KONSEP PENDIDIKAN ISLAM : SUMBER , MATLAMAT DAN ASAS
PENDIDIKAN ISLAM
Muhammad Solehulhafiz b Mohamad Suhaimi3083017091Muhammad Luqman Al-Hakim b Yusri3083017271Mohamad Syukri b Mohd Noh 3092014021
SUMBER PENDIDIKAN ISLAMAL-QURAN-merupakan sumber Islam yang utama.-telah digariskan matlamat yang di antaranya: 1.mendidik akal supaya berfikir dan
mengambil pengiktibaran. 2.supaya manusia beristiqamah
dengannya,tenang serta mengambil petunjuk dengan syariatnya.
3.mendidik hati dan perasaan.
AL-HADIS-Merupakan sumber syariat kedua bagi umat
Islam.-Kewajipan berpegang dengan hadis datang
daripada Al-Quran dan sunnah.-Sesiapa yang mengingkari kebenaran hadis
bererti dia telah mengingkari sebahagian dari al-Quran.
-Merupakan media dakwah ke jalan Allah.
Matlamat Pendidikan IslamMatlamat pendidikan Islam yang utama ialah
untuk membawa manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan penuh redha.
Matlamat Khas Pendidikan Islam
• memperkenalkan kepada generasi muda tentang aqidah Islam, dasar-dasarnya, usul-usul ibadah, aqidah Islam , membiasakan mereka mematuhi dan cara-cara melaksanakannya dengan betul.
• menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan hari akhirat.
• mendidik naluri, membatasi keinginan dan membentenginya dengan aqidah agar mereka dapat menahan rangsangan dalaman, mengatur dan membimbingnya dengan baik.
• membersihkan hati setiap muslim daripada penyakit hati.
Asas Pendidikan IslamPendidikan Islam adalah berasaskan aqidah
dan syariat Allah S.W.T. Kesempurnaan Islam terjelma dalam sistem atau manhaj pendidikan.
Pendidikan atau tarbiyyah Islam adalah untuk mengembangkan tasawwur dan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran dalam jiwa insan.
Asas sistem pendidikan ini adalah hakikat tauhid kepada Allah.
Asas Pendidikan Islam berteraskan : -Asas Akidah. -Asas Ibadah. -Asas Akhlak.
Asas AkidahAkidah yang dapat menyemai keyakinan pada
Allah S.W.T.Terasnya ialah rukun iman.Akidah yang sahih ialah akidah yang
disampaikan kepada manusia bersumberkan wahyu yang datang dari Allah S.W.T.
Iktikad,perundangan atau akhlak juga asas akidah
Asas IbadahMerupakan tujuan utama dalam hidup.Terhasil dari kombinasi dan kesepaduan asas
ajaran melalui rukun Iman dan Islam.Dapat membendung umat islam dari
melakukan perkara mungkar.Solat juga merupakan tiang agama.
Asas AkhlakUntuk melahirkan generasi yang berakhlak
mulia.Dapat melambangkan kemajuan masyarakat
Islam.Mendidik manusia mencapai kemajuan dalam
hidup.Dapat menjaga sahsiah umat islam.
Kesimpulannya ialah???Asas pendidikan islam adalah penting dalam
hidup setiap individu kerana ia dapat mebawa manusia kepada pencipta yang maha esa seterusnya mengabdikan dirinya dengan Allah S.W.T.
Asas pendidikan islam adalah perkara penting dalam islam kerana wahyu yang pertama juga yang diturunkan adalah mewajibkan manusia mengenal tuhanNya ,memerhati fenomena alam, dan cara hidup berlandaskan syariah.