LAPORAN KURSUS DALAMAN PENDEDAHAN ASAS 3 KELESTARIAN
PROGRAM LINUS NUMERASI TAHUN 3: ZON BANGSAR DAN PUDU 2013.
Tarikh : 09 Julai 2013
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Jalan Sungai Besi (1)
Kehadiran : 1. En. Mohd Mizan b. Mohd Aris2. En. Shafarullah b. Abd. Jalil3. En. Othman b. Leman4. En. Ramachandran a/l Karuppiah5. Pn. Siti Rodziah bt. Md. Rejab6. Pn. Hjh. Hasnah. Bt. Khairuddin 7. En. Ahmad Lutfi b. Ngah Ishak8. En. Abdul Rashid b. Hj. Md. Hassim9. En. John Napoleon10. Pn. Rosida bt. Supian11. Pn. Norhafzan bt. Abd. Hamid12. Pn. Saidah bt. Mat Yaacob13. En. Mohd Anuar b. Hj,. Ibrahim14. En. Bun Lai a/l Ken15. Pn. Siti Rodfizah bt. Mohd Khari16. En. Latif b. Ibrahim17. En. Harman b. Othman18. Cik Balqish bt. Shamsudin
Tidak Hadir : 1. Pn. Saridah bt. Mohamed ( cuti bersalin )2. Pn. Dalila bt.Aziz ( cuti bersalin )
1. PENDAHULUAN
Kursus Dalaman PENDEDAHAN ASAS 3 KELESTARIAN PROGRAM LINUS NUMERASI
TAHUN 3: ZON BANGSAR DAN PUDU 2013 diadakan adalah bagi tujuan untuk memberi
pendedahan tentang pelaksanaan program LINUS numerasi kepada guru-guru yang terlibat
khususnya dalam mengenal pasti masalah P d P murid-murid dan seterusnya meningkatkan
tahap penguasaan asas 4m melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi yang pelbagai
Di samping itu, objektif kursus seumpama ini diadakan adalah untuk;
1. Memupuk kesedaran terhadap peranan ‘Bridging’ dalam pembelajaran matematik
murid LINUS
2. Menyepadukan unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
3. Meneroka pelbagai cara pengiraan yang kreatif dalam operasi darab dan bahagi.
2. PELAKSANAAN AKTIVITI
Pelaksanaan kursus dalaman ini adalah perjumpaan yang dirancang bersama
dengan guru LINUS, guru –guru dan barisan pentadbir sekolah mengikut ketetapan
berikut:
1. Slot 1 – Makluman berkenaan LINUS 2.0 dan Konsep Bridging dalam Nombor
2. Slot 2 – Perkongsian Amalan : Cara pengiraan Secara Kreatif Dalam Operasi Darab
dan Bahagi
3. Slot 3 – Pengiraan Mental Secara kreatif bagi Operasi Darab dan Bahagi
4. Slot 4 – Pengiraan bertulis Secara Kraetif Dalam operasi Darab dan Bahagi
3. PENUTUP
Secara keseluruhan, program ini dianggap berjaya memberi pendedahan yang
amat berguna kepada guru-guru LINUS dalam usaha bagi meningkatkan keupayaan
murid dalam operasi Darab dan Bahagi melalui pengiraan secara kreatif. Diharapkan
dengan adanya program sempama ini. prestasi murid dapat ditingkatkan dan seterusnya
dapat mengurangkan bilangan murid LINUS di sekolah ini dan mencapai sasaran yang
ditetapkan oleh pihak PPD Pudu Bangsar serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
Disediakan oleh,
( AHMAD LUTFI B. NGAH ISHAK ) GURU MATEMATIK TAHUN 3 SK JALAN SUNGAI BESI (1), K.L
LAPORAN BERGAMBAR
Ucapan alu-aluan oleh GPK Tadbir & Kurikulum, En Shafarullah b. Abd Jalil
Perkongsian Ilmu Slot 1
Guru-guru yang terlibat dalam sesi kursus dalaman Pendedahan LINUS Numerasi
Demonstrasi kaedah pendaraban menggunakan jari
Recommended