Faculty Of Education And Language
SEPTEMBER 2011 (SMP ambilan MAC 2011)
KOD KURSUS :
NO. MATRIKULASI : 770522036280001
NO. KAD PENGNEALAN : 770522036280
NO. TELEFON : 0126692321
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Petaling Jaya
Laporan BSMM 2012
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN
UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
TAHUN 2012
DISEDIAKAN OLEH:
Pn Noraini Awang@Shari
Laporan BSMM 2012
ISI KANDUNGAN
1.Merancang Aktiviti BSMM.
i. Pengenalan
ii. Pemilihan aktiviti
iii. Penulisan kertas cadangan
iv. Struktur dan organisasi kertas cadangan sumber sokongan
2. Pelaksanaan Aktiviti
i. Unsur kesukanan/permainan
ii. Unsur kejurulatihan
iii. Unsur pembangunan sahsiah
iv. Unsur nilai murni
v. Unsur kerjasama
3.Pelaporan Aktiviti
i. Latar belakang aktiviti
ii. Objektif aktiviti
iii. Perbincangan pelaksanaan aktiviti
iv. Hasilan aktiviti
v. Refleksi
vi. Kesimpulan
4. skill/kemahiran
i. Menyediakan bahan grafik
ii. Merakam gambar/video
iii. Mengorganisasikan grafik
iv. Aspek kepegawaian
v. Aspek kejurulatihan
vi. Aspek “soft skills”-kemahiran insaniah
5.Bukti /dokumentasi
i. Gambar aktiviti
ii. Gambar/kumpulan
iii. Video
iv. Brosur
v. Grafik/peta minda
6.Pemikiran refleksi
Laporan BSMM 2012
i. Penulisan secara kritis
ii. Emotional intellingence(EQ)
iii. Penyelesaian masalah.
1.Merancang Aktiviti BSMM.
i. Pengenalan
Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent )
Jenis :Pertubuhan bukan untung
Ditubuhkan :1948
Ibu pejabat :Kuala Lumpur, Malaysia
Industri :Kesihatan
Produk :Bantuan kemanusiaan
Laman Web :http://www.redcrescent.org.my
Bulan Sabit Merah Malaysia Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan
pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan
Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Kelahiran Bulan Sabit Merah Malaysia Malaysia (BSMMM) mempunyai urutan
sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di
bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia
Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam
negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan
penutup dan mencatatkan:
Laporan BSMM 2012
" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di
Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan
Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan
sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan
berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan
bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April
1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut
rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat
lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.
Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang
kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan
Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua
orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah
ditubuhkan pada tahun 1952.
AKTA PERTUBUHAN
Laporan BSMM 2012
Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :
1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi
Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di
London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of
Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan
dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak
dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society
(Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act
540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
LAGU
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
*Lyrics: Dato’ Dol Ramli @ Song: Dato’ Johari Salleh”Lagu Bulan Sabit Merah” – was
first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name of the Society from the
Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red Crescent Society.
Laporan BSMM 2012
PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH
KEMANUSIAAN
• memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan mereka yang tercedera di medan
perang.
KESAKSAMAAN
• tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa, kaum, kepercayaan agama, darjat
atau fahaman politik.
• memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.
BERKECUALI
• pergerakan tidak boleh menyertai mana-mana pihak yang berperang atau melibatkan
diri pada bila-bila masa dalam perbalahan-perbalahan yang berunsur politik,
perkauman, agama atau ideologi.
KEBEBASAN
• pergerakan adalah bebas dan mengekalkan otonominya supaya sentiasa dapat
mengikut prinsip-prinsip pergerakan.
KHIDMAT SUKARELA
• pergerakan bantuan sukarela yang bukan didorong dalam apa hal jua sekalipun oleh
hasrat untuk mendapatkan keuntungan.
KETUNGGALAN
• hanya SATU sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang harus
wujud dalam sesebuah negara.
KESEJAGATAN
• Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, semua Persatuan
mempunyai taraf yang sama serta memikul tanggungjawab yang sama rata.
• merupakan satu pergerakan sedunia.
OBJEKTIF
Laporan BSMM 2012
a. Menerapkan 7 prinsip asas ke dalam diri setiap ahli-ahli BSMM.
b. Memberi penekanan kepada kepentingan pertolongan cemas.
c. Memberi pendedahan kepada ahli persatuan tentang ciri-ciri BSMM yang
sebenar selaras dengan prinsip-prinsip BSMM.
d. Menggalakkan murid bekerjasama dan sedia berkhidmat dikalangan murid-
murid dan juga masyarakat.
AHLI JAWATANKUASA BSMM
a. Penasihat : Pn Nur’Aini bt Abdul Aziz
b. Pengerusi : En Alias B Mohamad
c. Guru Penasihat : Pn Noraini Bt Awang @ Shari
Pn Surizan Bt Hassan
Cik Nurulhusna Bt Yem
Pn Nurkhalimaton Bt Ardani
Pn Masa’ah Bt Abd Latif
BILANGAN KEAHLIAN : 42 orang.
a. Pengerusi : Nur Eren Bt Abdul Rani
b. Naib pengerusi : Sates A/L Kumar
c. Setiausaha : Reni Nurmaria Bt Nazarudin
d. Bendahari : Aiswariya A/P Kalaichelvan
e. AJK Tahun 4 : Altaf Syaqiq Bin Sherulanuar
Tahun 5 : Mohd Daniel Sidney B. M. Amirul Sidney
Tahun 6 : Linkesh A/P Sathasivam
ii. Pemilihan aktiviti.
Laporan BSMM 2012
a) Program/Aktiviti
Aktiviti bagi Bulan Sabit Merah Malaysia sesi 2012 adalah berpandukan Buku
Panduan Bulan Sabit Merah Malaysia Malaysia bagi Sekolah Rendah.Aktiviti –
aktivitinya adalah
seperti:
i. Pendaftaran ahli-ahli baru sesi 2012
Pendaftaran ahli diadakan pada bulan Januari .Para guru penasihat
memperkanalkan diri kepada ahli-ahli BSMM.Pembahagian kumpulan
mengikut tahun iaitu tahun 4,5 dan 6. Ahli BSMM tahun 4 menggunakan
kelas 4A,Tahun5 menggunakan kelas 4B dan tahun 6 menggunakan kelas
1D.Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh beberapa orang
guru.Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru sesi 2012 dan penerangan tentang
peraturan-peraturan ketika berpersatuan kepada para ahli. Sejarah BSMM
diperkenalkan kepada ahli-ahli.
ii. Nyanyian Lagu BSMM dan Ikrar BSMM
Ahli-ahli diberi salinan senikata Lagu BSMM dan ikrar
BSMM.Pertandingan nyanyian antara kumpulan diadakan bagi menarik
minat ahli-ahli untuk mengingati lagu BSMM.
iii. Kebersihan diri
Aktiviti tentang kebersihan diri diadakan. Ahli-ahli diberi
penerangan,kemudia menyalin nota tentang kebersihan diri seperti
membasuh tangan dengan sabun,memberus gigi,kebersihan
kuku ,mandi,cara pembuangan air kecil dan besar dengan
betul,pembuangan sampah dengan cara yang betul dan pemakanan yang
bersih.Ahli-ahli mesti menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid
yang lain.
iv. Pertolongan Cemas
Ahli-ahli diberi pendedahan tentang pertolongan cemas.Jenis pertolongan
cemas yang diterangkan ialah tentang tindakan yang harus diambil ketika
Laporan BSMM 2012
berhadapan luka ringan, cirit-birit, muntah, demam, kecederaan pada
mata,otot,tulang dan sendi.
v. Kawad Kaki
Aktiviti ini diperkenalkan kepada ahli-ahli mempelajari tentang teori dan
praktikal kawad kaki.Kawad Kaki diajar oleh guru-guru BSMM sendiri.
vi. Penggunaan Kain Anduh
Ahli-ahli diberi tunjuk ajar tentang teori dan praktikal penggunaan kain
anduh. Ahli-ahli wajib mempunyai sehelai kain anduh.Setiap ahli BSMM
membuat praktikal (penggunaan kain anduh ketika berhadapan dengan
mangsa yang pengsan,patah tulang dan sebagainya.
vii. Kuiz Kesihatan
Kuiz ini hanya melibatkan ahli – ahli BSMM.Aktiviti ini bertujuan agar
semua ahli menyedari tentang kepentingan kesihatan dalam perkembangan
murid-murid.
viii. Permainan
Permainan yang diadakan ialah ‘Ayam dan Musang’. Permainan ini boleh
memupuk semangat sayang-menyayangi khasnya orang yang disayangi.
AKTIVITI BSMM SEPANJANG PENGGAL PERTAMA TAHUN 2012
Perjumpaan badan beruniform SK Meru Jalan TAP diadakan pada setiap hari Sabtu. BSMM
SK Meru telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang penggal pertama sesi persekolahan
pada tahun 2012 daripada 14 Januari 2012 sehingga 21 Julai 2012. Antaranya ialah:
BIL AKTIVITI CATATAN / TARIKH
1 Perjumpaan Pertama
Laporan BSMM 2012
- mengadakan perjumpaan kali pertama
untuk melantik AJK BSMM bagi tahun
2012.
- menetapkan yuran kepada setiap ahli
untuk membeli kain anduh dan buku nota.
- memberikan penerangan kepada murid
mengenai tugas-tugas ahli jawatankuasa
yang telah dilantik.
- menerangkan objektif penubuhan
persatuan BSMM dan sasaran yang ingin
dicapai pada tahun 2012.
Kedatangan murid : 39 / 42
Sabtu
14 Jan 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
2 Perjumpaan Ke-2
- pembahagian ahli kumpulan
- menulis ikrar BSMM di dalam buku nota.
- Memanggil wakil murid untuk membaca
ikrar dan ahli lain membaca beramai-
ramai.
- Membuat latihan merentas desa
Kedatangan murid : 38 / 42
Sabtu
21 Jan 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
3
Perjumpaan Ke-3
- Menyanyikan lagu BSMM bersama-sama.
- Guru membaca Ikrar BSMM dan diikuti
oleh murid.
Sabtu
28 Jan 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
Laporan BSMM 2012
- Murid membuat latihan sukan mengikut
latihan sukan
Kedatangan murid : 23 / 42
4 Perjumpaan Ke-4
- Membaca ikrar dan menyanyikan lagu
BSMM
- Murid membuat latihan kawad kaki
mengikut kumpulan masing-masing
Kedatangan murid : 35 / 42
Sabtu
14 Febuari 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
5 Perjumpaan Ke-5
- Membaca ikrar dan menyanyikan lagu
BSMM
- Menyalin lagu BSMM
- Menyanyikan lagu BSMM beramai-ramai
diketuai oleh Cik Nurulhusna.
- Murid menyanyikan sendiri lagu BSMM
beramai-ramai.
- menulis biodata sendiri dan rakan
kumpulan untuk aktiviti ‘ice breaking’
Kedatangan murid : 27 / 42
Sabtu
16 Febuari 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
6 Perjumpaan Ke-6
- Guru meminta murid menyalin Prinsip
BSMM ke dalam buku nota.
- Murid hendaklah menghafal dan
Laporan BSMM 2012
mengingati setiap prinsip BSMM.
- Murid membentuk kumpulan kecil dan
berlatih membaca Ikrar dan Prinsip
BSMM.
- Bermain permainan telefon rosak
Kedatangan murid : 24 / 42
Rabu
25 Febuari 2012
11.00 – 12.00 tghr
7 Perjumpaan Ke-7
- Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu BSMM
- Penerangan mengenai hidung berdarah
(rawatan untuk pendarahan hidung )
- Murid menyalin nota dan membuat
demostrasi.
- Tayangan video mengenai sejarah BSMM
- Murid menyalin nota sejarah BSMM
- Guru menunjukkan contoh pakaian
lengkap ahli BSMM.
- Murid diberi gambar pakaian lengkap ahli
BSMM dan diminta menampal di dalam
buku nota BSMM.
- Murid menyalin nota mengenai alat-alat
perubatan yang terdapat di dalam peti
kecemasan.
Kedatangan murid : 32 / 42
Sabtu
17 Mac 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
Laporan BSMM 2012
8 Perjumpaan Ke-8
- Menyanyikan lagu BSMM dan ikrar
BSMM
- Guru menerangkan jenis-jenis luka yang
biasa ditemui
- Aplikasi PC – terkena bahan kimia
- Aplikasi PC – batuk
- Aplikasi PC – benda asing dalam telinga
- Guru juga menerangkan rawatan bagi
setiap luka.
- Murid menyalin nota mengenai jenis-jenis
luka dan rawatannya.
Kedatangan murid : 37 / 42
Sabtu
24 Mac 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
9 Perjumpaan Ke-9
- Membuat latihan kawad kaki
- Penerangan dan amali mengenai
pengiraan denyutan nadi
- Murid menyalin nota mengenai pengiraan
denyutan nadi dan mengelak petir
- Menyanyikan lagu BSMM (Ala epo ei tai
tai eya)
Kedatangan murid : 35 / 42
Sabtu
14 April 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
Laporan BSMM 2012
10 Perjumpaan Ke-10
- Nyanyian lagu BSMM dan ikrar BSMM
- Penerangan mengenai kebakaran oleh
Cikgu Noraini
- Latihan kawad kaki
- Guru menerangkan ‘command’ untuk
aktiviti kawad.
Kedatangan murid : 22 / 42
Sabtu
21 April 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
11 Perjumpaan Ke-11
- Menyanyikan lagu BSMM
- Lafaz ikrar BSMM
- Latihan perbarisan dan guru mengambil
kedatangan
- Guru menerangkan tentang teori kawad
Kedatangan murid : 23 / 42
Sabtu
28 April 2012
10.00 – 11.00 pg
12 Perjumpaan ke-12
- Nyanyian lagu BSMM dan ikrar
- Lafaz ikrar BSMM
- Perbarisan dan mengambil kedatangan
- Penerangan dan amali mengenai CPR
(bantuan pernafasan)
- Demostrasi mengenai CPR
- Nyanyian lagu-lagu sosial
Sabtu
12 Mei 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
Laporan BSMM 2012
Kedatangan : 22 / 42
13 Perjumpaan Ke-13
- Menyanyikan lagu BSMM
- Lafaz ikrar BSMM
- Latihan perbarisan dan kawad kaki
Kedatangan : 23 / 42
Sabtu
19 Mei 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
14 Perjumpaan Ke-14
- Nyanyian lagu BSMM dan ikrar
- DRABC – guru member penerangan dan
murid menyalin nota
- Demostrasi mengenai DRABC
Kedatangan : 27 / 42
Sabtu
16 Jun 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
15 Perjumpaan Ke-15
- Nyanyian lagu BSMM
- Ikrar BSMM
- Penerangan mengenai kecederaan sendi
dan otot (terkehel dan terseliuh)
- Murid menyalin nota
- Guru membuat demostrasi
- Latihan kawad kaki
Kedatangan : 20 / 42
Sabtu
07 Julai 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
Laporan BSMM 2012
16 Perjumpaan Ke-16
- Nyanyian lagu dan ikrar BSMM
- Amali ikatan dan patah tulang
- Murid membuat amali secara berpasangan
Kedatangan: 27 / 42
Sabtu
14 Julai 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
17 Perjumpaan Ke-17
- Nyanyian lagu BSMM dan Ikrar BSMM
- Amali ikatan membalut luka dan ikatan
buku sila
- Peperiksaan amali secara berpasangan
- Guru mengambil markah
Kedatangan : 39 / 42
Sabtu
21 Julai 2012
10.00 pagi – 11.00 pagi
KEKANGAN DAN HALANGAN
a. Asas pengetahuan dan minat yang berbeza
b. Material yang tidak mencukupi
c. Kehadiran murid yang kurang memberangsangkan
d. Tempat yang disediakan tidak sesuai untuk aktiviti BSMM
e. Penyertaan murid yang tidak menyeluruh
f. Terlalu kerap perjumpaan dengan waktu yang singkat menyukarkan aktiviti
dijalankan.
TINDAKAN SUSULAN YANG DIAMBIL
a. Memberi penerangan yang lebih terperinci kepada murid
b. Membantu murid yang lemah
Laporan BSMM 2012
c. Menyediakan nota yang lebih lengkap supaya murid tidak lagi perlu menyalin
nota kerana ia mengambil masa yang agak lama bagi murid-murid yang
lemah.
d. Memohon bekalan material yang mencukupi daripada pihak sekolah seperti
buku nota dan kain anduh.
e. Penyediaan tempat yang lebih selesa untuk tahun hadapan.
f. Setiap perjumpaan mestilah dengan waktu yang sesuai dan mencukupi.
CADANGAN AKTIVITI 2013
a. Membekal guru yang benar-benar mempunyai asas yang cukup dalam BSMM.
b. Memberi peluang kepada guru-guru lain untuk memegang unit BSMM.
c. Memperbaiki kelemahan kemahiran murid melalui latihan dan bimbingan
yang berterusan seperti latihan praktikal berkenaan dengan BSMM.
d. Mengadakan latihan rawatan luka dan kecemasan dengan menjemput Jabatan
Kesihatan / Unit BSMM untuk ke sekolah memberi penerangan dan tunjuk
ajar.
e. Peruntukan waktu sekurang-kurangnya 2 jam untuk setiap perjumpaan dan 2
kali sebulan.
KESIMPULAN
Bulan Sabit Merah Malaysia mempunyai prinsip tolong menolong dan bekerjasama
yang kuat sesama ahli dan masyarakat. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, murid
dapat memahami serba sedikit mengenai prinsip dan matlamat BSMM yang diadakan di
peringkat sekolah rendah.
Selain itu, murid juga mendapat pengetahuan baru serta pengalaman daripada aktiviti-
aktiviti dan mungkin dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang telah banyak
membantu dan memberikan sokongn serta kerjasama kepada Bulan Sabit Merah di sekolah
ini.
Laporan BSMM 2012
Sekalung terima kasih juga untuk unit BSMM Chapter Klang kerana sudi
hadir melibatkan diri untuk hari perkhemahan yang lepas. Semoga dapat bekerjasama lagi
selepas ini.
Disediakan oleh: Disemak oleh :
…………………………….............. …..….………………………
( PN NORAINI BT AWANG@SHARI) ( EN ALIAS MOHAMAD. )
Guru Penasihat GPK Kokurikulum
Bulan Sabit Merah Malaysia SK Meru Jalan TAP
SK Meru Jalan TAP
iii. Penulisan Kertas Cadangan
Penubuhan BSMM di SK Meru.
Satu kertas cadangan dibuat sebelum penubuhan BSMM bagi meminta kebenaran daripada
pihak pentadbir iaitu Guru Besa Sk Meru.Kertas cadangan seperti berikut:
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SK MERU 2012
Ruj SK Meru.06/06/3 ( )
Tarikh : 17 Januari 2012
Laporan BSMM 2012
Guru Besar
SK Meru
Persiaran Hamzah Alang,
42200 Kapar, Klang,
Selangor.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2012.
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Noraini Bt Awang @ Shari berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196, yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SK Meru mulai 1hb Februari 2012.
Bersama-sama ini disertakan :
i. Draf Perlembagaan
ii. Draf Aktiviti Asas
iii. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja
Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………..
Laporan BSMM 2012
(Noraini Bt Awang @ Shari)
Guru Pemimpin Bulan Sabit Merah Malaysia
SK Meru.
s.k
1. Fail Bulan Sabit Merah Malaysia
2. Fail Kokurikulum
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK MERU 2012
DRAF PERLEMBAGAAN PERSATUAN
1. Nama dan Alamat
a) Nama persatuan : Bulan Sabit Merah Malaysia
b) Alamat : Km 26, Jalan Kasim
42220 Kapar,
Selangor.
2. Matlamat
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3. Objektif
a) Mendedahkan ahli kepada kemahiran asas pertolongan cemas secara
berperingkat.
b) Ahli persatuan dapat mempelajarai beberapa aktiviti asas pasukan beruniform
seperti perkhemahan, kawad kaki dan khidmat masyarakat.
c) Menjalankan aktiviti yang memberikan pengalaman dan pengajaran.
d) Memupuk semangat kerjasama di kalangan rakan sebaya dalam persatuan.
Laporan BSMM 2012
e) Membiasakan dan menyediakan diri untuk memimpin persatuan.
4. Keahlian
a) Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
b) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK MERU 2012
5. Guru Penasihat
a) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
b) Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan
sesuatu apabila difikirkan perlu.
c) Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
Laporan BSMM 2012
6. Ahli Jawatankuasa
a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung
b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagi Ahli Jawatankuasa.
c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan, haruslah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri : -
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Penolong Bendahari
-Ahli Jawatankuasa
-Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)
7. Tugasan dan Tanggungjawab Jawatankuasa
a) Pengerusi
i) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
ii) Meniliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
Laporan BSMM 2012
iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
b) Naib Pengerusi
i) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tangungjawab
yang diberi.
ii) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
c) Setiausaha
i) Menguruskan hal-hal surat menyurat.
ii) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-
kegiatan.
iii) Mencatat kehadiran ahli.
iv) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
v) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
d) Penolong Setiausaha
i) Membantu setiausaha dalam menjalankan segla tugas dan
tanggungjawabnya.
ii) Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
e) Bendahari
i) Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
ii) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
iii) Menyediakan penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
iv) Melaporkan kedudukan keangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.
Laporan BSMM 2012
v) Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
vi) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pensihat dari
semasa kesemasa.
f) Penolong Bendahari
i) Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
ii) Menjalankan tugas-tuagas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.
g) Ahli Jawatankuasa
i) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
ii) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
iii) Menjalankan tugas-tuags lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa kesemasa
h) Pemeriksa Kira-Kira
a. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan
Kewangan tahunan dan bertanggungjawab keatasnya.
ii) Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.
8. Kewangan
a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung.
b) Persatuan juga boleh memperoleh kewangn melalui aktiviti.
c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d) Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam Akuan Suwa
sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.
9. Kehadiran/Penyertaan
a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
Laporan BSMM 2012
b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turu dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
10. Aktiviti
a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.
11. Peraturan-peraturan
a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c) Ahli-ahli yang melangar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
12. Tindakan Disiplin
a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
- Amaran lisan
- Amaran bertulis
c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat peraturan secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.
Laporan BSMM 2012
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK MERU 2012
13. Pindaan Perlembagaan
a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa.
c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Guru Besar.
14. Perbubaran Persatuan
a) Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
b) Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.
15. Hal-hal lain
a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
Laporan BSMM 2012
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK MERU 2012
……………………………………………….…………….
( )
Setiausaha
…………………………………………….…………..…
( )
Pengerusi
Laporan BSMM 2012
…………………………………………….…………..…
( )
Guru Penasihat
Tarikh : 25 januari 2012
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK MERU 2012
Draf aktiviti asas :
Aktiviti : Semua aktiviti persatuan adalah bersesuaian dengan
objektif persatuan.
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :
Laporan BSMM 2012
1.0. Perlantikan Jawatankuasa Penaja
2.0 Perlantikan Jawatankuasa
3.0. Ucapan pengerusi dan peraturan persatuan
4.0. Mesyuarat persatuan dan perancangan aktiviti
5.0. Lagu PBSM dan prinsip-prinsip PBSM
6.0 Kawad kaki asas
7.0 Kawad kaki dalam barisan
8.0 Rawatan Pertolongan Cemas
9.0 Gotong-royong
10.0 Kawad kaki kombinasi
11.0 Latihan perkhemahan
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK MERU 2012
Senarai nama Jawatankuasa Penaja
Laporan BSMM 2012
Bil Nama Tahun
1. Muhammad Hanif bin Hamdan 6
2. Ahmad Mursyid Munawwar bin Muhd Muchtar 6
3. Mohd Sabiq Siddiqui bin Md Razmi 6
4. Nur Lina Khalida binti Aminuddin 6
5. Nurul Aisyah binti Abd Aziz 6
6. Siti Halijah binti Jalil 6
Laporan BSMM 2012
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK MERU 2008
8. CARTA GANTT PERLAKSANAAN PERANCANGAN PERSATUAN
BIL /
BULAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JUL
OGOS
SEPT
OKT
NOV
1.0 Taklimat Ko-kurikulum
2.0 Pengurusan Badan Beruniform
3.0 Perlantikan Jawatankuasa Penaja, Jawatankuasa dan ucapan pengerusi persatuan
4.0 Mesyuarat persatuan kali pertama dan perancangan aktiviti tahunan
5.0 Sejarah Ringkas Palang Merah dan Prinsip PBSM
6.0 Kawad kaki asas dan dalam barisan
7.0 Rawatan Pertolongan Cemas
SEKOLAH RENDAH ARAB MERLIMAU PASIRKM 26, JALAN BATU GAJAH, 77300 MERLIMAU,MELAKA.
Laporan BSMM 2012
8.0 Gotong-royong
9.0 Kawad Kaki Kombinasi
10.0 Latihan Perkhemahan dan Jamuan Tahunan PBSM
Ruj. Tuan : SK MERU / 06 / 06 / 3 ( )
Ruj. Kami :
Pn Jamelah binti Md Yasin
Guru Pemimpin Bulan Sabit Merah Malaysia
Sekolaha Rendah Arab Merlimau Pasir,MELAKA. 27 Januari 2012
Puan,
Laporan BSMM 2012
KELULUSAN PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Merujuk surat tuan SK MERU / 06 / 06 / 3 ( ) bertarikh 25 Januari 2012 dinyatakan bahawa
dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti
yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196,
sukacita dimaklumkan permohonan puan untuk menubuhkan BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA SRA MERLIMAU PASIR,MELAKA adalah DILULUSKAN berkuatkuasa
mulai 2 Februari 2012.
2. Semoga puan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. GPK Kokurikulum
3. Fail Bulan Sabit Merah Malaysia.
Laporan BSMM 2012
Recommended