MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN ?· 645 MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID…

  • Published on
    21-Apr-2019

  • View
    213

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

645

MEMPERKAYAKAN KOSA KATA MELALUI PERMAINAN PIRAMID TRAFIK BAHASA BAGI

MEMBINA AYAT MUDAH

Norliza Ramlan1 & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad2 1.2 Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

lovelylieyza1310@yahoo.com munaruzanna@ukm.edu.my

ABSTRAK Kajian in i bertujuan untuk meneroka penguasaan kosa kata dengan mengaplikasikan permainan Piramid Trafik Bahasa dalam membantu murid membina ayat mudah. Pembinaan permainan Piramid Trafik Bahasa ini berlandaskan kepada Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme yang melibatkan proses kognitif dan tingkah lalu. Kajian ini merupakan kajian tindakan dengan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Kajian in i menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian t indakan secara menganalisis dokumen. Instrumen senarai semak pemerhatian, serta latihan binaan ayat digunakan dalam sebagai sumber mendapatkan data kajian. Seramai 10 orang murid tahun tiga dijadikan sebagai sampel kajian. Hasil daripada pemerhatian awal yang dijalankan ke atas murid tahun tiga, mendapati wujud penguasaan kosa kata yang terhad sehingga tidak dapat membina ayat mudah dengan baik dan betul. Maka, dengan terhasilnya permainan Piramid Trafik Bahasa, secara tidak langsung dapat membantu murid untuk membina ayat mudah. Hasil daripada pengaplikasian permainan ini, murid dapat mencetuskan idea yang relevan, mengaitkan isis pelajaran dengan kehidupan sebenar serta menunjukkan minat semasa belajar. Selain itu, murid juga melibatkan d iri secara aktif dan berkomunikasi dengan baik semasa sesi pembelajaran. Dapatan ujian pra dan ujian pasca juga menunjukkan peningkatan markah yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 47.8%. Keseluruhannya, pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa berkesan dalam memperkayakan kosa kata murid tahun tiga untuk membina ayat mudah serta memberi kesan yang positif kepada murid. Kajian ini dapat membantu guru dalam merancang pembelajaran bahasa Melayu khususnya kemahiran bahasa dengan menggunakan strategi permainan bahasa dengan baik dan berkesan. Kajian in i dapat menjad i panduan pelbagai pihak dalam menangani masalah kosa kata terhad, sekali gus sebagai rujukan bagi kajian lanjutan yang lebih menyeluruh dan mendalam pada masa akan datang. Kata kunci: pembelajaran bahasa, permainan bahasa, kosa kata, ayat mudah .

PENGENALAN Sistem bahasa merupakan komponen penting dalam pengajaran Bahasa Melayu dan terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, pelaksanaan sistem bahasa bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Kosa kata merupakan elemen penting dalam sistem bahasa dan menjadi kayu ukur kepada kemahiran berbahasa yang lain. Kosa kata murid yang terhad akan menyebabkan murid ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang lain. Oleh yang demikian, penguasaan murid dalam memperkayakan kosa kata milik mereka haruslah diperkukuhkan.

646

Hal ini dapat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu dengan lebih mudah sekali gus dapat menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dengan baik.

Dalam menguasai kemahiran membina ayat mudah, kosa kata yang dimiliki oleh seseorang murid memainkan peranan penting. Hal in i kerana memiliki kosa kata yang luas dapat membantu murid membina ayat mudah dengan tepat dan senang. Bukan itu sahaja, masalah ini juga telah menimbulkan masalah murid tidak minat dalam mempelajari bahasa Melayu hanya disebabkan mereka tidak memahami apa yang didengar dan dibaca serta tidak dapat meluahkan idea yang ada pada mereka. Oleh yang demikian, untuk menangani masalah ini, kosa kata murid haruslah d iluaskan. Murid haruslah didedahkan dengan strategi pembelajaran yang menarik dan memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri secara akt if semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid juga haruslah didedahkan dengan cara membina ayat mudah yang berkesan dan menarik. Pelaksanaan strategi permainan bahasa dapat menarik minat murid dalam mempelajari kosa kata bahasa Melayu sekali gus memupuk minat mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

METODOLOGI Kajian in i dijalankan di sebuah sekolah di daerah Julau, Sarawak. Pemilihan sekolah ini dibuat adalah kerana lokasi sekolah yang terletak di luar bandar.Pengkaji memilih 10 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun tiga dari aliran perdana di sekolah berkenaan. Kajian ini berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengaplikasian permainan Piramid Trafik Bahasa dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah berdasarkan pemahaman kosa kata dilaksanakan dalam dua gelung. Penyelidikan berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis dokumen, pemerhatian serta ujian pra dan ujian pasca dijalankan untuk mengkaji pengaplikasian intervensi tersebut. Pengkaji telah memilih pemerhatian berstruktur bagi kajian ini. Pemerhatian berstuktur ini menggunakan senarai semak. Manakala dokumen pu la, latihan, kertas ujian lepas dan buku catatan murid d ianalisis bagi mengukuhkan lagi data pemerhatian yang diperoleh. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk melihat perkembangan prestasi peserta kajian. Ujian pra diberikan untuk mengesan penguasaan peserta kajian terhadap kosa kata dan kemahiran menulis ayat mudah sebelum intervensi dijalankan manakala u jian pasca dilaksanakan selepas intervensi dijalankan. Ujian in i dilaksanakan bagi memperoleh maklumat perkembangan penguasaan peserta sekali gus mengesan keberkesanan permainan Piramid Trafik Bahasa dalam membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah menerusi kepelbagaian kosa kata. Menerusi markah ujian yang diperoleh para peserta kajian, pengkaji boleh mendapat maklumat secara terus tentang peratusan peningkatan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Bahkan, melalu i u jian pra dan pasca ini juga, pengkaji dapat membuat banding beza ayat mudah yang dibina oleh murid sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan.

DAPATAN Semasa permainan bahasa tersebut dijalankan, pengkaji telah membuat pemerhatian berdasarkan tiga aspek iaitu kognitif, afekt if dan psikomotor. Pengkaji mendapati murid mampu memberikan idea yang relevan semasa melaksanakan permainan tersebut. Mereka mampu mencetuskan daya pemikiran yang kreatif serta mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan sebenar. Pengkaji mendapati permainan tersebut dapat menguatkan daya ingatan murid untuk mengingati kosa kata yang telah d ipelajari dan menggunakan kosa kata tersebut dalam membina ayat mudah sama ada secara lisan mahupun tulisan. Selain itu, pengkaji juga mendapati suasana pembelajaran bertukar menjad i aktif dan menyeronokkan daripada sebelum pelaksanaan permainan tersebut. Kesemua murid juga dilihat memberi tumpuan dan menunjukkan minat terhadap sesi pembelajaran tersebut. Pengkaji mendapati murid turut berjenaka dan ketawa semasa bermain Piramid Trafik Bahasa tersebut. Hal ini sekali gus menunjukkan murid aktif dan seronok untuk terus mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Di samping itu, mereka juga menunjukkan penerimaan yang positif terhadap isi pelajaran di mana mereka mudah memahami kosa kata yang digunakan semasa permainan bahasa dilaksanakan. Tambahan, pengkaji memerhati setiap murid menunjukkan perasaan ingin tahu yang tinggi serta mampu berkongsi idea dan menerima idea rakan lain semasa bermain secara berkumpulan Tambahan juga, murid didapati menujukkan keyakinan diri yang tinggi semasa bermain walaupun jawapan yang diberikan salah dan d iperbetulkan o leh rakan sekumpulan. Namun begitu, pengkaji mendapati murid P2 dan P8 tidak menunjukkan keyakinan diri

647

semasa bermain. Mereka didapati tidak yakin dengan jawapan yang dikemukan semasa bermain permainan bahasa tersebut.

Pengkaji juga memerhati cara berkomunikasi murid sesama mereka semasa bermain. Pengakji mendapati murid menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik tetapi murid P2 dan P8 tidak menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik. Mereka d idapati kurang bercakap dan hanya memberikan idea apabila d itanya sahaja. Selain itu, mereka juga didapati tidak melibatkan diri secara aktif semasa bermain tidak seperti murid lain yang menunjukkan penglibatan secara aktif semasa bermain. Selain itu, dua orang murid ini juga kurang memberi respon bahkan tidak aktif dalam perbincangan kumpulan. Melalui pemerhatian yang telah d ibuat secara berulang kali, pengkaji mendapati semua murid mampu memacu pembelajaran kendiri apabila permainan bahasa dilaksanakan secara individu. Mereka didapati mampu membina pembelajaran mereka sendiri dan menyelesaikan permainan bahasa tersebut secara individu serta tidak bergantung kepada guru dan rakan lain. Mereka juga boleh mengaplikasikan permainan tersebut tanpa kehadiran guru. Jadual 1 senarai semak permerhatian d i bawah menunjukkan ringkasan pemerhatian yang telah dilaksanakan.

Jadual 1: Senarai semak pemerhatian

DOMAIN ASPEK PENILAIAN P1 P2

P3

P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

KOGNITIF

Memberikan idea yang relevan. X

Mencetuskan daya pemikiran yang kreatif.

Mengingati isi pelajaran yang dipelajari.

Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan sebenar.

AFEKTIF

Menunjukkan minat terhadap pelajaran.

Menunjukkan peneriamaan positif terhadap isi pelajaran.

Menimbulkan rasa ingin tahu

Menerima idea orang lain.

Menunjukkan keyakinan diri.

PSIKOMOTOR

Menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik.

X

Menunjukkan penglibatan yang aktif.

Memberi respon yang menggalakkan.

X

Membantu dalam perbincangan kumpulan.

X

Dapat memacu pembelajaran kendiri.

648

Pengkaji telah membuat analisis dokumen terhadap buku lat ihan dan kertas ujian lepas bagi sebilangan daripada mereka. Murid didapati membuat beberapa kesalahan dalam membina ayat mudah sehingga menyebabkan ayat tersebut salah dan tidak bermakna. Oleh yang demikian, hasil daripada analisis dokumen berkenaan, pengkaji mendapati bahawa murid tahun tiga sememangnya mempunyai masalah kosa kata terhad dalam membina ayat mudah.

Jadual 2 : Penggunaan Bahasa Iban

Murid mencampur adukkan bahasa Iban dalam penulisan mereka kerana mereka tidak tahu sesuatu perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Memandangkan bahasa Iban merupakan bahasa ibunda yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka, maka besar kemungkinan untuk mereka menggunakan Sebagai contoh, murid P1, P4, P5 dan P6 menggunakan perkataan bersugu dalam ayat mereka. Perkataan bersugu merupakan perkataan dari bahasa Iban yang membawa maksud menyikat rambut. Manakala perkataan sugu yang turut digunakan oleh murid P1 pula mambawa maksud sikat. Selain itu, murid P2 juga menggunakan perkataan dari bahasa Iban iaitu gari yang membawa maksud pakaian. Murid-murid ini sebenarnya cenderung untuk menggunakan perkatan daripada bahasa Iban seperti ini kerana perkataan ini sering diguna pakai dalam perbualan seharian mereka. Hal in i membuktikan bahawa murid mempunyai kosa kata bahasa Melayu yang terhad dan tidak luas sekali pun perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Pengkaji mendapati, apabila seseorang murid itu berulang kali menggunakan perkataan atau frasa yang sama dalam membina ayat, maka boleh dikategorikan bahawa murid tersebut mempunyai kosa kata yang terhad. Dalam satu-satu latihan yang sama, murid boleh menggunakan perkataan atau frasa yang sama sekurang-kurangnya tiga ayat atau lebih. Ayat yang dibina juga mempunyai struktur yang sama dan menggunakan perkataan yang sama. Murid didapati tidak mampu mengembangkan sesuatu ayat mudah tersebut. Jadual 3 menunuukkan, murid P2 dan P8 menggunakan frasa Saya suka pada ke semua ayat dalam satu-satu latihan yang diberi. Hal ini menunjukkan murid tersebut tidak dapat membina ayat mudah dengan lebih kreatif dan menggunakan kosa kata yang lain. Manakala, murid P9 menggulang perkataan itu dan perkataan sedang dalam kesemua ayat yang ditulisnya. Hal in i juga menggambarkan bahawa murid P3 juga mempunyai pemikiran yang kurang kreatif. Murid P3 hanya mengehadkan ayat yang mempunyai kata kerja hanya digunakan untuk pekerjaan yang sedang dilaksanakan pada masa tersebut.

Jadual 3: Pengualang frasa atau perkataan yang sama

Peserta Kajian Ayat atau frasa yang digunakan.

P2 - Saya suka memancing ikan.

- Saya suka basikal.

- Saya suka menyapu sampah di haman rumah.

- Kakak suka mencuci kasut

-Saya suka membaca buku cerita.

P8 -Saya suka pergi memancing.

Peserta Kajian Ayat atau frasa yang digunakan

P1

P2

P4

P5

P6

- Ujai besugu menggunakan sugu rambut.

- Saya suka mencuci gari.

- Adik sedang bersugu di dalam biliknya.

- Abu besugu rambut.

-Adi besugu menggunakan sugu.

649

- Saya suka bermain basikal.

- Saya suka mencuci gari.

- Saya suka membaca buku cerita.

P9 - Pengawas itu sedang menjaga murid-murid di kantin.

- Guru itu sedang menunjuk kelas Tahun 5.

- Pekerja itu sedang menyiram pokok bunga.

- Kawan itu sedang bermain di padang.

Selepas intervensi permainan Piramid Trafik dijalankan, ujian pasca telah dijalankan bagi melihat peningkatan markah murid sebelum dan selepas intervensi. Hasil dari perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca dapat dilihat melalu i graf di bawah. Pengkaji dapat merumuskan bahawa berlaku peningkatan markah bagi semua peserta kajian yang telah menduduki ujian tersebut. Secara ringkasnya, rajah 1 menunjukkan purata peningkatan bagi semua markah peserta ialah sebanyak 47.8%. Purata markah ini menunjukkan peningkatan markah yang baik sekaligus membuktikan permainan Piramid Trafik Bahasa berkesan dalam menyelesaikan masalah kosa kata terhad bagi membina ayat mudah dalam kalangan murid tahun tiga.

Rajah 1 : Graf perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca

Ujian pasca yang dijalankan selepas pelaksanaan permainan Piramid Trafik Bahasa. Melalu i

ujian pasca ini, pengkaji mendapati murid sudah mula menggunakan pelbagai kosa kata dalam menulis ayat mudah. Pada bahagian membina ayat berdasarkan gambar, pengkaji telah menganalisis ayat yang ditulis oleh sebahagian daripada mereka seperti dalam jadual di atas. Analisis berkenaan menunjukkan murid mempunyai pelbagai idea untuk menulis ayat. Pelbagai aspek boleh dilihat oleh murid untuk menulis ayat melalui gambar berkenaan.

Jadual 4: Analisis Ujian Pasca - Bina ayat berdasarkan gambar

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10Ujian Pra 35 25 33 29 34 31 30 27 38 36Ujian Pasca 85 60 82 78 88 85 76 62 90 90

0

20

40

60

80

100

Mar

kah

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca (%)

Peserta Kajian Ayat atau frasa yang digunakan

P5

- Ali...

Recommended

View more >