MANUAL SISTEM KEMASUKAN (IMS) PROSES PENILAIAN DI FAKULTI
1. Penerimaan memo, data dan borang permohonan oleh pihak Fakulti untuk
tindakan penilaian.
1.1 Penilaian bagi Program Sarjana Mod Kerja Kursus, dan Mod Penyelidikan
dan Kerja Kursus dibuat berdasarkan latar belakang dan kelayakan
akademik.
a. Selepas dokumen permohonan diteliti dan mesyuarat Jawatankuasa
Pengajian Siswazah di peringkat Fakulti diadakan, Fakulti membuat
keputusan untuk memperakui atau tidak memperakui permohonan
calon.
b. Fakulti juga melihat kelayakan calon yang menepati syarat khas yang
telah ditetapkan (jika ada) seperti berikut:
FAKULTI PROGRAM SYARAT-SYARAT KHAS Fakulti Pendidikan
dan Pembangunan
Manusia (FPPM) Semua Program
Tiada sebarang syarat khas
digunakan
Fakulti Pengurusan
dan Ekonomi (FPE) Semua program
Tiada sebarang syarat khas
digunakan
Fakulti Sains Sukan
dan Kejurulatihan
(FSSK) Semua program
i. Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang yang berkaitan
dengan Pendidikan Jasmani
atau Sains Sukan dengan
PNGK 2.75 dan ke atas dari
UPSI atau ijazah setaraf dari
universiti lain yang diiktiraf
oleh senat UPSI.
ii. Calon yang tidak
mempunyai Ijazah Sarjana
Muda yang berkaitan
dengan Sains Sukan dan
Pendidikan Jasmani perlu
mempunyai kriteria berikut:
iii. Minor dalam bidang yang
berkaitan dengan
Pendidikan Jasmani atau
Sains Sukan atau;
FAKULTI PROGRAM SYARAT-SYARAT KHAS
iv. Diploma/DPLI dalam bidang
yang berkaitan dengan
Pendidikan Jasmani atau
Sains Sukan atau;
v. Berpengalaman bekerja
dalam bidang berkaitan
sukan selama 5 tahun dan ke
atas (Pengesahan sijil dalam
bidang berkaitan dari institusi
seperti KPM, MSN, ISN, KBS,
Persatuan sukan dan lain-
lain institusi berkaitan sukan)
Fakulti Bahasa dan
Komunikasi (FBK)
Teaching English as A
Second Language (TESL)
i. Memiliki ijazah pertama
dalam bidang berkaitan
(Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua/ TESL)
ii. Mendapat gred B ke atas
sekurang-kurangnya dalam
lima subjek major.
iii. Lulus temuduga
iv. Calon yang bukan dari
bidang TESL tetapi memiliki
Diploma Pendidikan TESL
serta mempunyai
pengalaman mengajar
Bahasa Inggeris sekurang-
kurangnya 3 tahun layak
dipertimbangkan.
Sarjana Pendidikan
(Bahasa Melayu)
i. Memiliki ijazah pertama
dalam bidang berkaitan
a. (Bahasa Melayu /
Pendidikan Bahasa
Melayu)
ii. Mendapat gred B ke atas
sekurang-kurangnya dalam
lima subjek major.
Sarjana Pendidikan
(Kesusasteraan Melayu)
i. Memiliki ijazah pertama
dalam bidang berkaitan
a. (Sastera Melayu /
Kesusasteraan Melayu)
FAKULTI PROGRAM SYARAT-SYARAT KHAS
ii. Mendapat gred B ke atas
sekurang-kurangnya dalam
lima subjek major.
Program-program lain
Tiada sebarang syarat khas
digunakan
Fakulti Seni,
Komputeran dan
Industri Kreatif
(FSKIK)
Semua program Tiada sebarang syarat khas
digunakan
Fakulti Muzik dan
Seni Persembahan
(FMSP)
Ijazah Sarjana Muzik
(Komposisi)
i. Calon perlu
mempersembahkan
sebuah folio tiga karya asli
dan signifikan dan akan
ditemuramah. Muzik mesti
dikomposisi dalam tempoh
dua belas bulan lepas.
ii. Ijazah pertama mestilah
daripada bidang yang
sama.
Ijazah Sarjana Muzik
(Persembahan)
i. Calon perlu mempersembahkan tiga
karya utama dari zaman
muzik yang berbeza, genre
atau beberapa
persembahan yang
berkontras yang dapat
menonjolkan teknik
persembahan alat muzik
yang ingin dipelajari dan
calon akan ditemuduga;
atau
ii. Sekiranya calon tidak dapat hadir ke sesi
temuduga/ujibakat, calon
perlu mengemukakan audio
atau rakaman
video/persembahan atau
nyanyian. Rakaman tersebut
hendaklah dibuat dalam
tempoh 6 bulan sebelumnya
dan perlu disertakan
dengan sijil ketulenan yang
disahkan.
iii. Ijazah pertama mestilah daripada ijazah sarjana
FAKULTI PROGRAM SYARAT-SYARAT KHAS muda Muzik atau Seni
(Muzik)
Program-program lain Tiada sebarang syarat khas
digunakan Fakulti Pendidikan
Teknikal dan
Vokasional (FPTV) Semua program
Calon mestilah mempunyai
Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang yang berkaitan Fakulti Sains dan
Matematik (FSM) Semua program
Tiada sebarang syarat khas
digunakan Fakulti Sains
Kemanusiaan (FSK)
Semua program
Tiada sebarang syarat khas
digunakan
Institut Peradaban
Melayu (IPM) Semua program
Tiada sebarang syarat khas
digunakan Pusat Penyelidikan
Perkembangan
Kanak-kanak
Negara (NCDRC)
Semua program Tiada sebarang syarat khas
digunakan
c. Fakulti menukarkan status permohonan calon daripada MEMOHON
kepada DITAWARKAN bagi yang diperakui.
d. Fakulti menukarkan status permohonan calon daripada MEMOHON
kepada DITOLAK TAWARAN bagi yang tidak diperakui. Fakulti juga
memasukkan alas an ditolak tawaran dalam Catatan (Remarks).
1.2 Penilaian bagi Program Sarjana Mod Penyelidikan dan Program Doktor
Falsafah dibuat berdasarkan latar belakang dan kelayakan akademik
serta kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal).
a. Fakulti melihat kelayakan calon yang menepati syarat khas yang telah
ditetapkan (jika ada).
b. Fakulti melantik penilai dalam bidang berkaitan untuk menilai kertas
cadangan penyelidikan (research proposal) dan menyerahkan
salinan dokumen permohonan beserta cadangan penyelidikan
(research proposal) kepada penilai berkenaan.
c. Selepas dokumen permohonan dan kertas cadangan penyelidikan
(research proposal) diteliti, penilai membuat penilaian berdasarkan
kriteria berikut, mencadangkan nama penyelia yang bersesuaian dan
memperakui atau tidak memperakui permohonan calon.
d. Fakulti membuat keputusan untuk memperakui permohonan calon
dan menukarkan status permohonan calon daripada MEMOHON
kepada DITAWARKAN bagi yang diperakui.
e. Fakulti membuat keputusan untuk tidak memperakui permohonan
calon dan menukarkan status permohonan calon daripada
MEMOHON kepada DITOLAK TAWARAN bagi yang tidak diperakui.