Transcript
Page 1: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

645

MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA BAGI

MEMBINA AYAT MUDAH

Norliza Ramlan1 & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad2 1.2 Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected] [email protected]

ABSTRAK Kajian in i bertujuan untuk meneroka penguasaan kosa kata dengan mengaplikasikan permainan Piramid Trafik Bahasa dalam membantu murid membina ayat mudah. Pembinaan permainan Piramid Trafik Bahasa ini berlandaskan kepada Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme yang melibatkan proses kognitif dan tingkah lalu. Kajian ini merupakan kajian tindakan dengan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Kajian in i menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian t indakan secara menganalisis dokumen. Instrumen senarai semak pemerhatian, serta latihan binaan ayat digunakan dalam sebagai sumber mendapatkan data kajian. Seramai 10 orang murid tahun tiga dijadikan sebagai sampel kajian. Hasil daripada pemerhatian awal yang dijalankan ke atas murid tahun tiga, mendapati wujud penguasaan kosa kata yang terhad sehingga tidak dapat membina ayat mudah dengan baik dan betul. Maka, dengan terhasilnya permainan Piramid Trafik Bahasa, secara tidak langsung dapat membantu murid untuk membina ayat mudah. Hasil daripada pengaplikasian permainan ini, murid dapat mencetuskan idea yang relevan, mengaitkan isis pelajaran dengan kehidupan sebenar serta menunjukkan minat semasa belajar. Selain itu, murid juga melibatkan d iri secara aktif dan berkomunikasi dengan baik semasa sesi pembelajaran. Dapatan ujian pra dan ujian pasca juga menunjukkan peningkatan markah yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 47.8%. Keseluruhannya, pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa berkesan dalam memperkayakan kosa kata murid tahun tiga untuk membina ayat mudah serta memberi kesan yang positif kepada murid. Kajian ini dapat membantu guru dalam merancang pembelajaran bahasa Melayu khususnya kemahiran bahasa dengan menggunakan strategi permainan bahasa dengan baik dan berkesan. Kajian in i dapat menjad i panduan pelbagai pihak dalam menangani masalah kosa kata terhad, sekali gus sebagai rujukan bagi kajian lanjutan yang lebih menyeluruh dan mendalam pada masa akan datang. Kata kunci: pembelajaran bahasa, permainan bahasa, kosa kata, ayat mudah .

PENGENALAN Sistem bahasa merupakan komponen penting dalam pengajaran Bahasa Melayu dan terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, pelaksanaan sistem bahasa bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Kosa kata merupakan elemen penting dalam sistem bahasa dan menjadi kayu ukur kepada kemahiran berbahasa yang lain. Kosa kata murid yang terhad akan menyebabkan murid ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang lain. Oleh yang demikian, penguasaan murid dalam memperkayakan kosa kata milik mereka haruslah diperkukuhkan.

Page 2: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

646

Hal ini dapat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu dengan lebih mudah sekali gus dapat menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dengan baik.

Dalam menguasai kemahiran membina ayat mudah, kosa kata yang dimiliki oleh seseorang murid memainkan peranan penting. Hal in i kerana memiliki kosa kata yang luas dapat membantu murid membina ayat mudah dengan tepat dan senang. Bukan itu sahaja, masalah ini juga telah menimbulkan masalah murid tidak minat dalam mempelajari bahasa Melayu hanya disebabkan mereka tidak memahami apa yang didengar dan dibaca serta tidak dapat meluahkan idea yang ada pada mereka. Oleh yang demikian, untuk menangani masalah ini, kosa kata murid haruslah d iluaskan. Murid haruslah didedahkan dengan strategi pembelajaran yang menarik dan memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri secara akt if semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid juga haruslah didedahkan dengan cara membina ayat mudah yang berkesan dan menarik. Pelaksanaan strategi permainan bahasa dapat menarik minat murid dalam mempelajari kosa kata bahasa Melayu sekali gus memupuk minat mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

METODOLOGI Kajian in i dijalankan di sebuah sekolah di daerah Julau, Sarawak. Pemilihan sekolah ini dibuat adalah kerana lokasi sekolah yang terletak di luar bandar.Pengkaji memilih 10 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun tiga dari aliran perdana di sekolah berkenaan. Kajian ini berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah berdasarkan pemahaman kosa kata dilaksanakan dalam dua gelung. Penyelidikan berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis dokumen, pemerhatian serta ujian pra dan ujian pasca dijalankan untuk mengkaji pengaplikasian intervensi tersebut. Pengkaji telah memilih pemerhatian berstruktur bagi kajian ini. Pemerhatian berstuktur ini menggunakan senarai semak. Manakala dokumen pu la, latihan, kertas ujian lepas dan buku catatan murid d ianalisis bagi mengukuhkan lagi data pemerhatian yang diperoleh. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk melihat perkembangan prestasi peserta kajian. Ujian pra diberikan untuk mengesan penguasaan peserta kajian terhadap kosa kata dan kemahiran menulis ayat mudah sebelum intervensi dijalankan manakala u jian pasca dilaksanakan selepas intervensi dijalankan. Ujian in i dilaksanakan bagi memperoleh maklumat perkembangan penguasaan peserta sekali gus mengesan keberkesanan permainan Piramid Trafik Bahasa dalam membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah menerusi kepelbagaian kosa kata. Menerusi markah ujian yang diperoleh para peserta kajian, pengkaji boleh mendapat maklumat secara terus tentang peratusan peningkatan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Bahkan, melalu i u jian pra dan pasca ini juga, pengkaji dapat membuat banding beza ayat mudah yang dibina oleh murid sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan.

DAPATAN Semasa permainan bahasa tersebut dijalankan, pengkaji telah membuat pemerhatian berdasarkan tiga aspek iaitu kognitif, afekt if dan psikomotor. Pengkaji mendapati murid mampu memberikan idea yang relevan semasa melaksanakan permainan tersebut. Mereka mampu mencetuskan daya pemikiran yang kreatif serta mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan sebenar. Pengkaji mendapati permainan tersebut dapat menguatkan daya ingatan murid untuk mengingati kosa kata yang telah d ipelajari dan menggunakan kosa kata tersebut dalam membina ayat mudah sama ada secara lisan mahupun tulisan. Selain itu, pengkaji juga mendapati suasana pembelajaran bertukar menjad i aktif dan menyeronokkan daripada sebelum pelaksanaan permainan tersebut. Kesemua murid juga dilihat memberi tumpuan dan menunjukkan minat terhadap sesi pembelajaran tersebut. Pengkaji mendapati murid turut berjenaka dan ketawa semasa bermain Piramid Trafik Bahasa tersebut. Hal ini sekali gus menunjukkan murid aktif dan seronok untuk terus mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Di samping itu, mereka juga menunjukkan penerimaan yang positif terhadap isi pelajaran di mana mereka mudah memahami kosa kata yang digunakan semasa permainan bahasa dilaksanakan. Tambahan, pengkaji memerhati setiap murid menunjukkan perasaan ingin tahu yang tinggi serta mampu berkongsi idea dan menerima idea rakan lain semasa bermain secara berkumpulan Tambahan juga, murid didapati menujukkan keyakinan diri yang tinggi semasa bermain walaupun jawapan yang diberikan salah dan d iperbetulkan o leh rakan sekumpulan. Namun begitu, pengkaji mendapati murid P2 dan P8 tidak menunjukkan keyakinan diri

Page 3: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

647

semasa bermain. Mereka didapati tidak yakin dengan jawapan yang dikemukan semasa bermain permainan bahasa tersebut.

Pengkaji juga memerhati cara berkomunikasi murid sesama mereka semasa bermain. Pengakji mendapati murid menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik tetapi murid P2 dan P8 tidak menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik. Mereka d idapati kurang bercakap dan hanya memberikan idea apabila d itanya sahaja. Selain itu, mereka juga didapati tidak melibatkan diri secara aktif semasa bermain tidak seperti murid lain yang menunjukkan penglibatan secara aktif semasa bermain. Selain itu, dua orang murid ini juga kurang memberi respon bahkan tidak aktif dalam perbincangan kumpulan. Melalui pemerhatian yang telah d ibuat secara berulang kali, pengkaji mendapati semua murid mampu memacu pembelajaran kendiri apabila permainan bahasa dilaksanakan secara individu. Mereka didapati mampu membina pembelajaran mereka sendiri dan menyelesaikan permainan bahasa tersebut secara individu serta tidak bergantung kepada guru dan rakan lain. Mereka juga boleh mengaplikasikan permainan tersebut tanpa kehadiran guru. Jadual 1 senarai semak permerhatian d i bawah menunjukkan ringkasan pemerhatian yang telah dilaksanakan.

Jadual 1: Senarai semak pemerhatian

DOMAIN ASPEK PENILAIAN P1 P2

P3

P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

KOGNITIF

Memberikan idea yang relevan. √ X √ √ √ √ √ √ √ √

Mencetuskan daya pemikiran yang kreatif.

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Mengingati isi pelajaran yang dipelajari.

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan sebenar.

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

AFEKTIF

Menunjukkan minat terhadap pelajaran.

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Menunjukkan peneriamaan positif terhadap isi pelajaran.

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Menimbulkan rasa ingin tahu √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Menerima idea orang lain. √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Menunjukkan keyakinan diri. √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

PSIKOMOTOR

Menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik.

√ X √ √ √ √ √ √ √ √

Menunjukkan penglibatan yang aktif.

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Memberi respon yang menggalakkan.

√ X √ √ √ √ √ √ √ √

Membantu dalam perbincangan kumpulan.

√ X √ √ √ √ √ √ √ √

Dapat memacu pembelajaran kendiri.

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Page 4: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

648

Pengkaji telah membuat analisis dokumen terhadap buku lat ihan dan kertas ujian lepas bagi sebilangan daripada mereka. Murid didapati membuat beberapa kesalahan dalam membina ayat mudah sehingga menyebabkan ayat tersebut salah dan tidak bermakna. Oleh yang demikian, hasil daripada analisis dokumen berkenaan, pengkaji mendapati bahawa murid tahun tiga sememangnya mempunyai masalah kosa kata terhad dalam membina ayat mudah.

Jadual 2 : Penggunaan Bahasa Iban

Murid mencampur adukkan bahasa Iban dalam penulisan mereka kerana mereka tidak tahu sesuatu perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Memandangkan bahasa Iban merupakan bahasa ibunda yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka, maka besar kemungkinan untuk mereka menggunakan Sebagai contoh, murid P1, P4, P5 dan P6 menggunakan perkataan “bersugu” dalam ayat mereka. Perkataan “bersugu” merupakan perkataan dari bahasa Iban yang membawa maksud “menyikat rambut”. Manakala perkataan “sugu” yang turut digunakan oleh murid P1 pula mambawa maksud “sikat”. Selain itu, murid P2 juga menggunakan perkataan dari bahasa Iban iaitu “gari” yang membawa maksud “pakaian”. Murid-murid ini sebenarnya cenderung untuk menggunakan perkatan daripada bahasa Iban seperti ini kerana perkataan ini sering diguna pakai dalam perbualan seharian mereka. Hal in i membuktikan bahawa murid mempunyai kosa kata bahasa Melayu yang terhad dan tidak luas sekali pun perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Pengkaji mendapati, apabila seseorang murid itu berulang kali menggunakan perkataan atau frasa yang sama dalam membina ayat, maka boleh dikategorikan bahawa murid tersebut mempunyai kosa kata yang terhad. Dalam satu-satu latihan yang sama, murid boleh menggunakan perkataan atau frasa yang sama sekurang-kurangnya tiga ayat atau lebih. Ayat yang dibina juga mempunyai struktur yang sama dan menggunakan perkataan yang sama. Murid didapati tidak mampu mengembangkan sesuatu ayat mudah tersebut. Jadual 3 menunuukkan, murid P2 dan P8 menggunakan frasa “Saya suka” pada ke semua ayat dalam satu-satu latihan yang diberi. Hal ini menunjukkan murid tersebut tidak dapat membina ayat mudah dengan lebih kreatif dan menggunakan kosa kata yang lain. Manakala, murid P9 menggulang perkataan “itu” dan perkataan “sedang” dalam kesemua ayat yang ditulisnya. Hal in i juga menggambarkan bahawa murid P3 juga mempunyai pemikiran yang kurang kreatif. Murid P3 hanya mengehadkan ayat yang mempunyai kata kerja hanya digunakan untuk pekerjaan yang sedang dilaksanakan pada masa tersebut.

Jadual 3: Pengualang frasa atau perkataan yang sama

Peserta Kajian Ayat atau frasa yang digunakan.

P2 - Saya suka memancing ikan.

- Saya suka basikal.

- Saya suka menyapu sampah di haman rumah.

- Kakak suka mencuci kasut

-Saya suka membaca buku cerita.

P8 -Saya suka pergi memancing.

Peserta Kajian Ayat atau frasa yang digunakan

P1

P2

P4

P5

P6

- Ujai besugu menggunakan sugu rambut.

- Saya suka mencuci gari.

- Adik sedang bersugu di dalam biliknya.

- Abu besugu rambut.

-Adi besugu menggunakan sugu.

Page 5: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

649

- Saya suka bermain basikal.

- Saya suka mencuci gari.

- Saya suka membaca buku cerita.

P9 - Pengawas itu sedang menjaga murid-murid di kantin.

- Guru itu sedang menunjuk kelas Tahun 5.

- Pekerja itu sedang menyiram pokok bunga.

- Kawan itu sedang bermain di padang.

Selepas intervensi permainan Piramid Trafik dijalankan, ujian pasca telah dijalankan bagi melihat peningkatan markah murid sebelum dan selepas intervensi. Hasil dari perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca dapat dilihat melalu i graf di bawah. Pengkaji dapat merumuskan bahawa berlaku peningkatan markah bagi semua peserta kajian yang telah menduduki ujian tersebut. Secara ringkasnya, rajah 1 menunjukkan purata peningkatan bagi semua markah peserta ialah sebanyak 47.8%. Purata markah ini menunjukkan peningkatan markah yang baik sekaligus membuktikan permainan Piramid Trafik Bahasa berkesan dalam menyelesaikan masalah kosa kata terhad bagi membina ayat mudah dalam kalangan murid tahun tiga.

Rajah 1 : Graf perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca

Ujian pasca yang dijalankan selepas pelaksanaan permainan Piramid Trafik Bahasa. Melalu i

ujian pasca ini, pengkaji mendapati murid sudah mula menggunakan pelbagai kosa kata dalam menulis ayat mudah. Pada bahagian membina ayat berdasarkan gambar, pengkaji telah menganalisis ayat yang ditulis oleh sebahagian daripada mereka seperti dalam jadual di atas. Analisis berkenaan menunjukkan murid mempunyai pelbagai idea untuk menulis ayat. Pelbagai aspek boleh dilihat oleh murid untuk menulis ayat melalui gambar berkenaan.

Jadual 4: Analisis Ujian Pasca - Bina ayat berdasarkan gambar

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10Ujian Pra 35 25 33 29 34 31 30 27 38 36Ujian Pasca 85 60 82 78 88 85 76 62 90 90

0

20

40

60

80

100

Mar

kah

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca (%)

Peserta Kajian Ayat atau frasa yang digunakan

P5

- Alia menyambut hari jadinya yang ke sembilan tahun.

- Pelbagai jenis makanan disediakan semasa sambutan hari jadi Alia.

- Kawan-kawan Alia memberikan Alia hadiah yang besar dan cantik.

P6

- Hari ini hari jadi Shesha.

- Saya membawa hadiah untuk Shesha semasa sambutan hari jadinya.

- Kami menyanyikan lagu hari jadi untuk Shesha.

Page 6: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

650

Jadual 4 menunjukkan, ket iga-tiga murid menulis ayat mengenai hadiah hari jadi. Murid P5 dan P9 juga menulis ayat mengenai makanan yang disediakan semasa sambutan hari jadi tetapi kedua-dua mereka menggunakan kosa kata yang berlainan misalnya P5 menggunakan perkataan “makanan” manakala P9 pula menggunakan perkataan “juadah”. Selain itu, melalui jadual tersebut juga, murid boleh menulis ayat mudah berdasarkan gambar secara berkait dan mempunyai kesinambungan dari ayat sebelumnya. Misalnya ayat yang ditulis oleh murid P6 seperti menceritakan tentang sambutan hari jad i Shesha. Jika dilihat pada latihan dan ujian pra, murid tidak dapat menulis ayat secara berkesinambungan mengikut konteks yang betul. Sebagai contoh murid sering kali menukar kata nama yang digunakan dalam ayat dan terdapat juga ayat yang tidak berkaitan. Namun begitu, dalam ujian pasca ini, murid sudah boleh membina ayat secara berkesinambungan berdasarkan gambar sekali gus mengekalkan kata nama yang digunakan. Misalnya murid P5 , menggunakan kata nama “Alia”, murid P6 pula menggunakan kata nama “Shesha” manakala murid P9 pula menggunakan kata nama “saya “pada ketiga-tiga ayat yang dibina.

Bagi mengukuhkan lagi dapatan ujian p ra dan u jian pasca ini, pengkaji telah memberikan murid beberapa latihan tambahan. Pengkaji ingin memastikan murid betul-betul menguasai objekt if permainan Piramid Trafik Bahasa yang dilaksanakan. Latihan ini juga bertujuan untuk memastikan keupayaan murid menggunakan pelbagai kosa kata dapat terus dinilai. Oleh yang demikian, beberapa latihan tambahan yang telah disiapkan oleh murid dianalisis.

Jadual 5: Latihan 1

Peserta Kajian Ayat dan frasa yang digunakan.

P1 -Adam menyusun meja dan kerusi dengan rapi.

P2 -Lucas menyusun meja dan kerusi supaya nampak tersusun.

P3 -Lea bertugas untuk menyusun bunga dan mengemas meja guru.

P4 -Arabella mengemas pasu bunga di atas meja guru.

P5 -Tracy dan Antasya bekerjasama menggantung langsir.

P6 -Nisa dan Bella menggantung langsir pada tingkap.

P7 -Kamal menampal jadual bertugas harian.

P8 -Lutau menampal jadual waktu pada papan kenyataan kelas.

Jadual 6 : Latihan 2

Peserta Kajian Ayat dan frasa yang digunakan.

P2 -Saya dan adik bermain layang-layang di padang pada waktu petang.

P4 -Anas sering membantu ibunya menanam sayur di belakang rumah.

P7 -Saya suka membaca buku cerita dan komik pada waktu malam.

P8 -Ravi selalu membantu ayah mencuci kereta.

P10 -Saya dan kawan berbual-bual sambil beristirehat di taman permainan.

Jadual di atas menunjukkan lat ihan 1 dan latihan 2 yang telah dianalisis oleh pengkaji. Murid dapat mengekalkan keupayaan mereka menggunakan pelbagai kosa kata dan frasa dalam membina ayat. Sama

P9

- Ibu menyediakan pelbagai jenis juadah semasa sambutan hari jadi saya.

- Kawan-kawan membawa hadiah hari jadi untuk saya.

- Kek hari jadi saya sangat besar dan sedap.

Page 7: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

651

seperti ujian pasca yang telah dijalankan, murid d idapati mampu membina ayat yang bermakna dan betul mengikut kesesuaian konteks berdasarkan gambar. Murid juga tidak sama sekali menggunakan bahasa Iban dalam penulisan mereka. Mereka sudah memahami bahawa penggunaan bahasa lain selain bahasa Melayu dalam membina ayat bahasa Melayu akan menjadikan ayat tersebut salah dan tidak bermakna. Contohnya, murid P1 menggunakan perkataan “rap i” manakala murid P2 pula menggunakan perkataan “tersusun” bagi menggambarkan meja dan kerusi tersebut disusun dengan kemas. Hal in i menampakkan murid mempunyai pelbagai idea dalam menulis. Begitu juga dengan murid P7 dan P8 yang masing-masing menggunakan frasa yang betul mengikut konteks iaitu “jadual waktu” dan “jadual bertugas harian”. Walaupun kedua-dua frasa berkenaan membawa maksud yang berbeza, namun tetap sama dari aspek konteks dalam ayat tersebut.

Murid juga berupaya untuk menggunakan kosa kata yang jarang sekali mereka gunakan misalnya perkataan “komik”. Sebelum permainan d ijalankan, murid t idak mengetahui benda yang bernama komik. Bagi murid pada awalnya, bahan bacaan hanya bertumpu kepada buku semata-mata. Oleh yang demikian, murid sudah boleh menggunakan perkataan lain selain buku iaitu “komik”. Selain itu, mengikut jadual analisis latihan tambahan tersebut juga, beberapa orang murid sudah mula membina ayat majmuk. Misalnya murid P2 dan P7 yang menggunakan kata hubung “dan” dalam ayat yang dibinanya. Manakala murid P10 pula menggunakan kata hubung “sambil” dalam membina ayat. Pembinaan ayat majmuk ini memberi gambaran bahawa murid sudah berani menyatakan idea mereka. Penggunaan kosa kata yang betul menjadikan ayat yang dibina oleh mereka lebih gramatis dan bermakna.

PERBINCANGAN 1. Penelitian Masalah Kosa Kata Terhad

Masalah kosa kata terhad yang dihadapi oleh murid tahun tiga dapat dilihat melalui analisis dokumen yang telah dilakukan oleh pengkaji. Pengkaji telah meneroka masalah ini melalui analisis dokumen seperti buku latihan, buku aktivit i dan kertas ujian lepas pada gelung pertama. Berdasarkan analisis dokumen yang telah d ibuat, pengkaji mendapati murid tahun tiga sememangnya mempunyai masalah kosa kata terhad sehingga menyebabkan murid membina ayat yang salah dan tidak bermakna.

Dapatan kajian menunjukkan murid tahun tiga mengalami beberapa masalah dalam menulis ayat mudah misalnya sering kali mengulangi perkataan yang sama dan menggunakan perkataan yang salah serta tidak sesuai dengan konteks ayat. Hal in i disokong dengan dapatan kajian Kamariah dan Sit i Raihanni (2016) yang mendapati murid gagal menggunakan perkataan-perkataan yang paling sesuai atau paling menepati makna yang ingin disampaikan. Dapatan kajian in i juga menyatakan murid yang lemah dalam kosa kata tidak memahami apa yang dibaca atau bagaimana menyebut sesuatu perkataan, tidak memahami apa yang didengar, tidak dapat mengungkap maksud sebenar kata tersebut apatah lagi menulis mengenainya. Dapatan in i menyokong dapatan kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang mendapati murid bermasalah dalam menulis ayat mudah serta mengalami masalah untuk menyampaikan idea mereka disebabkan kosa kata terhad. Idea yang ingin dinyatakan tidak dapat diluahkan kerana murid tidak mengetahui satu-satu perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Hal ini terjad i sama ada secara lisan mahu pun penulisan mereka.

Selain itu, dapatan kajian ini mendapati murid sering kali mencampur-adukkan bahasa Iban dalam menulis ayat mudah. Bahasa Iban merupakan bahasa ibunda mereka. Oleh yang demikian, kelemahan murid dalam penguasaan kosa kata menyebabkan murid menggunakan bahasa ibunda mereka. Tambahan pula, murid-murid in i berada dalam persekitaran luar bandar yang kurang terdedah dengan pemodenan. Menurut Hasnah Hamzah (1999), dalam kajiannya yang bertajuk “Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia”, murid luar bandar mempunyai keupayaan yang terhad dalam menulis karangan. Tambah beliau lag i, karangan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang rendah berdasarkan umur berbanding dengan murid yang tinggal di bandar. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Rosni bin Samah (2010), yang menyatakan bahawa murid yang mempunyai kosa kata terhad tidak dapat memahami teks atau artikel yang dibaca, bahkan tidak mampu membina yat yang tepat apatah lagi membina karangan yang berkualit i. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa masalah kosa kata terhad dalam kalangan murid tahun tiga ini merupakan penyebab dan faktor kegagalan mereka untuk membina dan menulis ayat mudah dengan betul dan bermakna.

Page 8: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

652

Di samping itu, dapatan kajian juga mendapati murid yang mempunyai masalah kosa kata terhad sering kali menggulangi perkataan yang sama dalam penulisan mereka. Kosa kata mereka tidak pelbagai dan menjadikan ayat yang dibina mempunyai makna dan struktur yang sama. Walaupun pengkaji mendapati sesetengah daripada murid tahun tiga boleh membina ayat mudah dengan betul, namun makna dan struktur ayat yang dibina adalah sama. Dari sudut ini, pengkaji tidak menilai sama ada ayat yang dibina betul atau sebaliknya, namun pengkaji melihat dan menganalisis dari aspek makna dan struktur ayat. Ayat yang mempunyai makna dan struktur yang sama ini memberi gambaran bahawa murid tidak mempunyai idea dan kosa kata yng digunakan sangat terhad. Selain itu, dapatan kajian mendapati terdapat juga dalam kalangan murid yang menggunakan kosa kata atau frasa yang salah dalam pembinaan ayat mereka. Hal ini sebenarnya memberi kesan pada struktur dan makna ayat tersebut. Apabila murid menggunakan kosa kata atau frasa yang salah, maka ayat yang dibina tidak bermakna dan salah. Penggunaan kosa kata atau frasa yang tidak menepati konteks ayat akan menyebabkan ayat tersebut salah walaupun pembentukan struktur ayat yang dibina betul.

2.Pengaplikasian Permainan Piramid Trafik Bahasa

Peneguhan positif mahupun negatif seperti yang digariskan dalam Teori Behaviorisme diaplikasi dalam permainan. Menurut teori ini, pembelajaran merupakan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal perubahannya. Oleh yang demikian, apabila murid gagal membina perkataan, frasa dan ayat maka murid akan keh ilangan giliran untuk membina perkataan, frasa atau ayat. Hukuman ini merupakan peneguhan negatif yang diguna pakai dalam peraturan permainan. Manakala, murid yang berjaya memberi jawapan yang betul dan bermakna, markah akan diberikan kepada murid tersebut. Markah in i menjadi peneguhan positif kepada murid bagi menggalakkan murid mengulangi tingkah laku yang positif.

Permainan ini juga mengaplikasikan Teori Konstruktivisme d i mana murid aktif membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan semasa atau selepas proses pembelajaran. Melalu i permainan ini, murid akan mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru untuk membina ayat muda yang bermakna. Proses permainan dan interkasi dengan rakan serta guru dapat meningkatkan pengetahuan murid. Melalui proses penyoalan, penganalisisan dan pentafsiran maklumat yang diperoleh, murid dapat membina pengetahuan baru melalui pemahaman yang dibentuk dan diperoleh semasa bermain. Bagi mengukuhkan pengetahuan baru yang dibina, murid boleh bersoal jawab dan berinteraksi dengan rakan dan guru. Perbincangan yang dibuat dapat mengukuhkan idea yang ingin disampaikan.

Permainan Piramid Trafik Bahasa merupakan permainan bahasa yang menjad i pendekatan alternatif dalam pembelajaran bahasa Melayu. Permainan ini melibatkan murid secara aktif serta menarik minat mereka untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih dekat lagi. Dalam permainan ini, tiga aspek telah diberi perhatian iaitu kognit if, afekt if dan psikomotor. Hasil dapatan mendapati murid menunjukkan perubahan yang ketara semasa pengaplikasian permainan bahasa ini dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan permainan Piramid Trafik Bahasa meningkatkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor murid tahun tiga dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dari aspek kognitif, murid dapat memberikan idea yang relevan semasa bermain. Setiap murid dapat mencetuskan idea ketika memberi jawapan yang betul semasa permainan dilaksanakan. Murid dapat menyatakan idea dan pendapat yang bernas semasa perbincangan dalam kumpulan mahupun berpasangan. Selain itu, murid juga dapat mencetuskan daya pemikiran yang kreatif semasa bermain permainan bahasa ini. Murid dapat berfikir d i luar kotak pemikiranya sewaktu sesi permainan dilaksanakan. Melalui permainan in i juga, murid terlibat secara langsung sekali gus memudahkan murid untuk lebih mengingati ilmu yang diperoleh. Dengan kata lain, murid dapat menguatkan daya ingatan mereka untuk mengingati isi pelajaran dalam jangka masa yang lebih panjang melalui pengalaman secara langsung semasa bermain. Di samping itu, murid dapat mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian mereka. Hal ini dapat mengukuhkan lag i pengetahuan mereka kerana perkaitan dengan kehidupan seharian adalah lebih dekat dengan diri mereka.

Selain kemahiran kognitif, permainan Piramid Trafik Bahasa juga dapat meningkatkan bilangan kosa kata murid melalu i aspek afektif. Dapatan kajian menunjukkan murid leb ih meminati pembelajaran berbentuk permainan jika dibandingkan dengan pembelajaran berbentuk “chalk and talk”. Murid memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid juga lebih berminat untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan terlibat dengan lebih aktif dalam mempelajari

Page 9: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

653

bahasa Melayu secara tidak langsung. Berlaku juga perubahan sikap murid apabila murid menunjukkan rasa ingin tahu yang mendalam terdapat kosa kata yang diperoleh semasa bermain. Murid mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dengan menghafal kosa kata yang terdapat dalam bahan bacaan sebagai rujukan. Bahkan murid juga meneroka dan mencari makna kosa kata yang diperoleh bagi memastikan mereka menggunakan kosa kata atau frasa yang betul semasa bermain. Murid boleh berkongsi idea dengan rakan sekumpulan mahupun pihak lawan. Melalu i interaksi semasa bermain, murid dapat mengembangkan pemikiran mereka dengan menerima idea orang lain. Murid juga yakin menyuarakan idea dan pendapat semasa bermain boleh mengukuhkan lagi ilmu dan idea yang dikongsikan.

Di samping itu, murid dapat meningkatkan penguasaan kosa kata melalu i aspek psikomotor semasa bermain. Murid leb ih mahir dan berinteraksi dengan rakan sekumpulan mahupun pihak lawan mereka ketika permainan bahasa dimainkan. Dapatan kajian ini disokong oleh Sri Rahayu Ramlan dan Zawiyah Kosman (2016) dalam kajian mereka yang bertajuk “Penggunaan Kad Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu”, menyatakan bahawa murid dapat diasah kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu sewaktu bermain. Oleh yang demikian, komunikasi yang baik dan mantap mampu menambah pengetahuan dan kosa kata yang dimiliki o leh murid. Penglibatan murid secara aktif menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna. Penglibatan ini juga menjadikan murid dapat menjana lebih banyak idea kerana penglibatan mereka secara langsung semasa bermain. Selain itu, semasa bermain juga, murid memberikan respon yang menggalakkan. Apabila d isoal, murid boleh menyatakan jawapan dengan yakin dan baik. Walaupun terdapat respon yang diberikan kurang jelas atau salah, namun mereka tetap ingin mencuba. Murid tidak menunjukkan sikap malu atau pendiam semasa bermain. Murid juga saling membantu antara satu sama lain untuk mendapatakan idea atau jawapan yang lebih bernas dan relevan. Dengan kata lain, hal ini memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid semasa aktivit i berkumpulan. Selain itu, kajian ini juga mendapati permainan Piramid Trafik Bahasa dapat membantu murid untuk memacu pembelajaran kendiri. Strategi permainan ini boleh diaplikasikan oleh murid secra berd ikari. Murid boleh bermain permainan in i secara indiv idu. Murid tidak perlu bergantung sepnuhnya dengan guru. Di samping itu, murid juga boleh mencari jawapan dan mencari idea melalui pelbagai bahan bacaan secara persendirian. Dapatan in i menyokong Teori Konstruktivisme yang diguna pakai dalam kajian ini di mana murid secara akt if membina pengetahuan mereka sendiri dalam mengubahsuai pengetahuan tersebut mengikut kesesuaian konteks. Murid tidak lag i mengharapkan guru semata-mata untuk melaksanakan permainan tersebut.

3.Keberkesanan Permainan Piramid Trafik Bahasa

Sebelum pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa, murid d idapati mempunyai kosa kata terhad sehingga gagal membina ayat yang betul dan bermakna. Dapatan ujian pra yang dilakukan menunjukan murid sering kali membina ayat dengan menggunaakan kosa kata atau frasa yang salah sehingga menyebabkan ayat yang dibina tidak membawa sebarang makna. Selain itu, sebelum mengaplikasikan permainan ini, murid kerap mencampur-adukkan bahasa Iban dalam penulisan mereka. Hal ini berikutan dengan masalah murid yang tidak mengetahui sesuatu perkataan atau frasa yang betul dalam bahasa Melayu sehingga menggunakan bahasa lain dalam penulisan mereka.

Selepas pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa, terdapat perubahan yang ketara dalam kemahiran berbahasa murid. Hasil kajian mendapati murid boleh membina ayat mudah dengan menggunakan pelbagai kosa kata dan frasa yang betul serta bermakna. Sesuatu ayat yang mempunyai stuktur dan makna yang sama dapat dipelbagaikan dengan penggunaan kosa kata yang berbeza. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Ilangko Subramaniam (2014) yang bertajuk “Aktiv iti Permainan Bahasa Wahana Penguasaan Kosa Kata”, yang menyatakan bahawa murid yang mengikuti permainan bahasa ini telah menggunakan kosa kata yang lebih luas apabila d ibandingkan dengan karangan sebelum akt ivit i dijalankan. Oleh yang demikian, permainan bahasa ini dapat menjadi saluran untuk murid meningkatkan bilangan kosa kata yang mereka miliki sekali gus mengaplikasikan dan menggunakannya dalam penulisan mereka.

Dapatan kajian juga menunjukkan peratusan markah ujian pra dan ujian pasca yang diduduki oleh murid turut meningkat. Hal in i menunjukkan murid sudah mencapai peningkatan yang baik dalam penguasaan kosa kata mereka. Murid juga didapati sudah memahami dan menggunakan kosa kata yang

Page 10: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

654

betul mengikut konteks yang betul dan bermakna. Murid d idapati menggunakan kosa kata dan frasa yang diperoleh sepanjang pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa. Kosa kata dan frasa yang pelbagai digunakan dalam pembinaan ayat mudah dalam pelbagai konteks menunjukkan murid lebih memahami dan menguasai penggunaan kosa kata berkenaan. Dapatan ini disokong oleh Ellianie Sahrom dan Nur Hidayu Mas’od (2015) menyatakan bahawa pakej permainan bahasa yang dijalankan jelas menunjukkan kesan positif dan berkesan terhadap perkembangan kemahiran mengecam, mengenal pasti serta mengaplikasi kosa kata yang telah disenaraikan. Tambah mereka lagi, dapatan kajian menunjukkan murid dapat mengaplikasikan kosa kata melalui penulisan mahupun lisan. Selari dengan dapatan kajian ini, peningkatan markah yang diperoleh jelas menunjukkan murid dapat mengaplikasikan kosa kata yang diperoleh daripada permainan dalam penulisan serta interaksi seharian.

Latihan tambahan juga dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan yang diperoleh sekali gus melihat keberkesanan permainan tersebut dalam bentuk latihan. Hasil kajian menunjukkan murid boleh membuat latihan yang diberikan dengan baik dan membina ayat yang menggunakan pelbagai kosa kata serta frasa mengikut konteks yang betul. Latihan seperti ini akan diberikan kepada murid secara berterusan bagi memastikan murid boleh mengaplikasikan suatu kosa kata tersebut mengikut konteks ayat yang betul dan bermakna. Ellianie Sharon (2015) turut menyatakan bahawa menjalankan akt ivit i lanjutan boleh menilai kebolehan murid secara berterusan. Oleh yang demikian, dapatan latihan yang diberikan oleh pengkaji kepada murid selari dengan dapatan ujian pasca yang telah dianalisis. Murid boleh membina ayat dengan menggunakan pelbagai kosa kata atau frasa yang betul. Murid tidak lag i terhad menggunakan suatu kosa kata atau frasa secara berulang kali dalam menulis ayat mudah. Murid lebih terbuka dalam menulis dan menggunakan kosa kata yang pelbagai mengikut konteks yang betul.

IMPLIKAS I KAJIAN Dengan adanya pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa ini, murid dapat belajar dalam suasana yang seronok dan memberangsankan. Selain itu, murid dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran. Permainan ini juga dapat dijadikan panduan kepada murid untuk menghasilkan ayat mudah mengikut turutan yang betul. Murid dapat menghasilkan ayat mudah dengan lebih terancang sekali gus memahami kosa kata yang digunakan. Bukan itu sahaja, memperkenalkan murid pada permainan ini juga mampu dijadikan aktiv iti masa lapang murid. Murid boleh bermain sendiri mahu pun bersama rakan-rakan pada masa lapang sama ada di sekolah mahu pun di rumah. Hal ini kerana permainan in i sangat mudah dan boleh dimainkan tanpa kehadiran guru.Dengan menggunakan pendekatan yang diterap dalam permainan ini, murid dapat mempelbagaikan dan mengembangkan kemahiran belajar mereka. Belajar t idak semestinya berhadapan dengan buku semata-mata. Proses pembelajaran ini dalam pelbagai bentuk. Murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan melalu i bermain dengan cara yang betul dan berkesan. Selain kemahiran belajar, muid juga dapat mengembangkan kemahiran berfikir. Berfikir secara kreatif dan kritis dengan mencetuskan pelbagai idea yang menarik bahkan mampu mengaitkan idea tersebut dengan kehidupan harian. Di samping itu, kemahiran berfikir juga menjurus pada pemikiran kajian masa depan di mana murid mampu berfikir d i luar kotak dan meramal situasi pada masa hadapan. Pemikiran sebegini dapat membantu murid dalam membina ayat yang kreatif dan bermakna. Kajian ini juga memerlukan guru sebagai penggerak dalam memperkenalkan permainan tersebut kepada murid. Kajian ini telah membuka mata guru bahawa bermain sambil belajar itu merupakan strategi pembelajaran yang sangat berkesan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mendapat ilmu baru melalui bermain. Pengajaran guru menggunakan strategi bermain ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid dan kemahiran berbahasa murid. Sesi pengajaran seorang guru dengan menggunakan strategi permainan bahasa dalam mengajar kemahiran bahasa mampu menjadikan sesi pengajaran tersebut aktif dan menyeronokkan. Bukan itu sahaja, apabila murid seronok belajar dan menguasai kemahiran yang diajar, maka guru juga akan berasa seronok mengajar. Keberkesanan sesutau sesi pengajaran apabila guru mempunyai kepuasan mengajar di samping memberi kebaikan dan manfaat kepada muridnya. Guru dipertanggungjawabkan untuk mengajar kemahiran berfikir kepada murid terutama kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang disarankan oleh p ihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalu i permainan Piramid Trafik Bahasa ini, guru dapat menggalakkan murid berfikir di luar kotak pemikiran mereka dengan memperkenalkan pelbagai kosa kata baharu. Murid dapat mengaitkan kosa kata tersebut dengan pengalaman lepas mahupun dalam keh idupan seharian mereka. Melalu i

Page 11: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

655

penyoalan terutama soalan beraras tinggi juga mampu membuka minda murid agar berfikir lebih jauh dan berfikir secara kreatif. Dapatan kajian ini menjadi menyumbang kepada merialisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi lahirkan sistem pendidikan yang berpusatkan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan pada pembelajaran berpusatkan murid mampu melahirkan generasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendid ikan Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan berdaya saing. Permainan Piramid Trafik Bahasa ini sememangnya mampu melat ih murid untuk berfikir secara meluas dan mengamalkan gaya berdaya saing dalam meraih kemenangan. Selain melahirkan murid yang cemerlang, melahirkan guru yang berkualiti dalam menjalankan amanah juga antara kesan pelaksanaan permainan bahasa ini. Untuk menghasilkan bahan permainan dan melaksanakan permainan ini, guru haruslah lebih bersedia dari membuat perancangan sehingga pelaksanaannya. Hal ini dapat melahirkan guru yang cemerlang dalam melaksanakan tugas mereka. Kajian ini juga dapat memberi kesan dalam usaha menyediakan amalan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang untuk guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) mahu pun di universiti yang menawarkan kursus pendidikan. Kajian in i boleh dijadikan ru jukan kepada mereka dalam membina dan merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi bermain dan berpusatkan murid. Bakal guru haruslah bersedia dengan dunia pendidikan sebenar yang semakin mencabar. Mengajar mengikut minat murid adalah antara perkara yang harus dititiberatkan misalnya bermain. Namun dalam bermain mempunyai isi pelajaran yang boleh disampaikan dan memberi kesan positif kepada murid.

KESIMPULAN Kajian ini merupakan kajian yang menjadikan permainan bahasa sebagai wahana dalam memperkayakan kosa kata atau perbendaharaan kata murid tahun tiga. Permainan bahasa yang diberi nama Piramid Trafik Bahasa dapat meningkatkan bilangan kosa kata yang dimiliki o leh murid. Permainan merupakan suatu yang menyeronokkan dan manarik minat murid untuk terus belajar. Jika sebelum pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa, murid mengalami masalah kosa kata terhad dalam membina ayat mudah, namun masalah tersebut boleh diastasi dengan adanya pengaplikasian permainan tersebut. Murid tidak lagi menggunakan kosa kata yang salah membina ayat mudah. Bahkan murid lebih cenderung untuk menyatakan dan idea yang relevan dalam membina ayat mengikut konteks yang sesuai kerana kosa kata bahasa Melayu mereka semakin meningkat bilangannya.

Bukan itu sahaja, murid juga boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian. Semasa permainan bahasa dijalankan, interaksi murid dengan murid dan murid dengan guru dapat meningkatkan keyakinan murid dalam menggunakan kosa kata yang diperoleh. Murid boleh belajar dan membina pengetahuan sendiri melalu i penerokaan semasa bermain. Jika dilihat dari sudut perubahan, perubahan yang paling ketara semasa bermain ialah tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih minat untuk belajar dan membaca bahan bacaan demi mengumpul kosa kata yang baru bagi memenangi permainan tersebut. Tumpuan dan minat murid menjadi faktor daya ingatan yang lebih kukuh terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Murid boleh mengingati kosa kata yang dipelajari dan mengaplikasikannya dalam penulisan mahu pun lisan.

RUJUKAN Abdul Rahid Jamian & Hasmah Is mail.2013. Pelaksanaan pembelajaran yang menyeronokkan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 3(2): 49-63. Ambikapathi Shanmugam, Tay, M.G. & Shanthi,V.N.2015. Analisis penggunaan kosa kata bahasa

Melayu Tahun dengan perisian RANGE. Jurnal Penyelidikan IPG KBL 12: 1-17. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008.

Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Che Zanariah Che Hassan, Fadzilah Abd. Rahman. 2011. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 67-87.

Page 12: MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN … · 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA . BAGI MEMBINA AYAT MUDAH . Norliza Ramlan. 1 & Wan Muna Ruzanna

656

Ellian ie Sahrom & Nur Hidayu Mas’od. 2015. Pembelajaran kosa kata melalu i papan permainan. Seminar Bahasa Melayu 2015, hlm. 251-266.

Ilangko,S. 2014. Aktiv iti permainan bahasa, wahana penguasaan kosa kata. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(2): 1-9.

Kamariah Abd. Rahim & Siti Raihanni Selamat. 2016. Memperkaya kosa kata pelajar. Seminar Bahasa Melayu 2016, hlm. 132-143.

Kamaru l Azmi Jas mi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Jurnal of Islamic and Arabic Education 3(1): 59-74.

Kamus Dewan. 2010. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Kementerian Pendid ikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian

Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendid ikan Malaysia 2013-2025.

KementerianPendidikan Malaysia Luu, Trong Tuan. 2012. Vocabulary Recollection through Games: Theory and Practice in Language

Studies: Academy Publisher. Nik Safiah Karim, Farif M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2011. Tatabahasa Dewan

Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriat i A. Rashid. 2010. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Shah Alam: Oxford

Fajar Bakti Sdn. Bhd. Patovska,M. 2010. The game at Primary School- an additional device for building up the basic skills in

English. International Seminar Education for All, hlm. 1-32. Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan . Kuala Lumpur : Freemind

Horizons Sdn. Bhd. Sri Rahayu Ramlan & Zawiyaah Kosman. 2016. Penggunaan kad permainan bahasa dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu. Seminar Bahasa Melayu 2016, hlm. 359-368. Wan Abdul Hayyi Wan Omar, Mohd Shahrizal Nasir, Mohd Firdaus Yahaya & Zulazhan Ab. Halim.

2014. Penguasaan kosa kata Arab menerusi aktivit i “Jawlah Lughawiyyah”. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, hlm. 1-13.

Vijayaletchumy,S. & Corella ak Stephen. 2008. Keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam pembelajaran bahasa kedua. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Zainudin Dirin. 2010. Kad PEEBEE. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1-8.


Recommended