UTUSAN MALAYSIA. SELASA 9 JUN 2015
1111.111111111111111111111111111111 1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111,1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111
MENJADITUNJANG KEHARMONIANNEGARA
MOHAMED AZAM
S ETIAP tahun, Sabtu pertama bulan Jun, negara kita menyambut ulang tahun keputeraan Yang di-Per-
. tuan Agong (YDPA). YDPA sekarang, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dipilih oleh sem- . bilan raja-raja Melayu sebagai YDA ke-14 pada Oktober 2011 dan menaiki takh~a pada 13 Disernber 2011.
Menyingkap sejarah Tanah Melayu, kewujudan institusi beraja dapat dilihat seawal kurun ke-14 Masihi dengan adanya pemerintahan kesultaI:1an Melaka. Namun, ada ahli sejarah berpendapat, mungkin wujud lebih awal di Perak seabad sebelum lahirnya kewujudan kesultanan Melaka.
Institusi kesultanan di Tanah Melayu sangat signifikan bagi rakyat Malaysia kerana ia satu institusi yang disanjung tinggi dan memain peranan besar dalam festabilan politik, ekonomi dan soslal negara. Walaupun seseorang sultan atau raja itu mesti seorarrg Melayu dan secara automatik mesti menganut agama Islam, namun pada hakikatnya, peranan yang dimainkan oleh baginda mencakupi skop yang luas.
RAJA BERPERLEMBAGAAN Dalam menjalankan tugas, se
cara Perlembagaan, YDPA dikehendaki mendengar nasihat PerdaI),a Menteri. Baginda tidak diberi kuasa secara Perlembagaan menjalankan tugas sesuka hati. Ini dapat dilihat dalam Perkara 40 (1) (IA) Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA dikehendaki bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri kecuali dalam perkara-perkara. yang disebut. dala1n Perlembagaan Persekutuan.
YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda, melantik Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dalam melantik seseorangPerdana Menteri, YDPAhendaklah memastikan individu yang dilantik itu mendapatkepercayaan majoriti perwakilan dalam Dewan Rakyat di Parlimen (Perkara 43 (2) (a» . YDPA juga mempunyai kuasa budi bicara dalam perkara pembubaran Parlimen, Hak ini tidak perlu diikuti walaupun dinasihati oleh Perdana Menteri. Ini adalah kerana kuasa perkenan atau tidak terhadap pembubaran Parlimen adalah kuasa mutlak YDPA (Perkara 40 (2) (b».
YDPA juga mempunyai kuasa mutlak dalam memperkenankan perisytiharan darurat. Perkara 150
TUANKU ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH diiringi Raja Permaisuri Agong. Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima tabik hormat diraja sejurus berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Plmgurniaan Darjah Kebesaran Per!:jekutuan di Istana Negara. Kuala Lumpur. Sabtu lalu. - ,BERNAMA
Perlembagaan Persekutuan menyebut, YDPA setelah berpuas hati bahawa keselamatan, kehidupan ekonomi rakyat dan ketenteraman awam tergugat, boleh mem-
. buat perisytiharan darurat. Namun perisytiharan ini tidak semestinya mengikut nasihat Perdana Menteri. Baginda boleh menolak permintaan tersebut. Ini menampakkan baginda mempunyai kuasa besar dalam perkara tersebut.
MAJLlS RAJA-RAJA Persidangan Majlis Raja-raja
(MRR) yang pertama kali berlangsung pada 1897 dengan nama Persidangan Durbar. Pada awalnya, persidangan itu dianggap sebagai pertemuan tidak rasmi raja-raja Melayu tetapi dengan perkembangan di Tanah Melayu semasa pemerintahan British ia diteruskan pada 1903, 1927, 1932 dan 1933. Persidangan itu adalah platform . penting bagi raja-raja Melayu meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, persidangan itu memainkan peranan penting dalam membentuk corak pemerintahan pasca merdeka.
Persidangan MRR ini dimasukkan dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan di mana kesemua sembilan sultan dan Yang di-Pertua Negeri-negeri (YDN) menjadi ahli. KecuaH dalam perkara pemilihan dan perlucutan YDPA dan TimbaIan YDPA yang hanya dikhususkan untuk sultan-sultan dan raja, YDN tidak termasuk dalam korum pemilihan dan perlucutan tersebut. Ini adalah hak prerogatif sultansultan dan raja-raja Melayu. Ini kerana, YDN itu sendiri dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dan pengesahan MijR.
Selain berperanan dalam pemilihan dan penucutan YDPA dan Timbalan YDA, fungsi MRR sangat penting. Pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Mahk<,lmah Tinggi, . Ketua Audit Negara, Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Pengerus\ dan ahli-ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah terlebih dahulu dirujuk dan diputuskan oleh MRR.
Di samping itu, pindaan temadap perkara-perkara penting yang terkandung dalam Pedembagaan Persekutuan seperti Bahasa Kebangsaan, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan keduduk<tn raja-raja itu sendiri hendaklah mendapat perkenan MRR terlebih dahulu. lni termasuk memperkenankan atau tidak perlanjutan upa,cara keagamaan dalam Wilayah Persekutuan secara keseluruhan, pelantikan' ahli-ahli dalam Mahkamah Khas dan memberi keampunan kepada pesalah yang disabitkan oleh Mahkamah.
Peranan MRR dalam perkara yang di atas bertujuan menjaga integriti agar telus dan seimbang mengikut acuan Perlembagaan Persekutuan demi menjaga keharmonian rakyat keseluruhannya. MRR turut membincangkan perkara berkaitan hal ehwal agama Islam.
KEDUDUKAN ISLAM DAN HUBUNGANNYADENGAN RAJA-RAJA MELAYU
. Perkara-perkara berkaitan dengan hal ehwal agama Islam adalah terhitak secara eksklusif di bawah kuasa sultan dan YDPA bagi negeri yang tiada sultan. Pelantikan hakim-hakim di Mahkamah Syariah
, " adalah dibuat oleh sultan-sultan bagi negeri-negeri dan YDPA bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Ini termasuk Yang Dipertua Majlis Agama . Islam Negeri-negeri. Terdapat sesetengah negeri, Yang Dipertua Majlis Agama Islam terdiri dan Raja Muda (Perak). Pelantikan Mufti juga terletakdi bawah kuasa sultan dan YDA bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Hal-hal berkaitan pentadbiran masjid-masjid, pentauliahan guru-guru agama dan pendakwah hendaklah mendapat perkenan Sul-tan-sultan dan YDPA. f,
Di samping itu juga YDPA dan); raja-raja Melayu berp~ranan memc
bawa arah tuju pembangunan agarna Islam di Malaysia. Sebagai bekas pengerusi dan salah satu anggota Pertubuhan Negara-negara Islam (Ole), penglibatan secara langsung YDA dan raja-raja Melayu dalam hal ehwal agama Islam dilihat dapat memberi input yang besar tanpa campur tangan politik.
Sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri tidak beraja, YDPA berperanan supaya perjalanan hal ehwal Islam berjalan dengan lancar dengan penubuhan Majlis Agarna Islam Negeri-negeri/Wilayah Persekutuan demi membantu dan menasihat baginda dalam semua urusan yang berkaitan dengart hal ehwal agama Islam.
Dunia Islam menganggap Malaysia sebagai negara contoh dalam konteks pemodenan, progresif, moderat dan maju. Malaysia dilihat mampu menggerakkan pembangunan ekonomi yang mampan selari dengan kemajuan saips dan teknologi. Yang pentingnya di sini, ia selari dengan ajaran Islam sebenar yang mementingkan pembangunan ilmu pengetahuan. Kemajuan Malaysia dalam bidang kewangan; sekuriti, sukuk, pasaran saham Islam dan takaful menjadi ikutan dan contoh negara-negara Islam dan bukan Islam lain.
YDPA dilihat memainkan peranan dalam menyahut kehendak rakyat. Maka, baginda dilthat mendekati rakyat dengan pelbagai aktiviti. Hubungan imtara raja dan rakyat amat akrab. Baginda banyak berperanan sebagai peneraju kebajikan, terlibat dalam program amal untuk rakyat tanpa mengira agama daJ?, bangsa. Ini dapat dilihat dalam kes-kes· malapetaka, orang miskin dan kurang nasib serta orang cacat di mana baginda tetlibat secara langsung dalam membantu dan menaikkan tarafhidup mereka.
PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL ialah Tlmbalan I<etua Pegawai EksekLJtif (CEO), Institut I<ajian Tlngg Islam Antarabangsa (lAIS) Malaysia.