SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO 5,
JALAN YUSOF MUAR, 83600 SEMERAH, JOHOR
AKTIVITI :
PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL 1 MALAYSIA)
TEMPAT :
RUANG BELAKANG BANGUNAN PENTADBIRAN, SKPN5
TARIKH :
1 JULAI 2013 HINGGA 26 JULAI 2013
ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 2015
1.0PENGENALAN
Mural merupakan cara menggambar atau melukis di atas permukaan yang
luas seperti dinding, tembok dan permukaan jalan raya. Ia adalah satu bentuk
seni yang semakin digemari pelbagai golongan. Lukisan mural bersifat bebas
dan penggunaan media seperti cat tembok, cat kayu atau sebarang bahan
pewarna seperti kapur tulis dan sebagainya dapat menghasilkan gambar. Karya
lukisan mural yang dihasilkan dapat memberi satu impak dan memberi makna
terhadap lukisan yang dihasilkan. Kebanyakan lukisan mural di Malaysia terdapat
di bangunan-bangunan terutama pejabat, sekolah, tadika, lorong dan
sebagainya.
Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan
agen perubahan seseorang insan. Selain itu, sekolah juga merupakan institusi
formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari
ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia
ada.
Sehubungan itu, bagi memupuk minat setiap murid di sekolah Panitia
Pendidikan Seni Visual akan menjalankan projek keceriaan lukisan mural
bertemakan 1 Malaysia. Projek keceriaan ini merupakan salah satu projek yang
akan dijalankan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual. Projek ini sekaligus dapat
menguji kreativiti guru di samping dapat melihat komitmen guru dalam
menjayakan sesuatu projek.
2.0RASIONAL
Keceriaan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu,
projek melukis mural ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai
organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria
dan berseri. Persekitaran yang ceria akan memberangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif merupakan satu agenda yang
penting dalam rutin seharian di sekolah. Projek keceriaan yang dirancang
bertemakan 1 Malaysia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga
sekolah iaitu murid-murid, guru-guru dan staf sokongan tentang jalinan hubungan
antara semua kaum dapat memupuk perpaduan sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa, agama dan negara.
3.0MATLAMAT
3.1 Lukisan mural 1 Malaysia dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid
di sekolah.
3.2 Memperindah dan menceriakan dinding ruang bangunan sekolah dengan
lukisan mural.
3.3 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung.
3.4 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0OBJEKTIF
4.1 Memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
4.2 Meningkatkan keceriaan sekolah yang dapat memberangsang suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
4.3 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
murid dan warga sekolah.
4.4 Memberi guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran
dan bakat secara kreatif.
5.0KUMPULAN SASARAN
5.1 Semua guru dan murid SK Datuk Akhir Zaman
6.0TEMPAT
6.1 Dinding ruang tangga blok D di SK Datuk Akhir Zaman, Rantau.
7.0TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Anjuran : Panitia Pendidikan Seni Visual
Tarikh : 03 -21 Ogos 2015 ( 3 Minggu )
Tempat : Tangga Blok D SK Datuk Akhir Zaman, Rantau
8.0TEMA LUKISAN MURAL
8.1 1 Malaysia
9.0ANJURAN
9.1 Panitia Pendidikan Visual
10.0 JAWATANKUASA INDUK PROJEK
PENASIHATPuan Maznah binti Hassan
(Guru Besar)
PENGERUSI Puan Khadijah binti Masrom
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
NAIB PENGERUSIPuan Nur Sarah binti Abdullah
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Encik Hishamuddin bin Muda(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
PENYELARASPuan Nasurah binti Mazlan
SETIAUSAHAPuan Emelia Diyana binti Kamaruddin
BENDAHARIPuan Haryani binti Md Jani
AHLI JAWATANKUASAEncik Alwi bin Suid
Cik Erdawaty binti IsmailPuan Wan Norizan binti Wan Harun
Puan Norbaiti binti AliasPuan Jameah binti MohamedPuan Noor Aszlin binti Atan
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH
1 Cat Pelaka
Biru
Hitam
Kuning
Putih
Hijau
Unggu
Merah Jambu
RM18.00
RM 28.00
6 X 18.00
2 x 28.00
RM 108.00
RM 56.00
3 Berus Cat
Berus besar
Berus kecil
RM 8.50
RM 2.00
4 x RM 8.50
4 x RM 2.00
RM 42.00
JUMLAH RM 216.00
12.0 IMPLIKASI KEWANGAN
12.1 Peruntukan PCG Panitia Pendidikan Seni Visual dan sumbangan
sekolah.
13.0 PENUTUP
13.1 Program Keceriaan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan
matlamat Panitia Pendidikan Seni Visual. Selain itu, ianya adalah untuk
merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha
melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani,
mental, emosi dan sosialnya. Melalui program keceriaan ini juga
diharap objektif penganjur dapat memupuk nilai murni dalam kalangan
murid dan warga sekolah di sekolah. Sekaligus mewujudkan
persekitaran sekolah yang ceria dan menarik akan dapat dicapai
dengan kerjasama semua pihak.
Disediakan oleh ,
.............................................. (NASURAH BINTI MAZLAN)
Penyelaras,
Program Keceriaan,
SK Datuk Akhir Zaman,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan.
Disemak oleh,
.................................................................
(PN EMELIA DIYANA BT KAMARUDDIN)
Ketua Panitia
SK Datuk Akhir Zaman,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan.
Disahkan oleh :
........................................................( PUAN MAZNAH BINTI HASSAN)
Guru Besar,
SK Datuk Akhir Zaman,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan.
PELAN TINDAKAN
Carta Gantt
CARTA GANTT PROJEK KECERIAAN SEKOLAH
SK DATUK AKHIR ZAMAN, RANTAU
TAHUN 2015
BIL PERKARA TINDAKAN
BULAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
4.0 LAPORAN PELAKSANAAN
4.1 Objektif Impak
a) Memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
b) Meningkatkan keceriaan sekolah yang dapat memberangsang suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
c) Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
murid dan warga sekolah.
d) Memberi guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran
dan bakat secara kreatif.
Pada ..............., Panitia Pendidikan Seni Visual SK Datuk Akhir Zaman,
Rantau telah menganjurkan program keceriaan lukisan mural bertemakan 1
Malaysia di tangga blok D bagi memenuhi perancangan aktiviti panitia bagi tahun
2015. Program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berkesan mengikut tempoh
pelaksanaan yang telah dirancangkan. Semua guru Panitia Pendidikan Seni Visual
telah mengambil bahagian dalam menyiapkan lukisan mural. Projek ini juga telah
mendapat kerjasama daripada murid Tahun 4 dan 5 serta AJK PIBG di sekolah.
Projek ini juga merupakan aktiviti yang melibatkan AJK Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG). Ia merupakan salah satu aktiviti yang perlu dijalankan setiap bagi
meningkatkan keceriaan sekolah mengikut Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia
Pendidikan Seni Visual. Proses membuat lukisan mural ini memerlukan
perancangan yang teliti agar dapat dijalankan dengan baik seperti yang
dirancangkan.
Sebelum Pelaksanaan
Program Keceriaan ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang
oleh Panitia Pendidikan Seni Visual berpandukan kepada perancangan aktiviti
tahunan panitia bagi tahun 2015. Projek keceriaan yang dipilih untuk dijalankan
adalah dengan menghasilkan lukisan mural di dinding sekolah yang masih kosong.
Sebelum pelaksanaan aktiviti tersebut, Panitia Pendidikan Seni Visual bersama-
sama Unit 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan) telah mengadakan
Mensyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual kali pertama bagi membincangkan
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bagi meningkatkan keceriaan sekolah. Barisan
pentadbir sekolah yang terdiri daripada Puan Maznah binti Hassan (Guru Besar),
Puan Khadijah binti Masrom (GPK 1) dan Puan Nur Sarah binti Abdullah (GPK
HEM) juga turut hadir semasa mesyuarat kali pertama dijalankan. Semua guru yang
terlibat dalam mensyuarat ini telah diberikan surat panggilan mesyuarat secara
individu.
Hasil dapatan mesyuarat kali pertama ini, Ahli Jawatankuasa Program dan
Ahli Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan. Dalam mesyuarat ini juga, ahli
jawatankuasa telah menetapkan matlamat, rasional, objektif, kumpulan sasaran,
tarikh, tempat dan masa program yang hendak dilaksanakan. Pada peringkat
seterusnya, ahli jawatankuasa berkenaan akan menyediakan kertas cadangan dan
anggaran perbelanjaan.
LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL BLOK TULISAN
HARI PERKARA
2 Julai Jun 2013 Mengambil gambar sebelum dan
membuat cat asas di dinding
8 Julai 2013 – 12 Julai 2013 Melukis dan mewarna dinding
15 Julai 2013 – 19 Julai 2013 Melakukan kemasan terakhir
serta mengambil gambar