JPKICT/GPP/Ver1.00/05-05-2008 i
GARIS PANDUAN
PENGIKTIRAFAN KEPAKARAN ICT
SEKTOR AWAM MALAYSIA
JPKICT/GPP/Ver1.00/05-05-2008 ii
KANDUNGAN 1 Latarbelakang....................................................................................................... 1
1.1 Pengenalan..................................................................................................... 1
1.2 Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia Pegawai Teknologi Maklumat ...... 1
1.3 Penubuhan Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam (JPKICT) ....... 2
1.4 Struktur Tadbir Urus JPKICT ............................................................................. 2
2 Rangka Kerja Pengiktirafan .................................................................................. 4
2.1 Pengenalan..................................................................................................... 4
2.2 Prinsip-prinsip Asas ......................................................................................... 4
2.3 Kriteria Kelayakan Kepakaran ICT...................................................................... 4
2.4 Penentuan Tahap Pengiktirafan ......................................................................... 6
2.5 Perlantikan Sebagai Perunding ICT .................................................................... 7
2.6 Bidang-bidang Teras dan Pengkhususan ICT ....................................................... 7
2.7 Proses Pengiktirafan ...................................................................................... 10
2.7.1 Proses-proses Utama .......................................................................... 10
2.7.2 Penilaian Semula Status Kepakaran ...................................................... 13
2.7.3 Dokumentasi-dokumentasi Penting....................................................... 15
JPKICT/GPP/Ver1.00/05-05-2008 iii
SENARAI JADUAL:
Jadual 1: Kriteria Bagi Penilaian PERKHIDMATAN (20%)..................................................... 5 Jadual 2: Kriteria Bagi Penilaian KEPAKARAN (80%) .......................................................... 6 Jadual 3: Hubungan Markah dan Tahap Pengiktirafan ........................................................ 7 Jadual 4: Keterangan Ringkas Proses-proses utama......................................................... 11 Jadual 5: Ringkasan Mengenai Dokumentasi-dokumentasi Penting .................................... 15
SENARAI RAJAH:
Rajah 1 Struktur Tadbir Urus (Umum).............................................................................. 3
Rajah 2 : Dasar, Struktur, Proses dan Prinsip Dalam Pengiktirafan ...................................... 4
Rajah 3: Rangka Kepakaran ICT Sektor Awam .................................................................. 8
Rajah 3.1: Bidang Teras dan Set Kemahiran bagi Trek Strategist ........................................ 9
Rajah 3.2: Bidang Teras dan Set Kemahiran bagi Trek Pembangunan .................................. 9
Rajah 3.3: Bidang Teras dan Set Kemahiran bagi Trek Teknikal ........................................ 10
Rajah 4 : Carta Alir Proses Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam............................... 12
Rajah 5 : Carta Alir Proses Penilaian Semula Kepakaran ICT Sektor Awam ......................... 14
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A – Rangka Kepakaran ICT Sektor Awam ........................................................... 1
Lampiran B – Templat Borang Pencalonan Pengiktirafan Perunding ICT .............................. 11
Lampiran C – Templat Kertas Untuk Pertimbangan JKPICTLampiran D – Templat Kertas
Keputusan JPKICT.................................................................................................. 13
Lampiran D – Templat Kertas Keputusan JPKICT ............................................................. 15
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 1
1 LATAR BELAKANG
1.1 Pengenalan
Pelaksanaan dasar bagi mewujudkan satu kumpulan kepakaran teknologi maklumat
dan komunikasi (information and communications technology atau ICT) di kalangan
pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat (PTM) memerlukan satu penilaian
yang komprehensif dan objektif di mana calon-calon PTM berkelayakan dikenalpasti
dan dinilai terlebih dahulu sebelum diperakukan. Bagi mencapai hasrat ini,
Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam (JPKICT) telah ditubuhkan
berperanan sebagai entiti yang bertanggungjawab memberi pengiktirafan kepakaran
ICT kepada pegawai dari Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat.
Garis Panduan Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam merupakan satu dokumen
yang akan menjadi panduan dan rujukan khususnya untuk Jawatankuasa
Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam (JPKICT) dan pihak-pihak lain yang
berkepentingan. Kaedah pengiktirafan berlandaskan prinsip-prinsip yang telus
digariskan dalam garis panduan ini.
Garis panduan ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian. Bahagian pertama adalah
latar belakang yang menerangkan dasar dan pelan tindakan di peringkat Ketua
Perkhidmatan sementara bahagian kedua menjelaskan mengenai Rangka Kerja
Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam yang merupakan kandungan utama garis
panduan ini. Antara lain bahagian kedua menerangkan prinsip-prinsip asas dalam
melaksanakan pengiktirafan, kriteria kelayakan, bidang teras ICT serta proses-proses
utama dalam pengiktirafan kepakaran.
1.2 Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia Pegawai
Teknologi Maklumat
Dalam usaha untuk melahirkan penjawat-penjawat awam dari Skim Perkhidmatan
Teknologi Maklumat yang berkualiti dan berprestasi tinggi, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) Malaysia telah menggubal Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber
Manusia Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat1. Pelan tersebut menggariskan
dua belas (12) strategi yang turut menggariskan pelan-pelan tindakan jangka pendek
1 Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia Pegawai Teknologi Maklumat oleh JPA - 2007
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 2
(1 hingga 3 tahun), jangka sederhana (5 hingga 10 tahun) dan jangka panjang ( 10
tahun ke atas).
Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bilangan 1/2007 pada 8
Mac 2007 telah bersetuju JPA melaksanakan salah satu strategi yang ditetapkan di
dalam pelan tersebut iaitu “Peningkatan Kompetensi dan Kepakaran”.2 Dua (2)
pelan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan di bawah strategi tersebut adalah
pertama; pewujudan kumpulan kepakaran ICT sektor awam, dan kedua;
penubuhan Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam
(JPKICT).
1.3 Penubuhan Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor
Awam (JPKICT)
JPKICT ditubuhkan sebagai mekanisma pelaksanaan keputusan Mesyuarat JITIK Bil
1/2007 dan dipertanggungjawab antara lain untuk mengesahkan tahap kepakaran
PTM yang diperlukan dalam merancang, membangun dan mengawal selia projek ICT
Sektor Awam. Bagi mencapai matlamat ini, fungsi dan peranan JPKICT telah
ditetapkan berdasarkan terma rujukan berikut:
a. Merancang dan menggubal dasar pengiktirafan kepakaran ICT sektor awam;
b. Menetapkan kriteria taraf kepakaran ICT sektor awam;
c. Membangun garis panduan dan piawaian berkaitan pengiktirafan kepakaran
ICT sektor awam;
d. Memberi pengiktirafan tahap kepakaran Pegawai Teknologi Maklumat; dan
e. Melaksana, memantau dan menilai pengiktirafan kepakaran ICT sektor awam.
1.4 Struktur Tadbir Urus JPKICT
Anggota JPKICT yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah INTAN (Sektor ICT)
dan sebelas (11) ahli-ahli tetap yang lain dilantik oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam. Ahli-ahli JPKICT ini terdiri dari PTM yang berpengalaman, ahli-ahli akademik
dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), wakil Bahagian Perkhidmatan JPA serta
wakil industri. Rajah 1 menunjukkan struktur tadbir urus JPKICT.
2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2007 – 8 Mac 2007.
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 3
JPKICT dibantu oleh urus setia INTAN dan Bahagian Perkhidmatan serta Pasukan
Petugas yang akan memberi maklum balas berhubung perkara teknikal seperti
perkembangan dan perubahan bidang teras ICT.
Rajah 1: Struktur Tadbir Urus (Umum)
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 4
2 RANGKA KERJA PENGIKTIRAFAN
Berdasarkan terma rujukan pertama dan ketiga JPKICT (rujuk para 1.3) satu rangka
kerja pengiktirafan telah digubal bagi mencapai matlamat untuk memberi
pengiktirafan kepakaran ICT. Rajah 2 menjelaskan mengenai dasar, struktur dan
proses untuk mencapai matlamat pelaksanaan pengiktirafan kepakaran ICT sektor
awam.
Rajah 2 : Dasar, Struktur, Proses dan Prinsip Dalam Pengiktirafan
Kepakaran ICT Sektor Awam
Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya JPKICT berpegang kepada
prinsip-prinsip asas berhubung integriti, kualiti dan ketelusan.
2.1 Kriteria Kelayakan Kepakaran ICT
Bagi memperoleh kelayakan untuk diiktiraf sebagai pakar dan digelar perunding ICT,
seorang PTM perlu memiliki pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
boleh dijadikan sumber rujukan oleh pihak lain. Selain aspek teknikal PTM
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 5
berkenaan juga sewajarnya memiliki nilai-nilai keperibadian yang tinggi seperti
integriti, kepimpinan selain kemahiran interpersonal yang cemerlang.
Berdasarkan ciri-ciri tersebut, syarat dan kriteria yang digunakan didalam penilaian
kepakaran ICT dibahagi kepada dua (2) bahagian iaitu kategori PERKHIDMATAN
yang menyumbang 20% dari markah penuh dan kategori KEPAKARAN
TEKNIKAL yang menyumbang 80%. Jadual 1 dan 2 menyenaraikan syarat,
kriteria dan wajaran yang akan digunakan oleh JPKICT dalam menilai dan memberi
pengiktirafan kepakaran ICT.
Jadual 1: Kriteria Bagi Penilaian PERKHIDMATAN (20%)
Bil. Syarat Kriteria Wajaran
%
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3
tahun terakhir
1 tahun lepas (45% dari markah) 2 tahun lepas (35% dari markah) 3 tahun lepas (20% dari markah) (Jumlah x wajaran)
45 1 Prestasi kerja
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) terakhir
Aras 4 (15) Aras 3 (10) Aras 2 ( 5)
15
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
(sepanjang perkhidmatan)
2 kali dan lebih (20) 1 kali (15)
2 Anugerah
(ATAU jika tiada APC)
Anugerah Peringkat Kementerian/Jabatan (5)
20
Penulisan 5 Bahasa Malaysia
Cekap (5) Baik (3) Sederhana (1)
Pertuturan 5
Penulisan 5
3 Bahasa
Bahasa Inggeris
Cekap (5) Baik (3) Sederhana (1)
Pertuturan 5
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 6
Jadual 2: Kriteria Bagi Penilaian KEPAKARAN (80%)
3 Sila rujuk Lampiran B untuk definisi.
Bil. Syarat Kriteria Wajaran %
Bilangan sistem / projek (3) Kompleksiti Merentasi Jabatan/Kem. (10) Peringkat Jabatan sahaja (7) Peranan pegawai Pengurus Projek (15) Ketua Pasukan (10) Ahli (5) Deliverable Perkhidmatan Awam (6) Organisasi sendiri sahaja (4)
1 Pengalaman kerja
Sistem / Projek • Nama sistem • Keterangan • Agensi terlibat • Pegawai yang boleh
mengesahkan • Kos • Tempoh masa • Peranan dan
tanggungjawab • Output and
outcome Outcome Perkhidmatan Awam (6) Organisasi sendiri sahaja (4)
40
Doctorate (PhD) Degree (20)
Master Degree (15) Postgraduate Diploma (13) Bachelor Degree (10)
2 Kelayakan – Tahap Pendidikan
Diploma (5)
20
3 Pensijilan Profesional
Tahap 3 (10) Tahap 2 (6) Tahap 1 (3)
10
4 Khidmat Nasihat (5 tahun terakhir)
Peringkat Antarabangsa • 3 kali atau lebih (10) • 2 kali (8) • 1 kali (5)
Peringkat Kebangsaan • 6 atau lebih (10) • 4 kali (8) • 2 kali (5)
10
5 Penghasilan Produk (Penerbitan ilmiah/ Pembentangan Kertas Kerja)
Peringkat Antarabangsa • 3 kali atau lebih (10) • 2 kali (8) • 1 kali (5)
Peringkat Kebangsaan • 5 atau lebih (10) • 3 kali (8) • 2 kali (5)
10
6 Konsultansi Atau Program Kolaborasi3
Peringkat Antarabangsa • 3 kali atau lebih (5) • 2 kali (3) • 1 kali (2)
Peringkat Kebangsaan • 5 atau lebih (5) • 3 kali (3) • 2 kali (2)
5
Tempoh Bilangan
Lebih daripada 2 bulan • 2 kali atau lebih (0.5) • 1 kali (0.4)
1 hingga 2 bulan • 2 kali atau lebih (1.0) • 1 kali (0.75)
7 Pembangunan Kompetensi/ Latihan
Kurang daripada 1 bulan • 10 kali atau lebih (3.5) • 5 hingga 9 kali (3.0) • 1 hingga 4 kali (2.5)
5
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 7
2.2 Penentuan Tahap Pengiktirafan
Tahap pengiktirafan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang diperolehi dari
penilaian kedua-dua kategori PERKHIDMATAN dan KEPAKARAN seperti yang
diterangkan di para 2.3. Penentuan tahap kepakaran boleh merujuk kepada Jadual 3,
di mana pencapaian markah 85% ke atas adalah layak diberi pengiktirafan
sebagai PAKAR, manakala pencapaian markah 75% ke atas diberi pengiktirafan
sebagai MAHIR.
Jadual 3: Hubungan Markah dan Tahap Pengiktirafan
Bil Jumlah Markah Tahap Pengiktirafan
1. 85% dan ke atas PAKAR
2. 75% - 84.99% MAHIR
3. 65% - 74.99% BERPENGALAMAN
4. 64.99% dan ke bawah BERPENGETAHUAN
2.3 Pelantikan Sebagai Perunding ICT
JPKICT bertanggungjawab untuk menyampaikan hasil penilaian dan perakuan yang
sewajarnya kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA untuk tindakan selanjutnya seperti
pertukaran, penempatan atau urusan kemajuan kerjaya. Penekanan kepada tahap
pengiktirafan PAKAR dan MAHIR dalam keputusan JPKICT adalah bagi membolehkan
pihak berkuasa mengambil tindakan susulan sewajarnya selaras dengan strategi dan
pelan tindakan berkaitan peningkatan kompetensi dan kepakaran pegawai-pegawai
PTM. Pemilihan PTM untuk dilantik sebagai Perunding ICT adalah dari kalangan PTM
yang diberi taraf PAKAR berasaskan merit teknikal.
2.4 Bidang-bidang Teras dan Pengkhususan ICT
Penentuan bidang-bidang teras ICT yang diberi pengiktirafan telah dirujuk dan
diadaptasikan daripada dua sumber utama. Pertama, rujukan kepada bidang-bidang
pengkhususan yang dinyatakan di dalam Model Pelan Kemajuan Kerjaya yang
terdapat di dalam dokumen Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia
Pegawai Teknologi Maklumat. Kedua, adalah adaptasi daripada model Skill
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 8
Framework for Information Age (SFIA)4 yang diterima pakai di peringkat
antarabangsa. Rajah 3 menunjukkan rangka kepakaran ICT yang digunakan sebagai
rujukan dalam proses penilaian pengiktirafan kepakaran ICT. Rangka kepakaran ICT
ini terdiri dari tiga (3) bahagian utama iaitu; I - Trek Kepakaran, II – Komponen
Kemahiran dan III – Bidang Teras Kepakaran. Sebagai contoh, bagi Trek Kepakaran
Pembangunan Sistem, terdapat 3 komponen kemahiran dan maklumat terperinci
bagi komponen kemahiran dan hubungannya dengan bidang teras boleh dirujuk
kepada Jadual A.1 dalam Lampiran A.
Rajah 3: Rangka Kepakaran ICT Sektor Awam
Lapan (8) bidang teras ICT telah dikenalpasti untuk diiktirafkan kepada perunding-
perunding ICT sektor awam. Bagi setiap bidang teras tersebut terdapat satu set
kemahiran tertentu. Gambaran yang lebih terperinci hubungan setiap bidang teras
dan set kemahiran yang berkaitan dengannya boleh dilihat dalam tiga rangkaian
rajah selanjutnya. Rajah 3.1 di dalam Trek Strategis, diikuti dengan Rajah 3.2 bagi
4 Sumber www.sfia.org; SFIA adalah model berkaitan dengan pembangunan modal insan di dalam bidang
ICT.
STRATEGIS (ICT Strategist Specialist)
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 9
Trek Pembangunan dan Rajah 3.3 bagi Trek Teknikal. Dalam proses penilaian,
JPKICT akan merujuk kepada Rangka Kepakaran ICT Sektor Awam, khususnya
rujukan senarai bidang teras dan set kemahiran yang perlu ada pada seseorang
perunding ICT seperti yang Jadual A.2 dalam Lampiran A.
Rajah 3.1: Bidang Teras dan Set Kemahiran bagi Trek Strategis
Rajah 3.2: Bidang Teras dan Set Kemahiran bagi Trek Pembangunan
KATEGORI KEPAKARAN
BIDANG TERAS SET KEMAHIRAN
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 10
Rajah 3.3: Bidang Teras dan Set Kemahiran bagi Trek Teknikal
2.5 Proses Pengiktirafan
Proses pengiktirafan yang akan dilaksanakan lima (5) peringkat iaitu pencalonan;
pengesahan; penilaian; pengiktirafan; dan penilaian semula. Keterangan berhubung
setiap proses ini ditunjukkan dalam jadual di bawah.
2.5.1 Proses-proses Utama
Pada keseluruhannya proses pengiktirafan kepakaran ICT sektor awam merangkumi
lima (5) peringkat seperti digambarkan sebagai carta alir dalam Rajah 4. Keterangan
ringkas setiap peringkat dalam proses boleh dirujuk kepada Jadual 4 berikut.
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 11
Jadual 4: Keterangan Ringkas Proses-proses utama.
Peringkat Keterangan
Pencalonan diterima melalui 3 kaedah iaitu:-
(i) Pencalonan oleh Ketua Perkhidmatan;
(ii) Pencalonan oleh Ketua Jabatan; atau
1 - Pencalonan
(iii) Permohonan oleh Pegawai.
2 - Pengesahan Semakan dan pengesahan terhadap maklumat
pencalonan/permohonan akan dilakukan kedua-dua pihak
berikut:-
(i) Bahagian Perkhidmatan, JPA; dan
(ii) Urus setia JPKICT (bertempat di INTAN, JPA).
3 - Penilaian Penilaian dilakukan oleh ahli-ahli JPKICT dalam Mesyuarat
JPKICT yang diadakan secara berkala. Kaedah penilaian
adalah dengan menyemak dan menimbangkan maklumat,
dokumen sokongan serta syor Ketua Perkhidmatan/Ketua
Jabatan berdasarkan kriteria kelayakan kepakaran.
Hasil penilaian ke atas profail calon adalah merupakan salah
satu keputusan berikut:
(i) Memberi pengiktirafan tahap PAKAR dalam salah satu
bidang teras ICT; atau
(ii) Memberi pengiktirafan tahap MAHIR; atau
4 - Pengiktirafan
(iii) Memutuskan calon hanya mencapai tahap
BERPENGALAMAN atau BERPENGETAHUAN sahaja
5 – Penilaian Semula
(Pengekalan Taraf)
Satu permohonan penilaian semula untuk tujuan pengekalan
taraf boleh dikemukakan kepada JKPICT. Proses ini harus
dimulakan oleh pihak Ketua Perkhidmatan dalam keadaan di
mana seseorang perunding ICT didapati menurun tahap
prestasinya atau tidak mencapai tahap petunjuk prestasi
utama yang ditetapkan.
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 12
Rajah 4 : Carta Alir Proses Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 13
2.5.2 Penilaian Semula Status Kepakaran (Pengekalan Taraf PAKAR)
Prestasi pegawai yang telah diberi status PAKAR akan sentiasa dipantau
sebagaimana prosidur biasa seperti melihat kepada petunjuk prestasi utama (key
performance indicator). Dalam keadaan di mana terdapat laporan yang menunjukkan
penurunan prestasi, Ketua Perkhidmatan akan merujuk PTM berkenaan kepada
JPKICT untuk penilaian semula tahap kepakaran pegawai terbabit. Carta alir proses
ini boleh dilihat dalam Rajah 5.
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 14
Rajah 5 : Carta Alir Proses Penilaian Semula Kepakaran ICT Sektor Awam
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 15
2.5.3 Dokumentasi
Kaedah penilaian pengiktirafan kepakaran ICT sektor awam sebahagian besarnya
bergantung kepada maklumat-maklumat yang dikemukakan oleh pemohon serta
perakuan-perakuan lain oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan. Dokumentasi
yang dikemukakan akan melalui proses semakan dan pengesahan untuk menjamin
kesahihan, ketepatan dan maklumat yang lengkap. Dalam kes-kes tertentu di mana
JPKICT berpendapat perlu pengesahan tambahan, calon-calon mungkin akan
dipanggil untuk ditemuduga oleh ahli-ahli JPKICT.
Sepertimana digambarkan didalam Rajah 4 dan 5, terdapat sekurang-kurangnya tiga
(3) jenis dokumentasi penting dalam proses pengiktirafan kepakaran ini. Jadual 5
menerangkan dengan ringkas dokumentasi-dokumentasi tersebut.
Jadual 5: Ringkasan Mengenai Dokumentasi-Dokumentasi Penting
Dokumentasi Keterangan Contoh Format
Borang Pengiktirafan
Perunding ICT Sektor
Awam
Borang permohonan yang terdiri dari
bahagian-bahagian berikut;
A – Biodata calon kepakaran B – Kelayakan akademik calon C - Pengalaman kerja calon D – Maklumat prestasi kerja calon E – Perakuan Ketua Jabatan
Lampiran B
Kertas Untuk
Pertimbangan JPKICT
Kertas untuk pertimbangan ini
mengandungi ringkasan maklumat-
maklumat penting yang
dikemukakan calon, hasil komputasi
pemarkahan dan syor dari urus setia
JPKICT.
Lampiran C
Kertas Keputusan JPKICT Kertas mengandungi keputusan dari
Mesyuarat JKPICT mengenai hasil
penilaian terhadap calon kepakaran.
Lampiran D
JPKICT/GPP/Ver1.0/09-05-2008 16
3 Penutup
Sebarang pertanyaan mengenai garis panduan serta proses pengiktirafan boleh
diajukan kepada alamat berikut:
Urus Setia
Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam
d/a: Timbalan Pengarah INTAN (ICT)
Institut Tadbiran Awam Negara
Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
Tel. 03-2084 7737 atau 03-2086 7681
Fax. 03-2084 7700
Email: [email protected]
˜***˜
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-1
LAMPIRAN A – RANGKA KEPAKARAN ICT SEKTOR AWAM
Jadual A.1 – Senarai Trek Kepakaran, Komponen Kemahiran dan Bidang Teras
Jadual A.2 – Senarai Bidang Teras dan Set Kemahiran yang berkaitan
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-2
JADUAL A.1
SENARAI TREK KEPAKARAN, KOMPONEN KEMAHIRAN DAN BIDANG TERAS
I TREK KEPAKARAN
II KOMPONEN KEMAHIRAN
KOD
SET KEMAHIRAN
Information
Management
SP1 Information management
ICT Strategy
Consultation
SP3 Technical specialism
SP6 Business process improvement
SP7 Strategic application of information
systems
SP8 Business risk management
SP9 Information security
Business / IS Strategy
and Planning
SP10 Information assurance
SP11 Business analysis
SP12 Programme management
SP13 Project management
SP14 Business process testing
SP15 Change implementation planning and
management
SP16 Organisation design and
implementation
Change Management
SP17 Benefits management
Relationship
Management
SP18 Stakeholder Relationship Management
SP19 Systems architecture
STRATEGIS ( ICT STRATEGIST
SPECIALIST )
Kod - SP
Technical Strategy &
Planning SP20 Emerging technology monitoring
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-3
JADUAL A.1
SENARAI TREK KEPAKARAN, KOMPONEN KEMAHIRAN DAN BIDANG TERAS
I TREK KEPAKARAN
II KOMPONEN KEMAHIRAN
KOD
SET KEMAHIRAN
SP21 Continuity management
SP22 Software development process
improvement
SP23 Network planning
SD1 Systems development management
SD2 Data analysis
SD3 Systems design
SD4 Network design
SD5 Database design
SD6 Programming/software development
SD7 Safety engineering
SD8 Web site specialism
Systems Development
SD9 Systems testing
SD10 Systems integration
SD11 Porting/software integration
Installation and
Integration
SD12 Systems installation/decommissioning
SD13 Systems ergonomics
SD14 Content creation
SD15 Non-functional needs analysis
SD16 Usability evaluation
PEMBANGUNAN
( ICT Developer
Specialist ) Kod - SD
Human Computer
Interface
SD17 Human factors integration
SV1 Configuration management
SV2 Change management
SV3 Capacity management
TEKNIKAL ( ICT Service
Specialist )
Kod - SV
Infrastructure
SV4 System Software
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-4
JADUAL A.1
SENARAI TREK KEPAKARAN, KOMPONEN KEMAHIRAN DAN BIDANG TERAS
I TREK KEPAKARAN
II KOMPONEN KEMAHIRAN
KOD
SET KEMAHIRAN
SV5 Security Administration
SV6 Radio Frequency Engineering
SV7 Availability Management
SV8 Financial Management for IT
SV9 Data Protection
SV10 Application Support
SV11 Management and Operation
SV12 Network Control and Operation
SV13 Database Administration
Operation
SV14 Service Level Management
SV15 Network Support
SV16 Problem management
User Support
SV17 Service Desk and Incident Management
SV18 Procurement Supply Management
SV19 Supplier Relationship Management
SV20 Quality Management
SV21 Quality Standards
SV22 Compliance Audit
SV23 Safety Assessment
Quality
SV24 Quality Assurance
SV25 Project Office
SV26 Asset Management
SV27 Information System Coordination
SV28 Client Services management
SV29 Professional Development
Resource
Management
SV30 Resourcing
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-5
JADUAL A.1
SENARAI TREK KEPAKARAN, KOMPONEN KEMAHIRAN DAN BIDANG TERAS
I TREK KEPAKARAN
II KOMPONEN KEMAHIRAN
KOD
SET KEMAHIRAN
SV31 Education and Training Management
SV32 Training Materials Creation and
Maintenance
Education and Training
SV33 Education and training delivery
SV34 Consultancy
SV35 Research
Common Category
Research and
Consultancy
SV36 Innovation
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-6
JADUAL A.2
BIDANG TERAS DAN SET KEMAHIRAN YANG BERKAITAN
BIDANG TERAS KOD
BIDANG
KOD
KEMAHIRAN
SET KEMAHIRAN
SP7-IS Strategic application of information systems
SP20-IS Emerging technology monitoring
SV3-IS Capacity management
SV8-IS Financial management for IT
(1) PERANCANGAN STRATEGIK SISTEM MAKLUMAT INFORMATION SYSTEM
STRATEGIC PLANNING
IS
SP18-IS Stakeholder relationship
management
SP8-PM Business risk management
SP12-PM Programme management
SP13-PM Project management
SV3-PM Capacity management
SV8-PM Financial management for ICT
SV18-PM Procurement
SV19-PM Supplier relationship management
SV25-PM Project management office
(2.1)
ICT Project
Management
PM
SP18-PM Stakeholder relationship management
SV20-IA Quality management
SV24-IA Quality assurance
SV21-IA Quality standards
(2) PENGURUSAN PROJEK ICT ICT PROJECT
MANAGEMENT
(2.2)
Information
System Audit
IA
SV22-IA Compliance audit
(3)
IM
SMY11-KM
Knowledge Management
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-7
JADUAL A.2
BIDANG TERAS DAN SET KEMAHIRAN YANG BERKAITAN
BIDANG TERAS KOD
BIDANG
KOD
KEMAHIRAN
SET KEMAHIRAN
SP1-IM
Information life cycle management
SMY09-IM Data Mining
PENGURUSAN MAKLUMAT INFORMATION MANAGEMENT
SMY10-IM Content Management
SP6-BA Business process improvement
SP20-BA Emerging technology monitoring
SP22-BA Software development process improvement
SD14-BA Content creation
SD15-BA Non-functional needs analysis
SD16-BA Usability evaluation
SP11-BA Business analysis
SP14-BA Business process testing
(4.1)
Business
Analyst /
Information
System
Analyst
BA
SP16-BA Organisation design and implementation
SD8-HCI Web site specialism
SD13-HCI Systems ergonomics
SD14-HCI Content creation
SD17-HCI Human factors integration
(4.2)
Human
Computer
Interaction
HCI
SD16-HCI Usability evaluation
SP3-SD Technical specialism
SP19-SD Systems architecture
(4) PEMBANGUNAN SISTEM
SYSTEM
DEVELOPMENT
(4.3)
Application
System
Development
SD
SP22-SD Software development process improvement
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-8
JADUAL A.2
BIDANG TERAS DAN SET KEMAHIRAN YANG BERKAITAN
BIDANG TERAS KOD
BIDANG
KOD
KEMAHIRAN
SET KEMAHIRAN
SD1-SD Systems development management
SD2-SD Data analysis
SD3-SD Systems design
SD6-SD Programming/software development
SD9-SD Systems testing
SD14-SD Content creation
SP14-SD Business process testing
SV1-SD Configuration management
SV4-SD Systems software
SP3-SI Technical specialism
SD10-SI Systems integration
SD11-SI Porting/software integration
SD12-SI Systems installation/ decommissioning
SD14-SI Business process testing
SP16-SI Organisation design and implementation
SD18-SI Stakeholder relationship management
SV10-SI Application support
SV14-SI Service level management
SV16-SI Problem management
SV17-SI Service desk and incident management
(4.4)
System
Integration
SI
SV19-SI Supplier relationship
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-9
JADUAL A.2
BIDANG TERAS DAN SET KEMAHIRAN YANG BERKAITAN
BIDANG TERAS KOD
BIDANG
KOD
KEMAHIRAN
SET KEMAHIRAN
management
SV27-SI Information System coordination
SV28-SI Client services management
SP18-SI Stakeholder relationship management
SP15-SI Change implementation planning and management
SP3-DC Technical specialism
SV1-DC Configuration management
SV3-DC Capacity management
SV4-DC Systems software
SV5-DC Security administration
SV7-DC Availability management
SV14-DC Service level management
(5) PENGURUSAN PUSAT DATA DATA CENTRE MANAGEMENT
DC
SV26-DC Asset management
SP3-DB Technical specialism
SD5-DB Database design
SV13-DB Database administration
(5) PENGURUSAN PANGKALAN DATA
DATABASE MANAGEMENT
DB
SMY09-IM
Data Warehousing
SP3-NM Technical specialism
SP23-NM Network planning
SD4-NM Network design
(7) PENGURUSAN RANGKAIAN
NM
SV1-NM Configuration management
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-10
JADUAL A.2
BIDANG TERAS DAN SET KEMAHIRAN YANG BERKAITAN
BIDANG TERAS KOD
BIDANG
KOD
KEMAHIRAN
SET KEMAHIRAN
SV6-NM Radio frequency engineering
SV12-NM Network control and operation
NETWORK MANAGEMENT
SV15-NM Network support
SP3-SE Technical specialism
SP8-SE Business risk management
SP9-SE Information security
SP10-SE Information assurance
SP21-SE Continuity management
SD7-SE Safety engineering
SV1-SE Configuration management
SV5-SE Security administration
SV7-SE Availability management
SV9-SE Data protection
SV13-SE Database administration
SV17-SE Service desk and incident management
SV24-SE Quality assurance
(8) PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT INFORMATION SECURITY
MANAGEMENT
SE
SV23-SE Safety assessment
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-11
LAMPIRAN B – TEMPLAT BORANG PENGIKTIRAFAN PERUNDING ICT
SEKTOR AWAM
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-12
Panduan Mengisi Borang Pengiktirafan Perunding ICT Sektor Awam
Bahagian Bil. Penjelasan BAHAGIAN A, B dan C diisi oleh CALON
A 01 Nyatakan pilihan UTAMA bidang teras kepakaran ICT sesuai dengan kecenderungan dan kelayakan calon. Calon perlu mengemukakan semua salinan sijil dan dokumen sokongan yang berkaitan dengan bidang teras pilihan UTAMA ini seperti dinyatakan dalam Bahagian C – 14.
A 02 Nyatakan pilihan KEDUA bidang teras kepakaran ICT. Bagi pilihan kedua calon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
C 14 Nyatakan pengalaman kerja mengikut templat seperti di LAMPIRAN I. Senaraikan semua dokumen tersebut dengan menggunakan templat seperti LAMPIRAN II.
C 15 KONSULTANSI membawa maksud sebarang tugas di mana calon memberi pandangan/pendapat/nasihat dan menghasilkan laporan bertulis berdasarkan peranannya sebagai perunding. PROGRAM KOLABORASI membawa maksud usahasama yang menghasilkan laporan dengan mana-mana institusi di dalam dan luar negara.
C 16 KHIDMAT NASIHAT membawa maksud sebarang tugas di mana calon memberi pandangan/pendapat/nasihat berdasarkan peranannya dalam sesuatu jawatankuasa/pasukan petugas/kumpulan teknikal.
D PERAKUAN CALON adalah merujuk kepada semua maklumat yang dinyatakan dalam Bahagian A, B dan C.
BAHAGIAN E dan F perlu diisi oleh Ketua Jabatan berdasarkan maklumat dari Buku Perkhidmatan/Fail Perkhidmatan Calon
E 23 Kefasihan bahasa ditentukan berdasarkan ; Penilaian Ketua Jabatan, atau Pencapaian penilaian Bahasa Inggeris seperti ELPA ,IELTS, TOEFL.
E PERAKUAN KETUA JABATAN adalah merujuk kepada semua maklumat yang dinyatakan dalam Bahagian E dan F.
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-13
LAMPIRAN C – TEMPLAT KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN JPKICT
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-14
JPKICT/GPP/Ver1.0/11-04-2008 A-15
LAMPIRAN D – TEMPLAT KERTAS KEPUTUSAN JPKICT