Upload
masfara
View
503
Download
22
Embed Size (px)
Citation preview
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 1/52
HOME ABOUT CONTENTS PHOTOGRAPHY CONVERSION ACUAN MEDIA CLASS DECO
THURSDAY, AUGUST 9, 2012
BISKUT SUJI SALJU
Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Dah malam barulah ita dapat meluangkan sedikit masa untuk masukkan resepi biskut yang telah di cuba
oleh ramai kawan-kawan.
Apabila di dapur, kita
bukan sekadar
memasak untuk
melunaskan
tanggungjawab
terhadap keluarga tapi,
kita sebenarnya
bereksperimen dan
berkarya tentang
masakan. Bagi yang
baru berjinak-jinak ke
dapur, jadikanlah blog
ini sebagai rujukan.
Insya Allah jika rajin
memasak anda akan
lebih mahir.
Join this sitew ith Google Friend Connect
Members
Already a member?
Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts
More Next Blog»
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 2/52
Rata-rata rakan-rakan yang mencuba bukan calang-calang bloger masakan. Semuanya yang hebat-hebat
dan pakar dalam merasa makanan yang terbaik. Antara bloger yang telah mencuba tak lain tak bukan
adalah saudara Adnan Ibrahim yang telah mencuba pada tahun 2009 lagi.. uii.. dah lama rupanya biskut
ni.. Kemudian biskut ini di buat pula oleh Kak Ummi pada tahun 2010.. waaa.. nampaknya lama juga kak
Ummi mengambil masa untuk mencuba biskut ni.. dan akhirnya tergoda juga dengan pujuk rayu adinda
Mat Gebu.
SIRI BLOGGER MASAKANBISKUT RAYA
SIRI BLOGGER MASAKANKEK
SIRI BLOGGER MASAKANMANISAN
EBOOK VOL 1
EBOOK VOL 2
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 3/52
Biskut Salju ini telah di kongsikan resepinya oleh Mak Lang Azie, yang menurut beliau resepi dari kak
Ita. Kak Ita mana??? Ita tak pasti lah pula tapi yang pasti bukanlah dari kak Ita Masam Manis hehe ^_^
Hari ni ita tergoda pula setelah terpandang biskut ni yang akan berhari raya bersama Yatie pula pada
tahun ini. Bila semua melahirkan rasa kecintaan mereka pada biskut yang dikatakan sedap ni.. amboiii..
tak reti-reti lagi ke nak mencuba!! tau tak peee.. tulah yang buatkan ita godek-godek juga kat dapur
walhal rasanya macam dah malas dah nak buat biskut raya.. hihi
Jom lah kita layan biskut raya ni sebelum tidur.. karang termimpi-mimpi pula dok main salju..
Tapi jangan lupa gosok gigi lepas makan.. ada bersemut pula mulut tuuu.. ^_^
SEARCH THIS BLOG
CHECKEREDRAINBOW CAKE
FLORENTINECOOKIES / KRUNCHYKARAMEL ALMOND
MILLE CREPE WITHVANILLA CREAM
POPULAR POSTS
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 4/52
BISKUT SUJI SALJUBy: Kak Ita
Rujukan : Yatie
Bahan A
150 gm minyak sapi
100 gm mentega
100 gm gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1biji kuning telur
Bahan B
100 gm cornflakes ~ dikisar halus
100 gm tepung jagung
50 gm suji (semolina)
Bahan C
280 g tepung gandum ~ diayak
Bahan Hiasan
Susu tepung secukupnya ~ untuk salut biskut yang dah masak
A GIFT
ACAR (4)
ANNIVERSARY
APAM
AWARD
AYAM
BEGEDIL
BISKUT RAYA
BROWNIES
BUAH-BUAHAN
Buku (1)
BUNGA
BUTTERMILK
CHEESE TART
COKLAT
CONTEST
COOKIES
CUCUR
CUIT-CUIT
DAGING
DECO-DECO
DECORATING
DESSERT
DONUT
EBOOK
ICE CREAM
IKAN (56)
IKLAN
ISLAM ITU INDAH
ISU SEMASA
JAM (1)
JUADAH RAMADHAN(7)
JUADAH RAYA
KEK (139)
KEK CAWAN
KEK CHIFFON
KEK KEJU
KEK KRIM
KEK LAPIS
KEK SPAN ASAS
KERABU
KUDAPAN
KUIH-MUIH
LAKSA
LONTONG
MY MENU
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 5/52
Sedikit gula icing ~ jika susu kurang manis
Putar bahan A hingga sebati.
Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata.
Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran.
Sediakan loyang pembakar
Oleskan dengan sedikit butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Doh yang telah diterap di susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
Setelah biskut masak, biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung.
Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara
MACAROON
MAKAN DI MANA
MAKANAN BARAT
MAKANAN LAUT
MALAYSIAKU INDAH(23)
MEDIA
MEE (35)
MENCARI ILMU
MINUMAN
MUFFIN
MY FAMILY
NAK TAU?
NASI (70)
PACERI
PANCAKE / CREPE
PASTRY
PAU (6)
PENGAT DAN BUBUR(14)
PHOTOGRAPHER
PIZZA
PROMOSI
PUFF (12)
PULUT
ROJAK
ROTI (30)
SAMBAL
SARDIN
SAYUR - SAYURAN(29)
SELERA ARTIS
SOTO (9)
SUP (10)
TAUHU
TELUR
TEMPAHAN
TEMPE
TIPS DAN PETUA
TOM YUM
UCAPAN SALAM
UMRAH DAN ZIARAH(6)
BLOG MASAKAN
RESEPISUMBANGANJY 2008-2013522. KARIPAP
BAKAR-iftar 6
Dapur TanpaSempadan...AIR
JAGUNG....GODAA
N MELAMPAU!!..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 6/52
Posted by Azlita Aziz at 10:56 PM 6 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
SALAM LEBARAN
Recommend this on Google
WEDNESDAY, AUGUST 8, 2012
ALAMANDA BAR COOKIES
BUKAN SEKADAR MASAKAN
ALAM SARI
BEN ASHAARI
FauziahSamad.com
small girl with abig heart.
::Bisikan Hati-SisLin::
Ryo ...
AbbotCottage
UDANG KETAKMASAKSAMBALLEMAK
Roti CanaiHomemade
LapisSurabaya
KONGSI RESEPI
353 Online Users
1 6 6
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 7/52
Assalamualaikum
Dah tengahari dah.. sekejap aje masa berlalu..
Bertemu kita kali ni pada waktu tengahari..
Lewat lagi ita bersiaran.. Maaf jika ada yang ternanti- nanti.
Sebenarnya ita lagi sibuk mengemas rumah. Ita bila dah mula mengemas dah mula lah malas nak
mengadap komputer ni..
Hari ni ita berkebun pula.. aii.. bulan-bulan puasa ni berkebun lah pulak!
Nak buat macam mana rumput yang ita tanam di halaman rumah semuanya bagaikan hidup segan mati
tak mau..
Dulu ita tanam rumput carpet, mula-mula tumbuh dengan hijau dan cantik!
Bila pokok-pokok dah besar dia dah terlindung dan kurang mendapat cahaya matahari.. pas tu mula lah
dia buat perangai tak mau tumbuh lah pulak! botak sana botak sini..
aaa.. hari ni ita bawakan pakar dari Yunam.. tak taulah tumbuh ke tidak!
Harap-harap tumbuh lah..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 8/52
Ita suka rumah yang banyak pokok, nampak redup dan nyaman.. tapi kata mak tangan ita ni panas.
Tanam pokok semua mati. Masa beli bukan main lagi.. pilih aje berjam-jam. Pulak tu pilih yang gemuk-
gemuk aje..
Bila sampai rumah seminggu aje semua macam buat dek aje.. pas tu mula lah daun sana gugur.. daun
sini gugur.. aiii.. pening kepala..
Nak kata tak jirus.. hari-hari jirus..
Nak kata tak bubuh baja.. rasa-rasa macam dah terlebih-lebih lah pulak!
Mungkin betul kata mak tangan ita ni panas.. macam mana nak bagi sejuk ye??? kot kena rendam dalam
air batu kot.. ^_^
Aduh.. dah jauh ita merepek.. kerja banyak lagi yang tak siap ni.. anak yang dua ekor tu dah mengiau-
ngiau kelaparan.. masing-masing dok menunggu tepi komputer ni.. agaknya kata dia" bila lah mak cik ni
nak siap menaip.. macam ayam patuk jagung aje.." haha
Ok lah, sebenarnya ita ada janji dengan adik kat FB. Dah berapa hari ni ada yang bertanya, "dalam
banyak-banyak cookies yang kak ita buat untuk hari raya ni kak ita rasa mana yang paling sedap!"
OOOoo.. macam tu ye.. sebenarnya ita ni tak berapa minat makan kuih raya. Tak taulah mungkin bau
margerin tu buatkan ita tak berapa suka! Bukan baru ni aje ita tak suka, tapi memang dari kecik.. ita
kalau makanan yang baunya kuat sangat ita tak berapa suka, macam buah durian, cempedak, atau apa-
apa makanan yang ada letak durian atau cempedak ita memang tak akan makan..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 9/52
Berbalik pada pertanyaan tadi, hari ini ita akui bahawa ita sukakan biskut ini. Entah macam mana boleh
tersuka pulak dengan biskut ini. Memang sedap! lebih bertambah sedap bila ada tooping coklat putih
dan dark coklat wallaaa... buatkan ita tak sedar dah berkeping-keping masuk dalam mulut.. serious
memang sedap!
Jangan ragu-ragu lagi untuk mencuba, melihatkan bahan-bahan yang di gunakan untuk membuat biskut
ini sahaja kita dah boleh bayangkan akan kesedapan biskut ini. Biskut hasil ciptaan Chef Asma, seorang
Chef yang kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang masakan. Ita terjumpa resepi ni sewaktu
selongkar dapur Bdria. Menurut Bdaria ia di ambil dari koleksi resepi Chef Asma dari buku masakan
beliau Festive Cookies. Terima kasih buat Bdaria yang sudi kongsikan untuk kita semua. Ita minta izin
untuk kongsikan di sini pula ye.. mana lah tau kalau ada yang berhajat untuk mencuba!
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 10/52
ALAMANDA BAR COOKIESBy: Chef Asma
Dari : Buku Festive Cookies
Rujukan : Bdaria
Bahan A
125 gm butter
100 gm margerin
80 gm shortening atau lemak sayuran
80 gm gula kaster
2 sudu teh cappucino emulco
Bahan B ~ diayak
350 gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk penaik atau baking powder
40 gm tepung jagung
40 gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung
Bahan C
100 gm koko-crunch ~ dikisar
40 gm kacang tanah ~ dipanggang dan dikisar
100 gm coklat rice
Hiasan
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 11/52
Kuning telur
Coklat masakan putih ~ cairkan kaedah double boiler
Coklat masakan gelap ~ cairkan kaedah couble boiler
Pukul bahan A sehingga sebati
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit
Masukkan bahan C dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Rehatkan doh selama 15 minit.
* Doh agak sedikit lembik tapi bila dah direhatkan selama 15 minit doh dah sedikit OK
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit buter
Panaskan oven pada suhu 150C
Canaikan doh di atas 2 lapik plastik supaya doh tidak melekat-lekat
Terap doh dengan penerap biskut
Susun doh di dalam loyang pembakar
Sapukan kuning telur di atas permukaan doh
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15 ~ 20 minit atau sehingga doh masak sempurna
Sejukkan doh setelah masak
Hiaskan doh dengan coklat masakan putih dan gelap yang telah di cairkan
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
SALAM RAMADHAN
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 12/52
Posted by Azlita Aziz at 2:01 PM 10 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
Recommend this on Google
TUESDAY, AUGUST 7, 2012
BISKUT GAJUS
Assalamualaikum
Apa khabar semua hari ni..? harap-harap sihat lah ye..
Nampaknya hari ni tak boleh nak sembang panjang-panjang, sebab ita dah mula mengemas rumah.
Banyak sangat kerja yang harus ita selesaikan dalam kadar segera..
Minggu ni dan minggu hadapan adalah minggu yang paling sibuk, minggu ni anak-anak mula exam,
Dalili pula exam minggu hadapan. Minggu hadapan juga dah mula ambil anak-anak balik asrama, pas tu
dah nak bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 13/52
Ada beberapa lagi resepi kuih raya yang ita akan masukkan. Tapi hari ni ita masukkan yang ni dulu sebab
biskut ni buatnya pun mudah main terap-terap aje kan.. Biskut lama juga ni.. dan selalu di buat pada
Hari Raya.
Ita tak taulah sempat atau tidak ita nak siapkan kek hari raya. Kalau sempat nanti ita masukkan lah ye
kalau tak sempat ita masukkan lepas raya lah kan.. Apa-apa pun kita intai resepi ni dahulu...
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 14/52
Resepi biskut ni ita ambil di My Resepi, resepi kiriman kak Fida yang tidak asing lagi. Resepi ni pada ita
pun ok juga, ita ni tak berapa minat sangat makan kuih raya ni, tapi ita rasa kalau ita buat lagi biskut ni,
ita akan tambahkan sedikit lagi gula dan sedikit garam biar terasa lemak manis sikit.
Tapi pada yang kurang gemar manis, rasanya dah ok dah tu..
Terima kasih kepada Kak Fida kerana tak putus-putus kongsikan resepi yang sedap-sedap untuk di cuba
oleh peminat-peminat dunia masakan..
Kepada yang lain.. dah mula buat kuih raya??
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 15/52
BISKUT GAJUSBy : Kak Fida
Rujukan : My Resepi
225 g mentega ~ dilembutkan
140 g gula icing ~ ayak
1 biji kuning telur
140 g gajus ~ panggang dan kisar halus
380 g tepung gandum ~ ayak
1 sk baking powder
1 sk emplex atau lacinta ~ jika tiada tak mengapa
1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
secukup kuning telur ~ utk sapu
secukup kacang gajus panggang ~ belah dua utk hiasan
Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.
Masukkan pula vanilli, emplex, baking powder, gajus kisar dan kacau sebati lagi.
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.
Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.
Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari, sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus.
Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.
Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 16/52
Posted by Azlita Aziz at 9:14 AM 10 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
SALAM RAMADHAN
Recommend this on Google
MONDAY, AUGUST 6, 2012
BISKUT CENDAWAN
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 17/52
Assalamualaikum
Kita masih lagi berada di dalam bulan Ramadhan, pejam celik, pejam celik kita telah pun berada di
pertengahan Ramadhan dan sedang melangkah ke minggu ke tiga umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah kita masih lagi di berikan kesempatan berada di bulan yang mulia ini dan masih dapat lagi
meneruskan ibadah puasa. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.
Ramai suri rumah telah pun memulakan projek mengukis, ialah Hari Raya pun dah tak lama lagi.. jadi
rasa-rasanya mudah kalau sediakan lebih awal, tak lah kelang kabut nanti..
Beberapa hari yang lepas ita adalah pergi jalan-jalan ke Plaza Angsana di JB. Saja aje cuci mata sambil tu
ita nak intai juga biskut raya apalah yang paling popular sekarang ni..
Rata-rata biskut yang di jual tidak banyak beza dari tahun yang lepas. Tapi apa yang menarik perhatian
ita, biskut raya tahun ini banyak di ambil bersempena dengan nama Filem atau drama TV. Dan yang lucu
ada juga biskut Dato K dan Saleh Yaaakob. haha nak tergelak ita dengar bila DJ tu bagi tau nama biskut
yang popular tahun ini. Ialah biasa kita dengar nama selebriti wanita aje.. tapi tahun ni yang lelaki pula
yang lebih menonjol..
Antara biskut yang popular adalah biskut Ombak Rindu. Yang jadi kemuskilan ita, setiap gerai yang
menjual biskut raya, pasti ada biskut Ombak Rindu tapi dalam design yang berlainan dan biskutnya pun
tak sama tapi nama serupa.. aiii.. macam-macam
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 18/52
Dalam banyak-banyak biskut, ita berkenan dengan biskut ni.. Dalili pun dah berbunyi, "mak buatlah
biskut Cendawan ni.. nampak comel.. mesti budak-budak suka.."
Bila balik rumah ita pun mula lah google cari resepi biskut cendawan yang menarik. Kali ni ita berkenan
dengan resepi dari Naz. Menurut kata Naz resepi ni beliau ambil dari Diana, ita pun tak pasti Diana yang
mana satu. Menurut Naz lagi, beliau tak dapat nak link blog Diana sebab blog Diana dah tak boleh di ases
lagi..
Laaa... ok lah Naz tak pe lah.. semoga perkongsian yang Naz buat ni juga mendapat ganjaran kerana
memanjangkan ilmu..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 19/52
Melihatkan rupa biskut yang comel, ita tak sabar rasa nak mencuba. Lebih teruja bila Naz katakan yang
beliau banyak mendapat tempahan untuk buat biskut ni.
Untuk satu adunan biskut ni ita dapat anggaran 140 biji cendawan yang comel. Ita menggunakan tepung
Red Rose umtuk setiap penyediaan biskut ita. Penggunaan tepung Red Ros membuatkan biskut lebih
rapuh, rangup dan gebu. tapi jangan pula risau, jika tiada tepung Red Rose anda masih lagi boleh
gunakan tepung gandum. Untuk merangupkan biskut anda boleh tambahkan sedikit Emplex.
Emplex ni boleh di dapati di kedai menjual bahan membuat kek.
Ok, berbalik kita kepada biskut cendawan yang comel ni, ternyata tak sia-sia kerana biskut ni juga sedap!
sangat halus dan sangat rapuh. Masuk dalam mulut terus mencair dan hilang.
Masa ita uli adunan, ita dah dapat rasakan kelainan pada dohnya, kerana sangat ringan dan sangat
lembut. Agak payah juga untuk menerap hingga ita terpaksa tambahkan sedikit kuantiti tepung. Adakah
kerana ita menggunakan tepung Red Rose dan penambahan Emplex yang membuatkan adunan terlalu
lembut....
Mula-mula ita bakar dulu sekeping untuk melihat adakah doh akan mengembang kerana ita risaukan
dohnya yang terlalu lembut tu.. Alhamdulillah dohnya cantik dan tidak mengembang. Bila siap di bakar
dan rasa aduyaiiii... lembutnya hingga ita terpaksa pegang biskut perlahan-lahan kerana ia mudah patah
kerana terlalu rapuh..
Kepada yang berkenan bolehlah mencuba!
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 20/52
Terlebih dahulu ita nak mengucapkan terima kasih kepada Naz atas perkongsian resepi biskut yang
sedap ni. Akak minta izin untuk simpan dan kongsikan di sini pula lah ye... Manalah tau kalau ada rakan-
rakan yang berkenan dan teringin mencuba.
Jom kita cuba, pasti kanak-kanak sukakan biskut yang comel dan berwarna-warni ni..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 21/52
BISKUT CENDAWANRujukan : Naz
225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Ayak
300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 sudu teh emplex
Pukul butter bersama gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli
hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung
Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter
Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Terap doh dengan acuan cendawan
Susun terapan cendawan atas loyang
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 22/52
Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
Setelah masak sejukkan
Sekarang kita sediakan icing
ICING
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon
Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan
likat
Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 23/52
SALAM RAMADHAN
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 24/52
Posted by Azlita Aziz at 7:48 AM 23 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
+1 Recommend this on Google
SATURDAY, AUGUST 4, 2012
BISKUT SEMPRIT PELANGI
Sewaktu google resepi, tiba-tiba ita terpandang biskut ni..
Biskut yang banyak memori dan nostalgia yang tak pernah terpadam..
Teringat akan emak dan abang..
Abang ita cukup suka makan biskut ni.. Setiap kali Hari Raya pasti mak akan buatkan biskut ini untuk
abang.. Inilah satu-satunya biskut raya yang amat abang sukai..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 25/52
Hari tu abang berlari-lari masuk ke rumah..
Bau haruman biskut yang melintuk-lintuk dari celah jendela, membuatkan abang menjengah ke dapur..
"mak buat biskut yah ye?" tanya abang
"tak lah.. akak yang buat.." jawab mak perlahan
"akak buat biskut yah ye? tanya abang lagi..
" malas lah.. " jawab akak acu tak acu sambil tekun menyusun kuih tart ke dalam balang.
" mak buat lah biskut yah... " abang mula merengek..
" mak sakit tangan lah bang.. mak baru lepas giling lada, pedih jari mak ni.. " kata mak sambil tangannya
mengurut jari-jari yang pedih dan bengkak dengan minyak..
Sebesen besar lada di atas meja yang baru di giling mak.. batu giling itulah pembantu setia mak di dapur
sejak zaman berzaman..
" mak tak sayang yah.." abang terus berlari keluar..
Mak melihat kelibat abang dengan ekor mata...
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 26/52
Kemudian mak bangun.
Mak keluarkan tepung dan margerin dan mula menguli doh..
" layankan lah anak kesayangan mak tu... " kata akak geram
" semua anak mak sayang..." jawab mak perlahan..
Mak mengambil tudung periuk, mak masukkan doh ke dalam acuan. Dengan muka yang berkerut-kerut
mak menekan doh.. Ku lihat peluh menitik-nitik di dahi.. mungkin mak menahan kesakitan..
Sesekali mak mengoyang-goyangkan jarinya.. " aduh... pedih!! " terdengar mak berbisik.
Petang tu abang tak pulang lagi..
Mak mula risau kalau abang merajuk..
Mak takut kalau bak balik, abang tak balik lagi..
Pasti teruk abang di belasah oleh bak..
Sesekali mata mak menjeling ke jarum jam yang berputar..
Rasa-rasa mahu sahaja mak menahan jarum jam dari berputar terus..
Mak menjengah ke luar jendela..
Sesekali terdengar mak bertanya pada kanak-kanak yang lalu lalang depan rumah..
Azan Magrib, sudah hampir berkumandang..
Tiba-tiba mak tersenyum..
Ku lihat abang dah bersimpuh di atas tikar menunggu waktu berbuka..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 27/52
Selepas berbuka, mak menghulurkan sebalang biskut semprit kepada abang..
" ni abang punya " kata mak sambil tersenyum
" sayang mak" kata abang sambil mulutnya tak putus mengunyah biskut semprit yang rangup!
" makan aje tau.. " kata akak cemburu
" bukan akak yang buat.. " balas abang..
" nanti kalau yah dah besar, yah nak cari isteri yang pandai masak macam mak" kata abang bangga.
Mak hanya tersenyum memerhati gelagat anak-anak..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 28/52
Hari tu.. ita sekeluarga beraya ke rumah abang..
Cantik! rumah abang, bersih dan kemas. Balang kuih penuh tersusun di atas meja..
Macam-macam kuih ada..
Tiba-tiba mata terpandang pada sebalang kuih semprit..
Teringat janji abang pada mak.. bertuah abang dapat isteri yang pandai mengemas dan pandai memasak..
" sedap kuih semprit ni.. pandai kak Yatie buat! "
" eeemmm... mana ada kuih tunjuk-tunjuk aje tu.. malas lah akak nak buat.. buat sakit tangan aje..."
Kesian abang.. sampai ke sudah tiada siapa yang nak buatkan kuih semprit kesukaannya... ^_^
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 29/52
BISKUT SEMPRIT PELANGI
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka
Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan
menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka
Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 30/52
Posted by Azlita Aziz at 12:04 PM 16 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit
yang tekan guna jari
SALAM RAMADHAN
Recommend this on Google
FRIDAY, AUGUST 3, 2012
MAMA CAREY
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 31/52
Assalamualaikum.
Selamat petang semua..
Hari ni lambat sikit bersiaran.. dah petang baru dapat nak masukkan biskut yang ita buat untuk Hari
Raya ni.
Hari ni busy sikit, suami ita pula sibuk juga nak gunakan komputer. Hari ni dia tak kerja nak tolong ita
kemas rumah katanya.. alahaiiii sejuk rasa perut ni dengar.. ^_^
Ramai yang tertanya-tanya.. awalnya kak ita buat kuih raya.
Sebenarnya ita kena buat perancangan.. maklumlah ita ni sesorang, semua nak kena buat sendiri, kita
tiada pembantu dek..
Jadi ita rancang minggu ni ita mesti siapkan biskut, minggu depan ita dah nak mula kemas rumah. Pas
tu nak kena buat kek pula untuk Hari Raya.
Bila dah dekat Hari Raya ita semakin sibuk, mana nak ambil anak-anak dari asrama dan nak kemas
pakaian untuk pulang ke kampung..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 32/52
Kemas rumah yang paling tak larat, nak kena panjat sana.. panjat sini.. maklumlah banyak sangat dah
bersawang sana sini. Pas tu nak bersihkan tingkap.... Dah berdebu aje nampak tingkap ni.. Rumah ita ni
sekarang cepat sangat berhabuk.. dulu masa mula-mula pindah tak lah macam ni sangat, sekarang ni..
makin cepat berhabuk pulak.. dah banyak kenderaan lalu-lang kot..
Tak pe lah kita buat pelan-pelan.. mana yang termampu..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 33/52
Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi biskut raya yang menarik. Biskut ni juga salah satu biskut yang
popular awal-awal 90 an kalau tak silap lah kan..
Ita pula tak pasti kenapa biskut ni dinamakan Mama Carey. Nama penciptanya ke?? wallahhualam...
Dulu masa era kepopularannya, semua rumah pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyediakan biskut
ini sebagai salah satu biskut raya. Popular sungguh biskut ni..
Biasanya ia di buat dalam bentuk hati, atau daun. Yang uniknya biskut ni kita boleh lukis corak atas icing
pada biskut ni untuk menambahkan lagi kecantikan biskut yang dah tersedia cantik ni.. Sudah pasti
tujuannya untuk menarik perhatian orang yang ingin merasainya..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 34/52
Sekali lagi resepi ita ambil dari dapur Kak Wan. Ita kalau nak cari biskut raya memang dapur kak Wan
lah yang ita terjah.. Selongkar sana.. selongkar sini.. untuk cari resepi yang berkenan di hati.
Ita suka resepi daripada Kak Wan, biasanya resepi dari kak Wan tak pernah menghampakan ita.. cuma
ada kalanya cukup mencabar.. boleh pengsan... ^_^
Biasalah kan buat biskut ni memang penat.. yang tak tahan tu sebab kena duduk lama.. boleh krem
pinggang ni.. Tengkuk pun mula lah lenguh-lenguh.. Tapi bila kenangkan Hari Raya.. tak pe lah.. penat
setahun sekali aje.. yang penting kita happy!
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 35/52
Seperti biasa ita nak ucapkan terima kasih kepada kak Wan kerana sudi kongsikan resepi biskut yang
sedap ni , ita juga minta izin untuk kongsikan di sini pula.. boleh ye??
Banyak lagi resepi dari kak Wan yang dah masuk list.. tak taulah larat atau tak larat nak buat ni..
Jom lah kita intai-intai resepi ni..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 36/52
BISKUT MAMA CAREYBy : Kak Wan
200 gm mentega
100 gm gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla
Bahan Di ayak
260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan
tidak melekat di tangan
Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit
Panaskan oven pada suhu 150 C
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
Terap dengan acuan pilihan
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 37/52
Kemudian biarkan ia sejuk.
Sekarang kita sediakan icing
Icing
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing
Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Masukkan adunan dalam piping bag.
Paipkan icing atas biskut tadi
Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak
pilihan
Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan
Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
* untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai
masak atau 3/4 masak
Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau
lama dalam oven takut icing kuning.
lagi satu pastikan suhu oven bertepatan
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 38/52
Posted by Azlita Aziz at 5:20 PM 21 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
SALAM RAMADHAN
Recommend this on Google
THURSDAY, AUGUST 2, 2012
BISKUT BUNGA CINA
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 39/52
Assalamualaikum
Ramai yang merungut, "kak ita buatlah biskut yang mudah dan simple.."
Ok hari ni ita tunjukkan biskut yang paling mudah dan paling simple
Buat pun senang, dengan bahan yang cukup simple .. semua ada di dapur rumah anda..
Tapi pastikan anda juga memiliki acuan khas yang diperlukan untuk membuat biskut ini..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 40/52
Biskut Bunga Cina, adalah biskut orang lama..
Biskut yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.. cuma cair di mulut... hehe
Biskut Bunga Cina dan Biskut Bunga Dahlia adalah dalam kategori biskut yang sama, bentuk dan cara
pembuatannya juga adalah sama. Cuma sedikit perbezaan biskut bunga Cina kebiasannya berwarna
putih bersih, manakala biskut bunga Dahlia pula berwarna kuning.
Faktor yang membezakan antara kedua-dua biskut ini adalah penggunaan tepung yang berbeza. Biskut
bunga Cina menggunakan tepung jagung manakala biskut bunga Dahlia menggunakan tepung kastard.
Oleh kerana itu warnnya kuning..
Biasanya biskut ini di gemari orang lama.. Jenerasi baru terutamanya kanak-kanak kurang
mengemarinya..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 41/52
Sebenarnya ita juga kurang meminati biskut bunga Cina ni, mungkin rasanya yang macam tepung sahaja
dan tiada bahan tambahan lain yang menarik selera membuatkan ita tak berapa gemar..
Biskutnya yang cair di dalam mulut dan mudah melekat di langit-langit dan celah-celah gigi,
membuatkan ita tak berapa selesa bila makan biskut ni.. lepas makan mesti nak gosok gigi.. kalau beraya
kat rumah orang tak kan ita nak bawa berus gigi pulak! jadi ita elakkan makan biskut yang macam ni bila
beraya.. kalau tak... mau habis se jug air ita minum.. hihi
Masa ita kecik-kecik dulu ita panggil biskut ni 'biskut atuk'
Sebab atuk ita cukup suka buat biskut ni..
Lagi satu biskut ni tak perlukan gigi untuk mengigitnya... hehe sebab tu ita kata biskut atuk kerana atuk
ita tak de gigi.. haha
Ita ni masa kecik boleh tahan juga cerewetnya.. oleh sebab itu ita selalu juga di sakat oleh atuk.. Bila
beraya ita di suruh makan biskut bunga Cina ni.. kalau tak makan ita tak dapat duit raya.. tapi kerana ita
ni jenis yang boleh tahan juga degilnya.. kalau ita tak suka jangan harap lah ita nak makan.. tak dapat
duit raya pun tak apa.. ^_^
Atuk ita ni seorang yang sangat teliti dan cukup cerewet juga.. sebab tu turun temurun kat cucu dia ni..
Kalau berjalan dan berdandan.. macam anak dara.. aje ita tengok lagaknya.. Atuk ita suka bersangul..
orang Johor dulu-dulu memang suka bersangul dan mengenakan selendang panjang.. Bila bersangul tu
pasti akan terselit bunga di sanggulnya.. selain bunga kenanga, cempaka dan ros, bunga Cina juga selalu
terselit di sangulnya...
Masa dulu-dulu, mana ada sampul duit raya..
Tapi atuk ita, dia lain sikit, dia akan letakkan duit raya pada sapu tangan, dia akan ikat duit tu di hujung
sapu tangan yang kecil macam dalam gambar ita tu.. Biasanya sapu tangan tu berbunga-bunga kecil.. Dan
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 42/52
dia akan berikan duit raya kepada cucunya dengan sapu tangan tu.. unik kan.. !!
Begitulah atuk ita.. seorang yang sangat cerewet dan terlalu menjaga adat..
BISKUT BUNGA CINAResepi olahan daripada resepi : BISKUT BUNGA DAHLIA
By : Kak Wan
250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur
Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna pink ~ jika suka
sedikit putih telur
Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh
yang lembut dan tak melekat di jari
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 43/52
Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka
Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
Panaskan oven pada suhu 140 C
Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan
putih
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
Letakkan ceri merah di atasnya
Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna
Resepi biskut bunga Cina ni ita ambil dari dapur kak Wan. Resepi asal yang kak Wan kongsikan ialah
Biskut Bunga Dahlia. Ita tukarkan tepung kastard kepada tepung jagung untuk dapatkan resepi bunga
Cina ni..
Ita letakkan sedikit warna pada sedikit adunan untuk dapatkan warna yang lebih menarik pada biskut
ni..
Kalau yang suka warna asal putih mulus tu.. tak payah lah letak pewarna. Kalau ikut resepi orang dulu-
dulu, tiada penggunaan tepung Red Rose dalam resepi. Tapi penggunaan tepung Red Ros membuatkan
biskut lebih rapuh..
Terima kasih ita kepada kak Wan yang sentiasa tidak lokek berkongsi resepi dan tips memasak, dan
kepada kawan-kawan selamat mencuba!
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 44/52
Posted by Azlita Aziz at 8:10 AM 32 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
SALAM RAMADHAN
Recommend this on Google
WEDNESDAY, AUGUST 1, 2012
BISKUT TOPI
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 45/52
Assalamualaikum, dan selamat sejahtera buat sahabat-sahabat ita di luar sana..
Alhamdulillah kita masih lagi berada dalam bulan Ramadhan.
Bagaimana kesihatan kawan-kawan ita sekalian, ada yang mula sakit-sakit pinggang..? hehe
almaklumlah.. masing-masing dah mula sinsing lengan untuk mulakan projek mengukis.
Tak pe lah kan sakit pinggang, sakit tenguk sikit-sikit.. tapi bila lihat kuih tersusun dalam balang senyum
melerit sampai ke telinga. Lebih-lebih lagi bila mendapat pujian dari keluarga.. bertambah berbunga-
bunga dalam hati..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 46/52
Hari ni ita nak kenalkan dengan satu lagi biskut raya yang telah ita siapkan iaitu Biskut Topi. Rasa-rasa
ramai yang dah mengenali biskut topi ni..
Biskut topi ni popular seingat ita pada era 80an. Zaman ita masih kanak-kanak lagi. Nak kata kanak-
kanak sangat pun tak jugak lah.. rasa-rasa waktu tu ita baru masuk sekolah menengah kot..
Biskut ini kalau tak silap pernah keluar dalam majalah Wanita rasa-rasanya..
Selepas kemunculan biskut ni buat pertama kalinya maka berebut-rebutlah semua suri rumah dan anak-
anak dara membuat kuih ni yang cukup popular masa tu..
Boleh dikatakan setiap rumah yang kita ziarah pada hari raya mesti ada biskut topi ni.. Kalau tak de tu..
macam tak cukup lengkap hidangan yang di sajikan atas meja tu.. 'tak gereh seh...' sepatah kata warga
Singapura...
Begitulah hebatnya penangan biskut topi ni suatu waktu dahulu..
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 47/52
Rumah mak ita juga tak terkecuali dari membuat biskut topi ni .. ya Allah kalau tak buat ada yang
merajuk sampai masuk bawah katil lah kata orang tu..
hehe tapi bukan ita lah orang tu..
Ita ni dulu tak minat buat kuih-kuih raya ni.. tapi sekarang kena lah buat sebab dah ada rumah sendiri
dan dah ada tanggung jawab..
Kalau tengok kakak-kakak ita buat kuih ni kan.. kesian ita tengok.. ada sampai tertidur-tidur kat dapur
menunggu biskut di bakar. Ialah dulu mana ada oven karen macam sekarang ni.. semua guna oven yang
letak atas dapur minyak tanah.. kalau tak silap cap kupu-kupu..
Bila tertidur sedar-sedar dah rentung biskut atas dapur.. pas tu mula lah naik angin satu badan.. dah lah
penat kuih pulak rentung.. nasib.. nasib..
Bila pergi sekolah mula lah tersenguk-senguk masa cikgu mengajar.. cikgu pun apa lagi sindir le... " curi
ayam ke malam tadi??"
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 48/52
Kat sekolah pun tak habis-habis dok bercerita pasal biskut raya.. Sampai berlumba-lumba siapa punya
biskut raya yang paling banyak.. haha
Siap tanya lagi ni.. biskut apa yang kawan-kawan dah buat.. kalau tak tersenarai dalam balang kat rumah
tu.. uik.. balik sekolah tak sempat bukak baju dah nak uli kuih raya.. aduyaiiii.. sabor je le..
Itu lah kan gelagat raya zaman dulu-dulu.. hihi lucu jugak kalau di kenang-kenang..
Anak-anak sekarang ni kurang bercakap pasal biskut raya sebab bila raya semua dah terhidang atas
meja..
Bila tanya mak buat kuih apa?
Dia kata " kuih Angsana"
Kuih apa tu???
"kuih tunjuk-tunjuk.."
hehe
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 49/52
Resepi biskut topi ni ita ambil waktu google-google.. jumpa lah resepi hasil perkongsian dari adik Zilla
yang dikatakan resepi dari ibunda tersayang..
Terima kasih Zilla kerana sudi kongsikan resepi istimewa ni.. Akak minta izin untuk kongsikan di sini
pula ye..
Kita panjang-panjang kan ilmu semoga adik Zilla sekeluarga memperolehi keberkatan..
Resepi asal mengunakan sukatan auns dan ita dah tukar kepada gram untuk memudahkan dikemudian
hari
Cara membuat biskut ni mudah aje.. yang rumit bila nak letak aising, mengigil-gigil jugak lah kan tangan
ni..
Biskut ni sangat rapuh jadi kena berhati-hati sikit masa mengendalikannya..
Dapat pun tak banyak sangat cukuplah untuk sebalang.. kalau nak bagi mertua kenalah buat lagi..
Bakar kena guna api bawah sahaja sebab biskut cepat hangus jadi kena sentiasa perhatikan biskut dalam
oven..
Tunggu biskut sejuk betul baru boleh keluarkan dari loyang sebab kalau masa panas kita keluarkan ia
mudah patas sebab rapuh..
Jom kita cuba!
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 50/52
BISKUT TOPIBy : Zilla
180 gm butter atau margerin ~ lembutkan
145 gm gula halus atau gula perang
1 biji kuning telur ~ putih telur jangan buang sebab nak guna untuk icing
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung jagung
60 gm tepung kastard
Tepung gandum atau tepung ros secukupnya ~ tiada sukatan
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung pada oven masing-masing
Sediakan loyang pembakar. Leserkan dengan sedikit butter. Ketepikan
Pukul butter dan gula halus dengan speed sederhana hingga kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan teruskan memukul
Perlahankan speed mixer
Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung gaul rata
Masukkan tepung gandum atau tepung ros sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi
doh yang lembut dan tidak melekat pada jari.
Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tidak terlalu keras.
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 51/52
Canai adunan nipis, di atas 2 lapik plastik, supaya adunan tidak melekat-lekat.
Terap adunan dengan acuan bulat sebesar duit siling 50 sen
Susun atas loyang pembakar
Canai lagi adunan kali ni tebal sedikit anggaran 1 cm tebal
Terap pula adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 5 sen
Letakkan ia atas adunan terapan 50 sen tadi.
Tekan sedikit supaya ia bujur sedikit.
Bakar dalam oven dengan suhu 170C api bawah selama 20 ~ 25 mint atau sehingga biskut masak
sempurna.
* kena sentiasa perhatikan biskut dalam oven kerana ia mudah hangus.
Bila dah masak biarkan biskut sejuk sepenuhnya.
Sekarang kita sediakan pula icingnya
ICING
1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon
Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
7/16/13 masam manis: BISKUT RAYA
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA?updated-max=2012-08-13T12:23:00%2B08:00&max-results=20&start=8&by-date=false 52/52
Newer Posts Older PostsHome
Subscribe to: Posts (Atom)
Posted by Azlita Aziz at 9:04 AM 21 comments:
Labels: BISKUT RAYA, COOKIES
SALAM RAMADHAN
Recommend this on Google
Picture Window template. Powered by Blogger.