Tajuk Jurnal :Perceptions of students who take synchronous courses through
video conferencing about distance
education.Hasan Karal, Yigit Emrah Turgut, Ayca Cebi
Karadeniz Technical University, Turkey
TOJET: October 2011, volume 10 issue 4
Nik Mastura Bt Nik HassanM20121000510
PERSOALAN
Persoalan kajian 1 : Apakah persepsi pelajar terhadap pendidikan jarak jauh berasaskan pembelajaran/kuliah melalui persidangan video?
Persoalan kajian 2 : Apakah pendapat pelajar sebelum mengikuti pembelajaran jarak jauh melalui persidangan video?
Persoalan kajian 3 : Apakah pendapat pelajar tentang pendidikan jarak jauh selepas mengikuti pembelajaran/kuliah melalui persidangan video?
Persoalan kajian 4 : Apakah impak terhadap persepsi pelajar terhadap pendidikan jarak jauh semasa proses pendidikan?
Kajian ini adalah untuk menentukan bagaimana pelajar pendidikan jarak jauh mengikuti pembelajaran dalam kursus-kursus pembelajaran jarak jauh melalui persidangan video .
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
KAEDAH Rekabentuk kajian
Pendekatan penyelidikan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini Pendekatan penyelidikan kualitatif adalah berkaitan kepada
persekitaran semulajadi , penyelidik mempunyai peranan untuk mengambil bahagian menggunakan pendekatan bersepadu, fleksibiliti dalam reka bentuk penyoalan/penyelidikannya, untuk mendapatkan persepsi/dapatan daripada pelajar
Sampel kajian Terdiri daripada sembilan (9) pelajar ijazah pertama Universiti
Teknikal Karadeniz(KTU) 4 perempuan , 5 lelaki Temubual dijalankan terhadap sampel.
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Pengumpulan dan Proses Dapatan Temu bual separa berstruktur dan pemerhatian telah
digunakan sebagai alat pengumpulan data dalam kajian ini. Dengan cara ini penyelidik cuba untuk menentukan beberapa persepsi, reaksi, pendapat dan komen-komen individu mengenai penyelidikan.
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Soalan-soalan yang dikemukakan semasa tembual dengan responden kajian
Analisis Data Teknik analisis deskriptif telah digunakan dalam analisis
data yang diperolehi melalui temu bual. Kaset yang dicatatkan pada temu bual telah dipindahkan
ke komputer oleh penyelidik, dan transkrip telah dibuat dalam rangka kerja soalan wawancara, transkrip setiap pelajar telah dikodkan dengan berulang kali membaca mereka dan membentuk tema/kata kunci.
Nama-nama kod yang diberikan kepada pelajar (bukan nama sebenar peserta) dalam petikan
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian pelajar menunjukkan pandangan yang berbeza tentang pembelajaran berasaskan persidangan video dalam pembelajaran jarak jauh mereka sebelum mereka mengikuti pembelajaran tersebut. Ini disebabkan mereka tidak memahami dan tiada pengalaman dalam pembelajaran berasaskan persidanggan video tersebut.
Namun tanggapan mereka mula berubah apabila mula mengikuti pembelajaran berasaskan persidangan video tersebut. Ini dibuktikan apabila dapatan daripada temubual yang dijalankan.
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Berdasarkan data penyelidikan terdapat lima faktor utama yang mengambar persepsi pelajar pendidikan jarak jauh. Faktor-faktor ini ditakrifkan sebagai: masalah teknikal, peranan guru, persekitaran, kursus dan jarak.
Masalah teknikal, Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mengenalpasti
masalah teknikal menjadi peranan utama yang mempengaruhi pesepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan video. Pelajar mempunyai pesepsi negatif terhadap kelemahan teknikal seperti kekurangan/gangguan suara/bunyi, imej pegun dan gangguan komunikasi ketika sesi pembelajaran berjalan.
Guru
Hubungan interaksi antara guru dengan pelajar yang tidak jelas/dekat dan “eye contact” tidak wujud menyebabkan pelajar hilang minat dan kurang motivasi dalam pembelajaran jarak jauh. Faktor ini memberikan persepsi negatif dalam pembelajaran jarak jauh.
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Faktor persekitaran Persekitaran pembelajaran yang dipengaruhi dengan
perkembangan teknologi juga memberi pengaruh kepada pembelajaran jarak jauh ini. Perkembangan dunia teknologi dapat meningkatkan tarikan dan minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran berasaskan persidangan video secara jarak jauh.
Kursus Penawaran kursus secara jarak jauh adalah kursus yang
mudah dan lebih baik jika hubungan antara pengajar dengan pelajar lebih teratur. Jika pembelajaran berjalan terlalu lama akan membosankan pelajar.
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Jarak Kajian mendapati bahawa walaupun lokasi pengajar dalam
persekitaran yang berbeza (faktor jarak) mempengaruhi sesetengah pelajar dengan positif, dan juga mempengaruhi pelajar lain secara negatif. Sesetengah pelajar menyatakan bahawa mereka lebih baik didorong oleh pengajar jarak jauh mereka dan bahawa mereka mendengar kuliah tanpa rasa di bawah tekanan. Walau bagaimanapun, sesetengah pelajar menyatakan bahawa keadaan ini melibatkan diri mereka berasa negatif dan terganggu oleh perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kursus
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
CADANGAN
Perlu memperkenalkan sistem kepada pelajar sebelum mereka mengambil kursus jarak jauh melalui persidangan video akan mengurangkan prejudis dan salah faham pelajar sebelum kursus bermula.
Meningkatkan kemudahan rangkaian teknologi dapat mengurangkan masalah seperti gangguan suara/bunyi, imej terganggu/keras dan masalah gangguan audio
Pengajar perlu kreatif dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran
KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web