SK PAON TEMAGA
KERTAS KERJA (RIMUP) PERMAINAN GALAH PANJANG
TARIKH :17 OKTOBER 2013
HARI :KHAMIS
TEMPAT :PADANG SK PAON TEMAGA
ANJURAN :
SK PAON TEMAGA
1.0 PENGENALAN
Permainan galah panjang adalah permainan tradisional yang dimainkan diluar
rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai
pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh
golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu tetapi dengan dua
kumpulan. Terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan.
2.0 RASIONAL
Penganjuran pertandingan ini diadakan untuk menyediakan murid-murid supaya
mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan terutamanya dalam permainan tradisional
galah panjang. Melalui permainan ini, murid-murid dapat memperkayakan diri dengan
perkongsian ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan sahsiah dan jati diri. Justeru,
penganjuran ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan murid secara
menyeluruh bersama rakan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
3.0 MATLAMAT
Matlamat bagi pelaksanaan permainan ini ialah bagi memenuhi kehendak
program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2013 yang diadakan
untuk 3 buah sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Paon Temaga, SK Kendaie
dan SK Lebai Mentali. Apa yang ditekankan adalah penglibatan secara menyeluruh
murid tanpa mengira jantina , bangsa dan agama.
4.0 OBJEKTIF
Selepas mengikuti permainan ini, murid-murid akan dapat :
4.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dari sekolah yang berbeza.
4.2 Mempertingkatkan integrasi dalam kalangan murid.
4.3 Menanam rasa cinta akan budaya masyarakat Malaysia.
4.4 Melahirkan murid yang cergas dan cerdas.
4.5 Mempertingkatkan lagi semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid.
5.0 TARIKH DAN MASA
5.1 Tarikh : 17 Oktober 2013
5.2 Hari : Khamis
5.3 Masa : 2.00-3.15 Petang
5.4 Tempat : Padang Sekolah SK Paon Temaga
5.5 Jenis Pertandingan : Tertutup untuk murid sahaja
6.0 PENYERTAAN
Keseluruhannya seramai 30 orang murid dari ketiga-tiga sekolah yang akan
terlibat dalam permainan ini. Setiap sekolah wajib untuk memilih 5 orang lelaki dan 5
orang perempuan sebagai wakil untuk sekolah masing-masing. Kesemua peserta akan
dicampur dan membentuk 3 pasukan lelaki dan 3 pasukan perempuan. Setiap pasukan
mempunyai 5 orang ahli yang merangkumi ketiga-tiga buah sekolah. Tempoh masa
permainan ialah 15 minit. Sistem pertandingan adalah secara round robin. Pasukan yang
akan mengutip mata yang paling banyak akan dikira pemenang. (peraturan permainan sila
rujuk lampiran)
7.0 JAWATANKUASA INDUK P ERMAINAN GALAH PANJANG
Pengerusi : Puan Roseline ak Batu
Naib pengerusi : Encik Mazlan bin Usop
Setiausaha : Encik Fadzlan bin Shibli
Bendahari : Encik Ariffin bin Bujang
Ahli Jawatankuasa :
1. Peralatan : Encik Fadzlan bin Shibli
: Encik Mazlan bin Usop
: Encik Garus ak Alat
2. Kepegawaian : Guru-guru SK Paon Temaga, SK Kendaie dan
SK Lebai Mentali.
3. Keselamatan : PIBG
8.0 PENUTUP
Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati segala
objektif yang digariskan dan seterusnya dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan
kepada murid-murid tentang permainan tradisional Galah Panjang. Diharapkan agar
segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak. Semoga pertandingan galah panjang ini juga dapat memberi
manfaat dan pengalaman kepada murid-murid tentang peranan dan tanggungjawab
mereka dalam menjadikan generasi yang berilmu pengetahuan berkaitan permainan
rakyat yang ada di Malaysia.
Disediakan oleh :
( FADZLAN BIN SHIBLI )
Setiausaha Sukan dan Permainan RIMUP 2013,
SK Paon Temaga Lundu
Disemak oleh :
( ENCIK MAZLAN BIN USOP )
Penyelaras RIMUP 2013
SK Paon Temaga Lundu
Disahkan oleh :
( ENCIK ARIFFIN BIN BUJANG )
Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Paon Temaga Lundu
Diluluskan Oleh :
(PUAN ROSELINE AK BATU)
Guru Besar
SK Paon Temaga Lundu
Lampiran
Borang penyertaan (Lelaki)
Kumpulan 1
Bil Nama peserta Sekolah
1 SK Paon Temaga
2 SK Paon Temaga
3 SK Kendaie
4 SK Kendaie
5 SK Lebai Mentali
Kumpulan 2
Bil Nama peserta Sekolah
1 SK Paon Temaga
2 SK Paon Temaga
3 SK Kendaie
4 SK Kendaie
5 SK Lebai Mentali
Kumpulan 3
Bil Nama peserta Sekolah
1 SK Paon Temaga
2 SK Kendaie
3 SK Lebai Mentali
4 SK Lebai Mentali
5 SK Lebai Mentali
Borang penyertaan (Perempuan)
Kumpulan 1
Bil Nama peserta Sekolah
1 SK Paon Temaga
2 SK Paon Temaga
3 SK Kendaie
4 SK Kendaie
5 SK Lebai Mentali
Kumpulan 2
Bil Nama peserta Sekolah
1 SK Paon Temaga
2 SK Paon Temaga
3 SK Kendaie
4 SK Kendaie
5 SK Lebai Mentali
Kumpulan 3
Bil Nama peserta Sekolah
1 SK Paon Temaga
2 SK Kendaie
3 SK Lebai Mentali
4 SK Lebai Mentali
5 SK Lebai Mentali
Borang pemarkahan (Lelaki)
Kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3
Markah
Jumlah
keseluruhan
Jadual Perlawanan (Lelaki)
Kumpulan 1
VS
Kumpulan 2
2.10-2.25p.m
Kumpulan 2
VS
Kumpulan 3
2.30-2.35p.m
Kumpulan 1
VS
Kumpulan 3
2.40-2.55p.m
Jadual Perlawanan (Perempuan)
Kumpulan 1
VS
Kumpulan 3
2.10-2.25p.m
Kumpulan 1
VS
Kumpulan 2
2.30-2.35p.m
Kumpulan 2 2.40-2.55p.m
VS
Kumpulan 3