunyai terlalu ramai
guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi.
Pendidikan di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan
yang modal insan dan seimbang. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah merangka
beberapa strategi termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian
Tinggi dan Institut Pendidikan Guru Awam. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan guru
yang berilmu, berkualiti dan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum yang
telah digubal. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana sekolah satu daerah, di
mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru
subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul
tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan
memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya
serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini
terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk
menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa
hadapan.
10
Satu situasi pasti akan berlaku,‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar
mempelajari ilmu terbabit’. Situasi lain juga turut dialami apabila seorang pelajar
bertanya mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu akan jawapannya. Oleh itu,
guru akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang” atau pun“Soalan ini
sudah berada di luar pengetahuan awak, tidak perlu tahu pun”. Terdapat juga situasi di
mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik, guru tersebut tidak
mengkaji tahap pencapaian para pelajar yang mana berkemungkinan terdapat pelajar yang
bijak dalam subjek tersebut. Akhirnya guru yang akan belajar daripada pelajar tersebut.
Keadaan ini bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru
untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan.
Pada tahun 2003, dilaporkan seramai 13000 graduan Sains dan Matematik di
seluruh negara tidak mengajar opsyen yang sepatutnya. Mereka mula menerima kesan
penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan
semula subjek lain. (Berita Harian, Februari 2003). Lambakan guru sains dan matematik
ini juga berpunca daripada penempatan pelajar DPLI dan KPLI daripada jurusan yang
sama bertaburan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar
bidang ini.Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011) iaitu guru
terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang
pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru
perlu mengajar bidang yang
mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan
sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga
kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam
kurikulum sekolah menengah yangdiajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of
Research in Priority Areas , 2003-2005). Analisis data di atas menunjukkan 41% (18
orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran pengkhususan Matematik
sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan berpengkhususan Matematik.
Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5 orang) daripada 17 orang guru yang
didapati mengajar mata pelajaran ini mempunyai pengkhususan dalam bidang Sejarah;
73% (12 orang) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka
merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan. Selain itu, 10% (2 orang) daripada
mereka terdiri daripada guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Geografi,
11
masing-masing 11% (2 orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan
Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatar belakangkan
Perakaunan, Biologi,Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini,
menunjukkan kadar ketidak sepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan
mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kesannya kepada guru, guru tidak dapat mengajar dengan
berkualiti dan berkesan disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap untuk
mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja.
Semestinya apabila guru tersebut dapat mengajar bidang pengkhususannya tiada lagi
masalah guru menghadapi kesukaran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang
berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan guru berasa tertekan kerana mereka perlu
belajar mengenai subjek yang bukan bidang mereka. Mereka menganggap ia satu bebanan
tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab. Seterusnya, guru akan menjadi malas
untuk belajar mengenai subjek bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan pengetahuan
yang sedia ada sahaja tanpa menjana idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang
berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran. Kesan kepada pelajar pula,
pelajar berasa bosan dengan isi pengajaran guru.
Guru juga tidak menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.
kerana guru tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan. Manakala pelajar pula
berasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya,
ia akan melibatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik yang mengakibatkan
keputusan peperiksaan subjek Matematik tidak memuaskan. Disebabkan itu,pelajar
menganggap mata pelajaran Matematik susah disebabkan tidak boleh menguasai subjek
Matematik dengan sepenuhnya. Maka terjadilah perkara yang paling merugikan, pelajar
akan hilang minat terhadap Matematik.
Untuk mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan
program terbaru khas untuk guru-guru opsyen Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik yang
kurang atau tidak mengajar opsyen asal untuk menjalani Program Intervensi Tambah
Opsyen (PITO). Program ini hanya dijalankan selama 12 minggu di universiti-universiti
tempatan yang terpilih. Antara bidang subjek yang ditawarkan adalah Sejarah, bahasa
Melayu, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Geografi.
Program seumpama ini juga akan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap
profesion perguruan kerana seorang guru yang tidak berkemahiran juga boleh mengajar
12
sesuatu subjek tersebut dengan hanya menjalani kursus dalam masa yang singkat sahaja.
Hal ini sekaligus akan menidakkan latihan perguruan yang dijalankan di Malaysia secara
amnya. Seharusnya, latihan perguruan mestilah setara tempohnya dan berkualiti
sebagaimana yang ditentukan oleh autoriti atau pihak yang mempunyai pengalaman
dalam profesion perguruan.
5.0 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
Peranan guru sangat penting sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-
pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan
hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku
dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang
yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang
yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan
pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid
Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk
pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk
individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru
harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan
hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran
sepanjang hayat.
Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di
samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah :
Meningkatkan Tahap Profesionalime
Ganjaran & Kenaikan Pangkat
Menubuhkan Universiti Perguruan
Program Kelayakan Professional Kepengetuaan Kebangsaan
Menubuhkan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Kesatuan Guru
Hari Guru
13
5.1 Latihan Dalam Perkhidmatan
Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agarguru-guru dilatih
semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan
memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang
diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran
pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan
mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.Jurnal
IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2 104. Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri
dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui
Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri
kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua
guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran
input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi
kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.
5.2 Pensiswazahan Guru
Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu
responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa
kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991;
Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima
perubahan ialah melalui pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia
dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan melakukan
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang
pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamnya
profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan yang
cemerlang terhadap profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya.
Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri
melalui peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme
antaranya adalah seperti berikut :
14
i. Program Pensiswazahan Guru
Kursus – kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun
1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus – kursus yang diadakan
dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru – guru bukan siswazah serta Institut
Aminuddin Baki untuk Guru Besar.
ii. Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
Program ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk mendapat
ijazah dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh pengajian adalah selama
empat tahun. Guru yang mengikuti program ini akan mengikuti kursus yang sama seperti
mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan kurikulum yang sama.
iii. Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti
Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki dalam
bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program
yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan
universiti – universiti di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.
5.3 Skim Latihan Pegawai Pendidikan
Selain Program Pensiswazahan Guru pelbagai usaha lain yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru di
Malaysia. Antaranya seperti Bantuan Kewangan OKU, MyBrain15, MyBrainSc, Biasiswa
Antarabangsa (Malaysia International Scholarship (MIS), Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Bagi Pegawai Skim Penddikan Pengajian Tinggi (PPPT),
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) Bagi Pegawai Skim Pendidikan
Pengajian Tinggi (PPPT), Biasiswa Sukan dan lainlain lagi.
Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat
penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak
pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat
dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi
memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan
pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-
penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini.
15
5.4 Program Intervensi Tambah Opsyen (Pito)
Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah
kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program
Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah
sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar dari semasa ke semasa.
5.5 Peningkatan Kendiri
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan
sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk seiring
dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang membolehkan peningkatan
profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan
maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan, perkembangan
professional “on-line” dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru.
6.0 KESIMPULAN
Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif
yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan
perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan
profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan
meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk
menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul.
Untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan
falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses
pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti
matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah
pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk
mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang
dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan
16
sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi
panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem
dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak
mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya
apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia
tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi
pelaksanaan sistem pendidikan.
Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak
dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian dasar
pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan mutu pendidikan terus dikawal dan sentiasa
berada di paras yang maksimum bagi memastikan terus berkembang.
Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa
dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan
negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya.
Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan
meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar pengajaran guru tidak
nampak ketinggalan oleh muridnya.
17
RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2014). Statistik RingkasBilangan Guru. Diperoleh pada Jun 4, 2014 daripada http://emisportal.moe.gov.my/
Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi Pensijilan. Diperoleh pada Jun 4, 2014 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pensijilan
Wan Harun Wan Yaacob (2008). Pendidikan guru di Malaysia. Skudai : Universiti Sains Malaysia.
Berita Harian (2014). Peningkatan profesionalisme, kualiti guru keutamaan capai PPPM.Diperoleh pada Jun 7, 2014 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peningkatanprofesionalisme_kualitigurukeutamaancapaiPPPM-Muhyiddin/Article/
Berita Harian. 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan Tetap (20 Disember
2011)
Berita Harian. 13,000 Graduan Sains Dan Matematik di Seluruh Negara Tidak Mengajar
Opsyen. (23 Februari 2013).
18