27
LAPORAN PEMENTORAN KALI PERTAMA BULAN JANUARI 2014 TARIKH 30 JANUARI 2014 MASA 7.30 PAGI – 1.30 TENGAH HARI AKTIVITI LAPOR DIRI DAN MELAWAT KAWASAN SEKOLAH KAEDAH PELAKSANAAN Pemerhatian dan perbincangan PROSES PELAKSANAAN Guru-guru baharu diperkenalkan staf-staf sekolah termasuklah staf-staf sokongan.Hal yang demikian adalah untuk membuatkan guru-guru baharu lebih selesa dan dan tidak berasa kekok bergaul dengan rakan-rakan sekerja. Guru Penolong Kanan Takbir & Kurikulum, Puan Azizan bt Hanafiah juga membawa guru-guru baharu ke Bilik Guru bagi membolehkan guru-guru baharu mendapatkan tempat untuk memulakan tugas selain berkenal- kenalan dengan guru-guru lama di sekolah. REFLEKSI Sesi melapor diri berjalan dengan lancar. Pembahagian tugas dan jadual waktu akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Lawatan ringkas ke sekitar kawasan sekolah membuatkan saya sedikit teruja untuk bertugas di sekolah ini. Prasarana sekolah ini tidaklah sehebat dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar yang lain walaupun terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur, namun saya kagum dengan semangat yang ditunjukan oleh warga sekolah dalam mendidik murid-murid di sini. Guru-guru di SKKB juga

Laporan Aktiviti Sesi Perjumpaan Atau Program

Embed Size (px)

Citation preview

LAPORAN PEMENTORAN KALI PERTAMABULAN JANUARI 2014

TARIKH30 JANUARI 2014

MASA7.30 PAGI 1.30 TENGAH HARI

AKTIVITILAPOR DIRI DAN MELAWAT KAWASAN SEKOLAH

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Guru-guru baharu diperkenalkan staf-staf sekolah termasuklah staf-staf sokongan.Hal yang demikian adalah untuk membuatkan guru-guru baharu lebih selesa dan dan tidak berasa kekok bergaul dengan rakan-rakan sekerja. Guru Penolong Kanan Takbir & Kurikulum, Puan Azizan bt Hanafiah juga membawa guru-guru baharu ke Bilik Guru bagi membolehkan guru-guru baharu mendapatkan tempat untuk memulakan tugas selain berkenal-kenalan dengan guru-guru lama di sekolah.

REFLEKSI

Sesi melapor diri berjalan dengan lancar. Pembahagian tugas dan jadual waktu akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Lawatan ringkas ke sekitar kawasan sekolah membuatkan saya sedikit teruja untuk bertugas di sekolah ini. Prasarana sekolah ini tidaklah sehebat dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar yang lain walaupun terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur, namun saya kagum dengan semangat yang ditunjukan oleh warga sekolah dalam mendidik murid-murid di sini. Guru-guru di SKKB juga bijak menggunakan segala kemudahan yang serba kekurangan dan mengubahsuaikannya untuk di digunakan di sekolah ini. Di samping itu, sifat peramah staf-staf juga membantu saya menyesuaikan diri dengan baik.

Antara tempat yang dilawati ialah kelas Tahun 1 hingga Tahun 6, Pusat Sumber, Bilik Guru, Bilik Alatan Sukan, Padang, Dewan Sekolah, dan Kantin . Walaupun bangunan serba sederhana, infrastruktur di sekolah ini sangat terjaga dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Lawatan ini amat penting kerana saya perlu mengenali dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Di samping itu, saya juga sempat bertemu dan berkenalan dengan guru-guru, murid murid dan pekerja sekolah. Saya akan berusaha untuk menyesuaikan diri di tempat baru ini. Segala ilmu dan pengetahuan yang diperoleh semasa saya menuntut di Institut Pendidikan Perguruan akan saya praktikkan di sini.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(NUR ARDILLA NAJWA MAULAT MURSIN)(EN. MOHD FAISAL B. ABDUL HALIM)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KEDUABULAN APRIL 2014

TARIKH14 APRIL 2014

MASA8.00 9.00 PAGI

AKTIVITI1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN2. SUKATAN PELAJARAN

KAEDAH PELAKSANAAN

Penerangan dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor memberikan penerangan berkaitan cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan Huraian Sukatan Pelajaran yang perlu diikuti dan dihabiskan bagi setiap kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Mentor dan guru baharu berbincang aspek yang perlu ditulis dalam Rancangan Pengajaran Harian seperti masa, standard kandungan, objektif dan aktiviti. Guru baharu perlu meletakkan objektif dan menyediakan lembaran kerja berdasarkan tahap keupayaan murid. Penulisan RPH bagi kelas LINUS berbeza dengan kelas yang perdana. Guru Baharu perlu memasukkan objektif dan aktiviti LINUS dalam satu RPH. Mentor mengingatkan bahawa setiap Jumaat, RPH perlu dihantar.

Mentor juga memberi peringatan bahawa tidak menyiapkan ringkasan mengajar merupakan kesalahan besar dalam profesion keguruan. Mentor juga turut menyatakan bahawa Rancangan Pengajaran Harian turut juga boleh ditulis dalam format bertaip. Oleh itu, guru-guru baharu boleh memilih untuk menulis RPH di dalam buku rekod mengajar sedia ada mahupun dengan secara menaip dan dimasukkan ke dalam fail.

REFLEKSI

Perbincangan yang dilakukan bersama mentor memberikan gambaran yang jelas kepada saya penulisan Rancangan Pengajaran Harian. Saya menyedari bahawa pemilihan objektif amat penting kerana ia perlu mengikut tahap perkembangan murid. Objektif yang terlalu tinggi tidak dapat dicapai bagi murid yang lemah dan objektif yang terlalu rendah amat mudah dicapai bagi murid yang pandai.

Saya telah ditugaskan untuk mengajar Bahasa Malaysia bagi Tahun 2 dan Tahun 4. Selain itu juga, saya turut ditugaskan untuk mengajar Dunia Muzik bagi Tahun 1 sehingga 3 dan Pendidikan Muzik bagi Tahun 5 dan 6. Kaedah penulisan semasa menjalani praktikum dan alam pekerjaan adalah berbeza. Namun demikian, dengan penerangan dan penjelasan yang diberikan, ia amat membantu saya dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran yang telah ditugaskan. Kesukaran menentukan tajuk dan pembahagian masa dapat diatasi dengan mudah hasil bimbingan mentor. Maka, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mengajar murid dengan baik.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KETIGABULAN MEI 2014

TARIKH6 MEI 2014

MASA9.45 - 10.45 pagi

AKTIVITIPANITIA MATA PELAJARAN

KAEDAH PELAKSANAAN

Penerangan dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor menerangkan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran bagi subjek Muzik kepada guru baharu. Mentor menerapkan nilai-nilai kerjasama dan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi. Guru baharu turut didedahkan dengan tugas-tugas panitia dan perancangan tahunan panitia. Ketua Panitia hendaklah merancang aktiviti berkaitan panitia yang dipegang. Selain itu, guru baharu didedahkan tentang pengurusan fail panitia. Ketua Panitia juga dikehendaki mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

REFLEKSI

Segala penerangan daripada mentor mengenai Pengurusan Panitia Mata Pelajaran berjalan lancar. Perbincangan ini sangat membantu saya dalam memahami Pengurusan Panitia Mata Pelajaran. Selain itu juga saya juga telah dilantik sebagai Ketua Panitia Muzik. Dengan penerangan daripada mentor, saya lebih jelas dalam menjalankan tugas saya sebagai Ketua Panitia. Selain menimba ilmu di dalam kelas, aktiviti panitia turut memberi manfaat kepada murid murid. Oleh yang demikian, Ketua Panitia hendaklah merancang aktiviti di sekolah. Saya turut didedahkan dengan tugas-tugas dan peranan bagi seorang guru akademik biasa di sekolah.

Mentor memberi kesedaran kepada saya bahawa dokumentasi amatlah penting dalam sesebuah organisasi. Saya akan berusaha untuk menguruskan fail dengan sebaik mungkin dengan melengkapkan segala isi kandungan yang diperukan dalam fail. Melalui perbincangan yang dilakukan, ia banyak memberikan idea kepada saya untuk merancang aktiviti-aktiviti dan menguruskan fail dengan baik.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMEMENTORAN KALI KEEMPATBULAN MEI 2014

TARIKH19 MEI 2014

MASA9.45 - 10.45 pagi ( 1 JAM )

AKTIVITIKOKURIKULUM

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor menerangkan perancangan aktiviti kokurikulum mengikut takwim dan pembahagian kokurikulum di sekolah mengikut Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Permainan/Sukan. Mentor turut menekankan kehadiran ke setiap aktiviti kokurikulum kepada guru baharu.

Mentor menerangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum. Mentor memberi penerangan mengenai jenis sukan serta permaian yang perlu diajar sewaktu kokurikulum dijalankan di sekolah. Mentor memberikan bahan-bahan yang sesuai untuk membantu mentee ketika pengajaran dilaksanakan terhadap murid.

REFLEKSI

Saya telah dilantik menjadi Penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Segala penerangan daripada mentor mengenai kokurikulum berjalan dengan lancar. Perbincangan yang dilakukan ini amat membantu saya memahami tugas dan peranan saya sebagai Penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan.

Selain daripada itu juga, saya juga turut memerhatikan rakan penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Beliau menyatakan kehadiran murid adalah penting di samping dokumentasi setiap akitiviti persatuan perlulah direkodkan.

Segala penerangan daripada mentor mengenai Kokurikulum berjalan lancar. Perbincangan ini sangat membantu saya dalam memahami tugas mengenai bidang Kokurikulum. Saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KELIMABULAN JUN 2014

TARIKH17 JUN 2014

MASA11.20 pagi 12.20 tengahari

AKTIVITIKAJIAN TINDAKAN

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor mengajar dan membimbing guru baru cara untuk membuat kajian tindakan. Mentor menunjukkan contoh serta perkara-perkara yang perlu ada dalam kajian tindakan itu bagi membolehkan guru baharu dapat mula merangka dan mengenalpasti tajuk kajian yang ingin dipilih. Mentor turut memberikan bahan tertentu bagi rujukan guru baharu. Mentor telah meminta guru baharu mengenalpasti pemasalahan pembelajaran dan membincangkan langkah langkah bagi mengatasi permasalahan tersebut. Selepas kajian tindakan dibuat, laporan ini akan dibentangkan dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah.

REFLEKSI

Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor membuatkan saya lebih memahami cara untuk membuat kajian tindakan di sekolah. Saya dapat memahami cara kajian tindakan dilakukan dan akan mula membuat kajian tindakan selepas ini. Kajian tindakan amat penting kerana ia dapat membantu diri saya untuk memperbaik kelemahan yang ada untuk menjadi lebih baik.

Saya telah membuat catatan permasalahan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Segala masalah akan dirujuk kepada mentor. Proses untuk membuat kajian tindakan ini memerlukan kerjasama yang baik dengan semua pihak. Saya berasa amat gembira kerana guru guru banyak membantu saya sepanjang saya berada disini. Kajian tindakan ini agak sukar dibuat kerana memerlukan pengalaman yang baik. Dengan berbekalkan ilmu sepanjang saya berada di IPG akan saya praktikkan semasa menjalankan kajian tindakan disini.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KEENAMBULAN JUN 2014

TARIKH25 JUN 2014

MASA10.00 - 10.45 pagi

AKTIVITIKEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI SEBAGAI PENDIDIK

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor bertanya tentang keadaan guru baharu dan berkongsi maklumat tentang tempat tinggal, bagaimana menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan komuniti, berkaitan pengurusan gaji, pengangkutan, tuntutan perjalanan dan lain-lain. Mentor menerangkan perihal cuti dan sebagainya bagi memudahkan saya memahami dan bertindak dengan betul di masa akan datang supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

REFLEKSI

Penerangan dan perkongsian daripada mentor sangat membantu saya memahami sekolah dengan lebih mendalam. Budaya kerja yang baik dan harmoni yang diamalkan membantu emosi saya lebih bersedia menerima sebarang kemungkinan. Perkongsian ini memberi kesedaran kepada saya supaya lebih bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha ke arah lebih baik. Saya akan mengharungi segala tugas yang amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya sebaik yang mungkin.

Saya bersyukur kerana mentor merupakan seorang yang bertanggungjawab. Beliau banyak membimbing saya sebagai seorang guru baharu disini. Mentor banyak membimbing saya daripada pelbagai aspek dalam dunia pendidikan. Beliau seorang yang mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan guru baharu. Selain daripada itu, beliau juga turut memberikan sokongan moral serta bimbingan kepada saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KETUJUHBULAN JULAI 2014

TARIKH18 JULAI 2014

MASA7.30 8.00 pagi

AKTIVITIPENGURUSAN PORTFOLIO PPGB

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor memberi taklimat kepada guru baharu cara untuk menguruskan portfolio dengan baik dan sistematik. Mentor menekankan aspek aspek yang perlu diberi tumpuan dalam menyiapkan portfolio. Mentor memberi penerangan mengenai kaedah serta bahan yang perlu dimasukkan dalam portfolio PPGB. Beberapa maklumat berbentuk softcopy serta hardcopy turut diberikan sebagai panduan untuk menyiapkan portfolio tersebut. Mentor turut memberikan penerangan mengenai cara pelaksanaan PPGB di sekolah ini.

REFLEKSI

Hasil perbincangan telah memudahkan saya untuk menyiapkan portfolio ini dengan sebaik mungkin. Saya berasa amat bertuah kerana mentor amat membimbing asaya sepanjang berada di sekolah ini. Bahan-bahan yang diberikan banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan portfolio PPGB. Saya telah mengumpul semua maklumat yang berkaitan sekolah dan bidang perguruan. Maklumat yang diperoleh ini akan dimasukkan ke dalam portfolio PPBG.

Melalui bahan bahan ini, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan sekolah ini, prestasi akademik, kokurikulum dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab guru besar, penolong kanan dan gurub akademik biasa. Saya menyedari bahawa pengurusan portfolio amat penting. Saya perlu menguruskan portfolio ini dengan sistematik dan tersusun agar ia mudah untuk disemak nanti.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(EN. MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

5.1.8 LAPORAN PEMENTORAN KALI KELAPANBULAN JULAI 2014

TARIKH25 JULAI 2014

MASA10.00 - 10.30 pagi

AKTIVITIPENGURUSAN BILIK DARJAH

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Perbincangan bersama mentor pengurusan bilik darjah yang selesa. Mentor telah memberikan idea untuk menghias kelas supaya ceria dan cantik. Bilik darjah perlu dihias dengan cantik supaya murid murid bersemangat. Mentor telah membuat pemerhatian bersama guru baharu terhadap kelas kelas yang lain.

Di samping itu, mentor juga melakukan perbincangan pengurusan bilik darjah seperti pengurusan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran, buku kedatangan, buku pemantauan kelas, organisasi kelas, papn kenyataan, sudut bacaan dan buku disiplin murid.

REFLEKSI

Perbincangan bersama mentor amat membantu saya dalam menguruskan penyediaan bilik darjah supaya kondusif, selesa, menarik dan persekitaran pembelajaran yang efisien.Saya telah melakukan perbincangan bersama mentor untuk menghias bilik darjah. Segala ilmu yang disampaikan oleh mentor dijadikan panduan. Jadual bertugas, jadual pembelajaran, sudut bacaan dan sebagainya perlu diwujudkan bagi mewujudkan bilik darjah yang kondusif.

Saya telah melakukan transformasi dengan menghias bilik darjah saya iaitu Tahun 2 supaya ia kelihatan kemas dan bersih. Saya melihat murid murid sangat bersemangat menjaga kebersihan kelas. Murid-murid juga sangat bersemangat apabila melihat kelas mereka cantik dan bersih terhias dengan sudut-sudut bacaan.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KESEMBILANBULAN OGOS 2014

TARIKH12 OGOS 2014

MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)

AKTIVITIKAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN TERHADAP MURID

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor memberi garis panduan dan menunjukkan contoh tentang cara penandaan buku latihan murid. Mentor bersama guru baharu telah menyemak sampel tugasan murid bersama dan memberikan maklum balas. Mentor membuat tinjauan terhadap bahan bahan berhubung Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan oleh guru baharu. Di samping itu, mentor juga telah memberikan panduan kepada guru baharu untuk membuat penilaian murid.

REFLEKSI

Mentor telah membantu saya dalam membuat penilaian yang tepat dan berkesan kepada murid berdasarkan kepada pencapain murid. Penilaian murid setiap kali berlansung proses pengajaran dan pembelajaran amat penting. Terdapat pelbagai jenis penilaian yang boleh dilakukan sama ada secara formal atau tidak formal. Melalui penilaian, guru dapat melihat sama ada objektif dapat dicapai mahupun sebaliknya.

Mentor amat membantu saya dalam menanda buku latihan murid. Saya juga diingatkan oleh mentor supaya sentiasa menanda buku latihan murid. Segala instrument yang disediakan perlu dimasukkan ke dalam portfolio PBS sebagai bahan bukti.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KESEPULUHBULAN OGOS 2014

TARIKH28 OGOS 2014

MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)

AKTIVITIPENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI SEKOLAH

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Melibatkan guru baharu dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Mentor membantu guru baharu membina keyakinan diri dalam perhubungan dengan ibu bapa dan komuniti sekolah. Mentor membimbing guru baharu memahami keperluan ibu bapa dan komuniti serta tanggungjawab kepada sekolah. Guru baharu telah dilantik sebagai ahli dalam Sarana Ibu Bapa. Satu lawatan telah diadakan bersama guru baharu ke rumah panjang Suku dan Peter Mingat untuk beramah mesra dengan ibu bapa.

REFLEKSI

Melalui perbincangan dan lawatan yang diadakan, saya memahami dengan lebih jelas peranan ibu bapa terhadap sekolah. Setiap sekolah telah diwujudkan satu jawatankuasa Sarana Ibu Bapa. Guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya tahap prestasi murid dapat ditingkatkan. Apabila hubungan yang baik dibina, maka suasana yang aman dan harmoni dapat diwujudkan.

Saya berpeluang untuk melawat kerumah panjang bersama mentor. Semasa berada di rumah panjang, saya telah beramah mesra bersama ibu bapa. Mereka berkongsi tentang latar belakang anak anak mereka. Murid di sini ramai yang tinggal berasam datuk dan nenek mereka kerana ibu mereka bekerja. Saya berasa amat gembira kerana berpeluang untuk melihat budaya yang baru di tempat baru. Saya dapat menimba pengalaman mengenai budaya masyarakat yang terdapat di Negara kita. Saya meneroka dan mendalami cara hidup murid yang saya ajar. Ia berbeza dengan murid di semenanjung.

Dalam aktiviti Sarana Ibu Bapa, banyak program yang dirancang dan dilaksanakan dengan melibatkan semua ibu bapa. Ibu bapa disini amat memberikan kerjasama yang erat dengan guru-guru dan pentadbiran.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KESEBELASBULAN SEPTEMBER 2014

TARIKH5 SEPTEMBER 2014

MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)

AKTIVITIPENINGKATAN MOTIVASI DAN PENGHARGAAN KENDIRI MURID

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor membantu guru baharu dalam meningkatkan motivasi dan penghargaan kendiri murid. Perbincangan ini telah dilakukan bersama mentor dan guru disiplin di sekolah. Mentor berkongsi pengalaman tentang latar belakang kelas dan focus pendidikan. Mentor memberikan garis panduan berhubung focus pendidikan berdasarkan tahap pencapaian murid. Selain itu, mentor juga telah mendedahkan kepada murid tentang psikologi remaja.

REFLEKSI

Melalui perbincangan bersama guru disiplin, saya telah memperoleh maklumat berkaitan masalah dispilin di sekolah ini. Saya berasa kagum dengan murid murid disini kerana mereka sangat menghormati guru guru. Masalah disiplin yang dilaporkan hanya masalah yag kecil dan tidak serius. Murid mematuhi peraturan sekolah. Semasa perbincangan ini, guru yang berpengalaman juga berkongsi cara untuk menyelesaikan masalah murid yang mempunyai masalah dispilin. Guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi menangani masalah.

Selain itu, saya menyedari untuk meningkatkan motivasi murid murid, saya hendaklah memberikan ganjaran supaya mereka lebih bersemangat. Saya telah melaksanakan system token di dalam kelas. Murid yang mempunyai bilangan token yang paling banyak diberikan peghargaan pada setiap hujung bulan.

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)

LAPORAN PEMENTORAN KALI KE DUA BELASBULAN SEPTEMBER 2014

TARIKH20 JANUARI 2015

MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)

AKTIVITIPERMENTORAN AKHIR

KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian dan perbincangan

PROSES PELAKSANAAN

Mentor memberikan pementoran akhir sebelum fail disemak oleh PPD. Guru mentor menyemak Folio PPGB dan memberikan cadangan untuk menambah baik folio tersebut.

REFLEKSI

Melalui pementoran akhir ini saya mendapat banyak nasihat

T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR

.

.

(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)