PILIHAN 2 – Ekonomi Rumah Tangga
BAB 1
KAEDAH MEMBUAT BISKUT & KEK
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk membuat biskut dan kek. Antara kaedah yang sering digunakan ialah kaedah gaul dan ramas, kaedah putar dan kaedah enjut.
Bentuk dan rasa biskut dan kek boleh divariasikan supaya dapat menghasilkan pelbagai biskut dan kek yang menarik dan sedap.
Ia boleh disediakan untuk minum pagi, minum petang, snek dan musim perayaan. Mengandungi nutrient karbohidrat, lemak dan protein.
PENGENALAN
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Gaul dan Ramas
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Kaedah gaul dan ramas bermaksud lemak dan tepung digaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
Biskut Kaedah Gaul dan Ramas
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Biskut boleh dihias dengan
menggunakan pelbagai jenis hiasan seperti kuning telur,
ceri, coklat urai berwarna dan gula
manik
Biskut boleh dihidangkan
di dalam pinggan yang
berulas dengan
kertas doily
Menghias dan
Menghidang Biskut
Pembungkusan biskut yang baik dapat menghasilkan biskut yang lebih tahan lama.
Sebelum proses pembungkusan dilakukan, biskut perlu dibiarkan sejuk sepenuhnya di atas redai kek.
Setiap jenis biskut perlu dibungkus secara berasingan agar rasanya tidak bercampur.
Biskut boleh disimpan dalam plastik, kotak lutsinar dan baling kedap udara supaya tahan lama, mudah dilihat dari segi bentuk dan susunan yang menarik.
Membungkus Biskutkemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Bekas Lutsinar
Balang Kedap Udara
Plastik
Kek Kaedah Gaul dan Ramas
Ban Batu Karang Ban Jem
Kek Bantal
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Menghias dan Menghidang Kek
MOTIF GEOMETRI
MOTIF ISEN
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Kek boleh dihias dengan berbagai-bagai cara, sama ada menggunakan aising, krim, coklat atau menggunakan buah-buahan seperti kismis, buahan campuran, blueberi, respberi dan sebagainya
Kek dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas doily
PASTRI
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Pastri adalah adunan tepung, lemak dan cecair yang dihasilkan dalam bentuk doh. Pastri yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas dikenali sebagai pastri rapuh.
Pastri Kaedah Gaul dan Ramas
Karipap Sardin gulung
Tart Kelapa
kemahiranhiduptingkatan3.wordpress
Menghias dan Menghidang
Pastri
Pastri manis dihias dengan buah-buahan seperti ceri dan kiwi, coklat urai dan gula manik
Pastri jenis ini sesuai dihidangkan di dalam pinggan bulat yang dialas dengan kertas doili
Pastri yang berperisa atau savouri dihias dengan cili merah, dawan bawang dan daun parsly dan hidangkan dalam pinggan bujur yang dialas dengan kertas doily