PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Kumpulan 2:
Siti Zaharah Binti Abd. Rahman F0111⁄ 373
Munirah Binti Abd. Rahim F0111 ⁄284
Nurzaemah Binti Ismail F0111 ⁄294
Siti Aminah Binti Saad F0111 ⁄295
Sofiah Binti Mohammad Amin F0111 ⁄381
Nadirah Binti Zaher F0111 ⁄285
Ummu Habibah Binti Ahmad F0111 ⁄298
PENGERTIAN
Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik- teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai.
PROSES
Guru harus mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukan oleh
seseorang murid.
Guru harus menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus ditunjukkan
oleh murid tersebut.
PROSES
Guru mesti terus memodifikasikan tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan lagi ganjaran ekstrinsik dan
menunjukkan tingkah laku yang betul kerana
motivasi intrinsiknya.
Guru akan menggunakan pelbagai teknik modifikasi
tingkah laku sehingga tingkah laku yang salah
itu dibetulkan.
Terdapat 4 langkah dalam proses modifikasi tingkah
laku :
Membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah.
Mengenal pasti dan menetapkan matlamat tingkah laku yang
diingini.
Menunjukkan tingkah laku yang betul (memodelkan atau memberitahu).
Memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara tekal dan konsisten.
OBJEKTIF1. Untuk mengajar murid-murid
kemahiran baru dan tingkah laku betul yang harus ditunjukkan oleh mereka.
2. Untuk memperbetulkan semua tingkah laku bermasalah dan belajar respon-respon alternatif yang boleh diterima dalam satu persekitaran sosial.
3. Guru mesti meneguhkan semua tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid secara konsisten dan tetap untuk memastikan kejayaan sesuatu program pengurusan tingkah laku.
PENGEKALAN DAN PENINGKATAN TINGKAH LAKU YANG DIINGINI
1. Penawaran ganjaran berikut : Pemenang pingat mingguan Memberikan pelekat Membuat carta bintang Memberikan pujian (menyebut nama
murid dalam perhimpunan)
2. Guru berkemahiran selalu menggunakan ganjaran yang berkesan dan tetap untuk memotivasikan murid-murid mereka (hadiah materialistik atau penerimaan sosial dalam bilik darjah).
3. Dalam penangguhan sosial, guru memberikan kata-kata pujian seperti “sangat bagus, itu adalah satu soalan yang baik”.
4. Jika kata-kata pujian tidak berkesan, guru boleh menggunakan ganjaran berbentuk materialistik (hadiah /barang maujud).
SAMBUNGAN…
5. Guru mesti selalu memberikan pujian bersama-sama sesuatu hadiah sehingga murid hanya ingin menerima pujian sahaja (motivasi intrinsik).
6. Jika modifikasi tingkah laku berjaya murid dapat menyesuaikan diri dan berfungsi dalam bilik darjah tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran esktrinsik.
SAMBUNGAN…
PENGURANGAN DAN PELUPUSAN TINGKAH
LAKU YANG TIDAK DIINGINI
Jika guru gagal mengawal tingkah laku
murid dengan menggunakan
peneguhan yang positif, guru perlu
menggunakan peneguhan negatif
dalam bentuk denda atau hukuman.
Guru harus melupuskan tingkah
laku yang tidak dikehendaki melalui proses penghapusan
(mengenakan denda).
TEKNIK MODIFIKASI
Guru perlu :1. Menggunakan satu sistem pengurusan
tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian dalam bilik darjah.
2. Selalu menyimpan rekod salah laku murid-muridnya seperti ‘bila ia berlaku dan bagaimana ia berlaku’ kerana proses merekod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku.
1. Peneguhan (Reinforcement) Skinner : Apabila sesuatu gerak balas
atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.
Tingkah laku operan : boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli (peneguhan) yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.
Peneguhan terbahagi kepada 2 :i. Negatifii. Positif
ANTARA TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI LAIN :
i. Peneguhan Positif
Soalan (guru)
Jawapan (murid)- tindak balas
operan . Jawapan yang
betul
Dapat pujian (verbal)Memberi hadiah (non-
verbal)
ii. Peneguhan Negatif
Soalan (guru)
Jawapan (murid)- tindak balas operan
. Kurang tepat
Kritikan (verbal)Pandangan sinis (non-
verbal)
CARTA TINGKAH LAKU OPERAN
Tingkah laku
operan
Peneguhan positif
Keberangkalian berulangnya tingkah
laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah
Peneguhan negatif
Kebarangkalian berulangnya tingkah laku
operan ditambah dengan
memindahkan atau menghapuskan
stimuli yang mengganggu.
DENDA
Tujuan : Untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.
Semua hukuman denda harus dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah mesti menentukan bahawa sesuatu hukuman betul-betul dilaksanakan.
Contoh: a) Hukuman yang dibayar dengan membuat kerja
di sekolah seperti mengutip sampah atau mencuci tandas.
b) Ibu bapa murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah diminta hadir ke sekolah untuk membincangkan masalah murid tersebut.
Skinner: Denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulang lagi. Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai sesetengah kemahiran, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap sesuatu kemahiran itu.
Behavioris: Menyarankan agar tingkah laku
yang baik itu diberi ganjaran dan juga pada masa yang sama diberi hukuman terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Hukuman jika dilaksanakan dengan betul boleh menjadi satu strategi yang efektif bagi menangani salah laku di kalangan murid.
SAMBUNGAN…
SULZER & MAYER (1982)Kelebihan Kelemahan
1. Hukuman memberhentikan sesuatu salah laku dengan segera.
1. Hukuman boleh di salah tafsirkan.
2. Hukuman membantu murid membezakan di antara tingkah laku yang baik atau tidak baik.
2. Hukuman menyebabkan murid terus bersifat pasif atau menyisihkan diri.
3. Hukuman dapat memberi pengajaran kepada murid lain supaya tidak meniru tingkah laku yang membawa kepada sesuatu hukuman.
3. Hukuman menyebabkan murid bersifat agresif.
4. Hukuman menyebabkan rakan sebaya yang lain bertindak secara negatif.
5. Hukuman boleh menyebabkan murid bersifat negatif terhadap dirinya sendiri dan juga gurunya.
REVERSE PSYCHOLOGY
Menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negetif kepada positif.
Memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid berkenaan, mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.
Tujuan : menginsafkan agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif untuk membentuk tingkah laku yang diingini.
Contoh : Jika seorang guru inginkan muridnya untuk diam beliau mungkin mengatakan sesuatu seperti berikut “teruskan dan bising sekuat yang anda suka.
SHAPING
Merupakan satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada tingkah laku yang baik.
Ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak ke arah pencapaian tingkah laku yang ditetapkan.
TOKEN ECONOMY Tujuan : supaya guru dan murid dapat menjalankan
proses P&P tanpa apa-apa gangguan Setiap kali murid menunjukkan tingkah laku positif, dia
akan diberikan satu token oleh guru. Token terdiri daripada kad-kad berwarna atau bintang
yang mempunyai nilai-nilai yang tertentu. Contoh: Kad biru= 5 markah, kad merah= 10 markah,
kad hijau= 15 markah dan sebagainya. Apabila murid sudah mendapat markah yang ditetapkan
oleh guru, mereka dapat menukarkannya untuk hadiah daripada guru.
Contoh : Jika murid sudah mengumpul 100 markah, dia akan diberikan 1 kotak pensel (hadiah) oleh guru.
Ini akan memotivasikan murid untuk terus menunjukkan tingkah laku yang positif.
Kajian menunjukkan bahawa teknik token ekonomi sangat berkesan dalam mengurangkan masalah ponteng sekolah.
PENGURUSAN DIRI
Menetapkan matlamat yang
hendak dicapai oleh murid sendiri.
Murid berusaha mengubah tingkah
lakunya
Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau
pencapaiannya dengan menggunakan
senarai semak atau carta
PENGUBAH SUAIAN KOGNITIF (merujuk kepada sesuatu
kaedah menggunakan konsep arahan kendiri untuk
mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan
kendiri).
Modeling kognitif
Bimbingan luaran
Bimbingan kendiri (nyata)
Bimbingan kendiri (tidak nyata)
Arahan diri terselindung
UBAH SUAIAN DALAMAN/KENDIRI
UBAH SUAIAN LUARAN Merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian
tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya.
Ciri-ciri teori Permodelan Bandura (1963): i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian
dan peniruan.ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui
bahasa, misalan dan teladan.iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada
kecekapan demonterasi guru sebagai modelnya.
iv. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.
Implikasi teori permodelan bandura
Di dalam bilik darjah keberkesanan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara berikut:
I. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi oleh pelajar.
II. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat.
III. Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, seni lukis, karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.
iv. Guru juga boleh gunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi dalam kelas atau di luar bilik darjah.
v. Guru boleh mengajar nilai murni daripada watak-watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi.
vi. Meminta kerjasama ibu bapa supaya anak mereka dilarang menonton tayangan gambar berunsur keganasan.
IMPLIKASI MODIFIKASI TINGKAH LAKU TERHADAP PROSES P&P
1. Membantu murid mengubah tingkah laku negatif dan seterusnya melicinkan proses P&P dalam bilik darjah.
2. Meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran murid.
3. Dapat membentuk tingkah laku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial.
4. Melalui ubah suaian kendiri, ia dapat meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan diri.
5. Melalui proses permodelan, dalaman atau pembiasaan, ia akan dapat membentuk murid yang berilmu pengetahuan, cinta membaca dan berakhlak mulia.
SEKIANTERIMA KASIH