PELAN INDUK
PEMBANGUNAN FRANCAIS
NASIONAL
2012 – 2016
KEMENTERIAN PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN
2
Jadual Kandungan
Glosari Akronim ..................................................................................................6
Ringkasan Eksekutif............................................................................................8
1. Pengenalan ............................................................................................16
1.1 Objektif Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional
(PIPFN).........................................................................................16
1.2 Rangka Kerja Pembangunan Francais .........................................26
1.3 Tindakan yang diambil untuk menyediakan PIPFN.......................28
1.4 Kajian Pemprofilan Francais 2010 ................................................29
2. Mengapakah kita memerlukan Rangka Tindakan Pembangunan
Francais Negara?..................................................................................30
2.1 Penyelarasan dengan Agenda Pembangunan Negara ................30
2.2 Hala Tuju Strategik industri francais .............................................32
3. Apakah kedudukan yang hendak kita capai? .........................................33
3.1 Menentukan hala tuju strategik PIPFN .........................................33
3.2 Visi ................................................................................................33
3.3 Misi................................................................................................35
3.4 Matlamat dan sasaran ..................................................................36
3.5 Sektor campuran yang semakin maju ..........................................37
3
4. Apakah yang berlaku di sekeliling kita? ..................................................40
4.1 Rumusan peluang dan ancaman ..................................................40
4.2 Daya saing negara dan industri ....................................................41
4.2.1 Pemfrancaisan di Malaysia masih di peringkat
pembangunan .....................................................................41
4.2.2 Rancangan kerajaan untuk meningkatkan kelebihan
bersaingan negara ……..….................................................43
4.2.3 Bidang pertumbuhan yang berpotensi membuka peluang
untuk pemfrancaisan...........................................................44
4.2.4 Sikap berpuas hati dan kemajuan industri yang
perlahan...............................................................................46
4.3 Trend global dan serantau ............................................................46
4.3.1 Pemfrancaisan pelbagai jenama ........................................46
4.3.2 Penggunaan teknologi dalam talian ...................................48
4.3.3 Pendekatan “Big Bang” untuk membina jenama
francais................................................................................49
4.3.4 Kesan ke atas francaisi kerana kegagalan francaisor ........49
4.4 Aspirasi pusat serantau ................................................................51
4.4.1 Pertumbuhan dan perbelanjaan pengguna yang diramalkan
dalam pasaran jiran menawarkan peluang untuk
pengembangan ke luar negara............................................51
4.4.2 Pematuhan syariah sebagai kelebihan bersaingan ............52
4.4.3 Suasana politik di Malaysia agak stabil berbanding negara
jiran .....................................................................................52
4.4.4 Ancaman terhadap aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat
francais …................................................................…........53
4
5. Di manakah kita hari ini? ........................................................................56
5.1 Rumusan kekuatan dan kelemahan .............................................56
5.2 Francaisor/francaisi induk dan francaisi .......................................61
5.2.1 Gambaran menyeluruh dan penilaian semasa ...................61
5.2.2 Jurang yang dikenal pasti pada peringkat tertentu dalam
kitar hayat francaisor di Malaysia .......................................62
5.2.3 Jurang yang diperhatikan pada peringkat tertentu dalam kitar
hayat francaisi di Malaysia .................................................65
5.2.4 Kurang persefahaman antara francaisor dengan
francaisi...............................................................................67
5.3 Pembangunan francais ................................................................68
5.3.1 Mewujudkan kesedaran .....................................................68
5.3.2 Program pembangunan .....................................................70
5.3.3 Pembangunan keupayaan dan kemampuan .....................74
5.4 Infrastruktur sokongan .................................................................75
5.4.1 Kebolehdapatan perunding francais ..................................75
5.4.2 Kewujudan skim kewangan francais oleh Institusi Kewangan
(“FI”) dan Institusi Kewangan Pembangunan (“DFI”)
.............................................................................................75
5.4.3 Promosi/bantuan eksport ....................................................77
5.5 Undang-undang dan kawal selia ..................................................77
5.5.1 Akta Francais 1998 ............................................................77
5.5.2 Mekanisme penyelesaian pertikaian yang diperlukan oleh
industri francais ..................................................................79
5.5.3 Pendaftaran francais ..........................................................80
5.5.4 Penguatkuasaan francais ...................................................81
5
6. Bagaimanakah caranya untuk mencapai kedudukan tersebut? .............82
6.1 Hala tuju PIPFN ............................................................................82
6.2 Pelaksanaan teras utama di bawah PIPFN ..................................84
6.3 Teras utama dan strategi yang digariskan dalam PIPFN..............85
6.3.1 Isu penting yang perlu ditangani .........................................85
6.3.2 36 strategi yang menyokong empat teras utama ...............86
6.4 Faktor penting kejayaan ...............................................................89
6.5 Struktur mekanisme pelaksanaan PIPFN .....................................91
7. Perancangan Pelaksanaan.....................................................................94
7.1 ST 1 : Meningkatkan Daya Saing Industri Francais Malaysia.......94
7.2 ST 2 : Transformasi Perniagaan Melalui Francais......................104
7.3 ST 3 : Membangunkan Kecekapan Modal Insan Francais..........108
7.4 ST 4 : Mengukuhkan Ekosistem Francais Yang Lebih Dinamik..111
8. Kesimpulan............................................................................................114
6
Glosari Akronim
AGC Jabatan Peguam Negara
Akta Akta Francais 1998
AIM Amanah Ikhtiar Malaysia
BIMU Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Rangka Tindakan
BMI Business Monitor International
BNM Bank Negara Malaysia (Bank Pusat Malaysia)
BPG Geran Promosi Jenama
CAGR Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul
CDP Program Pembangunan Berterusan
CGC Perbadanan Jaminan Kredit
DBPF Dana Bantuan Pembangunan Francais
DFI Institusi Kewangan Pembangunan
DMS Sistem Pengurusan Data
DPMM Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
e.g. Contohnya
EPU Unit Perancang Ekonomi
ETP Program Transformasi Ekonomi
F&B Makanan & Minuman
FAB Lembaga Penasihat Francais
FHQ Ibu Pejabat Francais
FI Institusi Kewangan
FIM Francais Antarabangsa Malaysia
FMM Persatuan Pengeluar Malaysia
FLA Persatuan Francais dan Pelesenan
FPS 2010 Kajian Pemprofilan Francais 2010
GLC Syarikat Berkaitan Kerajaan
GTP Pelan Transformasi Kerajaan
HDC Perbadanan Pembangunan Industri Halal
HQ Ibu Pejabat
i.e. Iaitu / dalam kata lain
IPT Institusi Pengajian Tinggi
INFRA Institut Kemajuan Desa
INSKEN Institut Keusahawanan Negara
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JKR Jabatan Kerja Raya
JKKK Jawatankuasa
Kerajaan Kerajaan Malaysia
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
KKLW Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
KPDNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
KPI Petunjuk Prestasi Utama
7
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
KPKT Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KRA Bidang Keberhasilan Utama
KSM Kementerian Sumber Manusia
KSU Ketua Setiausaha KPDNKK
LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri
MATRADE Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
MDG Geran Pembangunan Pasaran
MFA Persatuan Francais Malaysia
MGTC Malaysia Green Technology Corporation
MIDA Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
MIM Institut Pengurusan Malaysia
MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
MOF Kementerian Kewangan
MOH Kementerian Kesihatan
MOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
MRCA Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia
MyFEX Malaysia Franchise Expressway
MEB Model Ekonomi Baru
NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan
NPL Pinjaman Tidak Berbayar
PERDASAMA Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia
PIPFN Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012 – 2016
PTPK / SDFC Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
PKS Perusahaan Kecil dan Sederhana
PNS Perbadanan Nasional Berhad
PPFT Program Pembangunan Francais Tempatan
PUNB Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
RM Ringgit Malaysia
RMK-8 Rancangan Malaysia Ke-8
RMK-9 Rancangan Malaysia Ke-9
RMK-10 Rancangan Malaysia Ke-10
R&D Penyelidikan & Pembangunan
ROF Pendaftar Francais
SBA Pentadbiran Perniagaan Kecil
SKM Suruhanjaya Koperasi Malaysia
SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia
TEKUN Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
UITM Universiti Teknologi Mara
UPM Universiti Putra Malaysia
UUM Universiti Utara Malaysia
USD Dolar Amerika Syarikat
WTO Pertubuhan Perdagangan Sedunia
8
Ringkasan Eksekutif
Industri francais merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk
menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Di seluruh
dunia, industri francais mencatatkan pertumbuhan positif walaupun sesetengah
negara dilanda krisis ekonomi. Walaupun industri francais mempunyai potensi
untuk menyumbang kepada ekonomi negara, usaha pembangunan industri
francais di Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran; antaranya adalah
kurangnya kefahaman terhadap sistem perniagaan francais dan potensi serta
manfaat di kalangan orang awam, usahawan secara umum dan usahawan
francais secara khususnya.
Oleh yang demikian, bagi memastikan pertumbuhan pesat industri francais
Malaysia untuk menyumbang kepada pencapaian Wawasan 2020, Model Baru
Ekonomi dan kejayaan Program Transformasi Ekonomi, adalah wajar isu dan
cabaran pembangunan industri francais negara dikenalpasti supaya
perancangan strategik dapat dibuat untuk menggariskan langkah-langkah
pembangunan industri francais yang mapan dan seterusnya meningkatkan
sumbangan francais kepada kemajuan ekonomi nasional.
Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional bertujuan untuk menetapkan
hala tuju strategik yang menyeluruh bagi membangunkan sektor industri
francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya saing, efisien dan mampu
memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais negara. Pelaksanaan
strategi ini mengambilkira faktor jangka pendek, jangka sederhana dan jangka
panjang serta garis masa bagi mempercepat dan menyusun rancangan
pelaksanaan yang berkesan dan memasukkan sasaran sementara indikatif
untuk memudahkan dan menilai proses perancangan. Dalam hal ini, objektif-
objektif pelan ini adalah seperti berikut :
9
(i) menilai pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk
utama seperti penyertaan francaisor dan francaisi bagi
perkembangan industri francais tempatan dan sumbangan industri
francais kepada ekonomi negara;
(ii) mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan
semasa; dan
(iii) menentukan hala tuju industri francais negara ke arah menjadikan
Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan
Timur Tengah menjelang 2020.
Pelan Induk ini mempunyai matlamat untuk meluaskan tumpuan dalam
pembangunan francais daripada sektor campuran yang lebih pelbagai
disasarkan, termasuk beberapa sektor niche yang masih belum dieksploitasi
sepenuhnya secara sistem francais, seperti pelancongan perubatan, eco-
tourism, perkhidmatan dan produk pematuhan syariah serta produk dan
perkhidmatan hijau. Sasaran ini bertepatan dengan agenda pembangunan
negara seperti yang telah digariskan melalui Model Baru Ekonomi, Program
Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Wawasan 2020.
Pelan tindakan yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pembangunan Francais
Nasional 2012-2016 meliputi dua fasa implementasi dengan fasa 1 bermula
pada tahun 2012 hingga tahun 2014 dan fasa 2 daripada tahun 2015 hingga
tahun 2016. Pada tahun terakhir fasa 2 implementasi Pelan Induk
Pembangunan Francais Nasional, adalah disasarkan sejumlah 860 syarikat
francais berdaftar dengan sumbangan jualan industri francais kepada KDNK
meningkat kepada 4.3% berbanding 2.2% pada masa kini, diikuti dengan
jumlah jualan francais per kapita meningkat kepada RM1,110 berbanding
RM470 yang dicatatkan sekarang. Peratus peluang pekerjaan di dalam industri
francais juga dianggarkan akan meningkat kepada 1.3 hingga 2.5% dari jumlah
keseluruhan peluang pekerjaan negara. Pelan induk pembangunan francais
akan dikaji semula bagi fasa 3 yang meliputi tempoh dari tahun 2017 hingga
10
2020 bagi mencapai sasaran sumbangan kepada KDNK sebanyak 9.4%
dengan bilangan sebanyak 1,140 syarikat francais berdaftar.
Bagi mencapai sasaran tersebut, 4 teras utama yang disokong oleh 36
strategi dan 139 pelan tindakan yang berbentuk program, projek dan inisiatif
telah dikenalpasti dan digariskan sebagai tunjang mekanisme pelaksanaan.
Empat teras utama tersebut adalah seperti berikut :
(i) Meningkatkan daya saing industri francais Malaysia;
(ii) Transformasi perniagaan melalui francais;
(iii) Membangunkan kecekapan modal insan francais; dan
(iv) Mengukuhkan ekosistem francais yang lebih dinamik.
TERAS UTAMA 1: MENINGKATKAN DAYA SAING INDUSTRI FRANCAIS MALAYSIA
Salah satu isu yang telah dikenalpasti menyumbang kepada kurangnya
penggunaan sistem perniagaan francais di kalangan usahawan dalam
pengembangan perniagaan mereka adalah kurangnya pemahaman dan
pengetahuan mengenai sistem francais. Kebanyakan penggiat francais
tempatan didapati kurang mantap dalam pengurusan perniagaan secara am
dan khususnya dalam pengurusan rangkaian francais. Isu ini juga
mengakibatkan kebergantungan penggiat francais kepada Kerajaan dalam
membantu dan membimbing mereka bagi menghadapi isu dan cabaran dalam
menjalankan perniagaan francais mereka.
Bagi memastikan francaisor tempatan setanding dengan 176 syarikat francais
luar negara yang telah berjaya berkembang di Malaysia, pelbagai inisiatif
disyorkan bagi meningkatkan daya saing industri francais, ke arah
memungkinkan pembangunan industri francais di Malaysia. Bagi menangani
isu tersebut, strategi-strategi dibawah teras utama pertama adalah disyorkan
berikut:
11
(i) memperkasakan industri francais negara;
(ii) meningkatkan kemantapan dan memperkasa francaisor tempatan;
(iii) membangun dan mempromosikan konsep francais mikro;
(iv) mewujud dan mempromosikan kluster / kelompok francais
tempatan (seperti projek 1Malaysia Stesen Francais);
(v) kerjasama strategik antara peruncitan francais dan Perniagaan
Kecil Sederhana (PKS) dalam pembekalan dan peruncitan
produk/keluaran tempatan di outlet francais;
(vi) memberi penekanan kepada inovasi, kreativiti dan sistem
berasaskan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)
bagi menggalakkan daya kreativiti francaisor tempatan;
(vii) mengukuhkan imej dan penjenamaan francais Malaysia;
(viii) mempromosi dan meningkatkan pengetahuan serta faedah
berkaitan sistem francais;
(ix) memastikan pembangunan yang seimbang dalam industri francais
(supaya semua lapisan masyarakat akan berpeluang menceburi
dalam perniagaan francais);
(x) meningkat dan mempermudahcarakan kemudahan pembiayaan;
(xi) mewujudkan ‘rangkaian perniagaan francais’ di dalam
pembangunan koridor ekonomi dan mempromosikan jenama
francais di setiap negeri;
(xii) menembusi pasaran global melalui jenama Francais Malaysia -
membentuk / membantu francais dalam negara yang berpotensi
untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa;
(xiii) meningkatkan hubungan perniagaan dengan syarikat Malaysia
sedia ada di luar Negara;
(xiv) mempromosikan Malaysia sebagai pusat pematuhan Syariah
serantau (memanfaatkan status Malaysia sebagai negara Islam
yang progresif untuk mengeksport perniagaan francais kepasaran
Islam);
12
(xv) menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi eksport francais
di Asia Tenggara;
(xvi) meningkatkan tahap perlindungan bagi industri francais melalui
Akta Francais;
(xvii) bekerjasama dengan 1Malaysia Mall bagi mempromosi syarikat
francais Malaysia di luar Negara; dan
(xviii) bekerjasama dengan Makan Bazaar iaitu salah satu Entry Point
Project (EPP) di bawah National Key Economic Areas (NKEA)
untuk memberi peluang kepada syarikat francais tempatan untuk
turut menyertai program tersebut.
Beberapa program dan inisiatif di bawah teras strategi ini telah berjaya
dibangunkan sebagai projek perintis. Antaranya adalah mewujudkan konsep
francais mikro untuk memberi peluang perniagaan kepada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana menceburi bidang perniagaan francais
dan dipromosikan melalui program Francais Komuniti dan program 1Malaysia
Stesen Francais. Program Francais Komuniti yang diadakan di setiap negeri
adalah disasarkan kepada golongan masyarakat di kawasan perumahan kos
rendah dan sederhana. Hanya dalam tempoh singkat satu bulan sahaja,
sebanyak 4 buah negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang telah
berjaya menganjurkan program Francais Komuniti dengan nilai pelaburan
sejumlah RM6.4 juta dengan mewujudkan seramai 160 usahawan mikro
sebagai francaisi baru. Selain itu, melalui program 1Malaysia Stesen Francais
pula bukan sahaja untuk memberi peluang kepada francaisor beroperasi di
bawah satu bumbung di premis-premis Kerajaan dan kompleks perniagaan
tetapi sebagai salah satu usaha promosi kepada syarikat francais untuk
mengembangkan perniagaan melalui perlantikan francaisi. 1Malaysia Stesen
Francais telah berjaya dibangunkan di kafeteria Kementerian Perdagangan
dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan penglibatan sebanyak 7
syarikat mikro francais.
13
TERAS UTAMA 2: TRANSFORMASI PERNIAGAAN MELALUI FRANCAIS
Perniagaan berbentuk tradisional, koperasi dan sektor-sektor lain yang tidak
mempunyai sistem perniagaan yang teratur dan menghadapi masalah dari segi
pengurusan operasi dan kewangan juga akan digalakkan mengamalkan sistem
francais. Melalui sistem francais, kualiti perkhidmatan dan produk dapat
dipertingkat dan diperkembangkan ke peringkat yang lebih efisien dan tinggi.
Strategi-strategi di bawah teras utama ini adalah seperti berikut :
(i) menentukan peluang francais untuk semua;
(ii) menaiktaraf bidang keusahawanan melalui francais;
(iii) memodenkan bentuk perniagaan tradisional kepada perniagaan
francais;
(iv) mengukuhkan gerakan koperasi sebagai entiti ekonomi melalui
francais;
(v) mengawal selia sektor-sektor yang tidak dikawal selia melalui
sistem francais;
(vi) memanfaatkan sistem francais untuk meningkatkan tahap kualiti
sektor perkhidmatan;
(vii) menentukan kemudahan perkhidmatan asas kepada masyarakat
melalui francais;
(viii) mentransformasi pembangunan ekonomi luar bandar melalui
francais; dan
(ix) menyediakan francais sebagai salah satu cara untuk memasarkan
produk dan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan
(memanfaatkan sistem francais untuk memasarkan produk atau
perkhidmatan yang baru).
14
TERAS UTAMA 3: MEMBANGUNKAN KECEKAPAN MODAL INSAN FRANCAIS
Bagi memastikan perniagaan industri francais tempatan akan efisien dan
berdaya saing dengan jenama asing, pengetahuan, pembinaan keupayaan dan
kompetensi para penggiat francais dalam pengurusan francais adalah amat
penting. Kerjasama antara agensi-agensi Kerajaan serta pihak-pihak berkaitan
perlu juga diberikan penekanan supaya usaha pembangunan industri francais
adalah berkoodinasi dan menyeluruh. Selain itu, kemajuan teknologi perlu
dieksploitasikan secara menyeluruh bagi manfaat industri francais negara.
Untuk tujuan tersebut, adalah disyorkan strategi-strategi di bawah teras utama
3 berikut:
(i) mewujudkan tenaga kerja francais yang bertauliah untuk
meningkatkan standard dan memenuhi keperluan industri;
(ii) membina kapasiti dan kecekapan modal insan francais;
(iii) jalinan kerjasama antara Kerajaan, Akademia dan pihak Industri
Francais; dan
(iv) memanfaatkan teknologi untuk mengukuhkan industri francais.
TERAS UTAMA 4: MENGUKUHKAN EKOSISTEM FRANCAIS YANG LEBIH DINAMIK
Dalam usaha ke arah menjadikan industri francais yang bersifat dinamik,
penggiat-penggiat francais yang berdisiplin dan beretika perlu dibentuk dari
sekarang. Untuk itu, persekitaran perniagaan yang kondusif dengan rangka
perundangan dan peraturan yang tegas perlu disediakan. Selain itu, peranan
institusi Kerajaan dan bukan Kerajaan yang terlibat secara langsung dengan
pembangunan industri francais tempatan perlu diperkukuh dan diselaraskan
bagi memastikan pertumbuhan industri yang seimbang. Matlamat ini dapat
dicapai dengan :
(i) menyediakan persekitaran kawalselia yang kondusif dan mesra
perniagaan
15
(ii) mewujudkan mekanisme penyelesaian pertikaian;
(iii) meningkatkan kecekapan dan penyelarasan institusi penggalak;
(iv) meningkatkan kemudahan pembiayaan, pelaburan dan
penerokaan perniagaan francais baru yang strategik; dan
(v) meningkatkan peranan badan bukan kerajaan dalam menyokong
industri yang diterajui oleh sektor swasta melalui platform
rangkaian yang lebih baik.
Cadangan dan strategi yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan
Francais Nasional akan dijadikan sebagai hala tuju dan panduan dalam
pencapaian objektif iaitu perkembangan industri francais tempatan dan
sumbangan industri francais kepada ekonomi negara. Memandangkan
pertumbuhan menyeluruh industri francais negara turut memerlukan
penglibatan kementerian dan agensi Kerajaan lain, adalah penting supaya
kerjasama rapat di antara kementerian dan agensi Kerajaan berkaitan serta
penggiat industri francais diadakan ke arah pencapaian matlamat
pembangunan industri francais nasional yang mampan.
16
1. Pengenalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(“KPDNKK”) telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional
(“PIPFN’’)untuk tempoh lima tahun dari 2012 hingga 2016. PIPFN ini
menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi industri francais di
Malaysia.
1.1 Objektif PIPFN
Menilai pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk utama
seperti penyertaan francaisor dan francaisi, sumbangan jualan
francais kepada ekonomi dan sumbangan pekerjaan;
Mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa;
dan
Menentukan hala tuju industri francais negara ke arah menjadikan
Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur
Tengah menjelang 2020.
Mengapakah kita memerlukan Pelan Induk Pembangunan Francais
Nasional 2012 – 2016?
Dalam tempoh 10 tahun yang lepas (RMK-8 dan RMK-9), tumpuan diberikan
kepada usaha mewujudkan industri francais untuk Malaysia. Lama kelamaan,
wujud pula keperluan untuk membangunkan industri ini ke tahap berikutnya,
selaras dengan Agenda Pembangunan Negara.
Seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1 di bawah, PIPFN diselaraskan dengan
Agenda Pembangunan Negara:
17
Rajah 1 PIPFN diselaraskan dengan Agenda Pembangunan Negara
PIPFN berhasrat menyumbang ke arah pencapaian objektif tersebut melalui
sokongan dan realisasi visi, misi, matlamat PIPFN dan pelaksanaan teras
utamanya.
PIPFN juga menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi industri
francais Malaysia, dengan mengambil kira keadaan semasa industri tersebut
dan aspirasi tentang kedudukan industri dalam tempoh lima tahun akan datang
dan seterusnya pada 2020.
Apakah kedudukan yang hendak kita capai?
PIPFN menetapkan visi dan misi industri francais untuk tempoh 10 tahun yang
akan datang bagi hala tuju strategik yang menyeluruh untuk industri di
Malaysia.
Visi Untuk menjadi dinamik dan teguh di dalam negeri dan menjadi
pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah Jadual 1 Visi industri francais di bawah PIPFN
Misi Menyumbang ke arah agenda pembangunan ekonomi negara dan
mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi Jadual 2
Misi industri francais di bawah PIPFN
Diselaraskan dengan Agenda Pembangunan Negara
Wawasan 2020 Mencapai Status Negara Maju
Model Ekonomi Baru
(“MEB”)
Mencapai Status Masyarakat Berpendapatan
Tinggi
Keterangkuman
Kemampanan
Rancangan Malaysia
Ke-10 (“RMK-10”)
Ekonomi Berasaskan Sektor Swasta
Pembangunan Modal Insan
Pelan Induk
Perdagangan
Pengedaran
Industri yang Moden dan Cekap
Kuasa Pasaran Bebas dan Kurang Campur
Tangan Kerajaan
18
Terdapat enam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang berasaskan output dan
hasil yang boleh diukur berdasarkan dua Bidang Keberhasilan Utama (“KRA”)
bagi ‘industri francais yang dinamik dan teguh’ dan ‘sumbangan ke arah
agenda pembangunan ekonomi negara’ bagi industri francais, dalam tiga fasa
hingga 2020.
Bidang Keberhasi-lan Utama (KRA)
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Garis dasar 20104
Target Kadar Pertumbu-han Tahunan Terkumpul Sasaran (%) 2010 -2020
Fasa 1 (3 tahun hingga 2014)
Sasaran Fasa 2
(2 tahun hingga 2016)
Fasa 3 (5 tahun hingga 2020)
Industri Francais yang Dinamik dan Teguh
Bilangan francaisor1
492 650 860 1,140 15%
Bilangan francaisi2
4,838 6,050 6,715 13,942 24%
Bilangan outlet
10,720 15,710 23,140 76,010 22%
Sumbangan ke arah Agenda Pembangu-nan Negara
% jualan francais kepada jumlah KDNK
2.2% 3.3% 4.3% 9.4% 16%
Jualan per kapita francais (RM) 3(i).(ii)
470 780 1,110 2,990 20%
% pekerjaan francais kepada pekerjaan negara3(iii), (iv)
0.9% 1.1% 1.3% 2.5% 13%
CATATAN: 1. Bilangan francaisor yang terdiri daripada francaisor dan francaisi induk. 2. Bilangan francaisi yang terdiri daripada francaisi tempatan dan francaisi
bagi francaisor asing. 3. Angka yang digunakan untuk mengira KRAs :
i. Jualan francais yang dianggarkan bagi Malaysia – RM11.9 bilion ii. KDNK Malaysia 2010 – USD237 bilion iii. Populasi Malaysia tidak termasuk pekerja asing – 28.2 juta iv. Tenaga Kerja Malaysia – 11.6 juta 4. Garis dasar 2010 dan angka sasaran telah digenapkan dan hanya anggaran
19
sahaja. Nota :
Jumlah pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga Sept 2011 : 945,538
Jumlah francais di Pendaftar Francais (sehingga Sept 2011) : 564 (tempatan : 389)
Jadual 3 KRA dan KPI bagi industri francais Malaysia dalam tiga fasa sehingga 2020
PIPFN mempunyai matlamat untuk meluaskan tumpuan dalam pembangunan
francais daripada sektor tradisional (seperti makanan dan minuman, pakaian
dan aksesori, serta kesihatan dan kecantikan) kepada sektor sasaran yang
baru yang ditekankan dalam MEB dan RMK-10 (“Sektor Sasaran”). Ini
termasuk pendidikan, produk dan perkhidmatan hijau, eko pelancongan,
pelancongan perubatan, perniagaan boleh francais yang berpotensi dalam
subsektor perkhidmatan, pengkomersilan melalui inovasi penyelidikan dan
pembangunan (“R&D”), serta produk dan perkhidmatan pematuhan syariah
supaya dapat menembusi pasaran Islam dan Timur Tengah.
Apakah yang berlaku di sekeliling kita?
PIPFN mengambil kira landskap luar industri francais untuk mengenal pasti
peluang dan ancaman di bawah tiga bidang utama dalam Pelan Induk
Pembangunan Francais.
Faktor Luar Keterangan
1. Daya Saing Negara
dan Industri
Daya saing dan prestasi Malaysia serta industri
francaisnya berbanding negara lain.
2. Trend Global dan
Serantau
Trend industri francais yang jelas dan berkembang di
rantau Asia Tenggara, serta peneraju global dalam
pemfrancaisan seperti AS dan Australia.
3. Aspirasi Pusat
Serantau
Aspirasi Malaysia untuk diiktiraf sebagai pusat francais
di rantau ini, kelebihan bersaingan dan halangan yang
mungkin.
Jadual 4 Rangka Kerja Pembangunan Francais – keterangan tentang faktor luar
20
Rajah 2 di bawah menyenaraikan rumusan peluang dan ancaman yang dikenal pasti di bawah tiga bidang utama.
Opportunities = Peluang Threats = Ancaman
Daya Saing Negara dan Industri
Trend Global dan Serantau
Aspirasi Pusat Serantau
O1Pemfrancaisan di Malaysia masih di peringkat pembangunan
O4 Pemfrancaisan pelbagai jenama semakin banyak digunakan oleh konglomerat
O7 Rantau Asia Tenggara menawarkan peluang untuk berkembang ke luar negeri
O2 Politik kerajaan perlu meningkatkan kelebihan bersaingan negara melalui pelaksanaan GTP dan ETP
O5 Penggunaan teknologi dalam talian untuk meningkatkan kecekapan dalam pendaftaran francais dan pemfailan tahunan
O8 Malaysia diiktiraf di seluruh dunia sebagai peneraju produk dan perkhidmatan pematuhan syariah.
O3 Bidang pertumbuhan yang berpotensi untuk difrancaiskan, contohnya dalam sektor pendidikan, sektor berorientasikan perkhidmatan dan sektor pematuhan Islam.
O6 Pendekatan “Big Bang” untuk membina jenama francais (lihat kajian kes PappaRich)
O9 Malaysia mempunyai suasana politik yang lebih stabil jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang lain.
T1 Sikap berpuas hati, menetapkan pemikiran ke arah peserta francais dan bergantung pada kerajaan
T3 Kegagalan francaisor yang besar dan mantap boleh memberikan kesan yang ketara ke atas francaisi
T4 Singapura telah menempatkan negaranya sebagai pusat francais dan pelesenan
T2Industri francais mengalami pertumbuhan yang perlahan walaupun
T5 Negara seperti Thailand pantas menjadi pembekal produk halal yang berdaya saing
21
Daya Saing Negara dan Industri
Trend Global dan Serantau
Aspirasi Pusat Serantau
wujud program pembangunan sejak lebih satu dekad.
T6 Malaysia masih ketinggalan dari segi kemudahan menjalankan perniagaan berbanding negara pesaing di rantau ini seperti Singapura dan Thailand
Rajah 2 Rangka Kerja Pembangunan Francais – rumusan peluang dan ancaman
Di manakah kita hari ini?
PIPFN juga mengkaji persekitaran dalaman bagi industri francais di Malaysia
dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti di bawah
empat bidang utama dalam Rangka Kerja Pembangunan Francais.
Faktor dalaman Keterangan
1. Francaisor/Francaisi induk dan francaisi
Kualiti dan kesediaan francaisor, francaisi induk dan francaisi yang ada dan yang berpotensi di Malaysia.
2. Pembangunan Francais
Usaha pembangunan yang telah dijalankan dalam industri francais setakat ini.
3. Infrastruktur sokongan
Ketersediaan dan kualiti infrastruktur sokongan dan perkhidmatan bagi peserta industri francais.
4. Undang-undang dan kawal selia
Persekitaran kawal selia dalam industri francais di Malaysia.
Jadual 5 Rangka Kerja Pembangunan Francais – keterangan tentang faktor dalaman
Rajah 3 dan 4 di bawah masing-masing merumuskan kekuatan dan kelemahan di bawah empat bidang utama
22
Francaisor/Francai-
si Induk dan Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
S1
Sesetengah jenama tempatan yang diiktiraf dengan sistem sokongan yang terbukti berkesan
S4
Promosi francais menerusi pelbagai media, pameran tahunan, penerbitan dan anugerah francais sebagai pengiktirafan
S8
Adanya perunding untuk membantu francaisor dan bakal francaisor
S12
Akta memberi-kan kuasa pengawa-san & penguat-kuasaan berpotensi kepada KPDNKK
S2 S3
Ramai usahawan bersedia melabur sebagai francaisi Kumpulan usahawan tempatan yang bercita-cita tinggi
S5
Ketersediaan- Geran untuk penukaran francais dan latihan francaisi -Skim pinjaman faedah tersubsidi kepada bakal francaisor dan francaisi -Skim pinjaman francaisor disediakan untuk bukan bumiputera - Skim ekuiti/pelabu-ran untuk bakal francaisor
S9
Adanya skim kewangan francais oleh DFI dan beberapa bank komersil seperti CIMB dan Maybank di bawah Perbadanan Jaminan Kredit (CGC)
S13 S14
Akta menyedia-kan standard pematu-han untuk industri francais di Malaysia Kriteria dan proses pendafta-ran disedia- kan di KPDNKK
23
Francaisor/Francai-
si Induk dan Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
S6
MFA mengendali-kan latihan tetap dan kos dibayar balik oleh KPDNKK
S10
Kerjasama dengan MATRADE untuk mempromosi-kan francais tempatan melalui pendedahan di luar negeri
S15
KPDNKK menubuh-kan unit penguat-kuasaan pada penghu-jung 2009
S7
Akademi ditubuhkan bagi memenuhi keperluan komuniti francais dan akan diberikan jumlah jam akreditasi dan CDP
S11
MATRADE membantu PKS dalam membangun-kan pasaran eksport
S16
KPDNKK bertindak sebagai tempat rujukan bagi pertikaian antara francaisor dengan francaisi
Rajah 3 Rangka Kerja Pembangunan Francais – rumusan kekuatan
24
Francaisor/Francaisi
Induk dan Francaisi
Pembangunan
Francais
Infrastruktur
Sokongan
Undang-undang
dan Kawal Selia
W1
Tahap
kesediaan yang
rendah pada
sesetengah
francaisor:
-Mempunyai
pemikiran yang
cenderung ke
arah
pertumbuhan
simbiotik
-Penjenamaan
yang mantap
-Konsep model
perniagaan yang
berdaya maju
-Infrastruktur /sistem sokongan francais yang kukuh
-Kumpulan
pengurusan
berpengalaman
-Banyak francais
tempatan yang
baru bermula
tidak mempunyai
model
perniagaan,
cadangan,
produk dan
perkhidmatan
yang
W4
W5
W6
Tidak mencari
sasaran
perusahaan
francais yang
lebih besar
Keperluan
meningkatkan
taraf dengan
cadangan nilai
yang lebih
baik untuk
menarik
francaisor dan
peserta francais
yang lebih luas
supaya lebih
dinamik dan
lebih banyak
peluang
perniagaan.
Kegagalan skim
pinjaman
francaisi
berpunca
daripada
francaisor
yang lemah
dan profil
francaisi yang
salah
Tiada akses
W 11 W 12 W 13 W 14
Francaisor
baru dan
francaisi bagi
francaisor
yang
lemah/baru
menghadapi
kesulitan
mengakses
pembiayaan
daripada FI
dan DFI
DFI lain tidak
memberikan
tumpuan
kepada
pembangu-
nan francais
Program
kesedaran
semasa tidak
menjadikan
IPT sebagai
sasaran untuk
mewujudkan
kesedaran
awal
Bantuan
kepada
komuniti
francais untuk
W 16 W 17 W 18 W 19
Pelbagai
kelemahan
wujud dalam
Akta
Francais
Tiada ada
penyelesai-
an
pertikaian
yang rasmi
Keperluan
pendafta-
ran akaun
teraudit
bagi
tempoh 3
tahun
untuk
francaisor
tempatan
terlalu ketat
Unit
penguatkua
-saan yang
baru kurang
keupayaan
penguat-
kuasaan
25
Francaisor/Francaisi
Induk dan Francaisi
Pembangunan
Francais
Infrastruktur
Sokongan
Undang-undang
dan Kawal Selia
berdayamaju
W7
W8
kepada skim
pinjaman
francaisi oleh
usahawan
bukan
bumiputera
Sumber
kerajaan boleh
digunakan
dengan lebih
baik untuk
membangun-
kan bidang
yang tidak
disertai oleh
sektor swasta
pasaran
eksport boleh
ditingkatkan
lagi:
-Perisikan
pasaran ke
atas visi
francais dan
peluang
perniagaan di
negara lain
-Inisiatif
sasaran yang
mempromosi
kan eksport
francais
W2
W3
Sesetengah
francaisor dan
francaisi tidak
memahami
konsep francais
Peserta francais
terus
bergantung
pada sokongan
kerajaan
Bersikap puas
hati
Mendapat
bantuan yang -
berterusan
W9
Skim
pembangunan
francais
semasa tidak
memberikan
pertimbangan
terhadap
penggunaan
insentif cukai
yang berkesan
untuk tujuan
mengukuhkan
jenama dan
sistem
sokongan
francaisor
W 15
Ramai
francaisor
tidak layak
mendapat
geran Promosi
Jenama
Matrade (untuk
eksport)
kerana
batasan takrif
PKS untuk
sektor
perkhidmatan
26
Francaisor/Francaisi
Induk dan Francaisi
Pembangunan
Francais
Infrastruktur
Sokongan
Undang-undang
dan Kawal Selia
seperti geran dan
subsidi
W 10
Keperluan
meluaskan
modul latihan
bagi memenuhi
pembangunan
kecekapan dan
kemahiran
menyeluruh
yang
diperlukan dan
menawarkan
jumlah jam
Program
Pembangunan
Berterusan
(CDP).
Rajah 4 Rangka Kerja Pembangunan Francais – rumusan kelemahan
1.2 Rangka Kerja Pembangunan Francais
Rangka Kerja Pembangunan Francais seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9
di bawah menyediakan struktur untuk menilai keadaan semasa industri
francais, dengan mengambil kira faktor luar dan dalaman untuk mengetahui
peluang dan ancaman serta kekuatan dan kelemahan masing-masing.
27
Francaisor /
Francaisi Induk
Undang-undang dan Kawalselia
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Francaisi
Rajah 9 Rangka Kerja Pembangunan Francais
Faktor luar meliputi tiga bidang utama (diperincikan selanjutnya dalam Bahagian 4)
Faktor luar Keterangan
Daya Saing Negara dan Industri
Daya saing dan prestasi Malaysia serta industri francaisnya
berbanding negara lain.
Trend Global dan
Serantau
Trend industri francais yang jelas dan berkembang di rantau
Asia Tenggara, serta peneraju global dalam pemfrancaisan
seperti AS dan Australia.
Aspirasi Pusat
Serantau
Aspirasi Malaysia untuk diiktiraf sebagai pusat francais di
rantau ini, kelebihan bersaingan dan halangan yang
mungkin.
Jadual 4 Rangka Kerja Pembangunan Francais – keterangan tentang faktor luar
Faktor dalaman Keterangan
1. Francaisor/Francaisi induk dan francaisi
Kualiti dan kesediaan francaisor, francaisi induk dan francaisi yang ada dan yang berpotensi di Malaysia.
2. Pembangunan Francais
Usaha pembangunan yang telah dijalankan dalam industri francais setakat ini.
28
3. Infrastruktur sokongan
Ketersediaan dan kualiti infrastruktur dan perkhidmatan sokongan bagi peserta industri francais.
4. Undang-undang dan kawal selia
Persekitaran kawal selia dalam industri francais di Malaysia.
Jadual 5 Rangka Kerja Pembangunan Francais – keterangan tentang faktor dalaman
1.3 Tindakan yang diambil untuk menyediakan PIPFN
Dalam usaha menyediakan PIPFN, penyelidikan utama dan penyelidikan
sekunder telah dijalankan untuk menilai keadaan semasa industri francais dan
juga menetapkan hala tuju strategik industri bagi tempoh lima tahun yang akan
datang (2012-2016) dan seterusnya pada 2020.
Penyelidikan utama berikut telah dijalankan untuk membantu menyediakan
PIPFN:
Temu bual secara berdepan dengan semua pihak berkepentingan
(contohnya, pihak berkepentingan dalaman dan luar, agensi kerajaan,
perunding francais, pakar bidang);
Sesi kumpulan berfokus dengan francaisor dan francaisi (26
francaisor/francaisi induk dan 47 francaisi); dan
Kajian Pemprofilan Francais 2010 (lihat Bahagian 1.4).
Penyelidikan sekunder berikut telah dijalankan untuk membantu menyediakan
PIPFN:
Penyelidikan desktop (contohnya, laman web yang berkaitan dan alat
pengetahuan); dan
Dokumen daripada sumber yang berkaitan (contohnya, dokumen daripada
KPDNKK, PNS, MFA dan lain-lain mengikut keperluan).
29
1.4 Kajian Pemprofilan Francais 2010
Kajian Pemprofilan Francais 2010 (“FPS 2010”) telah dijalankan dalam tempoh
enam bulan dari Februari 2010 hingga Julai 2010, meliputi semua 388 syarikat
francais yang disenaraikan dalam Daftar Francais (“ROF”).
Objektif kajian ini adalah untuk mengumpulkan data penting daripada francaisor
dan francaisi induk dan menyediakan dapatan penting untuk industri francais di
Malaysia, dan maklumat daripada kajian ini diambil kira untuk menyokong syor
strategik dalam Bahagian 6 dan 7.
Selepas mengambil kira pengecualian syarikat yang telah menghentikan
operasi francais atau telah dibubarkan, FPS 2010 mempunyai kadar maklum
balas sebanyak 53%, dengan sejumlah 121 francaisor daripada 228 francaisor
memberikan maklum balas kepada kajian.
30
2. Mengapakah kita memerlukan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional?
2.1 Penyelarasan dengan Agenda Pembangunan Negara
Dalam 10 tahun yang lepas (RMK-8 dan RMK-9), tumpuan telah diberikan
kepada usaha mewujudkan industri francais untuk Malaysia. Lama kelamaan,
wujud pula keperluan untuk membangunkan industri ini ke tahap berikutnya,
selaras dengan Agenda Pembangunan Negara.
Diselaraskan dengan Agenda Pembangunan Negara
Wawasan 2020 Mencapai Status Negara Maju
Model Baru Ekonomi
(“MBE”)
Mencapai Status Masyarakat Berpendapatan
Tinggi
Keterangkuman
Kemampanan
Rancangan Malaysia
Ke-10 (“RMK-10”)
Ekonomi Berasaskan Sektor Swasta
Pembangunan Modal Insan
Pelan Induk
Perdagangan
Pengedaran
Industri yang Moden dan Cekap
Kuasa Pasaran Bebas dan Kurang Campur
Tangan Kerajaan
Rajah 1 PIPFN diselaraskan dengan Agenda Pembangunan Negara
Seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1, PIPFN diselaraskan dengan aspirasi
negara dan agenda pembangunan ekonomi dalam Wawasan 2020, MEB,
RMK-10 dan Pelan Induk Perdagangan Pengedaran (“Agenda Pembangunan
Negara”):
Wawasan 2020
- Supaya Malaysia mencapai status negara maju dalam semua aspek.
31
Model Baru Ekonomi (MBE)
- Supaya Malaysia mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi,
dengan sasaran status per kapita AS$15,000 – AS$20,000 (RM55,000 –
RM70,000) menjelang 2020;
- Supaya semua inisiatif pembangunan merangkumi keperluan semua
rakyat Malaysia, membolehkan semua komuniti mendapat manfaat
penuh daripada kekayaan negara; dan
- Supaya semua inisiatif pembangunan dan manfaat yang diperoleh
daripadanya mampan dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang,
memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)
- Supaya ekonomi Malaysia menjadi ekonomi berasaskan sektor swasta
melalui pertumbuhan dan inovasi berasaskan produktiviti; dan
- Memastikan pembangunan modal insan yang kukuh di Malaysia dengan
memupuk, menarik dan mengekalkan bakat terbaik.
Pelan Induk Perdagangan Pengedaran
- Mewujudkan industri yang moden dan cekap dengan mewujudkan
persekitaran pelaburan yang lebih kondusif; dan
- Berpandukan prinsip kuasa pasaran bebas dan kurang campur tangan
kerajaan dengan meningkatkan persekitaran kawal selia.
PIPFN juga berhasrat menyumbang ke arah pencapaian objektif Agenda
Pembangunan Negara melalui realisasi visi dan misi PIPFN dan sasaran KPI
yang ditetapkan (lihat Bahagian 3 untuk perincian) dan juga melalui
pelaksanaan empat teras utama dan 36 strategi dengan sokongan KPDNKK,
PNS, MFA, sektor swasta dan pihak lain yang berkenaan dan berkaitan (lihat
Bahagian 6 dan 7 untuk perincian).
32
2.2 Hala tuju strategik industri francais
PIPFN menyediakan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi industri francais
Malaysia, dengan mengambil kira keadaan semasa industri tersebut (lihat
Bahagian 4 untuk perincian) dan aspirasi tentang kedudukan industri dalam
tempoh 5 tahun akan datang dan seterusnya pada 2020 (lihat Bahagian 3
untuk perincian).
Ia juga boleh dianggap sebagai titik rujukan untuk manfaat pembuat dasar,
agensi kerajaan, peserta francais dan juga orang awam.
Saiz industri francais Malaysia dan sumbangannya kepada jumlah KDNK
negara dianggarkan meningkat empat kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan
datang. Bilangan francaisor di Malaysia dianggarkan meningkat daripada 492
(2010) kepada 1,140 (2020), mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di
Malaysia dan juga menyumbang bahagian yang lebih besar kepada KDNK
Malaysia, manakala sumbangan KDNK dianggarkan meningkat daripada 2.2
peratus (2010) kepada 9.4 peratus (2020). Pelan Induk ini juga menggariskan
hala tuju strategik industri, dengan matlamat merapatkan jurang industri
francais antara Malaysia dengan negara seperti Australia. Ia juga berhasrat
menempatkan Malaysia sebagai pusat francais di rantau ini.
33
3. Apakah kedudukan yang hendak kita capai?
3.1 Menentukan hala tuju strategik PIPFN
PIPFN menetapkan visi dan misi industri francais untuk tempoh 9 tahun yang
akan datang dan juga menentukan hala tuju strategik untuk pembangunan
industri ini.
Ia juga menyediakan sasaran KPI berasaskan output dan hasil sebagai cara
mengukur pencapaian pembangunan francais negara dan sektor campuran
sasaran yang semakin maju.
3.2 Visi
Objektif visi adalah menetapkan aspirasi bagi keadaan ‘masa hadapan’ yang
diinginkan dalam industri francais dalam tempoh 9 tahun yang akan datang
menjelang 2020. Di bawah ini ialah visi industri francais:
Visi Untuk menjadi dinamik dan teguh di dalam negeri dan menjadi pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah
Jadual 1
Visi industri francais di bawah PIPFN
“Industri di dalam negeri yang dinamik dan teguh” seperti yang dinyatakan
dalam visi boleh dihuraikan dengan lebih lanjut sebagai:
Dinamik: Industri francais menikmati pertumbuhan yang sihat dan
mempunyai pulangan yang menarik daripada aktiviti perniagaan berkaitan
francais; dan
34
Teguh: Industri francais mempunyai persekitaran yang cergas dan kukuh
serta kondusif untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan dalam
perniagaan berkaitan francais.
Untuk “Malaysia menjadi pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara dan
Timur Tengah”:
Aspirasi untuk membangunkan Malaysia sebagai platform bagi
melancarkan francais yang berpangkalan di Malaysia untuk menembusi
pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah dan pasaran Islam yang lain
Penyertaan Francais Pasaran Sasaran
Berpangkalan di negara luar
Berpangkalan di Malaysia
Malaysia sebagai Pusat Francais
Francaisor Asing
Perancangan Perniagaan Asing untuk penukaran francais
Francaisi Induk
Francaisor
Perunding dan penasihat undang-undang francais
Latihan Francais
Platform untuk melancarkan perniagaan francais dan perniagaan berkaitan francais
Pusat latihan dan pembangunan francais untuk rantau ini
Peluang untuk menembusi pasaran sasaran di rantau ini
Pusat francais Islam untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan pasaran lain yang mempunyai permintaan terhadap produk dan perkhidmatan pematuhan syariah
Pasaran Asia Tenggara
Pasaran Timur Tengah
Rajah 11 Malaysia sebagai Pusat Francais
35
3.3 Misi
Objektif misi adalah menentukan tujuan dan matlamat PIPFN, menjelaskan
perkara yang perlu dicapai untuk mencapai keadaan yang diinginkan. Misi
industri francais adalah seperti yang berikut:
Misi Menyumbang ke arah agenda pembangunan ekonomi negara dan mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi
Jadual 2
Misi industri francais di bawah PIPFN
“Menyumbang ke arah agenda pembangunan ekonomi negara” seperti
yang dinyatakan dalam misi tersebut boleh dihuraikan dengan lebih lanjut
sebagai:
Membantu merapatkan jurang ke arah Wawasan 2020;
Mewujudkan peluang pekerjaan: dan
Memangkinkan pembangunan sektor perdagangan pengedaran.
Untuk “mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi”:
Menggunakan francais sebagai pemangkin untuk menyumbang dan
menyokong kehidupan berkualiti masyarakat berpendapatan tinggi;
Mewujudkan paras pendapatan yang lebih baik melalui lebih banyak
penyertaan usahawan dalam pemfrancaisan sebagai francaisor dan
francaisi; dan
Menyediakan persekitaran yang kondusif dan mesra perniagaan kepada
peserta pemfrancaisan, serta bantuan dan insentif pembangunan yang
selaras dengan matlamat keterangkuman seperti yang digariskan dalam
MEB.
36
3.4 Matlamat dan sasaran
Tujuan matlamat dan sasaran adalah menyediakan cara untuk mengukur
pencapaian industri francais bagi tempoh 5 tahun yang akan datang melalui
Bidang Keberhasilan Utama (“KRA”) yang berasaskan output dan hasil.
KRA pertama (berasaskan output) mengambil kira usaha mewujudkan
industri dalam negeri yang dinamik dan teguh dan menjadikan Malaysia
sebagai pusat francais untuk pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah.
KPI yang ditetapkan untuk mengukur KRA ialah bilangan francaisor,
francaisi dan outlet francais.
KRA kedua (berasaskan hasil) mengambil kira sumbangan kepada
ekonomi dan membawa kepada pewujudan masyarakat berpendapatan
tinggi. KPI-nya terdiri daripada peratusan jualan francais kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (“KDNK”), jualan francais per kapita dan peratusan
pekerjaan francais kepada pekerjaan negara.
Jadual 3 menyenaraikan KRA dan KPI 5 tahun bagi industri francais Malaysia
dalam tiga fasa:
Bidang Keberhasil-an Utama
(KRA)
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Garis dasar 20104
Target Kadar Pertumbu-
han Tahunan
Terkumpul Sasaran
(%) 2010 -2020
Fasa 1 (3 tahun hingga 2014)
Sasaran Fasa 2
(2 tahun hingga 2016)
Fasa 3 (4 tahun hingga 2020)
Industri Francais yang Dinamik dan Teguh
Bilangan francaisor1
492 650 860 1,140 15%
Bilangan francaisi2
4,838 6,050 6,715 13,942 24%
Bilangan outlet
10,720 15,710 23,140 76,010 22%
Sumbangan ke arah Agenda
% jualan francais kepada
2.2% 3.3% 4.3% 9.4% 16%
37
Pembangun-an Negara
jumlah KDNK
Jualan per kapita francais (RM) 3(i).(ii)
470 780 1,110 2,990 20%
% pekerjaan francais kepada pekerjaan negara 3(iii),
(iv)
0.9% 1.1% 1.3% 2.5% 13%
CATATAN: 2. Bilangan francaisor yang terdiri daripada francaisor dan francaisi induk. 2. Bilangan francaisi yang terdiri daripada francaisi tempatan dan francaisi
bagi francaisor asing. 3. Angka yang digunakan untuk mengira KRAs :
i. Jualan francais yang dianggarkan bagi Malaysia – RM11.9 bilion ii. KDNK Malaysia 2010 – USD237 bilion iii. Populasi Malaysia tidak termasuk pekerja asing – 28.2 juta iv. Tenaga Kerja Malaysia – 11.6 juta 5. Garis dasar 2010 dan angka sasaran telah digenapkan dan hanya anggaran
sahaja. Nota :
Jumlah pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga Sept 2011 : 945,538
Jumlah francais di Pendaftar Francais (sehingga Sept 2011) : 564 (tempatan : 389)
Jadual 3 KRA dan KPI bagi industri francais Malaysia dalam tiga fasa hingga 2020
3.5 Sektor campuran yang semakin maju
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12, PIPFN mempunyai matlamat untuk
meluaskan tumpuan dalam pembangunan francais daripada sektor tradisional
seperti makanan dan minuman, pakaian dan aksesori serta kesihatan dan
kecantikan kepada sektor sasaran yang baru yang ditekankan dalam MEB dan
RMK-10 (“Sektor Sasaran”). Sektor sasaran baru ini termasuk sektor elektrik
dan elektronik, sektor pendidikan, sektor pelancongan perubatan, sektor eko
38
pelancongan, sektor produk dan perkhidmatan hijau, sektor produk dan
perkhidmatan berorientasikan perkhidmatan serta sektor produk dan
perkhidmatan pematuhan syariah.
Sektor Campuran Terdahulu Sektor Campuran yang Semakin Maju
IT dan Telekomunikasi
Makanan dan Minuman
Pusat Pembelajaran dan Taman Asuhan
Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan
Kedai Serba Guna dan Pasar Raya
Perkhidmatan dan Penyelenggaraan
Pakaian dan Aksesori
IT dan Telekomunikasi
Perkhidmatan dan Penyelenggaraan
Elektrik dan Elektronik
Pendidikan
Pelancongan Perubatan
Eko pelancongan
Produk dan Perkhidmatan Hijau
Produk dan Perkhidmatan Berorientasikan Perkhidmatan
Produk dan Perkhidmatan Pematuhan Syariah
Makanan dan Minuman
Pakaian dan Aksesori
Runcit
Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan
Sumber: ROF, MEB, RMK-9, RMK-10
Rajah 12 Perbandingan antara sektor campuran terdahulu dengan sektor campuran yang semakin maju
Sektor campuran yang semakin maju akan memasukkan sektor sasaran
terdahulu dan juga memberikan tumpuan kepada sektor yang ditandakan untuk
pembangunan dalam Agenda Pembangunan Negara seperti produk dan
perkhidmatan hijau, eko pelancongan dan pelancongan perubatan.
Satu lagi bidang tumpuan ialah perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan
dalam subsektor perkhidmatan yang timbul sebagai kesan langsung
kemewahan masyarakat berpendapatan tinggi yang semakin meningkat
(contohnya, pendidikan, penjagaan kesihatan, perjalanan) dan juga produk dan
perkhidmatan pematuhan syariah untuk menyokong penembusan ke dalam
pasaran Timur Tengah dan pasaran Islam.
39
Selain itu, pengkomersilan melalui usaha penyelidikan dan pembangunan
(“R&D”) (contohnya, pertanian, farmaseutikal, perubatan alternatif, dll)
merupakan satu lagi bidang tumpuan yang menjadi sasaran yang boleh
membantu menggerakkan industri francais Malaysia ke hadapan dalam
mencapai sasaran akhirnya.
40
4. Apakah yang berlaku di sekeliling kita?
Bahagian ini menerangkan aspirasi pusat francais di rantau Asia Tenggara dan
Timur Tengah, trend global dan serantau industri francais (iaitu AS, Australia
dan Singapura) dan juga daya saing negara dan industri francais di Malaysia.
Bahagian ini juga mengenal pasti peluang dan ancaman yang diambil kira
untuk menghasilkan teras utama dan strategi PIPFN (rujuk Bahagian 6 dan 7).
4.1 Rumusan peluang dan ancaman
Rajah 2 di bawah menunjukkan rumusan peluang dan ancaman, yang
perinciannya akan diberikan dalam subbahagian berikutnya. Berdasarkan
analisis ke atas tiga faktor luar (iaitu daya saing negara dan industri; trend
global dan serantau; aspirasi pusat serantau), sembilan peluang dan enam
ancaman telah dikenal pasti dalam PIPFN ini.
Opportunities = Peluang Threats = Ancaman
Daya Saing Negara dan Industri
Trend Global dan Serantau
Aspirasi Pusat Serantau
O1 Pemfrancaisan di Malaysia masih di peringkat pembangunan
O4 Pemfrancaisan pelbagai jenama semakin banyak digunakan oleh konglomerat
O7 Rantau Asia Tenggara menawarkan peluang untuk pengembangan luar negeri
O2 Politik kerajaan perlu meningkatkan kelebihan bersaingan negara melalui pelaksanaan GTP dan ETP
O5 Penggunaan teknologi dalam talian untuk meningkatkan kecekapan dalam pendaftaran francais dan pemfailan tahunan
O8 Malaysia diiktiraf di seluruh dunia sebagai peneraju produk dan perkhidmatan pematuhan syariah.
41
O3 Bidang pertumbuhan yang berpotensi untuk difrancaiskan, contohnya, dalam sektor pendidikan, sektor berorientasikan perkhidmatan dan sektor pematuhan Islam.
O6 Pendekatan “Big Bang” untuk membina jenamafrancais (lihat kajian kes PappaRich).
O9 Malaysia mempunyai suasana politik yang lebih stabil jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang lain.
T1 Sikap berpuas hati, menetapkan pemikiran ke arah peserta francais dan bergantung pada kerajaan.
T3 Kegagalan francaisor yang besar dan mantap boleh memberikan kesan yang ketara ke atas francaisi.
T4 Singapura telah menempatkan negaranya sebagai pusat francais dan pelesenan.
T2 Industri francais mengalami pertumbuhan yang perlahan walaupun wujud program pembangunan sejak lebih satu dekad.
T5 Negara seperti Thailand pantas menjadi pembekal produk halal yang bersaingan.
T6 Malaysia masih ketinggalan dari segi kemudahan menjalankan perniagaan berbanding negara pesaing di rantau ini seperti Singapura dan Thailand.
Rajah 2 Rangka Kerja Pembangunan Francais – rumusan peluang dan ancaman
4.2 Daya saing negara dan industri
4.2.1 Pemfrancaisan di Malaysia masih di peringkat pembangunan
Rajah 13 menunjukkan perbandingan industri francais di Malaysia, Singapura,
AS dan Australia.
42
Pasaran Francais Sedang Membangun
Malaysia Singapura Pasaran francais
matang
AS Australia
Jualan francais (USD bilion)
3.4 4 845 77
Jualan francais per kapita (USD dalam juta)
120 782 2,734 3,446
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) (USD bilion)
237 222 14,526 1,237
% jualan francais kepada KDNK
2.2% 1.6% 5.9% 9.2%
% pekerjaan francais kepada pekerjaan negara
0.9% Tiada maklumat
6.3% 1.3%
Bilangan francaisor 492 800+ 1,500 (2007)
1,200 (2009)
Bilangan francaisi 4,800 30,000 350,000 (2007)
90,000 (2009)
CATATAN: 1. Bilangan francaisor terdiri daripada francaisor dan francaisi induk.
2. Bilangan francaisi terdiri daripada francaisi tempatan dan
francaisi bagi francaisor asing. Sumber: International Franchise Association, France Franchise Federation, Franchiseekdatabase, World Bank, Joint African institute, Getting the Deal Through:
Franchise in Singapore (2009), temu bual pemegangan kepentingan, Kajian Pemprofilan Francais 2010
Rajah 13 Perbandingan antara industri francais di Malaysia, Singapura, AS dan Australia
Berdasarkan jualan francais per kapita, industri francais Malaysia mempunyai
ruang untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan supaya setaraf dengan
negara maju lain seperti Singapura, AS dan Australia. Jualan francais Malaysia
per kapita kini berjumlah USD120 dan kira-kira 28 kali lebih rendah daripada
Australia yang mempunyai jualan francais per kapita paling tinggi.
43
Peratusan jualan francais kepada KDNK bagi Malaysia agak tinggi berbanding
Singapura kerana KDNK Singapura jauh lebih tinggi daripada Malaysia dan
aspek lain dalam ekonomi Singapura menyumbang bahagian yang lebih besar
kepada KDNK-nya berbanding pemfrancaisan. Bagi AS dan Australia pula,
industri francais mereka yang lebih maju menyebabkan peratusan jualan
francais kepada KDNK dan jumlah jualan francais mereka didapati jauh lebih
tinggi.
Bilangan francaisor dan francaisi yang rendah di Malaysia menunjukkan
pertumbuhan yang agak perlahan dalam industri francais walaupun wujud
program pembangunan francais sejak 1990-an. Berbanding Malaysia,
Singapura sahaja mempunyai lima kali ganda bilangan francaisi dan lebih dua
kali ganda bilangan francaisor.
4.2.2 Rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kelebihan bersaingan
negara
Daya saing dunia bagi Malaysia semakin meningkat dalam tahun kebelakangan
ini, beralih dari kedudukan ke-18 pada 2009 ke kedudukan ke-10 pada 2010
(Rajah 14). Ini menunjukkan keadaan dan kuasa tarikan yang semakin baik
dalam persekitaran perniagaan di Malaysia
Daya Saing Dunia 2009 Daya Saing Dunia 2010 Perubahan Kedudukan
Singapura 3 Australia 7 Malaysia 18 Thailand 26 Indonesia 42 Filipina 43
Singapura 1 Australia 5 Malaysia 10 Thailand 26 Indonesia 35 Filipina 39
tidak berubah
Catatan: Skor yang rendah menunjukkan kedudukan yang tinggi Sumber: IMD World Competitiveness Scoreboard 2010
Rajah 14 Perbandingan daya saing dunia bagi Malaysia pada 2009 dan 2010
44
Bagi membantu meningkatkan kelebihan bersaingan negara, Kerajaan
mewujudkan rangka kerja empat tonggak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
15, yang dibentuk berdasarkan aspirasi negara dan agenda pembangunan
ekonomi dalam inisiatif 1Malaysia, MEB, Pelan Transformasi Kerajaan (”GTP”)
dan RMK-10. Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini menjadi faktor penyumbang
utama dalam mewujudkan industri dalam negeri yang teguh kerana wujudnya
masyarakat berpendapatan tinggi, menjurus ke arah ekonomi yang dinamik
melalui perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi.
Wawasan 2020
Pengekalan dan peneguhan perpaduan
dalam kepelbagaian
Penyampaian perkhidmatan kerajaan yang
berkesan
Model Ekonomi Baru – Negara berpendapatan
tinggi, terangkum dan
mampan
Pelaksanaan program
pembangunan kerajaan yang
lancar
Sumber: Model Ekonomi Baru 2010
Rajah 15 Rangka kerja empat tonggak untuk mencapai Wawasan 2020
4.2.3 Bidang pertumbuhan yang berpotensi membuka peluang untuk
pemfrancaisan
Pemfrancaisan berasaskan perkhidmatan merupakan trend yang sedang
berkembang dalam pasaran francais yang lebih matang (Rajah 16),
menunjukkan negara dengan ekonomi maju dan KDNK per kapita yang tinggi
mempunyai permintaan pasaran yang kukuh terhadap perniagaan berasaskan
perkhidmatan. Di AS, industri berasaskan perkhidmatan membentuk 51 peratus
daripada jualan francais, manakala industri berasaskan perkhidmatan juga
membentuk majoriti perniagaan francais di Australia (40 peratus) dan
Singapura (28 peratus).
45
AS Australia Singapura
AS: Pecahan Perniagaan Francais mengikut jualan (2010)
Australia: Pecahan Perniagaan Francais mengikut jualan (2008)
Singapura: Pecahan Perniagaan Francais mengikut jualan (2007)
Automotif
Perkhidmatan peribadi
Perkhidmatan perniagaan Produk dan perkhidmatan runcit Harta tanah
Penginapan
Makanan runcit
Restoran perkhidmatan
segera
Perkhidmatan komersil
dan kediaman
Perdagangan runcit
Perkhidmatan pentadbiran dan sokongan Perkhidmatan
penginapan dan
makanan
Perkhidmatan lain
Pendidikan dan latihan
Perkhidmatan sewaan,
sewa dan harta tanah
Lain-lain
Perkhidmatan
perniagaan
Penjagaan kesihatan
Makanan & Minuman
Runcit
Pendidikan dan latihan
Lain-lain
Sumber: International Franchise Association, Franchise Council of Australia, Franchise & Licensing Association (Singapura)
Rajah 16 Pecahan sektor francais dalam pasaran francais yang matang
Mengikut konteks Malaysia, MEB dan RMK-10 mengenal pasti kepentingan
perkembangan pemfrancaisan berasaskan perkhidmatan untuk masyarakat
berpendapatan tinggi. Pelaksanaan inisiatif MEB dan RMK-10, yang
memberikan tumpuan kepada perniagaan berasaskan perkhidmatan dan
mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi, berpotensi mewujudkan
peluang francais di Malaysia.
Seperti yang diterangkan dalam Bahagian 3, PIPFN mempertimbangkan untuk
mengembangkan sektor sasaran kepada sektor baru yang telah ditandakan
46
untuk pembangunan dalam Agenda Pembangunan Negara. Berikutan trend
yang dilihat di atas, MEB mempunyai matlamat untuk beralih daripada
pembangunan sektor ‘tradisional’ dan telah memberikan penekanan kepada
beberapa sektor untuk peralihan seperti teknologi hijau, pelancongan
perubatan dan subsektor berorientasikan perkhidmatan yang lain.
4.2.4 Sikap berpuas hati dan kemajuan industri yang perlahan
Industri francais Malaysia dihalang oleh isu sedia ada, iaitu sikap peserta
francais yang mudah berpuas hati. Ramai peserta francais sangat bergantung
pada agensi kerajaan untuk pembiayaan dan sokongan, seperti geran dan
pinjaman mudah (rujuk Bahagian 5).
Walaupun program pembangunan francais telah wujud lebih daripada satu
dekad dan adanya bantuan kerajaan, namun kemajuan industri francais di
Malaysia adalah perlahan dan ketinggalan di belakang negara maju yang lain
dalam francais seperti yang dinyatakan sebelum ini. Ini juga berpunca daripada
pelaksanaan dan penyempurnaan yang lemah dalam program pembangunan
terdahulu.
4.3 Trend Global dan Serantau
4.3.1 Pemfrancaisan pelbagai jenama
Rajah 17 menunjukkan bahawa dalam pasaran maju, terdapat trend yang jelas
untuk beralih daripada konsep francais tunggal beroperasikan pemilik apabila
konsep pemfrancaisan semakin berkembang ke arah model perniagaan
francais yang berbeza, iaitu pemfrancaisan sambilan, pemfrancaisan unit
berbilang dan pemfrancaisan penjenamaan bersama.
47
Francaisi yang bekerja secara sambilan dengan keupayaan kurang daripada 40 jam seminggu. Pemfrancaisan jenis ini lebih sesuai untuk francais berasaskan perkhidmatan (Contoh: Perkhidmatan cuci kereta yang hanya memerlukan komitmen sambilan daripada francaisi)
Pemfrancaisan berbilang jenama
Semakin ramai francaisi memiliki jenama francais berbilang yang menyediakan sinergi pelengkap antara satu dengan lain. (Contoh: Francaisi memperoleh francais Dunkin’Donuts dan Baskin Robbin untuk membuka kedai pencuci mulut)
Pemfrancaisan sambilan
Francais Tunggal
Pemfrancaisan penjenamaan bersama
Pemilik francais tunggal memperoleh jenama francais tunggal dan menguruskan outlet francais berbilang. (Contoh: Francaisi memperoleh dan menguruskan outlet Smart Reader berbilang)
Pemfrancaisan unit berbilang
Penjenamaan bersama telahpun wujud di Malaysia apabila francaisi menggabungkan operasi dan menjimatkan kos sambil mengukuhkan kedua-dua jenama serentak. (Contoh: Penjenamaan McDonald dengan stesen minyak)
Rajah 17 Pelbagai model pemfrancaisan
Pemfrancaisan penjenamaan bersama dan unit berbilang kini wujud di
Malaysia. Contoh penjenamaan bersama ialah stesen minyak yang
mengadakan hubungan sinergi dengan rangkaian makanan segera atau kedai
serba guna untuk saling menyokong jenama lain. Pemfrancaisan unit berbilang
adalah apabila pemilik francais tunggal memperoleh jenama francais tunggal
dan menguruskan outlet francais berbilang, dengan francais Smart Reader dan
Avon menjadi contoh tipikal bagi amalan tersebut.
Satu lagi konsep pemfrancaisan yang digunakan di negara maju ialah
penjenamaan berbilang, iaitu apabila konglomerat atau usahawan mengawal
atau menjadi francaisi jenama francais berbilang yang biasanya saling
melengkapi dan membuka semua francais ini di satu tempat. Satu contoh
48
penjenamaan berbilang ialah Konglomerat Yum!, yang mengawal unit berbilang
francaisi KFC dan Pizza Hut.
Penjenamaan berbilang memberikan peluang kepada perniagaan francais di
Malaysia untuk mengembangkan dan menjangkau pasaran yang lebih besar
sambil mengukuhkan jenama francais berbilang. Di Malaysia, contoh
penjenamaan berbilang adalah apabila jenama Cinnabon dan Aunty Anne’s
Pretzel dimiliki oleh usahawan yang sama dan sering dipasarkan bersama.
Setakat ini, pemfrancaisan sambilan belum lagi wujud di Malaysia, iaitu apabila
francaisi bekerja dengan keupayaan sambilan kurang daripada 40 jam
seminggu. Disebabkan jenis model francais ini, ia lebih sesuai dengan francais
berasaskan perkhidmatan walaupun ia juga boleh memainkan peranan dalam
skim pemfrancaisan mikro, yang melaluinya perbelanjaan francais ini lebih
mampu ditanggung.
4.3.2 Penggunaan teknologi dalam talian
Di negara maju, teknologi dalam talian terbukti berjaya meningkatkan
kecekapan dan sifat mesra perniagaan dalam pendaftaran dan pemfailan
tahunan.
Teknologi menghantar dan mengarkibkan dokumen francais untuk syarikat
francais dalam negeri dan antarabangsa boleh didapati secara meluas,
membolehkan dokumen yang diserahkan kepada pembeli prospektif dan
perakuan mereka direkodkan dan diselenggarakan dalam fail yang selamat
untuk francaisor.
Teknologi dalam talian membolehkan penjimatan dibuat dari segi pentadbiran
dan keperluan penyimpanan serta mengurangkan kesilapan. Kajian 2007 di AS
menunjukkan francaisor sederhana membelanjakan lebih daripada AS$2,8000
(RM9,800) untuk pencetakan dan pos sahaja. Penjimatan masa juga salah satu
49
faktor, apabila kajian itu mendedahkan bahawa 92% memerlukan bantuan
pentadbiran untuk menyediakan dan mengepos pendedahan mereka.
4.3.3 Pendekatan “Big Bang” untuk membina jenama francais
Jenama francais boleh memanfaatkan kaedah “Big Bang” untuk
mengembangkan perniagaan francais mereka, iaitu dengan membuka outlet
berbilang dalam tempoh yang pendek untuk mewujudkan kepentingan dalam
perniagaan mereka dan dengan itu dapat menarik pelanggan. Oleh itu, kaedah
ini memerlukan modal yang cukup dan strategi pemasaran yang sesuai
sebagai syarat untuk menjana kepentingan dalam perniagaannya.
Di Malaysia, kopitiam PappaRich mencapai kejayaan yang sederhana
dibandingkan dengan masa operasinya yang agak pendek dengan
menggunakan kaedah “Big Bang”.
4.3.4 Kesan ke atas francaisi kerana kegagalan francaisor
Dalam tempoh kemelesetan di AS baru-baru ini, kegagalan francaisor
menyebabkan bilangan francaisi merosot sebanyak 10,273 dan bilangan hilang
pekerjaan sebanyak kira-kira 207,000. Pada 2009, pinjaman kepada
perniagaan francais oleh Small Business Administration (“SBA” – agensi
kerajaan persekutuan AS) mempunyai kadar kegagalan 43% lebih tinggi
berbanding pada 2007.
Kajian di Australia pada 2006 menunjukkan bahawa antara 1990 hingga 2005,
sekurang-kurangnya 40 francaisor terkenal mengalami kegagalan yang
menjejaskan 1,090 francaisi dan menyebabkan kira-kira 11,500 pekerja hilang
pekerjaan.
Seperti yang dapat dilihat dalam contoh di atas, kegagalan francaisor boleh
membawa kepada kesan yang melumpuhkan dan menjejaskan ke atas
50
francaisi dan pekerja. Francaisor yang gagal menjejaskan francaisi melalui
beberapa cara seperti yang disenaraikan dalam Jadual 15 di bawah:
Isu yang menjejaskan
francaisi kerana kegagalan francaisor
Keterangan
1. Jualan dan untung
Liputan akhbar yang tidak baik tentang kegagalan francaisor akan mencemarkan jenama francais dan memberikan kesan negatif ke atas jualan francaisi.
2. Bekalan terhenti Francaisi biasanya bergantung pada francaisor untuk bekalan dan mungkin tidak mampu untuk menyimpan stok yang cukup.
3. Tiada sokongan Francaisi biasanya bergantung pada francaisor untuk sokongan perniagaan dan biasanya tidak menjalinkan hubungan perniagaan.
4. Hak tiada tuntutan
Francaisi tidak mempunyai hak statutori secara automatik dalam pertemuan pemiutang francaisor kerana biasanya mereka bukan pemiutang.
5. Tiada sokongan oleh pentadbir
Pentadbir biasanya tidak mengambil berat tentang francaisi kerana mereka mempunyai kewajipan kepada pemiutang apabila mempertimbangkan pampasan semasa pembubaran aset dan liabiliti.
Jadual 11 Isu yang menjejaskan francaisi kerana kegagalan francaisor
51
4.4 Aspirasi Pusat Serantau
4.4.1 Pertumbuhan dan perbelanjaan pengguna yang diramalkan dalam
pasaran jiran menawarkan peluang untuk pengembangan ke luar
negara
Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 16, rantau Asia Tenggara diramalkan
mengalami kadar pertumbuhan dan perbelanjaan pengguna yang meningkat,
yang menawarkan peluang untuk berkembang. Berdasarkan jumlah
perbelanjaan pengguna per kapita yang diramalkan, Singapura dan Thailand
muncul sebagai pasaran jiran yang paling menarik, dengan perbelanjaan
pengguna per kapita masing-masing berjumlah AS$21.5 juta (RM75.3 juta) dan
AS$3.9 (RM13.7 juta),
Ramalan 2014
Malaysia Indonesia Thailand Vietnam Filipina Singapura
Perbelanjaan pengguna per kapita (RM juta)
11,190 1,987 3,852 475 2,397 21,597
Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) 2010 - 2014
9% 8.2% 8.1% 5.3% 5.9% 5.2%
Sumber: Forecast 2014 daripada Business Monitor International
Jadual 12 Ramalan 2014 tentang perbelanjaan pengguna serantau mengikut nilai dan CAGR dari 2010 hingga 2014
Walaubagaimanapun, dari segi kadar pertumbuhan, Indonesia dan Thailand
diramalkan mengalami Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (“CAGR”)
yang tertinggi antara 2010 hingga 2014 dalam perbelanjaan pengguna per
kapita, masing-masing pada 8.2 peratus dan 8.1 peratus. Negara ini berpotensi
menyediakan peluang perniagaan kepada francais tempatan Malaysia.
52
4.4.2 Pematuhan syariah sebagai kelebihan bersaingan
Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan pematuhan Syariah semakin
meningkat dalam tahun kebelakangan dengan populasi Islam dianggarkan
berjumlah 1.8 bilion setakat 2010. Bilangan ini dijangka mewakili 30 peratus
daripada jumlah populasi dunia menjelang 2025.
Berdasarkan penyelidikan terkini oleh Forum Halal Dunia, Malaysia
menunjukkan bahawa jumlah saiz pasaran makanan halal global bernilai kira-
kira AS$635 bilion (RM2,030 bilion) pada 2009 dan dijangka mencecah
AS$662 bilion (RM2,100 bilion) pada 2010.
Pakar industri halal percaya bahawa seluruh industri halal (semua produk dan
perkhidmatan halal tidak termasuk perbankan) kini dianggarkan bernilai AS$2.3
trilion (RM7.4 trilion). Ini memberi Malaysia peluang untuk turut menjadi pusat
francais Islam, dengan sijil dan logo halal Malaysia diterima di seluruh dunia
dan penggunaan MS 1500:2004 Malaysia sebagai standard halal antarabangsa
oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius. Standard ini ialah satu-satunya rujukan
halal di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (“WTO”) yang menyediakan
garis panduan tentang pelabelan produk halal.
Dari segi perniagaan halal boleh francais, konsep halal tidak terpakai hanya
kepada penyediaan produk makanan, tetapi turut merangkumi kosmetik,
farmaseutikal, pakaian, perkhidmatan kewangan dan pakej pelancongan. Ini
membolehkan julat perniagaan yang luas dan pelbagai difrancaiskan dan
dieksport ke pasaran yang menguntungkan seperti rantau Timur Tengah dan
China.
4.4.3 Suasana politik di Malaysia agak stabil berbanding negara jiran
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 18, Penarafan Risiko Politik BMI
meletakkan risiko suasana politik Malaysia sebagai agak stabil dibandingkan
dengan kebanyakan negara jirannya untuk jangka pendek dan jangka panjang.
53
Ini juga menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai persekitaran stabil yang
menyebabkan perniagaan boleh berkembang. Malaysia juga berpeluang
mempromosikan negaranya sendiri sebagai tempat berlindung yang stabil dan
selamat untuk memulakan dan membangunkan perniagaan francais.
Penarafan Risiko Politik BMI
Indeks Jangka Pendek Indeks Jangka Panjang
Politik Jangka Pendek Politik Jangka Panjang Singapura Malaysia Vietnam Indonesia Filipina Thailand Kemboja
Malaysia Singapura Thailand Filipina Indonesia Vietnam Kemboja
Sumber: Business Monitor International (BMI)
Rajah 18 Perbandingan risiko suasana politik serantau
4.4.4 Ancaman terhadap aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat francais
Daya saing
dunia
Singa-pura
Malaysia Thailand Indonesia Filipina
1 10 26 35 39
Fungsi Pernia-gaan
Memulakan Perniagaan
4 88 55 161 162
Berurusan dengan Permit Binaan
2 109 13 61 111
Mengambil Pekerja
1 61 52 149 115
Mendaftarkan Harta
16 86 6 95 102
Mendapatkan Kredit
4 1 71 113 127
Melindungi Pelabur
2 4 12 41 132
Membayar Cukai
5 24 88 127 135
54
Perdagangan Lepas Sempadan
1 35 12 45 68
Menguatkuasa-kan Kontrak
13 59 24 146 118
Kemudahan menjalankan perniagaan yang lebih baik berbanding Malaysia Catatan: Untuk sistem penarafan, angka rendah menunjukkan skor penarafan yang tinggi
Sumber: World Bank – Doing Business 2010
Jadual 13 Perbandingan serantau tentang kemudahan menjalankan perniagaan
Walaubagaimanapun, aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat francais bagi
rantau ini diancam oleh beberapa faktor. Seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 17, perbandingan global tentang kemudahan menjalankan perniagaan
serantau menunjukkan Malaysia berada di hadapan beberapa negara di rantau
ini. Walaubagaimanapun, Malaysia ketinggalan dalam fungsi perniagaan
tertentu jika dibandingkan dengan negara saingan di rantau ini seperti
Singapura dan Thailand.
Tambahan pula, Singapura telah mengambil langkah yang ketara untuk
menempatkan negaranya sebagai pusat francais dan pelesenan serantau dan
antarabangsa. Setakat ini, Singapura telah pun mengadakan beberapa skim
pembiayaan francais, serta anugerah dan perakuan yang diiktiraf dan
berprestij. Ekspo pemfrancaisan Singapura; Franchising and Licensing Asia
juga diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan peserta dari lebih 40 buah
negara berbanding lima negara bagi Francais Antarabangsa Malaysia (”FIM”)
pada 2009. Selain itu, Singapura secara keseluruhannya telah diterima di
peringkat antarabangsa sebagai negara yang menyediakan persekitaran
perniagaan yang stabil.
Walaupun Malaysia mempunyai kelebihan bersaingan dari segi sijil halalnya,
negara lain juga menggunakan peluang untuk menguasai pasaran halal.
Thailand kini pengeksport terbesar produk diperakui halal dengan nilai
dianggarkan RM800 juta, diikuti oleh Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura
55
dan India sebagai pembekal utama produk halal dunia. Malaysia perlu
menggandakan usahanya untuk menguasai pasaran atau menghadapi risiko
dibayangi oleh jiran pesaingnya.
56
5. Di manakah kita hari ini?
5.1 Rumusan kekuatan dan kelemahan
Bahagian ini memberikan penjelasan tentang industri francais tempatan,
meliputi francaisor/francaisi induk dan francaisi, inisiatif pembangunan francais,
infrastruktur sokongan dan juga persekitaran undang-undang dan kawal selia.
Bahagian ini juga menerangkan kekuatan dan kelemahan yang diambil kira
untuk menyediakan teras utama dan strategi PIPFN (rujuk Bahagian 6 dan 7).
Rajah 3 dan 4 masing-masing menunjukkan rumusan kekuatan dan kelemahan
sedia ada dalam industri Malaysia, yang perinciannya akan diberikan dalam
subbahagian berikutnya. Berdasarkan analisis ke atas empat faktor dalaman
(iaitu francaisor/francaisi induk dan francaisi; pembangunan francais;
infrastruktur sokongan; undang-undang dan kawal selia), enam belas kekuatan
dan dua puluh kelemahan telah dikenal pasti dalam PIPFN ini.
Francaisor/ Francaisi Induk dan
Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
S1
Sesetengah jenama tempatan yang diiktiraf dengan sistem sokongan yang terbukti berkesan
S4
Promosi francais menerusi pelbagai media, pameran tahunan, penerbitan dan anugerah francais sebagai pengiktirafan
S8
Adanya perunding untuk membantu francaisor dan bakal francaisor
S 12
Akta memberikan kuasa pengawa-san & penguatkua-saan berpotensi kepada KPDNKK
57
Francaisor/ Francaisi Induk dan
Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
S2 S3
Ramai usahawan bersedia melabur sebagai francaisi Kumpulan usahawan tempatan yang beraspirasi
S5
Ketersedia-an: Geran untuk penukaran francais dan latihan francaisi Skim pinjaman faedah tersubsidi kepada bakal francaisor dan francaisi Skim pinjaman francaisor disediakan untuk bukan bumiputera Skim ekuiti/pelabu-ran untuk bakal francaisor
S9
Adanya skim kewangan francais oleh DFI dan beberapa bank komersil seperti CIMB dan Maybank di bawah Perbada-nan Jaminan Kredit (CGC)
S 13 S 14
Akta menyedia-kan standard pematuhan untuk industri francais di Malaysia Kriteria dan proses pendaftaran disediakan di KPDNKK
S6
MFA mengendali-kan latihan tetap dan kos dibayar balik oleh KPDNKK
S 10
Kerjasama dengan MATRADE untuk mempro-mosikan francais tempatan melalui pendeda-han di luar negeri
S 15
KPDNKK menubuh-kan unit penguatkua-saan pada hujung 2009
58
Francaisor/ Francaisi Induk dan
Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
S7
Akademi telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan komuniti francais dan akan diberikan jumlah jam akreditasi dan CDP
S 11
MATRADE menyedia-kan bantuan kepada PKS untuk pembangu-nan pasaran eksport
S 16
KPDNKK bertindak sebagai titik rujukan bagi pertikaian antara francaisor dengan francaisi
Rajah 3 Rangka Kerja Pembangunan Francais – rumusan kekuatan
Francaisor/Francaisi Induk dan
Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
W1
Tahap kesediaan yang rendah pada sesetengah francaisor: Fikiran yang cenderung ke arah pertumbuhan simbiotik Penjenamaan yang kukuh Konsep model perniagaan yang berdaya maju Infrastruktur/ sistem sokongan
W4 W5
Tiada pencarian sasaran terhadap perusaha-an yang lebih besar dalam pemfrancai-san Keperluan meningkat-kan taraf dengan cadangan nilai yang lebih baik untuk menarik francaisor dan peserta francais
W 11 W 12
Francaisor baru dan francaisi bagi francaisor yang lemah/baru menghadapi kesulitan mengakses pembiayaan daripada FI dan DFI DFI lain tidak memberikan tumpuan kepada pembangu-nan francais Program kesedaran semasa
W 16 W 17 W 18
Pelbagai kelemahan wujud dalam Akta Francais Tiada ada mekanisme penyelesaian pertikaian yang rasmi Keperluan pendaftaran akaun teraudit bagi tempoh 3 tahun untuk francaisor tempatan terlalu ketat Keperluan 3 tahun
59
Francaisor/Francaisi Induk dan
Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
francais yang kukuh Kumpulan pengurusan berpengala-man Banyak francais tempatan yang baru mula tidak mempunyai model perniagaan, cadangan, produk dan perkhidmatan yang berdaya maju
W6 W7 W8
berasas luas supaya lebih bersema-ngat dan lebih peluang perniagaan Kegagalan skim pinjaman francaisi berpunca daripada francaisor yang lemah dan profil francaisi yang salah Tiada akses kepada skim pinjaman francaisi oleh usahawan bukan bumiputera Sumber kerajaan boleh digunakan dengan lebih baik untuk memba-ngunkan bidang yang tidak
W 13 W 14
tidak menjadikan IPT sebagai sasaran untuk mewujudkan kesedaran awal Bantuan kepada komuniti francais untuk pasaran eksport boleh ditingkatkan lagi Perisikan pasaran ke atas visi francais dan peluang perniagaan di negara lain
W19
dilarang untuk francaisi induk Unit penguatkua-saan yang baru kurang keupayaan penguatkuasaan
60
Francaisor/Francaisi Induk dan
Francaisi
Pembangunan Francais
Infrastruktur Sokongan
Undang-undang dan Kawal Selia
disertai swasta
W2 W3
Sesetengah francaisor dan francaisi tidak memahami konsep francais Peserta francais terus bergantung pada sokongan kerajaan Bersikap puas hati Menerima sokongan berterusan seperti geran dan subsidi
W9 W 10
Skim pembangunan francais semasa tidak memberi-kan pertimba-ngan terhadap pengguna-an insentif cukai yang berkesan bagi mengukuh-kan jenama. Keperluan meluaskan modul latihan bagi memenuhi pembangu-nan kecekapan dan kemahiran menyeluruh yang diperlukan dan menawar-kan jumlah jam Program Pembangu-nan Berterusan (CDP).
W15
Inisiatif sasaran yang mempromo-sikan eksport francais Ramai francaisor tidak layak mendapat geran Promosi Jenama Matrade (untuk eksport) kerana batasan takrif PKS untuk sektor perkhidmat-an
Rajah 4 Rangka Kerja Pembangunan Francais – rumusan kelemahan
61
5.2 Francaisor / francaisi induk dan francaisi
5.2.1 Gambaran menyeluruh dan penilaian semasa
Dalam industri francais Malaysia, ada francais tempatan yang berjaya
(contohnya, Bonia, D’Tandoor, PappaRich, Nelson’s – lihat Lampiran K untuk
kajian kes) dengan jenama mereka diiktiraf di peringkat serantau dan
antarabangsa. Francais ini membina kejayaannya dengan memiliki sistem
infrastruktur sokongan bahagian belakang yang terbukti berkesan yang dapat
memenuhi jenis perniagaannya.
Sistem sokongan francais yang terbukti berkesan ini memasukkan latihan
lengkap untuk francaisi, sokongan operasi yang berterusan, bantuan nasihat
pengurusan dan kewangan serta R&D yang teliti bagi memenuhi permintaan
pelanggan yang berubah, kumpulan francais berpengalaman untuk menyokong
dan mengendalikan pertanyaan tentang francais.
Selain itu, Malaysia mempunyai kumpulan besar usahawan tempatan yang
ingin menjalankan perniagaan yang berjaya dan ramai usahawan di Malaysia
bersedia melabur sebagai francaisi.
Walaubagaimanapun, industri francais Malaysia masih lagi di peringkat awal
dan terdapat kelemahan yang perlu ditangani. Salah satu kelemahannya ialah
sesetengah francaisor di Malaysia masih belum bersedia sepenuhnya untuk
menjalankan perniagaan francais. Ini disebabkan oleh faktor seperti:
a) tidak mempunyai cara pemikiran yang sewajarnya terhadap
pertumbuhan simbiotik antara francaisor dengan francaisi;
b) jenama francais yang tidak benar-benar diiktiraf kerana kempen
pemasaran yang lemah;
c) tiada konsep model perniagaan yang berdaya maju yang menitikberatkan
permintaan dan keperluan pengguna;
62
d) kurang infrastruktur/sistem sokongan francais yang kukuh untuk
menyokong bilangan outlet sedia ada dan yang semakin bertambah; dan
e) kumpulan pengurusan yang tidak berpengalaman dan/atau tiada
kelayakan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan francais.
Selain itu, ada antara francaisor dan francaisi yang menceburi perniagaan
francais tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep francais yang
akhirnya membawa kepada kegagalan perniagaan francais.
Ramai peserta francais juga sangat bergantung pada kerajaan untuk
mendapatkan geran dan subsidi, hingga menyebabkan mereka sentiasa mudah
berpuas hati dalam perniagaan francais mereka.
5.2.2 Jurang yang dikenal pasti pada peringkat tertentu dalam kitar hayat
francaisor di Malaysia
Rajah 19 menunjukkan gambaran menyeluruh kitar hayat francaisor yang
tipikal di Malaysia, termasuk keperluan francaisor, bantuan pembangunan
semasa yang disediakan untuk francaisor dan jurang berkaitan francaisor dan
perlu ditangani supaya industri francais boleh terus maju.
Keperluan Kitar hayat francaisor: keperluan, bantuan pembangunan semasa
dan jurang
Kefaha-man dan keseda-ran
Keboleh-laksanaan francais
Pembina-an jenama
Pembiaya-an untuk melabur
Mengukuh-kan infrastruktur sokongan
Eksekutif yang berkebole-han untuk melatih dan menyokong francaisi
Kemahiran mengurus-
Pengem-bangan outlet tempatan melalui francaisi
Keupaya-an dan kemampu-an mengurus-kan portfolio
Inovasi dari segi penawaran produk/ perkhidmatan
Inovasi dalam teknologi pengeluar-an dan kaedah pemfrancai
Memberi-kan nafas baru dan menge-kalkan perniaga-an yang mampan
63
dalam infrastruk-tur sokongan
Membina kumpulan pengurusan yang berkebo-lehan
kan perniagaan francais
Pemasaran produk
Kemudah-an menyerah-kan pendedah-an tahunan
semasa francaisi dan yang sedang berkem-bang
-san
Pengem-bangan ke luar negeri
Promosi
Prafrancais Peringkat
Awal Pertumbu-
han Matang Mampan
Kesediaan penukaran francais
Pembiaya-an daripada PNS
Latihan daripada PNS & MFA
Program Wanita & Siswazah (francaisi)
Bantuan daripada MATRADE
Rajah 19 Kitar hayat francaisor: keperluan, bantuan pembangunan semasa dan jurang
Jurang
1. Pencarian- jualan sasaran kepada usahawan
2. Pendidikan – mewujudkan dan menggalakkan kesedaran
3. Pendaftaran dalam talian 4. Program akreditasi 5. Pendedahan dalam talian
6. Insentif cukai 7.Pembiayaan bank 8. Program sasaran untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menjadi francaisi 9. Insentif untuk melabur dalam R&D dan inovasi
64
Jurang telah dikenal pasti di pelbagai peringkat kitar hayat francaisor:
a) Pencarian sasaran berdasarkan cadangan nilai yang disediakan oleh
perniagaan francais untuk syarikat besar, Syarikat Berkaitan Kerajaan
(“GLC”) dan koperasi;
b) Pewujudan dan penggalakan kesedaran dan untuk latihan/pendidikan
tentang pemfrancaisan;
c) Pendaftaran dalam talian bagi perniagaan francais untuk memudahkan
perniagaan ditubuhkan;
d) Program akreditasi untuk menambah bilangan pengurus/eksekutif francais
yang berkebolehan dan berkelayakan;
e) Penyerahan dalam talian bagi pendedahan tahunan untuk memudahkan
perniagaan dijalankan;
f) Insentif cukai untuk menggalakkan dan mengukuhkan industri francais
tempatan;
g) Akses kepada pembiayaan daripada institusi kewangan oleh francaisor
untuk menjalankan perniagaan francais mereka (termasuk pengurusan
modal kerja);
h) Program sasaran untuk menarik lebih ramai francaisi berpotensi ke dalam
perniagaan francais dalam fasa pertumbuhan perniagaan; dan
i) Insentif yang boleh digunakan untuk melabur dalam inovasi R&D
(contohnya, termasuk pelancongan perubatan, eko pelancongan dan
pertanian)
65
5.2.3 Jurang yang diperhatikan pada peringkat tertentu dalam kitar
hayat francaisi di Malaysia
Rajah 20 menunjukkan gambaran menyeluruh kitar hayat francaisi yang tipikal
di Malaysia, yang merumuskan keperluan francaisi, bantuan pembangunan
semasa yang disediakan untuk francaisi dan jurang berkaitan francaisi yang
perlu ditangani.
Keperluan Kitar hayat francaisi: keperluan, bantuan pembangunan semasa dan jurang
Kesedaran tentang konsep francais Kepintaran dalam perniagaan Keupayaan melaksanakan usaha wajar ke atas francais dan penawaran Akses kepada francaisi bagi francaisor Membezakan “pengambilan” dan “jualan” francais oleh francaisor
Sokongan kewangan Keupayaan menjalankan perniagaan francaisi Sokongan tambahan ke atas isu pengurusan perniagaan
Sokongan berterusan daripada francaisor seperti A&P dll. Komunikasi yang tetap antara francaisor dengan francaisi
Pewujudan kekayaan melalui pemfrancaisan unit berbilang Pembiayaan untuk pengembangan perniagaan
Prafrancais Peringkat
Awal Pertumbuhan Matang
Mam-pan
Program kesedaran oleh MFA
Kursus latihan oleh PNS & MFA
Skim pembiayaan daripada PNS
66
Keperluan Kitar hayat francaisi: keperluan, bantuan pembangunan semasa dan jurang
KPDNKK/PNS sebagai laluan untuk aduan
Rajah 20 Kitar hayat francaisi: keperluan, bantuan pembangunan semasa dan jurang Jurang telah dikenal pasti pada pelbagai peringkat kitar hayat francaisi:
a) Pendedahan awal tentang konsep pemfrancaisan kepada francaisi
berpotensi dari pusat pengajian perniagaan di Institut Pengajian Tinggi
(“IPT);
b) Memberikan nasihat kepada francaisi berpotensi tentang pemilihan
francaisor yang sesuai;
c) Laman web “sehenti” yang mengandungi maklumat yang lengkap
tentang industri francais, penarafan dan maklum balas tentang francaisor
dan menawarkan pemadanan perniagaan;
d) Insentif cukai untuk menarik francaisi berpotensi dan mengukuhkan
industri francais tempatan;
e) Akses kepada pembiayaan bank untuk memulakan perniagaan francais;
dan
f) Tribunal dan usaha damai francais sebagai mekanisme penyelesaian
pertikaian yang rasmi antara francaisor dengan francaisi.
Pendedahan awal di pusat pengajian perniagaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Nasihat tentang pemilihan francaisor Laman Web “Sehenti” dengan maklumat lengkap
Insentif cukai Pembiayaan bank Usaha damai dan Tribunal
Jurang
67
5.2.4 Kurang persefahaman antara francaisor dengan francaisi
Sesetengah francaisor di Malaysia menganggap perniagaan francais yang
berakhir atau ditutup kebanyakannya berpunca daripada masalah dengan
francaisi, seperti:
Francaisi kurang komitmen dan kurang melibatkan diri dalam perniagaan;
Francaisi tidak mematuhi pengendalian dan standard perniagaan yang
ditetapkan oleh francaisor;
Sesetengah francaisi menjual produk yang tidak dibenarkan; dan
Francaisi berulang kali gagal mematuhi perjanjian francais.
Sebaliknya, sesetengah francaisi pula menganggap kegagalan perniagaan
francais mereka berpunca terutamanya kerana francaisor tempatan tidak
memainkan peranannya untuk menyokong francaisi:
Tiada sistem infrastruktur sokongan francais yang kukuh dan terbukti
berkesan (contohnya, tiada sistem sokongan pusat, tiada lawatan tetap
oleh eksekutif francais untuk menyokong francaisi); dan
Tiada jenama francais yang kukuh (contohnya, francaisor tertentu tiada
komitmen untuk melabur dalam perbelanjaan pengiklanan dan promosi)
Secara amnya, kurang persefahaman dan kepercayaan antara francaisor
dengan francaisi menyebabkan berlaku pertikaian antara kedua-dua pihak, lalu
menjejaskan pertumbuhan perniagaan francais masing-masing. Oleh itu, perlu
diwujudkan satu bentuk mekanisme penyelesaian pertikaian yang rasmi untuk
membantu melindungi kepentingan francaisor dan francaisi.
68
5.3 Pembangunan Francais
5.3.1 Mewujudkan kesedaran
a) Promosi francais
Dalam industri francais Malaysia, usaha telah dilakukan untuk
mempromosikan pemfrancaisan kepada francaisor dan francaisi
berpotensi melalui pelbagai media, pameran tahunan dan penerbitan
oleh MFA.
Promosi francais melalui pelbagai media (televisyen, surat khabar, radio
dan cetak) melibatkan lawatan ke media, bekerjasama dengan media
elektronik dan media cetak serta mengekalkan hubungan dengan rakan
media untuk siaran akhbar dan sesi temu bual.
MFA mempunyai buletin rasmi yang dinamakan Minda Francais yang
diterbitkan setiap dua bulan sekali sebagai kaedah mempromosikan
francais melalui penerbitan. Kini, MFA (dengan sokongan KPDNKK) juga
menganjurkan Francais Antarabangsa Malaysia (“FIM”), iaitu pameran
dan persidangan pemfrancaisan tahunan yang diadakan di Malaysia.
Namun, FIM masih ketinggalan dalam aspek tertentu dibandingkan
dengan pameran francais yang diadakan oleh negara jiran lain
(Thailand’s Franchise and Business Opportunities dan FLAsia
Singapore). Perkara ini tampak ketara melalui bilangan peserta
francaisnya, contohnya pada 2009, peserta dalam FIM hanyalah dari lima
negara luar manakala Singapura dan Thailand melibatkan lebih daripada
40 negara.
69
b) Anugerah Francais
Sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan, anugerah francais
diberikan kepada francaisor dan francaisi yang memberikan sumbangan
dalam industri francais Malaysia.
Antaranya ialah Anugerah Francais Malaysia yang diadakan oleh MFA
untuk mengiktiraf sumbangan francaisor dan francaisi tempatan.
Anugerah francais termasuk ‘francaisor terbaik’, ‘francaisi harapan
terbaik’ dan ‘usahawan muda terbaik’.Walaubagaimanapun, setakat ini
tiada pengiktirafan diberikan kepada perunding francais dan pengurus
francais atas sumbangan mereka dalam industri francais.
c) Program kesedaran sasaran
Seperti yang dilihat dalam Rajah 21, program kesedaran MFA ditujukan
terutamanya kepada orang awam dan secara khususnya orang dewasa
yang bekerja.
Kumpulan usahawan sasaran
Pendedahan awal di pusat
pengajian perniagaan Institut
Pengajian Tinggi (IPT)
Promosi tentang manfaat
pemfrancaisan kepada orang
awam/dewasa bekerja
Audiens
sasaran
MFA
Pencarian sasaran
berdasarkan cadangan untuk
mengembangkan perniagaan
melalui francais
Kumpulan francaisor dan francaisi
berkualiti yang mencukupi
Rajah 21 Program kesedaran perlu lebih menjurus untuk menarik lebih ramai francaisor dan francaisi yang berkualiti
70
Tiada program kesedaran di pusat pengajian perniagaan di IPT dan juga
pencarian sasaran sebagai susulan selepas promosi am.
d) Pencarian sasaran dalam perusahaan yang lebih besar
Perusahaan yang lebih besar biasanya boleh menawarkan keupayaan
pelaburan dan rangkaian perniagaan yang kukuh, imej korporat yang
kukuh, pengalaman perniagaan yang luas dan modal untuk pembiayaan.
Walaubagaimanapun, tiada program kesedaran khas atau pencarian
sasaran yang menggunakan pemfrancaisan sebagai model perniagaan
alternatif dan menarik perusahaan yang lebih besar atau GLC ke dalam
industri francais.
5.3.2 Program pembangunan
a) Geran untuk pembangunan francais
Di Malaysia, geran ini kini disediakan untuk penukaran francais bagi
perniagaan dan latihan francaisi sebagai usaha menggalakkan
pembangunan francais, seperti yang ditawarkan oleh KPDNKK (dengan
PNS sebagai urus setia kepada KPDNKK). Program penukaran francais
ini termasuk Program Pembangunan Francais Tempatan (“PPFT”), Dana
Bantuan Pembangunan Francais (“DBPF”) dan Projek Siap Guna.
Bagi latihan francaisi, KPDNKK menawarkan geran yang boleh
membantu menampung kos latihan bagi skim francais Wanita dan
Siswazah.
71
b) Skim pinjaman untuk francaisor dan francaisi
Pada masa ini, PNS menawarkan skim pinjaman faedah tersubsidi
kepada bakal francaisor dan bakal francaisi.
Skim pinjaman yang ditawarkan kepada bakal francaisor dan francaisi
induk ialah skim pinjaman prafrancais, yang menyediakan bantuan
kewangan sehingga RM2 juta. Untuk francaisor semasa, PNS juga
menawarkan skim pembiayaan francaisor, yang menyediakan
pembiayaan sehingga RM2 juta. Walaupun skim pinjaman prafrancais
dan skim pembiayaan francaisor telah diwujudkan sejak 2006, namun
kadar pengambilan skim pinjaman PNS ini didapati rendah (15 francaisor
mendapatkan pembiayaan di bawah dua skim pinjaman setakat 19 Mac
2010).
Terdapat lima skim pinjaman yang ditawarkan kepada bakal francaisi,
iaitu skim Siswazah, Wanita, Belia, Pembiayaan Francaisi dan Eksekutif.
Antara kelima-lima skim ini, skim Siswazah, Wanita dan Belia didapati
mempunyai jumlah pinjaman tak berbayar (“NPL”) yang paling tinggi
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 (NPL 42 peratus, 40 peratus dan
32 peratus, masing-masing). NPL yang tinggi bagi tiga skim ini berpunca
daripada francaisor yang lemah dan francaisor yang baru memulakan
perniagaan serta tahap kesediaan francaisi yang rendah.
Skim Pinjaman francais yang ditawarkan oleh PNS
Siswazah
Wanita
Belia
Skim Pembiayaan Francais
Eksekutif
Bilangan akaun
69 56 95 164 4
Bilangan NPL
39 23 31 30 0
72
Pinjaman yang dibayar (RM juta)
16.5 12.2 17.1 34 0.7
Nilai NPL (RM juta)
7 4.9 5.5 5.2 tiada
% NPL 42.4% 40.2% 32% 15% 0%
Purata NPL perbankan kasar (2010)
4%
Catatan: Semua data berdasarkan cabutan LMS setakat 19 Mac 2010. Angka mungkin tidak sama dengan laporan pengurusan akhir tahun disebabkan pelarasan berikutnya oleh PNS
Sumber: Laporan pengurusan PNS, pangkalan data PNS
Rajah 22 Prestasi skim pinjaman francaisi PNS setakat 19 Mac 2010
Pada masa ini, hanya skim pinjaman PNS untuk francaisor sahaja yang
disediakan untuk bukan bumiputera, manakala pinjaman untuk francaisi
dikhususkan hanya untuk bumiputera sahaja.
c) Skim ekuiti kepada bakal francaisor
Pada masa ini, PNS menawarkan tiga jenis skim ekuiti kepada francaisor
sebagai kaedah alternatif untuk mendapatkan modal oleh francaisor, iaitu
skim ekuiti Francais Tunas (Budding Franchaise) Perkongsian Pintar
(Smart Partnership) dan Francais Mezanin (Franchise Mezzanine).
Skim Francais Tunas ditujukan kepada francaisor atau francaisi induk
bumiputera yang baru untuk menaikkan taraf perniagaan sedia ada
kepada perniagaan francais. Skim Perkongsian Pintar pula ditujukan
kepada bumiputera untuk memiliki ekuiti dalam syarikat bukan
bumiputera dan untuk membiayai mengembangkan perniagaan.
Manakala Skim Francais Mezanin ditujukan kepada francais milik
bumiputera untuk mengembangkan perniagaan francais mereka.
73
Walaubagaimanapun, setakat Mac 2010, belum ada lagi pengambilan
skim ekuiti ini kerana PNS tidak menemui calon yang sesuai.
d) Penggunaan insentif cukai yang berkesan
Inisiatif pembangunan francais yang ada di Malaysia kini tidak mengambil
kira penggunaan insentif cukai yang berkesan untuk membina jenama
francais dan mengukuhkan sistem infrastruktur sokongan francais.
Berdasarkan FPS 2010, francaisor dan francaisi induk menganggap
insentif cukai sebagai rangsangan penting untuk memulakan dan
mengembangkan perniagaan francais.
Insentif cukai yang diperuntukkan dengan baik akan menggalakkan bakal
usahawan untuk menceburi perniagaan francais dan dapat membantu
mendorong usahawan terus mengembangkan perniagaan francais
mereka.
e) Saingan pelaburan langsung semasa oleh Kerajaan dengan sektor swasta
Kerajaan Malaysia kini mempunyai pelaburan langsung dalam
pemfrancaisan melalui bahagian pelaburan MyFranchise PNS. Aktiviti
pelaburan MyFranchise termasuk memperoleh hak francais induk,
melabur dalam francais kelahiran tempatan dan membangunkan jenama
francais yang baru.
Walaubagaimanapun, sesetengah jenama francais MyFranchise
(contohnya, Gloria Jean’s dan 1901 dalam sektor Makanan & Minuman)
dianggap oleh sesetengah francaisor tempatan sebagai mempunyai
saingan langsung dengan sektor swasta.
74
5.3.3 Pembangunan keupayaan dan kemampuan
MFA mengadakan latihan tetap untuk francaisor, francaisi dan perunding
francais. Kos yang ditanggung oleh MFA untuk latihan ini akan dibayar balik
oleh KPDNKK.
Walaubagaimanapun, modul latihan yang ditawarkan oleh MFA pada masa ini
tidak menumpukan kepada pembangunan kecekapan dan kemahiran yang
diperlukan dalam industri francais. Modul latihan MFA juga tidak menyediakan
jumlah jam akreditasi atau jumlah jam Program Pembangunan Berterusan
(“CPD”).
Program Akreditasi dan CDP dapat membantu mewujudkan asas yang kuat
untuk memantapkan peserta francais. Program tersebut, yang sesuai untuk
peserta francais seperti pengurus francais, francaisi, perunding francais,
pegawai KPDNKK dan kakitangan PNS, boleh terus meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan yang diperlukan oleh mereka untuk terus kekal dalam industri
francais.
Akademi PNS ditubuhkan pada 2009 untuk memenuhi keperluan komuniti
francais Malaysia, usahawan, ahli perniagaan yang berpotensi dan orang
awam. Akademi itu merancang untuk menawarkan program akreditasi dan
CDP.
75
5.4 Infrastruktur sokongan
5.4.1 Kebolehdapatan perunding francais
Perunding francais di Malaysia biasanya dilantik oleh francaisor untuk
memberikan pelbagai khidmat, termasuk cara membangunkan dan
mengembangkan perniagaan francais serta memberikan nasihat tentang
pemasaran, pengiklanan dan latihan.
PNS juga mempunyai panel perunding yang boleh membantu francaisor dan
francaisi yang berpotensi. Perunding boleh membantu dengan menyediakan
penyelesaian hujung ke hujung untuk francaisor menukar perniagaan sedia ada
bagi memenuhi kriteria ROF untuk menjadi francaisor, membantu menyerahkan
pendaftaran francais mereka dan memantau prestasi outlet francaisi untuk
tempoh tertentu. Khidmat panel perunding ini digunakan dalam program
penukaran francais PPFT, DBFP dan Projek Siap Guna.
Berdasarkan Kajian Pemprofilan Francais 2010, francaisor menegaskan
pentingnya perunding yang berpengalaman dan berkelayakan dalam industri
francais untuk membantu francaisor semasa memulakan dan mengendalikan
perniagaan.
5.4.2 Kewujudan skim kewangan francais oleh Institusi Kewangan (“FI”)
dan Institusi Kewangan Pembangunan (“DFI”)
Institusi Kewangan Pembangunan (“DFI”) diadakan untuk membolehkan
francaisor dan bakal francaisor mempunyai akses kewangan yang lebih mudah.
Beberapa institusi terkenal yang memenuhi peranan ini termasuklah
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (“PUNB”), SME Bank dan Credit
Guarantee Corporation (“CGC”).
76
Walaubagaimanapun, francaisor dan francaisi baru bagi francaisor yang
lemah/baru memulakan perniagaan menghadapi kesukaran mengakses
pembiayaan daripada FI dan DFI seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 24. Ini
sebahagiannya adalah kerana FI dan DFI lebih berhati-hati akibat kegagalan
francais yang lepas dalam pasaran dan bilangan pinjaman tak berbayar yang
tinggi, yang meninggalkan stigma kepada perniagaan francais.
Francaisor dan francaisi juga menghadapi kesukaran mencari alternatif lain
kerana DFI secara beransur-ansur mengalihkan tumpuannya daripada
perniagaan francais dengan kehadiran PNS yang diwujudkan untuk
membangunkan industri francais pada 2004. Walaubagaimanapun, sesetengah
FI bersedia memberikan pembiayaan kepada francaisi untuk jenama francais
yang mantap.
Rajah 25 dan 26 di bawah menunjukkan majoriti francaisor tempatan bersikap
berdikari dalam mendapatkan modal, terutamanya kerana kesukaran
mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan (11 peratus untuk dana
permulaan; 8 peratus untuk dana pengendalian).
Sumber pendanaan permulaan
untuk francaisor
Sumber pendanaan pengendalian
untuk francaisor
Simpanan/pelaburan Keluarga/rakan Pelabur/modal usaha niaga Peminjaman Bank Pinjaman kerajaan Geran
Sumber: Kajian Pemprofilan Francais 2010
Simpanan/pelaburan Keluarga/rakan Pelabur/modal usaha niaga Peminjaman Bank Pinjaman kerajaan Geran
Sumber: Kajian Pemprofilan Francais 2010
Rajah 25 Sumber pendanaan permulaan untuk francaisor
Rajah 26 Sumber pendanaan pengendalian untuk francaisor
77
Keupayaan untuk mendapatkan pembiayaan bank didapati meningkat dalam
perniagaan francais yang mempunyai rekod yang baik dan penjenamaan yang
kukuh. Walaubagaimanapun, pembiayaan untuk mengembangkan dan
membangunkan perniagaan francais masih menjadi cabaran yang utama.
5.4.3 Promosi/bantuan eksport
Kewujudan Geran Pembangunan Pasaran (“MDG”) dan Geran Promosi
Jenama (“BPG”) di bawah MATRADE memberikan banyak bantuan yang
diperlukan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) untuk
membangunkan jenama francais mereka bagi pasaran eksport dan promosi
jenama terkenal yang asli. Walaubagaimanapun, ramai francaisor tidak layak
mendapat geran MDG dan BPG MATRADE disebabkan batasan takrif PKS
untuk sektor perkhidmatan seperti yang dinyatakan mengikut bilangan pekerja
(50), kerana jenis sektor perkhidmatan memerlukan bilangan kakitangan yang
ramai.
Pada masa ini, MATRADE juga bekerjasama dengan KPDNKK, PNS dan MFA
untuk mempromosikan francais tempatan melalui pendedahan di luar negeri.
Walaubagaimanapun, tiada perisikan pasaran kualiti untuk mendapatkan trend
dan konsep pemfrancaisan dari luar negeri yang boleh memanfaatkan industri
francais di Malaysia.
5.5 Undang-undang dan kawal selia
5.5.1 Akta Francais 1998
Akta Francais 1998 (“Akta”) menyediakan standard pematuhan untuk industri
francais di Malaysia dan memberikan kuasa pengawasan dan penguatkuasaan
berpotensi kepada KPDNKK. Walaupun pewujudan Akta menyediakan langkah
78
perlindungan dan kawal selia dalam industri francais, namun ada beberapa
kelemahan dan peruntukan yang perlu diperbaik untuk mengelakkan
eksploitasi.
Jadual 14 di bawah ini menunjukkan kelemahan sedia ada pada bahagian
tertentu Akta tersebut:
Seksyen dalam Akta
Perkara Utama Keterangan
Seksyen 4 Tafsiran Tiada peraturan tentang ‘Sekutu francaisor’ bermaksud tiada takrif yang jelas tentang pihak yang mempunyai hubungan dengan francaisor.
Seksyen 16 Laporan tahunan
Keperluan menyerahkan Laporan Tahunan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ulang tahun pendaftaran mungkin membebankan francaisor kerana tiada pautan dengan operasi kewangan francaisor.
Seksyen 18 Keperluan perjanjian francais
Tiada kejelasan tentang maksud “perbelanjaan munasabah”. Secara praktisnya, francaisor akan menentukan apa yang dikatakan perbelanjaan yang munasabah dan mengenakan caj kepada francaisi. Sesetengah perjanjian francais mengandungi pelepasan am bagi francaisor daripada liabiliti ke atas francaisi atau penepian apa-apa pernyataan lisan atau bertulis yang dibuat oleh francaisor.
Seksyen 22 Dana promosi Ini adalah untuk menangani keadaan apabila francaisor atau sekutu francaisor menjadi pembekal barangan atau perkhidmatan kepada sistem francais dan barangan atau perkhidmatan ini dibayar daripada Dana Promosi.
79
Seksyen 27 Larangan terhadap
perniagaan yang serupa
Pada masa ini, pengarah atau pemegang saham tidak dilarang daripada membuka syarikat baru untuk menjalankan “perniagaan yang serupa”. Begitu juga, sekatan bagi semua pekerja sangat membebankan francaisi dan pekerjanya.
Seksyen 31 Penamatan perjanjian francais
Terdapat kelemahan, iaitu ia tidak melindungi kejadian apabila francaisi jatuh bankrap atau tidak mampu membayar.
Seksyen 53 Jualan francais kepada bukan warganegara
tertakluk kepada kelulusan pendaftar
Keperluan ini mungkin dilihat sebagai penghalang kepada pihak asing yang ingin melabur dalam francais.
Jadual 14 Isu yang mungkin timbul akibat kelemahan dalam Akta Francais 1998
5.5.2 Mekanisme penyelesaian pertikaian yang diperlukan oleh industri
francais
Berdasarkan FPS 2010, kebanyakan pertikaian yang berlaku antara francaisor
dengan francaisi (kira-kira 80 peratus) mempunyai kaitan dengan sistem
infrastruktur sokongan yang lemah dan amalan tidak adil oleh francaisor (lihat
Rajah 27). Selain itu, sesetengah francaisi menegaskan bahawa francaisor
perlu meningkatkan usaha mengukuhkan sistem sokongan francais mereka
dan tidak menyalahgunakan konsep francais (iaitu hanya berminat terhadap fi
pendahuluan francais).
80
Penyebab pertikaian antara francaisor dengan francaisi
Pertikaian wilayah 15% Ketakpadanan dalam jangkaan keuntungan 14% Kurangnya latihan dan sokongan permulaan 11% Kurangnya sokongan pengiklanan dan promosi 11% Kurangnya latihan dan sokongan yang berterusan 11% Perubahan dalam fi francais dan/atau royalti 9% Tidak cukup bekalan dan/atau bekalan berlebihan 8% Lain-lain 21%
Sumber: Kajian Pemprofilan Francais 2010
Rajah 27 Penyebab pertikaian antara francaisor dengan francaisi
Ada juga yang berpendapat bahawa ramai francaisor di Malaysia tidak
menunjukkan ciri francais yang berjaya. Kebanyakan mereka tidak mempunyai
konsep francais yang berdaya maju, tidak mempunyai pemikiran yang betul
terhadap francais dan bergantung pada sokongan kerajaan untuk mendapatkan
geran dan subsidi.
Walaupun Akta memberikan laluan perundangan kepada KPDNKK untuk
menetapkan mekanisme penyelesaian pertikaian, namun sehingga kini
peruntukan penyelesaian pertikaian yang rasmi masih belum wujud.
5.5.3 Pendaftaran francais
Francaisor juga menganggap garis panduan dasar sedia ada sebagai tidak
jelas dan memerlukan lebih kejelasan dan ketelusan dalam dasar dan prosedur
kerana ia dikatakan menjadi penghalang kepada operasi perniagaan mereka.
Keperluan pendaftaran akaun teraudit bagi tempoh 3 tahun untuk francaisor
tempatan dianggap sebagai terlalu ketat dan terdapat permintaan supaya
tempoh tersebut dipendekkan kepada satu tahun secara beransur-ansur
kerana keperluan ini sangat tidak wajar bagi francaisi induk. Francaisor dan
francaisi induk menyatakan mereka menghadapi kesulitan untuk memenuhi
keperluan ketika masih di peringkat operasi.
81
5.5.4 Penguatkuasaan francais
Walaupun Akta telah digubal bagi membantu mengawal selia dan mengawal
industri francais, namun kurangnya penguatkuasaan menyebabkan industri ini
terus menghadapi pelbagai isu. Akibatnya, peserta francais tidak mematuhi
keperluan yang ditetapkan oleh Akta, termasuklah pemfailan pulangan dan
pendedahan tahunan oleh francaisor dan francaisi induk tidak diserahkan, lalu
menyebabkan pangkalan data francaisor ROF tidak kemas kini.
Penguatkuasaan yang lemah membolehkan syarikat memintas peruntukan akta
dengan beroperasi sebagai francais, tetapi melabelkan diri mereka sebagai
“syarikat beroperasi berlesen” manakala perniagaan francais yang tidak
beretika boleh menjalankan amalan tidak adil tanpa takut akan akibatnya.
Untuk mengatasi masalah ini, KPDNKK menubuhkan unit penguatkuasaan
pada penghujung 2009. Walaubagaimanapun, unit tersebut kini menghadapi
kurang keupayaan dalam penguatkuasaan dan perlu diperkukuh sebelum ia
dapat berfungsi dengan berkesan.
82
6. Bagaimanakah caranya untuk mencapai kedudukan tersebut?
Bahagian ini menerangkan pendekatan menyeluruh PIPFN, meninjau faktor
penting kejayaan dan menggariskan struktur bagi mekanisme pelaksanaan
PIPFN serta tempoh pelaksanaannya. Bahagian ini juga menerangkan objektif
dan teras utama dan bagaimana strategi itu menangani isu penting dalam
industri ini.
6.1 Hala tuju PIPFN
Bahagian ini menerangkan pendekatan dan strategi untuk mencapai keadaan
pada masa ‘akan datang’ yang diinginkan seperti yang diterangkan dalam
Bahagian 3, dengan mengambil kira trend serantau dan global (Bahagian 4)
serta keadaan semasa industri francais di Malaysia (Bahagian 5).
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah, PIPFN menuju ke arah
liberalisasi dan kawal selia sendiri serta pertumbuhan industri francais
berasaskan sektor swasta yang semakin maju. Pada masa ini, penglibatan
Kerajaan dalam industri ini agak besar, seperti yang dapat dilihat daripada
peraturan yang dikenakan ke atas industri dan peserta francais yang
bergantung pada geran dan subsidi kerajaan.
Ke arah Liberalisasi dan Kawal Selia Sendiri Kawal Selia Pembangunan berasaskan kerajaan Dorongan geran dan subsidi
Kawal selia sendiri Pelaburan berasaskan sektor swasta Dorongan Insentif
Pertumbuhan Industri Francais Berasaskan Sektor Swasta
Keadaan Akhir
Realiti Semasa
Rajah 5 Hala Tuju PIPFN
83
Walaupun PIPFN memberikan tumpuan kepada pertumbuhan berasaskan
sektor swasta, namun kerajaan akan terus memainkan peranannya dengan
menyediakan ‘ekosistem’ yang sesuai untuk perniagaan francais dan
memastikan peserta francais didorong oleh insentif dan tidak bergantung pada
bantuan kerajaan.
Jadual 15 di bawah membandingkan pendekatan lama dengan pendekatan
baru dalam membangunkan industri francais di Malaysia
Pendekatan pembangunan francais - Lama lawan Baru
Lama Baru
Kawal selia Keperluan kawal selia disediakan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kegagalan pasaran. Kawalan ke atas kemasukan pasaran dilihat sebagai beban kepada perniagaan. Memasuki perniagaan francais sesuatu yang membebankan dan sukar bagi usahawan dan perniagaan tulen.
Kawal selia sendiri Persekitaran kawal selia mesra perniagaan. Peserta francais mengamalkan kawal selia sendiri dengan mengamalkan etika dan standard profesional dan menjalankan perniagaan dengan penuh tanggungjawab melalui pendedahan sendiri dan pematuhan terhadap kaedah dan peraturan.
Pembangunan berasaskan kerajaan Pembangunan industri francais melalui penyertaan negara (atau melalui agensi kerajaan) dan pelaburan dalam perniagaan francais. Tumpuan pembangunan adalah berasaskan output yang berbeza dengan berasaskan hasil.
Pelaburan berasaskan sektor swasta Menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif dan mesra peniagaan yang menggalakkan pertumbuhan berasaskan sektor swasta melalui inovasi dan persaingan dalam pasaran yang dinamik. Kerajaan tidak lagi terlibat dalam perniagaan dengan kehadiran sektor swasta.
Dorongan geran dan subsidi Peserta francais terus bergantung pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan. Bantuan yang disediakan dalam bentuk geran dan subsidi tidak mampan.
Dorongan insentif Pertumbuhan industri francais adalah berdasarkan persaingan. Peserta francais mempunyai insentif untuk bersaing dan pertumbuhan adalah berasaskan inovasi dan operasi yang menguntungkan.
Jadual 15 Perbandingan antara pendekatan lama dengan pendekatan baru dalam pembangunan francais
84
6.2 Pelaksanaan teras utama PIPFN
Seperti yang digambarkan dalam Rajah 6, PIPFN merangka tiga fasa bagi
membantu memajukan industri francais di Malaysia dan mencapai keadaan
akhir sasaran dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais pada
2020:
Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014 (3 tahun) dan melibatkan
pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan francais;
Fasa 2 bermula dari 2015 hingga 2016 (2 tahun) dan melibatkan usaha ke
arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh, selaras dengan visi
PIPFN; dan
Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan usaha menjadikan
Malaysia sebagai Pusat Francais.
Strategi dan inisiatif yang dilaksanakan dalam Fasa 1 dan 2 juga
menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Francais.
Fasa 1 (2012 -2014) Memantapkan
Peserta Francais dan Rangka Kerja
Pembangunan
Fasa 2 (2015 – 2016) Mewujudkan Industri
Francais dalam negeri yang “dinamik” dan
“Teguh”
Fasa 3 (2017 -2020) Malaysia sebagai Pusat
Francais
Tempoh PIPFN (5 tahun)
TERAS UTAMA PEMBANGUNAN FRANCAIS NASIONAL
ST1 Meningkatkan Daya Saing Francais Malaysia
ST2 Transformasi Perniagaan Melalui Francais
ST3 Membangunkan Kecekapan Modal Insan Francais
ST4 Mengukuhkan Ekosistem Francais Yang Lebih Dinamik
Rajah 6 Fasa dan teras utama untuk memajukan industri francais Malaysia
85
PIPFN juga menetapkan empat teras utama, yang kebanyakannya meliputi
fasa 1 dan 2. Empat teras utama ini disokong oleh 36 strategi yang akan
diterangkan kemudian secara terperinci.
6.3 Teras utama dan strategi yang digariskan dalam PIPFN
6.3.1 Isu penting yang perlu ditangani
Tujuan 4 teras utama adalah untuk menangani isu penting dalam industri
francais Malaysia. Setiap strategi mempunyai pelan tindakannya sendiri dan
pihak utama yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Teras utama Isu penting yang perlu ditangani
ST1 Meningkatkan Daya Saing Francais Malaysia
Kurang pengetahuan tentang francais
Kadar pengambilan yang rendah dalam kalangan perniagaan
Pergantungan pada Kerajaan
Pengiktirafan Malaysia sebagai negara Syariah
Meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan
Persaingan daripada negara jiran
Memastikan kepantasan penyampaian perkhidmatan untuk mengekalkan indeks bersaingan Malaysia
ST2 Transformasi Perniagaan Melalui Francais
Kurang produk dan perkhidmatan francais yang inovatif
Memodenkan dan memastikan daya saing perniagaan tempatan
Kemahiran pengurusan francais yang lemah
Peserta francais tempatan yang lemah
ST3 Membangunkan Kecekapan Modal Insan Francais
Akses yang lebih luas kepada kerjaya yang baik untuk kumpulan berpendapatan rendah
Memenuhi keperluan komuniti untuk perkhidmatan rumah yang selamat
86
Teras utama Isu penting yang perlu ditangani
ST4 Mengukuhkan Ekosistem Francais Yang Lebih Dinamik
Salah konsep tentang Akta Francais dan kerumitan mendaftarkan francais
Meningkatnya pertikaian perniagaan/kelewatan dalam penyelesaian pertikaian
Kelewatan dalam kelulusan francais
Malaysia mempunyai ekosistem francais yang lemah
Kefahaman yang lemah tentang francais
Kekurangan pakar dan kemahiran pengurusan francais
Penyelarasan yang lemah antara agensi Kerajaan
Tiada kesalinghubungan (termasuk perkongsian maklumat) dengan Kementerian/agensi lain
Kurang sumber penguatkuasaan
NGO yang lemah yang menerajui industri francais
Jadual 16 Isu penting yang perlu ditangani melalui Teras utama
6.3.2 36 strategi yang menyokong empat teras utama
Untuk mendorong pembangunan industri, terdapat empat teras utama yang
disokong oleh 36 strategi.
ST1 : Meningkatkan Daya Saing Francais Malaysia
ST Strategi
1.1 Memperkasa industri francais negara
1.2 Meningkatkan kemantapan dan memperkasa francaisor tempatan
1.3 Pembangunan dan promosi francais mikro
1.4 Mencipta & Promosi Kelompok Francais Tempatan (1Malaysia Stesen Francais)
1.5 Kerjasama strategik antara peruncitan francais dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pembekalan dan peruncitan produk tempatan
87
ST Strategi
1.6 Memberi penekanan kepada inovasi, kreativiti, sistem berasaskan teknologi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) (menggalakkan daya kreativiti francaisor tempatan)
1.7 Mengukuhkan imej dan penjenamaan francais Malaysia
1.8 Mempromosi dan meningkatkan pengetahuan dan faedah berkaitan sistem francais
1.9 Memastikan pembangunan yang seimbang dalam industri francais
1.10 Meningkatkan kemudahan pembiayaan
1.11 Mewujudkan ‘rangkaian perniagaan francais’ di dalam pembangunan koridor ekonomi dan mempromosikan jenama francais di setiap negeri
1.12 Memasuki pasaran dunia melalui jenama Francais Malaysia –membentuk / membantu francais dalam negara yang berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa
1.13 Meningkatkan hubungan perniagaan dengan syarikat Malaysia di luar negara
1.14 Mempromosikan Malaysia sebagai pusat serantau francais yang mematuhi Syariah (memanfaatkan status Malaysia sebagai negara Islam yang progresif untuk mengeksport perniagaan francais ke pasaran Islam)
1.15 Menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi eksport francais di Asis Tenggara
1.16 Meningkatkan tahap perlindungan bagi industri francais melalui Akta Francais
1.17 Bekerjasama dengan Mall 1Malaysia bagi mempromosi syarikat francais Malaysia di luar negara
1.18 Bekerjasama dengan Makan Bazaar iaitu salah satu EPP di bawah NKEA untuk memberi peluang kepada syarikat francais tempatan untuk turut menyertai program tersebut.
Jadual 6 Strategi ST1 –Meningkatkan Daya Saing Francais Malaysia
88
ST2: Transformasi Perniagaan Melalui Francais
ST Strategi
2.1 Menentukan Peluang Francais Untuk Semua
2.2 Menaiktaraf Bidang Keusahawanan Melalui Francais
2.3 Memodenkan bentuk perniagaan tradisional kepada perniagaan francais
2.4 Mengukuhkan koperasi sebagai entiti ekonomi melalui francais
2.5 Mengawal selia sektor-sektor yang tidak dikawal selia melalui francais
2.6 Memanfaatkan francais untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor perkhidmatan
2.7 Menentukan kemudahan perkhidmatan asas kepada masyarakat melalui francais
2.8 Mentransformasi pembangunan ekonomi luar bandar melalui francais
2.9 Menyediakan francais sebagai satu cara untuk memasarkan produk dan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan yang baru (Memanfaatkan sistem francais untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang baru)
Jadual 7 Strategi ST2 – Transformasi Perniagaan Melalui Francais
ST3 : Membangunkan Kecekapan Modal Insan Francais
ST Strategi
3.1 Mewujudkan tenaga kerja francais yang bertauliah untuk meningkatkan standard dan memenuhi keperluan industri
3.2 Membina kapasiti dan kecekapan modal insan francais
3.3 Jalinan kerjasama Kerajaan, Akademia dan Industri Francais
3.4 Memanfaatkan teknologi untuk mengukuhkan industri francais
Jadual 8 Strategi ST3 – Membangunkan Kecekapan Modal Insan Francais
89
ST4 : Mengukuhkan Ekosistem Francais Yang Lebih Dinamik
ST Strategi
4.1 Menyediakan persekitaran kawalselia yang kondusif dan mesra perniagaan
4.2 Mewujudkan mekanisme penyelesaian pertikaian
4.3 Meningkatkan kecekapan dan penyelarasan institusi penggalak
4.4 Meningkatkan kemudahan pembiayaan, pelaburan dan meneroka / membangunkan perniagaan francais baru yang strategik
4.5 Meningkatkan peranan badan bukan kerajaan dalam menyokong industri yang diterajui oleh sektor swasta melalui platform rangkaian yang lebih baik
Jadual 9 Strategi ST4 – Mengukuhkan Ekosistem Francais Yang Lebih Dinamik 6.4 Faktor penting kejayaan
Terdapat lima faktor penting kejayaan telah dikenal pasti sebagai prasyarat
untuk pelaksanaan PIPFN yang berjaya seperti diperincikan dalam Jadual 14 di
bawah:
Faktor penting kejayaan
Keterangan
1. Kepimpinan yang mantap
Bagi memastikan keberkesanan, PIPFN perlu dikawal melalui kedudukan yang mantap dan penting yang diketuai oleh Menteri, yang membolehkan:
Penyelarasan yang berkesan dengan Menteri/agensi lain termasuk mendapatkan sokongan mereka;
Kemahiran pengurusan yang mantap untuk memberikan arahan yang jelas; dan
Kepimpinan melalui teladan.
2. Lembaga Pengawasan yang Boleh Dipercayai
Meluaskan peranan dan kuasa Lembaga Penasihat Francais (“FAB”) untuk:
Menyelia keseluruhan pelaksanaan dan memantau hasilnya; dan
Bertindak terhadap maklum balas tepat pada masanya melalui kaedah yang sesuai.
90
Faktor penting kejayaan
Keterangan
3. Unit pelaksanaan rangka tindakan yang berkesan
Unit pelaksanaan mesti berperanan dan berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan:
Bekerjasama dengan pelbagai pihak demi kemajuan inisiatif;
Bertindak sebagai urus setia untuk melaporkan kepada FAB setiap suku tahun; dan
Menyebarkan perkara yang dibincangkan dengan FAB kepada pelbagai pihak untuk mengambil langkah berikutnya.
4. Sokongan padu daripada sektor swasta
Memandangkan pendekatan PIPFN yang dicadangkan adalah untuk menjadikan industri francais sebagai industri berasaskan swasta, maka:
Persetujuan dan sokongan daripada sektor swasta diperlukan;
Penyertaan usahawan francais yang terkemuka dalam FAB adalah penting; dan
MFA perlu menerajui inisiatif sokongan dengan komposisi keahlian yang besar dan diwakili sewajarnya oleh sektor swasta.
5. Keupayaan dan pengurusan yang berkesan
Sebagaimana unit pelaksanaan PIPFN perlu efektif, begitu juga dengan kumpulan pengurusan di kementerian/agensi:
Keupayaan yang tinggi untuk melaksanakan PIPFN dengan berkesan dan cekap oleh KPDNKK dan PNS; dan
Komposisi setiap kumpulan pengurusan hendaklah merangkumkan bakat terbaik dan/atau kakitangan berpengalaman ke dalam industri.
Jadual 14 Faktor penting kejayaan PIPFN
91
6.5 Struktur mekanisme pelaksanaan PIPFN
Rajah 7 menunjukkan struktur mekanisme pelaksanaan PIPFN.
Lembaga Penasihat Francais (“FAB”)
Dipengerusikan oleh KSU untuk menasihatkan Menteri
Mesyuarat tiap-tiap suku tahun untuk menyelia pelaksanaan menyeluruh, memantau hasil dan bertindak ke atas maklum balas
Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Rangka Tindakan (“BIMU”)
Ditempatkan dalam KPDNKK
Bekerjasama dengan pelbagai pihak demi kemajuan inisiatif
Bertindak sebagai urus setia untuk membuat laporan kepada FAB setiap suku tahun
Menyebarkan perkara yang dibincangkan dengan FAB kepada pelbagai pihak untuk langkah berikutnya.
KPDN-KK
PNS
MFA
Persatu-an
Perdaga-ngan
Ahli Tetap Lain
Bank Nega-
ra Malay-sia
(BNM)
Kemen-terian/
Jabatan Keraja-an Lain
Agensi
Lain
IPT
Fran-caisor, ahli Fran-caisi, Institu-si penyo-kong
Persa-tuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Dewan Pernia-gaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatu-an Usaha-wan Muda Malaysiadan
MATRADE, MIDA, MITI, My-IPO, SME Corp
UPE, UPP, Pejabat Perdana Menteri, Kemen-terian Kewa-ngan, Kemen-terian Penga-jian Tinggi, Kemen-terian Sumber Manusia Kemen-
Halal Develop-ment Corpora-tion (HDC), MARDI, JAKIM, dan Lain-lain mengi-kut keperlu-an
Universi-ti dan kolej awam, Universi-ti dan kolej swasta
92
Lain-lain (dewan pernia-gaan, persatu-an perdaga-ngan)
terian Pelan-congan, Kemen-terian Peruma-han dan Keraja-anTempa-tan, dan Lain-lain mengi-kut keperlu-an
Ahli Tetap FAB
Kehadiran dalam FAB melalui jemputan
Rajah 7 Struktur mekanisme pelaksanaan PIPFN
FAB akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK (“KSU”) untuk
menasihatkan Menteri dan mengadakan mesyuarat setiap suku tahun untuk
menyelia pelaksanaan menyeluruh PIPFN, memantau hasil dan bertindak ke
atas maklum balas.
Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Rangka Tindakan (“BIMU”) akan
ditempatkan dalam KPDNKK dan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk
kemajuan inisiatif, bertindak sebagai urus setia dan mengemukakan laporan
kepada FAB setiap suku tahun dan menyebarkan perkara yang dibincangkan
dengan FAB kepada pelbagai pihak untuk langkah berikutnya.
Ahli tetap FAB (yang terdiri daripada KPDNKK, PNS, MFA, Persatuan
Perdagangan dan pelbagai agensi lain yang berurusan dengan keperluan
pemfrancaisan seperti MATRADE atau SMECorp) akan menjadi ahli tetap
dalam mesyuarat suku tahun FAB.
93
Kehadiran dalam FAB melalui jemputan hanya untuk agensi yang tidak berapa
penting yang berurusan sekali-sekala dalam perkara yang melibatkan industri
francais seperti Bank Negara Malaysia, JAKIM, Kementerian Pelancongan dan
pelbagai badan lain. Badan tersebut akan dijemput menghadiri mesyuarat FAB
hanya berdasarkan keperluan.
94
7. Perancangan Pelaksanaan
Bahagian ini memberikan perincian tentang inisiatif pelaksanaan NFDB
berdasarkan empat teras utama dan 36 strategi.
Perancangan pelaksanaan memberikan perincian berikut untuk setiap strategi:
Pelan Tindakan
Penerangan terperinci tentang cara inisiatif akan dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan.
Siapa Pihak / organisasi berkaitan yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif.
7.1 ST1 : Meningkatkan Daya Saing Industri Francais Malaysia S1 Memperkasakan industri francais negara
Pelan Tindakan Siapa
1.1 Mewujud dan membangunkan francais tempatan melalui :
i. Kelulusan lesen francais yang lebih cepat dan efisien
ii. Meningkatkan program pembangunan francais dan memberikan geran bagi mengubah konsep perniagaan tradisional kepada konsep francais
1.2 Membantu Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) di
bawah SME Corp untuk berkembang melalui industri francais.
1.3 Memperkenalkan insentif cukai bagi mempromosikan
francais sebagai model pilihan mengembangkan perniagaan.
1.4 Membantu francaisor membangunkan format francais
secara kreatif untuk diadaptasikan dalam pembangunan perniagaan.
1.5 Bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam
mempermudahkan pembangunan konsep ‘mobile francais’. 1.6 Menjadi peneraju dalam pembangunan sektor berpotensi
tinggi / baru contohnya teknologi hijau, eko-pelancongan, kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan orang tua, pendidikan, serta pematuhan syariah sebagai peneraju utama industri francais.
KPDNKK
KPDNKK, SME Corp
KPDNKK, MOF
KPDNKK
KPDNKK, PBT
Tourism
Malaysia, Kem.
Kesihatan, MGTC
95
1.7 Mempromosikan francais kepada golongan usahawan,
korporat, koperasi, jualan langsung dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
1.8 Bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan industri
lain untuk memperluaskan pengetahuan berkaitan industri francais (i.e: Badan Bukan Kerajaan (NGO), institusi perbankan (FI) dan institusi perbankan pembangunan (DFI) serta Institusi pengajian tinggi (IHL)).
1.9 Mempromosikan kejayaan, perkembangan dan hala tuju
industri francais. 1.10 Mempromosikan francais sebagai salah satu cara yang
efisien dan berkesan bagi mengembang dan mengekalkan perniagaan.
KPDNKK, SKM, GLC
KPT, PNS, MFA, IPTs
KPDNKK, PNS, MFA
KPDNKK
S2 Meningkatkan kemantapan dan memperkasa francaisor tempatan
Pelan Tindakan Siapa
2.1 Meningkatkan kecekapan pengurusan francais oleh syarikat francais tempatan melalui pengurusan francais secara berterusan dan latihan kemahiran di bawah Program Peningkatan Kualiti Secara Berterusan (CQI) dan Program Francais Lifebouy.
2.2 Membentuk francaisor tempatan bagi mengembangkan
operasi dan jenama ke pasaran antarabangsa melalui program Francais Flourish.
2.3 Membantu francaisor tempatan meningkatkan operasi /
sistem perniagaan bagi tujuan pengembangan melalui program menaiktaraf operasi francais.
2.4 Membangunkan mekanisme kawalan kualiti bagi
membantu francaisor tempatan untuk mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan.
2.5 Memperkenalkan program pemasaran dan penjenamaan
francais bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan francaisor dalam pengembangan perniagaan.
2.6 Akademi francais PNS bagi membentuk modul latihan
KPDNKK, MFA
KPDNKK, MATRADE,
MFA
KPDNKK, SME Corp
KPDNKK, SME Corp,
MFA
KPDNKK, PNS, MFA
KPDNKK,
96
francais bagi meningkatkan kebolehan pengurusan perniagaan.
2.7 Menjadikan francaisor yang telah berjaya sebagai ikon
untuk membimbing francaisor baru. 2.8 Memperkasakan francaisi / pengurusan sumber manusia
yang lebih berkesan oleh francaisor
PNS
KPDNKK, MFA
KPDNKK, PNS, MFA
S3. Membangun dan mempromosikan konsep francais mikro
Pelan Tindakan Siapa
3.1 Menggalakkan francais berpakej besar untuk membangunkan pakej francais mikro bagi menyediakan peluang kepada perusahaan kecil-kecilan.
3.2 Membantu perniagaan kecil dan sederhana
memfrancaiskan model perniagaan
KPDNKK, KKLW
KPDNKK, PBT
S4. Mewujud dan mempromosi kluster / kelompok francais tempatan (1Malaysia Stesen Francais)
Pelan Tindakan Siapa
4.1 Membangunkan kelompok francais tempatan (di bawah satu bumbung) melalui konsep francais mikro.
4.2 Mempromosikan konsep kelompok francais di bangunan
kerajaan, pusat membeli belah, bangunan pejabat, kawasan R&R, medan selera di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.
KPDNKK
KPDNKK, PBT, JKR
S5. Kerjasama strategik antara peruncitan francais dan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) dalam pembekalan dan peruncitan produk / keluaran tempatan di outlet francais
Pelan Tindakan Siapa
5.1 Mengaturkan pemadanan perniagaan antara francaisor dan pengeluar PKS untuk menyediakan produk-produk yang digunapakai oleh outlet francais
KPDNKK, SME Corp
97
5.2 Memasarkan produk-produk PKS sebagai jenama francais
house brands
KPDNKK, SME Corp
S6. Memberi penekanan kepada inovasi, kreativiti dan sistem berasaskan teknologi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) (mengalakkan daya kreativiti francaisor tempatan)
Pelan Tindakan Siapa
6.1 Menyediakan insentif bagi inovasi, kreativiti dan sistem berasaskan teknologi dalam sistem francais melalui penglibatan dan bantuan geran di bawah Program Pembangunan Francais.
6.2 Memberi pengecualian kelulusan pendaftaran francais bagi perniagaan baru yang berstrategik dan mempunyai teknologiterkini .
6.3 Meningkatkan dan memaksimakan sistem francais melalui
R&D.
6.4 Menyediakan insentif kepada perniagaan francais yang menggunakan R&D sebagai salah satucara pembangunan.
6.5 Membantu dan menyokong program atau aktiviti bagi
menggalakkan gunapakai R&D untuk meningkatkan operasi proses dan prestasi francais tempatan.
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK, MARDI
KPDNKK,
MARDI
KPDNKK, PNS, MFA
S7. Mengukuhkan imej dan penjenamaan francais Malaysia
Pelan Tindakan Siapa
7.1 Mewujudkan jenama francais Nasional bagi meningkatkan imej dan kebolehupayaan francais Malaysia melalui pengiktirafan kepada jenama “Malaysia”.
7.2 Mempromosi jenama Francais Malaysia (FM) bagi menyokong penerimaan francais Malaysia.
7.3 Membantu francaisor tempatan bagi meningkatkan tahap
kecekapan melalui program penjenamaan. 7.4 Membantu francaisor tempatan meningkatkan
KPDNKK
KPDNKK, PNS, MFA
KPDNKK
KPDNKK
98
pengiktirafan kepada jenama perniagaan francais melalui kempen Promosi Nasional dan aktiviti yang diterajui KPDNKK.
7.5 Menyediakan platform bagi promosi dan pemasaran
untuk francaisor tempatan melalui konsep pemasaran maya di dalam portal francais.
7.6 Memanfaatkan kedudukan Malaysia dalam memudahcara
menjalankan perniagaan untuk aktiviti promosi francais diluar negara.
7.7 Menjadikan Franchise International Malaysia (FIM)
sebagai ekspo dan pameran antarabangsa francais yang disegani dan dikenali.
7.8 Bekerjasama dengan MATRADE bagi mempromosi
francais tempatan ke luar negara. 7.9 Membantu francaisor tempatan mengembangkan
perniagaan ke luar negara melalui penyertaan di dalam pameran antarabangsa dan kelayakan mendapat bantuan Marketing Development Grant (MDG) oleh MATRADE.
KPDNKK
KPDNKK, MITI ,
MATRADE
KPDNKK, MATRADE
KPDNKK, MATRADE
KPDNKK,
MFA, MATRADE
S8. Mempromosi dan meningkatkan pengetahuan dan faedah berkaitan
sistem francais
Pelan Tindakan Siapa
8.1 Meningkatkan pelan komunikasi untuk disampaikan kepada semua golongan masyarakat bagi mempromosi dan member pendidikan mengenai francais.
8.2 Bekerjasama dengan ASTRO atau saluran TV / radio untuk memperkenalkan program francais.
8.3 Bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan NGO lain
bagi meningkatkan pengetahuan dan minat ahli-ahli terhadap francais. Contohnya: Pertubuhan Wanita, Belia.
KPDNKK, MFA
KPDNKK, ASTRO, TV,
RADIO
KPDNKK, Dewan
Perniagaan, NGO,
USAHANITA, Majlis Belia
Malaysia
99
8.4 Bekerjasama dengan syarikat penerbitan bagimenganjurkan program secara kerjasama.
8.5 Bekerjasama dengan institut latihan Vokasional bagi menganjurkan seminar francais dan kerjaya.
KPDNKK, MFA,
Malaysia SME
KPDNKK, KPT, IPT
S9. Memastikan pembangunan yang seimbang dalam industri francais
(supaya semua lapisan masyarakat akan berpeluang menceburi perniagaan francais)
Pelan Tindakan Siapa
9.1 Meningkatkan penyertaan dan memantapkan pembinaan keupayaan masyarakat yang masih belum mengambil bahagian dalam francais.
9.2 Memudahcara lebih banyak PKS bumiputera untuk menerima pakai francais sebagai model pengembangan perniagaan mereka melalui program kerjasama dengan agensi-agensi dan pertubuhan seperti TERAJU, SMECORP, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).
9.3 Meningkatkan penyertaan lebih ramai usahawan
Bumiputera sebagai francaisi melalui promosi dan pembangunan francais yang sesuai dengan keupayaan dan minat dengan mewujudkan lebih banyak francais mikro.
9.4 Bekerjasama dengan organisasi dan Dewan Perniagaan
untuk mempromosikan francais kepada golongan sasaran dan menganjurkan program secara bersama.
KPDNKK, PNS, TEKUN
KPDNKK,
PNS, TERAJU,
SME Corp, PERDASAMA
KPDNKK, PNS, TEKUN,
PUNB
KPDNKK, MFA,
PERDASAMA, Malaysia
SME
S10. Meningkat dan mempermudahcarakan kemudahan pembiayaan
Pelan Tindakan Siapa
10.1 Menyediakan pembiayaan mikro bagi francaisi melalui Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF).
KPDNKK, PNS
100
10.2 Meningkatkan tahap keyakinan institusi perbankan berkaitan penerokaan francais melalui program pembangunan francais bersama institusi perbankan dan institusi perbankan pembangunan lain bagi meningkatkan pembiayaan dan pengurusan kewangan francais.
10.3 PNS untuk meluaskanprogram promosi dan
mempercepatkan proses pinjaman francais.
KPDNKK, PNS, SME
Bank, PUNB, MARA
PNS
S11. Mewujudkan ‘rangkaian perniagaan francais’ di dalam
pembangunan koridor ekonomi dan mempromosikan jenama francais di setiap negeri
Pelan Tindakan Siapa
11.1 Bekerjasama dengan pihak berkuasa pembangunan koridor ekonomi bagi mempromosi kewujudan rangkaian francais di lingkungan koridor (contohnya: Koridor Utara berasaskan pertanian, ECER berasaskan petrol kimia dan hiburan dan pendidikan bagi Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
11.2 Menjadikan francais tempatan sebagai perniagaan yang kukuh bagi program pembangunan di negeri-negeri.
KPDNKK, PNS, IRDA,
NCIA, ECERDC, RECODA,
SEDIA
KPDNKK, PNS
S12. Menembusi pasaran global melalui jenama Francais Malaysia –
membentuk / membantu francais dalam negara yang berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa
Pelan Tindakan Siapa
12.1 Menambahkan penglibatan jenama francais tempatan dalam promosi francais antarabangsa.
12.2 Melaksanakan program Inkubator – mengenalpasti francaisor yang berpotensi untuk dibangunkan ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya latar belakang syarikat, pemantauan dan pelaksanaan program.
12.3 Kerjasama strategik dengan syarikat Malaysia di luar negara yang telah berjaya bagi membantu dan
KPDNKK, MITI,
MATRADE
KPDNKK, MATRADE
KPDNKK, MATRADE
101
memberikan motivasi kepada pengusaha francais baru. 12.4 Mewujudkan program latihan pemasaran yang berfokus
kepada peningkatan produk dan perkhidmatan. 12.5 Meningkatkan pengetahuan francaisor tempatan
berkaitan potensi di pasaran antarabangsa.
12.6 Membuat promosi di pasaran yang dikenalpasti berpotensi - Indonesia, China, Timur Tengah dan India
KPDNKK, MFA,
INSKEN, MARDI,
KPDNKK, MFA, MITI, MATRADE
KPDNKK, MFA, MITI, MATRADE
S13. Meningkatkan hubungan perniagaan dengan syarikat Malaysia
sedia ada di luar negara
Pelan Tindakan Siapa
13.1 Mewujudkan program hubungan francais Malaysia di luar negara (Overseas Malaysian Franchise Liason) :
- Bagi menghubungkan rakyat Malaysia di luar negara (contohnya: penduduk tetap atau pelajar) - mempromosi francais tempatan di luar negara - membantu francais tempatan di luar negara melalui modal bantuan berterusan
KPDNKK, MITI,
MATRADE
S14. Mempromosikan Malaysia sebagai pusat Syariah serantau
(memanfaatkan status Malaysia sebagai negara Islam yang progresif untuk mengeksport perniagaan francais ke pasaran Islam)
Pelan Tindakan Siapa
14.1 Membantu industri francais Malaysia mematuhi keperluan pematuhan Halal JAKIM melaluiseminar dan bengkel.
14.2 Mewujud dan membentuk lebih banyak syarikat francais yang mematuhi syariah.
KPDNKK, JAKIM
KPDNKK
102
14.3 Bekerjasama dengan JAKIM dan Halal Development Corporation (HDC) bagi memperkenalkan kriteria perniagaan francais yang mematuhi syariah : - Standard halal Malaysia
- - barangan dan perkhidmatan makanan dan lain-lain - membenarkan pengiktirafan halal
14.4 Mempromosi aspek halal sebagai komponen penting bagi francais malaysia - bekerjasamadengan HDC bagi mempromosi : - Malaysia sebagai francais halal - HDC ruang perniagaan halal bagi menempatkan dapur utama francaisor
KPDNKK, JAKIM, HDC
KPDNKK,
JAKIM, HDC
S15. Menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi eksport francais
di Asia Tenggara
Pelan Tindakan Siapa
15.1 Memberikan insentif dan kemudahan tambahan bagi mewujudkan lebih banyak syarikat luar yang menjadikan Malaysia sebagai platform untuk pengembangan perniagaan di Asia Tenggara.
15.2 Memberikan insentif cukai bagi menarik francais dari luar negara untuk mendirikan ibu pejabatatau pejabat wilayah di Malaysia.
15.3 Mewujud dan meningkatkan kemudahan latihan bagi
melatih tenaga kerja mahir dalam bidang francais yang memenuhi standard antarabangsa dan pengiktirafan bagi menarik lebih banyak syarikat francais luar negara untuk bertapak di luar Negara.
KPDNKK, MIDA
KPDNKK, MIDA
KPDNKK, PNS
S16. Meningkatkan tahap perlindungan bagi industri francais melalui Akta Francais
Pelan Tindakan Siapa
16.1 Mempromosikan persekitaran mesra francais Malaysia yang memberikan perlindungan kepada francaisor dan francaisi induk di dalam semua aktiviti pemasaran dan promosi luar Negara.
KPDNKK, AGC
103
16.2 Membuat pindaan Akta Francais 1998 untuk diadaptasi
dalam pembangunan ekonomi semasa dan persekitaran perniagaan.
KPDNKK,
AGC
S17. Bekerjasama dengan 1Malaysia Mall bagi mempromosi syarikat francais Malaysia di luar Negara
Pelan Tindakan Siapa
17.1 Bekerjasama dengan 1Malaysia Mall bagi mempromosi jenama syarikat francais Malaysia di luar Negara.
KPDNKK, PEMANDU
S18. Bekerjasama dengan Makan Bazaar iaitu salah satu EPP di bawah
NKEA untuk memberi peluang kepada syarikat francais tempatan untuk menyertai program tersebut.
Pelan Tindakan Siapa
18.1 Membantu menyediakan kemudahan francais mikro untuk beroperasi di Makan Bazaar
KPDNKK, PBT,
PEMANDU
104
7.2 ST2 : Transformasi Melalui Perniagaan Francais
S1. Menentukan peluang francais untuk semua
Pelan Tindakan Siapa
1.1 Menubuhkan 'Francais Kejiranan/ Francais Komuniti' bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk menambah pendapatan dan memenuhi keperluan masyarakat.
1.2 Memberi peluang kepada semua melalui Micro-Francais dan Tele-Francais untuk mewujudkan profesion yang dihormati dan peluang pendapatan yang lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah dan kumpulan-kumpulan lain (misalnya pesara, kontraktor Kelas F, pesara kakitangan beruniform).
1.3 Membangunkan konsep francais F&B mikro sebagai pusat
perkhidmatan makanan dalam premis kerajaan dan komersil. 1.4 Memberi akses kepada kumpulan-kumpulan belia dan lain-
lain kepada francais melalui program-program dan skim latihan francais.
1.5 Mewujudkan francais mikro teknikal-sinergi dengan kolej-
kolej teknikal dan vokasional untuk membangunkan francaisi mikro yang boleh menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan yang berasaskan teknikal di kawasan kejiranan masing-masing.
1.6 Mewujudkan jaringan perniagaan francais berasaskan rumah
untuk membantu suri rumah / ibu tunggal bagi mewujudkan jaringan perniagaan dari rumah contohnya isteri yang bekerja / bapa tunggal dalam memenuhi keperluan isi rumah. Contohnya penjagaan kanak-kanak, penjagaan warga tua
KPDNKK, PBT
KPDNKK, PBT, PKK,
JKKK
KPDNKK
KPDNKK,
Majlis Belia Malaysia, Giatmara
KPDNKK,
KPT, Giatmara,
AIM
MARA, TEKUN, INFRA
105
S2. Menaiktaraf bidang keusahawanan melalui francais
Pelan Tindakan Siapa
2.1 Meningkatkan kesedaran berkaitan francais sebagai satu cara perniagaan yang lebih selamat melalui program promosi francais seperti ekspo francais, pengiklanan dll.
2.2 Meningkatkan tahap kecekapan pelbagai skim pembiayaan
untuk memberi peluang lebih ramai pihak dapat menceburi francais.
2.3 Memberikan peluang yang sama kepada semua rakyat
Malaysia bagi mendapatkan skim pinjaman dan inisiatif lain kepada francaisor dan francaisi.
KPDNKK, MFA
KPDNKK, PNS,
PUNB, SME Bank, FIs, DFIs
KPDNKK,
PNS, PUNB,
SME Bank, FIs, DFIs
S3. Memodenkan bentuk perniagaan tradisional kepada perniagaan francais
Pelan Tindakan Siapa
3.1 Mempromosi francais kepada perniagaan tradisional untuk dikembangkan secara francais melalui program kerjasama dengan agensi berkaitan SME.
3.2 Mengenalpasti SME yang berpotensi daripada senarai SCORE bagi menaiktaraf perniagaan melalui francais.
3.3 Memperkenalkan insentif cukai bagi menggalakkan SME
berkembang melalui francais. 3.4 Menukar perniagaan kecil-kecilan seperti peniaga di tepi
jalan kepada perniagaan francais.
KPDNKK, SME Corp
KPDNKK, SME Corp
MOF, LHDN
KPDNKK, SME Corp
106
S4. Mengukuhkan gerakan koperasi sebagai entiti ekonomi melalui francais
Pelan Tindakan Siapa
4.1 Bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan gerakan koperasi untuk menggalakkan koperasi (sektor perkhidmatan) menceburi francais.
4.2 Penyertaan gerakan koperasi dalam program promosi francais tempatan dan antarabangsa
KPDNKK, SKM
KPDNKK, MFA, SKM
S5. Mengawal selia sektor-sektor yang tidak dikawal selia melalui francais
Pelan Tindakan Siapa
5.1 Menggalakkan sistem francais yang sedia ada kepada rakan-rakan bukan francais dalam sektor-sektor yang tidak dikawal selia sebagai satu cara untuk membangun dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik. Disasarkan sektor tidak dikawal selia termasuk: - Hotel Bajet - Homestay - Restoran/F &Bruncit - Salunrambut& Kecantikan - Spa dan optometri
5.2 Menganjurkan Persidangan Francais Antarabangsa yang
melibatkan sektor-sektor yang tidak dikawal selia
KPDNKK
KPDNKK, MFA
S6. Memanfaatkan sistem francais untuk meningkatkan tahap dan kualiti sektor perkhidmatan
Pelan Tindakan Siapa
3.1 Memperkenalkan sistem pengurusan francais untuk meningkatkan piawaian dalam operasi dan pengurusan perniagaan konvensional sebagai satu cara untuk membangun dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dalam industri-industri lain melalui latihan dan seminar.
KPDNKK
107
S7. Menentukan perkhidmatan asas kepada masyarakat melalui francais
Pelan Tindakan Siapa
3.1 Menubuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti sebagai francaisuntuk memenuhi peningkatan permintaan masyarakat - Perkhidmatan hemodialisis - Klinik kesihatan Swasta - Klinik gigi - Pusat jagaan Bersalin - Rumah warga tua
KPDNKK, PBT
S8. Mentransformasi pembangunan ekonomi luar bandar melalui francais
Pelan Tindakan Siapa
8.1 Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk menawarkan peluang-peluang perniagaan francais mikro di kawasan-kawasan luar bandar yang disasarkan sebagai sebahagian daripada ProgramTransformasi Luar Bandar.
8.2 Mengenalpasti dan membangunkan francais mikro yang bersesuaian kepada masyarakat luar Bandar.
8.3 Mewujudkan program dan skim latihan kemahiran asas
kepada bakal francaisi
KPDNKK
KPDNKK
KPDNK, PNS, SDFC
S9. Menyediakan francais sebagai salah satu cara untuk memasarkan produkdan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan yang baru (memanfaatkan sistem francais untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang baru)
Pelan Tindakan Siapa
9.1 Memudahkan pemadanan perniagaan bagi pemilik teknologi baru dengan francais yang sedia ada.
9.2 Membantu mengkomersilkan teknologi baru melalui perniagaan francais.
KPDNKK
KPDNKK
108
9.3 Menyediakan insentif kepada syarikat francais yang menggunakan penyelidikan dan pembangunan.
9.4 Memudahcara dan menyokong program-program atau
aktiviti untuk menggalakkan penggunaan dan peningkatan penyelidikan dan pembangunan untuk memperbaiki operasi, prosesdan prestasi francais tempatan.
KPDNKK
KPDNKK
7.3 ST3 : Membangunkan Kecekapan Modal Insan Francais
S1. Mewujudkan tenaga kerja francais yang bertauliah untuk meningkatkan standard dan memenuhi keperluan industri
Pelan Tindakan Siapa
1.1 Penubuhan Akademi PNS yang menawarkan latihan industridan program akreditasi francais.
1.2 Membangunkan golongan profesional francais yang
diiktiraf dengan kerjasama Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM).
1.3 Bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (contoh :
INTI College, UiTM, UUM, UPM) untuk membangun modul operasi dan pengurusan francais sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran / kursus pentadbiran perniagaan.
1.4 Bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)
dan IPT untuk menawarkan program-program latihan yang relevan kepada penggiat francais.
1.5 Membangun dan meningkatkan bilangan perunding
francais yang diiktiraf,cekap dan profesional dalam menyediakan perkhidmatan perundingan kepada perniagaan francais yang berpotensi.
KPDNKK, PNS
KPDNKK, MIM, FMM
KPDNKK, INTI, UITM, UUM, UPM dan IPTs
KPDNKK, KPT, IPT
KPDNKK, PNS
109
S2. Membina kapasiti dankecekapanmodal insan francais
Pelan Tindakan Siapa
2.1 Membangunkan program pemantapan pengurusan francais untuk meningkatkan keupayaan pengurusan francaisor.
2.2 Meningkatkan program perantisan bagi bakal francaisi. 2.3 Menyediakan program latihan untuk menyokong
pembangunan kemahiran dan keupayaan bagi memastikan tenaga kerja terlatih mencukupi.
2.4 Bekerjasama dengan institusi latihan untuk menyokong
pembangunan serta pemantapan kemahiran teknikal dan insaniah tenaga kerja francais.
2.5 Bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran (SDFC) untuk menyediakan latihan francais kepada francaisor, francaisi dan pekerja untuk meningkatkan kualiti sistem dan perkhidmatan.
2.6 Membantu francaisor tempatan untuk mematuhi piawaian
antarabangsa melalui program pematuhan piawaian. 2.7 Memberi sokongan teknikal kepada francais tempatan
untuk meningkatkan penjenamaan, pembungkusan dan pembangunan produk.
2.8 Memberi pengiktirafan kepada ikon francais tempatan yang
memberikan sumbangan kepada industri
KPDNKK, PNS
KPDNKK, PNS
KPDNKK,
KSM
KPDNKK, PNS, MFA, KPT, IPT,
Vokasional, Giatmara
KPDNKK,
SDFC
KPDNKK, MATRADE
KPDNKK, MARDI, SIRIM, MOSTI
KPDNKK,
MFA
S3. Jalinan kerjasama antara Kerajaan, Akademia dan pihak industri francais
Pelan Tindakan Siapa
3.1 Kerjasama antara Kerajaan, Akademia dan pihak Industri Francais untuk menyediakan akses kepada pemasaran pembangunan dan penyelidikan melalui francais.
KPDNKK, KPT, PNS
110
3.2 Memudahcara program latihan francais di IPT. 3.3 Memudahkan jaringan kerjasama antara institusi latihan
dan francaisor untuk membangunkan latihan berasaskan francais bagi melatih francaisi berpotensi dan wargakerja.
3.4 Menjalinkan kerjasama antara industri francais bersama
akademia bagi menjalankan penyelidikan eksekutif. 3.5 Memudahkan wakil akademia dan francaisor untuk
membangunkan francaisi –pelajar menjadi sebahagian daripada modul.
3.6 Untuk melahirkan pelajar sebagai perunding francais
dengan menyediakan khidmat rundingan yang berpatutan kepada perniagaan kecil-kecilan untuk difrancaiskan.
KPDNKK,
IPT
PNS, KPT
KPDNKK, KPT
KPDNKK,
IPT
KPDNKK, PNS, KPT
S4. Memanfaatkan teknologi untuk mengukuhkan industri francais
Pelan Tindakan Siapa
2.1 Menambahbaik portal sedia ada ke dalam Malaysia Franchise Expressway (MyFEX) untuk mengintegrasi perhubungan industri francais yang akan berfungsi sebagai:
i. portal maklumat dan perkhidmatan sehenti untuk
industri francais.
ii. platform untuk rangkaian francais Malaysia.
iii. infrastruktur digital bagi perkhidmatan bersama untuk menyediakan sokongan pejabat operasi kepada penggiat francais.
iv. sistem pengurusan data francais yang menyeluruh
dan dinamik.
v. sebagai alat pengiklanan dan promosi untuk francais Malaysia.
KPDNKK
111
4.3 Menggalakkan penggunaan e-Francais (sistem e-dagang) kepada francais tempatan untuk membentuk kewujudan webdan memudahkan urus niaga dalam talian kepada francaisor.
4.4 Bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk melanjutkan pelaksanaan sistem mereka dalam mengenalpasti perniagaan francais melalui sistem tangging.
4.5 Mewujudkan 'Ruang NiagaFrancais Secara Maya' yang
menyediakan maklumat francaisor (contohnya produk dan perkhidmatan yang diberikan, permulaan modal yang diperlukan, dan peratusan fi royalti).
4.6 Menyediakan kursus dan latihan dalam sistem pengurusan
francais– teknologi maklumat dan komunikasi untuk francais tempatan.
4.7 Menggalakkan syarikat francais menggunapakai teknologi
untuk meningkatkan operasi, pengurusan danprestasi sistem francais.
4.8 Menyediakan insentif kepada syarikat francais yang
mengaplikasi teknologi dalam menaiktaraf sistem dan operasi.
KPDNKK
KPDNKK, SSM
KPDNKK
KPDNKK, PNS, MFA
KPDNKK
KPDNKK
7.4 ST4 : Megukuhkan Ekosistem Francais Yang Lebih Dinamik
S1. Menyediakan persekitaran kawalselia yang kondusif dan mesra perniagaan
Pelan Tindakan Siapa
1.1 Menambahbaik Akta Francais1998 bagi menyediakan eko-sistem francais yang berdisiplin dan selamat.
1.2 Meminda Akta Francais untuk memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan perlindungan kepada francaisor dan francaisi untuk meningkatkan tahap keyakinan dalam francais.
1.3 Meningkatkan keupayaan penguatkuasaan Akta Francais
bagi memastikan pematuhan akta yang berkesan oleh penggiat francais.
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
112
1.4 Menambahbaik kemudahan menjalankan perniagaan
melalui teknologi secara dalam talian dan mempercepatkan kelulusan francais (melalui MyFEX)
KPDNKK
S2. Mewujudkan mekanisme penyelesaian pertikaian
Pelan Tindakan Siapa
2.1 Menubuhkan Tribunal Francais dan menyediakan garis panduan mediasi bagi penyelesaian pertikaian perniagaan yang lebih cepat dan berkesan.
2.2 Menggalakkan francais tempatan untuk menyelesaikan pertikaian francais melalui Tribunal Francais.
KPDNKK, AGC
KPDNKK, AGC
S3. Meningkatkan kecekapan dan penyelarasan institusi penggalak
Pelan Tindakan Siapa
3.1 Meningkatkan kapasiti pembangunan francais di bawah KPDNKK untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.
3.2 Menggalakkan profesionalis medan kecekapan dalam program pembangunan serta kelulusan francais.
3.3 Meningkatkan penyelarasan agensi-agensi pembangunan
keusahawanan yang berkaitan dalam pembangunan francais (MITI, MATRADE, MARDI, MOSTI)
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK, MITI,
MATRADE, MARDI, MOSTI
S4. Meningkatkan kemudahan pembiayaan, pelaburan dan meneroka/ membangunkan perniagaan francais baru yang strategik
Pelan Tindakan Siapa
4.1 Menyusun semula peranan PNS dalam pembangunan francais melalui pembiayaan dan pelaburan bidang baru.
PNS
113
4.2 Meningkatkan sistem pengurusan prestasi PNS melalui penyusunan semula pemprosesan perniagaan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.
4.3 Memastikan sumber PNS dilengkapi dengan kemahiran
dan kecekapan yang diperlukan. 4.4 Bekerjasama dengan institusi pembangunan pembiayaan
dan institusi pembiayaan lain untuk membangunkan persekitaran sokongan kewangan francais.
PNS
PNS
PNS, DFIs
S5. Meningkatkan peranan badan bukan kerajaan dalam menyokong industriyang diterajui oleh sektor swasta melalui platform rangkaian yang lebih baik
Pelan Tindakan Siapa
5.1 Menyusun semula peranan MFA dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam industri francais.
5.2 Mengukuhkan jaringan antarabangsa antara MFA dan persatuan lain di luar Negara untuk membantu francaisor Malaysia berkembang di luar negara.
5.3 Kewajipan keahlian MFA kepada semua francaisor dan
francaisi. 5.4 Bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain yang
berkaitan untuk mempromosikan francais (iaitu: PERDASAMA, ARFF, Dewan Perniagaan dan sebagainya)
MFA
MFA
MFA
MFA, PERDASAMA, ARFF, Dewan
Perniagaan
114
8. Kesimpulan
Cadangan dan strategi yang digariskan dalam PIPFN ini akan dijadikan
sebagai hala tuju dan panduan dalam pertumbuhan industri francais negara
melalui pelaksanaan pelan tindakan yang dicadangkan meliputi dua fasa
implementasi dengan Fasa 1 bermula pada tahun 2012 hingga tahun 2014 dan
Fasa 2 daripada tahun 2015 hingga tahun 2016. Pada tahun terakhir Fasa 2
implementasi PIPFN, adalah disasarkan sejumlah 860 syarikat francais
berdaftar dengan sumbangan industri francais kepada KDNK meningkat
kepada 4.3 peratus berbanding 2.2 peratus pada masa kini, diikuti dengan
jumlah jualan francais per kapita meningkat kepada RM1110 berbanding
RM470 yang dicatatkan sekarang. PIPFN juga akan dikaji semula bagi Fasa 3
yang meliputi tempoh dari tahun 2017 hingga 2020 bagi mencapai sumbangan
kepada KDNK sebanyak 9.4 peratus dengan bilangan 1140 syarikat francais
berdaftar menjelang tahun 2020.