1
BAHAGIAN 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Latihan industri (LI) merupakan komponen program pengajian yang memberi
pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana
kerja yang bakal mereka ceburi. Selain daripada itu program LI adalah untuk
memperkasakan kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat
mempertingkatkan kebolehan pasaran pelajar.
Secara dasarnya, program LI ini merupakan satu program yang menempatkan
pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali atau klinikal dalam satu-satu
organisasi luar UKM yang dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan
sebelum pelajar dianugerahkan ijazah.
1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI
Matlamat LI adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar sambil mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan serta
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesion masing-
masing. Latihan Industri juga bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai
kompetensi yang diperlukan oleh majikan di samping memberikan pengalaman
keusahawanan.
2
1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Objektif utama program LI adalah untuk :
a. memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran akademik dalam alam pekerjaan sebenar.
b. memberi peluang kepada pelajar belajar dari pengamal dalam bidang masing-
masing.
c. mempertingkatkan kemahiran generik dan profesional seperti kemahiran
interpersonal, bekerja secara berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran keusahawanan.
d. menghayati nilai etika profesion masing-masing.
e. mempertingkatkan peluang pekerjaan.
f. memberikan pengalaman pembelajaran dalam dunia industri dan
g. merapatkan jalinan hubungan universiti dengan industri.
Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan
pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan
dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan
memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap
kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan.
1.4 LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
1.4.1 Lokasi Daerah
Daerah Hulu Langat terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadanan
dengan:
a. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat
Laut;
b. Daerah Petaling di sebelah Barat;
3
c. Daerah Sepang di sebelah Barat Daya;
d. Negeri Pahang di sebelah Timur Laut; dan
e. Negeri Sembilan disebelah Selatan dan Timur
1.4.2 Profil Daerah
Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah
bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di
sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya. Daerah
Hulu Langat merupakan satu daripada 9 daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Ia
merupakan daerah ke 5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam
kawasan Lembah Klang. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di
bawah Kanun Tanah Negara iaitu :
a. Ampang dengan keluasan 3,901 hektar.
b. Beranang dengan keluasan 6,184 hektar.
c. Cheras dengan keluasan 5,973 hektar.
d. Hulu Langat dengan keluasan 29,542 hektar.
e. Hulu Semenyih dengan keluasan 18,405 hektar.
f. Kajang dengan keluasan 9,340 hektar.
g. Semenyih dengan keluasan 9,599 hektar.
1.5 SEJARAH PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Ditubuhkan pada 1884 di Bandar Kajang. Pada 1 Januari 1992 pejabat telah
berpindah di pejabat baru di Bandar Baru Bangi sehinggalah ke hari ini. Dirasmikan
oleh Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 25 Mac 1992.
4
1.6 VISI,MISI DAN MOTTO PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Visi, misi dan motto Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat adalah untuk :
a. Visi
Menjadikan Sebuah Daerah Yang Termaju Dan Sejahtera Menjelang Tahun
2015.
b. Misi
Merancang, Mengurus Dan Memantau Pentadbiran Daerah Bagi Mencapai
Pembangunan Yang Holistik Dan Seimbang Dari Segi Ekonomi, Sosial, Fizikal
Dan Pembangunan Insan Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti.
c. Motto
Kejujuran dan Ketekunan Dirpelihara oleh Allah S.W.T
1.7 OBJEKTIF DAN FUNGSI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU
LANGAT
Objektif Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah untuk :
a. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui
pemantapan keupayaan dan kapasiti organisasi.
b. Meningkatkan kecemerlangan organisasi dengan memperkasakan tadbir urus
organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni.
c. Mempertingkatkan kepuasan pelanggan dalam semua bidang berkaitan tanah
dengan memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah secara
menyeluruh.
d. Memperbanyakkan kemudahan awam dan infrastruktur asas serta menggiatkan
pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio-ekonomi secara holistik
dengan mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
5
e. Mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dengan mengekalkan
perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Fungsi utama Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah :
a. Mentadbir pentadbiran daerah ke arah kesejahteraan rakyat.
b. Mengurus pentadbiran tanah termasuk kutipan hasil dan cukai tanah.
c. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan tanah dan,
d. Mengurus pelaksanaan pembangunan Daerah.
Pegawai Daerah berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemantau dan
pelaksana projek dan program di peringkat daerah. Pegawai Daerah juga
menganggotai Jawatankuasa Tetap di peringkat Negeri. Beliau juga berperanan
menyelaras program-program anjuran kerajaan persekutuan di peringkat daerah
termasuk juga Pihak Berkuasa Tempatan.
1.8 FUNGSI UNIT PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH HULU LANGAT
1.8.1 Bahagian Khidmat Pengurusan
a. Unit Pentadbiran & Kewangan
Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen
supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah.
Mengawal disiplin dan memproses tindakan tatatertib.
Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman
tentang dasar dan peraturan kerja semasa.
Menyelaras Penilaian Prestasi Tahunan untuk Panel Pengurusan Sumber
Manusia (PPSM)
6
b. Unit Majlis & Keraian
Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk
sambutan, keraian dan majlis rasmi Kerajaan Negeri & Persekutuan di
peringkat daerah, mukim dan kampung termasuk yang melalui bahagian
pembangunan.
Menyelaras dan mengadakan pelbagai mesyuarat peringkat di Daerah.
c. Unit Keselamatan
Membantu KPPD Khidmat Pengurusan sebagai S/U Keselamatan Daerah
dalam penyampaian bantuan bencana daerah.
Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Keselamatan Daerah, J/K Pengurusan
dan Batuan Bencana, J/K menangani Gejala Sosial, J/K Pendatang Tanpa Izin,
J/K Hal Ehwal Pengguna, J/K Perpaduan, J/K Penyakit Berjangkit.
Merancang dan melaksanakan kempen-kempen bersama dengan agensi-agensi
berkaitan.
Menyediakan laporan pemantauan dan menilai impak pelaksanaan dasar
kerajaan dan program pembangunan untuk disampaikan kepada MKN.
Pengerusi Gerak Saraf Negara.
d. Unit Teknologi Maklumat
Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan
komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan
program kerajaan elektronik di peringkat daerah.
Menyelaras dan mengawal penggunaan sistem, peralatan server dan lain-lain
yang berkaitan.
Membangun dan mengemaskini Laman Web Jabatan dan Sistem HRMIS.
Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan
pengguna.
7
1.8.2 Bahagian Pengurusan Tanah
a. Pembangunan Tanah
Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah.
Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.
Permohonan ubah syarat, pecah sempadan/bahagian tanah.
Permohonan penyatuan tanah.
Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pada pertanian
kepada industri.
Pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah.
Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan
penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.
b. Pelupusan
Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/ swasta, Jabatan Kerajaan
yang kurang dari 10 ekar.
Permohonan tanah besar-besaran berkelompok.
Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong
(SL/PL).
Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan.
Permohonan rayuan pengurangan premium.
Permohonan pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.
c. Pendaftaran
Mendaftar hakmilik tanah.
Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga.
Menerima suratcara urusniaga / bukan urusniaga.
Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan
peraturan dan perundangan.
8
Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen Hakmilik Daftar
Komputer.
Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal.
Menyediakan Sijil Carian Rasmi dan Carian Persendirian bagi tanah milik.
Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan
urusniaga.
d. Perundangan
Menyemak semula prosedur-prosedur kerja supaya prosedur kerja yang diguna
pakai di Bahagian Tanah adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia
ada dan bukannya berdasarkan tradisi / amalan biasa.
Memantau perjalanan kes-kes saman berkaitan dengan Pejabat Daerah/Tanah
Hulu Langat di Makhamah.
Mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan dan pelanggan Pejabat
Daerah/Tanah Hulu Langat akan kepentingan mematuhi peruntukkan undang-
undang dan kesan sekiranya melanggar peruntukkan tersebut.
Memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang dibawah Kanun
Tanah Negara 1965.
Menyelaras hal-hal perundangan di daerah dengan pihak Kamar Penasihat
Undang-Undang Negeri dan Bahagian Dasar dan Perundangan Pejabat Tanah
dan Galian Negeri Selangor.
Menjadi urusetia Inventori masalah Rakyat (IMR).
Menyelaras aduan-aduan awam terhadap urusan-urusan berkaitan tanah dan
Pentadbiran Daerah Hulu Langat.
e. Teknikal & Penguatkuasaan
Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai.
Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan
batuan, permohonan tanah melalui penswastaan dan pengambilan balik tanah.
Urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan balik tanah.
Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit.
9
Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan.
f. Hasil
Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan.
Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat.
Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil bulanan.
Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan.
Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.
1.8.3 Bahagian Pembangunan
a. Pembangunan Fizikal
Menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan bagi sektor infrastruktur daerah.
Merancang dan melaksanakan aspek-aspek teknikal projek-projek Pejabat
Daerah.
Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang telah siap untuk
pembayaran.
Menyelaras dan mengawasi projek persekutuan, negeri dan swasta.
Mengurus, menyedia dan memperakui Spek Kerja dan pelan-pelan
kejuruteraan awam.
Merancang dan menyelaras perancangan Pembangunan Fizikal Daerah.
Menganggotai Mesyuarat Perancangan Infrastruktur PBT dan JPBD.
Menyelaras dan mengawasi Perancangan Pembangunan Tempatan bersama
PBT.
Menyelaras pembangunan agensi-agensi pusat di peringkat daerah.
Menyemak permohonan Tukar Syarat Tanah supaya bersesuaian dengan
Rancangan Pembangunan Tempatan.
Memantau pelaksanaan kemajuanprojek persekutuan di daerah melalui SPPII.
b. Pembangunan Masyarakat
Mengurus pelantikan dan penamatan Ketua-ketua Kampung Tradisi.
10
Mengurus pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ketua-ketua Kampung
Baru Cina.
Pelantikan JKKK bagi Kampung-kampung Tradisi dan Kampung-kampung
Baru Cina.
Penyediaan profil Kampung Tradisi dan Kampung Baru Cina.
Penyediaan Baucer Pembayaran Elaun Ketua-ketua Kampung dan Elaun
Mesyuarat Pengerusi JKKK.
Merancang Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat (Daerah).
Menguruskan Program Bantuan Pelaburan kpd Penduduk Termiskin melalui
Skim ASB/ASW
Merancang dan melaksana Program Minda Insan di kalangan penduduk
termiskin.
Merancang dan mengurus pelaksanaan Program Latihan Kepimpinan
Masyarakat Setempat.
Merancang dan melaksana Program Pembangunan IKS.
Menyelenggara aktiviti pertubuhan sukarela peringkat daerah.
S/U J/K Sambutan Upacara Keagamaan Daerah meneruskan pemulihan dan
pertumbuhan sosial ekonomi melalui perkhidmatan mesra rakyat.
1.9 CARTA ORGANISASI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU
LANGAT
11
Berikut adalah carta organisasi utama terkini Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :
Bil. Jawatan Nama
1.Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Haris B. Kasim
2.Ketua Pen. Pegawai Daerah(Kidmat Pengurusan)
Luraashy Bt.Hassim
3.Ketua Pen. Pegawai Daerah(Pengurusan Tanah)
Ahmad Suaidi B. Abdul Rahim
4.Ketua Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan)
Norfaizah Bt. Omar
5.Pen. Pegawai Daerah(Pentadbiran Kewangan)
Aireen Umimaisarah Bt. Hamdan
6.Pen. Pegawai Daerah(Pelupusan Tanah)
Mohd Rashidi B. Ruslan
7.Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan Tanah)
Norfauzah Bt. Ahmadan
8.Pen. Pegawai Daerah(Pendaftaran)
Nurul Fatanah Bt. Kamarul
9.Pen. Pegawai Daerah(Pendaftaran)
Mohd Fadhil B. Mohamad Jamin
10.Pen. Pegawai Daerah(Penguatkuasaan)
Mohd Azhar B. Daud
11.Pen. Pegawai Daerah(Hasil)
Teepah A/P Athimoolam
12.Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan Masyarakat)
Khairul Fadhli Bin Mahmud
13.Pen. Pegawai Daerah(Pembangunan Fizikal)
-Kosong-
14.Setiausaha Keselamatan Daerah -Kosong-
12
Carta 1: Carta Organisasi Pentadbiran Utama Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat .
13
BAB 2
BIDANG TUGAS LATIHAN INDUSTRI DI ORGANISASI
2.1 SKOP / SPESIFIKASI TUGAS
Sepanjang pelatih menjalani latihan industri di organisasi, pelatih telah
ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat.
Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat merangkumi
empat unit utama iaitu unit pentadbiran dan kewangan, unit keselamatan, unit majlis
keraian dan unit teknologi maklumat. Pelatih telah diberikan tugasan untuk membantu
Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam
menyiapkan tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini
untuk diselesaikan dan sebagainya.
2.2 TUGASAN HAKIKI
Tugasan hakiki atau sebenar yang pelatih lakukan ialah melaksanakan sistem
kad perakan waktu (punch card). Punch card merupakan perkara yang wajib dibuat
bagi semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat bagi
merekod kedatangan harian mereka. Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat
dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk
mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari
pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan
dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan
oleh Kerajaan bagi mereka.
14
2.3 TUGASAN HARIAN
Latihan Industri bagi pelatih di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat telah
bermula pada 2 Julai 2012 dan berakhir pada 30 Ogos 2012. Latihan ini memakan
masa selama lapan minggu.
Sepanjang tempoh latihan tersebut, pelatih telah diberikan tugasan untuk
membantu bahagian khidmat pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam
menyiapkan tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini
untuk diselesaikan dan sebagainya.
Secara dasarnya, skop dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai. Pelatih bertanggungjawab membantu
dalam melaksanakan tugas-tugas Perkeranian dan Operasi (P/O) di peringkat
kumpulan sokongan Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu
Langat yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tidak terhad kepada, tugas-
tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan,
pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi).
Selain daripada membantu menjalankan deskripsi tugas kumpulan sokongan, pelatih
juga telah ditugaskan dalam membantu menjalankan penyeliaan tugas dan dokumen
perkhidmatan serta kewangan selaras dengan fungsi jabatan berkenaan. Berikut adalah
antara tugasan yang telah dilakukan oleh pelatih sepanjang menjalankan latihan
industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :
a. Draf kertas Kerja Pengukuhan Perjawatan PDHL 2012.
b. Draf set soalan selidik yang digunakan khas dalam menilai keberkesanan
program yang dijalankan di PPDHL.
c. Analisa pengukuran kursus yang telah diadakan di PDHL (Februari hingga
Julai) 2012.
d. Semakan senarai daftar kad kawalan stok.
e. Semakan senarai baucar bayaran.
f. Semakan senarai tuntutan perjalanan.
15
g. Draf surat rasmi jabatan dan urusan minit surat masuk jabatan.
h. Melakukan kerja-kerja fotostat dan menghantar faksimili.
i. Perkhidmatan kaunter pertanyaan / menjawab panggilan telefon.
j. Menjadi peserta / wakil dalam majlis anjuran PDHL ataupun majlis anjuran
pihak luar.
Pelatih turut diberikan peluang untuk sama-sama terlibat dengan kursus dan
program latihan pengurusan anjuran Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Kursus
seumpama ini membekalkan pelatih dengan pelbagai ilmu serta kemahiran
pentadbiran.
Selain itu, selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat
menyesuai dan menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan,
meningkatkan pengetahuan tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian
mengikut sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah /
Tanah Hulu Langat. Berikut antara beberapa kursus anjuran Pejabat Daerah / Tanah
Hulu Langat yang diikuti oleh pelatih sepanjang tempoh latihan industri di jabatan
berkenaan :
a. Kursus Kewangan - Elaun Dalam Perkhidmatan Am
b. Kursus Pengenalan Urus niaga Di Unit Pendaftaran PDHL
c. Kursus Fail dan Rekod (Arkib Negara Malaysia)
d. Kursus Pengurusan Keselamatan (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia)
2.4 TUGASAN KHAS
Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat melalui
unit majlis dan keraian telah diperluaskan skop tugasnya untuk menyelaras aktiviti
korporat, hubungan pihak luar dan mengukuhkan governan serta penyampaian
perkhidmatan di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Unit majlis dan keraian ini
16
diletakkan terus di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan dan mempunyai fungsi
utama seperti berikut:
a. Perancangan, perhubungan dan komunikasi korporat.
b. Menguruskan dan menyelaras hubungan kerjasama pihak luar dengan PDHL.
c. Menyelaras dan memastikan program / majlis anjuran PDHL berjalan lancar
dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pelatih telah diberikan kesempatan untuk sama-sama terlibat dengan beberapa
program dan majlis anjuran unit ini. Pelatih berperanan mengendalikan dan
menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan dibantu oleh pegawai yang telah dilantik
menganggotai Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJK) setiap aktiviti yang dijalankan.
Berikut antara beberapa program dan majlis yang disertai pelatih sepanjang menjalani
latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat:
a. Urus setia Pelaksana Program CSR (Corporate Social Responsibility) Pejabat
Daerah / Tanah Hulu Langat dengan mewujudkan perpustakaan mini di
kawasan Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat.
b. AJK cenderamata bagi Majlis Berbuka Puasa Solat Tarawih dan Khatam Al-
Quran Peringkat PDHL 2012.
c. Wakil peserta Program Bicarawara i-Ramadan Anjuran Bahagian Sumber
Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
d. Urus setia Pelaksana Majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid
Jamek Sg. Ramal Luar.
e. Urus setia Pelaksana Majlis Hari Raya Peringkat PDHL 2012.
f. Urus setia Pelaksana Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di SMK
Cheras Jaya, SMK Taman Tasik Ampang dan Plaza Tol Grand Saga (Batu 9,
Hulu Langat).
g. Wakil Peserta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Majlis Sambutan
Bulan Kemerdekaan Ke 55 dan hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor
Tahun 2012 Anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
17
BAB 3
PENILAIAN KRITIS TENTANG TUGAS YANG DILAKUKAN SEMASA
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
3.1 KESESUAIAN LATIHAN DENGAN BIDANG PENGAJIAN
Secara keseluruhannya, walaupun skop dan bidang tugas yang
dipertanggungjawabkan organisasi kepada pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai,
namun ia tetap mempunyai perkaitan dengan pembelajaran di kampus. Latihan industri
ini telah memberikan peluang kepada pelatih untuk mengaplikasikan serta
mempraktikkan ilmu khususnya dalam bidang pengajian di universiti.
3.1.1 Komponen Latihan Terhadap Aspek Pembangunan Manusia
Pelatih telah diberikan latihan secara tidak langsung melalui penyertaan
terhadap kursus dan program latihan yang dianjurkan pengurusan PDHL apabila
berada dalam organisasi tersebut. Latihan pengurusan ini mampu membekalkan pelatih
dengan pelbagai ilmu serta kemahiran pentadbiran.
Pembangunan manusia adalah aspek penting untuk mengukur tahap kemajuan
dan juga memastikan organisasi terus efisien. Organisasi yang baik perlu memberi
penekanan terhadap pembangunan manusia terutamanya peningkatan kemahiran
pekerja dengan memberi peluang kepada pekerja untuk mengikuti program-program
latihan dan kursus-kursus pembangunan. Penganjuran program-program latihan dan
kursus-kursus pembangunan akhirnya akan menghasilkan pekerja mahir, terlatih dan
bermotivasi.
18
Latihan merupakan salah satu fungsi utama dalam pembangunan manusia yang
perlu dijadikan falsafah berterusan bagi sesebuah organisasi. Individu yang melalui
tempoh tertentu bekerja dalam sesebuah organisasi biasanya akan mempunyai
keinginan untuk meningkatkan kemampuan bekerja, kemahiran dan pengetahuan
mereka dan jawapannya adalah melalui latihan.
Perubahan yang berlaku dalam organisasi misalannya dalam konteks teknologi
dan persaingan menyebabkan fungsi latihan banyak kebaikan dan faedahnya. Realiti
menunjukkan banyak organisasi pada masa kini mementingkan elemen latihan dalam
perkembangan kakitangannya, kerana melalui latihanlah pekerja dapat mengikuti arus
perubahan dalam pelbagai aspek dan bidang yang sentiasa berlaku dalam organisasi.
Selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat menyesuai
dan menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan, meningkatkan
pengetahuan tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian mengikut
sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah / Tanah Hulu
Langat.
3.1.2 Komponen Pembangunan Komuniti Terhadap Aspek Pembangunan
Manusia
Program CSR adalah suatu insiatif yang telah diambil oleh Pejabat Daerah /
Tanah Hulu Langat dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat madani di seluruh
Negeri Selangor. Menurut World Business Council for Sustainable Development,
Corporate Social Responsibility (CSR) ini di definisikan sebagai; komitmen sesebuah
organisasi terhadap masyarakat. Komitmen itu dilakukan bagi meningkatkan ekonomi
dan kualiti hidup semua pihak baik pekerja dan ahli keluarganya, komuniti mahupun
persekitaran secara nilainya.
Tujuan program CSR ini adalah untuk memberikan hak dan peluang yang sama
rata kepada rakyat di Negeri Selangor menyertai gelombang pembangunan serta
19
teknologi maklumat yang sedang melanda dewasa ini. Dengan adanya infrastruktur-
infrastruktur seperti ini terutamanya di kawasan luar bandar, ianya akan dapat
mengurangkan jurang sosial di antara masyarakat bandar dan juga masyarakat luar
bandar.
Pelatih telah terlibat secara langsung dengan program CSR Pejabat Daerah /
Tanah Hulu Langat. Cadangan program adalah mewujudkan sebuah ruang
perpustakaan mini di Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu Langat. Program ini
berjaya dilaksanakan dan perpustakaan mini Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu
Langat ini telah selamat dirasmikan oleh YB Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat.
Pelatih juga turut terlibat dalam Program Keselamatan Jalan Raya anjuran
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Program ini bertempat di dua sekolah menengah
di kawasan Hulu Langat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang dan di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9,
Hulu Langat). Program yang dikendalikan Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah
Hulu Langat ini telah mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat
Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Program ini berobjektifkan membantu masyarakat memahami undang-undang jalan
raya dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan keselamatan jalan
raya selain meningkatkan kesedaran jalan raya dalam kalangan orang awam.
Secara external, penerapan program CSR dalam budaya kerja adalah untuk
memperkaya masyarakat khususnya dalam konteks pembangunan komuniti. Ini
ternyata penting kerana apabila timbulnya konflik dalam masyarakat, program CSR
boleh membantu mewujudkan suasana persekitaran harmoni melalui kempen-kempen
yang dijalankan. Ini juga membuktikan tanggungjawab korporat bukan sahaja untuk
memastikan sistem pentadbiran yang teratur atau mewujudkan sistem atau tata kerja
yang beretika malah organisasi korporat ini juga berperanan untuk membangunkan
masyarakat yang madani selain memperkemas kualiti hidup sedia ada secara amnya.
20
3.2 HASIL PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI
Setelah menyelesaikan latihan industri, pelatih berupaya:
a. mempraktikkan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja
di bawah penyeliaan;
b. mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman praktikal
yang berkaitan dengan bidang pengajian;
c. berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan secara berkesan
dengan pelbagai pihak;
d. memberi pandangan secara kritis, berkeyakinan, inovatif dan mampu
menyelesaikan masalah secara profesional;
e. mempamerkan etika dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab
yang diberikan; dan
f. menjelaskan pengurusan organisasi.
3.3 KEKUATAN
Penyediaan latihan industri kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi penting dalam
usaha mempertingkat kebolehgunaan tenaga sebagai persediaan berdepan dengan
cabaran dunia kerjaya. Berikut antara beberapa kelebihan yang diperoleh pelatih
sepanjang menjalani latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :
a. Lebih berani, berkeyakinan diri dan berketerampilan ketika berurusan dengan
pelanggan.
b. Berkemampuan dan bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan selepas tamat
pengajian.
c. Mempunyai personaliti yang positif dan mempunyai kebolehan berkomunikasi
yang berkesan.
d. Meluaskan pengetahuan dan kemahiran teknikal dan softskill pelatih.
e. Menimbulkan kesedaran dan memupuk minat pelajaran dalam bidang pekerjaan.
21
f. Pendedahan pengamalan etika dan peraturan kerja yang baik.
g. Melatih pelatih agar lebih bertanggungjawab dan amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab.
3.4 KELEMAHAN
Melalui pemerhatian dan pengalaman pelatih dalam sepanjang proses latihan industri,
didapati terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki organisasi untuk masa
akan datang. Hal ini penting supaya organisasi dapat melancarkan proses
pengurusannya dalam menguruskan pentadbiran dan perkhidmatan yang disediakan.
Berikut adalah antara kelemahan organisasi yang di kenal pasti:
a. Pengurusan dan pentadbiran secara birokrasi atau “red tape”.
Istilah ini merujuk kepada satu peraturan birokrasi yang sangat berlebihan
sehingga menyebabkan kelewatan kepada sesuatu urusan ataupun proses.
Contoh bagi menggambarkan masalah “red tape” di sini ialah apabila
seseorang individu ingin mendapatkan khidmat bantuan kebajikan daripada
jabatan. Bagi mendapatkan bantuan tersebut, individu itu perlulah mendapat
pengesahan daripada beberapa pihak tertentu dari pihak bawahan sehinggalah
ke pihak atasan bagi membuktikan bahawa individu tersebut benar-benar layak
menerima bantuan. Individu tersebut terpaksa menyediakan dokumen,
membuat temu janji dengan pihak-pihak tersebut, membuat perjalanan ke hulu
dan ke hilir dan akhirnya dalam jangka masa yang panjang barulah
permohonan individu tersebut diluluskan dan memperolehi bantuan kebajikan
tersebut.
b. Organisasi terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa
dipengaruhi oleh perasaan.
Dalam prinsip ini, orang atasan harus menghindarkan pertimbangan peribadi
dalam hubungannya dengan orang bawahan ataupun orang awam yang
22
dilayaninya. Walaupun pada dasarnya prinsip ini bertujuan untuk memberikan
perlakuan yang adil terhadap semua orang, namun jika terlalu ditekankan atau
tidak disesuaikan mengikut keadaan akan menyebabkan penurunan produktiviti
pekerja. Sebagai contohnya di sini, katakan terdapat dua jenis orang bawahan
yang mempunyai daya produktiviti yang berbeza, golongan orang bawahan
yang pertama mempunyai prestasi kerja yang baik manakala golongan orang
bawahan yang kedua pula mempunyai prestasi kerja yang buruk, namun
layanan yang diberikan oleh pihak atasan kepada kedua-dua golongan orang
bawahan tersebut tetap sama. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya
ketidakpuasan hati kepada orang bawahan yang mempunyai prestasi kerja yang
baik itu tadi dan ini boleh mempengaruhi prestasi mereka kerana mereka
kurang diberi penghargaan.
c. Suasana organisasi langsung tidak menggalakkan yang cergas menonjolkan
inisiatif.
Organisasi tidak menggalakkan anggota yang ahli menonjol dan menyumbang
sepenuhnya keahlian untuk dimanfaatkan oleh organisasi. Malahan ahli kerap
ditekan sehingga akhirnya memilih untuk tunduk kepada tekanan budaya kerja
yang dominan. Ini seterusnya menyumbang kepada timbulnya ketidakcekapan
organisasi.
23
BAHAGIAN 4
CADANGAN DAN KESIMPULAN
4.1 CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI ORGANISASI
Pelaksanaan reformasi pentadbiran perlu dibuat melalui perkongsian idea dan
keputusan bersama di antara semua pihak dalam organisasi. Tindakan susulan dan
tindakan seterusnya dibuat untuk mencapai matlamat yang digariskan. Penyebaran
maklumat dan lawatan inspektorat perlu untuk memastikan pelaksanaan sistem
menurut perancangan diatur. Kesemua langkah ini adalah untuk menjamin kejayaan
dan sokongan padu daripada kakitangan terhadap pembaharuan yang dibuat.
Perkhidmatan yang berkualiti harus mengejar pembaharuan. Ia bukan mudah
untuk dicapai, perancangan yang teliti harus dibuat secara teratur, tertib, tidak terlalu
drastik dan boleh dibuat secara incremental dalam bentuk penyelesaian masalah bagi
mencapai matlamat kemajuan global. Program dan projek pembaharuan dalam
pentadbiran perlu dilaksanakan dengan displin dan penuh komitmen, gigih
berdasarkan prinsip follow up dan follow through untuk mencapai pembaharuan yang
berkekalan dan perkhidmatan awam yang progresif dan dinamik.
Kursus, latihan dan taklimat yang berkaitan dari masa ke semasa kepada
kakitangan di semua peringkat adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran, motivasi, produktiviti, dan mutu kerja kakitangan serta meningkatkan
kesedaran tentang tanggungjawab mereka. Abad 21 adalah era pekerja berilmu,
pengetahuan dan pendedahan mengenai pembaharuan serta sistem baru perlu
dilakukan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan awam.
Peraturan dan pembaharuan yang dibuat tidak akan terlaksana sekiranya
kakitangan tidak peka terhadap perubahan dan kehendak awam. Semua kakitangan
24
awam perlu mengubah sikap, memikul tugas dengan amanah, akauntabel, jujur dan
ikhlas. Setiap kakitangan patut menyemai prinsip dalam diri masing-masing bahawa
tugas yang mereka sandang adalah amanah yang perlu ditunaikan. Mereka perlu
meningkatkan lagi sifat dedikasi, minat, kesungguhan kerja dan memupuk sifat
responsif terhadap kehendak pelanggan. Sikap pekerja adalah faktor utama dalam
mengukur kejayaan reformasi pentadbiran. Pekerja hendaklah sentiasa berfikiran
terbuka, peka kepada perubahan yang dibuat dan boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan tersebut. Mengubah minda kakitangan amat penting. Ini kerana
kepercayaan dan inilah yang membentuk tingkahlaku. Kakitangan perlu berubah
kepada nilai-nilai baru untuk mempelajari kemahiran yang pelbagai dan bersedia untuk
menerima budaya kerja yang baru.
Pembesaran kerja (enlargement), pengkayaan kerja (enrichment) dan
penurunan kerja (empowerment) merupakan keperluan mutlak dan boleh
meningkatkan motivasi kakitangan. Ini kerana pekerja yang diberi peluang untuk
membuat keputusan yang berkaitan dengan bidang tugasnya, akan merasa diperlukan,
diiktiraf dan dihargai di dalam organisasi apabila pendapat mereka diterima pakai.
Kualiti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan sekiranya pihak atasan lebih
memahami kehendak jentera penggeraknya. Kepentingan dan kebajikan perlu
diseimbangkan di antara kakitangan dan pelanggan. Ini secara langsung dapat
menyelesaikan masalah dalaman organisasi dan meningkatkan kepuasan bekerja
dikalangan kakitangan. Dengan ini pekerja dapat keselesaan yang sewajarnya dan
dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.
Pihak pengurusan atasan juga perlu menunjukkan contoh terbaik dalam
menjayakan reformasi pentadbiran ini. Kepimpinan melalui teladan perlu diamalkan.
Gaya baru kepimpinan amat perlu seperti mengubah fungsi daripada kaedah yang
memberikan arahan dan kawalan kepada kaedah kerja berpasukan (team work).
Membina hubungan baik dengan pekerja sukar kerana melibatkan emosi dan perasaan.
Pemimpin berurusan dengan pekerja berilmu, oleh itu mereka perlu lebih kretif dan
inovatif dalam setiap tindakan yang diambil. Ini dapat mengelakkan pertukaran kerja
25
di kalangan kakitangan. Komunikasi di antara kakitangan pelbagai peringkat amat
penting untuk menyelesaikan masalah yang akan timbul dan akan timbul. Peluang
perlu diberi kepada pegawai kanan dan kakitangan membincangkan masalah kerja.
Hubungan baik di antara pihak atasan dan bawahan serta persefahaman di antara
kedua-dua pihak, salah satu faktor penting dapat meninggikan kualiti perkhidmatan
awam.
Untuk mencapai tahap world class, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti
mempunyai benchmark, tanda rujukan atau standard yang mesti dicapai. Warga
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti proaktif, berfikir secara strategik, lebih
efisien dan mempunyai keupayaan melaksanakan pilihan strategi yang dibuat. Pejabat
Daerah / Tanah Hulu Langat telah mengalami perubahan dari segi peningkatan
infrastruktur melalui pemodenan kemudahan komputer secara on-line,
mempermudahkan peraturan dan meningkatkan kualiti pengeluaran.
Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang berorientasikan pelanggan, Pejabat
Daerah / Tanah Hulu Langat mesti mengubah mutu perkhidmatan dan cara berfikir
tanpa mengorbankan keselamatan orang ramai. Oleh itu, kakitangan perlu banyak
diberi pendedahan tentang budaya kerja cemerlang untuk meningkatkatkan imej
organisasi. Memberi maklumat kepada orang awam tentang organisasi adalah langkah
wajar, dengan ini memudahkan matlamat organisasi dicapai dengan jayanya.
Tenaga manusia adalah aset terpenting dalam organisasi. Peningkatan prestasi
berkaitan dengan sumber manusia. Peningkatan dalam pengetahuan, kemahiran dan
sikap. Elakkan sikap suka bertangguh kerana perkara yang kecil hari ini boleh menjadi
masalah besar nanti. Peningkatan akhlak, nilai murni dan penghayatan nilai islam
dapat meningkatkan imej jabatan dan mengelakkan penyelewengan, salah guna kuasa
dan pembaziran masa. Setiap kakitangan jabatan memerlukan kesedaran diri dari segi
mental dan berfikiran terbuka serta perlu diberi peluang dan menghadiri kursus yang
ditetapkan oleh jabatan. Sikap dedikasi dan kesabaran perlu dipertingkatkan dan
mengelakkan sikap pilih kasih di antara kakitangan dalam organisasi. Kerjasama di
antara rakan sekerja amat perlu dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian.
26
4.2 CADANGAN MENINGKATKAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
Bagi menjayakan sesuatu kerja, persiapan dan persediaan dari semua aspek
amatlah penting bagi mencapai atau menghasilkan nilai kualiti sesuatu latihan industri
itu malah persiapan dari segi mental dan fizikal seseorang pelajar itu amatlah penting.
Penguasaan bahasa terutamanya penguasaan bahasa inggeris amatlah penting
sejajar dengan teknologi masa kini yang memerlukan penguasaan bahasa inggeris
sepenuhnya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak tidak kira dalam bidang
professional atau sebaliknya. Pihak universiti perlu menekankan kepentingan
penggunaan bahasa inggeris di dalam aktiviti harian kelas. Pihak universiti juga perlu
mewajibkan kepada setiap pelajar bukan sahaja lulus dengan baik malah dapat
berkomunikasi dengan lancar dalam penggunaan bahasa inggeris ini. Penguasaan
bahasa inggeris yang baik di kalangan pelajar akan membantu mereka dalam
pesaingan pasaran kerja hari ini.
Tempoh latihan industri juga dicadangkan dipanjangkan kepada enam (6)
bulan. Dengan pemanjangan tempoh ini, pelatih merasakan ianya dapat
memperbanyakkan lagi pengalaman dan pengajaran mengenai kehidupan bekerja atau
sebaliknya. Jika tempoh latihan ini dikekalkan seperti sedia ada pelajar tidak akan
mengalami sesuatu perkara yang baru dan menganggap latihan ini dilakukan hanya
untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan ijazah.
4.3 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, didapati latihan industri memberi pelbagai faedah kepada pelatih
dimana terdapat peningkatan dari segi sikap, komunikasi dan tabiat kerja pada diri
pelatih disamping keyakinan tentang faedah menjalani latihan industri. Diharapkan
latihan industri ini meningkatkan kematangan pelatih selain menyediakan modal insan
kepada pelatih bertepatan dengan permintaan industri masa kini.
27
RUJUKAN
Laman web Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web
http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php
Laman web Pejabat Hal-Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam capaian laman web http://www.ukm.my/hejim/
Peta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web
http://maps.google.com.my/
SELANGOR
28
LAMPIRAN
Gambar 1 : Peta Daerah Hulu Langat
Gambar 2 : Bangunan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat
29
Gambar 3: Pelan lokasi Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat
30
Berikut antara beberapa gambar aktiviti sepanjang pelatih menjalankan latihan industri
di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :
Gambar 4 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dengan cadangan
mewujudkan perpustakaan mini di kawasan Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat.
31
Gambar 5 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Kempen
Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu Langat).
32
Senarai memo dan tugasan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat