4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
106
PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI PENDEKATAN
“LESSON STUDY” KAJIAN DI MAAHAD TAHFIZ SAINS NEGERI
SELANGOR
1Zetty Nurzuliana Rashed,
1Ahmad Shafiq Mat Razali,
1Siti Rashidah Abd. Razak,
1Norshilawani Shahidan,
1Zanaton H Iksan,
2Sri Andayani Mahdi Yusuf,
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected] 1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS
2Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli melalui
pendekatan lesson study di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor. Tumpuan kajian ini adalah
berdasarkan kepada empat elemen yang terdapat dalam pendekatan lesson study iaitu
menentukan matlamat, merancang pengajaran, kelas terbuka dan refleksi. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kualitatif secara deskriptif. Kaedah persampelan bertujuan dipilih
bagi menemubual satu kumpulan komuniti yang terdiri daripada dua orang guru Pendidikan
Islam dan tiga orang guru Biologi. Teknik temubual kumpulan komuniti dan pemerhatian
dalam pengajaran serta analisis dokumen digunakan dalam proses pengumpulan data.
Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang guru Syariah Islamiyah
dan seorang guru Biologi tingkatan lima. Kajian ini menggunakan perisian Nvivo bagi
menganalisis data. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat kesan positif melalui aplikasi kaedah
lesson study dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan melalui temubual peserta
kajian mendapati peserta-peserta kajian memberi respon positif mengenai penggunaan
pendekatan lesson study ini. Melalui pemerhatian ketika open class dilaksanakan, pengkaji
mendapati bahawa dengan menggunakan pendekatan lesson study dalam pengajaran, ia dapat
memberi motivasi kepada guru untuk mengaplikasikan ilmu naqli (al-Quran) yang telah
mereka pelajari dalam subjek lain dan mengintegrasi ilmu sains (aqli) yang dipelajari dengan
ilmu naqli. Selain itu, ia merupakan satu penambahbaikan kerana integrasi ilmu tidak dapat
dicapai dengan berkesan tanpa kaedah lesson study berikutan guru yang mengajar hanya
mahir dalam bidang atau subjek mereka sahaja. Melalui pendekatan lesson study guru-guru
dapat bersama-sama bertukar ilmu dan kepakaran bidang. Analisis dokumen juga mendapati
bahawa silibus yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak
menyebut secara jelas bagaimana proses integrasi perlu dilaksanakan dan pengkaji mendapati
kaedah lesson study merupakan kaedah yang paling sesuai untuk memastikan proses integrasi
berlaku dengan baik sepanjang sesi pengajaran.
Kata kunci: integrasi, lesson study, ilmu aqli, ilmu naqli.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
107
1.0 PENGENALAN
Kajian ini ingin meneroka amalan pengintegrasian yang berasaskan kepada
kesepaduan ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran guru-guru pendidikan Islam dan
guru-guru sains di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor. Amalan pengintegrasian ini
menggunakan pendekatan lesson study yang terdiri daripada empat langkah iaitu
pembentukan kumpulan komuniti, penyediaan rancangan pengajaran, pengajaran di
kelas terbuka dan rekfleksi pengajaran. Pembentukan kumpulan komuniti
menggabungkan kolaborasi antara guru pendidikan Islam dan guru sains dalam
mengintegrasikan ilmu wahyu dan sains. Peserta kajian terdiri daripada guru-guru
pendidikan Islam dan guru sains yang mengajar tingkatan lima. Kajian berbentuk
kualitatif ini menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mengumpul data. Kajian
ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru pendidikan Islam dan sains ke arah
memperkasakan lagi persediaan pengajaran mereka ke arah mengintegrasikan ilmu
naqli dan aqli. Kolaborasi antara guru-guru pendidikan Islam dan guru-guru sains
adalah perlu untuk menterjemahkan sesi pengajaran yang lebih bermakna mengikut
kepada konsep kesepaduan ilmu naqli dan aqli.
1.1 Latar Belakang Kajian
Sistem pendidikan yang menggabungkan sains sosial atau sains kemasyarakatan, sains
tabi’i atau sains natural serta sains ketuhanan adalah perlu diterapkan dalam
kurikulum bermula peringkat rendah lagi dalam usaha memantapkan lagi masyarakat
yang memartabatkan ilmu dan tamadun yang berteraskan Islam (Zetty Nurzuliana,
2016). Penghayatan agama dan sains amat diperlukan untuk mencari kebenaran
tentang segala sesuatu yang wujud iaitu manusia, alam dan tuhan (Azizan
Baharuddin, 2007).
Keperluan kepada sistem pendidikan yang berasaskan kepada kesepaduan ini
mempunyai impak yang signifikan dalam membentuk perwatakan dan sahsiah murid
ke arah memahami al-Quran seterusnya melahirkan generasi al-Quran (Zetty
Nurzuliana, 2016). Noor Hisham (2008) menyatakan pendidikan sepadu dan
Islamisasi ilmu pada dasarnya adalah perkara yang sama. Konsep pendidikan sepadu
ini bersifat lebih umum manakala Islamisasi ilmu pula lebih mengkhusus. Ini
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
108
bermakna tidak semua konsep kesepaduan dikaitkan dengan Islamisasi ilmu tetapi
sebaliknya pula bagi gagasan Islamisasi ilmu. Walau bagaimanapun tujuan dan
matlamatnya adalah sama. Pendidikan sepadu bermatlamatkan untuk meletakkan
kembali sistem pendidikan pada landasan yang betul selepas tergelincir disebabkan
pengaruh sekularisme dan dualisme dalam pendidikan. Manakala gagasan Islamisasi
ilmu pula berfungsi secara lebih mengkhusus dari sudut untuk meletakkan kembali
ilmu sains moden ke dalam kerangka ilmu yang berteraskan prinsip tauhid (Zetty
Nurzuliana, 2016).
Nor Hayati (2005) menyatakan bahawa proses pengislaman ilmu ini amat
diperlukan kerana kebanyakan ilmu yang diterapkan kepada murid masa kini
merupakan ilmu yang terhasil daripada wadah pemikiran Barat yang bercanggah
dengan Islam. Oleh yang demikian, pengislaman ilmu ini bermaksud proses yang
menjadikan ilmu yang terhasil dari wadah pemikiran Barat sama ada dari segi
matlamat, pengkaedahan dan penggunaan ilmu dilihat dari perspektif Islam. Pada
hakikatnya, proses pengislaman ilmu ini merupakan proses yang belum sempurna
namun proses pengislaman pelajar amat perlu diteruskan (Zetty Nurzuliana, 2016).
Oleh demikian, dalam usaha memartabatkan kesepaduan ilmu sains dan ilmu
ketuhanan, satu kajian perlu dijalankan bagi meneroka perlaksanaan kesepaduan ilmu
melalui pendekatan lesson study. Pendekatan lesson study ini bermaksud kajian
pembelajaran yang bersifat kolaboratif iaitu keperluan kolaborasi di antara guru sains
dengan guru al-Quran. Amalan pembelajaran komuniti atau PLC (Profesional
Learning Community) bermaksud pendidik yang komited dan bekerja sama secara
kolaboratif (guru dengan guru). Terdapat empat langkah dalam pelaksanaan
pendekatan lesson study di sekolah, iaitu:
i. menentukan matlamat
ii. merancang pengajaran
iii. pengajaran terbuka atau kelas terbuka
iv. refleksi.
Bagi melaksanakan setiap langkah tersebut, guru perlu membentuk kumpulan
komuniti terlebih dahulu bagi memudahkan proses kolaborasi di antara guru dengan
guru. Semasa menentukan matlamat, guru perlu melihat kepada sukatan pelajaran
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
109
harian yang hendak diajar di dalam kelas. Semasa merancang pengajaran kumpulan
komuniti yang terdiri dari pada guru-guru sains dan guru-guru yang mengajar subjek
Pendidikan Islam hadir bersama-sama untuk merancang bersama-sama bagi
menghasilkan pengajaran yang dapat disepadukan antara ilmu sains dan ilmu al-
Quran.
Semasa pengajaran atau kelas terbuka (open class), guru yang mengajar
hanyalah seorang sahaja dan guru-guru yang lain (ahli komuniti) hadir memerhati
bagaimana pelajar belajar. Bukan guru yang menjadi tumpuan dalam pendekatan
lesson study ini akan tetapi bagaimana pelajar memperoleh maklumat dan ilmu
pengetahuan yang terhasil dari perancangan pengajaran di antara guru-guru sains dan
guru-guru al-Quran.
Langkah yang terakhir dalam lesson study adalah refleksi. Selepas sahaja
pengajaran berlaku di dalam kelas, maka ahli komuniti akan terus melakukan refleksi
terhadap bagaimanakah proses penerimaan ilmu berlaku pada setiap pelajar.
Diharapkan dengan pendekatan lesson study ini, harapan untuk menghasilkan
kemenjadian murid yang menguasai ilmu naqli (al-Quran) dan aqli (sains) dapat
diwujudkan selain menimbulkan minat yang mendalam dalam kalangan murid untuk
mempelajari sains dan al-Quran. Penguasaan kedua-dua ilmu naqli dan aqli memberi
satu kepercayaan kukuh dalam diri pelajar tentang tanggungjawab belajar dan
kepatuhan kepada semua perintah Allah SWT melalui kekuasaan yang berjaya
mengaitkan ilmu wahyu dengan kehidupan.
1.2 Pernyataan Masalah
Masyarakat kini mula menyedari keistimewaan sekolah yang berasaskan pendidikan
bersepadu atau bersifat holistik (Zetty Nurzuliana, 2016). Menurut Adnan Rashid et.
al (2013), sekolah ini berbeza dengan sekolah agama tradisional kerana ia
menekankan kepada subjek-subjek yang disepadukan dengan ilmu naqli dan ilmu
aqli. Zetty Nurzuliana (2016) berpendapat nilai-nilai serta kandungan dari mata
pelajaran lain seperti sains perlu diserapkan supaya wujud kesepaduan di antara ilmu-
ilmu yang dipelajari oleh para murid. Sekiranya konsep kesepaduan yang dinyatakan
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
110
ini menjadi amalan guru-guru Pendidikan Islam maka sudah pasti cita-cita dan hasrat
negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana yang
dikehendaki di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan dapat
direalisasikan.
Kemahiran pedagogi guru juga perlu dipertingkatkan lagi. Salah satu caranya
melalui pendekatan kolaborasi di antara guru pendidikan Islam dengan guru-guru
sains terhadap sesuatu tajuk yang akan diajarkan. Pedagogi pengajaran pendidikan
Islam juga dilihat begitu terasing dan terpisah daripada mata pelajaran yang lain. Mata
pelajaran pendidikan Islam dilihat dari perspektif yang begitu sempit serta tiada
kepentingannya untuk disepadukan dalam mata pelajaran yang lain. Hal ini
merupakan sebahagian daripada serpihan yang ditinggalkan oleh pemikiran sekular
yang beranggapan bahawa agama sebagai suatu urusan peribadi melebihi daripada
pandangan Islam sebagai ad-deen (Rosnani Hashim 2002).
Kajian Zakaria Din dan Ab. Halim Tamuri (2010) juga menunjukkan timbul
juga satu masalah dalam pendidikan Islam iaitu salah satu bidang Pendidikan Islam
iaitu bidang akidah yang kurang diminati berbanding dengan pelajaran lain. Bidang
akidah kurang dikaitkan dengan semua aspek kehidupan manusia. Walhal keimanan
dan keyakinan terhadap ajaran Islam merupakan paksi kepada pembinaan akhlak (Ab.
Halim Tamuri, 2007). Gambaran ketuhanan dilihat terlalu kaku dan kabur sehingga
sukar para murid menghayatinya. Ini mungkin disebabkan pendidikan Islam kurang
terdedah kepada mata pelajaran sains dan kemanusiaan yang menyebabkan ia kurang
menghubungkan tauhid dengan kegiatan saintifik dan teknologi (Zetty Nurzuliana,
2016). Oleh yang demikian melalui pendekatan lesson study dapat meningkatkan
peranan guru Pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu dengan lebih jelas dan
teliti dengan mengaitkan fakta saintifik supaya dapat menarik lagi minat murid.
Nur Aida Muhamad (2016) menyatakan, beberapa kajian lepas yang
berfokus tentang kemahiran berfikir seperti kemahiran berfikir kritikal, kritis dan
kreatif serta penyelesaian masalah dalam kalangan murid di beberapa buah negeri di
Malaysia masih pada tahap sederhana dan rendah (Sarimah & Shaharom 2008;
Zanariah 2010; Nor Hasnida et al. 2011; Faridah et al. 2013). Agenda untuk
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
111
melahirkan pelajar yang mampu menggunakan akal untuk berfikir masih tidak dapat
diwujudkan sepenuhnya. Temu bual ke atas guru-guru Pendidikan Islam dan guru-
guru sains pada 8 Ogos 2016 menyatakan bahawa sukatan pelajaran yang melibatkan
integrasi ilmu naqli dan aqli masih dalam peringkat penggubalan. Guru-guru
mempunyai pendekatan dan inisiatif sendiri untuk mencari bahan pengajaran yang
bersesuaian bagi mengintegrasikan ilmu yang diajar.
Oleh demikian, satu pendekatan yang dikenal pasti dapat memberikan satu
penyelesaian kepada masalah yang timbul adalah dengan melaksanakan pembelajaran
melalui pendekatan lesson study antara guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru
Sains. Pendekatan lesson study ini membantu guru menguasai dua bidang ilmu (al-
Quran dan Sains) sehingga dapat merangsang minat murid untuk berfikir dan
mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Selain memberikan satu
ilmu yang bermakna kepada murid dan mengetahui tujuan sebenar murid menghafal
al-Quran. Diharapkan melalui pendekatan ini dapat meningkatkan penghayatan,
kefahaman agama Islam dan moral secara bersepadu dan menyeluruh dalam kalangan
generasi muda khususnya murid-murid tahfiz sains.
1.3 Objektif Kajian
i. Meneliti sukatan kurikulum syariah Islamiyah tingkatan lima dan Biologi
tingkatan lima yang disepadukan dengan ilmu naqli dan aqli.
ii. Melihat sejauhmana kolaborasi antara guru Syariah Islamiah dan guru Biologi
dalam melakukan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli.
iii. Meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran guru
Syariah Islamiah dan guru Biologi menggunakan pendekatan lesson study.
1.4 Persoalan Kajian
i. Apakah kandungan sukatan kurikulum syariah Islamiyah tingkatan lima dan
Biologi tingkatan lima yang disepadukan dengan ilmu naqli dan aqli?
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
112
ii. Bagaimanakah kolaborasi antara guru Syariah Islamiah dan guru Biologi
dalam melakukan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli.
iii. Bagaimanakah strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran
guru Syariah Islamiah dan guru Biologi menggunakan pendekatan lesson
study?
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif. Secara khususnya reka bentuk kajian ini
menggunakan kajian kualitatif secara deskriptif yang mana dapat membantu pengkaji
menyiasat isu yang dikenalpasti dengan mendalam dan terperinci dengan
mengekalkan keasliannya secara holistik (Patton, 1990). Pendekatan kualitatif ini
dipilih bagi membolehkan pengkaji melihat situasi sebenar iaitu aktiviti yang berlaku,
dilihat dan dialami dalam suasana yang sebenar dalam persekitaran kawasan kajian
(Yin, 1994). Pengkaji juga menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen.
Dalam kajian ini, informan atau peserta kajian adalah merujuk kepada mereka
yang diminta memberi fokus kepada fakta-fakta berdasarkan soalan temu bual yang
memerlukan seseorang itu membina semula pengalaman secara aktif dalam konteks
mereka berada (Barbour, 2007; Merriam, 2015; Seidman, 1998). Peserta kajian terdiri
daripada seorang guru pendidikan Islam dan seorang guru Biologi. Guru bidang
pendidikan Islam adalah di bawah subjek syariah Islamiyah manakala guru sains ialah
di bawah subjek Biologi. Peserta dalam kalangan murid adalah murid dari dua kelas
guru yang terlibat iaitu bagi kelas Syariah Islamiyyah dan Biologi. Kajian ini
dijalankan di Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Selangor mengikut sekolah
yang telah disarankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tempoh
kajian yang telah dijalankan ialah lapan bulan iaitu bermula dari 5 Jun 2016 sehingga
27 Februari 2017.
Dalam kajian kualitatif ini, kaedah pengumpulan data melibatkan temubual
kumpulan komuniti guru yang terdiri dari tiga orang guru Biologi dan dua orang guru
Pendidikan Islam. Peserta kajian ini ditemu bual untuk tiga tujuan iaitu pertama
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
113
adalah untuk meneliti sukatan kurikulum syariah Islamiyah tingkatan lima dan
Biologi tingkatan lima yang disepadukan dengan ilmu naqli dan aqli. Tujuan kedua
adalah untuk melihat sejauhmana kolaborasi antara guru Syariah Islamiah dan guru
Biologi dalam melakukan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli. Tujuan ketiga pula
adalah untuk meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran
guru Syariah Islamiah dan guru Biologi.
Semasa temu bual dijalankan, pita rakaman digunakan untuk merekod
perbualan antara pengkaji dan peserta kajian. Pengkaji menggunakan teknik probing
(mencungkil) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara seperti
mengemukakan soalan yang bersifat khusus, meminta peserta menghuraikan sesuatu
perkara dengan lebih lanjut dan meminta peserta memberikan contoh-contoh (Taylor
& Bogdan, 1984). Pengkaji telah melakukan pemerhatian ke atas kelas terbuka. Dua
sesi kelas terbuka telah diperhatikan iaitu pertama bagi subjek Syariah Islamiyyah dan
kedua bagi kelas terbuka bagi subjek Biologi. Sepanjang pemerhatian, penyelidik
telah merekodkan sesi kelas terbuka bagi memudahkan tujuan dokumentasi dan
menterjemah data.
Pengkaji juga menjalankan aktiviti menganalisis dokumen buku teks dan
rancangan mengajar bagi subjek Syariah Islamiyyah tingkatan lima khususnya tajuk
perkahwinan dan Biologi tingkatan lima khususnya tajuk koordinasi dan tindak balas.
Dokumen-dokumen ini dapat membantu mengenalpasti keberkesanan teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru Syariah Islamiah dan guru Biologi dan
pemerhatian yang dijalankan dalam kelas terbuka.
Data-data yang dikumpulkan tidak akan memberi makna tanpa membuat
analisis. Pelbagai aktiviti perlu dibuat semasa menganalisis data seperti proses
menggabung, mengurang dan membuat interpretasi berdasarkan apa yang dikatakan
oleh peserta kajian dan apa yang diperhati atau dibaca untuk memberi makna kepada
data (Bogdan dan Biklen, 1998; Merriam, 1998).
Dalam penyelidikan secara kualitatif, proses penganalisisan data dijalankan
sebaik sahaja aktiviti pengumpulan data bermula. Setelah menjalankan temu bual
pertama, pemerhatian pertama dan membaca dokumen kali pertama adalah titik
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
114
permulaan analisis data kualitatif (Merriam, 1998). Proses ini dijalankan serentak dan
berterusan dengan aktiviti pengumpulan data. Analisis secara berterusan perlu
dilakukan untuk meneliti dan menilai data, bagi menentukan sama ada data yang
dikumpul memberi fokus kepada kajian yang dijalankan, tidak berulang, mencukupi
dan relevan untuk menjawab persoalan kajian. Dengan membuat analisis awal, ia
memberi panduan untuk proses pengumpulan data seterusnya. Sehubungan dengan
itu, kajian ini menggunakan perisian program Nvivo 11 untuk mengurus data yang
telah dikumpulkan dengan mengekod tema, mengkategori dan menganalisa setiap
data yang diperolehi.
3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
3.1 Contoh-contoh sukatan kurikulum Biologi Tingkatan Lima yang
Disepadukan dengan Ilmu Naqli dan Aqli
Mata pelajaran Biologi merupakan mata pelajaran wajib bagi semua pelajar di
Maahad Tahfiz ini. Ini kerana semua pelajar mengambil aliran sains di peringkat
menengah atas iaitu pada tingkatan empat dan lima. Konsep ransangan dan tindak
balas mempunyai kesinambungan dengan beberapa tajuk di peringkat menengah
bawah iaitu dalam mempelajari tajuk anatomi manusia. Bagi tajuk ini, pelajar
mempelajari sistem saraf dengan lebih mendalam. Justeru pengintegrasian dari segi
ilmu dan konteks diri manusia mudah dilakukan semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan.
Berdasarkan analisis dokumen terhadap spesifikasi kurikulum, didapati
pengintegrasian ilmu wahyu tidak dinyatakan secara eksplisit. Namun terdapat ruang
berkaitan elemen merentas kurikulum iaitu elemen nilai yang boleh diintegrasikan
secara implisit semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. Antara perkara yang
boleh dikaitkan dengan pengintegrasian dalam konteks ilmu naqli ialah “Mensyukuri
nikmat yang dikurniakan Tuhan” (Spesifikasi Kurikulum Biologi Tingkatan 5, 2013).
Jadual 1 menunjukkan pengintegrasian ilmu Naqli dalam mata pelajaran Biologi
Tingkatan lima secara implisit dalam beberapa dokumen.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
115
Jadual 1: Pengintegrasian ilmu Naqli secara implisit dalam mata pelajaran Biologi
Dokumen Ilmu Naqli Eviden Penerangan
Spesifikasi
Kurikulum
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
Melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Nilai kepercayaan
kepada Tuhan perlu
diterapkan untuk
mencapai kesepaduan
ilmu secara holistik
Buku teks Objektif Mengaplikasikan pengetahuan
sains dan kemahiran saintifik
secara kritis dan kreatif berasaskan
sikap saintifik dan nilai murni
dalam penyelesaian masalah, dan
membuat keputusan berkaitan isu
Biologi.
Mengamalkan sikap saintifik dan
nilai murni.
Menumpukan kepada
ilmu secara kognitif.
Namun, perlu
pengintegrasian nilai
bergantung kepada
kreativiti guru.
Sikap Saintifik
dan Nilai Murni
Mensyukuri nikmat yang
dikurniakan tuhan.
Buku teks - - Mengandungi ilmu
berkaitan isi
kandungan Biologi
Rancangan
Mengajar
Surah An-Nisa
(56)
Dituliskan dalam
rancangan mengajar
yang dibincangkan
secara kolaboratif
dalam kumpulan
komuniti lesson study.
Jadual 1 menunjukkan bahawa ilmu naqli dinyatakan secara implisit. Dalam hal ini,
konteks pengintegrasian perlu kreativiti guru untuk melaksankannya. Menurut Cikgu
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
116
Taib, semua perkara berkaitan mata pelajaran Biologi adalah mengikut rangka
kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Namun, pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah menyediakan
dokumen yang melibatkan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli yang dinamakan Buku
Panduan Mengajar Guru (BPMG). Buku pengintegrasian ini telah dimulakan sejak
beberapa tahun, namun belum diedarkan dan digunakan kepada guru secara formal
sehingga ke hari ini. Penyediaan BPMG ini melibatkan guru mata pelajaran dan guru
al-Quran. Cikgu Taib sendiri terlibat secara langung dalam penyediaan bagi mata
pelajaran Biologi. Perkara ini dinyatakan oleh Cikgu Taib dalam sesi temu bual:
“Saya juga terlibat dalam pembinaan Buku Panduan Mengajar Guru
(BPMG).
(CT-TB3-130417:21-22)
“Buku ini belum diedarkan lagi...mungkin dalam proses...tak tahulah dalam
fasa berapa sekarang... mungkin ada beberapa fasa lagi ...JAIS belum edarlah
lagi kepada guru”
(CT-TB3-130417:254-255)
Buku ini hampir sama dengan Huraian Sukatan Pelajar yang mengandungi
Objektif, Cadangan Aktiviti Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran, tetapi terdapat
satu lajur tambahan yang menganduni ayat al-Quran, hadis atau pengajaran yang baik
sesuai dengan tajuk tertentu. Pengajaran yang baik merupakan kisah dari para sahabat,
tabi’in, tabi’ tabi’in, ulamak atau imam yang boleh dikaitkan semasa proses
pengajaran dan pemudahcaraan. Hakikatnya, pengintegrasian ini akan berjaya
dilakukan bergantung kepada kreativiti guru.
3.2 Kolaborasi antara Guru Syariah Islamiah dan Guru Biologi dalam
Melakukan Pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli
Amalan kolaborasi guru dilakukan dalam aktiviti formal dan tidak formal. Jadual 1
menunjukkan aktiviti kolaborasi yang dilakukan oleh cikgu Taib dalam proses
mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli dalam mata pelajaran Biologi. Berdasarkan
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
117
analisis data temu bual, pemerhatian dan dokumen didapati terdapat lima cara guru
melakukan kolaborasi bagi mencapai matlamat pengintegrasian imu naqli dan aqli.
i- Perbincangan Rancangan Mengajar
Kolaborasi diwujudkan melalui pembentukan kumpulan komuniti. Kumpulan
komuniti yang dibentuk adalah secara formal namun pembentukannya adalah tidak
rasmi iaitu dengan menjemput guru sains dan pengajian Islam yang boleh terlibat
dalam merancangan pengajaran. Oleh kerana kajian ini bertujuan untuk melihat
pengintegrasian ilmu naqli dan ilmu aqli oleh dua orang guru model dari mata
pelajaran sains dan mata pelajaran pendidikan Islam, maka secara tidak langsung ahli
dalam kumpulan kolaboratif juga terdiri daripada guru mata pelajaran ini juga.
Justeru, ahli kumpulan komuniti terdiri daripada dua hingga lima orang guru di
sekolah terlibat.
Kumpulan komuniti ini membincangkan bagaimana pengintegrasian ilmu
naqli dapat dilakukan dalam mata pelajaran Biologi bagi tajuk rangsangan dan tindak
balas. Hasil perbincangan didapati ilmu naqli yang dicadangkan untuk
pengintegrasian ialah daripada Surah an-Nisa, ayat 56. Dalam perbincangan ini juga,
Cikgu Taib mendapatkan penjelasan daripada guru al-Quran berkaitan maksud ayat
ini dengan lebih mendalam dan bagimana ia dapat diintegrasikan semasa proses
pengajaran dan pemudahcaraan agar dapat menarik perhatian pelajar dan menjadikan
pembelajaran lebih bermakna.
ii- LADAP
Aktiviti kolaborasi yang melibatkan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli juga
dilakukan dalam program Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP). Program ini
merupakan program latihan dalaman yang melibatkan semua guru dan penceramah
terdiri daripada orang luar sekolah atau guru di sekolah tersebut. Perkara ini
dijelaskan oleh cikgu Taib semasa temu bual:
“kita berkolaborasi … mungkin secara langsung melalui LADAP... kadang
kita adakan dalam sebulan sekali ataupun 2 bulan sekali ceramah dimana
penceramah tu daripada guru-guru sini juga lah”
(CT-TB3-130417:64-67)
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
118
Perkongsian ilmu ini merupakan penyaluran ilmu di mana terdapat ramai guru
al-Quran yang mempunyai ilmu al-Quran di sekolah berkenaan. Hasil dari pentafsiran
al-Quran ini dapat diambil oleh guru lain untuk memahami al-Quran di samping
mengintegrasikan mengikut kreativiti guru masing-masing dalam proses pengajaran
dan pemudahcaraan mengikut kesesuaiannya. Cikgu Taib menjelaskan bahawa beliau
akan mengaitkan ibrah yang diperolehi daripada penjelasan pentafsiran al-Quran
daripada penceramah untuk dikaitkan dalam topik yang bersesuaian dalam semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dijelaskan dalam sesi temu bual:
“… sebelum ni ada ceramah berkaitan dengan surah al-kahfi…jadi saya
dapat dari situ lah, saya dengar surah kahfi tu ada kaitan dengan bab yang
saya ajar… saya juga cuba fikirkan apa kaitan surah al-Kahfi ini… dalam
surah ni mesti ada pengajaran kan! dalam surah al-Kahfi tu Allah
menidurkan dalam gua, 7 orang pemuda dan seekor anjing kan! Bila dia
bangun balik dia dah kat zaman lain, dia guna duit tu tak pakai dah, jadi
rupanya dalam masa dia ditidurkan tu, Allah telah membolak balik badan
pemuda tu, anjing tu tak, anjing tu mati. Jadi rupanya kalau bolak balik tu,
otot tu digerakkan sendiri oleh Allah, jadinya darah tu akan berjalan, macam
kita tidor lah, kita tak sedar badan gerak, kita gerak kan, tapi sebenarnya nak
bagi darah tu jalan. Kalau kita tidur diam, bila kita bangun akan rasa kebas,
sebab darah tu tak jalan. Jadi pemuda tu Dia bolak balik kan, jadi dia masih
lagi hidup lah, jadi saya dapat kaitkan sendiri dengan topik yang saya nak
ajar”
(CT-TB3-130417:73-82)
Aktiviti kolaborasi secara LADAP secara tidak langsung telah menyediakan
ruang yang luas untuk guru mendalami al-Quran dan seterusnya mengamalkannya
dengan menyampaikan ilmu itu dalam proses pengintegrasian ilmu naqli dan aqli bagi
mata pelajaran tertentu bersesuaian dengan tajuk.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
119
iii- Merujuk Pakar
Berlaku juga keadaan di mana cikgu Taib berkolaborasi dengan guru pakar al-Quran
atas inisiatif diri sendiri dalam proses mencari ilmu dan memahami ayat al-Quran.
Dalam hal ini, ketika Cikgu Taib ingin mengintegrasikan pemahaman terhadap ayat
al-Quran tertentu dalam sesuatu pengajarannya, beliau merujuk guru al-Quran yang
mudah dijumpainya secara personal untuk meminta penjelasan tentang ayat al-Quran
tersebut. Perkara ini dijelaskan semasa sesi temu bual:
“… lepas tu saya rujuk balik lah, secara personal (dengan guru al-Quran”
(CT-TB3-130417:84)
Kelebihan di sekolah ini adalah Maahad tahfiz yang menyediakan ramai guru
al-Quran yang diistilahkan oleh Cikgu Taib sebagai “tafsir bergerak”. Perkara ini
dijelaskan oleh cikgu Taib:
“ dalam tafsir…saya pun tidak secara mendalam, mungkin boleh merujuk
kepada buku-buku atau guru al-Quran … tafsir bergerak inilah”.
(CT-TB3-130417: 219-221)
iv- Jejak Pembelajaran
Guru juga berkolaborasi dengan guru lain secara tidak formal dimana-mana sahaja.
Aktiviti kolaborasi ini juga dipanggil sebagai learning walk dalam strategi Komuniti
Pembelajaran Profesional yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dalam hal ini, guru berkolaborasi dengan guru lain ketika makan di kantin.
Cikgu Taib telah bertanyakan kepada guru al-Quran berkaitan ayat al-Quran yang
boleh dikaitkan dengan pembelajaran Biologi seperti yang dinyatakan:
“..kadang-kadang borak-borak masa makan…hari ini nak ajar bab ni, agak-
agak apa ayat al-Quran yang boleh dikaitkan?”
(CT-TB3-130417:107-108)
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
120
Sering juga berlaku di mana ketika Cikgu Taib menyediakan rancangan
pengajaran di bilik guru, beliau bertanya kepada guru al-Quran berkaitan ayat al-
Quran yang boleh diintegrasikan dalam pengajarannya. Perkara ini dijelaskan semasa
temu bual:
“Kadang-kadang bila dekat bilik guru, bila merancang tu saya ada jugak
tanya kat depan saya tu ada ramai guru al-Quran…kalau bab ni kita boleh
kaitkan apa ye?... nanti dia orang bagi lah”
(CT-TB3-130417:88-90)
Nampaknya, konsep tafsir bergerak ini telah memudahkan guru sains di
sekolah ini untuk berbincang tentang pengintegrasian ilmu naqli dan aqli pada bila-
bila masa dan di mana sahaja. Bagi Cikgu Taib merujuk kepada ahli al-Quran adalah
amat penting agar mudah untuk mengaitkan dengan pemahaman yang betul mengikut
tafsiran. Perkara ini dijelaskan oleh beliau dalam temu bual:
“Keperluan dia mungkin dari segi kaitan tu lah, saya nak pergi kepada
sumber-sumber yang boleh dirujuk, al-Quran ni bermain kat minda dia je
kan? … jadi saya akan berhubung dengan ustaz ni dulu macam mana nak
kaitkan dengan tajuk ni, sama-sama fikir lah, sama-sama fikir kemudian ada
satu idea yang mumtaz lah, ok kaitan bab ni dengan ayat ni”
(CT-TB3-130417:93-97)
Hasil dari perbincangan dari kedua pihak iaitu guru al-Quran dan guru sains
ini dapat membuahkan idea yang bagus dan perkara yang dikaitkan juga adalah
bertepatan. Oleh itu, perlunya rujukan kepada guru al-Quran dalam memahami ayat
al-Quran dan perkara ini menjadi mudah di sekolah ini kerana ramai “tafsir bergerak”
yang boleh dirujuk.
v- Ketika Kelas - Pelajar
Setelah Cikgu Taib berusaha merancang pengajaran dengan mengintegrasikan ilmu
naqli dengan cara merujuk pakara al-Quran, maka menjadi kepuasan untuk beliau
melaksanakan pengajarannnya. Namun berlaku keadaan di mana pengintegrasian ilmu
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
121
naqli dalam proses pengajarannya berlaku dengan lebih berkembang. Keadaan ini
berlaku kerana pelajar beliau adalah pelajar tahfiz yang menghafal al-Quran, malah
sebahagian daripada mereka telah hafaz 30 juz al-Quran. Justeru, pelajar telah
memberikan banyak input melebihi apa yang telah dirancang tentang pengintegrasian
ayat al-Quran dalam topik yang diajar. Perkara ini dinyatakan oleh cikgu Taib semasa
sesi temu bual:
“Ada berlaku, macam yang lepas masa kelas saya dengan pelajar-pelajar,
saya dah ada satu ayat (surah an-Nisa, ayat 56), tapi pelajar ada bagi lagi
dua ayat lainkan!”
(CT-TB3-130417:139-140)
Berdasarkan petikan di atas, didapati Cikgu Taib dapat mengaitkan topik
rangsangan dan tindak balas dengan tiga ayat al-Quran. Surah an-Nisa, ayat 56 adalah
ayat yang dirancang hasil perbincangan secara kolaborasi dengan guru semasa
merancang pengajaran, namun beliau memperoleh dua lagi ayat lain yang dikaitkan
oleh pelajar sendiri semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. Perkara ini juga
dapat dilihat semasa sesi pemerhatian dimana apabila Cikgu Taib meminta pelajar
ayat yang boleh dikaitkan dan dibincangkan dalam tajuk berkenaan. Didapati pelajar
dapat mengutarakan surah an-Nisa walaupun Cikgu Taib belum sempat
mengutarakannya. Selain itu, pelajar juga mengaitkan dengan surah al-Baqarah ayat
219 dan surah at-Tin ayat 4. Keadaan ini berlaku kerana pelajar mempunyai hafalan
ayat al-Quran dan memahaminya. Bagi mereka pengintegrasian ini menyediakan
ruang untuk mereka memahami lagi ayat al-Quran dan mentadabur iaitu
mengamalkan apa yang dihafal untuk diaplikasikan dalam ilmu yang dipelajari.
Perkembangan berkaitan ilmu al-Quran dalam konteks pengintegrasian ilmu
naqli semasa proses pengajaran ini merupakan satu pembelajaran bagi Cikgu Taib.
Maklumat yang diperoleh ini dijadikan satu catatan baru dan akan diaplikasikan dan
direkodkan untuk pengajaran yang akan datang. Perkara ini dibincangkan oleh cikgu
Taib dalam temu bual:
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
122
“Kadang-kadang saya tanya pelajar jugak dalam kelas, maknanya benda tu
bukan hanya dalam perancangan saya… maknanya ayat-Quran yang
berkaitan saya peroleh semasa dalam kelas, terus saya dapat dan
catatkan…macam sebelum ni dalam kelas saya … ada pelajar kaitkan pasal
perkembangan manusia”
(CT-TB3-130417:108-111)
Dalam hal kolaborasi untuk pengintegrasian ilmu naqli dan aqli ini, guru
bukan sahaja berkolaborasi dengan guru dalam bidang, malah yang lebih penting ialah
kolaborasi dengan orang yang menguasai al-Quran. Dalam hal ini, pakar al-Quran
bukan sahaja terdiri dari guru al-Quran yang berada di sekeliling guru yang dianggap
sebagai “tafsir bergerak”, malah pelajar juga boleh dikatakan sebagai sumber untuk
cikgu memperoleh maklumat berkaitan ayat al-Quran.
Suasana kolaborasi perlu wujud dan seharusnya dicari oleh guru sendiri dalam
proses mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli. Ini kerana ilmu al-Quran tidak dapat
ditafsir dengan sendiri, sebaliknya guru perlu mencari sama ada melalui pembacaan,
menghadiri majlis ilmu berkaitan pentafsiran ayat al-Quran, perbincangan dan inisiatif
diri sendiri untuk memahami ayat Quran. Namun, perlunya pakar rujuk untuk
menjelaskan pemahaman ayat al-Quran dan pentafsirannya dalam mengintegrasikan
dalam topik yang diajar.
3.3 Strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran guru
Syariah Islamiah dan guru Biologi
Kajian ini juga meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam mata
pelajaran Biologi yang bertajuk koordinasi dan gerak balas. Tajuk ini dibahagikan
kepada empat sub-tajuk iaitu i) laluan penghantaran maklumat dari reseptor ke
efektor, ii) sinaps dan penghantaran maklumat, iii) tindakan terkawal dan iv) tindakan
luar kawal. Hasil pembelajaran yang hendak dicapai ialah pelajar dapat melukiskan
dan menerangkan keempat-empat proses yang berlaku dalam sub-tajuk tersebut. Bagi
mencapai objektif pembelajaran tersebut, cikgu Shafiq telah membahagikan pelajar
kepada empat kumpulan iaitu dua kumpulan pelajar lelaki dan dua kumpulan pelajar
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
123
perempuan. Setiap kumpulan telah diberikan salah satu sub-tajuk di atas untuk
dibincangkan dalam kumpulan dan dibentangkan.
Berdasarkan analisis sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan bagi
tajuk ini, didapati terdapat beberapa strategi pengintegrasian ilmu naqli dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan Biologi bagi tajuk koordinasi dan gerak balas.
Strategi yang dapat dikenalpasti ialah:
a) Bacaan Doa
Doa adalah satu aktiviti yang dilakukan sebelum kelas bermula. Menurut cikgu Taib,
“…kita mulakan kelas tu dengan kita memohon kepada Allah… Ya Allah ya
Tuhan kami, bukakanlah hati kami…kita minta pada Allah supaya kelas
sepanjang satu jam ataupun setengah jam dapat difahami oleh pelajar”
(CT-TB3-130417:286-288)
Telah menjadi kebiasaan kepada pelajar untuk membaca doa pada awal
pengajaran sejak sekolah rendah lagi. Kebiasaannya ini menunjukkan kesediaannya
secara mental dan fizikal untuk memulakan kelas. Oleh itu, pelajar akan
menghadirkan diri dan pemikirannya untuk memulakan pembelajaran. Kesediaan ini
perlu dalam proses pembelajaran agar hasil pembelajaran mudah dicapai.
Selain itu, pelajar meyakini bahawa semua ilmu ini adalah milik Allah SWT.
Oleh itu, perlunya meminta izin dengan berdoa agar ilmu mudah dipelajari dan
difahami. Perkara ini dinyatakan oleh cikgu Taib,
“Kena yakin bahawa ilmu ini ilmu Allah, jadi kalau kita nak sesuatu tu
daripada pemiliknya mesti kita kena mintak daripada Dia, jadi bila kita minta
pada Allah tu kita berdoa lah. Inshaallah, pelajar tupun juga yakin
(CT-TB3-130417:309-311)
Dapatan ini menunjukkan bahawa doa mempunyai peranan yang besar dalam
proses pengintegrasian ilmu. Segala ilmu sama ada ilmu naqli atau ilmu aqli adalah
milik Allah SWT bagi mengintegrasikan ilmu ini, perlunya bantuan Allah SWT agar
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
124
proses pembelajaran dan pemahaman dapat diperoleh. Keyakinan terhadap kuasa doa
ini dapat meningkatkan keimanan pelajar kepada Allah sebagai empunya ilmu.
b) Perkaitan ayat Quran
Sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan, sebanyak tiga ayat quran telah
dikaitkan iaitu surah an-Nisa (ayat 56), Surah al-Baqarah (ayat 219) dan surah at-Tin
(ayat 4). Ketiga-tiga ayat ini dibacakan oleh pelajar.
i) Surah an-Nisa (Ayat 56)
Ayat ini merupakan ayat yang telah dirancang oleh cikgu Taib dan dituliskan dalam
rancangan pengajaran untuk di kaitkan dengan tajuk ini. Namun, Cikgu Taib tidak
terus mengaitkan dan membacakan ayat ini, sebaliknya Cikgu meminta pelajar
membacakan ayat al-Quran dan cikgu menjelaskan maksudnya. Petikan berikut
menjelaskan dialog guru dan pelajar berkaitan ayat ini.
G : …Antara ayat yang boleh dikaitkan adalah surah an-Nisa ayat 56. Cuba cari
surah an-Nisa ayat 56, apa dia?
P(I): Maksud apa?
G : Maksudnya apa…berkaitan dengan kulit.
P(R): Oooo
G: Ok, Fahri dapat!,… siapa dapat saya bagi stiker. Ada…
…
G: Ok ada, silakan Zahirah. Ok
P(I,R): (Zahirah dan pelajar lain membaca surah an-Nisa ayat 56 secara beramai-
ramai.
G: Ok, terima kasih, maksudnya apa? Ok “setiap kali kulit mereka hangus Kami
ganti kulit mereka dengan yang lain. Supaya mereka merasakan azab,
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
G: (guru menerangkan maksud ayat). Ok, sebab orang yang diseksa dalam
neraka, kulit mereka akan terbakar, dibakar betul, bila terbakar kulit mereka
akan hangus. Bila hangus, reseptor dah rosak iaitu dendrit neuron aferon
rosak, jadi maklumat yang sakit tak dapat ditafsirkan oleh inter neuron. Ok,
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
125
oleh sebab rosak, maka Allah gantikan yang baru. Bila ganti, maka mereka
akan rasa sakit lagi.
(CT-PM-270217:376-393)
ii) Surah al-Baqarah (ayat 219)
Setelah pelajar membuat pembentangan, Cikgu Taib meminta pelajar merenung dan
berfikir tentang ayat al-Quran yang berkaitan dengan memberi peluang kepada pelajar
mengeluarkan ayat al-Quran yang berkaitan. Petikan berikut membincangkan perkara
ini:
G: Ok renungan, agak-agaklah ayat al-Quran apa yg boleh kita kaitkan dengan
topik ini, ada sesiapa yang sukarela? Okay, silakan
P(I): Antara ayat al-Quran yang boleh dikaitkan, “a’uzubillahiminasyaita nirrajim,
bismillahirrahmanirrahim, “yas alu naka amru bil maisir …(sambungan ayat
al-Quran)”. maksudnya mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan
katakanlah kepada mereka bahawa arak ini ada manfaat bagi manusia, tapi
ada juga dosa dia, dan dosanya lagi besar daripada manfaat.
(CT-PM-270217:358-368)
iii) Surah At-Tin ayat 4
Pelajar juga telah mengaitkan tajuk ini dengan ayat dari surah at-Tin ayat 4 iaitu
kekuasaan Allah SWT menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Ayat ini
dibacakan oleh pelajar secara sukarela setelah Cikgu Taib meminta pelajar
mengaitkan apa sahaja ayat al-Quran yang berkaitan. Petikan berikut
menggambarkan perbualan antara guru dan pelajar.
G: Ok renungan, agak2 lah ayat al-Quran apa yg boleh kita kaitkan dengan topik
ini, ada sesiapa yang sukarela! Okay silakan.
…
G: Ok yang kedua?
P(I): Yang kedua, kita dapat tengok kan macam mana kompleksnya ciptaan ini,
macam neuron semua kan, kompleksnya akson, ayat yang boleh dikaitkan
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
126
adalah surat at-Tin “laqad khalaqnal insan, biahsanil akwim”. Masudnya
sungguh manusia Aku ciptakan sebaik-baik ciptaan.
(CT-PM-270217:369-372)
c) Penguasaan Ilmu
Berdasarkan pemerhatian didapati pelajar dapat membuat perkaitan dan menghayati
keagungan kebesaran Allah SWT apabila mereka dapat menguasai ilmu yang
dipelajari. Strategi penguasaan ilmu dilakukan dengan cara setiap kumpulan
membincangkan satu sub-topik yang berkaitan. Mereka akan sedaya upaya
berbincang dan memahami proses yang berlaku kerana mereka perlu membentangkan
kepada pelajar yang lain di dalam kelas. Dalam hal ini guru berperanan sebagai
fasilitator dengan berjalan dari satu meja ke meja untuk memberi peluang kepada
setiap kumpulan bertanya dan menerangkan perkara yang mungkin menjadi
kemusykilan mereka.
Tajuk ini menceritakan tentang sistem saraf yang terdiri daripada sel-sel saraf
dinamakan neuron. Penghantaran maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk
isyarat elektrik yang dinamakan impuls saraf. Setiap neuron terdiri daripada satu
badan sel yang mengandungi nukleus dengan sitoplasma. Badan sel neuron dengan
sitoplasma mengandungi unjuran gantian yang dinamakan dendron atau akson.
i- Sub-tajuk: Laluan Penghantaran Maklumat dari Reseptor ke Efektor
Seterusnya, perbincangan tentang pergerakan impuls dibincangkan oleh kumpulan
satu berkaitan laluan penghantaran maklumat dari reseptor ke efektor. Rajah 1
menunjukkan proses penghantaran maklumat.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
127
Rajah 1: Proses penghantaran maklumat dari reseptor ke efektor
Dalam hal ini, dendron membawa impuls saraf ke dalam badan sel manakala
akson membawa impuls saraf keluar dari badan sel. Dendron bercabang membentuk
gentian halus yang dikenali sebagai dendrit untuk menerima impuls saraf. Akson
bercabang membentuk terminal akson yang berakhir dalam bonggol sinaps. Akson
dan dendron yang panjang diselaputi dengan membran penebat yang dinamakan salut
mielin. Di sepanjang salut mielin terdapat celahan yang dinamakan nodus Ranvier.
Salut mielin mengandungi celahan yang membolehkan impuls saraf melompat dari
satu nodus ranvier ke nodus ranvier yang berikutnya. Keadaan ini mempercepat kadar
pengaliran impuls saraf melalui neuron. Salut mielin juga berfungsi sebagai penebat
kepada impuls saraf daripada kecederaan dan membekalkan nutrien pada neuron.
Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron aferen, interneuron dan neuron eferen.
Ketiga-tiga jenis neuron berhubung kait untuk menghantar impuls saraf dalam sistem
saraf. Neuron aferen menghantar impuls saraf dari reseptor ke sistem saraf pusat (otak
dan saraf tunjang). Neuron aferen terdapat dalam akar dorsal pada saraf spina.
Interneuron terdapat dalam sistem saraf pusat. Interneuron menghantar impuls
saraf dari neuron aferen ke sistem saraf pusat ke neuron eferen. Interneuron mungkin
juga menyambungkan neuron aferen ke neuron eferen. Neuron eferen terletak dalam
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
128
akar ventral pada saraf spina. Neuron eferen menghantar impuls saraf dari sistem
saraf pusat ke efektor, iaitu kelenjar dan otot untuk menghasilkan gerak balas.
Penghantaran maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk isyarat
elektrik yang dinamakan impuls saraf. Pengaliran impuls saraf dalam neuron berlaku
dalam satu hala. Apabila satu neuron dirangsang oleh neuron lain atau dirangsang
oleh perubahan pada persekitaran, impuls saraf dicetuskan pada dendrit neuron itu.
Impuls saraf ni dihantar dengan cepat ke badan sel dan seterusnya dibawa oleh akson
sehingga terminal akson yang terakhir pada efektor.
Penghantaran maklumat di dalam badan melibatkan neuron aferen,
interneuron dan neuron eferen yang banyak. Neuron aferen membawa maklumat dari
reseptor ke sistem saraf pusat. Interneuron membawa maklumat dari neuron aferen ke
pusat kawalan dan dari pusat kawalan ke neuron eferen.
ii- Sub-tajuk: Sinaps dan Penghantaran Maklumat
Sistem saraf terdiri daripada sel-sel saraf yang dinamakan neuron. Proses
penghantaran maklumat ini digambarkan seperti pada Rajah 2. Penghantaran
maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk isyarat elektrik yang dinamakan
impuls saraf. Neuron tidak bersambung secara langsung di antara satu sama lain
kerana terdapat satu ruang sempit di antara terminal akson neuron penghantar dengan
dendrit neuron penerima yang dinamakan sinaps dengan kelebaran yang sangat kecil
iaitu 2.0 x 10ˉ5 mm. Hal ini adalah untuk memastikan pengaliran impuls saraf dalam
neuron bergerak dalam satu arah sahaja.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
129
Rajah 2: Sinaps dan penghantaran maklumat
Impuls saraf daripada neuron penghantar hanya boleh dihantar merentasi
sinaps secara kimia. Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan bonggol
sinaps yang banyak mengandungi vesikel sinaps dan mitokondria. Vesikel sinaps
megandungi bahan kimia yang disebut neurotransmitter (bahan pemancar).
Apabila suatu impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada terminal akson,
vesikel sinaps dirangsangkan untuk membebaskan neurotransmitter ke dalam sinaps.
Neurotransmitter meresap merentasi sinaps ke dendrit neuron penerima. Dendrit itu
dirangsangkan untuk mencetus impuls saraf yang dibawa oleh neuron penerima ke
neuron lain atau efektor. Tenaga dibekalkan oleh mitokondrion supaya impuls saraf
dapat merentas sinaps.
Dengan menguasai ilmu secara terperinci, pelajar dapat menceritakan proses
penghantaran maklumat ini dengan lancar dan yakin. Pembentangan sebegini
menunjukkan kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Secara tidak
langsung mereka dapat menghayati betapa kompleksnya penciptaan Allah SWT
sehingga mereka dapat merasai kebesarannya. Perkara ini terbukti apabila pelajar
dapat mengaitkan ayat al-Quran dari ayat 4 surah al-Tin yang bermaksud:
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
130
“Sungguh manusia Aku ciptakan sebaik-baik ciptaan”.
(Surah al-Tin: 4)
Dalam surah at-Tin, Allah SWT ada menyebut bahawa manusia ini adalah
sebaik-baik ciptaan. Ini dapat dibuktikan dengan penciptaan neuron yang kompleks di
dalam badan manusia.
d) Larangan Allah SWT
Setelah kumpulan dua membincangkan proses pertukaran maklumat dalam bentuk
impuls saraf dalam sinaps, guru meminta pelajar memberikan maklumat tambahan.
Pelajar mengaitkan dengan alkohol. Petikan berikut menunjukkan dialog berkaitan
perkara ini:
G: Ada tambah maklumat tak?
P(I): Ok, kepada peminat alkohol
P(I): Dan juga penagih dadah, macam mana….macam mana nak bagi tahu ye?
G: Okay, saya tambah… saya bagi nanti…
P(I): Ok cikgu tambah ye… bila kita ambil alkohol atau dadah, semua benda tu
akan memenuhi ruang sinaps. Impuls saraf akan menukarkan visikel sinaps
menjadi rembesan pada ruang sinaps. Bila banyak alkohol, rembesan ini tak
dapat nak mencelah … itu yang menyebabkan orang yang menagih dadah
atau minum alkohol akan mabuk …sebab dia tak dapat nak mentafsir perkara
yang dibuat … alkohol dan rembesan ini bersaing…
… (video tentang sinaps ditayangkan)
G: Ok baik, tengok video sinaps dan penghantaran maklumat ye! (guru
menayangkan video) Lihat ini… neuron sedang bergerak maksudnya neuron
tu sedang berhubung
G: Ni sinaps. Visikel sinaps akan merembeskan neurotransmitter dan pergi ke
neuron penerima. Kalau banyak bahan-bahan lain seperti alkohol dan dadah,
dia akan melambatkan proses perembesan sebab dia bersaing, jadinya
maklumat yang nak sampai ke neuron mungkin tak sampai, jadi tindakannya
seterusnya iaitu gerak balas ….lain daripada apa yang otak rancang dan
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
131
yang otak analisis, integrasi dan menginterpritasi lain. Sebab tu Allah
melarang kita…..!
P(R): minum arak
G: Minum arak dan ambil dadah … Okay, hari ni kita dah tahu sebab apa Allah
SWT larang minum arak dan dadah!.... Allah SWT bagi tahu tu pasti ada…..
P(R): sebaaaab
Haikal: Alkohol dengan dadah berada pada sinaps, dia boleh bertukar atau hilang?
G: Alkohol boleh hilang ok, sebab tu kalau dah hilang dia punya alkohol… dia
waras lah. Tapi masalahnya alkohol dan dadah ni dia akan menyebabkan
apa….?
P(R): Ketagihaaan!
G: ye…bila dah tak ada kita rasa nak tambah lagi, macam non stop benda tu….
bahaya. Ok terima kasih pada Haikal.
(CT-PM-270217:201-244)
Petikan di atas menerangkan konsep penghantaran maklumat dari terminal
akson neuron penghantar ke dendrit neuron penerima, nerotansmitter tidak dapat
mencelah kerana kehadiran dadah yang menghalang laluannya. Oleh itu orang yang
menghisap dadah akan mabuk atau khayal kerana maklumat tidak dapat dihantar ke
otak dan penafsiran tidak berlaku dengan cepat.
Keadaan ini berlaku ketika seseorang itu meminum arak atau mengambil
dadah, mereka tidak dapat mentafsir dan berfikir dengan baik (mabuk). Ini disebabkan
oleh bahan alkohol dan dadah akan melekat di ruang sinaps yang membuatkan vesikel
sinaps tidak dapat mencelah dan melakukan rembesan dengan baik. Justeru,
penghantaran maklumat akan menjadi lebih lambat kerana bahan-bahan tersebut akan
bersaing di antara satu sama lain. Jadi, tindakan dan gerak balas mereka akan menjadi
berbeza daripada apa yang otak mereka rancang, analisis, integrasi dan interpretasi
maklumat. Namun, seseorang itu akan kembali waras setelah bahan alkohol dan
dadah itu telah hilang. Tapi masalahnya alkohol dan dadah akan menyebabkan
ketagihan. Oleh sebab itu, Allah SWT melarang umat Islam untuk mengambil dadah
dan meminum arak seperti yang telah disebut dalam surah Al Baqarah di bawah:
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
132
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi.
Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".
(Surah al-Baqarah: 219)
e) Perkaitan kehidupaan seharian
Mengaitkan pelajaran dengan kehidupan seharian akan menjadikan pembelajaran
lebih bermakna. Dalam konteks tajuk rangsangan ini, pembelajaran telah dikaitkan
dengan bagaimana otak boleh menjadi kuat. Petikan berikut menunjukkan dialog
pengajaran dan pemudahcaraan yang mengaitkan dengan hal ini:
G: kalau kamu belajar dalam bab sebelum ni, tengkorak baby tu tak apa?
P(R): Tak keraaas
G: Sebab sel-sel otak inter neuron sedang berkembang. Bila dah sampai satu
masa maksima dia akan keraslah…kalau kita jarang gunakan sel tu akan
apa? Merosotlah…orang yang begini akan lama untuk selesaikan masalah
itu, dia akan jarang berfikir, dia malas berfikir, ambil masa…Jadinya, kita
sebagai orang Islam kita kena ada cara lah nak mengelakkan kita daripada
pelupa, ataupun berfikir lama, caranya apa?
P(R): mengajiii
G: Alhamdulillah, kita kena mengaji, antara petuanya kita boleh amalkan selepas
Maghrib atau malam Jumaat…ataupun tak kisahlah …cuba kita mengaji
surah?
P(R): Al-Waqiah
G: Surah ar-Rahman dan al-Waqiah, sebab apa ar-Rahman?
P(R): Sebab banyak persoalan
G: Banyak soalan betul tak, Allah SWT nak kita berfikir, a’uzubillahiminasyaitaa
nirrajim, fabiaiiaala irabbikuma tukazzibaan. Dan bawah dia
fabiaiiaalairabbikuma tukazziban. Kita faham apa yg kita fikir sebenarnya.
Ataupun kita baca surah alwaqiah, alwaqiah ada apa?
P(R): Hari kiamat
…
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
133
G: Kalau kita baca sebahagian kita akan meningkatkan keimanan kita lah…nak
mengelakkan kita dari lupa, ok boleh? Shakir terjawab ea soalan boleh?
(CT-PM-
270217:201-244)
Perbincangan di atas menunjukkan perkaitan dengan amalan harian yang
boleh meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Kemahiran berfikir dapat
ditingkatkan ketika membaca al-Quran dan maknanya dengan mengaitkan kepada
kehidupan harian. Selain itu, melalui soalan pelajar juga kelihatan mereka mengaitkan
dengan kehidupan harian. Petikan di bawah menunjukkan pelajar mengaitkan tingkah
laku mengigau dengan bagaimana otak berfungsi.
P(R): Cikgu, macam mana kalau kita mengigau, kita bergerak, sebenarnya apa yang
berlaku
G: Ok, kalau kita mengigau itu di bawah tindakan minda bawah sedar pula, itu
satu kajian yang lain lah, tapi dia mesti melibatkan otak juga lah, kalau
melibatkan aras tunjang … gerakan luar kawal, yang boleh melibatkan
kecederaan yang dielakkan, ok boleh? Jadi itu masih lagi tindakan terkawal
tapi di bawah kesedaran,
(CT-PM-270217:312-317)
Selain guru, pelajar juga bersetuju agar perkaitan pengajaran dilakukan dengan
kehidupan seharian dalam konteks ilmu wahyu. Petikan dibawah diberikan oleh salah
seorang pelajar yang terlibat dengan pengajaran.
“Saya rasa lagi bagus, sebab kami semua hafal al-Quran…dekat situ melatih
kami berfikir…boleh kaitkan apa yang ada dalam pelajaran dengan ayat-ayat
tertentu… biar pelajar boleh banyak berfikir waktu mengaji, bukan mengaji
sajalah, tapi sambil mengaji kita kaitkan apa yang berkaitan dengan
kehidupan kita, maknanya kita tak ada usaha untuk mencari dan berfikir”
(P-TB-270217:45-50)
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
134
Menurut pelajar, semasa membaca al-Quran, pelajar disarankan agar terus
berfikir agar apa yang dibaca dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian dan juga
dengan pelajaran yang dipelajari. Cara ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar dengan berlatih untuk berfikir.
f) Mengagungkan kebesaran tuhan
Semasa proses pembelajaran, perasaan mengagungkan kebesaran Tuhan dapat dilihat
melalui perkataan pujian yang keluar dari pelajar yang dapat merasai keagungan
Tuhan. Perkara ini dibincangkan oleh cikgu Taib semasa sesi temubual:
“… nak tunjukkan betapa lajunya, mungkin kat situ nampak subhananllah, …
menunjukkan keyakinan kebesaran tuhan tu, pelajar tak sedar perkataan
subhanallah tu akan keluar di dalam mulut, mungkin di hati dia mungkin
macam-macam kan”
(CT-TB3-130417:193-204)
4.0 KESIMPULAN
Kerjasama antara guru-guru Pendidikan Islam dengan guru-guru sains sangat
diperlukan bagi menjayakan proses pengintegrasian ilmu naqli dan ilmu aqli. Melalui
pendekatan lesson study ini memberikan sumbangan kepada pembangunan diri pelajar
sebagai insan seimbang dan cemerlang. Ini kerana di dalam pengajaran guru melalui
pendekatan lesson study dapat membuka minda pelajar untk meneroka ilmu naqli
yang dikaitkan dengan kemahiran berfikir menggunakan akal bagi menganalisa
keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
135
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri (2007). Amalan pengajaran guru pendidikan Islam dalam
membangunkan masyarakat Islam hadhari. Dlm. Nik Azis Nik Pa (pnyt.).
Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Pendekatan Islam
Hadhari, hlm. 177 - 203. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.
Adnan Abd. Rashid, Azam Othman, Suhailah Hussein, Ismail Sheikh Ahmad,
Mastura Badzis (2013). Practises and concepts of integrated education system in
selected Islamic religious schools in the Malay archipelago. WCIK E-Journal of
integration Knowledge 77-87.
Azizan Baharuddin. (2007). Pendekatan holistik agama dan sains: Mekanisme dan
penghayatan penyelesaian alternatif. Dlm. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
(pnyt.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Pendekatan Holistik Sains dan
Agama: Cabaran ketamadunan, hlm.7-34 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Barbour Rosaline S. (2007). Introducing Qualitative Research: A Student's Guide to
the Craft of Doing Qualitative Research. Paperback.
Bahagian Kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor. (2014). Kurikulum Pendidikan
Islam Jais. Shah Alam: JAIS.
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research of Education: An
Introduction to Theory and Method. Edisi ke-3. Boston: Allyn & Bacon.
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K. (2003). Qualitative research for education. 4th Ed.
Boston: Allyn and Bacon.
Creswell, J. W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing among
Five Traditions. California CA: Sage Publication.
Denzin, N. K. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction to Sociologist
Methods. Chicago: Aldine.
Dey, I. (1993). Qualitative Data Analysis: A User-Friendly Guide for Social
Scientists. London: Routledge.
Ibrahim B. Syed. (2006). Educating Muslim Children: Challenges and Opportunities.
Atas Talian: Copyright © 1988-2006 irfi.org. Tarikh akses: 28 April 2015.
James Hiebert Anne K. Morris Dawn Berk Amanda Jansen, (2007). Preparing
Teachers to Learn from Teaching First Published January 1, Vol 58, Issue 1,
2007 http://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0022487106295726
Jick, T.D. (1979). Mixing qualitative and quantitative methods: Triangulation in
action. Administrative Science Quarterly 24: 602-611.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
136
Jorgensen, D. L. (1989). Participant Observation:a Methodology for Human Studies:
Applied Social Research Method Series. Newbury Park,Carlifonia: SAGE
Publication.
Lewis, C. (2008). Lesson study How Can It Build System-Wide Improvement?
Retrieved from
http://www.csus.edu/mase/calessonstudy/2008/docs/proceedings/Catherine_Le
wis.pdf
Lewis, C. & Hurd, J. (2011). Lesson study: Step by Step Portsmouth, NH:
Heinermann.
L. R, Gay, Merril, (1996). Educational Research: Competencies for Analysis and
Application.
Lincoln, Y.S. & Guba, E.G. (1985). Naturalistic Inquiry. Newbury Park, California:
Sage Publication.
Linda Dale. (2008). Completing your Qualitative Dissertation. United States of
America. Sage Publications .
Stepanek, J., Appel, G., Leong, M., Mangan, M. T. & Mitchell, M. (2007). Leading
lesson study. Thusand Oaks, CA: Crowin Press.
M. Arifin. (1977). Psikologi dan Beberapa Aspek Kehidpan Rohaniyah Manusia.
Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.
Marble, S. (2007). Inquiring into Teaching: Lesson Study in Elementary Science
Methods. Journal of Science Teacher Education, 18(6), 935-953.
http://dx.doi.org/10.1007/s10972-007-9071-6
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in
Education. Edisi ke-2. San Francisco: Jossey-Bass Inc.
Merriam, S. B. (2015). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation
3rd Edition. Paperback.
Miles, M. B. & Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded
Sourcebook. Edisi ke-2. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Mohd. Nasir Omar. (1993). Kecemerlangan Berfikir : Konsep Dan Strategi Latihan
Berfikir Dalam Perspektif Islam. Prosiding Konvensyen Antarabangsa
Kecemerlangan Berfikir, hal. 57-62.
Nor Hayati Hj. Alwi. (2005). Ke arah pembentukan model pembangunan insan sains
seimbang dalam pendidikan Sains. Jurnal Teknologi Jun (42): 77-93.
Noor Hisham Nawi. (2008). Pembinaan garis panduan bagi pembentukkan kurikulum
teras Fardhu Ain di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tesis Dr. Fal. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
137
Noor Hisham Md Nawi. (2012). Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi
pendidikan guru : tribulasi dan cadangan. In: Persidangan Kebangsaan
Pendidikan Islam 2012, 03-06-2012, Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri
Sembilan.
Nur Aida Muhammad. (2016). Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Mengenai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Strategi Penerapannya dalam
Pengajaran. Disertasi Sarjana, Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Edisi ke-2.
Newbury Park, CA: Sage Publications.
Rosnani Hashim. (2002). Dualisme pendidikan umat Islam di Malaysia: Sejarah,
perkembangan dan cabaran masa depan. Jurnal Pendidikan Islam 10: 9‑27
Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson
Prentice Hall.
Sabir Abdul Ghani, Fadzli Adam & Muhammad Rashidi Wahab. (2014). Penilaian
Penyalahgunaan Dadah Menurut Fatwa Ulama Dari Perspektif Islam
(Assessing Drug’s Misusage According To Ulama’s Fatwa From Islamic
Perspective). Journal Of Business And Social Development Volume 2 Number
1, March 2014: 57-62 Issn: 2289-2915. Terengganu: Uiniversiti Malaysia
Terengganu.
Sarimah Karmin & Shaharom Noordin. (2008). Pedagogi: Strategi dan Teknik
Mengajar dengan Berkesan. Shah Alam: PTS Publications and Distributors
Sdn. Bhd.
Seidman, I. (1998). Interviewing as Qualitative Research. New York: Teachers
College Press.
Shaharir Mohamad Zain dan Abd. Latif Samian. (1987). Pengislaman Sains dan
Matematik. Jurnal Pendidikan Islam Abim 2(7).
Siti Rashidah et. al. (2016). Kolaborasi Dalam Proses Pengintegrasian Ilmu Naqli dan
Aqli Melalui Pendekatan “lesson study”. Kertas Kerja ini dibentangkan di
International Conference on Social Sciences and Humanities (PASAK 2016)
pada 20 & 21 April 2016.
Stepanek, J., Appel, G., Leong, M., Mangan, M. T. & Mitchell, M. (2007). Leading
“lesson study”. Thusand Oaks, CA: Crowin Press.
Strauss, A., & Corbin, J.(1990). Basics of Qualitative Research: Grounded Theory
Procedures and Techniques. Newbury Park, CA: Sage Publications.
Tajul Ariffin Noordin, Abdul Raof Dalip. (1986). Pendidikan sepadu: seminar
pendidikan sepadu. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,
4th
International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)
Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017
138
Tajul Ariffin Noordin. (1988). Konsep Asas Pendidikan Sepadu. Kuala Lumpur.
Nurin Ent.
Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan: Suatu pemikiran semula. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Taylor, S. J. & Bogdan, R.(1984). Introduction to Qualitative Research Method. Edisi
ke-2. New York: Wiley.
Wiersma. (1991). Research Methods in Education. Edisi ke-5. Boston: Allyn &
Bacon.
William Wiersma, Stephen G. Jurs. (2005). Research Methods in Education: An
Introduction Pearson/A and B.
Yee Mei Heong, Widan Othman, Jailani Md Yunos, Tee Tze Kiong, Razali Hassan &
Mimi Mohaffyza Mohamad. (2011). The Level of Marzano Higher Order
Thinking Skills Among Tecnical Education Stdents. International Journal of
Social Science and Humanity, 1 (2) : 121-125.
Yin, R. K. (1994). Case Study Research: Design and Methods 2nd
ed. Thounsand
Oaks: Sage Publications, Inc.
Zakaria Din & Ab. Halim. (2010). Pendekatan bersepadu pengajaran dan
pemudahcaraan akidah. Dlm. Ab.Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik
Yusoff (pnyt.). Kaedah Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, hlm.
137-152. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zanariah Ab. Wahab. (2010). Tahap Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif (KBKK) dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam. Projek Penyelidikan Sarjana, Universiti Sains
Malaysia.
Zanaton H. Iksan, Siti Noraishah Mohd Nor, Siti Nordiyana Mahmud & Effandi
Zakaria. (2014). Applying the Principle of “lesson study” in Teaching Science.
Asian Social Science, 10(4): 108-113.
Zanaton H. Iksan, Effandi Zakaria & Md. Yusoff Daud. (2014). Model of “lesson
study” Approach during Micro Teacing. International Education Studies,
7(13): 253-260.
Zanaton H. Iksan, Md Noor Saper, & Zetty Nurzuliana Rashed. (2016). Integration of
Tawhidic Science through “lesson study” Approach in teaching and learning
science or Islamic study. Tinta Artikulasi Membina.
Zetty Nurzuliana Rashed. (2016). Amalan Pengintegrasian Ilmu Sains Dan Al-Quran
Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor.
Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.