Transcript
Page 1: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…
Page 2: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

i

Page 3: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

ii

Page 4: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

iii

8-9 Ogos 2017 / 15-16 Zulkaedah 1438H

Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi, Selangor, Malaysia

disunting oleh Ezad Azraai Jamsari, Azmul Fahimi Kamaruzaman,

Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar, Zamri Arifin, Firuz Akhtar Mohamad Bohari & Ammalina Dalillah Mohd Isa

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI 2017

Page 5: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

iv

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII 2017

Ulama dan Pemikiran Wasatiyyah Nusantara

Cetakan Pertama, 2017

Hak cipta Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini

boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan

ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya

tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: +603 8921 5550/5291/5558 Faks: +603 8921 3185

http://www.ukm.my/fpi/ http://www.ukm.my/nun/

Diatur huruf oleh RAJA MUHAMMAD IMRAN RAJA ABDUL AZIZ

[email protected] NOORSAFUAN CHE NOH

[email protected] EZAD AZRAAI JAMSARI

[email protected]

ISBN 978-983-9368-84-0

Page 6: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

v

Kandungan _________________________________________________________________________

Kandungan … v

Globalisasi dan Tantangan Dakwah

Abdul Hamid… 1

Haluan Peranan Baitulmal ke Arah Pemegang Amanah Wang

Tak Dituntut di Malaysia: Sorotan Literatur

Nurul Husna Mohamed @ Ismail, Md Yazid Ahmad & Ezad Azraai Jamsari… 8

Peran Konselor Sekolah dalam Mencegah Tawuran di Kalangan Pelajar

Afnibar… 16

M. Quraish Shihab dan Dinamika Pro-Kontra Pemikiran Tafsirnya

Afrizal Nur & Muhd. Najib Abdul Kadir… 22

Alam Melayu dan Arab dalam Manuskrip Hidayah al-Muta‘allim wa ‘Umdah

al-Mu’allim Karangan Syeikh Daud al-Fatani

Ahmad Sharifuddin Mustapha… 34

Islam dan Budaya Nusantara di Bumi Perth, Australia

Napisah Karimah Ismail & Rosila Bee Mohd Hussain… 41

Ulama Sufi dalam Arena Politik di Kalimantan Selatan pada Abad ke-19M

Noor Syahidah Mohamad Akhir… 51

Perbahasan Ilmu Perubatan dalam Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin

Karya Syeikh Ahmad al-Fatani

Nur Farrayanna Haris, Noorsafuan Che Noh, Azmul Fahimi Kamaruzaman,

Ahmad Faathin Mohd Fadzil, Norazila Aniah

& Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58

Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara

Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad… 66

Peristiwa Pemberontakan Pahang (1891-1895): Analisa Peranan dan Kepimpinan Ulama

Amnah Saayah Ismail, Wan Kamal Mujani, Burhanuddin Jalal

& Norshima Zainal Shah… 72

Pembangunan Sumber Ekonomi Institusi Masjid di Negeri Sembilan

Anwar Muttaqin & Roziah Sidik @ Mat Sidek… 76

Page 7: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

vi

Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad: Penggerak Daie Askari dan

Dakwah Wasatiyyah dalam Angkatan Tentera Malaysia

Burhanuddin Jalal, Amnah Saayah Ismail & Sayuti Ab Ghani… 81

Dakwah dan Pemikiran Syaikh Muhammad Mahfuzh al-Tarmasi al-Makki:

Ulama Tanah Suci dari Tanah Jawi

Dzulkifli Hadi Imawan… 90

Stailistik Arab dalam Syair Ashiqin Karya Tuk Shihabuddin

Salmah Ahmad & Ahmad Murtadha Abd. Jalil… 98

Ilmu Perubatan Melayu Berasaskan Haiwan dalam Kitab Tibb Versi Terengganu

Siti Muthi’ah Hassan, Noorsafuan Che Noh, Azmul Fahimi Kamaruzaman,

Roziah Sidik @ Md Sidek & Ahmad Faathin Mohd Fadzil… 102

Peranan Tok Ku Paloh dalam Pemantapan Islam ke atas Penduduk Terengganu

pada Awal Abad ke-20M

Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad… 108

Status dan Kedudukan Wanita dalam Islam menurut Perspektif Dr. Faisal Othman

Kamarudin Salleh & Mohd Syahmi Ismail… 118

Pemikiran Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani dalam Tasawuf di Alam Melayu

Khadher Ahmad… 133

Rehabilitasi Pecandu Narkoba dalam Perspektif Konseling Islam

Mellyarti Syarif… 143

Wasatiyyah dan Wajah Negara: Warisan Melayu, Wawasan Islam dan Wadah Malaysia

Mohamad Abu Bakar… 153

Hubungan Sosial Kerajaan Kelantan-Campa sehingga Abad ke-20M

Mohd Khairul Nizam Mat Yusoff & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad… 159

Biografi Nik Abdul Aziz Nik Mat: Ulama Pembangun Kelantan

Mohd Muslim Amerruddin Khalil & Farid Mat Zain… 173

Wakaf Pendidikan Tinggi: Universiti al-Azhar sebagai Model

Mohd Syakir Mohd Taib, Wan Kamal Mujani, Ermy Azziaty Rozali,

Kartini Aboo Talib @ Khalid, Roziah Sidik, Khairul Izwan Ripin, Ezad Azraai Jamsari,

Noorsafuan Che Noh, Ahmad Faathin Mohd Fadzil, Kamal Faezi Mahzir

& Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 180

Syeikh Ahmad al-Khatib al-Minangkabawi dan Ilmu Falak: Satu Kajian Teks

al-Jawahir al-Naqiyyah fi al-A‘mal al-Jaybiyyah

Muhammad Alif Fitri Abdul Halim & Farid Mat Zin… 189

Wasatiyyah dalam Berpolemik: Analisis Sikap dan Metode Buya Hamka

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif… 206

Page 8: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

vii

Biografi Datu Patinggi Abang Haji Abdillah: Tokoh Nasionalisme Negeri Sarawak

Ninie Amira Drahim & Farid Mat Zain… 215

Gerakan Pembaharuan di Sambas, Kalimantan Barat: Satu Tinjauan Awal terhadap

Peranan Haji Muhammad Basiuni Imran

Norahida Mohamed & Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad… 222

Sayyid Mashhor bin Sayyid Muhammad as-Sahab Tokoh Nasionalisme

Selangor: Kajian Biografi

Norfaizah Yahya & Farid Mat Zain… 231

Konsep Wasatiyyah dalam Falsafah Pendidikan Malaysia

Nur Fadillah Mohamed Fadzil & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad… 239

Kajian Sumbangan Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad dalam Pengembangan

Islam di Johor: Analisis Sumbangan dalam Fatwa-fatwa Negeri Johor

Nur Zainatul Nadra Zainol, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus

& Intan Farhana Saparudin… 246

Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam: Satu Kajian Kes

dalam Parlimen Pagoh, Malaysia

Othman Ab. Rahman… 252

Pendekatan Wasatiyyah Ulama Melayu dalam Penghasilan Manuskrip Melayu

Islam di Tanah Melayu

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhamad Sayuti Mansor, Ahmad Farid Abd Jalal,

Abd Halim Ismail, Huzaimah Ismail, Mohd Ikhlas Roslee,

Ahnaf Said & Siti Maimunah Kahal… 263

Peranan Tok Ku Paloh menerusi Tinjauan Kes Pahlawan Pahang

dan Penggubalan Itqan al-Muluk

Razi Yaakob, Hanif Md Lateh @ Junid, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad,

& Mohd Fadli Shah Abdul Aziz… 274

Educational Based Da’wah: A Review of Educational Concept of

Muhammad ‘Athiah al-Abrasyi

Sabiruddin Juli… 280

Sumbangan Rahmah al-Yunusiah dalam Bidang Pendidikan di Minangkabau

Salmi Edward & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad… 289

Sejarah Kehidupan Muhammad ‘Uthman El-Muhammady di Malaysia (1943-2013):

Satu Tinjauan Ringkas Terhadap Pemikiran dan Perjuangannya

Ummi Zainab Mohd Ghazali & Muhammad Azizan Sabjan… 295

Itqan al-Muluk: Pemeliharaan Kedaulatan Watan dan Peranan Ulama’

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Mohamed Anwar Omar Din, Anisah Che Ngah

& Hanif Md Lateh @ Junid… 305

Page 9: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

viii

Biografi Syed ‘Alwi bin Tahir al-Haddad (1884-1962): Mufti Johor Terkenal

Wan Kamilah Hadana Wan Razali, Farid Mat Zain & Mohd Jasmy Abd Rahman… 311

Sejarah Penubuhan Kor Agama Angkatan (KAGAT) dalam Angkatan Tentera

Malaysia (ATM): Satu Sorotan

Zamri Ab Rahman, Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari,

Adibah Sulaiman @ Mohamad & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 318

Pertimbangan Mashlahat dalam Perubahan Fatwa: Analisis terhadap Fatwa

MUI Sumatera Barat

Zulkarnaini… 327

1965-1900ةالمنديلي شيخ الحرم المكي : حياته وآثاره العلمي

اللطيف سميان خديجه أحمد & عبد334 …

Naratif Sejarah Islam di Alam Melayu dalam Historiografi

Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin

Ahmad Faathin Mohd Fadzil, Azmul Fahimi Kamaruzaman

& Hanif Md Lateh @ Junid … 342

Perbahasan Doa dalam Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin

Amier Hafizun Ab Rashid, Ahmad Nabil Afif Jaafar & Ezad Azraai Jamsari… 348

Ketokohan dan Sumbangan Tok Wan Ali Kutan Kelantan terhadap

Masyarakat Islam

Amir Sharifuddin Ahmad & Wan Haslan Khairuddin… 360

Kedatangan Islam di Nusantara: Kajian Tokoh-Tokoh Penyebaran Islam di

Pulau Jawa, Indonesia

Mohd Roslan Mohd Nor & Cecep Miftahul Hasani… 367

Ketokohan serta Sumbangan Haji Daud Che’ Man dalam Pengajian al-Quran

di Terengganu

Mohd Samsuddin Harun & Ermy Azziaty Rozali… 376

Kefahaman Mahasiswa UKM terhadap Konsep Kesederhanaan dalam Beragama

Muhamad Faisal Ashaari & Wan Amirul Syafiq Wan Mazlan… 388

Analisis Strategi Peperangan Nabi Muhammad S.A.W dan Sultan Muhammad al-Fatih

Muhammad Anas Alias & Ermy Azziaty Rozali… 396

Kebehenaan Bilal Ismail pada Era Pemerintahan Dato’ Undang Syed Ali al-Jufri

di Jajahan Bergajah Tunggal

Muhammad Iqbal Haq Ibrahim & Ermy Azziaty Rozali… 404

Pemerintahan Sultan Mohammad Hassan di Brunei

Muhammad Shahmi Baharudin, Nurul Fadzliatul Naziha Norkhirin, Ain Jamil,

Ahmad Faathin Mohd Fadzil, Rabitah Mohamad Ghazali

& Azmul Fahimi Kamaruzaman… 409

Page 10: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

ix

Sirah Rasul dan Sahabat di Alam Melayu: Kajian terhadap Kitab

Badr al-Tamam wa al-Nujum al-Thawaqib

Nurhanis Ab Manaf, Afiqah Aiman Kamaruddin, Ahmad Faathin Mohd Fadzil,

Azmul Fahimi Kamaruzaman, Noorsafuan Che Noh

& Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 418

Penterjemahan Arab-Melayu di dalam Manuskrip Jawi cUmdat al-Muhtajin

Nurul Wardah Nazifah Razali & Suhaila Zailani @ Ahmad… 425

(ـه1382صاحب السماحة العالمة داتؤ علوي بن طاهر بن عبد هللا الحداد )ت

ومنهجه في كتابه الشامل في تاريخ حضرموت ومخاليفها

عادل محمد عبد العزيز الغرياني432 …

Peranan Kiyai Dato’ Hj Sohali bin Hj Solihin dalam Membudayakan Sistem

Pembelajaran Pondok di Daerah Batu Pahat

Halimi Mohd. Khalid, Nur Zainatul Nadra Zainol & Shakila Ahmad… 453

Cikgu Mohd Noor bin Mohd Yusof: Aktivis Falak, Syariah dan Kemasyarakatan

Ibnor Azli Ibrahim, Nazrin Arsraf Zahrin & Mohd. Hafiz Safiai… 457

Skop Sejarah dalam Karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu

Noratiqah Ahmad Kazmar & Azmul Fahimi Kamaruzaman… 467

Perempuan dan Radikalisme Agama: Memahami Peran Perempuan dalam

Membangun Keberagaman

Wanda Fitri… 478

Sejarah Pembangunan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

di Markas 2 Briged, Ipoh, Perak

Norfazilah Azami, Ezad Azraai Jamsari, Zamri Ab Rahman,

Adibah Sulaiman @ Mohamad & Badlihisham Mohd Nasir… 483

Page 11: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

x

Page 12: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

133

Pemikiran Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani dalam Tasawuf di Alam Melayu

1Khadher Ahmad

1Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Abstrak: Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani adalah seorang tokoh ulama Melayu yang telah memberi

sumbangan besar dalam dakwah Islam di Nusantara. Hasil karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau

menjadi bukti kepada ketokohan dan keilmuan beliau dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam khusus dalam

bidang tasawuf. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan dan merungkai beberapa idea dan pemikiran beliau

dalam tasawuf khususnya melalui karya beliau berjudul Hidayah al-Salikin. Melalui analisis induktif dan

deskriptif, terdapat beberapa idea penting al-Falimbali dalam mengemukakan perbincangan tasawuf

peringkat permulaan (al-mubtadi) melalui karya Hidayah al-Salikin itu. Hasil analisis mendapati bahawa

idea-idea tasawuf yang dikemukakan sejalan dengan pandangan al-Ghazali di samping kekuatan dari sudut

huraian dan penjelasan yang sangat releven kepada masyarakat. Sejajar dengan itu, idea tersebut masih

dipraktikkan dan diterima oleh ramai pihak khususnya di alam Nusantara ini.

Kata kunci: al-Falimbani, Abdul Samad Palembang, pemikiran tasawuf, nusantara, ulama Melayu.

PENGENALAN

Ilmu tasawuf (kerohanian/jiwa) merupakan antara salah satu ilmu yang sangat diberikan perhatian dalam

kalangan ulama Nusantara khususnya. Ilmu ini telah diterapkan bersama-sama dengan dua ilmu yang lain

iaitu ilmu tauhid (akidah) dan ilmu fekah (syariat). Tiga ilmu ini sangat diberikan perhatian dalam kalangan

ulama dalam pengajaran terhadap masyarakat setempat. Buktinya apabila, kajian-kajian yang telah dilakukan

sebelum ini mendapati bahawa karya-karya jawi atau yang dihasilkan oleh ulama-ulama Nusantara lebih

cenderung kepada tiga bidang keilmuan tersebut iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawuf.

Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani merupakan antara ulama tersohor Nusantara yang memberi

sumbangan yang besar dalam perkembangan ilmu tasawuf dan ajarannya dalam kalangan umat Islam di

Nusantara. Bukti kuat yang dapat menunjukkan sumbangan tersebut adalah melalui beberapa karya yang

dihasilkan oleh beliau secara khusus dalam bidang ini. Antara karya utama beliau dalam bidang tasawuf

adalah Siyar al-Salikin dan Hidayah al-Salikin.

Kitab Hidayah al-Salikin merupakan karya yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di

Malaysia khususnya dan Nusantara umumnya. Kitab ini telah menjadikan rujukan utama berkaitan dengan

tasawuf dan telah dijadikan bahan utama pengajaran dan kuliah di masjid, surau dan institusi pendidikan

formal seperti universiti dan tidak formal seperti pusat pengajian dan pondok. Bahkan, sehingga hari ini dari

tahun 1871 kitab ini masih bertahan dan masih menjadi bahan pengarang dan sumber pengajian ilmu tasawuf

dalam kalangan masyarakat.

SKOP DAN METODOLOGI

Artikel ini akan memberi fokus perbincangan utama terhadap beberapa pemikiran tasawuf yang dikemukakan

oleh al-Falimbani melalui karya beliau Hidayah al-Salikin. Hal ini kerana, kitab Hidayah al-Salikin adalah

kitab tasawuf yang menjadi rujukan utama bagi peringkat permulaan (al-mubtadi). Jadi, bagaimana al-

Falimbani mengemukakan idea-idea tasawuf melalui karya tersebut sejajar dengan kesesuaian peringat

permulaan untuk tatapan dan pengajaran bagi masyarakat. Analisis dilakukan berdasarkan pendekatan induktif diskriptif terhadap fakta-fakta tasawuf yang

dikemukakan oleh al-Falimbani dan dikemukakan kesimpulan menyeluruh berkaitan dengan pemikiran atau

idea tasawuf al-Falimbani dalam karya beliau Hidayah al-Salikin. Melalui analisis ini dapat dikemukakan

idea dan pandangan tokoh ini dalam membawa dan mengemukakan pengajaran tasawuf sesuai tahap

kemampuan masyarakat pada zaman itu dan mungkin juga pada zaman sekarang ini.

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VII: Ulama dan Pemikiran Wasatiyyah Nusantara

disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Azmul Fahimi Kamaruzaman, Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar,

Zamri Arifin, Firuz Akhtar Mohamad Bohari & Ammalina Dalillah Mohd Isa

© Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

ISBN 978-983-9368-84-0 (2017), http: //www.ukm.my/nun/

Page 13: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

134

LATAR BELAKANG KITAB HIDAYAH AL-SALIKIN

Kitab Hidayah al-Salikin atau judul lengkapnya “Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin” (Pedoman

Bagi Orang Yang Berjalan Pada Perjalanan Orang Yang Takut Akan Allah Ta‘ala) adalah merupakan

sebuah kitab saduran daripada karya Imam al-Ghazali berjudul Bidayah al-Hidayah.

Kitab ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh al-Falimbani ketika berada di Makkah dan telah

selesai ditulis pada hari Selasa 5 Muharam 1192H (Wan Mohd Saghir, 1982). Namun, lebih kurang seratus

tahun kemudian barulah karya ini dapat diterbitkan. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada lagi syarikat

percetakan yang ditubuhkan bagi mencetak kitab Melayu/ Jawi pada ketika itu. Kalau diharapkan kepada

orang ‘Arab sudah pasti ia tidak akan dicetak kerana mereka tidak memahami dan tidak mampu untuk

membaca walaupun tulisan seperti tulisan ‘Arab tetapi berbahasa Melayu/Jawi (Khadher, 2008). Kitab ini

menjadi kitab Melayu/Jawi pertama yang ditashihkan dan kemudian dicetak, hasil daripada inisiatif sebuah

Badan Pentashih di Makkah dan Mesir yang diketuai oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.

Badan ini terbentuk sekitar tahun 1296H yang diketuai oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani

yang bertanggungjawab di bahagian kitab berbahasa Melayu/ Jawi. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani

pernah dihantar untuk bertemu Wakil Pemerintah Tukri Uthmaniyah di Mekah bagi mendapatkan sebuah

mesin pencetakan (Wan Mohd Shaghir, 1982).

Kitab ini memberikan tumpuan dalam membicarakan berkaitan aspek tasawuf. Namun, secara

keseluruhannya, terdapat juga perbahasan dalam aspek akidah dan fikah. Manakala berkaitan aspek hadith

pula, banyak hadith yang dimuatkan di dalam kitab ini yang dijadikan sebagai sandaran hujah dan dalil dalam

kebanyakan kenyataan yang disebutkan. Perlu dijelaskan bahawa, kandungan kitab ini tidak sepenuhnya

daripada karya Imam al-Ghazali, bahkan, al-Falimbani menjadikan kitab-kitab lain juga sebagai rujukan

tambahan bagi kandungan dan huraian kitab tersebut.

Menurut Wan Mohd Shaghir Abdullah, dalam bukunya Syeikh Abdus Shamad Palembang Ulama Shufi

dan Jihad Dunia Melayu , selain diletakkan judul kitab ini dengan Hidayah al-Salikin, terdapat juga yang

menggunakan judul Bidayah al-Salikin terbitan di Singapura dan Makkah (Wan Mohd Shaghir, 1996a).

Kedua-dua nama tersebut memang terdapat pada manuskrip asal. Namun, pada cetakan huruf litografi (huruf

batu), (Wan Mohd Shaghir, 1996b) sama ada cetakan di Singapura ataupun Makkah, kedua-duanya

menggunakan judul “Bidayah al-Salikin” seperti yang dinyatakan dalam al-‘Urwatul Wutsqa Syeikh Abdus

Shamad al-Falimbani: Pegangan Yang Kukuh Golongan Sufi”. Setelah itu, Syeikh Ahmad bin Muhammad

Zain al-Fatani telah berusaha untuk menukar huruf tersebut kepada huruf yang dibuat klise timah dan

diletakkan judul Hidayah al-Salikin, bukannya Bidayah al-Salikin. Beliau juga mendakwa, kitab Hidayah al-

Salikin adalah kitab Melayu/Jawi pertama yang telah dicetak di Mesir. (Wan Mohd Shaghir, 1996b)

Al-Falimbani menyusun kitab ini, sarat dengan ilmu pengajian tasawuf yang dikhususkan untuk

golongan mubtadi (permulaan). Kitab ini seperti yang dinyatakan oleh al-Falimbani dalam muqaddimahnya

bahawa, kitab “Bidayah al-Hidayah” karangan Imam al-Ghazali adalah sebuah karya lengkap yang

menghimpunkan pelbagai ilmu yang membawa takut kepada Allah dan merupakan himpunan ilmu untuk

manfaat dunia dan akhirat. Di atas rasa kasih yang mendalam terhadap kitab tersebut (Bidayah al-Hidayah),

beliau telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan kitab itu dari bahasa ‘Arab kepada Melayu/Jawi

dengan memberikan tambahan terhadap beberapa permasalahan yang tidak diketengahkan di dalam kitab

berserta beberapa huraian daripada beliau. Petikan kata-kata al-Falimbani seperti di dalam Muqaddimahnya:

Ketahui oleh mu hai saudara kami yang menuntut bagi negeri akhirat bahawasanya kitab “Bidayah al-

Hidayah” bagi Imam Hujjatul Islam al-Ghazali rahimahullah itu, telah menghimpunkan bagi ilmu yang

membawa kepada takut akan Allah Ta‘ala yang disebutkan di dalam firman Allah Ta‘ala; Maksudnya:

“Dan ambil oleh kamu akan kekal akhirat, maka yang terlebih baik bekal itu iaitu takut akan Allah”.Dan

di dalam kitab ini terhimpun ilmu yang memberi manfaat di dalam dunia dan di dalam akhirat, maka

tidak dapat tiada lagi bagi tiap-tiap orang Islam yang mukalaf daripada mengenal akan dia. Maka dari

kerana inilah kasih aku bahasakan akan beberapa masalahnya di dalam kitab ini dengan bahasa Jawi

serta aku tambah daripadanya beberapa masalah yang baik-baik yang tak dapat tiada daripadanya,

supaya mengambil manfaat dengan dia oleh orang yang tiada mengetahui bahasa Arab… (al-Falimbani,

t.t; Wan Mohd Shaghir, 1982)

Secara umumnya kitab ini membicarakan persoalan berkaitan tasawuf. Namun, jika ditajamkan lagi

pemerhatian dan penelitian terhadap kandungannya terdapat elemen atau aspek lain yang dibicarakan.

Misalnya, dalam bab yang pertama selepas membicarakan soal kepentingan ilmu dan faedahnya, beliau telah

memulakan perbahasan dengan perbincangan berkaitan soal akidah (tauhid), di mana penjelasan beliau

tentang betapa pentingnya akidah sebagai asas atau tunjang utama sebelum mempelajari ilmu lainnya.

Tambahan lagi, akidah adalah perkara pertama yang perlu diselesaikan dahulu sebelum pelaksanaan syariat

dan amal ibadat yang lain. Dalam soal ini, al-Falimbani lebih cenderung untuk mengemukakan konsep

Page 14: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

135

akidah yang dibawa oleh Ahl al-Sunnah wa la-Jama‘ah yang di dokong oleh Abu Hasan al-Asy‘ari dan Abu

Mansur al-Maturidi. Keadaan ini, bertepatan dengan pegangan Imam al-Ghazali sendiri. (al-Falimbani, t.t.)

Perbincangan yang lebih terperinci boleh dirujuk kepada beberapa tulisan yang telah dihasilkan sama

ada dalam bentuk bahan yang tidak diterbitkan seperti disertasi sarjana atau bahan terbitan dalam bentuk

artikel jurnal, bab dalam buku, kertas kerja persidangan dan juga buku. Antara tulisan-tulisan tersebut, yang

utama adalah disertasi sarjana (master) tahun 2008 oleh Khadher Ahmad dengan tajuk ‘Sumbangan Syeikh

‘Abd al-Samad al-Falimbali Dalam Bidang Hadith: Analisis Kitab Hidayah al-Salikin” dan buku oleh

Khadher Ahmad dan Ishak Suliaman yang berjudul “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin” tahun

2013 (Khadher, 2013). Oleh itu, penulis tidak akan memanjangkan perbahasan tersebut pada ruangan ini

melainkan boleh dirujuk terus kepada tulisan-tulisan yang disebutkan untuk mendapatkan maklumat lanjut

berkaitan pengarang dan latar belakang kitab tersebut serta metodologi penulisannya.

ASPEK-ASPEK TASAWUF DALAM KITAB HIDAYAH AL-SALIKIN

Pembahagian Aspek Tasawuf Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

Merujuk kepada keterangan dan perbahasan di peringkat awal berkaitan dengan kandungan kitab ini,

pengkaji telah menyatakan bahawa kitab Hidayah al-Salikin adalah sebuah kitab yang menggabungkan tiga

bidang keilmuan iaitu akidah, fikah dan tasawuf. Namun, perbincangan banyak tertumpu kepada aspek-aspek

tasawuf Islam. Antaranya menyentuh tentang beberapa adab seperti adab-adab dalam ibadah seperti dalam

solat, puasa, bersuci dan sebagainya lagi, larangan melakukan perkara-perkara maksiat yang berbetuk zahir

dan batin, galakan dan unjuran dalam beberapa perkara yang baik dan sebagai ketaatan dari sudut rohani

seperti bertaubat, bersifat zuhud, sabar dan sebagainya, galakan berzikir dan termasuk juga menyentuh

tentang adab perhubungan sesama manusia. Jadual 1.0 di bawah dapat menjelaskan aspek-aspek yang

dibicarakan oleh Syeikh 'Abd al-Samad al-Falimbani dalam kitab Hidayah al-Salikin. (Khadher, 2008).

Senarai Kandungan Kitab Hidayah al-Salikin Yang Menunjukkan Kepada Aspek Tasawuf Yang

Dibincangkan dalam Kitab ini:

Bil. Kandungan

1. Khutbah Mu’allif (Mukadimah Pengarang)

2. Muqaddimah Kitab

i. Fasal Pada Menyatakan Kelebihan Ilmu Yang Memberi Manfaat.

ii. Fasal Pada Menyatakan Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu Yang

Memberi Manfaat

3. Bab 1 Pada Menyatakan ‘Akidah Ahli Sunnah

4. Bab 2 Pada Menyatakan Berbuat Ta‘at dan ‘Ibadat Yang Zahir

i. Fasal Pada Menyatakan Adab Qada’ Hajat

ii. Fasal Pada Menyatakan Adab Mengambil Wuduk

iii. Fasal Pada Menyatakan Adab Mandi Junub

iv. Fasal Pada Menyatakan Adab Tayamum

v. Fasal Pada Menyatakan Adab Keluar Ke Masjid

vi. Fasal Pada Menyatakan Adab Masuk ke Masjid

vii. Fasal Pada Menyatakan Adab Yang Dikerjakan Kemudian Daripada

Terbitnya Matahari

viii. Fasal Pada Menyatakan Adab Menyediakan Bagi Segala Sembahyang

ix. Fasal Pada Menyatakan Adab Sembahyang

x. Fasal Pada Menyatakan Adab Imam Dan Makmum

xi. Fasal Pada Menyatakan Adab Jumaat

xii. Fasal Pada Menyatakan Adab Puasa

5. Bab 3 Pada Menyatakan Menjauh Daripada Maksiat Yang Zahir

6. Bab 4 Pada Menjauhkan Segala Maksiat Yang Batin

i. Fasal Yang Pertama Pada Menyatakan Sangat Gemar Kepada Makanan

ii. Fasal Yang Kedua Pada Menyatakan Sangat Gemar Kepada

Membanyakkan Perkataan

iii. Fasal Yang Ketiga Pada Menyatakan Marah

iv. Fasal Keempat Pada Menyatakan Dengki

v. Fasal Kelima Pada Menyatakan Bakhil Dan Kasih Akan Harta

vi. Fasal Keenam Pada Menyatakan Kasih Kepada Kemegahan

Page 15: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

136

vii. Fasal Ketujuh Pada Menyatakan Kasih Kepada Dunia

viii. Fasal Kelapan Pada Menyatakan Kibr (Membesarkan Diri)

ix. Fasal Kesembilan Pada Menyatakan ‘Ujub

x. Fasal Kesepuluh Pada Menyatakan Riya’

7. Bab 5 Pada Menyatakan Segala Taat Yang Batin

i. Fasal Pertama Pada Menyatakan Taubat

ii. Fasal Kedua Pada Menyatakan Takut Akan Allah

iii. Fasal Ketiga Pada Menyatakan Zuhud

iv. Fasal Keempat Pada Menyatakan Sabar

v. Fasal Kelima Pada Menyatakan Syukur

vi. Fasal Keenam Pada Menyatakan Ikhlas dan Benar

vii. Fasal Ketujuh Pada Menyatakan Tawakal

viii. Fasal Kelapan Pada Menyatakan Kasih Akan Allah

ix. Fasal Kesembilan Pada Menyatakan Reda Dengan Qada’ Allah Ta‘ala

x. Fasal Kesepuluh Pada Menyatakan Menyebut Akan Mati

8. Bab 6 Pada Menyatakan Fadilat Zikir, Adab Dan Kaifiatnya

i. Fasal Yang Pertama Pada Menyatakan Zikir dan Kemuliaan

ii. Fasal Yang Kedua Pada Menyatakan Adab Zikir

iii. Fasal Yang Ketiga Pada Menyatakan Kaifiat Zikir

9. Bab 7 Pada Menyatakan Adab Bersahabat dan Mu‘asyarah serta Khaliq dan Makhluk.

i. Fasal Pada Menyatakan Adab Orang Alim

ii. Fasal Pada Menyatakan Adab Orang Belajar

iii. Fasal Pada Menyatakan Adab Anak Serta Ibu Bapa

iv. Fasal Pada Menyatakan Seorang Yang Bersahabat serta Sahabatnya

10. Khatimah Pada Menyatakan Adab Bersahabat serta Orang yang Berkenalan dan Orang

Yang Tiada Berkenal-kenalan daripada Umum Segala Muslimin.

Sumber: Disertasi Sarjana (Khadher, 2008)

Oleh yang demikian, pengkaji dapat membahagikan aspek-aspek tasawuf yang dibincangkan dalam kitab

tersebut kepada tujuh kategori iaitu Adab dan Kelebihan Ilmu, Adab dan Ketaatan Dalam Soal Ibadah, Adab

dan Ketaatan Rohani, Larangan Melakukan Perkara Maksiat Yang Zahir, Larangan Berbuat Maksiat Rohani,

Adab Dalam Berzikir dan Adab Dalam Hubungan Sesama Manusia.

Aspek-Aspek Tasawuf Yang Dibincangkan Dalam Kitab Hidayah al-Salikin

Sebelum dibincangkan secara lebih mendalam, perlu untuk ditekankan di sini bahawa dalam menghuraikan

dan menjelaskan aspek-aspek tasawuf, Syeikh 'Abd al-Samad terdahulu menjelaskan tentang ilmu dan

kepentingannya serta memberi penekanan awal dalam soal akidah.

Penjelasan beliau yang menyentuh soal ilmu, kelebihan dan adab-adabnya adalah merujuk kepada

semua ilmu dan khususnya terhadap ilmu yang terdapat di dalam kitab ini. Oleh sebab itu pengkaji

meletakkan ia dalam satu kategori aspek tasawuf yang diberi penekanan oleh al-Falimbani dalam kitab ini.

Manakala, dalam bab yang pertama, dapat difahami bahawa al-Falimbani mahu menekankan bahawa akidah

adalah asas dan tunjang utama sebelum mempelajari dan mendalami ilmu tasawuf yang terdapat dalam kitab

ini. Dengan itu, seseorang yang mahu mendalami kitab ini, perlulah seseorang yang telah jelas akidah dan

pegangannya khususnya mengikut akidah Ahli Sunah wa Jemaah seperti mana disebutkan dalam kitab itu

(Khadher, 2013).

Adab dan Kelebihan Ilmu

Perkara berkaitan dengan ilmu telah dijelaskan oleh al-Falimbani pada pengenalan (muqaddimah) awal kitab

tersebut. Beliau telah menyentuh dua perkara utama iaitu tentang kelebihan ilmu yang dapat memberi

manfaat kepada seseorang dan kelebihan individu yang belajar dan menuntut ilmu tersebut. Berdasarkan

kepada pendapat pengkaji sendiri, ilmu yang memberi manfaat tersebut walaupun dinyatakan oleh beliau

secara umum, namun hasrat beliau adalah untuk memberitahu bahawa ilmu-ilmu yang terdapat di dalam

kitab tersebut adalah sangat bermanfaat untuk semua manusia.

Penjelasan tentang kepentingan dan kelebihan ilmu itu juga adalah sebagai satu gambaran bahawa asas

utama dalam mendalami apa jua bidang keilmuan adalah melalui pembelajaran dan menuntut ilmu. Dari itu,

untuk mendalami ilmu tasawuf dan memahaminya, adalah dengan belajar dan menuntut ilmu dalam bidang

Page 16: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

137

ini. Bahkan, terhadap kelebihan yang disediakan Allah terhadap orang yang berusaha untuk mendapatkan

atau menuntut ilmu khususnya berusaha mencari ilmu yang dapat mendatangkan manfaat buat dirinya.

Adab dan Ketaatan Dalam Soal Ibadah

Dalam pada itu, Syeikh 'Abd al-Samad al-Falimbani juga menekankan soal ibadah yang menyentuh kepada

beberapa perkara yang berkaitan dengan bersuci dan amalan atau ibadah tertentu. Amalan atau ibadah yang

disarankan oleh beliau bukan merupakan ibadah yang telah jelas kewajipan pelaksanaannya, tetapi adalah

ibadah-ibadah sunat sebagai nilai tambah, dengan disertakan praktikalnya yang sempurna kerana dinyatakan

panduan dan adab dalam pelaksanaan ibadah tersebut.

Apa yang dibincangkan oleh beliau dalam bab ini, pengkaji melihat ada kewajaran dan kepentingannya

yang tersendiri. Dalam soal kesempurnaan sesuatu ibadah, aspek kebersihan dan kesucian daripada hadas

dan najis adalah amat penting. Ia menjadi asas utama sebelum pelaksanaan ibadah atau amalan yang

disarankan. Bahkan, melalui adab-adab yang dinyatakan pula menjadi panduan pelaksanaannya. Perkara ini

juga, jelas menunjukkan bahawa terdapat hubung yang rapat antara ilmu dan kesempurnaan ibadah serta

dalam usaha pembentukan peribadi Muslim yang berakhlak terpuji. Seseorang yang berada di jalan salik,

bukan sekadar melakukan ibadat, menyempurnakan ibadat tersebut dengan ibadat sunat dan menjaga adab-

adabnya sahaja, tetapi mestilah pelaksanaannya mesti berlandaskan kepada ilmu yang dipelajari.

Larangan Melakukan Perkara Maksiat Yang Zahir

Syeikh 'Abd al-Samad telah meletakkan satu bab yang khusus untuk menyatakan dan menjelaskan tentang

perkara-perkara maksiat yang boleh menghalang seseorang daripada taat kepada perintah Allah dan

beribadah kepada-Nya. Beliau menyarankan agar memelihara anggota-anggota (pancaindera) manusia agar

tidak terjerumus dan cenderung untuk melakukan maksiat. Pemeliharaan anggota tersebut melibatkan

memelihara mata daripada pandangan yang tidak baik, memelihara telinga daripada mendengar perkara

maksiat, memelihara lidah daripada bercakap sesuatu yang tidak berfaedah atau berdusta, dan memelihara

perut daripada mendapat sumber makanan yang diharamkan atau yang syubhah (diragui), tetapi digalakkan

mencari makanan yang halal dan dari sumber yang halal.

Larangan Berbuat Maksiat Rohani

Selain larangan dan tegahan terhadap perkara-perkara bentuk maksiat secara zahir, Syeikh 'Abd al-Samad

juga sangat menekankan penyucian diri dari sudut rohani (jiwa) seseorang itu. Jika yang sakit akan banyak

melakukan perkara-perkara yang dapat memenuhi tuntutan nafsu anggota yang zahir seperti banyak makan

dan minum untuk memenuhi nafsu perut, banyak bercakap dan mengumpat bagi memenuhi nafsu mulut dan

lidah, cinta kepada kebendaan dan keduniaan, bersikap takabbur, riyak, ujub dan bangga diri, bersifat

pemarah, dan bersifat kedekut atau kikir yang melibatkan aspek-aspek dalaman dan kerohanian seseorang itu.

Apabila banyak melakukan dan bersifat seperti di atas, akan melahirkan seseorang yang jiwanya sakit. Oleh

sebab itu, al-Falimbani awal-awal lagi memberi peringatan dan larangan daripada melakukan perkara maksiat

sama ada dari sudut jasmani atau rohani.

Adab dan Ketaatan Rohani

Selepas daripada memberi peringatan dan melarang daripada melakukan perkara maksiat sama ada maksiat

berbentuk zahir atau batin (rohani), Syeikh 'Abd al-Samad mengemukakan pula, penawar untuk melawan dan

membasmi wabak daripada penyakit zahir atau penyakit batin (rohani). Antara yang ditekankan oleh beliau

adalah seperti dalam soal taubat, takut kepada Allah, memiliki sifat zuhud, bersifat sabar, selalu bersyukur,

ikhlas dan jujur dalam semua hal, selalu berserah kepada Allah dalam semua perkara dan urusan, kasih dan

cinta kepada Allah, reda dengan qada' dan qadar Allah serta selalu mengingati mati.

Adab Dalam Berzikir

Dalam kitab ini juga Syeikh 'Abd al-Samad al-Falimbani mengemukakan dalam satu bab khusus berkaitan

dengan zikir, kepentingan dan kelebihannya, adab-adab berzikir dan kaifiat pelaksanaan zikir-zikir tersebut.

Apa yang dikemukakan oleh beliau dalam bab ini adalah sebagai satu panduan khusus kepada setiap individu

dalam melaksanakan amalan secara berterusan berpanduan kepada asas zikir yang disediakan oleh beliau.

Perkara ini dapat difahami bahawa, selepas meninggalkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat sama

ada berbetuk zahir atau batin (rohani), dan mengerjakan ketaatan yang disarankan, untuk mengukuhkan lagi

jiwa dan agar jiwa seseorang sentiasa dekat dengan Allah, adalah melalui asas zikir tersebut. Ia seolah-olah

Page 17: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

138

sebagai satu bentuk pengisian rohani bagi individu yang beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab ini.

Dengan itu, apa yang disediakan tersebut adalah asas zikir yang mudah dengan disertakan kaedah

pelaksanaannya dan menyebutkan adab-adab yang perlu dipelihara ketika berzikir agar ia diterima oleh Allah

s.w.t. Bahkan, apabila beliau menyebutkan tentang kelebihan berzikir, tujuannya adalah untuk menggalakkan

masyarakat beramal dengan apa yang disarankan dan masyarakat didedahkan dengan manfaat dan ganjaran

yang disediakan kepada orang-orang yang sentiasa berzikir.

Adab Dalam Hubungan Sesama Manusia.

Bagi melengkapkan lagi adunan tasawuf dalam diri seseorang itu, ia juga melibatkan perhubungan yang

wujud sesama manusia. Oleh sebab itu, dalam bab yang terakhir al-Falimbani sengaja untuk mengaitkan juga

bahawa perhubungan sesama manusia juga adalah elemen atau aspek yang membawa kepada kesempurnaan

jiwa dan peribadi seseorang. Antara perkara yang ditekankan adalah hubungan dengan guru atau orang alim

yang melibatkan perasaan hormat-menghormati, adab dan perilaku selaku pelajar atau penuntut ilmu, adab

dan hubungan dua hala antara anak-anak dan ibu bapa, adab dan hubungan dalam bersahabat atau

bermu'amalah sesama kawan, dan melibatkan juga hubungan dengan orang-orang Islam yang lain, walaupun

tidak dikenali, tetapi bertunjangkan kepada Islam sebagai agama dan cara hidup.

PEMIKIRAN TASAWUF SYEIKH ‘ABD AL-SAMAD AL-FALIMBANI

DALAM KARYA HIDAYAH AL-SALIKIN

Menjadikan Asas Pemikiran Tasawuf Imam al-Ghazali sebagai Panduan Utama

Perlu difahami bahawa asas utama penulisan kitab ini, adalah usaha dan minat daripada pengarangnya Syeikh

‘Abd al-Samad al-Falimbani terhadap ilmu tasawuf yang dibawa oleh Imam al-Ghazali. Oleh sebab itu, jelas

menunjukkan bahawa al-Falimbani menjadikan karya Imam al-Ghazali, Bidayah a-Hidayah sebagai teks

rujukan utama dalam penulisan kitab Hidayah al-Salikin ini.

Jadi, boleh dikatakan bahawa idea tawasuf yang dikemukakan oleh al-Falimbani dalam kitabnya itu

adalah cenderung dan mirip kepada pemikiran al-Ghazali. Hal ini jelas disebutkan oleh al-Falimbani dalam

Muqaddimah Muallif kitab Hidayah al-Salikin, iaitu: (al-Falimbani, 2006)

Ketahui olehmu hai saudara kami yang menuntut bagi akhirat bahawasanya kitab “Bidayah al-

Hidayah” bagi Imam Hajjatul Islam al-Ghazali r.h. itu, telah menghimpunkan bagi ilmu yang

membawa takut akan Allah Taala...

Dan di dalam kitab ini terhimpun ilmu yang memberi manfaat di dalam dunia dan di dalam

akhirat, maka tak dapat tiada bagi tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenal akan dia.

Maka dari kerana inilah kasih aku bahawa aku bahasakan akan beberapa masalahnya di dalam

kitab ini dengan bahasa Jawi (ArabMelayu) serta aku tambah daripada beberapa masalah yang

baik-baik yang tak dapat tiada daripadanya, supaya mengambil manfaat dengan dia oleh orang

yang tiada mengetahui bahasa Arab. (al-Falimbani, 2006)

Dengan itu, secara tidak langsung walaupun pada asasnya kitab Hidayah al-Salikin ini adalah karya

saduran yang turut mengandungi tambahan daripada al-Falimbani, tetapi sebahagian sumber utamanya adalah

daripada sumber Imam al-Ghazali daripada karya Bidayah al-Hidayah. Menurut Sohana Hussin, al-

Falimbani telah menyandarkan hujahnya kepada 18 orang tokoh dan 27 buah karya mereka yang masyhur

termasuk karya Imam al-Ghazali. Daripada jumlah itu, empat buah kitab merupakan hasil penulisan al-

Ghazālī dan lima buah merupakan hasil karya ‘Abd al-Wahhab al-Sha‘rānī. Kemudian itu, dua buah daripada

karya Ibn ‘Atā’ Allāh al-Sakandarī dan ‘Atā’ Allāh al-Sakandarī. Selebihnya, sebuah kitab seorang, hasil

daripada tulisan 16 orang tokoh ulama lain yang digunakan sebagai rujukan kitab ini. Oleh sebab itu, kitab

Hidāyah al-Sālikīn adalah kitab saduran yang bermutu tinggi. (Sohana, 2014).

Namun, pendekatan saduran dalam penulisan karya ini bukan merupakan kelemahan atau kekurangan

sesebuah karya penulisan. Sebenarnya, ia juga merupakan satu pendekatan ulama Nusantara terdahulu dalam

usaha mereka untuk menyebarkan dan meyampaikan ilmu kepada masyarakat sejajar dengan kepentingan

ilmu tersebut kepada masyarakat pada ketika itu. Dalam erti kata yang lain, al-Falimbani telah mendapati

bahawa ilmu tasawuf al-Ghazali ini perlu diketengahkan kepada masyarakat agar dapat diambil manfaatnya,

tetapi kekangannya adalah bahasa yang menjadi faktor kepada penghasilan karya Hidayah al-Salikin

tersebut.

Page 18: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

139

Pemikiran Tasawuf Yang Bersifat Sederhana (Wasatiy)

Apabila diperhatikan kepada eleman tasawuf yang dikemukakan oleh al-Falimbani dalam karya Hidayah al-

Salikin itu, didapati bahawa beliau membawa pemikiran yang bersifat sederhana atau wasatiy iaitu yang tidak

terlalu keras atau mengongkong atau memaksa, tetapi lebih kepada pendekatan sederhana. Beliau

mengambarkan bahawa ilmu tasawuf adalah penting sejajar dengan ilmu akidah dan fekah yang saling

melengkapi antara satu dengan yang lain. Oleh sebab itu, beliau menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang

dimuatkan pada awal kitab iaitu:

وهذا الفن من العلم النافع

Terjemahan: Ilmu ini adalah ilmu yang sangat memberi manfaat (al-Falimbani, 2006).

من لم يكن له نصيب من علم القوم يخاف عليه سوء الخاتمة

Terjemahan: Sesiapa yang tiada baginya ilmu kaum ini (yakni ilmu tasawuf) nescaya ditakuti

atasnya penghujung yang buruk (su` al-khatimah), (yakni mati di dalam maksiat) (al-

Falimbani, 2006).

Pendekatan sederhana ini sejajar dengan kefahaman yang boleh difahami dalam hadith Nabi SAW yang

mana Jibril AS datang mengajar baginda tentang Islam, Iman dan Ihsan.1 (al-Bukhari, 1987). Tiga serangkai

ini perlu difahami dan dikuasai secara bersama dan serentak supaya dapat tidak berlaku kecacatan dalam

beragama seperti apabila sekadar menguasai atau tertumpu kepada akidah, dan meninggalkan syariat dan

tasawuf, maka akan lahir golongan pemikir dan ahli kalam semata-mata. Sedangkan agama itu bukan soal,

penekanan kepada akidah (kepercayaan) sahaja, tetapi perlu dibuktikan dengan ketaatan (yakni ibadah yang

merujuk kepada syariat), serta disempurnakan lagi dengan penekanan kepada soal kesempurnaan dalam

keseluruhan perlakuan, ibadah dan tindakan.

Mengambil Kira Kemampuan Masyarakat Setempat dalam Membawa Idea Tasawuf

Elemen tasawuf beliau juga turut mengambil kira kemampuan masyarakat setempat dan semasa. Perlu

difahami bahawa al-Falimbani dengan tegas mengatakan bahawa karya Hidayah al-Salikin ini adalah untuk

pelajar atau masyarakat peringkat permulaan dalam mempelajari dan beramal dengan tasawuf. Dalam erti

kata bahawa beliau awal-awal lagi mengambil kira keadaan dan peringkat masyarakat pada ketika itu.

Mungkin ada yang baru sahaja berjinak-jinak dengan agama Islam khususnya dalam memperlajari ilmu

tasawuf, atau mungkin sahaja telah menjadi alim atau seorang guru. Oleh sebab itu, perlu dimaklumkan

secara tegas oleh penulis supaya masyarakat dapat mengambil manfaat daripada kitab tersebut. Bahkan,

boleh dikatakan juga bahawa skop perbincangan yang cuba dikemukakan oleh al-Falimbani ini adalah

berupaya peringkat awal yang perlu dikuasai dan difahami bagi semua peringkat khususnya pada peringkat

awal sebelum masuk lebih mendalam dalam bidang ini. Pendekatan ini sesuai dengan apa yang disebutkan

dalam hadith bahawa

Saidina Ali berkata:

ورسوله بون أن يكذب للا فون أتح ثوا الناس بما يعر حد

Terjemahan: Bercakaplah dengan manusia berdasarkan kepada apa yang mereka ketahui. Adakah

kamu suka untuk berdusta kepada Allah dan RasulNya?2 (al-Bukhari, 1987)

Manakala terdapat ungkapan yang menyatakan bahawa:

م رنا أن نكل م الناس بقدر عقوله أم

Terjemahan: Kami diperintah untuk berbicara kepada manusia menurut ukuran kemampuan

akalnya.

Dengan sebab itu juga, dalam kitab ini beliau mendahulukan basic akidah, diikuti dengan keperluan

menuntut ilmu dan manfaatnya, elemen tasawuf terhadap anggota zahir (fizikal/ zahiriyyah) serta elemen

tasawuf terhadap anggota batin (rohaniyyah). Kemudian, diakhiri dengan keperluan muamalat sesama

manusia sebagai merealisasikan keseluruhan elemen tasawuf tersebut yang tidak terikat dengan teori semata-

mata, tetapi perlu kepada praktikal sebagai menjayakan keseluruhan elemen tersebut.

Page 19: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

140

Mengabungkan antara Keperluan Fizikal dan Rohani dalam Bertasawuf

Seterusnya, al-Falimbani dalam mengemukakan idea tasawuf ini, telah menggabungkan antara keperluan

asas utama manusia iaitu keperluan fizikal dan juga keperluan rohani. Apabila diteliti kepada aspek-aspek

tasawuf yang dikemukakan dalam karya Hidayah al-Salikin itu, jelas menunjukkan kepada penggabungan

dua keperluan ini. Contonya, dalam memmenuhi keperluan aspek fizikal, beliau membincangkan aspek

larangan melakukan maksiat zahir yang biasanya perbuatan dosa itu dilakukan secara fizikal oleh seseorang

hamba Allah itu. Demikian juga dalam menuntut ilmu dan menjaga hubungan dengan Allah dan juga sesama

manusia yang dipraktikan melalui amalan bersifat fizikal. Amalan solat, puasa, haji dan zakat yang menjadi

asas rukun Islam, adalah berbentuk fizikal yang perlu dilakukan atau dipraktikkan.

Oleh yang demikian, melalui penekanan kepada keperluan fizikal (zahir) dan rohani (batin) ini,

barulah dapat difahami bahawa ilmu tasawuf bukan semata-mata penekanan kepada aspek kesempurnaan

rohani atau jiwa sahaja, tetapi ia meliputi kesempurnaan terhadap kedua-dua keperluan, iaitu fizikal (zahir)

dan rohani (batin).

Sebagai contoh yang mudah dalam memenuhi keperluan antara fizikal dan rohani, dapat dirujuk

kepada hadith berikut daripada Ani Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

ر ف واليوم اآلخ ن بالل ى جاره ومن كان يؤم ر فال يؤذ واليوم اآلخ ن بالل ر من كان يؤم واليوم اآلخ ن بالل م ضيفه ومن كان يؤم ليكر

فليقل خيرا أو ليسكت

Terjemahan: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka janganlah menyakiti

jirannya; sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah memuliakan

tetamunya; dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah berkata baik

atau lebih baik diam (mendiamkan diri sahaja).3 (Muslim, 1374H)

Dalam hadith ini menunjukkan bahawa tanda wujudnya iman (yang bersifat rohani/ batin) itu

adalah melalui penzahiran praktikal amalan berbuat baik kepada jiran, memuliakan tetamu dan

juga berkata-kata yang baik sahaja. Dalam erti kata bahawa apabila seseorang itu menyakiti

jiranya, tidak menghormati atau memuliakan tetamunya, atau selalu mengeluarkan kata-kata yang

tidak baik atau dusta, telah menyebabkan imannya menjadi rosak atau berkurangan.

Oleh sebab itu, al-Falimbani dalam karya ini sangat jelas dan konsisten untuk

menggabungkan kedua-dua keperluan ini secara bersama dalam membawa idea tasawuf tersebut.

Pemikiran Tasawuf yang Bersifat Masyarakat yang Meninggalkan Sikap Individualistik

Apabila diperhatikan elemen tasawuf dalam karya Hidayah al-Salikin ini, pengarangnya al-Falimbani juga

menitik beratkan soal hubungan dengan masyarakat sekeliling. Antaranya penekanan terhadap aspek

bersahabat dengan orang yang baik dan melakukan amalan melalui berjemaah. Dalam bab ketujuh, jelas

menunjukkan bahawa manusia itu perlu untuk hidup bermasyarakat dan memerlukan masyakat untuk

meneruskan kehidupan. Sekalipun, apa yang ditekankan adalah lebih kepada adab bermasyarakat dengan

orang alim, sebagai seorang pelajar, adab antara anak dengan ibu bapa, dengan sahabat serta dengan orang

yang dikenali dan tidak dikenali, jelas menunjukkan kepada keperluan berhubung dengan semua manusia.

Justeru menunjukkan bahawa seorang itu tidak dapat merealisasikan keseluruhan aspek tasawuf yang

dibincangkan itu secara bersendirian semata-mata, tetapi perlu untuk turut berhubung dengan masyarakat.

Dengan mengadakan dan memperbaiki hubungan tersebut, semua elemen-elemen tasawuf yang difahami itu

dapat dipraktikkan secara praktikal yang tidak berkisar tentang teori semata-mata. Dengan praktiklah sesuatu

amalan itu mendatangkan manfaat kepada kepada seseorang itu. Kata Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Majmu`

al-Fatawa:

لة الفاع ية مع العملية بمنز لم ة الع لم بال عمل كالشجر بال ثمر والمراد بالعمل هنا عمل الق والقو ي هو ل والغاية ؛ ولهذا قيل الع لب الذ

وخشيته له حتى يكون عابدا له إنابته إلى للا

Terjemahan: Kekuatan ilmu itu bersama dengan amalnya adalah pada sejajar dengan tempat

pelaku dan tujuan (matlamat yang ditetapkan). Dan demikian, dikatakan “ilmu tanpa amal seperti

pokok tanpa buah”. Yang dimaksudkan dengan amal di sini adalah amal hati yang

menghidupkannya kepada Allah dan melahirkan rasa takut kepada-Nya sehingga menjadi seorang

hamba kepadaNya. (Ibn Taymiyyah, 2005).

Page 20: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

141

Dalam hadith pula menyebutkan tentang keperluan untuk mengerjakan solat secara berjemaah dengan

matlamat untuk menghalang daripada dikuasai oleh syaitan. Orang yang bersendirian diumpamakan seperti

kambing yang terpisah dari kumpulan yang mudah ditangkap dan dimakan oleh serigala. Daripada Abi al-

Darda’ berkata: Aku mendenger Rasulullah SAW bersabda:

ن ثالثة فى قرية وال بدو ال تقام فيه ئب القاص ما م يطان فعليك بالجماعة فإنما يأكل الذ م الش إال قد استحوذ عليه الة ية. قال م الص

. الة فى الجماعة زائدة قال السائب يعنى بالجماعة الص

Terjemahan: Tidaklah tiga orang dalam sesebuah kampung atau desa yang tidak mendirikan solat

secara berjemaah dalam kalangan mereka, melainkan mereka telah dikuasai oleh syaitan. Maka,

Hendaklah kamu berjemaah (solat berjemaah), kerana sesungguhnya serigala akan memakan

(menerkam) kambing yang terpisah (dari kumpulannya). 4 (Abu Dawud, t.t.)

Justeru, difahami bahawa sikap individualistik adalah sikap yang tidak sewajarnya ada dalam diri umat

Islam, melainkan semua berusaha untuk hidup bermasyarakat demi untuk merealisasikan ajaran agam Islam

yang sebenar.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada keseluruhan perbincangan yang telah dikemukakan, terdapat lima asas utama pemikiran

Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani dalam mengemukakan idea-idea tasawuf daripada karya beliau Hidayah

al-Salikin, dapat diringkaskan dalam Rajah 1.

Bahkah, apa yang lebih menarik bahawa idea yang dibawa oleh beliau ini amat bersesuaian dengan

keperluan bagi masyarakat permulaan yang mahu mendalami atau cuba memahami berkaitan dengan

tasawuf. Boleh digambarkan bahawa ia sebagai asas (basic) utama sebelum memasuki lebih mendalam dalam

perbincangan berkaitan dengan tasawuf ini. Oleh sebab itu, pada peringkat awal ini, tidak ada perbincangan

sifat ketuhanan dan hakikatnya secara mendalam, tetapi hanya kepada penekanan asas akidah sebagai

landasan utama atau pintu masuk utama untuk memasuki ke dalam ilmu tasawuf.

Kemudian, beliau juga telah berjaya untuk mengemukakan idea tawasuf yang menggabungkan dan

menghubungkan antara keperluan fizikal (jasmani) dan keperluan (rohani) yang mana, kedua-dua keperluan

ini perlu berjalan dengan serentak dan tidak boleh diasingkan satu persatu. Jika, hanya memberi fokus kepada

keperluan fizikal, akan rosak keperluan rohani yang kesannya terhadap seseorang hamba itu sendiri.

Rajah 1: Pemikiran Tasawuf Syeikh ‘Abd Al-Samad Al-Falimbani Dalam Karya Hidayah Al-Salikin

Sumber: Hasil Analisis

Dengan itu, melalui perbicangan yang dikemukakan jelas bahawa al-Falimbani seorang tokoh pemikir

tasawuf yang ideal yang telah berusaha untuk mengembangkan ajaran tasawuf terhadap masyarakat di

Nusantara ini. Sehingga kini, kitab Hidayah al-Salikin itu menjadi rujukan ramai pihak yang dijadikan

sebagai bahan utama pengajaran dan pengajian di masjid, surau, institusi pengajian awam dan swasta,

pondok dan sebagainya.

Page 21: ii - umexpert.um.edu.my · & Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz… 58 Senjata Api Buatan Masyarakat Melayu di Asia Tenggara Amirul Mukmin Derus & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad…

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017

142

PENGHARGAAN

Artikel ini adalah hasil geran penyelidikan di bawah geran penyelidikan Skim Geran Penyelidikan

Fundamental (FRGS) bernombor (FP026-2015A) dengan tajuk penyelidikan: “Salah Faham Terhadap

Sunnah Di Malaysia: Kajian Ke Arah Mengharmonikan Pandangan Antara Golongan Yang Menolak Dengan

Golongan Yang Menerima.”

NOTA HUJUNG

1 Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Su’al Jibril al-Nabi SAW ‘an al-‘Iman wa al-Islam wa

al-Ihsan wa ‘Ilm al-Sa`ah…, no.hadith 90. 2 Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, Bab Man Khass al-‘Ilm Qawm dun Qawm Karahiyah an la

Yafhamu, no.hadith 127. 3 Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Iman, Bab al-Hathth ‘Ala Ikram al-Jar wa al-Dayf wa Luzum al-Samt

illa min al-Khayr.., no.hadith 183. 4 Hadith riwayat Abu Dawud, Kitab al-Salah, Bab Fi Tashdid fi Tark al-Jama`ah, no.hadith 547.

RUJUKAN

al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il. 1987. al-Jami‘ al-Sahih al-Mukhtasar. Tahkiq. Mustafa

Dib al-Bagha. Beirut: Dar Ibn Kathir al-Yamamah.

Abu Dawud, Sulayman bin al-Ash‘at bin Abu Dawud al-Sijastani al-Azdi. t.th. Sunan Abi Dawud. Tahkiq.

Muhammad Mahy al-Din ‘Abd al-Hamid. Beirut: Dar al-Fikr. al-Falimbani, Syeikh ‘Abd al-Samad. t.th. Hidayah al-Salikin. Terj. Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-

Fathani. t.tp: Dar al-Ma‘arif.

al-Falimbani, Syeikh Abdus-Shamad. 2006. Hidayatus-Salikin fi Suluki Maslaki-Muttaqin. Terj. Ahmad

Fahmi bin Zamzam. Kedah: Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah.

Muslim, Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi al-Hajjaj. 1374H. Sahih Muslim. Tahkiq. Muhammad Fu’ad

‘Abd al-Baqi. Qahirah: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah.

Ibn Taymiyyah, Taqiy al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taymiyyah al-Harani. 2005. Majmu` al-Fatawa.

Terj. Anwar al-Baz dan ‘Amir al-Jazar, Beirut: Dar al-Wafa’.

Khadher Ahmad & Ishak Suliaman. 2013. Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Khadher Ahmad. 2008. Sumbangan Syeikh 'Abd al-Samad al-Falimbani dalam bidang Hadith: analisis

metodologi penyusunan dan takhrij hadith dalam kitab Hidayah al-Salikin. Disertasi Sarjana. Jabatan al-

Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Sohana Hussin. 2014. Kitab Hidāyah al-Sālikīn karangan al-Falimbānī: Analisis naskhah dan kandungan.

Jurnal Usuluddin 39(39): 71-109.

Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1982. Hidayah al-Salikin fi Masalik al-Muttaqin. Tahkiq. Syamsuddin Siddiq.

Kuala Lumpur: Biro Dakwah ABIM Pusat.

Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1996. Syeikh Abdus Shamad Palembang Ulama Shufi dan Jihad Dunia

Melayu. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyyah.

Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1996. al-‘Urwatul Wutsqa Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani: Pegangan

Yang Kukuh Golongan Sufi. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyyah.