13
1 GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA KE SARJANA MUDA) BAGI PELAJAR SARJANA MUDA TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Fakulti/Pusat dan pelajar yang terlibat mengenai tata cara dan proses pemindahan kredit (vertical). LATAR BELAKANG 1. Secara dasarnya terdapat dua (2) perkara berkaitan prinsip dan reka bentuk kurikulum seperti berikut: a. Reka bentuk kurikulum mestilah mengambil kira dan selari dengan hasrat USIM dari sudut visi, misi, objektif dan matlamat universiti yang akhirnya mampu melahirkan graduan holistik yang mampu memimpin masyarakat majmuk (ini adalah selari dengan hasrat negara kini ke arah 1Malaysia). b. Reka bentuk kurikulum juga mestilah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menekankan aspek keboleh pasaran graduan yang dilahirkan dengan menekankan aspek Kemahiran Insaniah (KI) (kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kepimpinan, etika dan moral, keusahawanan, pengajian sepanjang hayat dan kerja berpasukan). Kemahiran-kemahiran tersebut diterapkan sama ada secara langsung (stand alone) melalui kursus-kursus yang ditawarkan seperti kursus Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah ataupun penerapan secara tidak langsung (embedded) melalui kursus-kursus yang disediakan. 2. Reka bentuk kurikulum juga perlu menekankan tiga (3) prinsip, di samping keperluan body of knowledge sesuatu bidang seperti berikut: a. Program pengajian berbidang luas (broad-based education) iaitu penerapan ilmu, kemahiran serta pembinaan sikap secara menyeluruh dan tidak hanya mencakupi satu (1) bidang ilmu sahaja, supaya graduan boleh menceburkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan. b. Penerapan elemen Pendidikan Islam dalam kursus yang ditawarkan (membangun ilmu serta membangun insan). c. Penekanan kepada prinsip kontemporari (muasir - ilmu semasa/terkini) dalam kursus yang ditawarkan. PENTAKRIFAN 1. Pemindahan kredit bermaksud pemindahan jam kredit bersama-sama dengan gred yang diperoleh bagi kursus yang diambil oleh pelajar sebelum mengikuti program pengajian Sarjana Muda di USIM. Pelajar akan mendapat kredit bagi kursus yang dipindahkan kredit dan tidak perlu mengambil kursus lain bagi menggantikan kursus tersebut.

GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

  • Upload
    others

  • View
    36

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

1

GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA KE SARJANA MUDA) BAGI PELAJAR SARJANA MUDA

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Fakulti/Pusat dan pelajar yang terlibat mengenai tata cara dan proses pemindahan kredit (vertical).

LATAR BELAKANG

1. Secara dasarnya terdapat dua (2) perkara berkaitan prinsip dan reka bentuk kurikulum seperti berikut:

a. Reka bentuk kurikulum mestilah mengambil kira dan selari dengan hasrat USIM dari sudut visi, misi, objektif dan matlamat universiti yang akhirnya mampu melahirkan graduan holistik yang mampu memimpin masyarakat majmuk (ini adalah selari dengan hasrat negara kini ke arah 1Malaysia).

b. Reka bentuk kurikulum juga mestilah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menekankan aspek keboleh pasaran graduan yang dilahirkan dengan menekankan aspek Kemahiran Insaniah (KI) (kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kepimpinan, etika dan moral, keusahawanan, pengajian sepanjang hayat dan kerja berpasukan).

Kemahiran-kemahiran tersebut diterapkan sama ada secara langsung (stand alone)melalui kursus-kursus yang ditawarkan seperti kursus Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah ataupun penerapan secara tidak langsung (embedded) melalui kursus-kursus yang disediakan.

2. Reka bentuk kurikulum juga perlu menekankan tiga (3) prinsip, di samping keperluan body of knowledge sesuatu bidang seperti berikut:

a. Program pengajian berbidang luas (broad-based education) iaitu penerapan ilmu, kemahiran serta pembinaan sikap secara menyeluruh dan tidak hanya mencakupi satu (1) bidang ilmu sahaja, supaya graduan boleh menceburkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan.

b. Penerapan elemen Pendidikan Islam dalam kursus yang ditawarkan (membangun ilmu serta membangun insan).

c. Penekanan kepada prinsip kontemporari (muasir - ilmu semasa/terkini) dalam kursus yang ditawarkan.

PENTAKRIFAN

1. Pemindahan kredit bermaksud pemindahan jam kredit bersama-sama dengan gred yang diperoleh bagi kursus yang diambil oleh pelajar sebelum mengikuti program pengajian Sarjana Muda di USIM. Pelajar akan mendapat kredit bagi kursus yang dipindahkan kredit dan tidak perlu mengambil kursus lain bagi menggantikan kursus tersebut.

Page 2: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

2

2. Pemindahan kredit (vertical) adalah pemindahan kredit daripada program di peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma ke Sarjana Muda.

SYARAT/PERATURAN PEMINDAHAN KREDIT

1. Pelajar lepasan Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan tersenarai dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) layak memohon pemindahan kredit.

2. Pelajar akan diberikan pemindahan kredit sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya (ketika pelajar berada di Semester I, Tahun 1).

3. Kursus yang diberi pemindahan kredit tidak akan diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pelajar dan akan disenaraikan dalam transkrip akademik pelajar dengan nilai gred PK. Gred bagi kursus yang akan diambil kira dalam pemindahan kredit ini adalah berdasarkan gred yang diperoleh oleh pelajar semasa mengikuti kursus di peringkat Diploma.

4. Pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit program Sarjana Muda yang akan diikuti*.

5. Gred minimum yang diperoleh bagi sesuatu kursus setara di peringkat program pengajian Diploma hendaklah sekurang-kurangnya Gred C*.

6. Fakulti/Pusat, dalam menentukan jam kredit yang setara hendaklah mengambil kira bahawa jam kredit suatu kursus yang diambil di peringkat Diploma hendaklah sama dengan kursus dalam program Sarjana Muda yang akan diikuti*. Untuk tujuan ini, Fakulti/Pusat perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

a. tajuk;b. isi kandungan (sekurang-kurangnya 80% kesetaraan kurikulum kursus*);c. bahasa pengantar;d. jam kredit; dane. rujukan.

* Syarat umum ini adalah berpandukan surat makluman yang dikeluarkan oleh pihak KPT bertarikh 27 Mac 2012 berhubung Dasar Jaminan Kualiti yang diputuskan melalui Mesyuarat Kajian Semula Dasar-dasar Berkaitan Jaminan Kualiti Bil. 1/2011 – 3/2011 antara pihak KPT dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

7. Bagi kes pelajar yang pernah mengulang kursus, gred terakhir yang diperolehi boleh diterima pakai untuk diambil kira semasa proses pertimbangan pemindahan kredit dilakukan.

8. Sekiranya banyak kursus yang setara dan dalam bidang yang sama dengan kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit, maka jawatankuasa boleh memilih kursus yang paling mirip dan mempunyai gred yang terbaik.

9. Sesuatu kursus di peringkat Diploma yang telah disetarakan untuk diberikan pemindahan kredit tidak boleh digunakan semula bagi mempertimbangkan pemindahan kredit untuk kursus-kursus lain.

10. Sekiranya terdapat pertimbangan dari pihak Fakulti/Pusat mengenai pemindahan kredit di luar daripada garis panduan yang ditetapkan ini, maka cadangan tersebut perlu dikemukakan oleh pihak Fakulti/Pusat kepada Senat Universiti untuk kelulusan.

11. Syarat bagi pemindahan kredit yang melibatkan kursus-kursus Wajib Universiti (WU), Wajib Fakulti (WF), Wajib Program (WP) dan Elektif Program (EP) adalah seperti di Lampiran A.Senarai kursus yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Page 3: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

3

PROSES PELAKSANAAN PEMINDAHAN KREDIT

1. Pelajar perlu memohon pemindahan kredit dengan membayar yuran proses sebanyak RM30.00 (tidak akan dikembalikan) dan melengkapkan borang permohonan pemindahan kredit yang boleh diperoleh pada hari pendaftaran Universiti pelajar. Pelajar perlu melengkapkan borang permohonan secara berasingan bagi kursus-kursus yang dimohon pemindahan kredit mengikut Fakulti/Pusat selaku pemilik kursus. Pelajar boleh merujuk senarai kursus di dalam ePanduan Fakulti. Borang permohonan tersebut adalah seperti di Lampiran B.

2. Pelajar perlu menyerahkan borang permohonan yang telah dilengkapkan berserta salinan transkrip akademik dan silibus kursus kepada Fakulti/Pusat selaku pemilik kursus yang berkenaan sebelum berakhirnya minggu pertama perkuliahan. Fakulti/Pusat berhak untuk tidak mempertimbangkan permohonan yang tidak disertakan dengan salinan transkrip akademik dan silibus kursus.

3. Setelah menerima dokumen yang berkaitan daripada pelajar, Fakulti/Pusat perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemindahan Kredit Fakulti/Pusat (JPKF) yang diberikan autoriti untuk memutuskan secara terus senarai kursus yang diberi pemindahan kredit berdasarkan kursussetara di peringkat Diploma yang berada di bawah seliaan masing-masing mulai minggu kedua hingga minggu ketiga perkuliahan.

4. Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Fakulti/Pusat hendaklah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti/Pengarah Pusat atau seorang Timbalan Dekan Fakulti/Timbalan Pengarah Pusat yang dilantik oleh Dekan Fakulti/Pengarah Pusat dan sebilangan ahli lain tidak kurang daripada empat (4) orang termasuklah Ketua Program/Penyelaras dan kakitangan akademik lain yang bersesuaian. Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat akan bertindak sebagai setiausaha.

5. Fakulti/Pusat diberikan hak untuk menetapkan syarat bagi pemindahan kredit yang melibatkan kursus-kursus WU/WF/WP/EP di bawah Fakulti/Pusatnya.

6. Syarat bagi mempertimbangkan pemindahan kredit bagi kursus-kursus WU, WF, WP dan EP perlu disediakan sebagai rujukan oleh Fakulti/Pusat mengikut program pengajian berdasarkan format sebagaimana di Lampiran C.

7. Fakulti/Pusat melalui JPKF akan mengenal pasti setiap calon yang layak diberi pemindahan kredit dan menyerahkan senarai tersebut berdasarkan format sebagaimana di Lampiran Dberserta salinan borang permohonan pemindahan kredit daripada pelajar yang berkenaan sebelum berakhirnya minggu ketiga perkuliahan kepada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) untuk dikemas kini di dalam sistem. Walau bagaimanapun, tempoh penyerahan senarai calon yang layak diberikan pemindahan kredit bagi kursus Bahasa Arab tertentu bagi pelajar yang berkaitan adalah tertakluk kepada tempoh pengeluaran keputusan Ujian Pengecualian Kursus/Pemindahan Kredit/Penempatan Bahasa Arab.

8. BPA akan mengemas kini senarai kursus yang diberi pemindahan kredit ke dalam sistem maklumat pelajar dan mengeluarkan surat kelulusan kepada pelajar yang berkenaan dengan disalinkan kepada Fakulti/Pusat sebelum berakhirnya minggu keempat perkuliahan. Walau bagaimanapun, surat makluman kepada pelajar yang layak diberikan pemindahan kredit bagi kursus Bahasa Arab tertentu adalah tertakluk kepada tempoh pengeluaran keputusan Ujian Pengecualian Kursus/Pemindahan Kredit/Penempatan Bahasa Arab. Pelajar perlu menghadiri kuliah/tutorial/makmal mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan sehingga menerima surat kelulusan pemindahan kredit berkenaan.

9. Carta alir proses pemindahan kredit ini adalah seperti di Lampiran E.

PENGUATKUASAAN GARIS PANDUAN

Garis panduan ini berkuat kuasa mulai Sesi Akademik 2013/2014.

Sepertimana yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Senat Universiti kali ke-75 Bil. 3/2013 pada 5 Jun 2013

Page 4: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran A

1

SYARAT PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL)KURSUS-KURSUS WAJIB UNIVERSITI (WU), WAJIB FAKULTI (WF), WAJIB PROGRAM (WP)

DAN ELEKTIF PROGRAM (EP)

Bil. Kod kursus Nama kursus TarafBil. jam kredit

Syarat

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)

1 ADA2012 Akidah Islam WU 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

2 ADT2012 Akhlak dan Tasawwuf WU 2

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Mesti mempunyai kedua-dua elemen Akhlak dan Tasawwuf sama ada gabungan atau berasingan. Contohnya, pelajar tidak akan mendapat pemindahan kredit jika hanya mempunyai kursus Akhlak.

3 AAA1013Prinsip dan Amalan Komunikasi Da'wah

WF 3a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)

1 QQQ2072 Ulum al-Quran WF 2

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit setara atau lebih

2 QSH2012 Ulum al-Hadith WF 2

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit setara atau lebih3 QQQ1011 Hifz al-Quran I WP 14 QQQ1021 Hifz al-Quran II WP 15 QQQ2031 Hifz al-Quran III WP 16 QQQ2041 Hifz al-Quran IV WP 1

7 QQQ3051 Hifz al-Quran V WP 1

a. Mempunyai Sijil Tahfiz al-Quran yang diiktiraf; dan terpakai bagi pelajar Darul Quran/Maahad Tahfiz Negeri di bawah JAKIM; dan

b. Memiliki Sijil Khatam Quran

8 QQQ2123Pengajian Dabt, Rasm al-Quran dan Fawasil

WP 3

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit setara atau lebih

9 QQT3093 Tafsir II WP 3

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit adalah lebih

10 QQQ1062 Pengantar Qiraat dan Hafazan WF 2

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit setara atau lebih

11 QSS1112 Sirah Rasul WF 2

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit adalah lebih

Page 5: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran A

2

12 QQQ1113 Ilmu Tajwid EP 3

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit adalah lebih

13 QQQ2133 Tarannum EP 3

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Jam kredit adalah lebihFakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)

1 LBC1012 Usul Fiqh I WF 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

2 LBG1012 Tarikh Tasyri' WF 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

3 LBI1012 Fiqh Ibadat dan Munakahat WU 2

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Mesti mempunyai kedua-dua elemen Fiqh Ibadat dan Munakahat sama ada gabungan atau berasingan. Contohnya, pelajar tidak akan mendapat pemindahan kredit jika hanya mempunyai kursus Fiqh Ibadat.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)

1 MGA1023 Prinsip Pengurusan Perniagaan WU 3a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

2 MGC3012 Keusahawanan WF 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

3 MEA2013 Ekonomi Perniagaan 3

a. Mesti mempunyai gabungan kursus Asas Perniagaan/Asas Keusahawanan/Keusahawanan dan Mikroekonomi/Prinsip Ekonomi; dan

b. Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam gabungan kursus tersebut.

4 MGA1013 Pengantar Perniagaan 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Asas-asas Perniagaan

5 MAB1013 Prinsip Perakaunan 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Perakaunan Awalan atau lain-lain (Diploma Perakaunan)

6 MCA2013 Prinsip dan Amalan Pemasaran 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Asas Pemasaran/Principles of Marketing

Page 6: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran A

3

7 MDB2023 Matematik Perniagaan 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Matematik Perniagaan/Matematik Pengurusan

8 MDB2013 Statistik Perniagaan 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Statistik Perniagaan/Statistik/Introduction to Statistic

9 MFA2013 Prinsip Pengurusan Kewangan 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Kewangan Perniagaan/Introduction to Finance

10 MAB1033 Perakaunan Perniagaan 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Perakaunan Kewangan I & II

11 MCA3023 E-Perdagangan 3

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Introduction to E-Commerce

12 MDB3032 Metodologi Penyelidikan 2

a. Silibus yang setarab. Mendapat sekurang-kurangnya

gred C dalam kursus tersebut.

Nama kursus yang setara: Kaedah Penyelidikan

Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

1 SKS1362Teknologi Maklumat dan Komunikasi

WF 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

2 SAA3012 Al-Quran dan Sains WF 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

3 SSS2022 Sejarah dan Falsafah Sains WF 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

4 SAA3032 Etika dalam Kegiatan Sains WF 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.5 SMG2043 Persamaan Pembezaan WP 3 Tiada pemindahan kredit.6 SMG3013 Statistik Matematik WP 3 Tiada pemindahan kredit.7 SMW3053 Matematik Kewangan I WP 3 Tiada pemindahan kredit.8 SMW4093 Matematik Kewangan II WP 3 Tiada pemindahan kredit.9 SMW4133 Kejuruteraan Kewangan WP 3 Tiada pemindahan kredit.

10Mengikut program

Seminar Kepujian I WP 1 Tiada pemindahan kredit.

11 SMW4123Pasaran dan Perdagangan Tukaran Wang

WP 3 Tiada pemindahan kredit.

12 SMG4113 Regrasi, Siri Masa dan Ramalan WP 3 Tiada pemindahan kredit.

13 SMK4103Kaedah Pengkomputeran Kejuruteraan Kewangan

WP 3 Tiada pemindahan kredit.

Page 7: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran A

4

14 SMG4013 Proses Stokastik WP 3 Tiada pemindahan kredit.

15Mengikut program

Tesis WP 3 Tiada pemindahan kredit.

16Mengikut program

Seminar Kepujian II WP 1 Tiada pemindahan kredit.

17 SMF4523 Ekonometrik WP 3 Tiada pemindahan kredit.Pusat Pengajian Teras (PPT)

1 UBE1012 Bahasa Inggeris I WU 2

a. Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)/ Setaraf; atau Band 4 dalam MUET bagi Program Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang (SMSU); atau Band 3 dalam MUET dan Gred 2A/A- dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM bagi Program SMSU;

b. Telah mengambil sekurang-kurangnya 2 kredit bagi kursus Bahasa Inggeris di peringkat Diploma dan memuaskan Fakulti/Pusat; dan

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

2 UBE1022 Bahasa Inggeris II WU 2

a. Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET/ Setaraf; atau Band 4 dalam MUET bagi Program SMSU; atau Band 3dalam MUET dan Gred 2A/A-dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM bagi Program SMSU;

b. Telah mengambil sekurang-kurangnya 2 kredit bagi kursus Bahasa Inggeris di peringkat Diploma dan memuaskan Fakulti/Pusat; dan

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

3 UBE3013 Bahasa Inggeris III 3

Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET/ Setaraf; atau Band 4 dalam MUET bagi Program SMSU; atau Band 3dalam MUET dan Gred 2A/A- dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM bagi Program SMSU

4 UBA1032 Bahasa Arab I WU 2

a. Lulus Ujian Penempatan Bahasa Arab USIM dengan memuaskan;

b. Telah mengambil sekurang-kurangnya 2 kredit bagi kursus Bahasa Arab di peringkat Diploma dan memuaskan Fakulti/Pusat; dan

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

Page 8: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran A

5

5 UBA1042 Bahasa Arab II WU 2

a. Lulus Ujian Penempatan Bahasa Arab USIM dengan memuaskan;

b. Telah mengambil sekurang-kurangnya 2 kredit bagi kursus Bahasa Arab di peringkat Diploma dan memuaskan Fakulti/Pusat; dan

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

6 UTT1012Tamadun Islam dan Tamadun Asia

WU 2Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

7 UTE1012 Hubungan Etnik WU 2Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

8 UTK2012Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah

WU 2a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

9Mengikut

fakultiBahasa Inggeris (ESP I) WF 2

a. Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET/Setaraf; atau Band 4 dalam MUET bagi Program SMSU; atau Band 3dalam MUET dan Gred 2A/A-dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM bagi Program SMSU;

b. Telah mengambil kursus ESP yang bersesuaian dengan bidang yang diambil di USIM dengan sekurang-kurangnya 2 kredit; dan

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

10Mengikut

fakultiBahasa Arab(ASP I)

WF 2

a. Lulus Ujian Penempatan Bahasa Arab USIM dengan memuaskan;

b. Telah mengambil kursus ASP yang bersesuaian dengan bidang yang diambil di USIM dengan sekurang-kurangnya 2 kredit; dan

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam kursus tersebut.

11 UTH3012 Pengajian Halaqah WF 2 Tiada pemindahan kredit.Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)

1

Mengikut komponen

kursus kokurikulum

Kokurikulum WU

Mengikut jam kredit

kursus yang

ditawarkan

a. Silibus yang setara;b. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut; dan

c. Kursus Ko-Kurikulum yang ditawarkan di USIM sahaja.

Umum

1Mengikut

fakultiMetodologi Penyelidikan WF 2

a. Silibus yang setara; danb. Mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam kursus tersebut.

2Mengikut

fakultiLatihan Industri/Latihan Mengajar/ Praktikum

WF

Mengikut jam kredit

kursus yang

ditawarkan oleh fakulti

Tiada pemindahan kredit.

Page 9: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran B

PEMILIK KURSUS: FAKULTI/PUSAT

MAKLUMAT PEMOHON

NAMA

NO. MATRIK

NO. TEL. BIMBIT

FAKULTI

PROGRAM

SEMESTER SESI AKADEMIK /

PROGRAM PENGAJIAN& IPT TERDAHULU

MAKLUMAT KURSUS BAGI PEMINDAHAN KREDIT

GREDKOD NAMA KOD NAMA

BORANG PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT

BIL.KURSUS YANG DIMOHON KURSUS YANG SETARA DI IPT TERDAHULU

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

Page 10: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran B

PERAKUAN PEMOHON

/ /

DOKUMEN YANG DISERTAKAN TARIKH TERIMA / /(sila tandakan "/" pada petak yang berkaitan)

Salinan transkrip akademikSilibus kursusSalinan resit pembayaran yuran proses

TANDATANGAN TARIKH

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan sedar bahawa permohonan ini tidak akan dipertimbangkan sekiranya dihantar selepas tarikh yang telah ditetapkan, tidak disertakan dengan dokumen yang berkaitan atau terdapat maklumat yang palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap.

Fakulti/Pusat dimohon untuk mengemukakan salinan borang permohonan yang telah dipertimbangkan ini kepada Bahagian Pengurusan Akademik.

UNTUK KEGUNAAN FAKULTI/PUSAT

TANDATANGAN DAN COP RASMI

Page 11: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran C

SYARAT PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL)KURSUS-KURSUS WAJIB UNIVERSITI (WU), WAJIB FAKULTI (WF), WAJIB PROGRAM (WP)

DAN ELEKTIF PROGRAM (EP)

Bil. Kod kursus Nama kursus TarafBil. jam kredit

Syarat

Page 12: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran D

SENARAI PELAJAR SARJANA MUDA YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL)

FAKULTI/PUSAT: ______________________________________________________

Kursus yang layak diberi pemindahan kreditBil. Nama pelajar No. matrik Fakulti Program IPT

Kod kursus Nama kursus

Page 13: GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT …bpa.usim.edu.my/oldweb/images/panduan/Garis Panduan Pemindah… · GARIS PANDUAN PERTIMBANGAN PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL – DIPLOMA

Lampiran E

CARTA ALIR PROSES PEMINDAHAN KREDIT (VERTICAL)

Peranan Proses

Pelajar

Pelajar

Fakulti/ Pusat

Fakulti/ Pusat

BPA

* Urusan pemindahan kredit bagi kursus Bahasa Arab tertentu bagi pelajar yang berkaitan adalah tertakluk kepada tempoh pelaksanaan dan pengeluaran keputusan Ujian Pengecualian Kursus/ Pemindahan Kredit/Penempatan Bahasa Arab.

Mula

Tamat

Bayar yuran proses dan peroleh borang permohonan pemindahan kredit (pada hari

pendaftaran Universiti).

Serahkan borang permohonan yang telah dilengkapkan dan dokumen yang berkaitan kepada Fakulti/Pusat (sebelum berakhirnya

minggu pertama perkuliahan).

Adakan Mesyuarat JPKF (mulai minggu kedua hingga ketiga perkuliahan).

* Kemukakan senarai pelajar yang layak dipertimbangkan pemindahan kredit dan

salinan borang permohonan pelajar kepada BPA (sebelum berakhirnya minggu ketiga

perkuliahan).

* Kemas kini maklumat yang berkaitan di dalam sistem dan keluarkan surat kelulusan

pemindahan kredit kepada pelajar yang berkaitan (sebelum berakhirnya minggu

keempat perkuliahan).